Selasa, 10 Julai 2007

Konsep budaya, ketamadunan dan peradaban

Bincangkan konsep budaya, ketamadunan dan peradaban

117 ulasan:

shahrul nizam rasid berkata...

85Perkataan 'budaya' wujud hasil gabungan perkataan 'budi' dan 'daya'. Perkataan 'budi' merupakan kata yang berasal daripada bahasa Sanskrit yang membawa maksud kecerdasan fikiran dan akal. kata 'daya' pula merupakan kata jati Melayu Polenisia ayng membawa maksud kekuatan tenaga, kuasa dan pengaruh.Secara keseluruhan perkataan budaya dapat membawa erti tenaga fikiran yang menentukan pola kelakuan manusia.Tamadun dan peradaban pula memperjelaskan tentang kemajuan atau pencapaian manusia dalam kehidupan dan bersesuaian dengan takrifan barat yang mana mengukur tahap ketamadunan melalui kemajuan dalam material semata-mata.Peradaban adalah memiliki berbagai erti dalam kaitannya dengan masyarakat manusia. Seringkali istilah ini digunakan untuk merujuk pada suatu masyarakat 'kompleks'iaitu masyarakat yang mempraktikkan pertanian intensif, memiliki pembahagian kerja, dan kepadatan penduduk yang mencukupi untuk membentuk kota-kota. 'Peradaba' dapat juga digunakan dalam konteks luas untuk merujuk pada seluruh atau tingkat pencapaian manusia dan penyebarannya (peradaban manusia atau peradaban global).

曾经因为有你而幸福的pig2 & king kong... berkata...

perkataan "budaya" berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu percantuman dua perkataan 'budhi' dan 'daya'. Perkataan 'budhi' yang dipinjam dari bahasa Sanskrit bererti kecerdasan fikiran dan akal manakala 'daya' (perkataan Melayu Polinesia) pula bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut, maka 'budaya' membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa dan menentukan pola kelakuan manusia. Menurut persepsi barat, budaya berkait rapat dengan ketamadunan. Bagi mereka, budaya yang bertamadun mencerminkan kebebasan dan kepentingan serta kemajuan dari segi material atau objek semata-mata. Berlainan pula dengan budaya timur kita yang sangat menitikberatkan spiritual dan nilai-nilai moral. Istilah 'tamadun' pula berasal daripada perkataan Arab 'mudun', kata terbitannya 'tamaddana' dan madinah yang membawa maksud kehidupan di bandar yang dikaitkan dengan corak hidup yang maju dan dilengkapi pelbagai kemudahan. secara umumnya, tamadun membawa erti masyarakat manusia yang telah berjaya keluar daripada kehidupan yang mundur (nomad) dan telah mencapai kemajuan dalam berbagai-bagai aspek kehidupan. Istilah tamadun sering kali disamaertikan dengan istilah peradaban. Peradaban berasal daripada kata dasar 'adaba' yang bererti tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat. Dengan kata lain, peradaban menunjukkan keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat.

EuGeNie Oh Siok Yii berkata...

Konsep budaya dapat dibincangkan dalam dua aspek yang berlainan iaitu dari aspek pandangan orang timur dan satu lagi dari aspek pandangan orang barat. Pada pandangan orang timur,perkataan " budaya" ini membawa maksud suatu tenaga fikiran yang menentukan pola kelakuan manusia. Ini jelas menunjukkan bahawa orang timur lebih mementingkan kelakuan manusia iaitu kesantunan, kesopanan yang telah menjadi salah satu ciri yang tidak dapat dipisahkan dengan orang-orang timur. Pada pandangan orang barat pula, budaya ini mempunyai hubungan yang rapat dengan ketamadunan.Selain itu, pandangan orang barat terhadap perkataan "budaya" juga berbeza dengan orang timur. Bagi mereka,budaya lebih mementingkan material dan menghasilkan sesuatu yang baru. Ini bermakna sesuatu masyarakat itu dikatakan berbudaya jika mereka berjaya menghasilkan sesuatu yang konkrit dan boleh nampak. walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir masyarakat barat yang mengatakan bahawa budaya mempunyai kaitan dengan spiritual seperti yang dikatakan oleh masyarakat timur. Istilah " tamadun" pula bermaksud keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran iaitu dari segi politik,sosial,ekonomi dan budaya.Biasanya,Masyarakat yang bertamadun dikatakan mempunyai peradaban yang tinggi. sebagai contoh, masyarakat Melayu dikatakan mempunyai peradaban yang tinggi kerana mempunyai pelbagai budaya dan nilai-nilai seni yang tinggi. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa ketiga-tiga konsep iaitu budaya, ketamadunan dan peradaban mempunyai hubungan yang saling berkaitan antara satu sama lain dan tidak dapat dipisahkan apabila membincangkan perkembangan tamadun manusia pada masa lalu,kini dan juga pada masa yang akan datang.

yosyaroza roslan (D20051021206) berkata...

Istilah 'budaya' terhasil daripada dua perkataan, iaitu 'budhi' dan 'daya'. Istilah 'budhi' berasal daripada bahasa Sanskrit, yang bermaksud kecerdasan fikiran dan akal. Istilah 'daya' pula merupakan perkataan jati Melayu Polinesia yang membawa maksud kekuatan kuasa, tenaga, dan pengaruh. Oleh sebab itu, perkataan-perkataan ini apabila digabungkan akan menjadi perkataan 'budaya', yang membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani, atau kuasa yang menggerakkan jiwa dan menentukan pola kelakuan manusia. Istilah 'budaya' juga membawa maksud tamadun dan peradaban. Oleh hal yang demikian, masyarakat Barat menganggap bahawa 'budaya' itu bertamadun. Seandainya masyarakat itu mengamalkan budaya, bermakna mereka itu merupakan masyarakat yang materialistik. Bagi mereka, budaya yang bertamadun mencerminkan kebebasan dan kepentingan serta kemajuan daripada segi material atau objek semata-mata. Keadaan ini sangat berbeza dengan budaya Timur kita yang sangat mementingkan hal-hal spiritual dan nilai-nilai moral. Bagi masyarakat Barat, tanda bagi orang yang berjaya adalah orang itu mampu bergerak dengan pantas. Oleh sebab itulah mereka sentiasa berlumba-lumba untuk mencipta nama dan berjaya. Istilah 'tamadun' pula berasal daripada perkataan Arab 'mudun', kata terbitannya 'tamaddana' dan 'madinah' yang membawa maksud kehidupan di bandar yang dikaitkan dengan corak kehidupan yang maju dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Oleh itu, istilah 'tamadun' pula bermaksud keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran iaitu dari segi politik, sosial, ekonomi dan budaya. Lazimnya, masyarakat yang bertamadun dikatakan mempunyai tamadun yang tinggi. Istilah 'peradaban' pula berasal daripada kata dasar 'adaba' yang bererti tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh setiap anggota sesebuah masyarakat. 'peradaban' juga menunjukkan keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat. Kesimpulannya, istilah 'budaya', 'tamadun' dan 'peradaban' ini mempunyai hubungan yang sangat erat. Semua budaya dicipta oleh tamadun, tetapi bukan semua budaya itu bartamadun dan baik untuk semua ahli masyarakat.

ziziyana bt amin berkata...

Jika dilihat, budaya boleh dikatakan sebagai tamadun dan gaya hidup sesebuah masyarakat. Melalui ketamadunan ini, manusia dapat berubah dari satu kepercayaan kepada satu kepercayaan atau pemikiran yang lebih positif. Budaya ini boleh dilihat daripada sudut pandangan barat dan sudut pandangan timur. Dari sudut pandangan barat, budaya bermaksud ketamadunan yang boleh dilihat melalui material yang dihasilkan. Sesebuah negara yang dikatakan berbudaya ialah negara yang mampu membangun dengan hasil sendiri dan boleh dilihat hasilnya. Misalnya dengan penciptaan alatan teknologi yang berinovasi.

Jika dilihat pada pandangan orang timur pula, budaya ialah satu bentuk pemikiran yang bertamadun. Keadaan ini tidak semestinya dilihat daripada material sahaja, tetapi juga dilihat cara pemikiran mereka. Selain itu, pandangan timur juga menjelaskan bahawa budaya sangat menitikberatkan nilai moral sesuatu masyarakat. Tenaga fikiran dan moral yang tinggi akan sentiasa mendekatkan diri dengan alam. Peradaban pula bermaksud tingkat kemajuan dalam sesebuah masyarakat. Kesimpulannya, konsep budaya ialah tamadun masyarakat yang mempunyai tenaga fikiran yang baik serta nilai moral yang tinggi dalam menjalankan hidup sebagai manusia. Selain itu, manusia yang berbudaya akan sentiasa menggunakan alam dengan sebaiknya. Oleh itu, semua budaya adalah bermula dari tamadun tetapi tidak semua tamadun itu berbudaya.

Nordiah binti Ab. Ghani D20051021145 berkata...

"Budaya" adalah cara hidup manusia. "Budaya" merupakan proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam satu kelompok. Perkataan "budaya" berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu "budhi" yang bermaksud kecerdasan fikiran dan akal. "Daya" pula adalah perkataan jati Melayu Polinesia yang bermaksud kekuatan tenaga, kuasa dan pengaruh. Secara etemologi, perkataan "budaya" bermaksud "budi+daya", iaitu budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Secara keseluruhannya, budaya dianggap sebagai penghasilan masyarakat manusia yang pelbagai bentuk sama ada dapat dilihat atau tidak. Bagi konsep "tamadun" pula, Alnord Tonybee mengatakan bahawa "tamadun" ialah satu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti . Hal ini meliputi empat elemen iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni. Mengikut perspektif Islam, Dr. Muhammad al-Bahly mengatakan bahawa "tamadun" ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan sebagainya. Secara keseluruhannya, "tamadun" melambangkan kemajuan sesuatu bangsa daripada pelbagai aspek kehidupan. Perkataan "peradaban" pula berasal daripada kata dasar "adaba" yang bererti tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat. "Peradaban" melambangkan kemajuan kehidupan jasmani dan rohani sesebuah masyarakat. Kesimpulannya, perkataan "budaya", "tamadun" dan "peradaban" adalah saling berkaitan antara satu sama lain apabila kita membincangkan perkembangan manusia. Sesebuah masyarakat yang maju pastinya bertamadun, mempunyai peradaban dan pelbagai budaya yang menarik.

Shapiah Sapari D20051021153 berkata...

Budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan "budaya" yang bermaksud " budi + daya ". Perkataan “budi” berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud kecerdasan fizikal dan aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala “daya” sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain. Antara ciri-ciri budaya ialah melibatkan pengkongsian suatu masyarakat, budaya tidak dapat berpisah dengan bahasa dan budaya boleh diperolehi melalui proses pembelajaran. Bagi kebudayaan pula, konsep kebudayaan paling awal yang menjadi rujukan ahli antropologi ialah konsep yang diajukan oleh Taylor (1871). Menurut Taylor, kebudayaan adalah “satu keseluruhan kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan kebolehan-kebolehan lain serta kebiasaan yang diperolehi manusia sebagai anggota masyarakatnya”. Jika dilihat, definisi ini bukan sahaja menekankan aspek budaya bukan benda, tetapi juga aspek budaya kebendaan. Selain aspek-aspek kehidupan seperti kepercayaan, undang-undang dan kesusilaan, ditekankan juga aspek-aspek kebendaan seperti alat-alat kesenian, senjata-senjata memburu, perkakas memasak, bentuk rumah dan lain-lain lagi. Bidang kebudayaan itu boleh dilihat melalui fikiran / idea seperti ilmu pengetahuan, bahasa, falsafah, persuratan, metos, lagenda, kesusasteraan, kepercayaan dan cerita-cerita lisan; kebendaaan seperti seni bina, bangunan, alat-alat-alat mesin, object de art, pakaian, makanan, ubat-ubatan dan perabot; kesenian dilihat dari dua bidang kemahiran iaitu seni lakon ( teater, tarian, muzik, nyanyian ) dan seni tampak ( ukiran, lukisan, seni pahat, tenunan, takat dan anyaman ); serta nilai dan norma seperti peraturan-peraturan undang-undang, adat resam, ‘folk-ways & ‘mores’, gaya dan perlakuan, pantang larang, upacara dan nilai-nilai keagamaan dan bersopan santun. Keempat-empat bidang tersebut akan memperlihatkan bukan sahaja hasil-hasil yang berasaskan sesuatu yang abstrak atau tidak kelihatan (intangible), tetapi juga bercorak kebendaan (tangible). Hasil-hasil ini lahir sebagai bentuk-bentuk yang menunjukkan kebudayaan sesuatu masyarakat secara fizikal, (jasmaniah) atau non-fizikal (rohaniah). Misalnya pertalian diantara pemikiran dengan perlakuan dan pemilikan dapat digambarkan melalui ketinggian mutu seni ukir yang lahir daripada pemikiran dan falsafah yang tinggi, dijelmakan dari perbuatan mengukir dan akhirnya ukiran itu menjadi suatu hasil warisan budaya. Istilah Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana yang bererti membina suatu bandar atau seseorang/masyarakat yang mempunyai peradaban. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Dari akar kata madana lahir kata benda tamaddun yang secara literal berarti peradaban (civilization) yang berarti juga kota berlandaskan kebudayaan (city base culture) atau kebudayaan kota (culture of the city). Dalam kalangan penulis Arab, perkataan tamaddun digunakan untuk pertama kalinya oleh Jurji Zaydan dalam sebuah judul buku Tarikh al-Tamaddun al-Islami (Sejarah Peradaban Islam), terbit 1902-1906. Sejak itu perkataan Tamaddun digunakan secara luas dikalangan umat Islam. Di dunia Melayu tamaddun digunakan untuk pengertian peradaban. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah "culture and civilization" atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Ibnu Khaldun merupakan orang pertama yang membuat kajian khusus tentang tamadun pada kurun ke-14 dalam bukunya al-Muqaddimah, Kitab al-'ibar wa Diwan al-Mabtada' wa al-Khabar fi Ayyam al-'Arab wa al-'Ajam wa al-Barbar. Beliau menggunakan perkataan 'umran sebagai merujuk kepada 'tamadun' yang kita fahami sekarang. Di Eropah, perkataan civilisation hanya mula diungkapkan pada abad ke-18 dan mula digunakan pada kurun ke-19. Antara ciri yang ketamadunan ialah mempunyai bentuk agama yang tinggi, negara yang tersusun rapi, sistem undang-undang yangg sempurna, kehidupan bandar, sistem tulisan yang maju dan bentuk-bentuk kesenian dan seni bina yang istimewa. Huntington mendefinisikan peradaban (civilization) sebagai the highest social grouping of people and the broadest level of cultural identity people have short of that which distinguish humans from other species, dan Ibnu Khaldun melihat peradaban (umran) sebagai organisasi sosial manusia, lanjutan dari proses tamadun iaitu urbanisasi, isu assabiyah (group feeling, esprit de corp). Oleh itu, peradaban adalah keseluruhan produk fikiran kelompok manusia yang mengatasi negara, ras, suku, atau agama, yang berlangsung cukup lama, yang membezakannya dari yang lain. Berdasarkan definisi-definisi konsep di atas dapatlah disimpulankan, ketiga-tiganya iaitu budaya, ketamadunan dan peradaban mempunyai hubungan yang erat di antara satu sama lain.

HARTINI JAWISE D20051021122 berkata...

HARTINI JAWISE (D20051021122)

Konsep budaya, ketamadunan dan peradaban adalah saling berkaitan. Hal ini kerana melalui budaya yang diamalkan oleh sesuatu bangsa dapat mencerminkan ketamadun dan peradaban. Dalam membincangkan konsep ini, terdapat pelbagai tanggapan yang diberikan oleh tokoh akademik. Umumnya, budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Budaya merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Konsep budaya ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan sanskrit iaitu budhi + daya. Budi merupakan aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai. Daya pula merupakan aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Daya juga merujuk kepada kekuatan tenaga atau perbuatan (berasal daripada perkataan Polinesia). Budaya dapat melambangkan akal budi budaya kita. Justeru, gabungan kedua-dua perkatan budi + daya membawa maksud tenaga fikiran yang menentukan pola kelakuan manusia. Konsep tamadun pula merujuk kepada pencapaian yang dikecapi oleh sesuatu bangsa. Barat beranggapan bahawa masyarakat yang bertamadun adalah masyarakat yang mencapai kemajuan daripada segi ekonomi, politik dan sosial. Perkara yang paling diutamakan adalah kekayaan materialistik. Namun, tanggapan ini bertentangan dengan pendapat orang Timur. Masyarakat Timur mengatakan bahawa masyarakat yang bertamadun adalah masyarakat yang bukan sahaja menekankan aspek material tetapi juga menekankan amalan spiritual dan nilai-nilai moral. Konsep peradaban pula merujuk kepada keadaan dan tingkat kemajuan terhadap kehidupan jasmani dan rohani. Melalui pencapaian peradaban inilah kemajuan sesuatu tamadun dapat diukur. Sekiranya kita tidak menekankan budaya dan peradaban sesuatu bangsa, maka runtuhlah tamadun yang ingin dibina. Kesimpulannya, konsep budaya, ketamadunan dan peradaban adalah saling melengkapi. Hal ini kerana budaya dan peradaban yang dicipta oleh sesuatu bangsa membolehkan sesuatu tamadun yang dicipta itu dikagumi oleh tamadun lain. Seharusnya, kita perlu menjaga budaya, tamadun dan peradaban masyarakat Melayu agar tidak lapuk ditelan zaman. Secara tidak langsung dapat membentuk jati diri.Pada masa yang sama juga dapat memelihara keunikan budaya warisan nenek moyang kita.

Zalipah berkata...

Perkataan budaya berasal dari gabungan perkataan 'budhi' dan 'daya'. 'Budhi' merupakan pinjaman perkataan sanskrit yang bermaksud kecerdasan fikiran atau akal manakala 'daya' merupakan perkataan dari kata melayu polinesia yang bermaksud kekuatan tenaga atau perbuatan, kuasa dan pengaruh. Setelah digabungkan, 'budaya' membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani, atau kuasa yang menggerakkan jiwa dan menentukan pola kelakuan manusia. Mengikut pandangan barat, pola fikiran yang membentuk budaya inilah yang akan membentuk tamadun dan peradaban yang dibuktikan dengan material. Namun pada pandangan masyarakat timur, sesuatu budaya tidak seharusnya dibuktikan dengan material semata-mata malahan mengambilkira aspek-aspek persekitaran alam semulajadi, niali-nilai moral dan spiritual. Berdasarkan pendapat barat, sesebuah masyarakat dilihat akan bertamadun dan mempunyai peradaban apabila dapat membuktikan kemampuan mereka dalam bidang tertentu seperti membina bangunan-bangunan yang tinggi, kenderaan yang boleh mencapai kepantasan yang maksimum serta mencipta sesuatu yang baru. Namun dalam konteks alam melayu, peradaban dan ketamadunan yang dicipta adalah berdasarkan alam semulajadi misalnya membuat sesuatu dari sumber-sumber asli dari dalam hutan. Tenaga fikiran dan moral yang tinggi akan sentiasa menjadikan seseorang itu hampir dengan alam. Peradaban pula bermaksud tingkat kemajuan dalam sesebuah masyarakat. Sesungguhnya, budaya membentuk tamadun masyarakat yang mempunyai tenaga fikiran yang baik serta nilai moral yang tinggi dalam menjalankan hidup sebagai manusia. Selain itu, manusia yang berbudaya akan sentiasa menggunakan alam dengan sebaiknya. Oleh itu, semua budaya adalah bertamadun tetapi tidak semua tamadun itu berbudaya.

CRYSTAL GALE MARIN D20051021117 berkata...

Jika dilihat daripada segi konsep, budaya sebenarnya berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu ‘budhi’ dan ‘daya’. ‘Budhi’ dapat dimaksudkan sebagai kecerdasan akal dan fikiran manakala ‘daya’ yang berasal daripada perkataan Polinesia merupakan kekuatan tenaga atau perbuatan. Oleh yang demikian, budaya dapat diertikan sebagai tenaga fikiran yang menentukan pola kelakuan manusia. Sememangnya budaya timur melambangkan akal budi budaya kita yang sememangnya terlalu hampir dengan alam. Contohnya penggunaan peralatan dan permainan yang menggunakan pelbagai sumber alam seperti senduk kayu, gasing, dan kain songket yang bermotifkan alam. Tamadun pula dapat dikonsepkan sebagai pencapaian atau kemajuan sesuatu bangsa dan kelompok. Pencapaian ini meliputi pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, sosial, teknologi, kesenian, dan kebudayaan. Jika diteliti, budaya barat mengukur ketamadunan berdasarkan tahap ketinggian teknologi. Semakin tinggi tahap sesuatu teknologi, maka semakin tinggilah tamadun sesuatu bangsa. Perkara ini berlaku kerana barat menganggap bahawa kekurangan material adalah tidak bertamadun. Peradaban pula merujuk kepada perihal tingkah laku dan tatasusila. Perkara ini termasuklah bagaimana kita menjaga amalan, tradisi dan adab serta perilaku yang penuh dengan nilai-nilai ketimuran. Oleh itu, jika budaya, tamadun, dan peradaban kita sendiri tidak dipelihara maka amatlah sukar untuk mengekalkan tamadun Melayu yang kaya dengan kesenian dan estetika tersendiri yang telah wujud sejak dahulu kala.

Nor Akma Bt Mat Nawi berkata...

Nor Akma Bt Mat Nawi D20051021179

Apa yang dikatakan dengan budaya ialah keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan akal budi dan lain-lain. Budaya juga merupakan sekelompok pemikiran dan barangan, manakala golongan Komunis pula berpendapat budaya ialah tindak balas sesuatu masyarakat terhadap apa yang ada dalam masyarakat itu. Sementara itu Blok Barat lebih menumpukan pengertian budaya sebagai hasil pemikiran, iaitu pemikiran manusia. Komunis Timur lebih mirip menganggap budaya sebagai hasil masyarakat dan ini sesuai dengan kecenderungan golongan Komunis yang lebih mendominasikan masyarakat berbanding dengan individu. Peradaban pula merupakan keadaan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani serta rohani sesuatu bangsa, masyarakat dan sebagainya. Sementara itu, ketamadunan pula adalah keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran iaitu sosial, budaya, politik dan lain-lain yang tinggi, seperti peradaban negara dan penduduknya. Selain itu, ketamadunan juga disifatkan sebagai curahan kemampuan atau keupayaan sifat kita sebagai manusia, untuk mencapai tahap kesempurnaan jenis atau bangsa manusia mencapai kemajuan, dalam aspek kemanusiaan dan alam realiti. Ketamadunan juga ialah sesuatu yang bersifat keakhlakan pada tunjangannya iaitu lebih mirip kepada definisi yang menerangkan tentang proses melahirkan dan memantapkan sesebuah tamadun.

siti faeizah ismail berkata...

Budaya dapat didefinisikan sebagai cara hidup manusia atau dengan lebih lanjut lagi sebagai proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkataan ‘budaya’ merupakan etimologi daripada perkataan ‘budi dan daya’. ‘Budi’ merangkumi aspek dalaman manusia seperti akal dan nilai manakala ‘daya’ merangkumi aspek usaha dan hasilan. Cantuman dua perkataan ini akan menghasilkan istilah ‘budaya’ yang merupakan penghasilan masyarakat dalam pelbagai bentuk samaada dapat dilihat atau sebaliknya. Daripada budaya akan menghasilkan istilah kebudayaan yang mana dapat dijelaskan sebagai perkongsian suatu masyarakat, tidak dapat dipisahkan dengan bahasa dan diperolehi melalui proses pembelajaran. Budaya adalah hasil ciptaan dan pemikiran manusia yang sesuai dengan rohani dan jasmani untuk kesejahteraan hidup.

Ketamadunan berasal daripada kata akar tamadun. Perkataan ‘tamadun’ berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud membuka bandar atau kota (maddana) atau memperhalus budi pekerti. Ketamadunan merupakan pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi. Pengertian ketamadunan dapat dibuktikan melalui kemajuan petempatan di sesebuah kawasan, penyediaan kemudahan yang sempurna dan peningkatan kualiti hidup yang tinggi.

Istilah ‘peradaban’ berasal daripada kata dasar ‘adab’. ‘Adab’ dapat didefinisikan sebagai teratur, berakhlak atau kesopanan, kehalusan budi pekerti. Peradaban amat berhubung erat dengan konsep nilai moral, norma, etika dan estetika. Peradaban juga berhubung kait dengan kebudayaan dan organisasi sosial.

nor azian bt dollah berkata...

konsep kebudayaan dapat dijelaskan sebagai satu pola tingkah laku yang dipelajari dan disampaikan daripada satu generasi ke satu generasi. Ia merupakan entiti yang tidak boleh disampaikan melalui faktor-faktor baka atau warisan. Kebudayaan juga merujuk kepada keseluruhan cara hidup meliputi ilmu pengetahuan, kepercayaan seni, undang-undang, moral, adat istiadat dan kemahiran lain yang dipelajari seseorang dalam masyarakatnya.
Perkataan ketamadunan pula berasal daripada perkataan Arab yang bererti kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku. Berpunca dari kata kerja “maddana” yang bererti memperhalus budi bahasa dan memperelok tingkah laku. Juga membawa erti membuka bandar. Terbit pula perkataan “madinah” yang bermaksud bandar dan juga “madani” iaitu orang yang berkelakuan seperti orang bandar yang bersifat halus dalam budi bahasa dan beradab sopan dalam tingkah laku. Kesimpulannya, istilah “tamadun” boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik, halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah masyarakat atau negara bangsa. Ringkasnya, tamadun boleh dilihat sebagai pencapaian satu bentuk budaya tinggi.
Konsep peradaban pula merujuk pada suatu masyarakat "kompleks": masyarakat yang mempraktikkan pertanian intensif; memiliki pembagian kerja; dan kepadatan penduduk yang mencukupi untuk membentuk kota-kota. "Peradaban" dapat juga digunakan dalam konteks luas untuk merujuk pada seluruh atau tingkat pencapaian manusia dan penyebarannya (peradaban manusia atau peradaban global).

yee sheau yng D20051021205 berkata...

Istilah budaya terhasil daripada gabungan dua perkataan, iaitu ‘budhi’ dan ‘daya’. Perkataan ‘budhi’ asal dari Bahasa Sanskrit yang bermaksud kecerdasan fikiran dan akal. Perkataan ‘daya’ pula berasal dari perkataan Melayu Polinesia yang membawa makna kekuatan tenaga, pengaruh dan kuasa. Gabungan kedua-dua perkataan bermaksud tenaga fikiran yang menentukan pola kelakuan manusia. Budaya adalah dipengaruhi oleh kepercayaan dan faktor kekeluargaan. Dengan contohnya, bangsa Melayu akan tolong-menolong sekiranya jiran mengadakan kenduri. Oleh itu, boleh dikatakan setiap bangsa mempunyai budaya yang berlainan. Istilah tamadun pula berasal dari perkataan Arab ‘maddana’ yang bermaksud membuka kota atau bandar dan keadaan hidup masyarakat yang maju. Ketamadunan merupakan pencapaian dari segi moral dan rohani. Maka, budaya sesebuah negara melambangkan ketamadunan sesebuah negara. Istilah peradaban pula, sering merujuk kepada sesuatu masyarakat. Sesuatu masyarakat yang dikatakan mempunyai peradaban yang tinggi maka negara tersebut memiliki masyarakat yang mempraktikkan pertanian intensif, memiliki pembahagian kerja dan kepadatan penduduk yang mencukupi untuk membentuk kota iaitu seimbang dari aspek fizikal, sosial, moral, dan rohani. Ketiga-tiga konsep tersebut adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Maka negara yang dikatakan berbudaya adalah negara yang bertamadun dan mempunyai peradaban yang tinggi.

Sebenarnya mempunyai dua masyarakat yang membincangkan ketiga-tiga konsep tersebut iaitu masyarakat Timur dan masyarakat Barat. Masyarakat yang berbeza mempunyai persepsi yang berlainan. Menurut pandangan masyarakat Barat, sesuatu masyarakat dikatakan bertamadun adalah masyarakat yang mencapai kemajuan dari segi fizikal dan sosial sahaja. Masyarakat Barat hanya mementingkan material atau objek yang konkrit sahaja. Oleh itu, sekiranya sesebuah negara memenuhi kedua-dua aspek tersebut maka negara tersebut dikatakan bertamadun. Pandangan masyarakat Timur amat bertentangan dengan pandangan masyarakat Timur iaitu tidak hanya mengukur dari segi fizikal dan sosial sahaja tetapi juga merangkumi aspek moral dan rohani. Menurut pandangan mereka, negara yang bertujuan mencapai ketamadunan maka perlu bermula dari paling batin dengan akidah dan hidup rohaninya iaitu berbudaya baik, mempunyai peraturan hidup yang menyeluruh dan bertamadun sehingga membawa kepada peradaban yang tinggi iaitu timbulnya institusi-institusi, cara-cara pemerintahan, perkembangan ilmu sastera dan sains dengan aspek fizikal, sosial, moral dan rohani. Pandangan Timur ialah masyarakat perlu mempunyai kepercayaan barulah negara boleh berbudaya sehingga membawa kepada ketamadunan dan mempunyai peradaban. Kepercayaan tersebut ialah faham ilmu, faham diri, faham alam dan faham nilai Islam.

Kesimpulannya, ketiga-tiga konsep mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain. Pandangan masyarakat Barat berbeza dengan masyarakat Timur iaitu tidak mementingkan aspek moral da rohani. Dengan contohnya, sekiranya masyarakat sesebuah negara tidak bermoral adakah negara tersebut boleh membangun untuk mencapai kemajuan negara? Jawapannya tidak. Oleh itu, untuk mencapai ketamadunan dan peradaban yang tinggi maka budaya yang baik merupakan elemen yang paling asas. Masyarakat yang berbudaya akan menghasilkan ketamadunan negara dan mempunyai peradaban yang tinggi.
Budaya = ketamadunan + peradaban

NADRATUN NAIM BINTI SUJAK (D20051021134) berkata...

NADRATUN NAIM BINTI SUJAK
D20051021134)
Budaya bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan "budaya" yang bermaksud " budi + daya " iaitu budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Oleh itu, budaya boleh ditakrifkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain. Tamadun berasal daripada perkataan Arab yang bererti kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku. Ia boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik, halus dan sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah masyarakat atau negara. Ringkasnya, tamadun boleh dilihat sebagai pencapaian satu bentuk budaya tinggi. Peradaban pula merujuk pada suatu masyarakat "kompleks" iaitu masyarakat yang mempraktikkan pertanian intensif; memiliki pembahagian kerja, dan mempunyai kepadatan penduduk yang mencukupi untuk membentuk kota-kota. Peradaban juga digunakan untuk merujuk pada seluruh atau tingkat pencapaian manusia dan penyebarannya. Kesimpulannya, ketiga-tiga konsep budaya, ketamadunan dan peradaban merujuk pada cara hidup manusia yang mengalami perkembangan dan kemajuan daripada pelbagai aspek sama ada tingkah laku, pemikiran dan kebolehan mencipta sesuatu sehinggalah mereka disegani dan dihormati. Oleh itu, kita sebagai rakyat Melayu haruslah menjaga dan memelihara budaya, tamadun dan peradaban yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita terdahulu bagi menjamin keasliannya agar boleh diwarisi oleh generasi yang akan datang.

Nor Shahila Harun D20051021129 berkata...

Budaya sememangnya berkait rapat dengan pembentukan tamadun sesuatu masyarakat. Orang Melayu adalah antara golongan manusia yang kaya dengan budaya. Kebudayaan yang dimiliki oleh orang Melayu di sekitar Nusantara cukup membuktikan bahawa golongan ini sudah lama memiliki tamadun dan peradabannya sendiri. Lihat sahaja tinggalan budaya yang terdapat di Nusantara seperti Angkor Watt dan Candi Borobuddur. Monumen-monumen ini menjadi bukti bahawa Tamadun Melayu telah bertapak lebih awal daripada pembentukan tamadun Barat.

Istilah ‘budaya’ berasal daripada perkataan Sanskrit yang membawa maksud kecerdasan fikiran yang menentukan pola perlakuan manusia. Oleh itu, aspek budaya ini jugalah yang menjadi asas kepada pembentukan tamadun dan peradaban sesuatu bangsa. Budaya material dan juga spiritual merupakan budaya yang menjadi amalan orang Melayu sejak dahulu lagi. Kefahaman orang Melayu terhadap konsep faham ilmu, faham diri dan faham alam menunjukkan bahawa budaya yang menjadi amalan golongan ini lebih dekat dengan alam. Setiap masyarakat tidak kira orang Melayu ataupun orang Barat, budaya yang dihasilkan oleh setiap masyarakat bersifat material. Namun, apa yang membezakan orang Melayu dan orang Barat ialah budaya yang diamalkan oleh Barat adalah material semata-mata. Berbeza dengan orang Melayu, meskipun budaya material menjadi amalan utama, budaya spiritual tidak dilupakan. Hal ini kerana, dengan adanya budaya spiritual inilah, jati diri orang Melayu lebih tinggi daripada orang Barat. Sahsiah dan keperibadian orang Melayu juga lebih mulia daripada mereka.

Sesungguhnya, amalan budaya orang Melayu berjaya mewujudkan ketamadunan dan peradaban Melayu yang agung. Sekiranya budaya Barat pada masa kini menjadi ikutan orang Melayu, pasti ketamadunan dan peradaban Melayu yang dicapai pada zaman kegemilangan Melayu dahulu sukar untuk dipertahankan.

NANCY AHMADIE CHEN D20051021136 berkata...

Tinggi sungguh si pohon bidara,
Tempat permainan si anak raja,
Mohon izin sembah bicara,
Untuk santapan minda bersama.

Saya juga bersependapat dengan rakan-rakan seperjuangan. Namun, saya ingin menambahkan sedikit informasi mengenai ketiga-tiga konsep yang telah diutarakan. sebagai santapan minda kita bersama.
Seperti yang telah dinyatakan oleh sahabat sekalian, budaya berasal dari bahasa Sanskrit aitu buddhayah yang merupakan bentuk jamak daripada perkataan budhi yang bermaksud kecerdasan fikiran dan akal manakala daya (perkataan Melayu Polinesia) pula bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Maka gabungannya membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa dan menentukan pola kelakuan manusia. Menurut persepsi barat pula, budaya berkait rapat dengan ketamadunan. Mereka berpendapat budaya yang bertamadun mencerminkan kebebasan dan kepentingan serta kemajuan dari segi material atau objek semata-mata. Berlainan pula dengan budaya timur kita yang sangat menitikberatkan spiritual dan nilai-nilai moral.
Kita teliti pula beberapa lagi pendapat lain mengenai konsep kebudayaan ini. A. Aziz Deraman mengatakan budaya sebagai cara yakni cara berfikir, cara berinteraksi, cara merasa dan cara perlakuan masyarakat. Menurut Oxfod Advanced Learner’s Dictionary budaya ditakrif sebagai customs, beliefs, art, music and all other product of human thought made by a particular group of people at particular time.
Edward B. Taylor telah mendefinisikan budaya sebagai satu keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.
Selain itu, Lanton dan Blok Barat bersependapat dengan menakrifkan budaya sebagai sekelompok pemikiran manakala Ogebren pula membuat sedikit penambahan dengan mengatakan bahawa budaya sebagai sekelompok barangan dan pemikiran.
Golongan Komunis pula berpendapat bahawa budaya ialah tindak balas sesuatu masyarakat terhadap apa yang ada dalam masyarakat itu.
Secara tuntasnya, budaya bolehlah didefinisikan sebagai keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, kelakuan dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat.
Dengan kata yang lebih mudah, budaya merupakan seluruh cara hidup sesuatu masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain melalui proses pembelajaran.

Ketamadunan
Ketamadunan sering digambarkan sebagai kemajuan kebendaan (material) dan mempunyai pencapaian yang tinggi dalam Sains dan Teknologi. Sebenarnya perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitu Maddana dan Maddani yang bermaksud pembangunan bandar atau kota dan perbuatan memperhalus budi pekerti. Selain itu, Kamus Dewan pula mendefinisikan tamadun sebagai negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain) serta keadaan pemikiran (budaya dan moral yang halus). Ringkasnya konsep tamadun meliputi tiga perkara iaitu pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi, kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna.

Peradaban
Menurut Prof. Syed Muhammad Naguib al-Attas bahawa peradaban ialah keadaan kehidupan insan yang bermasyarakat yang mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. Di samping itu, peradaban turut didefinisikan sebagai tamadun, keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani serta rohani (sesuatu bangsa, masyarakat dsb)(Kamus Dewan: 2005).
Secara ringkasnya, peradaban merujuk kepada keadaan dan tingkat kemajuan kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat.
Kesimpulannya, saya berpendapat ketiga-tiga konsep penting ini saling bertindan tindih dan saling melengkapi dalam melahirkan sebuah bangsa yang mantap. Jika salah satunya tiada, maka tempanglah bangsa yang kita ingin lahirkan. Namun persoalannya, bagaimanakah rupa bangsa yang ingin kita lahirkan? –kerana bukan semua budaya yang lahir daripada sesebuah tamadun itu baik dan indah. Oleh itu, tepuk dada tanyalah minda ; ).

greeneeps berkata...

Raymond Williams pernah menyebut budaya sebagai satu daripada dua atau tiga kata yang paling rumit dalam bahasa Inggeris. Menurut beliau, terdapat dua lagi konsep budaya selain yang dibincangkan di bawah tetapi yang paling sesuai untuk dikaitkan dengan konteks kebudayaan masyarakat Melayu adalah konsep budaya sebagai proses umum perkembangan intelektual , spiritual dan estetis.
Budaya berasal daripada kombinasi dua kata iaitu budi dan daya. Budi merupakan kata Sanskrit yang bermaksud kecerdasan fikiran dan akal. Manakala, daya merupakan kata jati Melayu Polinesia yang membawa maksud kekuatan tenaga yang melahirkan pengaruh. Jadi, kombinasi dua perkataan tersebut membentuk konsep tenaga fikiran yang menentukan pola kelakuan manusia.
Masyarakat yang berbudaya akan melahirkan masyarakat atau komuniti yang bertamadun yang mempunyai tahap pemikiran yang tinggi serta mencapai kemajuan dalam semua aspek secara menyeluruh. Dalam pada itu, unsur-unsur spiritual menjadi keutamaan dalam memantapkan kebudayaan mereka.
Sebaliknya sarjana barat pula berpendapat bahawa masyarakat yang berbudaya merupakan masyarakat yang bertamadun tetapi unsur-unsur spiritual sebaliknya diperlekehkan sedangkan unsur-unsur inilah yang menunjangi pembinaan sesuatu tamadun contohnya tamadun Islam. Unsur-unsur agama Islam menjadi teras yang konkrit.
Masyarakat bertamadun melahirkan suatu peradaban yang merupakan keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa dan masyarakat. Masyarakat yang berperadaban memiliki ketinggian budi serta intelektual yang terpuji selaras dengan kemajuan yang dicapai.
Secara umumnya, ketiga-tiga konsep ini mempunyai kaitan yang amat rapat. Semuanya dimulakan dengan budaya hasil daripada keupayaan pemikiran manusia yang tinggi yang mencorakkan tingkah laku seterusnya membawa kepada kemajuan secara menyeluruh sama ada dalam bidang intelektual, spiritual ataupun estetis.
Bagaimanapun, unsur-unsur spiritual yang ditekankan oleh Malik Bennabi menjadi teras pembinaan tamadun yang mencetuskan peradaban yang tinggi.

Storey, J. (2003). Teori Budaya dan Budaya Pop: Memetakan Konsep Konseptual Cultural Studies.Yogyakarta: Penerbit Qalam.

Esa Khalid (2001). Konsep Tamadun Islam: Sains dan Teknologi. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Sarimah Aris Fadilah D20051021161 berkata...

Edward B.Taylor mentakrifkan budaya sebagai keseluruhan yang kompleks yang mengandungi kepercayaan, kesenian, akhlak, undang-undang, adapt, dan kebolehan serta tabiat yang diperoleh oelh manusia sebagai anggota masyarakat. Walau apepun definisi budaya, kita memahami budaya itu sebagai sesuatu yang menyeluruh tentang aspek perilaku manusia dalam masyarakat. Dan setiap perilaku itu dapat dijelaskan. Salah satu sifat penting budaya ialah budaya berubah dan menjadi mekanisma untuk masyarakat menyesuaikan sesuatu dalam kehidupan mereka. Nilai kepercayaan dan bahasa merupakan beberapa aspek yang menjadi teras budaya. Secara amnya, budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan "budaya" yang bermaksud " budi + daya "; yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain.
Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana yang bererti membina suatu bandar atau seseorang/masyarakat yang mempunyai peradaban. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah "culture and civilization" atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Para sarjana telah membahas persamaan dan perbezaan istilah-istilah tersebut. Istilah Tamadun banyak digunakan dalam penulisan Tamadun Islam.Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana yang bererti membina suatu bandar atau seseorang/masyarakat yang mempunyai peradaban. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah "culture and civilization" atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Para sarjana telah membahas persamaan dan perbezaan istilah-istilah tersebut. Istilah Tamadun banyak digunakan dalam penulisan Tamadun Islam.
Peradaban adalah memiliki berbagai arti dalam kaitannya dengan masyarakat manusia. Seringkali istilah ini digunakan untuk merujuk pada suatu masyarakat "kompleks": masyarakat yang mempraktikkan pertanian intensif; memiliki pembagian kerja; dan kepadatan penduduk yang mencukupi untuk membentuk kota-kota. "Peradaban" dapat juga digunakan dalam konteks luas untuk merujuk pada seluruh atau tingkat pencapaian manusia dan penyebarannya (peradaban manusia atau peradaban global).

siti suraidah ramli D20051021116 berkata...

Raymond Williams pernah menyebut budaya sebagai satu daripada dua atau tiga kata yang paling rumit dalam bahasa Inggeris. Menurut beliau, terdapat dua lagi konsep budaya selain yang dibincangkan di bawah tetapi yang paling sesuai untuk dikaitkan dengan konteks kebudayaan masyarakat Melayu adalah konsep budaya sebagai proses umum perkembangan intelektual , spiritual dan estetis.
Budaya berasal daripada kombinasi dua kata iaitu budi dan daya. Budi merupakan kata Sanskrit yang bermaksud kecerdasan fikiran dan akal. Manakala, daya merupakan kata jati Melayu Polinesia yang membawa maksud kekuatan tenaga yang melahirkan pengaruh. Jadi, kombinasi dua perkataan tersebut membentuk konsep tenaga fikiran yang menentukan pola kelakuan manusia.
Masyarakat yang berbudaya akan melahirkan masyarakat atau komuniti yang bertamadun yang mempunyai tahap pemikiran yang tinggi serta mencapai kemajuan dalam semua aspek secara menyeluruh. Dalam pada itu, unsur-unsur spiritual menjadi keutamaan dalam memantapkan kebudayaan mereka.
Sebaliknya sarjana barat pula berpendapat bahawa masyarakat yang berbudaya merupakan masyarakat yang bertamadun tetapi unsur-unsur spiritual sebaliknya diperlekehkan sedangkan unsur-unsur inilah yang menunjangi pembinaan sesuatu tamadun contohnya tamadun Islam. Unsur-unsur agama Islam menjadi teras yang konkrit.
Masyarakat bertamadun melahirkan suatu peradaban yang merupakan keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa dan masyarakat. Masyarakat yang berperadaban memiliki ketinggian budi serta intelektual yang terpuji selaras dengan kemajuan yang dicapai.
Secara umumnya, ketiga-tiga konsep ini mempunyai kaitan yang amat rapat. Semuanya dimulakan dengan budaya hasil daripada keupayaan pemikiran manusia yang tinggi yang mencorakkan tingkah laku seterusnya membawa kepada kemajuan secara menyeluruh sama ada dalam bidang intelektual, spiritual ataupun estetis.
Bagaimanapun, unsur-unsur spiritual yang ditekankan oleh Malik Bennabi menjadi teras pembinaan tamadun yang mencetuskan peradaban yang tinggi.

Storey, J. (2003). Teori Budaya dan Budaya Pop: Memetakan Konsep Konseptual Cultural Studies.Yogyakarta: Penerbit Qalam.

Esa Khalid (2001). Konsep Tamadun Islam: Sains dan Teknologi. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Athiah Binti Mokhtar D 20051021099 berkata...

Secara amnya, budaya bermaksud cara hidup manusia. Budaya merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dala, sesuatu kelompok. Perkataan ‘budaya’ berasal daripada dua perkataan iaiti ‘budi’ dan ‘daya’. Perkataan ‘budi’ berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud kecerdasan akal dan fikiran. Perkataan ‘daya’ pula adalah perkataan jati Melayu Polinesia yang membawa maksud kekuatan tenaga, masa dan pengaruh. Jika dicantum dua perkataan tersebut membawa maksud tenaga yang menentukan pola kelakuan manusia. Seterusnya, ‘budaya’ menurut persepsi Barat pula ialah sesuatu masyarakat yang berbudaya adalah masyarakat bertamadun yang berunsurkan material. Kesimpulannya, konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Istilah ‘tamadun’ pula membawa maksud kehidupan kota yang memiliki gambaran, kefahaman, asas dan nilai yang tinggi dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada daripada segi rohani, pemikiran dan kebendaan. Peradaban pula barkait rapat dengan sesuatu masyarakat. Prof. Syed Muhammad Naguib al-Attas menyatakan ‘peradaban’ adalah keadaan kehidupan insan yang bermasyarakat yang mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. Peradaban juga didefinisikan sebagai tamadun, keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani serta rohani. Secara keseluruhannya, ketiga-tiga konsep tersebut iaitu budaya, tamadun dan peradaban adalah sangat berkait rapat. Oleh itu, kita perlu menjaga dan menitikberatkan soal budaya dan peradaban untuk menjadi bangsa yang bertamadun.

Noraizah Abd. Aziz berkata...

Kamus Dewan memberikan definisi kebudayaan sebagai “cara hidup sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi)” iaitu merujuk kepada keseluruhan cara hidup manusia dalam semua bidang yang melibatkan akal budi dan daya usaha mereka. Mungkin boleh dinyatakan bahawa dalam zaman klasik, istilah kebudayaan itu tidak digunakan, dan digantikan dengan istilah ‘adat’ sebagaimana yang disyaratkan oleh Dr Zainal Kling. Dalam bahasa Inggeris disebut culture, yang merangkumi seluruh cara hidup manusia, lahir batin, termasuk institusi-institusi yang diwujudkan dan juga nilai-nilai, serta pengetahuan yang dihasilkan, termasuk alat-alat yang direkakan. Budaya atau kebudayaan berasal dari bahasa Sanskrit iaitu “buddhayah” yang merupakan bentuk jamak dari “buddhi” (budi atau akal) diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal. Dalam bahasa Inggris, kebudayaan disebut culture, yang berasal dari kata Latin Colere, iaitu mengolah atau mengerjakan. Ia juga dapat diertikan sebagai mengolah tanah atau bertani. Kebudayaan sangat erat hubungannya dengan masyarakat. Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski mengemukakan bahawa segala sesuatu yang terdapat dalam masyarakat ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki oleh masyarakat itu sendiri. Istilah untuk pendapat itu adalah Cultural-Determinism. Herskovits memandang kebudayaan sebagai sesuatu yang turun temurun dari satu generasi ke generasi yang lain, yang kemudian disebut sebagai superorganic. Menurut Andreas Eppink, kebudayaan mengandungi keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta keseluruhan struktur-struktur sosial, religius, dan lain-lain, tambahan lagi segala pernyataan intelektual dan artistik yang menjadi ciri khas suatu masyarakat. Menurut Edward B. Taylor, kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang membuktikan seseorang sebagai anggota masyarakat. Sedangkan menurut Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi, kebudayaan adalah sarana hasil karya, rasa, dan cipta masyarakat. Tamadun pula didefinisikan sebagai keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik), negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran, budaya atau cara hidup ( Kamus Dewan 1994). Perkataan tamadun adalah berasal daripada perkataan Arab ”mudun”, kata terbitannya ”tamaddana” dan madinah yang kesemuanya membawa maksud kehidupan di bandar yang dikaitkan dengan corak hidup yang maju dan dilengkapi pelbagai kemudahan. Kata tamaddana bermakna: menjadi kaum yang mempunyai peradaban atau tamadun. Madinah dengan pl. mudun, mudn dan mada’in bermakna bandar atau kota. Tamaddun bermaksud keadaan hidup sosial yang terkedepan. Kalimat madinah dengan pluralnya juga tercatat dalam kamus-kamus sebagai berasal daripada kalimat dana yang bermaksud meminjam atau menjadi terhutang; ini juga kata dasar bagi kalimat agama –din-. Ertinya penggunaan istilah tamadun ini menekankan aspek pendudukan kota dan hidup kekotaan serta dengan masyarakat yang tersusun dengan aturan-aturannya, pada peringkat yang agak terkedepan dari segi kebendaannya daripada hidup sederhana di kalangan orang-orang Arab seperti mereka dalam kalangan Badwi. Tamadun juga disamaertikan dengan istilah peradaban. Peradaban berasal daripada kata dasar ”adaba” yang bererti tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan anggota sesebuah masyarakat.

nor azliza berkata...

Budaya berasal daripada perkataan budi (Sanskrit) dan daya (jati Melayu Polinesia). Budi bermaksud kecerdasan fikiran dan akal manakala daya pula ialah kekuatan tenaga/ kuasa pengaruh. Hubungan budaya dengan tamadun adalah berkaitan. Konsep tamadun mengikut Harun Mat Piah ialah meliputi makna adab dan peradaban dan budaya atau kebudayaan. Ini jelas membuktikan bahawa hubungan budaya dengan tamadun adalah berkaitan. Sesebuah masyarakat yang mempunyai budaya yang tersendiri dikatakan mempunyai ketinggian tamadun. Kebudayaan sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang lain adalah berbeza walaupun wujud universaliti kebudayaan. Sesuatu budaya berkembang dan terus dicipta mengikut kesanggupan masyarakatnya. Ada budaya yang dipadankan apabila berlaku pertembungan dengan pengaruh luar sama ada bagi mengisi kekosongan atau sebagai alternatif atau bagi menokok tambah pada yang sedia ada. Budaya pula dibahagikan kepada budaya material dan juga budaya bukan material. Kadangkala kedua – duanya mempunyai hubungan yang amat rapat. Di negara ini budaya material jelas diamalkan yang mana budaya tersebut jelas berkaitan dengan alam sekitar. Setiap ukiran, anyaman, makanan dan permainan misalnya masih berasakan pada alam sekitar. Hal ini jelas terbukti melalui corak ukiran dan anyaman yang berasaskan motif tumbuh – tumbuhan. Begitu juga dengan budaya memakan ulam – ulaman dan permainan masih juga berteraskan bahan – bahan yang diperoleh daripada tumbuhan daripada alam sekeliling. Selain itu, terdapat pelbagai budaya yang diamalkan oleh masyarakatnya yang berbilang kaum. Setiap negeri pula terkenal dengan budaya masing – masing. Di Negeri Sembilan contohnya terkenal dengan Adat Pepatih. Budaya adat pepatih ini masih dikekalkan sehingga hari ini dan merupakan warisan sejak zaman – berzaman. Aspek yang ada dalam satu – satu masyarakat menggambarkan cara pemikiran dan pandangan dunia masyarakat itu sendiri. Oleh sebab itulah pula budaya dikatakan budaya relatif dan satu – satunya budaya mestilah ditinjau dari segi masyarakat itu sendiri serta perhubungannya dengan persekitaran atau alam sekeliling di tempat budaya itu wujud. Oleh itu, budaya setiap masyarakat mestilah dipertahankan bagi memastikan ia menjadi kebanggan masyarakat dalam sesebuah tamadun tersebut.

HAFIDZOH BT YAACOB berkata...

Apabila kita bercakap mengenai kebudayaan, sudah pasti perkara yang perlu kita ingat ialah perkaitan antara budaya dan masyarakat. Setiap masyarakat mempunyai budayanya yang tersendiri. Tidak ada budaya sekiranya tidak ada masyarakat, dan begitulah sebaliknya. Oleh hal yang demikian. jelaslah bahawa kebudayaan mempunyai hubungan yang erat dengan masyarakat. Justeru secara tidak langsung segala perlakuan, cara hidup dan pemikiran masing-masing akan dipengaruhi oleh kebudayaan.Dari segi istilah, budaya itu sendiri berasal daripada dua perkataan Sanskrit iaitu ‘budi’ dan ‘Daya’. Budi membawa maksud kecerdasan fikiran dan akal, manakala daya pula berasal daripada perkataan jati Melayu Polinesia yang bermaksud kekuatan, tenaga atau perbuatan mahupun pengaruh. Jadi sebelum kita memahami erti budaya itu sendiri seharusnya kita perlu fahami ilmu, fahami diri, kenal diri dan seterusnya fahami alam. Mengikut kepercayaan barat, mereka beranggapan bahawa budaya itu sebenarnya mempengaruhi ketamadunan. Seseorang itu akan dikatakan bertamadun sekiranya mempunyai budaya. Itu merupakan fahaman material masyarakat barat yang mana mereka mahukan bukti bagi menunjukkan sesuatu masyarakat itu bertamadun ataupun tidak. Dalam tamadun Melayu itu sendiri, sebenarnya kita sudah mencapai era ketamadunan yang mana kita telah mencipta pelbagai sejarah dan ia sekaligus melambangkan bahawa masyarakat Melayu juga berbudaya dan sememangnya bertamadun. Merujuk kepada perkataan tamadun, ia pula berasal daripada perkataan Arab iaitu Tamaddana yang membawa maksud corak hidup berkaitan bandar dan mempunyai pelbagai kemudahan. Peradaban pula boleh dikaitkan atau disamaertikan dengan adab atau perlakuan atau tingkah laku yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat. Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa ketiga-tiga item ini saling berkaitan antara satu sama lain.

aziana ruslan D20051021120 berkata...

Secara amnya, budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan "budaya" yang bermaksud " budi + daya ";iaitu budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain.Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana yang bererti membina suatu bandar atau seseorang/masyarakat yang mempunyai peradaban. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah "culture and civilization" atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Ibnu Khaldun merupakan orang pertama yang membuat kajian khusus tentang tamadun pada kurun ke-14 dalam bukunya al-Muqaddimah, Kitab al-'ibar wa Diwan al-Mabtada' wa al-Khabar fi Ayyam al-'Arab wa al-'Ajam wa al-Barbar. Beliau menggunakan perkataan 'umran sebagai merujuk kepada 'tamadun' yang kita fahami sekarang. Di Eropah, perkataan civilisation hanya mula diungkapkan pada abad ke-18 dan mula digunakan pada kurun ke-19. Antara ciri yang ketamadunan ialah mempunyai bentuk agama yang tinggi, negara yang tersusun rapi, sistem undang-undang yangg sempurna, kehidupan bandar, sistem tulisan yang majudan bentuk-bentuk kesenian dan senibina yang istimewa. Huntington mendefinisikan peradaban (civilization) sebagai the highest social grouping of people and the broadest level of cultural identity people have short of that which distinguish humans from other species, dan Ibnu Khaldun (13321406 M) melihat peradaban (umran) sebagai organisasi sosial manusia, lanjutan dari proses tamadun iaitu urbanisasi, isu ashabiyah (group feeling, esprit de corp). Kesimpulannya peradaban adalah keseluruhan produk fikiran kelompok manusia yang mengatasi negara, ras, suku, atau agama, yang berlangsung cukup lama, yang membezakannya dari yang lain.

Maizatul Ilma Bt Ismail berkata...

D021119
Dalam Kamus Dewan Edisi ke-4, budaya, tamadun dan peradaban merupakan sinonim antara satu sama lain. Pada pendapat saya, budaya, tamadun dan peradaban mempunyai maksud yang berbeza tetapi saling berhubung kait. Perkataan budaya berasal daripada perkataan ’budhi’ dan ’daya’. Perkataan ’budhi’ berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud kecerdasan fikiran dan akal, manakala perkataan ’daya’ pula merupakan bahasa Melayu polinesia yang bermaksud kekuatan tenaga, kuasa dan pengaruh. Ringkasnya, budaya dapat didefinisikan sebagai tenaga fikiran yang menentukan pola kelakuan manusia. Budaya juga merupakan cara sesuatu masyarakat berfikir dan berkelakuan.
Tamadun pula berasal daripada bahasa Arab iaitu ’tamaddana’ yang bermaksud kehidupan di bandar. Bandar tersebut menggambarkan sebuah kehidupan yang maju dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. Dengan ini, tamadun dapat ditakrifkan sebagai cara hidup sesebuah masyarakat yang telah mencapai kemajuan daripada pelbagai aspek, seperti kemajuan cara berfikir dan cara hidup. Di sini kita dapat lihat bahawa perkaitan budaya dan tamadun ialah budaya merupakan salah satu aspek atau ciri penting bagi sesebuah tamadun atau sesebuah masyarakat yang maju. Justeru, konsep tamadun lebih luas daripada budaya.
Seterusnya, peradaban pula berasal daripada perkataan ’adaba’ yang bermaksud tingkah laku baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota masyarakat. Peradaban didefinisikan sebagai suatu tingkat kemajuan yang bukan sahaja daripada jasmani, malah rohani juga turut diutamakan. Jadi, peradaban mempunyai konsep yang lebih luas, iaitu suatu peradaban bukan sahaja memerlukan kecerdasan fikiran serta cara berfikir yang maju, malah memerlukan tingkah laku yang baik dan terpuji.

NurAisyah berkata...

Pelbagai konsep budaya, tamadun dan juga peradaban yang diberikan oleh ahli akademik dan juga pengkaji sosiologi serta antropologi. Secara umumnya menurut Kamus Dewan Edisi Keempat budaya didefinisikan juga sebagai tamadun dan peradaban ataupun kemajuan fikiran, akal budi iaitu cara berfikir dan berkelakuan. Tamadun pula didefinisikan sebagai keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan dan perkembangan pemikiran merangkumi aspek sosial, budaya, politik dan sebagainya. Peradaban pula ialah keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani yang merujuk kepada sesuatu bangsa, masyarakat dan sebagainya. Dalam buku Tamadun Melayu Jilid 2, menurut Christian Pelras (1993:687), tamadun atau kebudayaan meliputi segala aspek kehidupan manusia dan bermasyarakat , tidak hanya aspek rohani,mental dan sosial tetapi juga jasmani. Harun Mat Piah (1993:418) pula mengatakan bahawa tamadun meliputi adab / peradaban dan budaya / kebudayaan. Berdasarkan konsep-konsep yang diberikan di atas dapatlah dikataka bahawa tiga frasa ini iaitu budaya, tamadun dan juga peradaban merupakan satu konsep yang lebih kurang sama dan saling berkaitan antara satu sama lain.
Di samping itu, menurut Mohd Taib Osman (1988:29), kebudayaan ialah sesuatu yang dinamik iaitu berubah dan tidak statik walaupun perubahan berlaku kadangkala cepat dan kadangkala lambat. Dalam buku Pengenalan Ilmu Ketamadunan dan Tamadun Melayu : Konsep dan Penjelasan, (2005), tamadun secara umum merupakan masyarakat manusia yang telah berjaya keluar daripada kehidupan yang mundur (nomad) dan telah mencapai kemajuan dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Selain itu, tamadun juga merupakan kehidupan masyarakat moden yang dipenuhi dengan segala kemudahan hasil penggunaan pelbagai alat teknologi. Dari sudut bahasa pula, tamadun berasal dari perkataan Arab “mudun” kata terbitan “tamaddana” dan madinah yang membawa maksud kehidupan di bandar. Peradaban pula berasal dari kata dasar “adaba” yang bererti tingkah laku / bertatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat. Ibn Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah, menggunakan istilah “umran” untuk menggambarkan tamadun. “Umran” bermaksud kawasan tanah tempat tinggal yang tetap, berkembang subur, maju dan menjadi bandar. Dalam bahasa Inggeris tamadun dikenali sebagai civilazation yang berasal dari perkataan Latin civitas,civilis dan civilitas iaitu sistem pemerintahan dan undang-undang di Rom. Definisi ini memberi gambaran tentang wujudnya beberapa bentuk undang-undang yang dijalankan di Rom. Namun, menurut Samri Sainuddin dan Ahmad Sohaimi Lazim dalam buku ini, tamadun dan budaya berbeza antara satu sama lain. Konsep tamadun itu lebih luas berbanding dengan budaya. Budaya adalah merupakan satu cara hidup namun ia terbatas kepada satu kominiti bangsa tertentu sahaja. Tamadun pula dalam sesuatu situasi tertentu mengandungi beberapa bentuk budaya yang berlainan seperti yang wujud dalam tamadun Islam dan juga Barat. Misalnya, masyarakat Islam di Timur Tengah, Asia, Eropah mengamalkan budaya hidup yang berbeza tapi mereka bernaung di bawah tamadun yang satu iaitu Islam. Berdasarkan perbezaan ini, pendek kata di bawah satu tamadun yang besar terdapat pelbagai budaya yang diamalkan oleh masyarakat atau pengamalnya.
Jelaslah, dalam memperkatakan konsep budaya, tamadun dan juga peradaban kita tidak boleh lari dari menyentuh soal masyarakat. Masyarakat yang dimaksudkan ialah satu komuniti yang telah mencapai kemajuan dan perkembangan dalam segenap aspek sama ada dari segi pemikiran, fizikal, jasmani, politik dan sebagainya.

muhammad hanif d20051021155 berkata...

Perkataan, budaya sebenarnya berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu ‘budhi’ dan ‘daya’. ‘Budhi’ bermaksud kecerdasan akal dan fikiran. Perkataan ‘daya’ pula berasal daripada perkataan Polinesia yang membawa maksud kekuatan tenaga atau perbuatan. Oleh yang demikian, budaya dapat diertikan sebagai tenaga fikiran yang menentukan pola kelakuan manusia. Sememangnya budaya timur melambangkan akal budi budaya kita yang sememangnya terlalu hampir dengan alam. Contohnya penggunaan peralatan dan permainan yang menggunakan pelbagai sumber alam seperti senduk kayu, gasing, dan kain songket yang bermotifkan alam. Penggunaan ini jelas dapat dilihat dalam masyarakat Sabah dan Sarawak. Mengikut pandangan barat, pola fikiran yang membentuk budaya inilah yang akan membentuk tamadun dan peradaban yang dibuktikan dengan material. Namun pada pandangan masyarakat timur, sesuatu budaya tidak seharusnya dibuktikan dengan material semata-mata malahan mengambilkira aspek-aspek persekitaran alam semulajadi, niali-nilai moral dan spiritual.
Istilah 'tamadun' pula berasal daripada perkataan Arab 'mudun', kata terbitannya 'tamaddana' dan madinah yang membawa maksud kehidupan di bandar yang dikaitkan dengan corak hidup yang maju dan dilengkapi pelbagai kemudahan. secara umumnya, tamadun membawa erti masyarakat manusia yang telah berjaya keluar daripada kehidupan yang mundur (nomad) dan telah mencapai kemajuan dalam berbagai-bagai aspek kehidupan. Pencapaian ini meliputi pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, sosial, teknologi, kesenian, dan kebudayaan. Jika diteliti, budaya barat mengukur ketamadunan berdasarkan tahap ketinggian teknologi. Semakin tinggi tahap sesuatu teknologi, maka semakin tinggilah tamadun sesuatu bangsa. Perkara ini berlaku kerana barat menganggap bahawa kekurangan material adalah tidak bertamadun.
Peradaban pula merujuk kepada perihal tingkah laku dan tatasusila. Perkara ini termasuklah bagaimana kita menjaga amalan, tradisi dan adab serta perilaku yang penuh dengan nilai-nilai ketimuran. Oleh itu, jika budaya, tamadun, dan peradaban kita sendiri tidak dipelihara maka amatlah sukar untuk mengekalkan tamadun Melayu yang kaya dengan kesenian dan estetika tersendiri yang telah wujud sejak dahulu kala.

SitiNuraisyahYadde berkata...

Pelbagai konsep budaya, tamadun dan juga peradaban yang diberikan oleh ahli akademik dan juga pengkaji sosiologi serta antropologi. Secara umumnya menurut Kamus Dewan Edisi Keempat budaya didefinisikan juga sebagai tamadun dan peradaban ataupun kemajuan fikiran, akal budi iaitu cara berfikir dan berkelakuan. Tamadun pula didefinisikan sebagai keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan dan perkembangan pemikiran merangkumi aspek sosial, budaya, politik dan sebagainya. Peradaban pula ialah keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani yang merujuk kepada sesuatu bangsa, masyarakat dan sebagainya. Dalam buku Tamadun Melayu Jilid 2, menurut Christian Pelras (1993:687), tamadun atau kebudayaan meliputi segala aspek kehidupan manusia dan bermasyarakat , tidak hanya aspek rohani,mental dan sosial tetapi juga jasmani. Harun Mat Piah (1993:418) pula mengatakan bahawa tamadun meliputi adab / peradaban dan budaya / kebudayaan. Berdasarkan konsep-konsep yang diberikan di atas dapatlah dikataka bahawa tiga frasa ini iaitu budaya, tamadun dan juga peradaban merupakan satu konsep yang lebih kurang sama dan saling berkaitan antara satu sama lain.
Di samping itu, menurut Mohd Taib Osman (1988:29), kebudayaan ialah sesuatu yang dinamik iaitu berubah dan tidak statik walaupun perubahan berlaku kadangkala cepat dan kadangkala lambat. Dalam buku Pengenalan Ilmu Ketamadunan dan Tamadun Melayu : Konsep dan Penjelasan, (2005), tamadun secara umum merupakan masyarakat manusia yang telah berjaya keluar daripada kehidupan yang mundur (nomad) dan telah mencapai kemajuan dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Selain itu, tamadun juga merupakan kehidupan masyarakat moden yang dipenuhi dengan segala kemudahan hasil penggunaan pelbagai alat teknologi. Dari sudut bahasa pula, tamadun berasal dari perkataan Arab “mudun” kata terbitan “tamaddana” dan madinah yang membawa maksud kehidupan di bandar. Peradaban pula berasal dari kata dasar “adaba” yang bererti tingkah laku / bertatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat. Ibn Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah, menggunakan istilah “umran” untuk menggambarkan tamadun. “Umran” bermaksud kawasan tanah tempat tinggal yang tetap, berkembang subur, maju dan menjadi bandar. Dalam bahasa Inggeris tamadun dikenali sebagai civilazation yang berasal dari perkataan Latin civitas,civilis dan civilitas iaitu sistem pemerintahan dan undang-undang di Rom. Definisi ini memberi gambaran tentang wujudnya beberapa bentuk undang-undang yang dijalankan di Rom. Namun, menurut Samri Sainuddin dan Ahmad Sohaimi Lazim dalam buku ini, tamadun dan budaya berbeza antara satu sama lain. Konsep tamadun itu lebih luas berbanding dengan budaya. Budaya adalah merupakan satu cara hidup namun ia terbatas kepada satu kominiti bangsa tertentu sahaja. Tamadun pula dalam sesuatu situasi tertentu mengandungi beberapa bentuk budaya yang berlainan seperti yang wujud dalam tamadun Islam dan juga Barat. Misalnya, masyarakat Islam di Timur Tengah, Asia, Eropah mengamalkan budaya hidup yang berbeza tapi mereka bernaung di bawah tamadun yang satu iaitu Islam. Berdasarkan perbezaan ini, pendek kata di bawah satu tamadun yang besar terdapat pelbagai budaya yang diamalkan oleh masyarakat atau pengamalnya.
Jelaslah, dalam memperkatakan konsep budaya, tamadun dan juga peradaban kita tidak boleh lari dari menyentuh soal masyarakat. Masyarakat yang dimaksudkan ialah satu komuniti yang telah mencapai kemajuan dan perkembangan dalam segenap aspek sama ada dari segi pemikiran, fizikal, jasmani, politik dan sebagainya.

SitiNuraisyahYadde berkata...

Pelbagai konsep budaya, tamadun dan juga peradaban yang diberikan oleh ahli akademik dan juga pengkaji sosiologi serta antropologi. Secara umumnya menurut Kamus Dewan Edisi Keempat budaya didefinisikan juga sebagai tamadun dan peradaban ataupun kemajuan fikiran, akal budi iaitu cara berfikir dan berkelakuan. Tamadun pula didefinisikan sebagai keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan dan perkembangan pemikiran merangkumi aspek sosial, budaya, politik dan sebagainya. Peradaban pula ialah keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani yang merujuk kepada sesuatu bangsa, masyarakat dan sebagainya. Dalam buku Tamadun Melayu Jilid 2, menurut Christian Pelras (1993:687), tamadun atau kebudayaan meliputi segala aspek kehidupan manusia dan bermasyarakat , tidak hanya aspek rohani,mental dan sosial tetapi juga jasmani. Harun Mat Piah (1993:418) pula mengatakan bahawa tamadun meliputi adab / peradaban dan budaya / kebudayaan. Berdasarkan konsep-konsep yang diberikan di atas dapatlah dikataka bahawa tiga frasa ini iaitu budaya, tamadun dan juga peradaban merupakan satu konsep yang lebih kurang sama dan saling berkaitan antara satu sama lain.
Di samping itu, menurut Mohd Taib Osman (1988:29), kebudayaan ialah sesuatu yang dinamik iaitu berubah dan tidak statik walaupun perubahan berlaku kadangkala cepat dan kadangkala lambat. Dalam buku Pengenalan Ilmu Ketamadunan dan Tamadun Melayu : Konsep dan Penjelasan, (2005), tamadun secara umum merupakan masyarakat manusia yang telah berjaya keluar daripada kehidupan yang mundur (nomad) dan telah mencapai kemajuan dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Selain itu, tamadun juga merupakan kehidupan masyarakat moden yang dipenuhi dengan segala kemudahan hasil penggunaan pelbagai alat teknologi. Dari sudut bahasa pula, tamadun berasal dari perkataan Arab “mudun” kata terbitan “tamaddana” dan madinah yang membawa maksud kehidupan di bandar. Peradaban pula berasal dari kata dasar “adaba” yang bererti tingkah laku / bertatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat. Ibn Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah, menggunakan istilah “umran” untuk menggambarkan tamadun. “Umran” bermaksud kawasan tanah tempat tinggal yang tetap, berkembang subur, maju dan menjadi bandar. Dalam bahasa Inggeris tamadun dikenali sebagai civilazation yang berasal dari perkataan Latin civitas,civilis dan civilitas iaitu sistem pemerintahan dan undang-undang di Rom. Definisi ini memberi gambaran tentang wujudnya beberapa bentuk undang-undang yang dijalankan di Rom. Namun, menurut Samri Sainuddin dan Ahmad Sohaimi Lazim dalam buku ini, tamadun dan budaya berbeza antara satu sama lain. Konsep tamadun itu lebih luas berbanding dengan budaya. Budaya adalah merupakan satu cara hidup namun ia terbatas kepada satu kominiti bangsa tertentu sahaja. Tamadun pula dalam sesuatu situasi tertentu mengandungi beberapa bentuk budaya yang berlainan seperti yang wujud dalam tamadun Islam dan juga Barat. Misalnya, masyarakat Islam di Timur Tengah, Asia, Eropah mengamalkan budaya hidup yang berbeza tapi mereka bernaung di bawah tamadun yang satu iaitu Islam. Berdasarkan perbezaan ini, pendek kata di bawah satu tamadun yang besar terdapat pelbagai budaya yang diamalkan oleh masyarakat atau pengamalnya.
Jelaslah, dalam memperkatakan konsep budaya, tamadun dan juga peradaban kita tidak boleh lari dari menyentuh soal masyarakat. Masyarakat yang dimaksudkan ialah satu komuniti yang telah mencapai kemajuan dan perkembangan dalam segenap aspek sama ada dari segi pemikiran, fizikal, jasmani, politik dan sebagainya.

ruslah minha d20051021118 berkata...

Pada masa kini, konsep budaya, ketamadunan dan peradaban sudah melalui perubahan daripada konsep asalnya. Namun begitu, dalam perbincangan ini konsep budaya berasal daripada merupakan Budaya atau kebudayaan yang disera dari bahasa Sansekerta yaitu “buddhayah” yang merupakan bentuk jamak dari “buddhi” (budi atau akal).perkataan ini didefinisikan sebagai segala hal yang berkaitan dengan budi dan akal. Dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut sebagai culture. Perkataan ini berasal dari kata Latin Colere, iaitu mengolah atau mengerjakan. Secara ringkasnya, budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan "budaya" yang bermaksud " budi + daya "; yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain.
Manakala, istilah 'tamadun' pula berasal daripada perkataan Arab 'mudun', kata terbitannya 'tamaddana' dan 'madinah' yang membawa maksud kehidupan di bandar yang dikaitkan dengan corak kehidupan yang maju dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Oleh itu, istilah 'tamadun' pula bermaksud keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran iaitu dari segi politik, sosial, ekonomi dan budaya. Lazimnya, masyarakat yang bertamadun dikatakan mempunyai tamadun yang tinggi.
Istilah 'peradaban' pula berasal daripada kata dasar 'adaba' daripada perkataan Arab yang bererti tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh setiap anggota sesebuah masyarakat. Konsep peradaban pula merujuk kepada keadaan dan tingkat kemajuan terhadap kehidupan jasmani dan rohani.

Kesimpulannya, budaya, ketamadunan dan peradaban merupakan suatu konsep yang amat dekat dengan kehidupan manusia seharian. Sebagai manusia yang hidup dalam dunia moden hari ini, konsep budaya lebih jelas ditafsirkan sebagai amalan, pakaian, pergerakan, pertuturan, pemikiran suatu bangsa yang diikhtiraf oleh agama serta kehidupan bangsa tersebut secara rasmi.

Syemsar Akma Bt Mohd Roslan berkata...

D021102
Konsep budaya merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang dikaitkan dalam persekitaran masyarakat manusia seperti kesenian, barangan,makanan,tarian dan sebagainya.ianya bersifat simbolis yang merupakan satu reaksi manusia terhadap penyesuaian hidup dalam alam sekeliling. Sekiranya dilihat pada perkataan budaya itu sendiri, budaya merupakan cantuman daripada perkataan sanskrit iaitu ‘budhi’ dan ‘daya’. Makna perkataan budhi yang dipinjam daripada bahasa sanskrit beerti kecergasan fikiran dan akal manakala daya merupakan perkataan melayu Polynesia bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika digabungkan makna kedua-dua perkataan ini, ianya membawa erti bahawa budaya itu sendiri bermaksud tenaga fikiran, usaha atau rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa. (Nik Safiah Karim, 1963) . Budaya juga dikatakan sebagai cara hidup yang diikuti oleh orang yang menjadi anggota kumpulan tertentu dan meliputi anasir system sosial, susunan organisasi ekonomi,politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, nilai peralatan, budaya atau apa-apa yang dihasilkan oleh mereka sebagai anggota masyarakat. Oleh yang demikian, dapat saya katakan di sini bahawa budaya itu sendiri wujud berasaskan tenaga fikiran yang menggerakkan jiwa sesebuah masyarakat untuk menghasilkan budaya mereka yang tersendiri. Tidak kiralah budaya tersebut berasaskan material atau tidak, ia tetap dikatakan sebagai budaya kerana ianya merupakan himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dalam masyarakat itu sendiri.
Tamadun pula daripada sudut bahasa berasal daripada perkataan arab iaitu madana yang bermaksud kehalusan budi pekerti dan akhlak mulia seperti orang kota dan takrif tamadun ialah kajian pemikiran dan kerohanian dan kemampuan manusia memiliki gambaran, kefahaman, asas dan nilai yang mampu memimpin manusia meningkatkan kemajuan manusia merangkumi aspek kehidupan manusia. Barat menganggap konsep tamadun bagi mereka ialah tingkat kemajuan yang dapat dicapai melalui sistem sosial dan ekonomi sesebuah masyarakat berbanding masyarakat lain kerana mereka menganggap masyarakat yang mengamalkan budaya yang tidak bermaterial adalah sebuah masyarakat yang masih kurang bertamadun. Bagi masyarakat asia, konsep ini berbeza kerana tamadun dilihat dengan meluas bukan sahaja daripada segi kemajuan sosial, ekonomi dan sebagainya sebaliknya masyarakat yang bertamadun juga adalah masyarakat yang mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. Oleh itu, tamadun dapat dikonsepkan sebagai kemajuan yang dicapai sesebuah masyarakat daripada segala aspek dan unsur yang melibatkan kerohanian dan kebendaan bergerak seiring untuk pembentukan masyarakat manusia yang bertamadun.
Adab merupakan kata dasar yang dipetik daripada perkataan peradaban. Ianya berasal daripada perkataan adabba yang bermaksud tingkah laku yang terpuji yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat. Konsep peradaban adalah masyarakat yang mengamalkan kehidupan yang berlandaskan tingkah laku yang murni dan luhur dalam membentuk masyarakat yang mempunyai peradaban yang unggul. Oleh itu, bagi saya ketiga-tiga konsep ini saling bergantungan antara satu sama lain. Melalui pemikiran, gerakan tenaga dan gerakan jiwa, budaya sesebuah masyarakat dapat diwujudkan. Melalui budaya pula, masyarakat akan lebih berfikiran kritis untuk menghasilkan sebuah tamadun yang unggul dari segala aspek dan kemudiannya melalui pembinaan tamadun tersebut, masyarakat akan memeliharanya dengan menerapkan nilai peradaban yang tinggi bagi mengekalkan kewujudan masyarakat tersebut. Pokoknya, terserah kepada generasi yang akan datang untuk mengekalkan ketiga-tiga elemen tersebut. Tercemar budaya, maka punahlah tamadun dan nilai peradaban yang tinggi bagi sesebuah masyarakat tersebut

Nor Saliza Binti Saidin D20051021163 berkata...

Perkataan tamadun berasal daripada Arab "maddana” yang bermaksud membina masyarakat yang mempunyai peradaban. Dalam bahasa Inggeris, istilah “culture and civilization” digunakan yang merujuk kepada kebudayaan sesuah masyarakat. Menurut Kamus Dewan pula ”...tamadun ialah kebudayaan, kemajuan dan peradaban masyrakat yang bertamadun”. Pelbagai konsep terhadap tamadun telah dibahaskan oleh para sarjana. Menurut sarjana Islam tamadun digambarkan sebagai ”...masyarakat yang maju, mempunyai sistem pentadbiran yang tersendiri secara sistematik dan teratur”. Walaupun begitu, ketamadunan dalam Islam masih mementingkan nilai-nilai akhlak tanpa membezakan setiap orang. Hal ini amat berbeza sekali dengan tamadun Barat yang lebih mementingkan keuntungan dan bersikap materialistik (kebendaan) di dalam hidup.

Konsep peradaban dibahaskan sebagai lingkungan kehidupan masyarakat yang kompleks yang bertamadun. Sesebuah tamadun sering dinyatakan sebagai masyarakat yang mempunyai peradaban yang tinggi. Hal ini dibuktikan melalui pencapaian yang dicapai oleh sesebuah masyarakat tersebut dan cara penyebarannya kepada masyarakat yang lain.

Kebudayaan juga merupakan aspek yang sering dibincangkan bersama konsep tamadun dan peradaban. Perkaitan ini sangat jelas kerana kebudayaan merupakan sistem pemikiran yang meliputi gagasan idea sesebuah mayarakat dalam kehidupan sehari-hari sehingga menjadi kebiasaan. Kebudayaaan ini merupakan sesuatu yang abstrak sifatnya.

Perkataan ’budaya’ berasal daripada bahasa Sanskrit ”buddhayah” yang terhasil daripada jamak ’buddhi’ (budi dan akal). Di dalam bahasa Inggeris pula, budaya disebut sebagai culture. Sarjana Inggeris seperti Melville J. Herskovits melihat kebudayaan sebagai ”...sesuatu yang diwarisi dalam masyarakat tersebut”. Manakala Edward B. Taylor pula menyatakan ”...kebudayaan sebagai perkara yang kompleks dalam kehidupan manusia meliputi perkara-perkara seperti pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat dam hal-hal lain yang berkaitan dengan norma manusia”.

Membicarakan mengenai tamadun, peradaban dan kebudayaan tidak dapat lari dengan subjek asalnya- manusia. Hal ini kerana sesebuah tamadun itu lahir daripada masyarakat yang mempunyai peradaban yang tinggi dan mempunyai kebudayaan sendiri. Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa kewujudan tamadun itu sendiri sangat unik dan tersendiri. Oleh itu konsep antara tamadun, peradaban dan kebudayaan itu tidaklah boleh dipisahkan kerana saling berkaitan antara satu sama lain.

zaihasra binti ali berkata...

Memang tidak dapat disangkalkan bahawa masyarakat merupakan wadah budaya. Dalam memperkatakan hal ini, masyarakat membentuk kebudayaan dan kebudayaan pula mengatur kehidupan masyarakat. Maka, manusia yang bertamadun tinggi dapat ditentukan oleh budayanya. Seterusnya, masyarakat yang berbudaya dan bertamadun dianggap juga memiliki peradaban yang tinggi dan disanjungi. Oleh yang demikian, hubungan budaya, tamadun dan peradaban dengan masyarakat tidak dapat sama sekali dipisahkan. Melalui satu artikel yang saya perolehi di lawan web yang memperkatakan tentang Seminar Kefahaman Budaya, manusia merupakan komponen utama, teras dan penting di dalam perkembangan sesuatu budaya. Sebagai pelakon utama kebudayaan, manusia berperanan, bertindak, menghidupkan, mengindahkan dan menggerakkan kebudayaan. Sekiranya budaya itu difahami sebagai satu cara hidup dan mampu meneroka keunikan budaya dalam masyarakatnya, maka pengertian yang mudah itu tidak akan mampu menjelaskan secara konkrit apa yang berlaku dalam proses kebudayaan dan penghasilan bahan budaya.

Menurut A. Aziz Deraman (2000:1), budaya ialah cara, iaitu cara berfikir, cara berinteraksi, cara merasa dan cara berperlakuan masyarakat. Masyarakat berbudaya harus mampu memanifestasi perkembangan idea, adat resam dan imaginasi yang akan memenuhi keperluan dan matlamat kehidupan. Malaysia yang mempunyai masyarakat pelbagai bangsa dan pelbagai budaya mempunyai asas yang kukuh untuk mewujudkan masyarakat yang lebih berbudaya, berilmu, bermoral dan mendukung cita-cita murni bangsa Malaysia.

Di samping itu, perkataan budaya berasal daripada perkataan Sanskrit ’budhidaya’. Budhi bermaksud kecerdasan akal fikiran dan kebijaksanaan yang penuh dengan persoalan ilmu pengetahuan, sama ada yang empiris dan non-empiris, tetapi penekanan yang diberikan di sini ialah kepada persoalan alam jiwa atau keupayaan alam akal-fikir manusia. Sedangkan, daya ialah tenaga fizikal, gerak-laku fizikal, jasmani manusia yang mengguna segala macam sumber alam. Blok Barat lebih menumpukan pengertian kebudayaan sebagai hasil pemikiran iaitu pemikiran manusia. Barat juga mengatakan budaya itu amat penting dalam kehidupan masyarakat dengan menganggap seseorang yang berbudaya itulah orang yang bertamadun.
Menurut Kamus Dewan, budaya didefinisikan sebagai tamadun, peradaban, cara berpelakuan (berfikir), dan kemajuan (akal budi). Budaya turut didefinisikan sebagai ”cultivation of the human mind or its improvement by training”. Sementara itu, dikutip beberapa pandangan daripada sarjana berhubung pengertian budaya ini. Antaranya ialah Aziz al-Sayyid Jasim (1987), mengatakan Lanton beranggapan budaya sebagai sekelompok pemikiran dan Ogebren pula mendefinisikan budaya sebagai sekelompok barangan dan pemikiran.
Istilah kebudayaan (culture) dalam bahasa Arab antaranya disebut sebagai Hadharah, Thaqafah, ’Ilm, Fahm dan Idrak. Ini dibuktikan dalam penyataan oleh Malik Ibn Nabi (1984:24). Walau bagaimanapun, istilah hadharah dan thaqafah lebih digunakan secara meluas dalam kalangan sarjana Arab bagi menggambarkan pengertian-pengertian budaya.

Semantelahan itu, tamadun ialah keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik) yang tinggi (Kamus Dewan). Tamadun juga dikatakan negara dan penduduk yang telah membentuk ketamadunan telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran yang tinggi.

Tamadun juga disifatkan oleh Albert Schweitzer t.th, sebagai hasil curahan kemampuan atau keupayaan atas sifat kita sebagai manusia, untuk mencapai tahap kesempurnaan jenis atau bangsa manusia dan mencapai kemajuan dalam setiap aspek; aspek kemanusiaan dan aspek alam realiti.

Dalam bahasa Arab, istilah-istilah tamadun yang sering digunakan ialah seperti ’umran, hadharah dan madaniyyah. Perkataan ’umran yang digunakan oleh Ibn Khaldun (kurun ke-14M) diterjemahkan oleh Prof. Franz Rosenthal ke dalam bahasa Inggeris sebagai perbandaran (urbanization) dan tamadun (civilization). Perkataan civilization hanya wujud pada kurun ke-19M. Hadharah atau maksud asalnya ialah kehidupan menetap (sedentary). Hadharah dalam istilah Arab moden diterima sebagai seerti dengan civilication, iaitu Prof. G. E. Von Grunebaum menterjemahkannya sebagai civilization. Perkataan hadharah pernah digunakan untuk menterjemahkan perkataan Renaissance, oleh Dr. Muhammad Abdul Hadi untuk tajuk buku Die Renaissance des Islam, karya Adam Metz.

Di samping itu, Kamus Dewan mendefinisikan peradaban sebagai keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani (sesuatu bangsa, masyarakat dan sebagainya).

Dalam satu artikel di laman web http://ms.wikipedia.org/wiki/Peradaban, peradaban diistilahkan sebagai masyarakat yang mempraktikkan pertanian intensif iaitu memiliki pembahagian tugas dan kepadatan penduduk yang mencukupi untuk membentuk kota-kota. Peradaban juga dapat digunakan dalam konteks yang luas untuk merujuk pada seluruh atau tingkat pencapaian manusia dan penyebarannya (peradaban manusia atau peradaban global).

Oleh itu, dapatlah saya tegaskan di sini bahawa ketiga-tiga budaya, ketamadunan dan peradaban ini amat saling berkait. Hal ini demikian kerana untuk membentuk peradaban dalam sesebuah masyarakat, gabungan budaya dengan ketamadunan harus wujud dalam kehidupan mereka. Pada pandangan saya, kita mesti menghargai budaya kita ini terutamanya budaya Melayu agar tidak luput ditelan dek zaman. Saya amat berbangga kerana dilahirkan dalam masyarakat yang memiliki budaya, tamadun dan lebih-lebih lagi adab sopan yang diajar oleh ibu bapa untuk dimanfaatkan dalam kehidupan sehari-hari. Bagi saya, ianya amat penting sebagai panduan kepada kita untuk meneruskan kehidupan duniawi ini agar tidak tersasar daripada landasan kehidupan yang diredhai-NYA. Secara jujurnya, saya amat mencintai budaya masyarakat negara saya. Oleh itu, sama-samalah kita fikirkan dan renungkan bersama...

zaihasra binti ali berkata...

Memang tidak dapat disangkalkan bahawa masyarakat merupakan wadah budaya. Dalam memperkatakan hal ini, masyarakat membentuk kebudayaan dan kebudayaan pula mengatur kehidupan masyarakat. Maka, manusia yang bertamadun tinggi dapat ditentukan oleh budayanya. Seterusnya, masyarakat yang berbudaya dan bertamadun dianggap juga memiliki peradaban yang tinggi dan disanjungi. Oleh yang demikian, hubungan budaya, tamadun dan peradaban dengan masyarakat tidak dapat sama sekali dipisahkan. Melalui satu artikel yang saya perolehi di lawan web yang memperkatakan tentang Seminar Kefahaman Budaya, manusia merupakan komponen utama, teras dan penting di dalam perkembangan sesuatu budaya. Sebagai pelakon utama kebudayaan, manusia berperanan, bertindak, menghidupkan, mengindahkan dan menggerakkan kebudayaan. Sekiranya budaya itu difahami sebagai satu cara hidup dan mampu meneroka keunikan budaya dalam masyarakatnya, maka pengertian yang mudah itu tidak akan mampu menjelaskan secara konkrit apa yang berlaku dalam proses kebudayaan dan penghasilan bahan budaya.

Menurut A. Aziz Deraman (2000:1), budaya ialah cara, iaitu cara berfikir, cara berinteraksi, cara merasa dan cara berperlakuan masyarakat. Masyarakat berbudaya harus mampu memanifestasi perkembangan idea, adat resam dan imaginasi yang akan memenuhi keperluan dan matlamat kehidupan. Malaysia yang mempunyai masyarakat pelbagai bangsa dan pelbagai budaya mempunyai asas yang kukuh untuk mewujudkan masyarakat yang lebih berbudaya, berilmu, bermoral dan mendukung cita-cita murni bangsa Malaysia.

Di samping itu, perkataan budaya berasal daripada perkataan Sanskrit ’budhidaya’. Budhi bermaksud kecerdasan akal fikiran dan kebijaksanaan yang penuh dengan persoalan ilmu pengetahuan, sama ada yang empiris dan non-empiris, tetapi penekanan yang diberikan di sini ialah kepada persoalan alam jiwa atau keupayaan alam akal-fikir manusia. Sedangkan, daya ialah tenaga fizikal, gerak-laku fizikal, jasmani manusia yang mengguna segala macam sumber alam. Blok Barat lebih menumpukan pengertian kebudayaan sebagai hasil pemikiran iaitu pemikiran manusia. Barat juga mengatakan budaya itu amat penting dalam kehidupan masyarakat dengan menganggap seseorang yang berbudaya itulah orang yang bertamadun.
Menurut Kamus Dewan, budaya didefinisikan sebagai tamadun, peradaban, cara berpelakuan (berfikir), dan kemajuan (akal budi). Budaya turut didefinisikan sebagai ”cultivation of the human mind or its improvement by training”. Sementara itu, dikutip beberapa pandangan daripada sarjana berhubung pengertian budaya ini. Antaranya ialah Aziz al-Sayyid Jasim (1987), mengatakan Lanton beranggapan budaya sebagai sekelompok pemikiran dan Ogebren pula mendefinisikan budaya sebagai sekelompok barangan dan pemikiran.
Istilah kebudayaan (culture) dalam bahasa Arab antaranya disebut sebagai Hadharah, Thaqafah, ’Ilm, Fahm dan Idrak. Ini dibuktikan dalam penyataan oleh Malik Ibn Nabi (1984:24). Walau bagaimanapun, istilah hadharah dan thaqafah lebih digunakan secara meluas dalam kalangan sarjana Arab bagi menggambarkan pengertian-pengertian budaya.

Semantelahan itu, tamadun ialah keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik) yang tinggi (Kamus Dewan). Tamadun juga dikatakan negara dan penduduk yang telah membentuk ketamadunan telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran yang tinggi.

Tamadun juga disifatkan oleh Albert Schweitzer t.th, sebagai hasil curahan kemampuan atau keupayaan atas sifat kita sebagai manusia, untuk mencapai tahap kesempurnaan jenis atau bangsa manusia dan mencapai kemajuan dalam setiap aspek; aspek kemanusiaan dan aspek alam realiti.

Dalam bahasa Arab, istilah-istilah tamadun yang sering digunakan ialah seperti ’umran, hadharah dan madaniyyah. Perkataan ’umran yang digunakan oleh Ibn Khaldun (kurun ke-14M) diterjemahkan oleh Prof. Franz Rosenthal ke dalam bahasa Inggeris sebagai perbandaran (urbanization) dan tamadun (civilization). Perkataan civilization hanya wujud pada kurun ke-19M. Hadharah atau maksud asalnya ialah kehidupan menetap (sedentary). Hadharah dalam istilah Arab moden diterima sebagai seerti dengan civilication, iaitu Prof. G. E. Von Grunebaum menterjemahkannya sebagai civilization. Perkataan hadharah pernah digunakan untuk menterjemahkan perkataan Renaissance, oleh Dr. Muhammad Abdul Hadi untuk tajuk buku Die Renaissance des Islam, karya Adam Metz.

Di samping itu, Kamus Dewan mendefinisikan peradaban sebagai keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani (sesuatu bangsa, masyarakat dan sebagainya).

Dalam satu artikel di laman web http://ms.wikipedia.org/wiki/Peradaban, peradaban diistilahkan sebagai masyarakat yang mempraktikkan pertanian intensif iaitu memiliki pembahagian tugas dan kepadatan penduduk yang mencukupi untuk membentuk kota-kota. Peradaban juga dapat digunakan dalam konteks yang luas untuk merujuk pada seluruh atau tingkat pencapaian manusia dan penyebarannya (peradaban manusia atau peradaban global).

Oleh itu, dapatlah saya tegaskan di sini bahawa ketiga-tiga budaya, ketamadunan dan peradaban ini amat saling berkait. Hal ini demikian kerana untuk membentuk peradaban dalam sesebuah masyarakat, gabungan budaya dengan ketamadunan harus wujud dalam kehidupan mereka. Pada pandangan saya, kita mesti menghargai budaya kita ini terutamanya budaya Melayu agar tidak luput ditelan dek zaman. Saya amat berbangga kerana dilahirkan dalam masyarakat yang memiliki budaya, tamadun dan lebih-lebih lagi adab sopan yang diajar oleh ibu bapa untuk dimanfaatkan dalam kehidupan sehari-hari. Bagi saya, ianya amat penting sebagai panduan kepada kita untuk meneruskan kehidupan duniawi ini agar tidak tersasar daripada landasan kehidupan yang diredhai-NYA. Secara jujurnya, saya amat mencintai budaya masyarakat negara saya. Oleh itu, sama-samalah kita fikirkan dan renungkan bersama...

Azhar berkata...

Istilah ‘kebudayaan’ secara umumnya ditakrifkan sebagai cara hidup sesebuah masyarakat. Kamus Dewan memberikan definisi “cara hidup sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi)” iaitu merujuk kepada keseluruhan cara hidup manusa dalam semua bidang yang melibatkan akal budi dan daya usaha mereka. Mungkin boleh menyatakan bahawa dalam zaman klasik, istilah kebudayaan itu tidak digunakan, dan ditempatnya digunakan istilah ‘adat’, sebagaimana yang disyaratkan oleh Dr Zainal Kling. Dalam bahasa Inggeris disebut culture, yang merangkumi seluruh cara hidup manusia, lahir batin, termasuk institusi-institusi yang diwujudkan dan juga nilai-nilai, serta pengetahuan yang dihasilkan, termasuk alat-alat yang direkakan. Sudah tentu alam tabii sebagai sesuatu yang bukan buatan manusia tidak boleh dikatakan kebudayaan. Dalam Islam, apabila dibicarakan masalah kebudayaan, nampaknya perlulah terlebih dahulu dilibatkan semantic content ataupun kandungan maksud-maksud yang ada dalam istilah-istilah yang digunakan dalam sejarah Islam bagi menyebut hidup kolektif Muslimim seperti millah, ummah, thaqafah, tamaddun, hadarah dan adab.
Seterusnya, konsep tamadun dan peradaban iaitu merupakan istilah yang hampir sama. Seringkali maksud peradaban disamaertikan dengan tamadun. Konsep ketamadunan Islam tidak sama dengan peningkatan graf ketamadunan lain terutama tamadun barat. Sebagai contoh kita melihat terlalu banyak mahasiswa graduan barat yang turut terpengaruh dengan konsep kemodenan dengan meninggalkan aspek pemanduan agama. Namun kronologi ketamadunan Islam membuktikan kemajuan adalah atas kesepaduan syariat dengan keikhlasan pemimpin Islam itu sendiri. Pembebasan masyarakat Eropah daripada kongkongan gereja pada zaman pertengahan adalah akibat penyelewengan gereja bukannya salah agama samawi berkenaan. Begitu juga dengan pembawaan kita selaku mahasiswa Islam. Bagaimana usaha meyakinkan masyarakat dengan keharmonian budaya melayu dengan syariat Islam tulen tanpa membelakangkan konsep usul agama kita.

saifol juhar (d20051021204) berkata...

Profesor Madya Dr. Siti Zainon Ismail: satu nama yang tidak asing lagi di dalam dunia sastera, seni dan budaya tanahair. Beliau menjelaskan - perkataan 'seni ' mula dipakai bagi merujuk kepada alat kecil, daripada logam halus yang telah dihadiahkan kepada raja Melaka pada abad ke 15. Ketika itu rombongan daripada Maharaja Ming telah menghadiah ‘sepilu’ jarum sebagai hasil produk China ke Melaka bagi membayangkan betapa ramainya rakyat China. Jarum yang 'seni-seni' (yang sangat halus): walau pun halus tetapi bisa membawa tusukan maut. " Istilah ini bolehlah diberi makna bahawa perkataan seni tidak saja melambangkan bentuk yang kecil tetapi jiwa yang dikandunginya seperti ‘ tajam menusuk’. Takrif seni juga bermaksud halus dan lembut. Sesuatu karya (sajak, lukisan, muzik, dan lain-lain) indah yang dicipta dengan bakat. (Kamus Dewan, Edisi III). Definisi ini diperkuatkan lagi dengan kata-kata mutiara Tolstoy dan De Ridder & Deonna mengenai seni.
“Art is a human activity having its purpose the transmission to others the highest & best feeling to which men have risen.”
(Tolstoy)
“Art is the expression & its mirror & humble servant to society.”
(De Ridder & Deonna)

Secara amnya, budaya (culture) pula bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan "budaya" yang bermaksud " budi + daya "; yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain (http://ms.wikipedia.org/wiki/Budaya).

Dalam laman web Wikipedia pula menyatakan Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana yang bererti membina suatu bandar atau seseorang/masyarakat yang mempunyai peradaban. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah "culture and civilization" atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Para sarjana telah membahas persamaan dan perbezaan istilah-istilah tersebut. Istilah Tamadun banyak digunakan dalam penulisan Tamadun Islam. Mengikut Arnold Toynbee dalam bukunya A Study of History, Tamadun adalah sejenis kebudayaan yang berkembang di dalam kota. Beliau menambah, tamadun juga ialah satu kumpulan pemikiran dari pelbagai menifestasi, orientasi yang berterusan, satu gaya kebudayaan yang bertanggungjawab membentuk institusi politik, kesusasteraan, agama dan moral.Dr. Muhammad al-Bahi dalam bukunya al-Din wa al-Hadarah al-Insani,
mendefinasikan tamadun sebagai setiap penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan keperibadian manusia samada berbentuk falsafah, ilmu pengetahuan, kesenian, kesusasteraan dan lain-lain.

nurul aini razali berkata...

Istilah Budaya merupakan hasil daripada percantuman dua perkataan iaitu ‘Budi’ dan ‘Daya’. Perkataan ‘Budi” berasal daripada bahasa sanskrit yang bermaksud kecerdasan fikiran dan akal manakala perkataan ‘Daya’ berasal daripada bahasa melayu jati Polinesia yang mempunyai maksud kekuatan atau tenaga atau pengaruh. Oleh itu, ‘Budaya’ membawa maksud tenaga fikiran yang menentukan pola kelakuan manusia atau cara hidup masyarakat. Tamadun pula berasal dari perkataan Arab maddana yang bererti membina suatu bandar atau seseorang/masyarakat yang mempunyai peradaban. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah "culture and civilization" atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Para sarjana telah membahas persamaan dan perbezaan istilah-istilah tersebut. Seterusnya, budaya juga berkait rapat dengan tamadun kerana untuk membentuk sesebuah tamadun kita perlu ada budaya kerana melalui budaya dapat membentuk hidup sesebuah masyarakat berkembang daripada keadaan yang mundur kepada maju. Oleh itu, dapat dirumuskan tamadun merupakan satu konsep yang luas dan kompleks. Ia merujuk kepada pencapaian sesuatu masyarakat atau negara dalam bidang pengetahuan, pentadbiran, undang-undang, kepercayaan agama, kesenian, perbandaran, sistem tulisan, moral dan adat resam. Oleh hal yang demikian, kebudayaan berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup melayu dan dapat mengekalkan warisan melayu kita. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

siti habsah berkata...

Perkataan "budaya" berasal daripada perkataan pinjaman bahasa Sanskrit, iaitu percantuman dua perkataan 'budhi' dan 'daya'. Perkataan 'budhi' yang membawa maksud kecerdasan fikiran dan akal manakala 'daya' daripada perkataan Melayu Polinesia bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Apabila digabungkan kedua-dua perkataan tersebut, maka 'budaya' membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa dan menentukan pola kelakuan manusia. Secara amnya, budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Maka kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain. Ciri-ciri budaya adalah budaya merupakan pengkongsian suatu masyarakat, budaya tidak dapat berpisah dengan bahasa dan budaya juga diperolehi melalui proses pembelajaran. konsep kebudayaan paling awal yang menjadi rujukan ahli antropologi ialah konsep yang diajukan oleh Taylor (1871). Menurut Taylor, kebudayaan adalah “satu keseluruhan kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan kebolehan-kebolehan lain serta kebiasaan yang diperolehi manusia sebagai anggota masyarakatnya”. Jika dilihat, definisi ini bukan sahaja menekankan aspek budaya bukan material, tetapi juga aspek budaya material atau kebendaan. Konsep budaya dapat diteliti dalam dua aspek yang berlainan iaitu dari aspek ketimuran dan satu lagi dari aspek kebaratan. Menurut pandangan orang timur,perkataan " budaya" ini membawa maksud suatu tenaga fikiran yang menentukan pola kelakuan manusia. Ini jelas menunjukkan bahawa orang timur lebih cenderung kepada kelakuan manusia iaitu kesantunan, kesopanan yang telah menjadi salah satu unsur yang tidak dapat dipisahkan daripada orang-orang timur. Namun di sebelah barat pula, budaya ini mempunyai hubungan yang erat dengan ketamadunan.Selain itu, pandangan orang barat terhadap perkataan "budaya" juga berbeza dengan konsep orang timur. Bagi mereka,budaya lebih mementingkan material atau kebendaan dan menghasilkan sesuatu yang baru. Ini bermakna sesuatu masyarakat itu dikatakan berbudaya jika mereka berjaya menghasilkan sesuatu yang konkrit dan nyata. walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir masyarakat barat yang mengatakan bahawa budaya mempunyai kaitan dengan spiritual seperti yang dikatakan oleh masyarakat timur.


'Tamadun' pula berasal daripada istilah Arab iaitu 'mudun', kata terbitannya 'tamaddana' dan Madinah yang membawa maksud kehidupan di bandar yang dilihat melalui corak hidup yang maju dan dilengkapi pelbagai kemudahan. tamadun membawa erti masyarakat manusia yang telah berjaya keluar daripada kehidupan yang mundur (nomad) dan telah mencapai kemajuan dalam berbagai-bagai aspek kehidupan. Istilah tamadun sering kali disamaertikan dengan istilah peradaban. Dalam kalangan penulis Arab, perkataan tamaddun digunakan untuk pertama kalinya oleh Jurji Zaydan dalam sebuah judul buku Tarikh al-Tamaddun al-Islami (Sejarah Peradaban Islam), terbit 1902-1906. Sejak itu perkataan Tamaddun digunakan secara luas dikalangan umat Islam. Di dunia Melayu tamaddun digunakan untuk pengertian peradaban. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah "culture and civilization" atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Ibnu Khaldun merupakan orang pertama yang membuat kajian khusus tentang tamadun pada kurun ke-14 dalam bukunya al-Muqaddimah, Kitab al-'ibar wa Diwan al-Mabtada' wa al-Khabar fi Ayyam al-'Arab wa al-'Ajam wa al-Barbar. Beliau menggunakan perkataan 'umran sebagai merujuk kepada 'tamadun' yang kita fahami sekarang. Bagi konsep "tamadun" pula, Alnord Tonybee mengatakan bahawa "tamadun" ialah satu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti . Hal ini mempunyai empat elemen iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni. menurut perspektif Islam, Dr. Muhammad al-Bahly mengatakan bahawa "tamadun" ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan sebagainya. Secara keseluruhannya, "tamadun" melambangkan kemajuan sesuatu bangsa daripada pelbagai aspek kehidupan.

Peradaban berasal daripada kata dasar 'adaba' yang bererti tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat. Dengan kata lain, peradaban menunjukkan keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat. "Peradaban" melambangkan kemajuan kehidupan jasmani dan rohani sesebuah masyarakat. Huntington mendefinisikan peradaban (civilization) sebagai the highest social grouping of people and the broadest level of cultural identity people have short of that which distinguish humans from other species, dan Ibnu Khaldun melihat peradaban (umran) sebagai organisasi sosial manusia, lanjutan dari proses tamadun iaitu urbanisasi, isu assabiyah (group feeling, esprit de corp). Oleh itu, peradaban adalah keseluruhan produk fikiran kelompok manusia yang mengatasi negara, ras, suku, atau agama, yang berlangsung cukup lama, yang membezakannya dari yang lain. Berdasarkan definisi-definisi konsep di atas dapatlah disimpulankan, ketiga-tiganya iaitu budaya, ketamadunan dan peradaban mempunyai hubungan yang erat di antara satu sama lain.

ahmad zul fahmi b. sharom berkata...

Berdasarkan kuliah pertama , dapatlah dijelaskan konsep budaya, ketamadunan dan peradaban. Istilah 'budaya' terhasil daripada dua perkataan, iaitu 'budhi' dan 'daya'.Istilah 'budhi' berasal daripada bahasa Sanskrit, yang bermaksud kecerdasan fikiran dan akal. Istilah 'daya' pula merupakan perkataan jati Melayu
Polinesia yang membawa maksud kekuatan kuasa, tenaga, dan pengaruh. Oleh sebab itu, apabila perkataan-perkataan ini digabungkan ianya akan membentuk perkataan'budaya', yang membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani, atau kuasa yang
menggerakkan jiwa dan menentukan pola kelakuan manusia.. Berdasarkan tayangan video mengenai Negeri Sembilan semasa kuliah berlangsung, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat perbezaan yang agak ketara antara konsep budaya, ketamadunan dan peradaban timur dengan barat. Bagi barat, hampir segalanya bertumpu kepada hal yang lebih bersifat materialistik. Jika tidak mencapai atau mempunyai kejayaan dalam pelbagai aspek kehidupan, sesuatu masyarakat itu tidak dianggap mempunyai budaya dan tamadun. Umumnya kita semua tahu bahawa antara sebab barat melakukan imperialisme adalah untuk menyebarkan tamadun dengan menganggap masyarakat lain tidak mempunyai tamadun. Walau bagaimanapun masyarakat timur juga sebenarnya mempunyai budaya, tamadun dan peradaban yang tersendiri malah lebih baik daripada barat kerana tidak menekankan aspek meterialistik sahaja tetapi aspek nilai murni dan spiritual. Walaupun begitu, jika diperhatikan pada masa sekarang, budaya, ketamadunan dan peradaban barat banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat timur. Oleh itu menjadi satu tanggungjawab berat bagi masyarakat timur untuk mengekalkan budaya , ketamadunan dan peradaban mereka sendiri tanpa menolak sepenuhnya budaya, ketamadunan dan peradaban barat kerana masih ada aspek positif yang boleh diterima oleh masyarakat timur.

Mohd Hanafi Bin Yahya berkata...

Mohd Hanafi Bin Yahya D20051021189
Budaya berasal daripada dua perkataan iaitu budi dan daya. Perkataan “budi” merupakan bahasa Sanskrit yang membawa maksud kecerdasan mental, fikiran dan akal dalam melakukan sesuatu perkara. Daya pula merujuk kepada kekuatan fizikal, tenaga, kuasa dan pengaruh. Percantuman dua perkataan ini melahirkan satu kata yang baru iaitu “budaya”. Takrifan budaya berdasarkan fahaman Melayu ialah pola perlakuan manusia yang ditentukan oleh tenaga fikiran dan akal yang sempurna. Sesuatu budaya yang diamalkan oleh sesuatu kaum haruslah diterima dan diamalkan oleh kaum berkenaan. Sebagai contohnya adat perkahwinan Melayu yang diamalkan oleh kaum Melayu. Sekiranya sesuatu perkara yang dilakukan oleh seseorang individu tetapi tidak diterima oleh kaum berkenaan maka perbuatan tersebut tidak dianggap sebagai budaya bagi kaum berkenaan. Secara ringkasnya budaya boleh dikatakan sebagai satu cara hidup. Namun begitu, amalannya masih terhad kepada sesuatu kaum dan bangsa.
Tamadun sering diertikan sebagai masyarakat manusia yang telah berjaya keluar daripada kehidupan yang mundur dan telah mencapai kemajuan dalam pelbagai aspek kehidupan. Ruang lingkup tamadun lebih luas berbanding dengan budaya kerana dalam satu tamadun terdapat pelbagai budaya yang diamalkan di dalamnya. Tamadun dalam perspektif barat lebih tertumpu kepada kemajuan dalam aspek kebendaan atau material. Mereka meletakkan keutamaan yang tinggi terhadap pencapaian dalam bidang sains dan teknologi yang hanya berasaskan kepada pemikiran rasional. Masyarakat Barat telah lama menolak pandangan agama lantaran mereka berpegang kepada falsafah sekularisme.
Sungguhpun Barat beranggapan tamadun mereka adalah yang terbaik namun bangsa lain juga mempunyai pandangan yang tersendiri terhadap kemajuan tamadun masing-masing. Islam misalnya berpandangan bahawa tamadun adalah kemajuan yang dicapai oleh manusia secara seimbang antara aspek material dan non-material. Islam sama sekali tidak menolak kemajuan dalam bidang kebendaan seperti sains dan teknologi malah dalam masa yang sama aspek penghayatan terhadap agama dan nilai-nilai murni dititikberatkan. Tamadun Melayu banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur Islam yang berasaskan kepada ajaran tauhid iaitu kepercayaan kepada Allah.
Seringkali tamadun juga disamaertikan dengan istilah peradaban. Peradaban berasal daripada kata dasar “adaba” yang membawa maksud tingkah laku dan tatasusila yang baik yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat. Tamadun Melayu mempunyai tahap peradaban yang tinggi memandangkan masyarakat Melayu kaya dengan nilai-nilai murni seperti sopan santun, ketinggian akhlak dan berbudi pekerti. Peradaban adalah suatu kesatuan yang kompleks yang mengandungi pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan manusia sebagai anggota sesebuah masyarakat.

ridlo71 berkata...

Mohamad Bin Abdullah (D20051021100)
Perkataan 'budaya' adalah gabungan perkataan 'budi' dan 'daya'. Perkataan tersebut disignifikan sebagai satu istilah dalam ilmu sosiologi. Perkataan 'budi' merupakan kata yang berasal daripada bahasa Sanskrit yang membawa maksud kecerdasan fikiran dan akal. Perkataan 'daya' pula merupakan perkataan jati Melayu Polenesia yang membawa maksud kekuatan tenaga, kuasa dan pengaruh.Secara keseluruhan perkataan ‘budaya’ diertikan sebagai tenaga fikiran yang menentukan pola kelakuan manusia. Budaya tidak wujud secara sewenang-wenangnya. Budaya adalah hasil pengalaman sesuatu kumpulan melalui sejarahnya yang tersendiri.Perkataan ‘tamadun’ adalah berasal dari bahasa Arab iaitu ‘tamaddana’. Perkataan ini memperjelaskan tentang kemajuan atau pencapaian manusia dalam kehidupan. Namun pengertian tamadun dan peradaban berbeza antara takrifan barat dan pandangan sarjana Islam. Barat mengukur tahap ketamadunan melalui kemajuan dalam material semata-mata.namun Islam mengambil kira aspek kerohanian, akli dan kemurnian kehidupan yang selaras dengan fitrah alam dan perintah Tuhan. Perkataan ‘peradaban’ pula digunakan dalam konteks luas untuk merujuk pada seluruh atau tingkat pencapaian manusia dan penyebarannya. Peradaban yang tinggi menunjukkan keadaan dan tingkat kemajuan kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat yang mulia.

Mohamad Fauzi Mohamad_021114 berkata...

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan budaya sebagai tamadun dan peradaban. Budaya juga dikonsepkan sebagai kemajuan berfikir serta tingkahlaku manusia. Menurut persepsi barat, budaya berkait rapat dengan ketamadunan. Bagi mereka, budaya yang bertamadun mencerminkan kebebasan dan kepentingan serta
kemajuan dari segi material atau objek semata-mata. Berlainan pula dengan
budaya timur kita yang sangat menitikberatkan spiritual dan nilai-nilai moral. Konsep tamadun menurut M.A.J Beg tamadun ialah pencapaian manusia dalam bentuk kota,skrip,kesenian,seni bina,agama,undang-undang dan politik(Beg,1985(b:20).
Edward L.farmer dalam bukunya Comparative history of civilization in Asia, mentakrifkan tamadun sebagai unit budaya yang terbesar dalam organisasi manusai yang terdiri daripada perkongsian norma-norma sosial,tradisi dan intitusi-institusi yang berterusan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Perkataan peradaban pula berasal daripada kata dasar 'adaba' yang bererti tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat. Dengan kata lain, peradaban menunjukkan keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat. Masyarakat kita juga mengamalkan peradaban yang tersendiri seperti adab dengan orang tua, adab makan, adab mengunjungi orang sakit dan sebagainya. Tingkahlaku yang sopan juga dikira beradab dan mempunyai nilai yang tersendiri dipandangan masyarakat kita yang kini masih mengamalkannya.

YUSZAIMAN berkata...

Konsep budaya, tamadun dan peradaban sememangnya saling berkaitan antara satu sama lain. Pembinaan sesebuah negara bangsa memerlukan penyatuan ketiga-tiga elemen ini. Perkataan ‘budaya’ terbit daripada gabungan dua perkataan Sanskrit iaitu ‘budhi’ dan ‘daya’. Perkatan ‘budhi’ mendukung makna kecerdasan akal dan fikiran. Perkataan ‘daya’ pula membawa pengertian kekuatan kuasa, tenaga, dan pengaruh. Gabungan kedua-dua perkataan ini membentuk istilah ‘budaya’. Secara umumnya, ‘budaya’ dapat ditafsirkan sebagai tenaga fikiran yang menentukan pola kelakuan manusia. Apabila membicarakan budaya masyarakat Melayu, sememangnya elemen alam tidak boleh dipisahkan dalam konteks kehidupan kerana masyarakat Melayu cukup rapat dengan unsur alam ini. ‘Tamadun’ pula membawa maksud keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran iaitu dari segi politik, sosial, ekonomi dan budaya. ‘Peradaban’ pula menunjukkan keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat. Konklusinya, konsep budaya, tamadun dan peradaban membawa pengertian yang luas dan keadaan ini turut membawa kepada perbezaan pandangan antara masyarakat Barat dan Timur dalam membicarakan konsep ini.

Mohamad Nur Ashiq Bin Mohd Julin berkata...

Mohamad Nur Ashiq Bin Mohd Julin (D20051021195)
Jika disingkap dan diperhatikan, didapati perkataan budaya, tamadun dan peradaban itu sendiri mempunyai saling kaitan antara satu sama lain. Secara umumnya, budaya (culture) dapat diertikan sebagai cara hidup manusia iaitu perlakuan atau perbuatan yang dilakukan oleh manusia dalam kehidupan mereka. Budaya merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Konsep budaya ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan sanskrit iaitu budhi + daya. Budi merupakan aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai. Daya pula merupakan aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Daya juga merujuk kepada kekuatan tenaga atau perbuatan (berasal daripada perkataan Polinesia). Budaya dapat melambangkan akal budi budaya kita. Oleh sebab itu, gabungan kedua-dua perkatan budi + daya membawa maksud tenaga fikiran yang menentukan pola kelakuan manusia.

Tamadun pula boleh diertikan sebagai pencapaian atau kemajuan sesuatu bangsa dalam mengejar teknologi yang canggih. Pencapaian ini meliputi berbagai-bagai aspek seperti politik, ekonomi, sosial, teknologi, kesenian, dan kebudayaan. Bagi budaya barat, kebiasaannya mereka akan mengukur ketamadunan mereka berdasarkan tahap ketinggian teknologi. Semakin tinggi tahap sesuatu teknologi, maka semakin tinggilah kedudukan mereka di mata dunia. Mereka masih menganggap bahawa kekurangan material adalah tidak bertamadun.

Bagi perkataan peradaban pula berasal daripada kata dasar "adaba" yang bererti tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat. Peradaban melambangkan kemajuan kehidupan jasmani dan rohani sesebuah masyarakat. Selain itu, peradaban juga merujuk pada suatu masyarakat kompleks iaitu masyarakat yang mempraktikkan pertanian intensif; memiliki pembahagian kerja, dan mempunyai kepadatan penduduk yang mencukupi untuk membentuk kota-kota. Peradaban juga digunakan untuk merujuk pada seluruh atau tingkat pencapaian manusia dan penyebarannya.

Kesimpulannya, ketiga-tiga konsep budaya, ketamadunan dan peradaban merujuk pada cara hidup manusia yang telah mengalami perkembangan dan kemajuan sehingga mereka mampu mencapai tahap yang disegani dan dihormati oleh orang luar. Oleh itu, kita sebagai generasi muda yang meningkat naik kedewasaannya, seharusnya perlu mempertahankan kebudayaan, ketamadunan dan peradaban supaya keaslian budaya yang kita pelihara akan kekal lama dan tidak akan lapuk dek zaman.

azlinda berkata...

Budaya melambangkan pemikiran, intelek dan kekuatan sesuatu masyarakat, tamadun dan peradaban manusia. Menurut R.Roolvink, budaya berasal dari perkataan ‘budi’ dan ‘daya’. Perkataan ‘budi’ berasal dari bahasa Sanskrit manakala ‘daya’ berasal dari Malayu-Polinesia. Makna budi ialah kepintaran, manakala makna ‘daya’ ialah kekuatan. Oleh itu, kebudayaan bererti “usaha rohani” dari pihak manusia terutama hasil usaha pihak manusia. Setiap manusia ataupun masyarakat itu sendiri mempunyai budaya yang tersendiri dan unik. Oleh itu budaya masyarakat Malaysia dengan masyarakat di Negara-negara lain sudah tentu banyak perbezaannya dan sama sekali tidak sama. Hari ini budaya dalam masyarakat telah banyak mengalami perkembangan dan perubahan namun ada pihak yang masih mempertahankan budaya jati Melayu. Sementara itu, tamadun pula berasal daripada perkataan Arab iaitu “mudun”. Terbitannya “tamaddana” dan madinah yang membawa maksud bandat yang maju dan mempunyai kemudahan-kemudahan. Tokoh Islam, Ibn. Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah menggunakan “umran” bagi melambangkan tamadun. Umran bermaksud kawasan tanah tempat tinggal yang tetap, berkembang subur dan maju sehingga menjadi Bandar.Said Hawwa iaitu seorang sarjana Islam menggunakan istilah “hadarah” yang berasal daripada kata dasar al-hadar yang membawa maksud menetap di kawasan Bandar. Kehidupan Bandar ini bermaksud kehidupan bertamadun dari sudut material dan sosio budaya. Sebenarnya, budaya dan tamadun saling berkait. Keadaan masyarakat yang mempunyai budaya akan mencapai kemajuan dan pemikiran sosial, budaya dan politik. Kemudian, tamadun pula kadangkala disama ertikan dengan istilah peradaban. Peradaban berasal daripada kata dasar “adaba” yang bererti tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh Jurji Zaydan dalam bukunya Tarikh al-tamadun al-Islami. Selain itu, peradaban boleh dikaitkan dengan adab atau perlakuan atau tingkah laku yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat. Apabila diselami konsep ketiga-tiga konsep tersebut (budaya, tamadun, dan peradaban) kita dapat mengetahui bahawa budaya, tamadun, dan peradaban saling berkait dan berhubung.

NOOR SYAWALIZDA GHAZALI @ MOHD ZAIN berkata...

NOOR SYAWALIZDA BT. GHAZALI @ MOHD ZAIN
D20051021171
Secara amnya, budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan "budaya" yang bermaksud " budi dan daya "; iaitu budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Oleh itu, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain..Konsep budaya menurut Linton adalah : suatu tatanan pola perilaku yang dipelajari, diciptakan, serta ditularkan di antara suatu anggota masyarakat tertentu. Pemahaman akan konsep budaya, membawa kita pada kesimpulan bahwa gagasan, perasaan dan perilaku manusia dalam kehidupan sosialnya sangat dipengaruhi oleh budaya yang berlaku di masyarakat. Demikian pula pergeseran ataupun perubahan pada tatanan budaya dalam suatu masyarakat akan diiringi dengan perubahan perilaku dari individu yang hidup di dalamnya. Budaya tercipta sebagai upaya manusia untuk beradaptasi terhadap masalah-masalah yang timbul dari lingkungan hidupnya. Selanjutnya budaya mempengaruhi pembentukan dan perkembangan kepribadian manusia dalam kelompoknya. Interaksi keduanya membentuk suatu pola spesifik perilaku, proses pikir, emosi dan persepsi individu atau kelompok dalam bereaksi terhadap tekanan-tekanan kehidupan. Budaya memainkan peranan dalam membentuk kesihatan jiwa. Kesimpulannya, budaya merupakan perkongsian suatu masyarakat. Malah, budaya tidak dapat dipisahkan daripada sesebuah masyarakat. Budaya juga diperolehi melalui proses pembelajaran. Bagi konsep tamadun pula, tamadun sering digambarkan sebagai kemajuan kebendaan serta pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi. Perkataan tamadun berasal daripada perkataan arab iaitu ‘maddana’ iaitu membuka Bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Secara kesimpulanya, konsep ketamadunan boleh dikatakan merupakan satu pencapaian manusia ke arah tatasusila dan moral yang tinggi. Selain mempunyai akhlak yang tinggi, ketamadunan juga merujuk kepada penempatan yang sempurna serta mempunyai kemudahan yang tinggi dan sangat baik. Masyarakat yang berbudaya tinggi mempunyai kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang juga merupakan ciri-ciri kehidupan bertamadun. Namun, terdapat perbezaan antara tamadun dan budaya iaitu pengaruh dan natijah tamadun berkekalan lebih lama serta tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan wilayah. Peradaban berasal daripada kata dasar 'adaba' yang bermaksud tingkah laku atau tatasusila yang baik serta terpuji yang sering diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat. Dalam perkataan lain, peradaban menunjukkan keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa konsep budaya, ketamadunan dan peradaban saling berkait dan bergantungan antara satu sama lain yang wujud dalam sesebuah masyarakat atau negara. Gabungan ketiga-tiga konsep ini dapat melahirkan jati diri yang tinggi kepada seseorang individu serta masyarakat amnya serta dapat membangun dan meningkatkan sesebuah negara ke arah yang lebih baik.

Maizatulakhma binti Maidin berkata...

Konsep budaya, ketamadunan dan peradaban adalah saling melengkapi antara satu sama lain. Budaya bersifat simbolis yang merupakan satu reaksi manusia terhadap penyesuaian hidup dengan alam sekeliling. Budaya berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu percantuman dua perkataan ‘budhi’ dan ‘daya’. Perkataan ‘budhi’ dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti ‘kecergasan fikiran dan akal’ manakala ‘daya’ ialah perkataan Melayu Polynesia bermakna ‘kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh’. Budaya ini juga melambangkan ketamadunan. Budaya merupakan tenaga fikiran yang menentukan pola kelakuan manusia dan berkait rapat dengan apa yang kita percaya. Konsep tamadun pula merujuk kepada pencapaian yang dikecapi sesuatu bangsa atau kelompok. Antara aspek yang dititikberatkan dalam tamadun ialah politik, ekonomi, sosial dan teknologi. Budaya Barat sendiri telah menetapkan acuan untuk menilai ketamadunan berdasarkan tahap ketinggian tekonologi yang merangkumi aspek material. Semakin banyak bahan material yang diperoleh dan semakin tinggi tahap sesuatu teknologi, maka semakin tinggilah tamadun sesuatu bangsa. Namun bagi masyarakat Timur, amalan spiritual dan nilai-nilai moral perlu bergerak seiring dengan aspek material. Perkara inilah yang membentuk ketamadunan yang sebenar. Konsep peradaban pula ialah keadaan dan tingkat kemajuan terhadap kehidupan jasmani dan rohani. Melalui pencapaian peradaban inilah kemajuan sesuatu tamadun dapat diukur. Kesimpulannya, konsep budaya, ketamadunan dan peradaban adalah saling berkaitan. Sesungguhnya, budaya membentuk tamadun masyarakat yang mempunyai tenaga fikiran yang baik serta nilai moral yang tinggi.

siti nazirah sulaiman berkata...

SITI NAZIRAH SULAIMAN
D20051021175
Secara amnya, budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan "budaya" yang bermaksud “ buddi” dan “daya”. Perkataan “buddi” adalah salah satu perkataan daripada bahasa Sanskrit yang dimaksudkan sebagai kecerahan fikiran manusia dalam berfikir atau aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai. Perkataan “daya” adalah daripada perkataan bahasa Melayu yang bermaksud kekuatan tenaga, perbuatan dan pengaruh yang kuat meliputi aspek lahiriah manusia iaitu usaha dan hasilan. Oleh yang demikian, budi+daya ialah satu proses tenaga fikiran yang menentukan pola kelakuan manusia sama ada untuk berfikir atau melakukan sesuatu dengan kehendak fikiran mereka. Kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak (meterial atau spiritual) . Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain. Masyarakat yang berbudaya dikatakan masyarakat yang bertamadun yang mampu membawa pengaruh yang besar kepada masyarakat lain unuk disegani. Terdapat tiga ciri yang membolehkan sesuatu masyarakat itu dinamakan budaya. Cirinya yang pertama ialah budaya merupakan perkongsian suatu masyarakat. Ciri kedua ialah budaya tidak dapat berpisah dengan bahasa dan yang terakhir ialah budaya diperolehi melalui proses pembelajaran. Tamadun pula ialah satu peringkat pencapaian budaya yang lebih tinggi dan lebih maju yang dihubungkan dengan pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi. Konsep ketamadunan ini bukan sahaja perlu dilihat dengan lebih luas meliputi pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi serta kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna semata-mata, kerana tamadun manusia merupakan satu peringkat pencapaian budaya yang lebih tinggi atau maju. Oleh yang demikian, hubungan antara tamadun dengan budaya sangat erat dan saling berkaitan. Apabila sesebuah masyarakat itu mempunyai budaya yang tinggi dari segi tatacara kehidupan yang menuju ke arah kemajuan, maka budaya masyarakat tersebut adalah bertamadun.

Nurulhayati bt Zulkipeli berkata...

D20051021159

Budaya bermaksud cara hidup manusia. Budaya merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan "budaya" yang bermaksud " budi dan daya " budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Oleh itu, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain. Budaya merupakan pengkongsian suatu masyarakat. Budaya tidak dapat berpisah dengan bahasa. Budaya diperolehi melalui proses pembelajaran dan sebagainya. Edward B. Taylor menyatakan kebudayaan merupakan set keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan lain-lain. Perspektif sosiologi pula menyatakan bahawa kebudayaan adalah hasil dan idea yang dipelajari dan dikongsi oleh ahli-ahli dalam masyarakat, termasuk kepercayaan, nilai-nilai politik, adat resam, institusi sosial, seni lukis dan bahan-bahan material.
Tamadun pula berasal dari kata Arab 'maddana' yang beerti membangun suatu kota atau seseorang/masyarakat yang mempunyai peradaban. Kata tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah umran, hadarah, madaniyah. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun adalah culture atau kebudayaan dalam bahasa Indonesia. Para sarjana telah membahas persamaan dan perbezaan istilah-istilah tersebut. Istilah Tamadun banyak digunakan dalam penulisan Tamadun Islam. Dalam kalangan penulis Arab, perkataan tamaddun digunakan untuk pertama kalinya oleh Jurji Zaydan dalam sebuah judul buku Tarikh al-Tamaddun al-Islami (Sejarah Peradaban Islam), terbit 1902-1906. Sejak itu perkataan Tamaddun digunakan secara luas dalam kalangan umat Islam. Di dunia Melayu tamaddun digunakan untuk pengertian peradaban. Di Iran orang dengan sedikit berbeza menggunakan istilah tamaddon dan madaniyat. Namun di Turkey orang dengan menggunakan akar madinah atau madana atau madaniyyah menggunakan istilah medeniyet dan medeniyeti. Orang-orang Arab sendiri pada masa sekarang ini menggunakan kata hadharah untuk peradaban, namun kata tersebut tidak banyak diterima ummat Islam non-Arab yang kebanyakan lebih menyukai istilah tamaddun.
Peradaban pula berasal daripada kata dasar ‘adaba’ yang beerti tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat. Dengan kata lain, peradaban menunjukkan keadaan dan tingkat kemajuan dalam kehidupan sesuatu bangsa atau masyarakat. kesimpulannya, konsep budaya, tamadun dan peradaban saling berkaitan antara satu sama lain. Hal ini kerana, dalam sesebuah masyarakat yang berjaya perlulah seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani selain menitik beratkan faktor kemajuan dan kecanggihan teknologi yang semakin luas penyebarannya kini.

Erzazuraidi Bin Mohd Nasir Perumal berkata...

Assalamualaikun dan selamat sejahtera. Pada pandangan saya konsep budaya dapat dibincangkan dalam dua pandangan yang berbeza, iaitu dari pandangan orang timur dan juga dari pandangan orang barat. Orang timur berpendapat bahawa budaya merupakan suatu tenaga fikiran yang menentukan kelakuan manusia. Hal ini bermaksud orang timur lebih menekan kepada kelakuan atau tingkah laku manusia seperti kesopanan, kesantunan dan lain-lain nilai murni yang telah sebati dengan orang timur dalam kehidupan seharian. Pendek kata, orang timur mementingkan rohani dan jasmani dalam kehidupan mereka. Berbeza pula dengan orang barat, mereka dalam kebudayaan lebih mementingkan material atau kebendaan dan suka menghasilkan sesuatu yang baru. Kadang-kala hasil ciptaan mereka tidak mengikut norma atau tabie alam ciptaan Tuhan. Misalnya, orang barat telah menghasilkan kaedah klon terhadap manusia dan haiwan yang telah menjejaskan peradapan manusia. Namun, terdapat juga segelintir masyarakat barat yang mengatakan bahawa budaya mempunyai kaitan dengan spiritual seperti yang dikatakan oleh masyarakat timur. Istilah " tamadun" pula bermaksud keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran iaitu dari segi politik,sosial,ekonomi dan budaya.Biasanya, Masyarakat yang bertamadun dikatakan mempunyai peradaban yang tinggi.MIsalnya, masyarakat Melayu dikatakan mempunyai peradaban yang tinggi kerana mempunyai pelbagai budaya yang menarik dan nilai-nilai seni yang tinggi. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa ketiga-tiga konsep iaitu budaya, ketamadunan dan peradaban mempunyai hubungan yang saling berkaitan antara satu sama lain dan tidak dapat dipisahkan apabila membincangkan perkembangan tamadun manusia pada masa lalu,kini dan pada masa hadapan.

AZURA BINTI MAT DAUD berkata...

Setiap perkataan mempunyai asal usulnya dan sejarah penciptaannya yang tersendiri. Begitu jugalah halnya dengan perkataan budaya. Budaya dipercayai berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu "budi" dan "daya". Budi bermaksud kecerdasan fikiran dan akal manakala daya pula beerti kekuatan tenaga, kuasa dan pengaruh. Oleh itu, budaya bermakna pola pemikiuran yang menentukan pola kelakuan manusia. Setiap budaya itu mempunyai cirinya yang tersendiri. Oleh hal yang demikian, definisi budaya dalam masyarakat barat dan Melayu adalah berbeza. Masyarakat barat menganggap berbudaya itu bertamadun berdasarkan materialnya manakala masyarakat Melayu pula beranggapan budaya itu lebih berkonsepkan hampir kepada alam. Nilai spiritual antara masyarakat barat dan Melayu juga tidak sama.Keadaan ini disebabkan oleh nilai spiritual yang dipandang tinggi oleh masyarakat Melayu, dipandang rendah pada pandangan barat. Corak hidup sesuatu bangsa pada akhirnya dapat membentuk tamadun. Tamadun berasal daripada perkataan Arab "maddana" yang bererti membina suatu bandar atau seseorang ataupun masyarakat yang mempunyai peradaban. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah seperti "umran", "hadarah" dan "madaniyah". Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah "culture and civilization" atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Para sarjana telah membahas persamaan dan perbezaan istilah-istilah tersebut.Ciri-ciri masyarakat bertamadun adalah seperti mempunyai bentuk agama yang tinggi, negara yang tersusun rapi, mempunyai juga sistem undang-undang dan kehidupan bandar.Sistem tulisan juga maju serta mempunyai bentuk-bentuk kesenian dan senibina yang istimewa. Peradaban pula memiliki berbagai-bagai tafsiran dalam kaitannya dengan masyarakat manusia. Seringkali istilah ini digunakan untuk merujuk pada suatu masyarakat "kompleks" iaitu masyarakat yang memiliki pembagian kerja dan kepadatan penduduk yang mencukupi untuk membentuk kota-kota. "Peradaban" dapat juga digunakan dalam konteks luas untuk merujuk pada seluruh atau tingkat pencapaian manusia dan penyebarannya.

Erzazuraidi Bin Mohd Nasir Perumal berkata...

D20051021135

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pada pandangan saya konsep budaya dapat dibincangkan dalam dua pandangan yang berbeza, iaitu dari pandangan orang timur dan juga dari pandangan orang barat. Orang timur berpendapat bahawa budaya merupakan suatu tenaga fikiran yang menentukan kelakuan manusia. Hal ini bermaksud orang timur lebih menekan kepada kelakuan atau tingkah laku manusia seperti kesopanan, kesantunan dan lain-lain nilai murni yang telah sebati dengan orang timur dalam kehidupan seharian. Pendek kata, orang timur mementingkan rohani dan jasmani dalam kehidupan mereka. Berbeza pula dengan orang barat, mereka dalam kebudayaan lebih mementingkan material atau kebendaan dan suka menghasilkan sesuatu yang baru. Kadang-kala hasil ciptaan mereka tidak mengikut norma atau tabie alam ciptaan Tuhan. Misalnya, orang barat telah menghasilkan kaedah klon terhadap manusia dan haiwan yang telah menjejaskan peradapan manusia. Namun, terdapat juga segelintir masyarakat barat yang mengatakan bahawa budaya mempunyai kaitan dengan spiritual seperti yang dikatakan oleh masyarakat timur. Istilah " tamadun" pula bermaksud keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran iaitu dari segi politik,sosial,ekonomi dan budaya.Biasanya, Masyarakat yang bertamadun dikatakan mempunyai peradaban yang tinggi. sebagai contoh, masyarakat Melayu dikatakan mempunyai peradaban yang tinggi kerana mempunyai pelbagai budaya yang menarik dan nilai-nilai seni yang tinggi. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa ketiga-tiga konsep iaitu budaya, ketamadunan dan peradaban mempunyai hubungan yang saling berkaitan antara satu sama lain dan tidak dapat dipisahkan apabila membincangkan perkembangan tamadun manusia pada masa lalu,kini dan juga pada masa hadapan.

Henry Lai anak Bundan berkata...

Salam sejehtera…
Kalau kita membicarakan tentang konsep budaya, ketemadunan dan peradaban, saya suka katakan bahawa ketiga-tiga perkara ini saling ada kaitan antara satu sama lain. Sekiranya kita faham bahawa maksud budaya merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok yang sudah menjadi kebiasaan dalam sesuatu tingkahlaku. Hal ini dapat dilihat jika kita perhatian dari aspek konsep budaya ini berdasarkan etimologi perkataan sanskrit iaitu budhi + daya. Budi merupakan aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai. Daya pula merupakan aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha, dan hasilan. Daya juga merujuk kepada kekuatan tenaga atau perbuatan (berasal daripada perkataan Polinesia). Oleh itu, budaya dapat melambangkan akal budi budaya kita. Justeru, gabungan kedua-dua perkatan budi + daya membawa maksud tenaga fikiran yang menentukan pola kelakuan manusia.
Seterusnya, perkataan peradaban pula berasal daripada perkataan ’adaba’ yang bermaksud tingkah laku baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota masyarakat. Peradaban didefinisikan sebagai suatu tingkat kemajuan yang bukan sahaja daripada jasmani, malah rohani juga turut diutamakan. Jadi, peradaban mempunyai konsep yang lebih luas, iaitu suatu peradaban bukan sahaja memerlukan kecerdasan fikiran serta cara berfikir yang maju, malah memerlukan tingkah laku yang baik dan terpuji.
Manakala Istilah Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana yang bererti membina suatu bandar atau seseorang/masyarakat yang mempunyai peradaban. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Dari akar kata madana lahir kata benda tamaddun yang secara literal berarti peradaban (civilization) yang berarti juga kota berlandaskan kebudayaan (city base culture) atau kebudayaan kota (culture of the city). Di dunia Melayu tamaddun digunakan untuk pengertian peradaban. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah "culture and civilization" atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Ibnu Khaldun menggunakan perkataan 'umran sebagai merujuk kepada 'tamadun' yang kita fahami sekarang. Di Eropah, perkataan civilisation hanya mula diungkapkan pada abad ke-18 dan mula digunakan pada kurun ke-19. Antara ciri yang ketamadunan ialah mempunyai bentuk agama yang tinggi, negara yang tersusun rapi, sistem undang-undang yangg sempurna, kehidupan bandar, sistem tulisan yang maju dan bentuk-bentuk kesenian dan seni bina yang istimewa.
Dengan itu, kita boleh buat kesimpulan bahawa ketiga-tiga istilah tersebut saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain dan wujud secara serentak yang mana masyarakat yang bertamadun dikatakan mempunyai peradaban yang tinggi. Sebagai contoh, masyarakat Melayu dikatakan mempunyai peradaban yang tinggi kerana mempunyai pelbagai budaya dan nilai-nilai seni yang tinggi. Ringkasnya, sekiranya masyarakat tersebut tiada budaya, makalah tidak dapat masyarakat tersebut untuk membina peradaban yang tinggi dan secara lansungnya, masyarakat tersebut dari aspek tamadun masih mundur dan tiada kemajuan dan pelbagai aspek merangkumi politik, social, ekonomi, kepercayaan dan seni binanya.

Noriakama Rakimu berkata...

D20051021173
Kamus Dewan telah memberi pengertian berikut bagi perkataan budaya, kebudayaan, tamadun dan peradaban:
Budaya:
1. Tamadun, peradaban, cara berkelakuan (berfikir dan sebagainya), kemajuan (akal budi), kebudayaan.
2. Bersifat budaya, yang mengenai kebudayaan, (yang) sudah maju (akal budi). (Kamus Dewan 1992: 165).
yang Perkataan "budaya" secara amnya, ia merujuk kepada kegiatan-kegiatan manusia. Perkataan ang berlainan akan mempunyai budaya yang berlainan. bahasa Inggerisnya, culture, berasal daripada kata akar bahasa Latin "colere" (mendiami, mengerjakan, menghormati). Berbagai-bagai definisi "budaya" yang berbeza membayangkan teori berlainan terhadap pemahaman dan kriteria penilaian untuk kegiatan manusia.
Kebudayaan: Keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan erfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradabanKebudayaan: Keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradabanKebudayaan: Keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir) serta segala hasil
kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban
Peradaban: Keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani (sesuatu bangsa, masyarakat dan sebagainya), tamadun.
Tamadun:
1. Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf
kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain) yang tinggi, peradaban;
2. Negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain) yang tinggi, peradaban;
3. Budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban;
4. Keadaan pemikiran (budaya dan moral) yang halus, peradaban.
Kesimpulannya, budaya, peradaban dan ketamadunan saling berkait antara satu sama lain. Ketiga-tiga konsep inilah yang menunjukkan keunikan dan keindahan sesuatu bangsa itu sendiri.

Noradila bt Zahari berkata...

Secara amnya, budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan "budaya" yang bermaksud " budi dan daya "; iaitu budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Kesimpulannya, budaya boleh ditakrifkan sebagai segala penghasilan masyarakat (manusia) dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain. Umpamanya masyarakat Melayu dengan masyarakat di Eropah. Sebagaimana yang kita sedia maklum, masyarakat Melayu sememangnya kaya dengan adat dan budaya memandangkan adat dan budaya dijadikan sebagai satu cara hidup bagi masyarakat Melayu. Malah, budaya merupakan satu semangat "esprit de corp" atau semangat kekitaan yang sangat kuat. Perkara ini dapat dilihat melalui budaya gotong-royong yang merupakan menifestasi daripada semangat tersebut. Tamadun pula berasal daripada perkataan Arab iaitu “maddana” yang bererti kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku. Dalam hal ini, istilah “tamadun” bolehlah ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik, halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah masyarakat atau negara bangsa. Mengikut pendapat Lucien Goldmann, unsur utama yang menjadi pembeza antara sesebuah dengan tamadun yang lain ialah pandangan semesta (world view/weltanschauung). Sementara itu, peradaban menurut Malik bin Nabi, boleh didefinisikan sebagai objektifikasi dari kehendak dan kuasa masyarakat manusia dalam konteks ruang dan waktu. Dari definisi peradaban tersebut, pemahaman peradaban
sangat terkait dengan pemahaman kita mengenai masyarakat. Peradaban merupakan pencapaian dari masyarakat. Kesimpulannya, gabungan ketiga-tiga konsep ini akan membawa kepada implikasi positif dari segi peningkatan pengetahuan dan kemajuan ekonomi negara sekaligus sekaligus memartabatkan bangsa Melayu itu sendiri serta meletakkannya pada mercu yang tinggi setanding dengan bangsa-bangsa lain di dunia.

Fazlina Iliani Ismail D20051021103 berkata...

FAZLINA ILIANI BINTI ISMAIL D20051021103
KONSEP BUDAYA, TAMADUN DAN PERADABAN.
Budaya dikatakan sebagai satu cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu kelompok bangsa tertentu sahaja. Perkataan ‘budaya’ berasal daripada perkataan Sanskrit ‘budaya’ iaitu cantuman dua perkataan ‘budhi’ dan ‘daya’. Perkataan pinjaman ‘budhi’ dari bahasa Sanskrit bererti ‘kecerdasan fikiran dan akal.’ Perkataan ‘daya’ merupakan perkataan Melayu Polinesia yang bermaksud ‘kekuatan tenaga, kuasa dan pengaruh.’ Percantuman dua perkataan iaitu ‘budhi’ dan ‘daya’ membentuk perkataan budaya yang membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa untuk menjalani kehidupan yang meliputi cara manusia berfikir, nilai kepercayaan, pandangan serta tingkah laku. Menurut A.J Wensink seorang orientalis dalam “Tamadun Muslim” Drs. Nourouzzaman As Shiddiq, menyatakan bahawa budaya bermakna culture iaitu akal budi manusia yang bersifat batiniah yang mendorong manusia untuk mencipta sesuatu yang bernilai seperti kesenian dan kesusasteraan untuk mencapai kehidupan yang lebih baik. Dengan ini disimpulkan bahawa, budaya merupakan amalan cara hidup sesuatu kelompok manusia yang bersifat universal merangkumi ilmu pengetahuan, agama ,sistem ekonomi, sistem kemasyarakatan, bahasa, peralatan dan kelengkapan harian, dan kesenian.

Istilah ‘tamadun’ pula berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang diambil daripada perkataan ‘maddana’ bererti ‘pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal’ dan ‘membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran yang maju’ Perkataan ‘tamadun’ menerbitkan perkataan ‘madinah’ bermaksud bandar dan ‘madani’ bermaksud keselesaan hidup dan ketinggian akal budi. Tokoh yang bertanggungjawab memperkenalkan perkataan ‘tamadun’ dalam bukunya Tarikh al-Tamaddun al-Islamiy ialah Jurji Zaidan iaitu seorang sejarawan Arab Kristian pada awal abad ke-19. M. A. J. Beg berpendapat, penggunaan perkataan civilization yang bermaksud ‘tamadun’ dalam Bahasa Inggeris diambil daripada perkataan Latin iaitu civitas atau city kerana setiap kemajuan tamadun yang wujud mempunyai bandar-bandar yang besar, mengalami pertumbuhan dan perubahan bandar yang jelas serta ciri-ciri ketamadunan manusia dapat ditemui di kawasan bandar. Perkataan modern dalam Bahasa Inggeris juga dikaitkan dengan maksud perkataan ‘tamadun.’ Dengan ini disimpulkan bahawa, perkataan ‘tamadun’ membawa pengertian kehidupan atau cara hidup masyarakat manusia moden yang mencapai taraf kemajuan daripada aspek kebendaan dan pemikiran dan mempunyai kemudahan penggunaan pelbagai alatan dan teknologi dalam pelbagai aspek kehidupan.

Perkatan ‘peradaban’ berasal daripada perkataan ‘adab’ yang bermaksud kesopanan, kehormatan, budi bahasa dan etika manusia dalam menjalani kehidupan. Peradaban ditakrifkan sebagai amalan sistem sosial, politik, ekonomi yang digunakan untuk membantu manusia bagi meningkatkan produktiviti dalam bidang kebudayaan yang terbentuk daripada unsur-unsur tradisi moral, ilmu pengetahuan, politik, ekonomi serta seni. Peradaban manusia dipengaruhi oleh faktor geografi, ekonomi, agama, bahasa dan pendidikan sesuatu masyarakat.. Dengan ini, peradaban dapat didefinisikan sebagai pencapaian amalan dan nilai-nilai hidup manusia yang berkesinambungan daripada satu generasi kepada satu generasi selepasnya yang bukan disebabkan oleh asal usul keturunan tetapi disebabkan oleh pengaruh pendidikan, agama dan nilai kepercayaan, ekonomi, moral dan seni sesebuah masyarakat.

Walaupun budaya, tamadun dan peradaban mempunyai tarifan yang berbeza namun, secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa, budaya, tamadun dan peradaban saling berkait antara satu sama lain. Hal ini kerana, budaya, tamadun dan peradaban meliputi cara hidup manusia yang lebih berkualiti dalam pelbagai aspek kehidupan.

RUJUKAN :

Joko Tri Prasetya (1991). Ilmu Budaya Dasar. Jakarta : PT Rineka Cipta.
Mohd. Liki Hamid (2002). Pengajian Tamadun Islam. Pahang: PTS Publication and Distributors Sdn. Bhd.
Mustafa As-Saba’i (1992). Peradaban Islam, Dulu, Kini dan Esok. (R.B. Irawan dan Fauzi Rahman, Terjemah.) Jakarta. Gema Insani Press.
Samri Sainuddin dan Ahmad Sohaimi Lazim. (2003). Pengantar Ilmu Ketamadunan dan Tamadun Melayu. Tanjong Malim, Perak. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Wan Abdullah Wan Mahmood (1991). Sejarah Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Maziza Sdn. Bhd.

1ny berkata...

Masyarakat merupakan wadah budaya seterusnya membentuk kebudayaan. Kebudayaan pula akan mempengaruhi kehidupan manusia dengan cara mengatur kehidupan masyarakat. Hubungan yang wujud antara manusia dan budaya ini tidak boleh dipisahkan kerana 'budaya' itu sendiri bermaksud cara, yakni cara berfikir, cara berinteraksi, cara merasa dan cara berpelakuan masyarakat. Budaya yang telah diamalkan dalam sesebuah masyarakat lama-kelamaan akan membentuk budaya yang kukuh seterusnya mengwujudkan tamadun. Istilah 'ketamadunan' itu merujuk kepada bangsa bertamadun yang mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri. Ketamadunan ini dapat dilihat dalam segalaa bidang seperti falsafah dan pemikiran, kesenian, bahasa, sejarah, antropologi, sosiologi, ekonomi, politik dan sebagainya.Dalam ketamadunan ini, aspek bahasa yang memainkan peranan yang penting kerana jika dilihat pada sejarahnya,tamadun silam seperti yang dilalui oleh Greek-Roman, tamadun Islam, tamadun India dan Cina banyak mengekalkan fikiran dan perasaan kesenian bangsanya melalui bahasa. Seterusnya, konsep 'peradaban' iaitu merupakan situasi apabila masyarakat yang sedar " di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung " Falsafah yang harus dijunjung adalah perjuangan mengisi ikrar setia sebagai bangsa yang satu, warganegara yang memiliki maruah dan jiwa besar dengan kecintaan serta sumber ilham hanya kepada sebuah negara..iaitu..Malaysia.Matlamat akhir masyarakat yang berbudaya, bertamadun dan beradab haruslah menjurus kepada kebanggaan negara dan kedaulatan bangsa. Bangsa Malaysia yang dinamik perlu mempunyai identiti untuk mewujudkan bangsa yang bertamadun gemilang.

1ny berkata...

Masyarakat merupakan wadah budaya seterusnya membentuk kebudayaan. Kebudayaan pula akan mempengaruhi kehidupan manusia dengan cara mengatur kehidupan masyarakat. Hubungan yang wujud antara manusia dan budaya ini tidak boleh dipisahkan kerana 'budaya' itu sendiri bermaksud cara, yakni cara berfikir, cara berinteraksi, cara merasa dan cara berpelakuan masyarakat. Budaya yang telah diamalkan dalam sesebuah masyarakat lama-kelamaan akan membentuk budaya yang kukuh seterusnya mengwujudkan tamadun. Istilah 'ketamadunan' itu merujuk kepada bangsa bertamadun yang mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri. Ketamadunan ini dapat dilihat dalam segalaa bidang seperti falsafah dan pemikiran, kesenian, bahasa, sejarah, antropologi, sosiologi, ekonomi, politik dan sebagainya.Dalam ketamadunan ini, aspek bahasa yang memainkan peranan yang penting kerana jika dilihat pada sejarahnya,tamadun silam seperti yang dilalui oleh Greek-Roman, tamadun Islam, tamadun India dan Cina banyak mengekalkan fikiran dan perasaan kesenian bangsanya melalui bahasa. Seterusnya, konsep 'peradaban' iaitu merupakan situasi apabila masyarakat yang sedar " di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung " Falsafah yang harus dijunjung adalah perjuangan mengisi ikrar setia sebagai bangsa yang satu, warganegara yang memiliki maruah dan jiwa besar dengan kecintaan serta sumber ilham hanya kepada sebuah negara..iaitu..Malaysia.Matlamat akhir masyarakat yang berbudaya, bertamadun dan beradab haruslah menjurus kepada kebanggaan negara dan kedaulatan bangsa. Bangsa Malaysia yang dinamik perlu mempunyai identiti untuk mewujudkan bangsa yang bertamadun gemilang.

Nurulasikin Kamaruddin berkata...

Assalamualaikum,

Sebelum kita menyelusuri konsep budaya, eloklah kiranya kita mengetahui asal usul perkataan budaya itu sendiri. Budaya berasal daripada perkataan budhi dan daya. Budhi berasal daripada bahasa sanskrit yang bermaksud kecerdasan fikiran dan akal manakala perkataan daya pula merupakan perkataan Melayu Polinesia yang bermaksud kekuatan tenaga, kuasa dan pengaruh. Secara umumnya, budaya dapatlah didefinisikan sebagai sistem kepercayaan, nilai, adat resam, tingkah laku dan artifak yang dikongsi bersama oleh anggota masyarakat dan digunakan untuk urusan sesama mereka dan juga untuk menghadapi hidup di dunia. Perkara yang diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi yang lain adalah melalui pembelajaran. Hujah ini turut disokong oleh Edward Taylor. Menurut beliau, budaya adalah keseluruhan kompleks yang terkandung didalamnya pengetahuan, kepercayaan, kesenian, undang-undang, akhlak, adat resam dan lain-lainkeupayaan serta kebiasaan yang diperoleh manusia sebagai anggota dalam sesebuah masyarakat. Antara ciri-ciri utama budaya adalah diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi, dikongsi bersama, dipelajari, menggambarkan nilai dan identiti kelompok, menyediakan kerangka rujukan bagi sesuatu masyarakat serta bersifat dinamis dan kreatif.Ketamadun membawa maksud keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain) yang tinggi (Kamus Dewan: 2005). Selain daripada itu, ketamadun juga dimaksudkan dengan negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran daripada aspek sosial, budaya dan politik serta keadaan pemikiran budaya dan moral yang halus.(Kamus Dewan: 2005). Peradaban pula didefinisikan sebagai tamadun, keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani serta rohani sesuatu bangsa, masyarakat dan sebagainya (Kamus Dewan: 2005). Menurut Prof. Syed Muhammad Naguib al-Attas, peradaban ialah keadaan kehidupan insan yang bermasyarakat yang mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. Secara kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia, kita sewajarnya mempraktikkan nilai-nilai murni bagi menunjukkan jati diri sesebuah bangsa itu sendiri. Sekiranya amalan ini dilakukan secara berulang-ulang secara tidak langsung keadaan ini akan mewujudkan budaya yang cemerlang bagi menghasilkan ketamadunan yang lengkap serta peradaban yang tinggi lagi terpuji.

Nor Hani binti Isa berkata...

D20051021162.
Assalamualaikum,
Konsep budaya, peradaban dan ketamadunan saling berkaitan antara satu sama lain. Perkataan ’budaya’ berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu percantuman antara dua perkataan iaitu perkataan ’budhi’ dan ’daya’. Perkataan ’budhi’ yang dipinjam dari bahasa Sanskrit bererti kecerdasan fikiran dan akal manakala ’daya’ yang berasal daripada perkataan Melayu Polinesia pula bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Apabila kedua-dua perkataan ini dicantumkan, maka terbentuklah perkataan ’budaya’. Oleh itu, perkataan ’budaya’ boleh didefinisikan sebagai tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa dan menentukan pola kelakuan manusia. Manusia berhubungan rapat dengan alam. Hal ini dapat dilihat dengan jelas terutamanya dalam masyarakat Melayu. Buktinya seni ukiran, permainan, kraftangan dan sebagainya mempunyai unsur-unsur alam. Berdasarkan tayangan tentang Negeri Sembilan, dapat dilihat budaya tersendiri yang diamalkan oleh masyarakat Negeri Sembilan yang mengamalkan adat Perpatih. Konsep budaya ini dapat dilihat dari dua persepsi yang berbeza iaitu mengikut persepsi barat dan persepsi timur. Menurut persepsi barat, budaya berkait rapat dengan ketamadunan. Bagi mereka, budaya yang bertamadun mencerminkan kebebasan dan kepentingan serta kemajuan daripada segi material atau objek semata-mata. Keadaan ini nyata sangat berbeza dengan budaya Timur yang sangat mementingkan hal-hal spiritual dan nilai-nilai moral. Istilah ’tamadun’ pula dikatakan berasal daripada perkataan Arab iaitu ’mudun’, kata terbitannya ’tamaddana’ dan ’madinah’ yang membawa maksud kehidupan di bandar yang dikaitkan dengan corak kehidupan yang maju dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Oleh itu, istilah tamadun dapatlah ditakrifkan sebagai suatu keadaan yang mana masyarakat manusia telah keluar daripada kemunduran dan mencapai kemajuan dari aspek politik, ekonomi, sosial dan budaya. Manakala istilah ’peradaban’ pula berasal daripada perkataan ’adaba’ yang bermaksud tingkah-laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat. Dengan kata lain, peradaban merujuk kepada keadaan dan tingkat kemajuan dalam kehidupan jasmani dan rohani sesebuah masyarakat. Kesimpulannya, ketiga-tiga konsep ini saling melengkapi antara satu sama lain. Oleh itu, sesebuah mesyarakat itu perlu berusaha mengekalkan budaya, tamadun dan peradaban sendiri supaya tidak terus tenggelam akibat pengaruh budaya daripada masyarakat lain.

aisah musa berkata...

Perkataan "budaya" berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu percantuman dua perkataan 'budhi' dan 'daya'. Perkataan 'budhi' dipinjam daripada bahasa Sanskrit yang membawa maksud kecerdasan fikiran dan akal manakala 'daya' (perkataan Melayu Polinesia) pula bermakna kekuatan tenaga, kuasa, dan pengaruh. Secara keseluruhannya 'budaya' bermaksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa dan menentukan pola kelakuan manusia. Menurut masyarakat barat, budaya berkait rapat dengan ketamadunan. Mereka menganggap jika berbudaya maka bangsa itu bertamadun, makin banyak budaya yang diamalkan makin bertamadun sesuatu bangsa. Bagi mereka, budaya yang bertamadun mencerminkan kebebasan dan kepentingan serta kemajuan dari segi material atau objek semata-mata. Berlainan pula dengan budaya timur kita yang sangat menitikberatkan spiritual dan nilai-nilai moral. Istilah 'tamadun' pula berasal daripada perkataan Arab 'mudun', kata terbitannya 'tamaddana' dan madinah yang membawa maksud kehidupan di bandar yang dikaitkan dengan corak hidup yang maju dan dilengkapi pelbagai kemudahan. Secara umumnya, tamadun membawa erti masyarakat manusia yang telah berjaya keluar daripada kehidupan yang mundur (nomad) dan telah mencapai kemajuan dalam berbagai-bagai aspek kehidupan. Kehidupan masyarakat bertamadun dicirikan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran iaitu dari segi politik,sosial,ekonomi dan budaya .Istilah tamadun sering kali disamaertikan dengan istilah peradaban. Peradaban berasal daripada kata dasar 'adaba' yang bererti tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat. Dengan kata lain, peradaban menunjukkan keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa. Secara keseluruhannya sesuatu bangsa itu perlu memiliki ketiga-tiga aspek iaitu budaya, tamadun dan peradaban yang digabungjalinkan dalam membentuk masyarakat yang berkualiti.

SYAMSIAH BT HASAN berkata...

Budaya atau kebudayaan (berasal dari bahasa Sanskrit yaitu “buddhayah” yang merupakan bentuk jamak dari “buddhi” (budi atau akal) diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal. Dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut culture, yang berasal dari kata Latin Colere, iaitu mengolah atau mengerjakan. Kata culture juga kadang diterjemahkan sebagai "kultur" dalam bahasa Indonesia. Dari berbagai definisi tersebut, dapat diperoleh pengertian mengenai kebudayaan yaitu sistem pengetahuan yang meliputi sistem ide atau gagasan yang terdapat dalam pikiran manusia, sehingga dalam kehidupan sehari-hari, kebudayaan itu bersifat abstrak. Sedangkan perwujudan kebudayaan adalah benda-benda yang diciptakan oleh manusia sebagai makhluk yang berbudaya, berupa perilaku dan benda-benda yang bersifat nyata, misalnya pola-pola perilaku, bahasa, peralatan hidup, organisasi sosial, religi, seni, dan lain-lain, yang kesemuanya ditujukan untuk membantu manusia dalam melangsungkan kehidupan bermasyarakat. Ahli antropologi menggunakan istilah ini untuk merujuk kepada keupayaan manusia sejagat apabila mereka mengelaskan pengalaman serta mengekod dan menyampaikan buah fikiran secara simbolik. Mereka menganggap keupayaan ini sebagai ciri yang menentukan genus Homo. Oleh sebab budaya adalah sesuatu yang dibelajari, orang yang tinggal di tempat yang berlainan akan mempunyai budaya yang berlainan.
Menurut Malik bin Nabi (1975) tamadun merupakan kajian pemikiran dan kerohanian manakala Abu A’la al-Maududi (1979) mentakrifkan tamadun sebagai gambaran yang tepat tentang kehidupan dunia dan matlamatnya dalam sistem sosial. Tamadun juga bermaksud peradaban, kemajuan, kebudayaan, keilmuan, pergaulan, pendidikan, teknologi, akhlak dan sopan santun. Dalam bahasa Inggeris tamadun diterjemahkan sebagai culture, renaissance dan civilization. Bahasa Arab menggunakan kalimah seperti al-thaqafah, al-hadharah, al-umran, al-bunyan, al-madaniah dan al-tamadun untuk takrifan tamadun. Perkataan thaqafah mambawa maksud kajian dalam aspek pemikiran hanya popular pada abad ke-20. Penggunaan perkataan madani dan hadhari merupakan terminologi baru yang digunakan pada masa kini untuk menggambarkan ketamadunan. Kehidupan kota yang menghasilkan pencapaian tertinggi dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada kerohanian, pemikiran, kebendaan atau dengan kata lain merangkumi spiritual, mental dan fizikal.
Malik bin Nabi mendefinisikan peradaban sebagai matlamati dari kehendak dan kuasa masyarakat manusia dalam konteks ruang dan waktu. Secara model
matematik, Bennabi memformulasikan peradaban sebagai “manusia + tanah + waktu”. Ketiga-tiga faktor ini merupakan modal awal setiap masyarakat untuk memasuki proses peradaban. Untuk memungkinkan unculnya peradaban, ketiga-tiga modal dasar tadi harus diintegrasikan sedemikian rupa sehingga memunculkan perubahan. Faktor pengintegrasian ini bagi proses peradaban itu adalah pemikiran keagamaan. Ini adalah
syarat yang amat perlu. Dari definisi peradaban di atas, pemahaman peradaban sangat berkait dengan pemahaman kita mengenai masyarakat. Peradaban merupakan pencapaian dari masyarakat. Pada sudut pandangan lain untuk memahami peradaban juga penting untuk memiliki kesadaran terhadap faktor waktu. Peradaban merupakan fenomena sejarah. Oleh sebab itu Bennabi memberikan perhatian yang besar pada usaha untuk memahami masyarakat dan kaedah yang mengatur kesejarahannya.

rosila saleh berkata...

budaya bermaksud cara hidup manusia. Budaya merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dala, sesuatu kelompok. Perkataan ‘budaya’ berasal daripada dua perkataan iaiti ‘budi’ dan ‘daya’. Perkataan ‘budi’ berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud kecerdasan akal dan fikiran. Perkataan ‘daya’ pula adalah perkataan jati Melayu Polinesia yang membawa maksud kekuatan tenaga, masa dan pengaruh. Jika dicantum dua perkataan tersebut membawa maksud tenaga yang menentukan pola kelakuan manusia. Seterusnya, ‘budaya’ menurut persepsi Barat pula ialah sesuatu masyarakat yang berbudaya adalah masyarakat bertamadun yang berunsurkan material. Kesimpulannya, konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Istilah ‘tamadun’ pula membawa maksud kehidupan kota yang memiliki gambaran, kefahaman, asas dan nilai yang tinggi dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada daripada segi rohani, pemikiran dan kebendaan. Peradaban pula barkait rapat dengan sesuatu masyarakat. Prof. Syed Muhammad Naguib al-Attas menyatakan ‘peradaban’ adalah keadaan kehidupan insan yang bermasyarakat yang mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. Peradaban juga didefinisikan sebagai tamadun, keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani serta rohani. Secara keseluruhannya, ketiga-tiga konsep tersebut iaitu budaya, tamadun dan peradaban adalah sangat berkait rapat.

rosliza abd. razak berkata...

Bincangkan konsep budaya, ketamadunan dan peradaban

Budaya berasal daripada gabungan dua kata iaitu ‘budi’ dan ‘daya’. Budi berasal daripada bahasa Sanskrit bermakna sebagai kecerdasan fizikal dan akal. Daya pula merupakan perkataan Melayu Polisenia jati yang membawa maksud kekuatan tenaga atau perbuatan, dan juga pengaruh. Oleh sebab itu, budaya sebenarnya bermaksud tenaga fikiran yang menentukan perlakuan manusia. Barat mengatakan bahawa sekiranya sesuatu bangsa itu berbudaya, maka bangsa itu secara automatiknya adalah bertamadun. Tetapi bagi masyarakat Melayu adalah sebaliknya. Budaya yang diamalkan oleh orang Barat adalah bersifat material semata-mata. Berbeza dengan orang Melayu yang lebih menitik beratkan semangat spiritual. Dengan adanya budaya spiritual inilah yang membezakan nilai jati diri orang Melayu lebih tinggi daripada orang Barat. Orang Melayu juga berpegang pada prinsip faham ilmu, faham diri, faham alam dan juga faham nilai Islam.
Perkataan ketamadunan pula berasal daripada perkataan Arab yang bererti kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku. Ringkasnya, istilah “tamadun” boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik, halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah masyarakat atau negara bangsa yang akhirnya membentuk suatu budaya.
Peradaban pula merujuk kepada perihal tingkah laku dan tatasusila. Perkara ini termasuklah bagaimana kita menjaga amalan, tradisi dan adab serta perilaku yang penuh dengan nilai-nilai ketimuran. Peradaban inilah yang sebenarnya menentukan sama ada sesebuah masyarakat itu adalah bertamadun ataupun tidak. Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa unsur budaya, tamadun dan peradaban merupakan aspek yang sangat penting dalam usaha membentuk entiti masyarakat yang mempunyai nilai-nilai moral masyarakat yang disanjung tinggi.

wan khalijah binti wan mohamed berkata...

Budaya terhasil daripada dua perkataan, iaitu 'budhi' dan 'daya'. Istilah 'budhi' berasal daripada bahasa Sanskrit, yang bermaksud kecerdasan fikiran dan akal. Istilah 'daya' pula merupakan perkataan jati Melayu Polinesia yang membawa maksud kekuatan kuasa, tenaga, dan pengaruh. Oleh sebab itu, perkataan-perkataan ini apabila digabungkan akan menjadi perkataan 'budaya', yang membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani, atau kuasa yang menggerakkan jiwa dan menentukan pola kelakuan manusia. Istilah 'budaya' juga membawa maksud tamadun dan peradaban. Oleh hal yang demikian, masyarakat Barat menganggap bahawa 'budaya' itu bertamadun. Seandainya masyarakat itu mengamalkan budaya, bermakna mereka itu merupakan masyarakat yang materialistik. Bagi mereka, budaya yang bertamadun mencerminkan kebebasan dan kepentingan serta kemajuan daripada segi material atau objek semata-mata. Keadaan ini sangat berbeza dengan budaya Timur kita yang sangat mementingkan hal-hal spiritual dan nilai-nilai moral. Bagi masyarakat Barat, tanda bagi orang yang berjaya adalah orang itu mampu bergerak dengan pantas. Oleh sebab itulah mereka sentiasa berlumba-lumba untuk mencipta nama dan berjaya. Istilah 'tamadun' pula berasal daripada perkataan Arab 'mudun', kata terbitannya 'tamaddana' dan 'madinah' yang membawa maksud kehidupan di bandar yang dikaitkan dengan corak kehidupan yang maju dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Oleh itu, istilah 'tamadun' pula bermaksud keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran iaitu dari segi politik, sosial, ekonomi dan budaya. Lazimnya, masyarakat yang bertamadun dikatakan mempunyai tamadun yang tinggi. Istilah 'peradaban' pula berasal daripada kata dasar 'adaba' yang bererti tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh setiap anggota sesebuah masyarakat. 'peradaban' juga menunjukkan keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat. Kesimpulannya, istilah 'budaya', 'tamadun' dan 'peradaban' ini mempunyai hubungan yang sangat erat. Semua budaya dicipta oleh tamadun, tetapi bukan semua budaya itu bartamadun dan baik untuk semua ahli masyarakat.

nasrul berkata...

Budaya atau kebudayaan (berasal dari bahasa Sanskrit yaitu “buddhayah” yang merupakan bentuk jamak dari “buddhi” (budi atau akal) diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal. Dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut culture, yang berasal dari kata Latin Colere, iaitu mengolah atau mengerjakan. Kata culture juga kadang diterjemahkan sebagai "kultur" dalam bahasa Indonesia. Dari berbagai definisi tersebut, dapat diperoleh pengertian mengenai kebudayaan yaitu sistem pengetahuan yang meliputi sistem ide atau gagasan yang terdapat dalam pikiran manusia, sehingga dalam kehidupan sehari-hari, kebudayaan itu bersifat abstrak.Menurut persepsi barat, budaya berkait rapat dengan ketamadunan. Bagi mereka, budaya yang bertamadun mencerminkan kebebasan dan kepentingan serta kemajuan dari segi material atau objek semata-mata. Berlainan pula dengan budaya timur kita yang sangat menitikberatkan spiritual dan nilai-nilai moral. Istilah 'tamadun' pula berasal daripada perkataan Arab 'mudun', kata terbitannya 'tamaddana' dan madinah yang membawa maksud kehidupan di bandar yang dikaitkan dengan corak hidup yang maju dan dilengkapi pelbagai kemudahan. secara umumnya, tamadun membawa erti masyarakat manusia yang telah berjaya keluar daripada kehidupan yang mundur (nomad) dan telah mencapai kemajuan dalam berbagai-bagai aspek kehidupan. Istilah tamadun sering kali disamaertikan dengan istilah peradaban. Peradaban berasal daripada kata dasar 'adaba' yang bererti tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat.

siti aishah md isa berkata...

Perkataan budaya berasal daripada gabungan kata 'budi dan 'daya'.Perkataan 'budi' merupakan kata yang berasal daripada bahasa Sanskrit yang membawa maksud kecerdasan fikiran dan akal. kata 'daya' pula merupakan kata jati Melayu Polenisia yang membawa maksud kekuatan tenaga, kuasa dan pengaruh.jika dilihat secara meluasnya pula, perkataan budaya dapat membawa erti tenaga fikiran yang menentukan pola kelakuan manusia.Manakala, istilah
"tamadun" pula bermaksud keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran iaitu dari segi politik,sosial,ekonomi dan budaya. Menurut pendapat seorang tokoh yang menyertai 'world Conference of Islamic scholars'iaitu Dr. 'Ali Al-Shu'Aibi meyebut tamadun sebenarnya terbentuk daripada pertemuan dan tindak balas antara usaha manusia dan sumber asli alam semula jadi. Keinginan dan idea manusialah yang menangani sumber tersebut atas keperluan-keperluan tertentu yang mendesak untuk menghasilkan sesuatu yang dapat memberi faedah kepadanya. Konsep peradaban pula merujuk kepada keadaan dan tingkat kemajuan terhadap kehidupan jasmani dan rohani. Jika kita lihat kepada cara bagaimana untuk memberi nafas atau membentuk kesinambungan peradaban masyarakat Melayu,Bahasa Melayulah yang menjadi instrumen dan lambang kepada keperkasaan peradaban bangsa itu sendiri. Hal ini jelas terbukti melalui penggunaan bahasa dalam menyampaikan pemikiran sama ada dalam bentuk rakaman sejarah, buku ilmu, kitab agama, penulisan kreatif atau penuturan yang memungkinkan penyebaran ilmu atau pernyataan perasaan yang membuktikan bangsa itu bertamadun tinggi. Maka, jelaslah di sini, ketiga-tiga unsur ini iaitu budaya, ketamadunan dan peradaban sememangnya wujud seiring dan sejalan dalam proses pembentukan sesuatu bangsa.

Siti Khatijah bt. Abdull Rani berkata...

Secara amnya, budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan "budaya" yang bermaksud " budi + daya "; yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. . Perkataan 'budi' merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit yang membawa maksud kecerdasan fikiran dan akal. Perkataan 'daya' pula merupakan kata jati Melayu Polenisia yang membawa maksud kekuatan tenaga, kuasa dan pengaruh. Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain. Budaya mempunyai beberapa ciri iaitu budaya merupakan pengkongsian suatu masyarakat, budaya tidak dapat berpisah dengan bahasa dan budaya diperolehi melalui proses pembelajaran.Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana yang bererti membina suatu bandar atau seseorang/masyarakat yang mempunyai peradaban. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah "culture and civilization" atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Para sarjana telah membahas persamaan dan perbezaan istilah-istilah tersebut. Istilah Tamadun banyak digunakan dalam penulisan Tamadun Islam. Masyarakat yang bertamadun mempunyai beberapa ciri iaitu mempunyai agama yang tinggi, negara yang tersusun rapi, memiliki sistem undang-undang dan mempunyai bentuk-bentuk kesenian dan senibina yang istimewa.Peradaban adalah memiliki berbagai arti dalam kaitannya dengan masyarakat manusia. Seringkali istilah ini digunakan untuk merujuk pada suatu masyarakat "kompleks": masyarakat yang mempraktikkan pertanian intensif; memiliki pembagian kerja; dan kepadatan penduduk yang mencukupi untuk membentuk kota-kota. "Peradaban" dapat juga digunakan dalam konteks luas untuk merujuk pada seluruh atau tingkat pencapaian manusia dan penyebarannya (peradaban manusia atau peradaban global).

Noreaini Mat Nawi berkata...

Secara amnya, budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Istilah perkataan 'budaya' sebenarnya terhasil daripada dua perkataan, iaitu 'budhi' dan 'daya'. 'Budhi' berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud kecerdasan fikiran dan akal. Manakala Istilah 'daya' pula merupakan perkataan jati Melayu Polinesia yang membawa maksud kekuatan kuasa, tenaga, dan pengaruh. Apabila dua perkataan ini digabungkan, ia akan menghasilkan perkataan 'budaya', yang membawa maksud tenaga fikiran,rohani, atau kuasa yang menggerakkan jiwa dan menentukan pola kelakuan manusia. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain. Antara ciri-ciri am budaya ialah budaya merupakan pengkongsian suatu masyarakat, ia tidak dapat berpisah dengan bahasa dan ia diperolehi melalui proses pembelajaran.

. Budaya ini boleh dilihat dari 2 sudut pandangan iaitu pandangan barat dan dari sudut pandangan timur. Dari sudut pandangan barat budaya dilihat melalui material yang dihasilkan. Sesebuah negara yang dikatakan berbudaya apabila mampu membangun dengan hasil sendiri dan boleh dilihat hasilnya. Contohnya melalui penciptaan alatan teknologi yang berinovasi. Namun, jika dilihat pada pandangan orang timur pula, budaya ialah satu bentuk pemikiran yang bertamadun. Keadaan ini tidak semestinya dilihat daripada material sahaja, tetapi juga dilihat berdasarkan cara pemikiran mereka. Pandangan timur sangat menitikberatkan nilai moral sesuatu masyarakat. Tenaga fikiran dan moral yang tinggi akan sentiasa mendekatkan diri dengan alam.
Menurut Christian Pelras dalam bukunya Tamadun Melayu Jilid 2(1993:687), tamadun atau kebudayaan meliputi segala aspek kehidupan manusia dan bermasyarakat , tidak hanya aspek rohani,mental dan sosial tetapi juga jasmani. Tamadun pula didefinisikan sebagai keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan dan perkembangan pemikiran merangkumi aspek sosial, budaya, politik dan sebagainya. Peradaban pula ialah keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani yang merujuk kepada sesuatu bangsa, masyarakat dan sebagainya
Kamus Dewan mendefinisikan peradaban sebagai keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani (sesuatu bangsa, masyarakat dan sebagainya). Peradaban juga dapat diistilahkan sebagai masyarakat yang mempraktikkan pertanian intensif iaitu memiliki pembahagian tugas dan kepadatan penduduk yang mencukupi untuk membentuk kota-kota. Peradaban juga dapat digunakan dalam konteks yang luas untuk merujuk pada seluruh atau tingkat pencapaian manusia dan penyebarannya (peradaban manusia atau peradaban global).

azura bt. ibrahim berkata...

Budaya dapat dibahagikan kepada dua aspek iaitu dari aspek pandangan orang timur dan satu lagi dari aspek pandangan orang barat.Pandangan orang timur,perkataan " budaya" ini membawa maksud suatu tenaga fikiran yang menentukan pola kelakuan manusia. Ini jelas menunjukkan bahawa orang timur lebih mementingkan kelakuan manusia iaitu kesantunan, kesopanan yang telah menjadi salah satu ciri yang tidak dapat dipisahkan dengan orang-orang timur. Pada pandangan orang barat pula, budaya ini mempunyai hubungan yang rapat dengan ketamadunan.Selain itu, pandangan orang barat terhadap perkataan "budaya" juga berbeza dengan orang timur. Bagi mereka,budaya lebih mementingkan material dan menghasilkan sesuatu yang baru. Ini bermakna sesuatu masyarakat itu dikatakan berbudaya jika mereka berjaya menghasilkan sesuatu yang konkrit dan boleh nampak. Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir masyarakat barat yang mengatakan bahawa budaya mempunyai kaitan dengan spiritual seperti yang dikatakan oleh masyarakat timur. Tamadun dan peradaban pula memperjelaskan tentang kemajuan atau pencapaian manusia dalam kehidupan dan bersesuaian dengan takrifan barat yang mana mengukur tahap ketamadunan melalui kemajuan dalam material semata-mata.Peradaban adalah memiliki berbagai erti dalam kaitannya dengan masyarakat manusia. Seringkali istilah ini digunakan untuk merujuk pada suatu masyarakat 'kompleks'iaitu masyarakat yang mempraktikkan pertanian intensif, memiliki pembahagian kerja, dan kepadatan penduduk yang mencukupi untuk membentuk kota-kota. 'Peradaba' dapat juga digunakan dalam konteks luas.

siti suhaila bt. ariffin berkata...

Budaya berasal daripada perkataan budi (Sanskrit) dan daya (jati Melayu Polinesia). Budi bermaksud kecerdasan fikiran dan akal manakala daya pula ialah kekuatan tenaga/ kuasa pengaruh. Hubungan budaya dengan tamadun adalah berkaitanMembicarakan mengenai tamadun, peradaban dan kebudayaan tidak dapat lari dengan subjek asalnya- manusia. Hal ini kerana sesebuah tamadun itu lahir daripada masyarakat yang mempunyai peradaban yang tinggi dan mempunyai kebudayaan sendiri. Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa kewujudan tamadun itu sendiri sangat unik dan tersendiri. Peradaban berasal daripada kata dasar “adaba” yang membawa maksud tingkah laku dan tatasusila yang baik yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat. Tamadun Melayu mempunyai tahap peradaban yang tinggi memandangkan masyarakat Melayu kaya dengan nilai-nilai murni seperti sopan santun, ketinggian akhlak dan berbudi pekerti. Peradaban adalah suatu kesatuan yang kompleks yang mengandungi pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan manusia sebagai anggota sesebuah masyarakat.

Noor Haliza Bt. Md. Saat berkata...

Budaya merupakan keseluruhan cara hidup yang diamalkan secara berterusan oleh warga sesuatu bangsa. Perkataan 'budaya' merupakan gabungan dua perkataan iaitu 'budi' dan 'daya'. Perkataan 'budi' berasal daripada bahasa Sanskrit yang membawa maksud kecerdasan akal dan fikiran. Perkataan 'daya' pula berasal daripada bahasa Melayu Polinesia yang membawa maksud kekuatan, tenaga, kuasa dan pengaruh. Oleh itu, 'budaya' membawa maksud tenaga fikiran yang menentukan pola pelakuan manusia. Budaya juga melambangkan akal budi bangsa.

Menurut pandangan Geertz, kebudayaan ialah kelompok adat kebiasaan, fikiran, kepercayaan dan nilai turun-temurun yang dipakai oleh masyarakat pada waktu tertentu untuk menghadapi dan menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi yang timbul,baik dalam kehidupan individu mahupun dalam kehidupan masyarakat secara kesuluruhannya. E.B Taylor dalam bukunya Primitive Culture menyatakan bahawa kebudayaan merupakan suatu keseluruhan yang amat kompleks, di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, dan tingkah laku yang dimiliki oleh seseorang yang menjadi anggota sesebuah masyarakat. Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa budaya merupakan cara hidup yang diterima pakai oleh sesuatu bangsa berasaskan nilai-nilai yang dibentuk dalam menentukan arah dan matlamat mereka.

Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana yang bererti membina suatu bandar atau seseorang dan masyarakat yang mempunyai peradaban. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah umran, hadarah, madaniyah. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah "culture and civilization" atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Istilah Tamadun banyak digunakan dalam penulisan Tamadun Islam. Ibnu Khaldun merupakan orang pertama yang membuat kajian khusus tentang tamadun pada kurun ke-14 dalam bukunya al-Muqaddimah li Kitab al-'ibar wa Diwan al-Mabtada' wa al-Khabar fi Ayyam al-'Arab wa al-'Ajam wa al-Barbar. Beliau menggunakan perkataan 'umran sebagai merujuk kepada 'tamadun' yang kita fahami sekarang.

Peradaban berasal daripada kata dasar “adaba” yang membawa maksud tingkah laku dan tatasusila yang baik yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat. Peradaban selalu dikaitkan dengan tamadun kerana masyarakat yang mempunyai peradaban yang tinggi dikatakan masyarakat yang bertamadun. Sesungguhnya, budaya, tamadun dan peradaban saling berkait rapat antara satu sama lain. Daripada kebudayaan wujudnya tamadun dan peradaban. Ini kerana, kebudayaan mencerminkan peradaban sesuatu bangsa itu.

Harun Jaafar (2004). Iktisar Kebudayaan dan Prosa Melayu Klasik. Tanjong Malim:Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

SITI NORADINA BAIZURA BT ABU BAKAR berkata...

Terdapat pelbagai konsep untuk menjelaskan pengertian kebudayaan. Konsep budaya dalam buku Kebudayaan dan Lingkungan dikatakan berasal daripada bahasa Sanskrit ‘buddhayah’, iaitu bentuk jamak daripada kata buddhi (budi atau akal), dan adakalanya juga ditafsirkan bahawa kata budaya merupakan perkembangan daripada kata majmuk ‘budi-daya’ yang bererti daya dari bumi, iaitu berupa cipta, karsa dan rasa (Hari Poerwanto: 51). Manakala, menurut Mohd Taib Osman (1988:29), kebudayaan ialah sesuatu yang dinamik iaitu berubah dan tidak statik walaupun perubahan berlaku kadangkala cepat dan kadangkala lambat. E.B Taylor (1871) mendefinisikan budaya sebagai keseluruhan yang kompleks meliputi pengetahuan, kepercayaan, kesenian, hukum, moral, adat dan pelbagai kemampuan serta kebiasaan yang diperoleh manusia sebagai anggota masyarakat. Menurut Harun Jaafar (2004) dalam buku Ikhtisar Kebudayaan dan Prosa Melayu Klasik, budaya ialah cara berfikir dan merasa, serta menyatakan diri dalam seluruh segi kehidupan sekelompok manusia yang membentuk masyarakat, dalam suatu ruang dan suatu waktu. Pernyataan ini telah menjelaskan bahawa masyarakatlah yang mendukung sesuatu kebudayaan itu. Menurut pandangan Geertz, budaya ialah kelompok adat kebiasaan, fikiran, kepercayaan, dan nilai turun-temurun yang dipakai masyarakat pada waktu tertentu untuk menghadapi dan menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi yang mungkin timbul, baik dalam kehidupan individu mahupun dalam kehidupan masyarakat secara keseluruhannya. Selain itu, budaya juga ditakrifkan sebagai satu keseluruhan cara hidup yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat. E.B Taylor dalam bukunya Primitive Culture pula mengatakan bahawa budaya sebagai suatu keseluruhan yang amat kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, akhlak, peraturan, adat resam serta keupayaan dan tingkah laku yang dimiliki oleh seseorang yang menjadi anggota sesebuah masyarakat. Istilah tamadun pula berasal daripada perkataan Arab 'mudun', kata terbitannya 'tamaddana' dan 'madinah' yang membawa maksud kehidupan di bandar yang dikaitkan dengan corak kehidupan yang maju dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Oleh itu, istilah tamadun pula bermaksud keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran iaitu dari segi politik, sosial, ekonomi dan budaya. Peradaban pula berasal daripada kata dasar 'adaba' yang bererti tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat. Peradaban juga merujuk pada suatu masyarakat "kompleks" iaitu masyarakat yang mempraktikkan pertanian intensif; memiliki pembahagian kerja, dan mempunyai kepadatan penduduk yang mencukupi untuk membentuk kota-kota. Jelasnya, peradaban digunakan untuk merujuk pada seluruh atau tingkat pencapaian manusia dan penyebarannya. Secara kesimpulannya, budaya, ketamadunan dan peradaban mempunyai hubungan yang erat di antara satu sama lain.

zuriati salleh D20051021107 berkata...

ZURIATI SALLEH D20051021107
KONSEP BUDAYA, TAMADUN DAN PERADABAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya ingin memberi respon tentang konsep budaya, tamadun dan peradaban.

(1)KONSEP BUDAYA
Menurut Nazri Muslim dan Nasruddin Yunos (2006), Budaya merupakan elemen penting yang bersifat simbolis dan merupakan satu reaksi manusia terhadap penyesuaian hidup dengan alam sekeliling. Budaya boleh dibahagikan kepada dua iaitu budaya material dan budaya bukan material/spiritual.

Budaya juga dikatakan berasal dari perkataan Sanskrit budaya iaitu percantuman dua perkataan budhi dan daya. Perkataan Budhi yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bermaksud kecergasan fikiran dan akal manakala daya ialah perkataan melayu Polynesia bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Oleh hal yang demikian, budaya membawa erti tenaga, fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa (Nik Safiah Haji Abdul Karim, 1963)

Budaya juga didefinisikan sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi meliputi cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga didefinisikan sebagai cara hidup yang diikuti oleh organisasi sosial, ekonomi, politik, agama, kepercayaan, pandangan dan lain-lain.

Menurut Mahayudin Hj Yahya (1998), Kebudayaan ialah suatu nilai hidup yang dijelmakan oleh faktor-faktor daya akal dan daya rasa manusia. Konsep budaya menurut islam pula merupakan satu cara hidup yang lahir dan menjelma daripada keimanan merangkumi segala aspek sosial, politik, ekonomi dan kesenian berlandaskan iman dan takwa.

(2) KONSEP TAMADUN

Menurut Samri Sainuddin dan Ahmad Sohaimi Lazim (2005), Konsep asas tamadun boleh dikategorikan tiga pengertian umum iaitu masyarakat manusia yang telah berjatya keluar daripada kehidupan yang mundur(nomad) dan mencapai kemajuan dalam pelbagai aspek kehidupan, Kedua, peringkat atau tahap-tahap kemajuan yang dicapai oleh manusia pada sesuatu zaman. Pengertan ketiga, kehidupan masyarakat moden yang dipenuhi dengan segala kemudahan hasil penggunaan pelbagai teknologi.

Tamadun merupakan sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan yang tinggi, baik sopan kea rah pembentukanperibadi dan komuniti yang memiliki personaliti , tatasusiila dna budi pekerti terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara bangsa (Chandra Muzafar, Che wan Jasminah Wan Mohd Radzi, Hashim HJ musa dan Mohd Zuhdi Marsuki,2002:3).


(3) KONSEP PERADABAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), Peradaban ditakrifkan sebagai keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa dan masyarakat.

Secara kesimpulannya, budaya, tamadun dan peradaban saling berkait rapat dan saling berhubungan antara satu sama lain.

WAN NURFAZIRAH BT.W.M.FABLILLAH-D20051021208- berkata...

BUDAYA
Budaya nerupakan elemen penting dalam kehidupan. Manusia mempunyai budaya yang membolehkan mereka beinteraksi antara satu sama lain. Budaya bersifat simbolis yang merupakan satu reaksi manusia terhadap penyesuaian hidup dengan alam sekeliling. Berdasarkan pendapat pakar-pakar penyelidik, budaya berasal daripada perkataan sanskrit iaitu percantuman daripada dua perkataan ‘budhi’ dan ‘daya’. Perkataan ‘budhi’ yang dipinjam daripada perkataan sanskrit membawa maksud kecergasan akal dan fikiran manakala ‘daya’ yang dipinjam daripada perkataan Melayu Polynesia beerti ‘kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika kedua-dua perkataan ini dicantumkan, ‘budaya’ akan membawa maksud ‘tenaga, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa’(Nik Safiah Karim,1963).
Kamus Dewan mendefinisikan budaya sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi meliputi cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya. Selain itu, budaya juga dapat didefinisikan sebagai cara hidup, yang diikuti oleh orang yang menjadi anggota kumpulan tertentu dan meliputi anasir sistemsosioal, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, nilai, peralatan budaya atau apa-apa yang dihasilkan oleh mereka sebagai anggota masyarakat ( A.Aziz Deraman, 2001 ).
Dictionary of Philosophy ( 1996 ) memberikan maksud budaya sebagai ‘ The way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, mides of perception and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned but are often too persive to be readily noticed from within’.
Jadi, berdasarkan definisi-definisi yang diberikan, dapat disimpulkan disini bahawa budaya itu daru segi bahasanya membawamakna cara hidup manusia manakala daripada sudut istilah membawa maksud cara hidup orang ramai temasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir serta cara perlakuan manusia yang menggerakkan jiwa.




PERADABAN
Adab dalam kamus dewan membawa maksud tingkah laku serta tutur kata yang halus, kesopanan dan juga boleh dikatakan sebagai cara seseorang berkelakuan dalam situasi tertentu..Peradaban dalam kamus dewan memabawa maksud keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa, masyarakat.

TAMADUN
Tamadun pula boleh ditkakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran, penciptaan yang baik, akhlak yang baik bagi sesuatu kelompok manusia yang membentuk sebuah bangsa atau Negara bangsa.

Kesimpulannya, budaya, peradaban serta tamadun amat berkait rapat antara saru sama lain. Manusia yang bertamadun boleh dikatakan mempunyai budaya dan manusia yang berbudaya adalah manusia yang beradab.

Nurulaiwa Bt Mohd Razali D20051021104 berkata...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..Saya juga ingin berkongsi ilmu tentang konsep budaya, tamadun dan peradaban. Perkataan budaya berasal dari perkataan Sanskrit ‘budaya’ iaitu percantuman dua perkataan ‘budhi’ dan ‘daya’. Perkataan ‘budhi’ (yang dipinjam dari bahasa Sanskrit) bermaksud kecerdasan fikiran dan akal. Manakala, ‘daya’ (yang berasal dari perkataan Melayu Polynesia bermaksud kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Menurut Nik Safiah Karim (1963), perkataan budaya membawa maksud ‘tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa’. Dari sudut bahasa, budaya membawa maksud cara hidup manusia manakala dari sudut istilah, budaya ialah cara hidup masyarakat termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir serta cara perlakuan manusia yang menggerakkan jiwa.
Tamadun pula merupakan satu konsep yang luas dan kompleks. Menurut Edward L.Farmer dalam bukunya Comparative History of Civilization in Asia, tamadun adalah unit budaya yang terbesar dalam organisasi manusia yang terdiri daripada perkongsian norma-norma social, tradisi, dan institusi-institusi yang berterusan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Sementara itu, Arnold J.Toynbee mentakrifkan tamadun sebagai satu peikiran dan gaya kebudayaan yang melahirkan institusi politik, undang-undang, kesenian, kesusasteraan, agama dan akhlak. Kesimpulannya, tamadun merujuk kepada pencapaian sesuatu masyarakat atau negara dalam bidang pengetahuan, pentadbiran, undang-undang, kepercayaan agama, kesenian, perbandaran, sistem tulisan, moral dan adat resam.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula, peradaban merupakan keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa, masyarakat dan sebagainya.

haliza hamat berkata...

Assalamualaikun dan selamat sejahtera. Pada pandangan saya Budaya dapat didefinisikan sebagai cara hidup manusia atau dengan lebih lanjut lagi sebagai proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkataan ‘budaya’ merupakan etimologi daripada perkataan ‘budi dan daya’. ‘Budi’ merangkumi aspek dalaman manusia seperti akal dan nilai manakala ‘daya’ merangkumi aspek usaha dan hasilan. Cantuman dua perkataan ini akan menghasilkan istilah ‘budaya’ yang merupakan penghasilan masyarakat dalam pelbagai bentuk samaada dapat dilihat atau sebaliknya. Daripada budaya akan menghasilkan istilah kebudayaan yang mana dapat dijelaskan sebagai perkongsian suatu masyarakat, tidak dapat dipisahkan dengan bahasa dan diperolehi melalui proses pembelajaran. Budaya adalah hasil ciptaan dan pemikiran manusia yang sesuai dengan rohani dan jasmani untuk kesejahteraan hidup.

Ketamadunan
Ketamadunan sering digambarkan sebagai kemajuan kebendaan (material) dan mempunyai pencapaian yang tinggi dalam Sains dan Teknologi. Sebenarnya perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitu Maddana dan Maddani yang bermaksud pembangunan bandar atau kota dan perbuatan memperhalus budi pekerti bermaksud kehalusan budi pekerti dan akhlak mulia seperti orang kota dan takrif tamadun ialah kajian pemikiran dan kerohanian dan kemampuan manusia memiliki gambaran, kefahaman, asas dan nilai yang mampu memimpin manusia meningkatkan kemajuan manusia merangkumi aspek kehidupan manusia Selain itu, Kamus Dewan pula mendefinisikan tamadun sebagai negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain) serta keadaan pemikiran (budaya dan moral yang halus). Ringkasnya konsep tamadun meliputi tiga perkara iaitu pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi, kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna.


Peradaban pula berasal daripada kata dasar ‘adaba’ yang beerti tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat. Dengan kata lain, peradaban menunjukkan keadaan dan tingkat kemajuan dalam kehidupan sesuatu bangsa atau masyarakat. kesimpulannya, konsep budaya, tamadun dan peradaban saling berkaitan antara satu sama lain. Hal ini kerana, dalam sesebuah masyarakat yang berjaya perlulah seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani selain menitik beratkan faktor kemajuan dan kecanggihan teknologi yang semakin luas penyebarannya kini.


Kesimpulannya, ketiga-tiga konsep mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain. Pandangan masyarakat Barat berbeza dengan masyarakat Timur iaitu tidak mementingkan aspek moral dan rohani. Contohnya, sekiranya masyarakat sesebuah negara tidak bermoral adakah negara tersebut boleh membangun untuk mencapai kemajuan negara? Jawapannya tidak. Oleh itu, untuk mencapai ketamadunan dan peradaban yang tinggi maka budaya yang baik merupakan elemen yang paling asas. Masyarakat yang berbudaya akan menghasilkan ketamadunan negara dan mempunyai peradaban yang tinggi iaitu
Budaya = ketamadunan + peradaban……..
SEKIAN TERIMA KASIH

ruziah osman berkata...

ASSALAMUALAIKUM …….Pada pendapat saya,Budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan "budaya" yang bermaksud " budi + daya ". Perkataan “budi” berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud kecerdasan fizikal dan aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala “daya” sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain. Antara ciri-ciri budaya ialah melibatkan pengkongsian suatu masyarakat, budaya tidak dapat berpisah dengan bahasa dan budaya boleh diperolehi melalui proses pembelajaran.

Ketamadunan berasal daripada kata akar tamadun. Perkataan ‘tamadun’ berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud membuka bandar atau kota (maddana) atau memperhalus budi pekerti. Ketamadunan merupakan pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi. Pengertian ketamadunan dapat dibuktikan melalui kemajuan petempatan di sesebuah kawasan, penyediaan kemudahan yang sempurna dan peningkatan kualiti hidup yang tinggi.

Secara ringkasnya, peradaban merujuk kepada keadaan dan tingkat kemajuan kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat.
Kesimpulannya, saya berpendapat ketiga-tiga konsep penting ini saling bertindan tindih dan saling melengkapi dalam melahirkan sebuah bangsa yang mantap. Jika salah satunya tiada, maka tempanglah bangsa yang kita ingin lahirkan. Namun persoalannya, bagaimanakah rupa bangsa yang ingin kita lahirkan? –kerana bukan semua budaya yang lahir daripada sesebuah tamadun itu baik dan indah. Oleh itu, tepuk dada tanyalah minda ; ).

baya berkata...

Siti Nurbayah Bt Ab.Aziz,D021149

Assalammualaikum...

Dalam setiap masyarakat, terdapat kebudayaan yang diamalkan. Kebudayaan adalah seluruh cara kehidupan masyarakat dan tidak hanya mengenai sebahagian tata cara hidup sahaja yang dianggap lebih tinggi dan lebih diinginkan. Jadi, kebudayaan merujuk pada berbagai aspek kehidupan. Istilah ini meliputi cara-cara berlaku, kepercayaan kepercayaan dan sikap-sikap serta hasil dari kegiatan manusia yang khas untuk suatu masyarakat atau kelompok penduduk tertentu.

Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana yang bererti membina suatu bandar atau seseorang dan masyarakat yang mempunyai peradaban. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah "culture and civilization" atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Melalui pencapaian peradaban inilah kemajuan sesuatu tamadun dapat diukur. Sekiranya kita tidak menekankan budaya dan peradaban sesuatu bangsa, maka runtuhlah tamadun yang ingin dibina. istilah tamadun dapat diertikan juga sebagai keadaan sesuatu masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan dan perkembangan pemikiran iaitu dari segi sosial,politik,ekonomi dan juga budaya. ketamadunan pula dapat ditakrifkan sebagai kemajuan dan pencapaian manusia dalam kehidupan dan ia juga berasal daripada perkataan Arab yang bererti kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku.

peradaban pula dapat merujuk kepada perihal tingkah laku dan tatasusila .ini termasuklah bagaimana kita menjaga amalan, tradisi dan adab serta perilaku dan tingkahlaku yang penuh dengan nilai-nilai ketimuran. Mengikut pandangan barat, pola pemikiran yang membentuk budaya inilah yang akan membentuk tamadun dan peradaban yang dibuktikan dengan material manakala masyarakat timur pula mengatakan sesuatu budaya tidak seharusnya dibuktikan dengan material semata-mata malahan mengambil kira aspek-aspek persekitaran, nilai-nilai moral dan spiritual.secara keseluruhannnya, dapatlah disimpulkan bahawa budaya, ketamadunan dan peradaban saling berkait rapat antara satu sama lain.

ADIBAH BINTI ABDULLAH D20051021111 berkata...

Budaya: tamadun,peradaban, kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan).
Budaya atau culture (dalam Bahasa Inggeris) adalah akal budi manusia yang bersifat batiniah iaitu akal budilah yang mendorong manusia untuk menciptakan sesuatu seperti kesusasteraan, kesenian dan sebagainya dalam rangka mencapai kehidupan manusia yang lebih baik. Jadi, culture yang bermakna kebudayaan adalah memimpin manusia dalam kehidupan di dalam berbagai lapangan. Jadi, boleh dirumuskan di sini bahawa kebudayaan mengandungi makna “perkembangan intelektual”. Haji Agus Salim mendefinisikan “kebudayaan” sebagai persatuan antara (budi) dan (daya) menjadi makna yang sejiwa, tidak lagi dipisahkan. Budi mengandungi makna akal, fikiran, pengertian, faham, pendapat, ikhtiar dan perasaan. Daya pula mengandungi makna tenaga, kekuatan dan kesanggupan. Maka, kebudayaan mengandungi makna kombinasi daripada 2 makna tadi dan membawa pengertian sebagai “himpunan segala usaha dan daya-upaya yang dikerjakan dengan menggunakan hasil pendapat budi, untuk memperbaiki sesuatu dengan tujuan mencapai kesempurnaan”. Manakala, pendapat yang diutarakan oleh Mohd Taib Osman (1988:85), budaya merupakan satu cara hidup, aturan hidup yang tidak dapat dikonsepsikan sebagai satu satu bulatan yang statis, tetapi sebagai satu spiral yang bergerak berterusan dari belakang ke hadapan. Kita boleh ambil bulatan yang statis sebagai keratan budaya keseluruhannya pada satu-satu ketika, tetapi bulatan yang dikerat itu adalah bahagian-bahagian mengikut satu-satu ketika daripada spiral yang sentiasa bergerak ke hadapan. Kebudayaan adalah keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun,peradaban, kemajuan (akal budi).
Ketamadunan adalah suatu istilah yang membincangkan tentang kekuasaan, kehebatan, kemakmuran dan kemajuan sesuatu bangsa dan pemerintahan. Istilah ini merujuk kepada perbahasan tentang sejarah keilmuan, peradaban, kemajuan perindustrian dan pembangunan ekonomi sesebuah negara. Konsep tamadun pula meliputi makna adab/peradaban dan budaya/ kebudayaan dan kebudayaan pula merangkumi aspek-aspek lahiriah, batiniah dan kebendaan. Konsepsi tamadun dalam wacana Ibn Khaldun pula mencakupi ruang lingkup yang agak khusus daripada apa yang diertikan pada hari ini. Tamadun,menurutnya ialah perbandingan antara kehidupan desa dengan kehidupan bandar serta pembentukan dan kejatuhan sesebuah dinasti atau pemerintahan. Tamadun (madaniyyah) juga merujuk keadaan manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain) yang tinggi peradaban. Tamadun juga disifatkan oleh Albert Schweitzer sebagai “curahan kemampuan / keupayaan atas sifat kita sebagai manusia untuk mencapai tahap kesempurnaan jenis/ bangsa manusia dan mencapai kemajuan dalam setiap aspek kemanusiaan dan aspek alam realiti”.
Peradaban berasal daripada kata dasar “adaba”yang bererti tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat. Peradaban (hadharah) ialah keadaan serta tingkat kemajuan dalam kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa, masyarakat dan sebagainya. Peradaban ini menjadikan manusia bijak mencipta dan menghasilkan kemajuan. Menurut A.A.A.Fyzee (1827:7), peradaban (civilization) diertikan kepada 2 konsep iaitu :- 1. proses menjadi berkeadaban 2. suatu masyarakat manusia yang sudah berkembang atau maju. Berdasarkan pengertian ini, suatu peradaban dapat dibuktikan dalam masyarakat yang mempunyai kemajuan dalam setiap aspek kemanusiaan dan aspek alam realiti. Peradaban (kebudayaan) adalah suatu kesatuan yang kompleks yang mengandungi antaranya pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan manusia sebagai anggota sesebuah masyarakat. Pandangan semesta yang mempengaruhi bentuk peradaban atau tamadun sesebuah bangsa itu turut mempengaruhi semua aspek kehidupannya dan dapat membezakan unsur dalaman dan unsur luaran. Clash of civilization terjadi apabila mereka dapat membandingkan perbezaan antara tamadun akibat proses interaksi yang berlaku.

Unknown berkata...

Assalamualaikum dan salam sejahtera En Razali Ayob dan sahabat-sahabat sekalian.
Antara budaya, ketamadunan dan peradaban sememangnya mempunyai pertalian. Istilah 'budaya' terhasil daripada dua perkataan, iaitu 'budhi' dan 'daya'. Istilah 'budhi' berasal daripada bahasa Sanskrit, yang bermaksud kecerdasan fikiran dan akal. Istilah 'daya' pula merupakan perkataan jati Melayu Polinesia yang membawa maksud kekuatan kuasa, tenaga, dan pengaruh. Oleh sebab itu, perkataan-perkataan ini apabila digabungkan akan menjadi perkataan 'budaya', yang membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani, atau kuasa yang menggerakkan jiwa dan menentukan pola kelakuan manusia.


Menurut ensiklopedia Wikipedia, budaya merupakan bentuk jamak perkataan ’budi’. Budi adalah sinonim dengan akal budi atau kebudayaan. Dunia falsafah bahasa Indonesia tidak dianggap sebagai sempurna tanpa memperkatakan mengenai hal ini. Perkataan ini membentuk pelbagai perkataan seperti budayawan, budiman, dan budi daya, yang juga diperkatakan dalam kalangan ahli-ahli falsafah Indonesia, terutamanya mereka yang digelar ahli-ahli falsafah kebudayaan. Ahli-ahli falsafah telah memberikan pelbagai takrif perkataan budi (jamak, budaya) dengan takrif berbeza-beza, sesuai dengan kepentingan masing-masing. Takrif paling tua perkataan ini dijumpai pada satu manuskrip Jawa Kuno abad ke-18, iaitu manuskrip Serat Centhini. Menurut teks, budi adalah suprahuman, entiti spiritual yang menjadi orang tengah di antara Tuhan dan manusia. Ia adalah satu bahan yang semata-mata spiritual, berasal daripada Tuhan. Berikut merupakan petikan teks tersebut:

Wujud tanpa kahanan puniki.Ing dalem kak sajati lantaran. Inggih budi lantarané. Sarupa wujud ing hu. Pan jumeneng Muhammad latip. Mustakik ing Hyang Suksma. Kenyatanipun. Budi wujud ing Hyang Suksma. Inggih budi inggih Hyang kang Mahasuci. Budi tatabonira

Maksudnya:

This being without existence is between the true reality. It has a mediation which is called Budi. Budi is similar to God's being. Budi is also called the spiritual Muhammad. It is a manifestation of the Spirit. Budi is the being of the Spirit and it is the All-Pure. Budi is its peaceful place.
Konsep kebudayaan (atau budi) ini telah diinovasikan oleh ahli-ahli falsafah barat dan juga timur selepas abad ke-19. Antaranya ialah definisi yang diberikan oleh Sutan Takdir Alisjahbana, yang memperkatakan budi atau budaya ini sebagai culture:
Adalah pola kejiwaan yang di dalamnya terkandung dorongan-dorongan hidup yang dasar, inseting (instink), perasaan, dengan pikiran, kemauan dan fantasi yang kita namakan budi. Budi itu adalah dasar segala kehidupan kebudayaan manusia.
Bagi konsep ketamadunan pula, Kamus Dewan memberi maksud perihal tamadun (segala-gala) yang bekaitan dengan tamadun. Hal ini bermaksud ketamadunan merupakan perihal keadaan masyarakat yang dicirikan atau didasarkan paa taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran yang tinggi. Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana yang bererti membina suatu bandar atau seseorang atau masyarakat yang mempunyai peradaban. Perkataan tamadun dapat ditkrifkan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju.
Peradaban pula didefinisikan oleh Kamus Dewan sebagai tamadun, keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani serta rohani (sesuatu bangsa, masyarakat dan sebagainya).
Kesimpulannya, antara konsep budaya, ketamadunan dan peadaban sememangnya mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Ketamadunan dan peradaban dibina melalui sifat-sifat budi atau budaya yang tinggi. Namun begitu, tidak semua budaya mementingkan nilai-nilai material.
Intan Madihah Ismail (D20051021147)

marsyitah salihah D20051021105 berkata...

Takrif atau konsep budaya, tamadun dan peradaban.

Konsep Budaya

Perkataaan budaya merupakan kata pinjaman yang diambil daripada Bahasa Sanskrit yang terdiri daripada dua perkataan iaitu budi dan daya. Percantuman antara dua perkataan ini akhirnya menghasilkan satu perkataan yang mempunyai makna yang tertentu dan sejiwa. Budi mengandungi makna akal, fikiran, pengertian, faham, pendapat, dan ikhtiar manakala daya pula membawa maksud tenaga, kekuatan, dan kesanggupan. Daripada gabungan dua perkataan ini, maka lahirlah satu perkataan budaya yang membawa erti himpunan segala usaha dan daya upaya yang dikerjakan dengan menggunakan hasil pendapat budi, untuk memperbaiki sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kesempurnaan. Selain itu, budaya juga boleh diterjemahkan sebagai akal budi yang bersifat batiniah; iaitu akal budilah yang mendorong manusia untuk mencipta sesuatu kehidupan manusia yang lebih baik. Jadi, budaya bertanggungjawab memimpin manusia dalam kehidupan dan berbagai-bagai bidang lapangan.

Konsep Tamadun
Istilah tamadun yang digunakan di dalam Bahasa Melayu berasal daripada perkataan Bahasa Arab iaitu mudun, kata terbitannya tamaddana yang membawa maksud kehidupan di bandar yang selalu dikaitkan dengan corak hidup yang maju dan dilengkapi pelbagai kemudahan. Selain itu, tamadun yang sama ertinya dengan perkataan Inggeris ”civilization” lahir daripada perkataan Latin ”civitas” yang bermaksud ”city” atau ”bandar”. Bandar jelas dianggap tempat dan petanda kelahiran sesebuah tamadun atau peradaban manusia. Ia sama dengan konsep Ibn Khaldun yang mengaitkan pertumbuhan tamadun musia dengan kehidupan di bandar. Daripada perspektif Timur Islam, perkataan tamadun lahir daripada perkataan akarnya mudun dan madain yang kemudiannya membawa kepada Madinah, yang secara hurafiahnya bermaksud bandar. Kemungkinan juga istilah Barat ”modern” dipinjam daripada perkataan Arab iaitu mudun. Menurut Jurji Zaidan dalam Farikhul Islam dalam konsep tamadun mengikut Islam & Barat ”M. A. J Beg, (1982: 7) mengatakan bahawa pengertian istilah tamadun ialah sekumpulan bibit dari masyarakat yang dicirikan oleh kehidupan kota dan seni bina yang jelas.


Konsep Peradaban

Peradaban berasal daripada kata dasar ”adaba” yang bererti tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat. Menurut Dr. Ismail Hamid (1983) dan Muhammad Uthman El-Muhammadi (1976), peradaban bermaksud satu pencapaian dalam semua aspek pemikiran, moral, sosial dan kebendaan dalam sesuatu masyarakat. Ringkasnya, peradaban merupakan pengolahan akal budi dalam bentuk lahiriah sahaja seperti kemajuan dalam perkembangan sosial. Penulis sejarah peradaban pula mendefinisikan peradaban sebagai sistem soaial yang membantu manusia untuk meningkatkan produktivitinya dalam bidang kebudayaan. Peradaban terbentuk daripada 4 unsur pokok iaitu sumber ekonomi, politik, tradisi moral, dan khazanah ilmu dan seni. Peradaban juga boleh dikatakan sebagai rantai yang bersambungan yang dipindahkan dari satu generasi kepada generasi yang lain.

Rujukan:
Ismail Hussein, Wan Hashim Wan Teh dan Ghazali Shafie, (1997). Tamadun Melayu Menyonsong Abad Ke-21. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Liki Hamid ,(2002). Pengajian Tamadun Islam. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Samri Sainuddin & Ahmad Sohaimi Lazim , (2003). Pengantar Ilmu Ketamadunan dan Tamadun Melayu. Tanjong Malim: Malim Teguh Trading.

Nurul Haslina Sabli D20051021192 berkata...

Budaya, ketamadunan dan peradaban merupakan tiga elemen yang berkait rapat antara satu sama lain. Secara amnya, budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia dan merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan "budaya" yang bermaksud " budi + daya ", iaitu budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Oleh itu, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain. Ciri-ciri yang dapat dikriteriakan sebagai budaya ialah budaya merupakan pengkongsian suatu masyarakat,budaya tidak dapat berpisah dengan bahasa serta budaya diperolehi melalui proses pembelajaran. Misalnya, muzik Malaysia merangkumi muzik tradisional dan kontemporari yang dimainkan oleh rakyat Malaysia. Muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh budaya Cina, Islam, India dan Indonesia. Kebanyakan alat muzik terdiri daripada gendang, seruling, gong dan sebagainya. Negara ini mempunyai tradisi yang kuat dalam tarian, sesetengahnya berasal daripada Thai, India, dan Portugis. Selain itu, terdapat juga wayang kulit, silat, dan barangan kraf seperti batik, sulaman, dan barangan perak dan tembaga.

Perkataan ketamadunan pula berasal daripada perkataan Arab yang bererti kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku. Perkataan ini berpunca daripada kata kerja “maddana” yang bererti memperhalus budi bahasa dan memperelok tingkah laku. Juga membawa erti membuka bandar. Terbit pula perkataan “madinah” yang bermaksud bandar dan juga “madani” iaitu orang yang berkelakuan seperti orang bandar yang bersifat halus dalam budi bahasa dan beradab sopan dalam tingkah laku. Kesimpulannya, istilah “tamadun” boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik, halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah masyarakat atau negara bangsa. Ringkasnya, tamadun boleh dilihat sebagai pencapaian satu bentuk budaya tinggi.

Peradaban berasal daripada kata dasar 'adaba' yang bererti tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat. Dengan kata lain, peradaban menunjukkan keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat. "Peradaban" melambangkan kemajuan kehidupan jasmani dan rohani sesebuah masyarakat. Huntington mendefinisikan peradaban (civilization) sebagai the highest social grouping of people and the broadest level of cultural identity people have short of that which distinguish humans from other species, dan Ibnu Khaldun melihat peradaban (umran) sebagai organisasi sosial manusia, lanjutan dari proses tamadun iaitu urbanisasi, isu assabiyah (group feeling, esprit de corp). Oleh itu, peradaban adalah keseluruhan produk fikiran kelompok manusia yang mengatasi negara, ras, suku, atau agama, yang berlangsung cukup lama, yang membezakannya dari yang lain.

Secara kesimpulannya, budaya, tamadun dan ketamadunan merupakan tiga elemen yang berkait rapat dalam membentuk sebuah masyarakat yang seimbang berlandaskan kesesuaian peredaran semasa selagi tidak tersasar daripada norma-norma kehidupan manusia. Walau bagaimanapun,aspek seumpama ini tidak lagi diambil kira oleh segelintir masyarakat di dunia kerana budaya materialistik telah menguasai segalanya.

noor azreen binti abdul latif, d20051021201 berkata...

Perkataan "budaya" berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu percantuman dua perkataan 'budhi' dan 'daya'. Perkataan 'budhi' dipinjam daripada bahasa Sanskrit yang membawa maksud kecerdasan fikiran dan akal manakala 'daya' (perkataan Melayu Polinesia) pula bermakna kekuatan tenaga, kuasa, dan pengaruh. Secara keseluruhannya 'budaya' bermaksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa dan menentukan pola kelakuan manusia. Menurut masyarakat barat, budaya berkait rapat dengan ketamadunan. “Kebudayaan adalah seluruh cara kehidupan dari masyarakat dan tidak hanya mengenai sebagian tata cara hidup saja yang dianggap lebih tinggi dan lebih diinginkan”. Jadi, kebudayaan menunjuk pada berbagai aspek kehidupan. Istilah ini meliputi cara-cara berlaku, kepercayaan-kepercayaan dan sikap-sikap, dan juga hasil dari kegiatan manusia yang khas untuk suatu masyarakat atau kelompok penduduk tertentu. Seperti semua konsep-konsep ilmiah, konsep kebudayaan berhubungan Dalam setiap masyarakat, oleh para anggotanya dikembangkan sejumlah pola-pola budaya yang ideal dan pola-pola ini cenderung diperkuat dengan adanya pembatasan-pembatasan kebudayaan. Pola-pola kebudayaan yang ideal itu memuat hal-hal yang oleh sebagian besar dari masyarakat tersebut diakui sebagai kewajiban yang harus dilakukan dalam keadaan-keadaan
tertentu. Pola-pola inilah yang sering disebut dengan norma-norma, Walaupun kita semua tahu bahwa tidak semua orang dalam kebudayaannya selalu berbuat seperti apa yang telah mereka praktikkan bersama sebagai hal yang ideal tersebut. Sebab bila para warga masyarakat selalu mematuhi dan mengikuti norma-norma yang ada pada masyarakatnya maka tidak akan ada apa yang disebut dengan pembatasan-pembatasan kebudayaan. Sebahagian dari pola-pola yang ideal tersebut dalam kenyataannya berbeza dengan perilaku sebenarnya kerana pola-pola tersebut telah dikesampingkan oleh cara-cara yang dibiasakan oleh masyarakat. Sementara itu kosep tamadun pula sering dikaitkan dengan kemajuan kebendaan dan pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi dalam perspektif semasa. Rumusannya konsep tamadunan lebih kepada pencapaian tatasusila moral yang tinggi, kemajuan tempatan, kemudahan yang sempurna dan sebagainya. Konsep peradadan pula bermaksud keadaan atau tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesebuah masyarakat. Justeru konsep budaya, ketamadunan dan peradaban adalah saling berkait antara satu sama lain dalam membentuk sesebuah masyarakat.

nik zuraihan bt nik hasaan D021108 berkata...

Menurut A. Aziz Deraman dalam Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, budaya ialah apa yang kita fikirkan, kita buat dan kita miliki dalam kehidupan merangkumi semua bidang kehidupan sama ada pengetahuan, kepercayaan, kesenian, undang-undang, moral, adat istiadat mahupun apa jua cara hidup yang merupakan penglahiran daripada apa yang kita warisi daripada masyarakat. Salah satu daripada unsur budaya adalah bahasa. Bahasa merupakan pendukung kebudayaan yang dicipta oleh masyarakatnya. Contohnya, apa jua hasil ciptaan manusia sama ada berbentuk material seperti tempat tinggal, alat memasak, kain baju, dan alat pertukangan atau yang berupa pemikiran seperti undang-undang, muzik dan tarian memerlukan bahasa untuk mengungkapkannya.Semua ini memerlukan bahasa untuk mengembang dan melindungi hasil budaya sesuatu masyarakat.
Menurut Edward B Tayler, kebudayaan merupakan satu keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adapt resamdan lain-lain kebolehan seta kebiasaan yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat.
Secara umumnya, masyarakat memahami istilah tamadun dengan beberapa pengertian seperti masyarakat manusia yang telah berjaya keluar daripada kehidupan yang mundur dan mencapai kemajuan dalam aspek kehidupan. Ia juga merujuk kepada peringkat atau tahap kemajuan yang dicapai oleh manusia pada sesuatu zaman. Malah ia juga merujuk kepada kehidupan hasil penggunaan belbagai alat teknologi. Tamadun mulai wujud apabila masyarakat yang berpindah-randah tinggal dan kekal menetap disesuatu tempat dan menjalankan kegiatan ekonomi seperti pertanian, penternakan dan nelayan.
Secara umumnya,terdapat persefahaman antara pelbagai bangsa dan agama bahawa tamadun adalah merupakan pencapaian dan kemajuan dalam pelbagai bidang masyarakat. Sungguhpun begitu, terdapat kecenderungan dalam sesebuah bangsa yang mendakwa hanya mereka yang bertamdun tinggi seperti China pada satu ketika dahulu yang menggelarkan mereka sebagai Middle Kingdom sedangkan bangsa lain adalah orang liar. Walaubagaimanapun, definisi ini banyak dipengaruhi oleh pandangan semesta sesuatu masyarakat. Pandangan ini terhasil daripada latar belakang dan pengalaman agama,politik dan kemasyarakatan yang berbeza antara satu sama lain.
Istilah tamadun dan peradaban mrupakan istilah yang sama merujuk kepada tingkat pencapaian manusia dalam kehidupan mereka

Laurina anak Maung D20051021181 berkata...

Selamat sejahtera.
Perkataan 'budaya' berasal daripada bahasa Sanskrit. Perkataan 'budhi' membawa maksud kecerdasan fikiran dan akal. Perkataan 'daya' pula berasal daripada perkataan jati rumpun Melayu (Polinesia) yang bermaksud kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Apabila perkataan tersebut dicantumkan, maka budaya bermaksud tenaga fikiran yang menentukan pola kelakuan manusia. Masyarakat yang mempunyai tenaga fikiran yang tinggi boleh diperkatakan mempunyai budaya yang tinggi. Secara amnya, budaya melambangkan budi budaya kita. Budaya mencerminkan identiti masyarakat dan negara kita. Budaya boleh kita fahamkan seperti budaya makanan, tempat tinggal, kepercayaan, pakaian dan sebagainya yang memperlihatkan cara hidup sesebuah masyarakat. Konsep budaya dapat diteliti dalam dua aspek yang berlainan, iaitu daripada aspek Timur dan Barat. Menurut pandangan orang Timur, perkataan 'budaya' ini membawa maksud tenaga fikiran yang menentukan pola kelakuan manusia. Ini jelas terpamer apabila masyarakat Malaysia sememangnya amat kaya dengan budi bahasa , tinggi budi pekerti, sopan santun dan ramah mesra. Masyarakat Timur mengamalkan nilai-nilai ketimuran, dan slogan 'Budi bahasa budaya kita' terpahat dalam hati masyarakatnya, terutama masyarakat Malaysia. Namun, masyarakat Barat mengatakan bahawa orang yang berbudaya ialah orang yang bertamadun. Masyarakat Barat yang bertamadun amat mementingkan material dan mengejar keseronokan hidup berbanding mengamalkan budaya yang baik. Jadi, jelaslah di sini terdapat perbezaan budaya Timur dan Barat.


Tamadun pula berasal daripada istilah Arab iaitu 'mudun', kata terbitannya 'tamaddana' dan madinah yang membawa maksud kehidupan di bandar yang dilihat melalui corak hidup yang maju dan dilengkapi pelbagai kemudahan. Tamadun membawa maksud masyarakat manusia yang berjaya keluar daripada kehidupan yang mundur tetapi telah mencapai kemajuan alam pelbagai aspek kehidupan. Dalam bahasa Inggeris, tamadun ialah 'culture and civilization' atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Bagi Barat, mereka lebih menekankan kemajuan dalam aspek kebendaan dan ekonomi sebagaimana yang mereka kecapi pada masa kini. Masyarakat Timur, khususnya negara kita pula lebih menekankan kepada keseimbangan dalam kemajuan kehidupan. Oleh itu, istilah 'tamadun' dapatlah ditakrifkan sebagai suatu keadaan yang mana masyarakat manusia telah keluar daripada kemunduran dan mencapai kemajuan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.


Peradaban berasal daripada kata dasar 'adaba' yang bermaksud tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat. Peradaban melambangkan kemajuan kehidupan jasmani dan rohani sesebuah masyarakat. Kesimpulannya, ketiga-tiga konsep ini saling berkait rapat antara satu sama lain. Oleh itu, sesebuah masyarakat itu perlu berusaha mengekalkan budaya, tamadun dan peradaban sendiri supaya tidak terpengaruh dengan budaya masyarakat orang lain. Setiap masyarakat mempunyai lambang identitinya yang tersendiri dan haruslah dipertahankan dan dipelihara agar generasi muda tahu dan terus mengamalkannya dengan baik.

MOHD SUFIAN BIN ISMAIL berkata...

Budaya adalah salah satu daripada ciri-ciri untuk kita mengenali sesebuah kaum. Setiap budaya mempunyai keunikannya yang tersendiri. Perkataan budaya sebenarnya berasal daripada dua perkataan iaitu “budhi” yang bermaksud kecerdasan fikiran dan akal. Istilah “daya” pula membawa maksud kuasa, tenaga dan pengaruh. Cantuman daripada kedua-dua perkataan ini menerbitkan satu maksud tahap berfikir sesuatu kaum yang mempengaruhi sesebuah bangsa. Dalam erti kata lain, budaya ialah satu tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa dan yang menentukan pola kelakuan manusia. Namun demikian, terdapat perbezaan pendapat dalam manghuraikan konsep budaya itu sendiri dalam masyarakat timur dan barat. Masyarakat timur meletakkan kepentingan spiritual dan nilai-nilai moral yang tinggi dalam menentukan tahap sesebuah budaya itu. Berbeza dengan masyarakat barat yang lebih mementingkan aspek material dan objek semata-mata.
Istilah tamadun pula berasal daripada perkataan arab iaitu “mudun” yang membawa maksud kehidupan di bandar yang dikaitkan dengan corak hidup yang maju dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Tamadun dalam erti kata yang mudah memberi makna satu masyarakat yang telah berjaya hidup dalam satu kehidupan yang maju dalam pelbagai aspek kehidupan.
Istilah peradaban pula membawa maksud tingkat kemajuan kehidupan jasmani dan rohani dalam sesebuah masyarakat. Ia dapat dikaitkan dengan erti tingkah laku yang yang bauk dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat itu.
Kesimpulannya daripada maksud istilah budaya, tamadun dan peradaban, dapat kita jelaskan bahawa ketiga-tiga istilah ini wujud dalam keadaan yang berbeza. Walaupun pada kasarnya melihatkan persamaan, namun hakikatnya dapat kita lihat bahawa setiap negara yang berbudaya tidak semestinya bertamadun, dan setiap negara yang bertamadun tidak semestinya berperadaban.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

(D20051021132)
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Merungkai konsep budaya, tamadun, dan peradaban pada masa kini memerlukan penelitian dan pemikiran yang tinggi. Hal ini kerana, perkembangan pelbagai bidang ilmu menjadikan konsep sesuatu perkara semakin kompleks memandangkan tinjauan perlu diamati daripada pelbagai perspektif. Pada asasnya, kata budaya atau kebudayaan berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu “buddhayah” yang merupakan jamak daripada perkataan “buddhi” bermaksud bermaksud hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal. Dalam bahasa Inggris, kebudayaan disebut culture, yang berasal dari kata Latin Colere, yang bermaksud mengolah atau mengerjakan. Hasil kajian Alfred Krober dan Clyde Kluckhohn yang dilaksanakan pada tahun 1952, seperti tertulis dalam buku “Culture: A Critical Review of Concepts and Definitions”, menunjukkan lebih daripada dua ratus definisi mengenai budaya. Variasi definisi-definisi tersebut berdasarkan beberapa pendekatan iaitu pendekatan Geografi dan Geopolitik, pendekatan Bahasa dan Agama, pendekatan Ilmu Pengetahuan dan Teknologi, pendekatan Arkeologi, serta pendekatan Antropologi. Daripada penjelasan Bacharuddin Jusuf Habibie yang meneliti konsep budaya, maka dapat disimpulkan budaya sebagai suatu keadaan akibat perilaku manusia yang secara perorangan atau kelompok, bermasyarakat dan bernegara yang dapat mempengaruhi kehidupan yang damai dan tenteram, sejahtera dalam erti bahawa semua dapat hidup sihat di atas garis kemiskinan, tidak membezakan suku, etnik, ras dan jantina, tidak mencemari dan merosak lingkungan, tidak meracuni sumber daya alam terbaharukan dan tidak terbaharukan, yang secara demokrasi menjunjung tinggi hak dan kewajiban asasi manusia, memberi kebebasan untuk beragama, kebebasan mengeluarkan pendapat dan kebebasan dapat menikmati pendidikan sesuai bakat dan keinginannya. Tamadun pula berasal daripada bahasa arab “hadharah”. Daripada segi bahasa, maksud kata ini berlawanan dengan perkataan “badawah” (kepedalaman/kebadwian) iaitu daripada segi maksud yang identik serta ciri-ciri yang terdapat padanya (Muhamad Said Ramadan Al-Buti : 2005). Pengertian ini semakin luas skopnya apabila sesebuah komuniti masyarakat semakin jauh daripada corak hidup kepedalaman dan ciri-cirinya serta apabila mereka mula terbabit dengan gaya hidup masyarakat maju dan bertindak balas dengan kesan dan natijahnya. Peradaban pula adalah hasil daripada penguasaan, pengendalian dan pengembangan ilmu pengetahuan dan teknologi yang bersinergi positif dengan budaya. Hanya dengan memanfaatkan ilmu pengetahuan dan teknologi yang dipilih berdasarkan kiteria yang rasional, objektif dan transperan sahaja akan dapat menghasilkan sinergi positif dengan budaya yang menguntungkan peradaban. Peradaban mencerminkan tingkat kualiti kehidupan masyarakat sebagai hasil pembangunan yang menerapkan ilmu pengetahuan dan teknologi. Sekian, salam mufarrakah.

ina cdk....*_* berkata...

Budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkataan “budi” berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud kecerdasan fizikal dan aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala “daya” sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha
Ketamadunan pula sering digambarkan sebagai kemajuan kebendaan (material) dan mempunyai pencapaian yang tinggi dalam Sains dan Teknologi. Sebenarnya perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitu Maddana dan Maddani yang bermaksud pembangunan bandar atau kota dan perbuatan memperhalus budi pekerti.
Menurut pandangan masyarakat Barat, sesuatu masyarakat dikatakan bertamadun adalah masyarakat yang mencapai kemajuan dari segi fizikal dan sosial sahaja. Masyarakat Barat hanya mementingkan material atau objek yang konkrit sahaja. Pandangan masyarakat Timur amat bertentangan dengan pandangan masyarakat Timur iaitu tidak hanya mengukur dari segi fizikal dan sosial sahaja tetapi juga merangkumi aspek moral dan rohani.
Peradaban didefinisikan sebagai tamadun, keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani serta rohani (sesuatu bangsa, masyarakat dan sebagainya)(Kamus Dewan: 2005). Peradaban pula berasal dari kata dasar “adaba” yang bererti tingkah laku / bertatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat.

Berdasarkan definisi-definisi konsep di atas dapatlah disimpulkan, ketiga-tiganya iaitu budaya, ketamadunan dan peradaban mempunyai hubungan yang erat di antara satu sama lain. Ketiga-tiga konsep di atas tidak wajar dipisahkan walaupun manusia kini leka mengejar kemodenan dan arus kemajuan yang tiada sempadan. Budaya yang merangkumi seluruh gaya hidup manusia wajar berdiri sebagai budaya yang positif untuk diikuti oleh masyarakat kini.

SITI HASIAH D021109 berkata...

Perkataan ‘budaya’ sering dikaitkan dengan kehidupan masyarakat tidak kira sama ada masyarakat Melayu, Cina, India mahupun kaum peribumi. Namun apakah maksud sebenar perkatan ini? ‘Budaya’berasal daripada gabungan dua perkatan iaitu ‘budhi’ dan ‘daya’. Perkatan ‘budhi’ berasal daripada bahasa Sanskrit yang membawa maksud kecergasan akal dan fikiran, manakala perkataan ‘daya’ pula berasal daripada Bahasa Melayu Polinesia yang bermaksud kekuatan tenaga, perbuatan, kuasa dan pengaruh. Hasil gabungan kedua-dua perkataan ini secara kesimpulannya membawa maksud tenaga fikiran yang menentukan pola kelakuan manusia. Selain itu, budaya juga merujuk kepada segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Budaya melambangkan akal budi sesebuah bangsa. Istilah 'budaya' juga membawa maksud tamadun dan peradaban. Oleh hal yang demikian, masyarakat Barat menganggap bahawa 'budaya' itu bertamadun. Seandainya masyarakat itu mengamalkan budaya, bermakna mereka itu merupakan masyarakat yang materialistik. Bagi mereka, budaya yang bertamadun mencerminkan kebebasan dan kepentingan serta kemajuan daripada segi material atau objek semata-mata. Keadaan ini sangat berbeza dengan budaya Timur yang sangat mementingkan hal-hal spiritual dan nilai-nilai moral. Budaya dan tamadun berkait rapat antara satu sama lain. Kedua-dua elemen ini berkait rapat dengan apa yang kita percaya. Oleh itu, apabila sesebuah masyarakat mempunyai budaya maka ia akan dianggap sebagai masyarakat bertamadun. Secara ringkasnya budaya merangkumi keseluruhan cara hidup manusia iaitu kepercayaan, adat, nilai dan budi. Istilah 'tamadun' pula berasal daripada perkataan Arab 'mudun', kata terbitannya 'tamaddana' dan 'madinah' yang membawa maksud kehidupan di bandar yang dikaitkan dengan corak kehidupan yang maju dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Oleh itu, istilah 'tamadun' juga bermaksud keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran iaitu dari segi politik, sosial, ekonomi dan budaya. Pada lazimnya, masyarakat yang bertamadun dikatakan mempunyai tamadun yang tinggi. ‘Peradaban’ pula berasal daripada kata dasar 'adaba' yang bererti tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat. Dengan kata lain, peradaban menunjukkan keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat. Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa budaya, tamadun dan peradaban saling berkait rapat dan memerlukan antara satu sama lain. Daripada budaya lahirnya masyarakat bertamadun dan daripada tamadun akan wujudnya peradaban bangsa yang unggul dan terbilang.

Fairuz bt Mohd Noor berkata...

Assalamualaikum dan salam muhibah..Budaya melambangkan akal budi bangsa. Ungkapan inilah yang ingin kita terapkan pada generasi masyarakat. Secara umumnya budaya merupakan corak hidup sesuatu masyarakat. Corak hidup ini berkaitan dengan bertamadun atau tidaknya sesuatu masyarakat. Maksud asal perkataan budaya ialah daripada istilah bahasa Sanskrit iaitu ‘budhi’ dan perkataan ‘daya’ daripada Melayu Polinesia. ‘Budhi’ bermaksud ‘kecerdasan fikiran dan akal’, manakala ‘daya’ pula bermaksud ‘kekuatan tenaga’. Dapat dijelaskan di sini bahawa sesuatu budaya itu melambangkan akal budi bangsa. Ketinggian akal budi ini biasanya diterjemahkan dalam bentuk karya contohnya dalam bentuk pantun, puisi dan sebagainya. Terdapat beberapa budaya yang dikenal pasti iaitu sama ada budaya bukan material atau ‘spiritual’ atau budaya material. Pada masa kini, masyarakat suka mengamalkan budaya yang berbentuk material. Masyarakat Barat menganggap bahawa apabila berbudaya, seseorang itu dapat dianggap sebagai bertamadun. Biasanya, masyarakat Barat ini, mementingkan material seperti harta benda dan kemewahan. Lihat sahaja artis-artis mereka. Artis mereka disanjung tinggi oleh masyarakat kerana kemewahannya. Jika diukur daripada segi corak hidup, mereka langsung tidak bertamadun pada mata masyarakat. Budaya bukan material pula pernah wujud pada kebanyakkan masyarakat orang asli. Contohnya, di Amazon. Mereka mengamalkan budaya ‘spiritual’ dan menggunakan kuasa makhluk halus dalam kehidupan mereka. Masyarakat Melayu zaman dahulu juga mengamalkan budaya bukan material. Pada zaman itu, nilai kerjasama, bertanggungjawab dan sebagainya diterapkan dalam diri mereka. Pada waktu terluang mereka bersepakat bergotong-royong dan beriadah bersama-sama. Mereka lebih mementingkan nilai keikhlasan sesama masyarakat. Nilai budaya yang tinggi melahirkan corak hidup masyarakat yang tinggi. Kewujudan teori-teori budaya memembentuk hukum-hukum sosial. Hukum-hukum sosial masyarakat banyak mempengaruhi pola budaya. Hal ini kerana sesuatu masyarakat mempunyai tanggapan yang berbeza tentang satu-satu fenomena contohnya fenomena asal-usul kejadian manusia, alam dan sebagainya. Tanggapan yang berbeza ini wujud kerana adanya pihak yang kurang bersetuju tentang sesuatu fenomena contohnya pada era pascamoden soal pemilihan jodoh menjadi satu isu bagi mereka. Hukum-hukum sosial yang terbentuk ini dinilai sama ada boleh diterima atau tidak oleh masyarakat. Masyarakat Barat contohnya, telah sedar akan hukum sosial ini. Contohnya di sini adalah ramai manusia tersalah anggap tentang hubungan ibu bapa dengan anak. Mereka menganggap bahawa ibu bapa dan anak seperti sahabat. Hal ini tidak diterima kerana istilah anak adalah anak dan ibu adalah ibu. Penting di sini adalah anak itu tahu tentang tanggungjawab mereka terhadap ibubapa. Namun wujud pemberontakan jika sesuatu hukum sosial tidak diterima oleh masyarakat. Jelaslah di sini bahawa, hukum-hukum sosial membentuk pantang larang berdasarkan fenomena yang berlaku.

hasnaliza md fauzi berkata...

Kebudayaan melayu terlalu indahdan penuh estetik. Budaya berasal daripada dua perkataan iaitu budi dan daya. Budi adalah perkataan Sanskrit yang membawa maksud kecerdasan fikiran dan akal. Manakala, daya adalah perkataan Melayu polisemia yang membawa maksud kekuatan, kuasa dan pengaruh. Kedua-dua perkataan ini dicantum dan membentuk perkataan baharu iaitu budaya. Budaya adalah akar budi sesuatu bangsa. Masyarakat berbudaya adalah masyarakat yang mempunyai ketamadunan iaitu hidup yang hamper dengan alam. Alam melayu terbentuk daripada pelbagai rumpun bangsa. Oleh itu, kita dapat melihat sendiri betapa banyaknya monument yang terbentuk di alam melayu. Budaya sesuatu masyarakat itu dapat dilihat daripada pemakanan, pemakaian serta pemikiran mereka. Tenaga fikiran juga memainkan peranan penting dalam menentukan pola kelakuan manusia sama ada secara material atau pun bukan material iaitu secara spiritual. Kepercayaan seseorang individu itu juga merupakan budaya. Kepercayaan merangkumi aspek memahami ilmu, memahami diri sendiri serta memahami alam. Kepercayaan seseorang terhadap ilmu yang dipelajari untuk manfaat bukannya untuk kejahatan. Seseorang itu perlu memahami dirinya sendiri iaitu dengan menjaga batas pergaulan, pemakanan serta cara berpakaian. Sebagai mahkluk Allah swt kita perlu memahami kejadian ala mini. Unsure alam ciptaan Allah swt mempunyai tiga elemen utama iaitu manusia, tumbuhan serta haiwan. Dengan ini bertepatan dengan konsep menjalinkan hubungan dalam Islam iaitu hubungan manusia dengan pencipta iaitu hablun minallah serta hubungan manusia dengan manusia iaitu hablun minannas. Hubungan budaya dan peradaban sangat erat. Contohnya dapat dilihat sejak kewujudan manusia primitif lagi iaitu Perak Man. Setiap tamadun dibina oleh budaya masyarakat tersebut yang membawa banyak manfaat. Masyarakat madani dikatakan bertamadun dan berbudaya kerana mempunyai corak hidup yang lebih mudah dan berkesan. Masyarakat berbudaya menjadi tarikan umum. Konsep budaya mengikut tafsiran barat adalah sesuatu budaya itu akan bertamadun sekiranya mempunyai material atau sebagai objek yang bergerak pantas atau dengan lebih tepat lagi merujuk kepada kebebasan iaitu ‘human right’. Manakala masyarakat timur lebih tertumpu kepada spiritual iaitu soal kepatuhan dan kesopanan. Oleh itu, sama-samalah kita membudayakan masyarakat Melayu yang madani. Budi bahasa budaya kita…

NOORERNI MANJA D20051021142 berkata...

Dari sudut bahasa, kata kebudayaan ialah kata yang sangat menarik. Istilah ‘budaya’ berasal dari perkataan budi-daya. Perkataan ‘budi’ berasal dari bahasa Sanskrit manakala ‘daya’ berasal dari bahasa Melayu Polinesia.
Menurut Kamus Dewan Edisi budaya bermaksud kemajuan fikiran, akal budi cara berfikir atau berkelakuan. Budaya juga bermaksud perkembangan di bawah pimpinan manusia berakal dari kemungkinan dan tenaga ‘alam’ termasuk kemungkinan dari tenaga manusia sendiri sehingga menghasilkan satu kesatuan yang seimbang. Pusat kebudayaan itu ialah manusia. Kebudayaan ialah satu keseluruhan kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam serta kebiasaan yang diperolehi manusia sebagai anggota masyarakat. Definisi bukan sahaja menekankan aspek budaya kebendaan seperti alat-alat kesenian, senjata memburu, perkakas memasak dan bentuk rumah.
Kebudayaan itu mempunyai sifat-sifat superorganic. Kewujudannya mengatasi kewujudan sebarang individu atau organic. Walaupun kebudayaan diamalkan oleh semua tetapi kewujudannya bebas daripada sebarang individu tertentu. Contohnya, bahasa sesuatu bangsa itu tidak bergantung kepada seseorang. Bahasa itu akan berakhir jika semua bangsa itu mesti dari segala bahan yang ditulis atau dirakamkan musnah sama sekali. Jika tidak bahasa itu akan diperturunkan sebagai satu hasil superorganic.
Kebudayaan itu boleh diperlajari melalui orang dewasa atau dari kelompok setara. Kebudayaan boleh diturunkan daripada satu generasi yang lain dan boleh ditokok tambah. Manusia boleh menambah dan mengubahsuai kebudayaan yang mereka miliki. Kebudayaan juga mempunyai kualiti sosial yang melambangkan kehendak dan aspirasi masyarakat dan mesti diamalkan oleh semua.. kebudayaan juga memiliki kualiti penyesuaian yang melibatkan manusia dengan alam persekitarannya untuk membolehkan manusia mencari makan, pakaian dan tempat tinggal, mereka mesti menyesuaikan diri dengan alam persekitarannya. Kebudayaan itu mesti menyesuaikan diri jika hendak terus kekal. Akhir sekali kebudayaan juga mempunyai nilai integratif. Umumnya, sesuatu bangsa itu disatupadukan oleh kebudayaan yang sama.Perubahan budaya dikatakan berlaku apabila terbentuknya cara-cara pembelajaran yang baru, dimensi sains yang baru dan alat-alat teknologi yang baru. Elemen-elemen asas di dalam perubahan budaya adalah rekaan dan difusi.
Tamadun dalam Kamus Dewan (2005:1583) bermaksud keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran iaitu sosial, politik dan lain-lain yang tinggi. Dalam menjalani kehidupan sesuatu zaman, manusia biasanya mengalami perubahan daripada keadaan keadaan yang mundur kepada kehidupan yang lebih maju. Tahap kemajuan yang mampu dicapai oleh sesebuah masyarakat dalam pelbagai aspek kehidupan akan mencerminkan tingkat ketinggian tamadunnya. Jadi tamadun itu, amat berkait rapat dengan proses dan hasil daripada kemajuan sesuatu bangsa atau masyarakat.
Istilah atau perkataan tamadun adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘mudun’ kata terbitannya ‘tamaddana’ dan ‘madinah’ yang kesemuanya membawa maksud kehidupan di bandar. Perkataan tamadun dalam bahasa Inggeri di sebut cilivization yang merujuk kepada perubahan daripada kehidupan nomad kepada hidup menetap yang mempunyai system politik, ekonomi dan sosial yang teratur dan maju. Tamadun ialah masyarakat manusia yang telah berjaya keluar daripada kehidupan yang mundur (nomad) dan berjaya mencapai kemajuan dalam pelbagai aspek kehidupan.
Tamadun mulai wujud apabila masyarakat yang berpindah-randah itu tinggal menetap di suatu tempat lalu menjalankan kerja-kerja pertanian, ternakan dan nelayan. Taraf hidup masyarakat tersebut semakin meningkat dan petempatan luar bandar atau kampung itu beransur-ansur berkembang kepada bandar. Di bandar, masyarakatnya menjalankan kerja-kerja yang khusus dengan menjual kemahiran kepandaian dan perkhidmatan mereka kepada orang lain. Tamadun juga mempunyai tempoh hayatnya yang merujuk kepada jangka masa yang dicapai oleh sesebuah tamadun sebelum mengalami zaman kemerosotannya seperti tamadun China, Hindu dan Rom mempunyai hayat yang panjang menjangkau ribuan tahun.
Peradaban berasal daripada kata dasar ‘adaba’ yang bererti tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat.Takrif peradaban dalam Kamus Dewan (2005: 7) ialah keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani (sesuatu bangsa, masyarakat dsb). Adab atau Peradaban dalam bahasa Arab dan Parsi dalam bahasa Melayu juga bererti budaya. Iaitu pengetahuan bahasa dan sastera dalam erti yang seluas-luasnya, pendidikan yang terbaik dan kesopanan. Hasil daripada kajian sarjana Barat, Islam dan Timur didapati lebih daripada 20 buah peradaban besar pernah wujud dan sebahagian besarnya telah ditelan zaman. Contoh peradaban besar dunia ialah peradaban Mesir, Mesopotamia, Lembah Indus. Greek dan sebagainya. Peradaban-peradaban itu kebanyakannya lahir di kawasan-kawasan yang subur seperti di lembah-lembah sungai, kuala sungai dan tasik-tasik besar.
Walau apapun tafsiran tentang ketiga-tiga istilah ini, ketiga-tiga istilah ini walaupun mempunyai maknanya tetapi setiap di antaranya menitikberatkan aspek tertentu dari pengertian kebudayaan. Tetapi satu perkara yang jelas iaitu pengertian budaya mempunyai dua segi iaitu segi rohani dan batin tetapi kebendaan (material ) dari segi luarannya jelas merujuk kepada tamadun dan peradaban, biarpun tidak hilang dalam kebudayaan.

NOR SHAM MORAT D20051021150 berkata...

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikumwbt dan salam sejahtera diucapkan kepada pensyarah dan rakan-rakan. Budaya, tamadun dan peradaban mempunyai pentakrifan konsep yang berbeza. Pada asasnya, kata budaya atau kebudayaan berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu “buddhayah” yang merupakan jamak daripada perkataan “buddhi” bermaksud hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal. Dalam bahasa Inggeris pula, kebudayaan disebut culture, yang berasal dari kata Latin ”Colere”, yang bermaksud mengolah atau mengerjakan. Kajian yang dilakukan oleh Alfred Krober dan Clyde Kluckhohn pada tahun 1952, seperti yang tertulis dalam buku ”Culture: A Critical Review of Concepts and Definitions“, menunjukkan terdapat lebih dari dua ratus definisi tentang budaya. Definisi-definisi tersebut dibuat berdasarkan beberapa pendekatan iaitu pendekatan Geografi dan Geopolitik, pendekatan Bahasa dan Agama, pendekatan Ilmu Pengetahuan dan Teknologi, pendekatan Arkeologi, serta pendekatan Antropologi. Menurut Bacharuddin Jusuf Habibie yang meneliti konsep budaya, menyatakan bahawa budaya sebagai suatu keadaan akibat perilaku manusia secara perorangan atau kelompok, bermasyarakat dan bernegara yang dapat mempengaruhi kehidupan yang damai dan sejahtera. Seterusnya, budaya meliputi aspek kehidupan yang sihat atas garis kemiskinan tanpa membezakan suku, etnik, ras dan jantina, serta tidak mencemari, tidak meracuni sumber daya alam, hidup secara demokrasi menjunjung tinggi hak dan kewajiban asasi manusia, memberi kebebasan untuk beragama, kebebasan mengeluarkan pendapat dan kebebasan menikmati pendidikan sesuai dengan bakat dan keinginan. Sekiranya suatu masyarakat atau bangsa menjalankan kehidupan berdasarkan ciri-ciri budaya di atas, budaya tersebut akan menjadi budaya dunia yang membawa kepada kesejahteraan, kedamaian dan ketenteraman (Bacharuddin Jusuf Habibie). Kebudayaan amat berkait dengan pendidikan dan masyarakat kerana tanpa pendidikan, kebudayaan tidak dimiliki. Kebudayaan tidak dibawa ketika manusian lahir ke dunia sebaliknya dibina, ditemukan, tumbuh, berkembang dan disebarkan. Oleh hal yang demikian, sifatnya beragam iaitu berbeza antara satu kelompok manusia dengan kelompok manusia yang lain. Kewujudannya adalah seiring dengan bahasa yang menjadi cabang utama kebudayaan (Falsafah Kesusasteraan dan Seni Halus, 1989:2).
Menurut Muhamad Said Ramadan Al-Buti, 2005, tamadun berasal daripada bahasa arab “hadharah” yang berlawanan ertinya dengan perkataan “badawah” (kepedalaman/kebadwian). Pengertian ini semakin luas skopnya apabila sesebuah komuniti masyarakat semakin jauh daripada corak hidup kepedalaman dan ciri-cirinya serta apabila mereka mula terbabit dengan gaya hidup masyarakat maju dan bertindak balas dengan kesan dan natijahnya. Selain itu, berdasarkan Kamus Dewan, 1994, tamadun didefinisikan sebagai keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik), negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran, budaya atau cara hidup. Di samping itu, istilah tamadun juga berasal daripada perkataan arab “mudun”, kata terbitannya “tamaddana” dan “madinah” yang kesemuanya membawa maksud kehidupan di bandar (Titas Pengenalan Ilmu Ketamadunan dan Tamadun Melayu: Konsep dan Penjelasan, 2005:6-7).
Peradaban berasal daripada kata dasar “adaba” yang bererti tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat (Titas Pengenalan Ilmu Ketamadunan dan Tamadun Melayu: Konsep dan Penjelasan, 2005:7). Peradaban merupakan hasil daripada penguasaan, pengendalian dan pengembangan ilmu pengetahuan dan teknologi yang bersinergi positif dengan budaya. Hanya dengan memanfaatkan ilmu pengetahuan dan teknologi yang dipilih berdasarkan kriteria yang rasional, objektif dan transparens sahaja akan dapat menghasilkan sinergi positif dengan budaya yang menguntungkan peradaban kerana peradaban mencerminkan tingkat kualiti kehidupan masyarakat sebagai hasil pembangunan yang menerapkan ilmu pengetahuan dan teknologi (Bacharuddin Jusuf Habibie).
Sekian.
Sumber:
1. Bacharuddin Jusuf Habibie, 2006. Beberapa Catatan Mengenai Ilmu
Pengetahuan, Teknologi,Budaya dan Peradaban.

2. Samri Sainuddin dan Ahmad Sohaimi Lazim, 2005. Titas Pengenalan Ilmu
Ketamadunan dan Tamadun Melayu: Konsep dan Penjelasan. UPSI.

3. S. H Nasr, 1989. Falsafah Kesusasteraan dan Seni Halus.DBP.

syarifah saad D 021185 berkata...

Assalamualaikum..
Sebenarnya, budaya, ketamadunan dan peradaban merupakan satu istilah yang saling berkaitan. Hal ini kerana kesemua istilah ini membawa pengertian ke arah kemajuan dari aspek keseluruhan cara hidup manusia pada satu zaman ke satu zaman. Budaya sebenarnya berasal daripada perkataan 'budi'(sanskrit) yang bermaksud kecerdasan fikiran dan akal dan perkataan 'daya' yang bererti tenaga fikiran yang menentukan pola perlakuan manusia. Kebudayaan merupakan pola tingkah laku yang dipelajari dan disampaikan dari satu generasi ke satu generasi yang seterusnya. Kebudayaan juga merupakan keseluruhan cara hidup masyarakat. Ia merangkumi cara hidup yang termasuk ilmu pengetahuan, kepercayaan seni, undang-undang, moral, adat istiadat dan kemahiran-kemahiran lain yang biasanya dipelajari oleh manusia sebagai seorang anggota di dalam masyarakatnya (Tylor,1871). Sementara itu, iatilah tamadun pula membawa pengertian keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran dari aspek sosial,budaya, politik dan sebagainya yang tinggi. Tamadun turut melambangkan sebuah negara yang penduduknya telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran dari sudut sosial, budaya, politik dan sebagainya yang tinggi. Masyarakat yang bertamadun dikatakan telah mencapai tamadun, mempunyai pemikiran budaya dan moral yang halus, berperadaban dan beradab. Oleh hal yang demikian,peradaban di sini dapatlah didefinisikan sebagai suatu keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat. Secara keseluruhannya, budaya, ketamadunan dan peradaban merupakan satu konsep yang hampir sama dan saling berkait antara satu sama lain yang akhirnya akan membawa kepada satu tahap pencapaian dan kemajuan yang tinggi terhadap keseluruhan cara hidup sesebuah masyarakat. Sekian.

Nor Azarina Bt Mat Said D20051021130 berkata...

Mengikut pandangan sarjana Barat, kebudayaan bermaksud culture (asal agriculture). Culture bermaksud sesuatu budaya yang lahir dari tradisi pertanian. Pertanian ialah proses membudaya melalui pendidikan dan pemeliharaan tanaman dan kemudiannya meluas kepada semua jenis pemeliharaan dan pendidikan termasuk pendidikan manusia. Akhirnya culture berpindah kepada maksud mendidik akhlak dan resam manusia. Perkataan culture yang bermula dari kaitan dengan pertanian berakhir dengan ilmu dan pengetahuan. Penggunaan perkataan culture membawa maksud memberi pengetahuan kepada akal atau menyuburkan akal manusia. Dari pengertian yang lebih kepada pendidikan akal serta akhlak ataupun menurut pandangan Islam, budaya ialah adat dan citarasa sehinggalah orang yang terdidik itu membawa maksud mereka yang mempunyai ilmu, citarasa dan seni. (Abud, 1981, hlm. 4).Istilah 'budaya' terhasil daripada dua perkataan, iaitu 'budhi' dan 'daya'. Istilah 'budhi' berasal daripada bahasa Sanskrit, yang bermaksud kecerdasan fikiran dan akal. Istilah 'daya' pula merupakan perkataan jati Melayu Polinesia yang membawa maksud kekuatan kuasa, tenaga, dan pengaruh. Oleh sebab itu, perkataan-perkataan ini apabila digabungkan akan menjadi perkataan 'budaya', yang membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani, atau kuasa yang menggerakkan jiwa dan menentukan pola kelakuan manusia.

Istilah " tamadun" pula bermaksud keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran iaitu dari segi politik,sosial,ekonomi dan budaya. Biasanya, masyarakat yang bertamadun dikatakan mempunyai peradaban yang tinggi. Spengler membezakan antara peradaban dan tamadun. Peradaban lebih terfokus kepada kemajuan fizikal manakala tamadun menumpukan kepada batinnya. Sarjana Barat iaitu Darcy Riberio mengatakan terdapat 11 ciri tamadun iaitu, penyebaran teknik pertanian, penternakan dan pengkhususan fungsi kumpulan-kumpulan tertentu, revolusi perbandaran, kemunculan bandar dan negara, stratafikasi masyarakat dalam kelas-kelas sosial, pertanian, perairan, dan teknik penghasilan barang tembaga dan gangsa, tulisan, bilangan, kalendar termasuk penciptaan alat-alat baru, perkembangan kapal, penciptaan  mata wang yang memungkinkan perdagangan dengan negara-negara asing termasuk revolusi perdagangan, revolusi teknologi dan revolusi industri.

Istilah 'peradaban' pula berasal daripada kata dasar 'adaba' yang bererti tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh setiap anggota sesebuah masyarakat. 'peradaban' juga menunjukkan keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat. Dr. Abdul Ghani, sarjana pendidikan Universiti ‘Ain Shams, Mesir mengatakan bahawa istilah peradaban (hadharah/hadhari) bermaksud kemajuan. Peradaban atau hadharah dimaksudkan dengan civilazation. Civil bererti “bukan ketenteraan” yang bermaksud kehidupan dalam kumpulan manusia yang diatur oleh peraturan dan undang-undang. Peradaban atau hadharah dalam maksud ini adalah kelompok yang beradab dan membangun. Masyarakat membangun adalah masyarakat yang mempunyai kemahiran, kepakaran, ilmu dan seni. Oleh yang demikian, peradaban dan hadhari merujuk kepada golongan yang mempunyai taraf hidup tinggi dan tergambar dalam akhlak serta budi pekerti mereka. Oleh yang demikian, civilized person adalah merupakan insan yang terdidik.

Kesimpulannya, walaupun terdapat pelbagai pendapat mengenai konsep budaya, tamadun dan peradaban namun kesemua konsep ini saling berkaitan apabila kita ingin membincangkannya.

norhashila ab.latif berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
norhashila ab.latif berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
norhashila ab.latif berkata...

Jika diperhatikan dengan teliti, konsep budaya, ketamadunan dan peradaban adalah saling berkait dan memerlukan. Ketiga-tiganya merupakan asas kepada pembentukan suatu masyarakat dan bangsa yang pelbagai. Di sini, saya akan mengupas ketiga-tiga konsep ini secara berasingan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), budaya merujuk kepada tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi, bersifat budaya yang mengenai kebudayaan dan sudah maju. Kebudayaan pula didefinisikan sebagai keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban dan kemajuan (akal budi). Jika ditinjau daripada pendapat ahli-ahli antrapologi, kebudayaan merupakan pola tingkah laku yang dipelajari yang disampaikan dari satu generasi kepada generasi seterusnya. Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup masyarakat. Ia merangkumi cara hidup termasuk ilmu pengetahuan, kepercayaan seni, undang-undang, moral, adat-istiadat dan kemahiran-kemahiran lain yang biasanya dipelajari oleh manusia sebagai seorang anggota di dalam masyarakatnya (Tylor, 1871). Tamadun pula merupakan keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain) yang tinggi peradabannya. Tamadun juga merujuk kepada negara dan penduduknya yang telah mencapai tafar kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran yang tinggi peradabannya (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Ketamadunan pula membawa erti perihal tamadun, iaitu segala-gala yang berkaitan dengan tamadun. Dr. Muhammad Sabri Haron dari UKM juga dengan kertas kerjanya bertajuk Tamadun Islam - Perspektif Sejarah, Nilai dan Cabaran Masa Depan menegaskan bahawa Tamadun Islam adalah tamadun yang berasaskan manifestasi Islam sebagai addin yang mencakupi kemajuan rohani dan jasmani. Tamadun Islam mewujudkan keseimbangan dalam hubungan-hubungan manusia-Allah-alam sekitar. Beliau menyarankan agar kita belajar dan mengambil pengiktibaran daripada pemaparan sejarah masyarakat lampau di dalam al-Quran mengenai akibat dan kesudahan menentang Allah dan para Rasul-Nya. Oleh kerana Islam tidak memisahkan urusan keduniaan dan urusan keagamaan, maka Islam boleh menjadi teras kepada sebuah tamadun agung. Akidah tauhid menjadi paksi kepada segenap aspek berkaitan dengan soal pembangunan ketamadunan. Menyentuh soal nilai dalam Islam, beliau menyatakan bahawa nilai yang diiktiraf oleh Islam adalah nilai yang diredhai oleh Allah s.w.t dan bukan berdasarkan pertimbangan mutlak manusia. Prof. Madya Dr. Zainiy Uthman dari ISTAC telah mengutarakan sebuah kertas kerja konsepsual mengenai pemupukan tamadun cemerlang. Kertas kerjanya yang bertajuk Pandangan Alam dan Budaya Cemerlang telah membincangkan persoalan kualiti, penghuraian asas falsafah pandangan alam Barat dan pandangan alam Islam. Beliau menyarankan agar pengertian kualiti yang selama ini dilihat dari sudut atau sifat jasmani turut disertakan bersekali dengan pemahaman aspek ruhani insan. Manakala peradaban pula merujuk keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa, masyarakat dan sebagainya (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005).

Norazura Hassan berkata...

Perkataan budaya berasal dari perkataan Sanskrit iaitu percantuman dua perkataan ’budhi” dan “daya”. Perkataan ”budhi” yang dipinjam dari perkataan bahasa sanskrit bererti :kecergasan fikiran dan akal manakala :daya” ialah perkataan Melayu Polynesia bermakan kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Apabila dicantumkan kedua-dua perkataan ini membawa maksud ”tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa yang mengerakkan jiwa. Oleh itu secara kesimpulannya, budaya dari sudut bahasa membawa makna cara hidup manusia, manakala sudut istilah pula menyatakan budaya ialah cara hidup oarang ramai termasuk pemikiran, nilai kepercayan, pandangan dan tabiat berfikir serta cara perlakuan manusia yang mengerakkan jiwa. Budaya ini memberikan identiti kepada kelompok dari segi cara ia mengendalikan hidupnya. Budatya turut diwarisi dari satu keturuanna kepada satu keturunan yang lain. Dari itu, budaya ialah satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling. Manakala tamadun pula bermaksud keadaaan masyarakat manusia yang dicirikan pada taraf kemajuan kebendaaan serta perkembangan pemikiran iaitu dari segi politik, sosilal, ekonomi, dan budaya. Contohnya masyarakat melayu dikataakan mempunyai peradaban yang tinggi kerana mempunyai pelbagai budaya dan nilai-nilai seni yang tinggi. Manakala ”peradaban” pula bermaksud tingkah kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masrakat. Oleh itu sesebuah masyarakat itu dikatakan mempunyai nilai yang tinggi jika mempunyai budaya, tamadun dan peradaban yang maju dan unik.

HAIDIR B ABD HAMID berkata...

Dalam membincangkan ketiga-tiga konsep perkataan ini, secara tidak sedar jika kita perhalusi dengan lebih mendalam kita akan mendapati bahawa budaya, ketamadunan dan peradaban sebenarnya berkait rapat dengan masyarakat dan saling bertautan antara satu sama lain dan . Untuk memahami dengan lebih mendalam ketiga-tiga konsep ini, saya akan mengupas dengan lebih mendalam dan terperinci mengenainya.

Secara amnya, budaya bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan "budaya" yang bermaksud " budi + daya ";iaitu budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain. Blok Barat lebih menumpukan pengertian kebudayaan sebagai hasil pemikiran iaitu pemikiran manusia. Barat juga mengatakan budaya itu amat penting dalam kehidupan masyarakat dengan menganggap seseorang yang berbudaya itulah orang yang bertamadun.

Dalam pada itu, takrifan tamadun dapat kita lihat melalui dua sudut iaitu mengikut pandangan daripada sarjana barat dan sarjana islam. Menurut Will Deorant dalam bukunya History of Civilization menyatakan bahawa tamadun merupakan sistem sosial yang menolong manusia bagi meninggikan kedudukan kebudayaan. Tamadun juga adalah satu kemajuan atau ciptaan baru yang dilahirkan sesuatu masyarakat untuk menjadikan hidup mereka lebih tenteram dan teratur. Manakala sarjana islam iaitu Ibnu Khaldun dalam bukunya Muqaddimah Ibn Khaldun berpendapat bahawa tamadun merupakan beberapa keadaan dan peristiwa biasa yang melebihi dari patut, terbit dari peristiwa pembangunan dan tamadun mungkin bertambah dengan meningkatnya kemajuan.
Dari sudut bahasa pula, tamadun berasal dari perkataan Arab “mudun” kata terbitan “tamaddana” dan madinah yang membawa maksud kehidupan di bandar. Peradaban pula berasal dari kata dasar “adaba” yang bererti tingkah laku / bertatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat.

Konsep peradaban pula merujuk pada suatu masyarakat "kompleks": masyarakat yang mempraktikkan pertanian intensif; memiliki pembagian kerja; dan kepadatan penduduk yang mencukupi untuk membentuk kota-kota. Peradaban juga digunakan untuk merujuk pada seluruh atau tingkat pencapaian manusia dan penyebarannya. Secara ringkasnya, peradaban merujuk kepada keadaan dan tingkat kemajuan kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat
Kesimpulannya, ketiga-tiga konsep budaya, ketamadunan dan peradaban merujuk pada cara hidup manusia yang mengalami perkembangan dan kemajuan daripada pelbagai aspek sama ada tingkah laku, pemikiran dan kebolehan mencipta sesuatu sehinggalah mereka disegani dan dihormati. Sesebuah tamadun itu hanya akan lahir apabila memiliki masyarakat yang mempunyai peradaban yang tinggi dan mempunyai kebudayaan sendiri. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa ketiga-tiga konsep ini juga sebenarnya saling berkaitan dan berkait rapat antara satu sama lain.
HAIDIR B ABDUL HAMID D20051021095

Datu Ramlee Datu Amir Hussin D20051021127 berkata...

DATU RAMLEE B. D. AMIR HUSSIN D2005021127
Budaya, ketamadunan dan peradaban merupakan tiga elemen penting dalam menilai jati diri seseorang. Ketiga-tiga elemen ini mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Perkataan ‘budaya’ sebenarnya hasil daripada gabungan dua perkataan iaitu ‘budhi’ dan ‘daya’. Kata ‘budhi’ berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud kecerdasan fikiran dan akal manakala kata ‘daya’ yang berasal daripada kata jati melayu Polenisia yang bermaksud kekuatan tenaga kuasa dan pengaruh. Secara keseluruhannya ‘budaya’ bermaksud tenaga fikiran, usaha rohani dan kuasa yang menggerakkan jiwa dan menentukan pola kelakuan manusia. Jika kita kaji secara mendalam, konsep budaya adalah berbeza-beza daripada dua sudut pandangan iaitu persepsi barat dan persepsi timur. Budaya bagi pandangan barat mempunyai kaitan dengan konsep ketamadunan. Berdasarkan pandangan barat lagi, budaya yang bertamadun mencerminkan kebebasan, kepentingan dan kemajuan daripada segi kebendaan (material) mahupun objek semata-mata. Berbeza pula konsep ‘budaya’ daripada kaca mata timur iaitu menitikberatkan spiritual dan nilai-nilai moral. ‘Ketamadunan’ atau perihal tamadun merupakan perkataan Arab iaitu ‘mudun’ dan kata terbitan ‘tamaddana’ dan ‘madinah’ membawa pengertian sebagai kehidupan di bandar yang dikaitkan dengan corak hidup maju dan dilengkapi pelbagai kemudahan. Selain itu, Istilah ‘tamadun’ juga boleh didefinisikan sebagai keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran iaitu dari segi politik,sosial,ekonomi dan budaya. Jika dikaji secara mendalam, ketamadunan mempunyai perkaitan dengan peradaban yang merupakan kata dasar ‘adaba’. Ianya bermaksud tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesuatu masyarakat. Pendek kata, konsep peradaban adalah merujuk kepada keadaan dan tingkat kemajuan terhadap kehidupan jasmani dan rohani. Melalui pencapaian peradaban inilah kemajuan sesuatu tamadun dapat diukur. Sekiranya kita tidak menekankan budaya dan peradaban sesuatu bangsa, maka runtuhlah tamadun yang ingin dibina. Daripada penjelasan konsep budaya, ketamadunan dan peradaban, jelaslah membuktikan, ketiga-tiga konsep ini tidak boleh dipisahkan kerana mempunyai perkaitan antara satu dengan lain. Sebagai seorang anak jati diri melayu, kita mempunyai peranan yang cukup signifikan dalam menjaga dan memelihara kebudayaan kita supaya sentiasa terjaga walaupun masa terlalu cepat berlalu. Tambahan pula, budaya ini merupakan tunjang kepada ketamadunan dan peradaban yang telah berkurun lama kita pertahankan selama ini.

n_dra berkata...

Apabila membincangkan mengenai budaya, tamadun dan peradaban kita tidak boleh lari daripada menghubungkaitkan antara ketiga-tiga elemen ini yang menjadi pelengkap antara satu sama lain. Perkataan "budaya" berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu percantuman dua perkataan 'budhi' dan 'daya'. Perkataan 'budhi' yang dipinjam dari bahasa Sanskrit bererti kecerdasan fikiran dan akal manakala 'daya' (perkataan Melayu Polinesia) pula bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut, maka 'budaya' membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa dan menentukan pola kelakuan manusia. Bagi masyarakat Barat, budaya yang bertamadun mencerminkan kebebasan dan kepentingan serta kemajuan dari segi material atau objek semata-mata. Mereka juga menganggap masyarakat yang berbudaya adalah masyarakat yang bertamadun.Berlainan pula dengan budaya timur yang lebih menitikberatkan spiritual dan nilai-nilai moral.
Di samping itu, tamadun membawa erti masyarakat manusia yang telah berjaya keluar daripada kehidupan yang mundur (nomad) dan telah mencapai kemajuan dalam berbagai-bagai aspek kehidupan Istilah tamadun daripada segi bahasa membawa maksud yang sama dengan perkataan civilization dalam bahasa Inggeris.Istilah 'tamadun' berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘maddana’ yang bererti ‘kehalusan budi bahasa’ dan ‘kesopanan tingkah laku’. Edward L.Farmers pula mendefinisikan tamadun sebagai satu unit budaya yang besar yang mengandungi norma-norma sosial, tradisi dan institusi yang dikongsi bersama dan diwarisi daripada generasi ke generasi.. Tambahan lagi Samri Sainuddin dan Ahmad Sohaimi Lazim (2005)menjelaskan konsep asas tamadun boleh dikategorikan kepada tiga pengertian umum iaitu masyarakat manusia yang telah berjaya keluar daripada kehidupan yang mundur(nomad) dan mencapai kemajuan dalam pelbagai aspek kehidupan, Kedua, peringkat atau tahap-tahap kemajuan yang dicapai oleh manusia pada sesuatu zaman. Pengertan ketiga, kehidupan masyarakat moden yang dipenuhi dengan segala kemudahan hasil penggunaan pelbagai teknologi.
Perkataan "peradaban" pula berasal daripada kata dasar "adaba" yang bererti tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat. Konsep peradaban juga merujuk kepada keadaan dan tingkat kemajuan terhadap kehidupan jasmani dan rohani. Melalui pencapaian peradaban inilah kemajuan sesuatu tamadun dapat diukur. "Peradaban" melambangkan kemajuan kehidupan jasmani dan rohani sesebuah masyarakat. . Peradaban selalu dikaitkan dengan tamadun kerana masyarakat yang mempunyai peradaban yang tinggi dikatakan masyarakat yang bertamadun. Oleh itu, masyarakat hanya mampu mencapai kemajuan mengikut acuan mereka sendiri didasari oleh budaya, tamadun dan peradaban yang mereka ciptakan. Ketiga-tiga keadaan ini pastinya berbeza antara masyarakat global, perkara ini disebabkan wujudnya perbezaan geografi yang menuntut masyarakat mengadabtasikan kehidupan mereka terhadap alam persekitaran masing-masing. Sayugia, adalah subjektif apabila kita membandingkan sesuatu bangsa itu lebih bertamadun daripada bangsa yang lain berlandaskan perbezaan yang mereka miliki.

muhamad shahrul b. abd rahman berkata...

Budaya manusia dapat berubah dari satu kepercayaan kepada satu kepercayaan atau pemikiran yang lebih positif.. Perkataan "budaya" berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu percantuman dua perkataan 'budhi' dan 'daya'. Perkataan 'budhi' yang dipinjam dari bahasa Sanskrit bererti kecerdasan fikiran dan akal manakala 'daya' (perkataan Melayu Polinesia) pula bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut, maka 'budaya' membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa dan menentukan pola kelakuan manusia. Budaya ini boleh dihuraikan daripada dua sudut iaitu sudut pandangan barat dan sudut pandangan timur. Menurut persepsi barat, budaya berkait rapat dengan ketamadunan. Bagi mereka, budaya yang bertamadun mencerminkan kebebasan dan kepentingan serta kemajuan dari segi material atau objek semata-mata. Mereka juga menganggap masyarakat yang berbudaya adalah masyarakat yang bertamadun.Berlainan pula dengan budaya timur yang lebih menitikberatkan spiritual dan nilai-nilai moral.
Secara umumnya, tamadun membawa erti masyarakat manusia yang telah berjaya keluar daripada kehidupan yang mundur (nomad) dan telah mencapai kemajuan dalam berbagai-bagai aspek kehidupan Istilah tamadun daripada segi bahasa membawa maksud yang sama dengan perkataan civilization dalam bahasa Inggeris.Istilah 'tamadun' berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘maddana’ yang bererti ‘kehalusan budi bahasa’ dan ‘kesopanan tingkah laku’. Tamadun juga membawa erti membuka Bandar. Terbit pula perkataan “madinah” yang juga embawa maksud Bandar dan juga “madani” iaitu orang yang berkelakuan seperti orang Bandar yang bersifat halus dalam berbudi bahasa dan beradab sopan dalam tingkah laku. Edward L.Farmers pula mendefinisikan tamadun sebagai satu unit budaya yang besar yang mengandungi norma-norma sosial, tradisi dan institusi yang dikongsi bersama dan diwarisi daripada generasi ke generasi.. Tambahan lagi Samri Sainuddin dan Ahmad Sohaimi Lazim (2005)menjelaskan konsep asas tamadun boleh dikategorikan kepada tiga pengertian umum iaitu masyarakat manusia yang telah berjaya keluar daripada kehidupan yang mundur(nomad) dan mencapai kemajuan dalam pelbagai aspek kehidupan, Kedua, peringkat atau tahap-tahap kemajuan yang dicapai oleh manusia pada sesuatu zaman. Pengertan ketiga, kehidupan masyarakat moden yang dipenuhi dengan segala kemudahan hasil penggunaan pelbagai teknologi.
Perkataan "peradaban" pula berasal daripada kata dasar "adaba" yang bererti tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat. "Peradaban" melambangkan kemajuan kehidupan jasmani dan rohani sesebuah masyarakat. . Peradaban selalu dikaitkan dengan tamadun kerana masyarakat yang mempunyai peradaban yang tinggi dikatakan masyarakat yang bertamadun Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa ketiga-tiga konsep iaitu budaya, ketamadunan dan peradaban mempunyai hubungan yang saling berkaitan antara satu sama lain dan tidak dapat dipisahkan apabila membincangkan perkembangan tamadun manusia pada masa lalu,kini dan pada masa akan datang.

mohammad zakri.b.zakaria D20051021170 berkata...

Kebudayaan, peradaban dan ketamadunan

Menurut Prof R. Roolvink kebudayaan pula bukanlah sebenarnya berasal daripada kata Sankrit seperti yang biasa kita dengar. Perkataan kebudayaan sebenarnya diilhamkan daripada perkataan Jawa yang terbentuk daripada dua kata iaitu budi dan daya. Kata budi berasal daripada kata Sankrit iaitu buddha yang bermaksud kecerdasan manakala kata budaya pula diambil daripada kata Melayo-Polynesia iaitu dhaya yang bermaksud tenaga(Kebudayaan Istimewa dan pengertian:1-2).
Di sini ingin saya jelaskan pengertian budaya itu tidak hanya kepada tarian tradisional. Pengertian budaya meliputi budaya material dan budaya non-material. Budaya material adalah seperti pakaian dan senjata manakala budaya non-material adalah seperti falsafah. Maka hal ini perlu kita luaskan perbincangannya kerana kebanyakan masyarakat kita hanya berfikir tentang tarian jika perkataan budaya ini ditimbulkan. Contohnya kita harus membawa masyarakat dalam perbincangan tentang kepentingan budaya seperti bekerjasama dan berakhlak mulia dalam menghadapi momokan globalisasi yang direncana oleh barat. Kesan globalisasi yang nyata ialah kita menjadi masyarakat yang individualistik. Globalisasi juga menyebabkan kita hilang jati diri dan lupa budaya rumpun kita. Kesan globalisasi dari sudut sosial menyebabkan kita hilang jati diri dan cenderung menjadi ‘American’.
Peradaban pula berasal daripada kata dasar ‘adab’. Peradaban bermaksud keadaan atau tingkat kemajuan pada kehidupan rohani dan jasmani( sesuatu bangsa, masyarakat dsb)(Kamus Dewan Bahasa:7). Peradaban juga mempunyai maksud yang sama dengan tamadun jika dirujuk dalam mana-mana kamus. Maka sebab itulah kita sering melihat dua perkataan ini sering bertukar ganti, misalnya peradaban barat atau tamadun barat. Cuma pengertian yang dibawakan oleh perkataan tamadun lebih terperinci.
Tamadun pula berasal daripada perkataan Arab ‘tamadana’. Tamadun bermaksud kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku yang berpunca daripada kata ‘maddana’ yang bermaksud memperhalus budi bahasa dan memperelok tingkah laku dan bererti membuka dan membuat bandar.
Pengertian ini boleh juga dihubungkan dengan istilah Arab ‘hadharah’ yang bermaksud mendiami bandar, tahu adab sopan dan manis tingkah laku(Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam Ke Arah Pembinaan Sebuah Tamadun Dunia:24).
Jadi daripada beberapa pengertian tamadun tadi dapat kita rumuskan bahawa ketamadunan sesuatu bangsa tidak hanya terletak pada kemajuan kebendaan malah melibatkan kemajuan peribadi. Sebagai contoh seorang mahasiswa mungkin melengkapi sedikit maksud tamadun iaitu maju dari segi kebendaan dengan memiliki komputer riba tapi dia gagal menyiapkan kerja yang diberikan pensyarah. Malah lebih teruk dia menyalin kerja kawannya. Hal ini boleh dirumuskan pelajar tadi tidak bertamadun. Dia gagal menggunakan kemajuan kebendaan untuk membentuk peribadi mulia sekaligus gagal menepati ciri ketamadunan itu. Sesuatu negara itu tidak dikatakan bertamadun sekiranya budaya rasuah berleluasa seperti Indonesia. Asas bertamadun itu ialah akhalak mulia dan tahu jati diri.

Rosdana Ab Manam D021184 berkata...

Secara amnya, budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan "budaya" yang bermaksud " budi + daya "; yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain.“Kebudayaan adalah seluruh cara kehidupan dari masyarakat dan tidak hanya mengenai sebagian tata cara hidup saja yang dianggap lebih tinggi dan lebih diinginkan”. Jadi, kebudayaan menunjuk pada berbagai aspek kehidupan. Istilah ini meliputi cara-cara berlaku, kepercayaan-kepercayaan dan sikap-sikap, dan juga hasil dari kegiatan manusia yang khas untuk suatu masyarakat atau kelompok penduduk tertentu. Konsep ketamadunan pula bukan sekadar beralih daripada aspek pencapaian sebelumnya, tetapi menjurus ke arah mengukur nilai sebagaimana yang digariskan dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW ke arah mengubah cara hidup yang lebih baru dan diredhai Allah SWT. Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana yang bererti membina suatu bandar atau seseorang/masyarakat yang mempunyai peradaban. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah "culture and civilization" atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Para sarjana telah membahas persamaan dan perbezaan istilah-istilah tersebut. Istilah Tamadun banyak digunakan dalam penulisan Tamadun Islam. Ibnu Khaldun merupakan orang pertama yang membuat kajian khusus tentang tamadun pada kurun ke-14 dalam bukunya al-Muqaddimah li Kitab al-'ibar wa Diwan al-Mabtada' wa al-Khabar fi Ayyam al-'Arab wa al-'Ajam wa al-Barbar. Beliau menggunakan perkataan 'umran sebagai merujuk kepada 'tamadun' yang kita fahami sekarang. Di Eropah, perkataan civilisation hanya mula diungkapkan pada abad ke-18 dan mula digunakan pada kurun ke-19. Peradaban adalah memiliki berbagai arti dalam kaitannya dengan masyarakat manusia. Seringkali istilah ini digunakan untuk merujuk pada suatu masyarakat "kompleks": masyarakat yang mempraktikkan pertanian intensif; memiliki pembagian kerja; dan kepadatan penduduk yang mencukupi untuk membentuk kota-kota. "Peradaban" dapat juga digunakan dalam konteks luas untuk merujuk pada seluruh atau tingkat pencapaian manusia dan penyebarannya (peradaban manusia atau global)

badrul berkata...

Perkataan 'budaya' merupakan hasil percantuman perkataan 'budi' dan 'daya'. Perkataan 'budi' merupakan kata yang berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud kecerdasan fikiran dan akal. Manakala kata 'daya' pula merupakan kata jati Melayu Polenisia yang membawa maksud kekuatan tenaga, kuasa dan pengaruh.Secara keseluruhan perkataan budaya dapat membawa erti tenaga fikiran yang menentukan pola kelakuan manusia.Menurut Alnord Tonybee "tamadun" ialah satu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti. Hal ini meliputi empat elemen iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni. Mengikut perspektif Islam, Dr. Muhammad al-Bahly mengatakan bahawa "tamadun" ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan sebagainya. Secara keseluruhannya, "tamadun" melambangkan kemajuan sesuatu bangsa daripada pelbagai aspek kehidupan. Perkataan "peradaban" pula berasal daripada kata dasar "adaba" yang bererti tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat. "Peradaban" melambangkan kemajuan kehidupan jasmani dan rohani sesebuah masyarakat. walaubagaimanapun Keadaan ini tidak semestinya dilihat daripada material sahaja, tetapi juga dilihat cara pemikiran mereka. Kesimpulannya, perkataan "budaya", "tamadun" dan "peradaban" adalah saling berkaitan antara satu sama lain

siti johariah binti tain7785 berkata...

Setelah mengikuti kuliah yang lepas, dapat dirumuskan bahawa perkataan “budaya” bukanlah pekataan jati Melayu. Perkataan “budaya” adalah melalui pinjaman serta gabungan daripada perkataan Sanskrit “budhi” dan Melayu “daya”. Perkataan “budhi” yang dipinjam membawa maksud kecerdasan fikiran dan akal manakala “daya” yang berasal daripada perkataan Melayu Polinesia memabawa maksud kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh sesuatu masyarakat. Melalui percantuman perkataan ini, maka “budaya’ dapat didefinisikan sebagai kecerdasan akal, tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa untuk mempengaruhi dan menentukan pola kelakuan manusia. Perkataan budaya juga dapat dibincangkan melalui dua aspek iaitu aspek pandangan masyarakat Timur dan Barat. Pada pandangan masyarakat Timur, “budaya” membawa maksud suatu tenaga fikiran yang menentukan pola kekuatan manusia. Hal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Timur lebih mementingkan kesantunan dan kesopanan dalam kelakuan manusia yang menjadi ciri yang tidak dapat dipisahkan dengan orang Timur. Walaupun masyarakat Timur mementingkan kesopanan dan kesantunan, mereka juga berhak memilih kebebasan untuk mengamalkan budaya masing-masing mengikut batas-batas sosial. Contohnya, perkahwinan hanya berlaku antara lelaki dan perempuan sahaja. Pandangan orang Barat pula, “budaya” mempunyai hubungan yang rapat dengan ketamadunan. Bagi mereka, “budaya” lebih mementingkan material dan menghasilkan sesuatu yang konkrit dan dapat dilihat. Contohnya, masyarakat Barat mula menerima perkahwinan sejenis iaitu antara lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan. Lazimnya, masyarakat yang bertamadun dikatakan mempunyai budaya yang tinggi. Istilah “peradaban” pula berasal daripada perkataan “adaba” yang bermaksud tingkah laku atau kelakuan baik, dan terpuji. “Peradaban” juga menunjukkan keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat. Kesimpulannya, istilah “budaya” “tamadun” dan “peradaban” mempunyai hubungan yang erat.

Rosyati berkata...

Assalamualaikum, apabila kita membicarakan tentang kebudayaan, pembicaraan itu tidak akan terlepas daripada mencakupi hal- hal lain yang brkaitan dengannya secara langsung, terutamanya pendidikan dan masyarakat. Hal ini berlaku kerana tanpa pendidikan, kebudayaan tidak dimiliki. Penyataan ini juga bermakna tanpa pendidikan, sesuatu budaya itu tidak mungkin wujud. Konsep budaya dalam bahasa Sanskrit bermaksud kecerdasan fizikal dan akal. Oleh itu, kebudayaan membezakan manusia dengan haiwan. Kebudayaan tidak dibawa ketika manusia itu lahir ke dunia. Unsur itu dibina, ditemukan, tumbuh, berkembang, dan disebarkan. Oleh hal yang demikian, sifatnya beragam, yakni berbeza antara satu kelompok manusia dengan kelompok manusia yang lain. Kebudayaan ialah cara berfikir dan merasa, serta menyatakan diri dalam seluruh segi kehidupan sekelompok manusia yang membentuk masyarakat, dalam suatu ruang dan suatu waktu. Penyataan ini telah menjelaskan bahawa masyarakatlah yang mendukung sesuatu kebudayaan itu. Kebudayaan ialah kelompok adat kebiasaan, fikiran, kepercayaan, dan nilai turun- temurun yang dipakai olah masyarakat pada waktu tertentu untuk menghadapi dan menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi yang mungkin timbul., baik dalam kehidupan individu mahupun dalam kehidupan masyarakat keseluruhannya. Dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, akhlak, peraturan, adat resam, serta keupayaan dan tingkah laku yang dimiliki oleh seseorang yang menjadi anggota sesebuah sesebah masyarakat. Kebudayaan merupakan pengetahuan manusia yang diyakini kebenarannya oleh yang bersangkutan dan yang diselimuti serta menyeliputi perasaan- perasaan manusia serta menjadi sumber untuk menilai, iaitu penilaian baik dan buruk, berharga atau tidak berharga, bersih atau kotor, dan sebagainya. Hal itu terjadi kerana kebudayaan mengandungi nilai- nilai moral yang bersumber pada pandangan hidup dan kod etika yang dimiliki oleh sesuatu kumpulan manusia. Perkembangan budaya semua bangsa di dunia ini bermula dengan animisme, iaitu satu bentuk pemikiran manusia primitive yang berkaitan dengan kepercayaan kepada makluk halus, roh, semangat, sakti, dan perkara- perkara lain yang sehubungan dengannya. Bagi orang- orang Melayu, peringkat kedua dalam perkembangan budayanya terisi dengan cara hidup yang berlandaskan Islam.

hamidah shafie berkata...

Perkataan "budaya" secara amnya, ia merujuk kepada kegiatan-kegiatan manusia. Perkataan bahasa Inggerisnya, culture, berasal daripada kata akar bahasa Latin "colere" (mendiami, mengerjakan, menghormati). Berbagai-bagai definisi "budaya" yang berbeza membayangkan teori yang berlainan terhadap pemahaman dan kriteria penilaian untuk kegiatan manusia. Ahli antropologi menggunakan istilah ini untuk merujuk kepada keupayaan manusia sejagat apabila mereka mengelaskan pengalaman serta mengekod dan menyampaikan buah fikiran secara simbolik. Mereka menganggap keupayaan ini sebagai ciri yang menentukan genus Homo. Oleh sebab budaya adalah sesuatu yang dipelajari, orang yang tinggal di tempat yang berlainan akan mempunyai budaya yang berlainan. Ketamadunan berasal daripada perkataan tamadun. Tamadun pula berpunca dari kata kerja “maddana” yang bererti memperhalus budi bahasa dan memperelok tingkah laku. Ia juga membawa erti membuka bandar. Kesimpulannya, istilah “tamadun” boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik, halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah masyarakat atau negara bangsa. Ringkasnya, ketamadunan boleh dilihat sebagai pencapaian satu bentuk budaya tinggi.

nik nurul shajida binti salleh D20051021165 berkata...

Budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan "budaya" yang bermaksud " budi + daya ";iaitu budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain.Budaya merupakan pengkongsian suatu masyarakat. Budaya juga tidak dapat berpisah dengan bahasa dan budaya diperolehi melalui proses pembelajaran.Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana yang bererti membina suatu bandar atau seseorang/masyarakat yang mempunyai peradaban. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah "culture and civilization" atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Para sarjana telah membahas persamaan dan perbezaan istilah-istilah tersebut. Istilah Tamadun banyak digunakan dalam penulisan Tamadun Islam. di barat, sesebuah dianggap bertamadun dan moden bersifat material. setiap negara berlumba-lumba mencipta tamadun melalui pembinaan mercu tanda. umpamanya, KLCC, pasti sinonim dengan Malaysia. jadi dunia mengenali sesebuah negara kerana mempunyai ciri ketamadunan.Peradaban pula memiliki pelbagai maksud dalam kaitannya dengan masyarakat manusia. Seringkali istilah ini digunakan untuk merujuk kepada suatu masyarakat "kompleks": masyarakat yang mempraktikkan pertanian intensif; memiliki pembagian kerja; dan kepadatan penduduk yang mencukupi untuk membentuk kota-kota. "Peradaban" dapat juga digunakan dalam konteks luas untuk merujuk pada seluruh atau tingkat pencapaian manusia dan penyebarannya (peradaban manusia atau peradaban global). oleh itu, budaya, ketamadunan dan peradaban merupakan aspek yang saling berkaitan dalam pembinaan sesebuah negara atau bangsa.

nor azilah bt mohd haran berkata...

Sebagai satu istilah, budaya merujuk kepada satu perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Dari segi etimologi, ‘budi’ bermaksud kecerdasan fikiran dan akal, manakala perkataan ‘daya’ merupakan perkataan jati Melayu yang bermaksud kekuatan. Jika dirangkumkan kedua-dua perkataan ini, ia membawa pengertian tenaga akal fikiran yang menentukan pola kelakuan manusia. Menurut Mohd Taib Osman dalam tulisannya ‘Konflik Kebudayaan Tradisional dengan Kebudayaan Moden’, budaya ialah pola-pola perlakuan yang berdasarkan sistem nilai dan cara masyarakat melihatnya sebagai realiti alam sekeliling. Pola-pola perlakuan dalam masyarakat adalah berdasarkan sistem nilai, kepercayaan dan pengetahuan terhadap alam sekeliling yang terdapat dalam sesuatu budaya. Sesuatu yang boleh difahami di sini ialah budaya yang tinggi akan melahirkan masyarakat yang mempunyai tahap pemikiran yang tinggi juga. Justeru kebudayaan pada hari ini sering dikaitkan dengan kebudayaan moden yang tidak dapat tidak akan dibandingkan pula dengan peradaban Barat. Apa yang jelas ialah segala pencapaian yang terdapat dalam peradaban Barat dianggap sebagai ‘kemajuan’ dan ‘bertamadun’. Justeru segala aspek seperti kesenian, pakaian dan nilai-nilai sosial semakin mempengaruhi corak hidup dan meresap ke dalam pola budaya tempatan sehingga mewujudkan jurang generasi yang cukup besar antara ‘orang lama’ dan ‘orang baru’. Perkataan ‘tamadun’ pula sering digunakan untuk mengambarkan kebendaan (material) sesebuah masyarakat. Namun berdasarkan etimologi, perkataan ini berasal daripada maddana dalam bahasa Arab yang merujuk kepada perbuatan membuka bandar dan kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Pentakrifan tamadun yang lengkap harus menggabungkan kedua-dua perkara yang berkaitan dengan kehalusan budi pekerti dan pembangunan pembandaran. Sesuatu bangsa yang bertamadun sering dikaitkan dengan kemajuan (kebendaan dan kerohanian), kebudayaan, keilmuan, pergaulan, pendidikan, sains dan teknologi. Dalam bahasa Inggeris, tamadun diterjemahkan sebagai culture, renaisaissance dan civilization. Justeru, adunan daripada kebudayaan dan ketamadunan ini dilihat menjadi resepi utama untuk melahirkan sebuah masyarakat yang berperadaban tinggi. Konsep peradaban ialah keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani (sesuatu bangsa, masyarakat dan sebagainya. Ringkasnya, masyarakat yang bertamadun adalah masayarakat yang telah mencapai peradaban yang maju dalam ruang lingkup budayanya.

Norehan Che Hamid berkata...

Budaya, ketamadunan dan peradaban. Ketiga-tiga perkataan ini mempunyai maksud yang berbeza. Secara amnya, budaya dapatlah didefinisikan sebagai cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan "budaya" yang bermaksud “budi”dan “daya”. Budi merupakan kecerdasan fikiran dan akal manakala daya ialah kekuatan tenaga, kuasa dan pengaruh. Oleh hal yang demikian, budaya boleh difahamkan sebagai tenaga fikiran yang menentukan pola pemikiran manusia. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain. Terdapat tiga ciri budaya yang dapat dilihat secara umum iaitu pengkongsian suatu masyarakat, tidak dapat berpisah dengan bahasa serta diperolehi melalui proses pembelajaran.
Ketamadunan pula merupakan perkataan yang berasal daripada perkataan Arab yang bererti kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku. Ringkasnya, istilah “tamadun” boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik, halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah masyarakat atau negara bangsa yang akhirnya membentuk suatu budaya. Ciri-ciri ketamadunan dapat dilihat melalui beberapa bentuk iaitu bentuk agama yang tinggi, negara yang tersusun rapi, sistem undang-undang, kehidupan bandar, sistem tulisan yang maju dan bentuk-bentuk kesenian dan senibina yang istimewa.
Peradaban pula ditakrifkan sebagai keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa. Perkataan ini berasal daripada kata dasar “adaba” yang bererti tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat. Istilah peradaban sering digunakan untuk merujuk kepada sesuatu masyarakat yang kompleks iaitu masyarakat yang mempraktikkan pertanian intensif, memiliki pembagian kerja dan kepadatan penduduk yang mencukupi untuk membentuk kota-kota. Ia juga dapat digunakan dalam konteks yang luas untuk merujuk kepada seluruh atau tingkat pencapaian manusia dan penyebarannya.
Daripada keseluruhan konsep-konsep di atas, dapatlah disimpulkan bahawa budaya, ketamadunan dan peradaban saling berhubungkait antara satu sama lain dalam membentuk sebuah masyarakat maju.

mohamad fairul (D20051021198) berkata...

Kebudayaan, ketamadunan dan peradaban merupakan lambang kekaguman kepada sesuatu bangsa. Era ini, negara yang mempunyai adab dan budaya serta tamadun yang tinggi mampu menjadi negara yang kekal disegani dan mudah untuk menjalankan urusan hubungan dagangan dengan dunia luar.
Secara definisi, perkataan budaya membawa maksud kecerdasan fikiran dan akal. Jika dilihat dari sudut etimologi kata, perkataan ini wujud daripada pinjaman bahasa sanskrit dan Melayu polinesia iaitu perkataan `budi` (sanskrit) dan `daya` (polinesia). Perkataan `budi` membawa makna kecerdasan fikiran dan akal. Manakala perkataan `daya` pula bermaksud kekuatan tenaga, pengaruh, dan kuasa. Jadi berdasarkan definisi ini dapatlah dihuraikan bahawa budaya bererti gabungan keupayaan manusia dalam sesuatu komuniti merangkumi kecerdasan fikiran dan akal mampu mewujudkan persekitaran atau petempatan yang disegani dan berkuasa.
Dalam pada itu, perkataan tamadun pula merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab yang berbunyi `tamaddana` atau `mudun`, dan madinah yang mendukung pengertian kehidupan yang maju dan mempunyai kelengkapan dan kemudahan masyarakat sejagat yang amat baik dan mampu memberi manfaat kepada semua. Segala ini kebiasaannya dikaitkan dengan gaya hidup masyarakat di bandar. Secara kefahamannya, Malaysia juga merupakan salah satu masyarakat yang bertamadun memandangkan masyarakatnya mampu hidup dalam situasi yang serba lengkap dan mudah di samping masyarakatnya yang sentiasa bersatu padu dalam pelbagai aspek.
Perkataan peradaban pula boleh didefinisikan sebagai perbuatan yang baik dan sopan yang diamalkan oleh setiap anggota masyarakat demi keharmonian sejagat. Istilah peradaban wujud daripada akar kata `adaba` yang membawa konotasi tingkah laku yang berpaksikan akhlak yang baik dan terpuji. Kebanyakan masyarakat Islam di Malaysia menjadikan zaman Rasulullah dan para sahabat sebagai contoh masyarakat yang mempunyai nilai peradaban yang tinggi. Berdasarkan contoh nilai yang diamalkan oleh Baginda dan para sahabatlah, maka masyarakat Islam pada hari ini tidak terlalu teruk mutu akhlaknya berbanding masyarakat yang menganuti agama lain di dunia ini.

Unknown berkata...

Pihak Qew Communications Sdn. Bhd. dengan rasa rendah diri menjemput saudari/saudara untuk memeriahkan Acara Prelude International Malay Art and Culture di Muzium Warisan Melayu, UPM, Serdang pada 21 - 23 NOVEMBER 2014. Kehadiran anda amat dihargai.