tag:blogger.com,1999:blog-4816229475126136725.post1464943676719634837..comments2022-03-01T21:54:12.204-08:00Comments on Seni budaya Melayu [BST2083]: Konsep budaya, ketamadunan dan peradabanUnknownnoreply@blogger.comBlogger117125tag:blogger.com,1999:blog-4816229475126136725.post-47362407078918019122014-11-12T04:08:26.924-08:002014-11-12T04:08:26.924-08:00Pihak Qew Communications Sdn. Bhd. dengan rasa ren...Pihak Qew Communications Sdn. Bhd. dengan rasa rendah diri menjemput saudari/saudara untuk memeriahkan Acara Prelude International Malay Art and Culture di Muzium Warisan Melayu, UPM, Serdang pada 21 - 23 NOVEMBER 2014. Kehadiran anda amat dihargai.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/01828945969195244752noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4816229475126136725.post-33261488490463080932007-08-02T02:57:00.000-07:002007-08-02T02:57:00.000-07:00Kebudayaan, ketamadunan dan peradaban merupakan la...Kebudayaan, ketamadunan dan peradaban merupakan lambang kekaguman kepada sesuatu bangsa. Era ini, negara yang mempunyai adab dan budaya serta tamadun yang tinggi mampu menjadi negara yang kekal disegani dan mudah untuk menjalankan urusan hubungan dagangan dengan dunia luar.<BR/>Secara definisi, perkataan budaya membawa maksud kecerdasan fikiran dan akal. Jika dilihat dari sudut etimologi kata, perkataan ini wujud daripada pinjaman bahasa sanskrit dan Melayu polinesia iaitu perkataan `budi` (sanskrit) dan `daya` (polinesia). Perkataan `budi` membawa makna kecerdasan fikiran dan akal. Manakala perkataan `daya` pula bermaksud kekuatan tenaga, pengaruh, dan kuasa. Jadi berdasarkan definisi ini dapatlah dihuraikan bahawa budaya bererti gabungan keupayaan manusia dalam sesuatu komuniti merangkumi kecerdasan fikiran dan akal mampu mewujudkan persekitaran atau petempatan yang disegani dan berkuasa.<BR/>Dalam pada itu, perkataan tamadun pula merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab yang berbunyi `tamaddana` atau `mudun`, dan madinah yang mendukung pengertian kehidupan yang maju dan mempunyai kelengkapan dan kemudahan masyarakat sejagat yang amat baik dan mampu memberi manfaat kepada semua. Segala ini kebiasaannya dikaitkan dengan gaya hidup masyarakat di bandar. Secara kefahamannya, Malaysia juga merupakan salah satu masyarakat yang bertamadun memandangkan masyarakatnya mampu hidup dalam situasi yang serba lengkap dan mudah di samping masyarakatnya yang sentiasa bersatu padu dalam pelbagai aspek.<BR/>Perkataan peradaban pula boleh didefinisikan sebagai perbuatan yang baik dan sopan yang diamalkan oleh setiap anggota masyarakat demi keharmonian sejagat. Istilah peradaban wujud daripada akar kata `adaba` yang membawa konotasi tingkah laku yang berpaksikan akhlak yang baik dan terpuji. Kebanyakan masyarakat Islam di Malaysia menjadikan zaman Rasulullah dan para sahabat sebagai contoh masyarakat yang mempunyai nilai peradaban yang tinggi. Berdasarkan contoh nilai yang diamalkan oleh Baginda dan para sahabatlah, maka masyarakat Islam pada hari ini tidak terlalu teruk mutu akhlaknya berbanding masyarakat yang menganuti agama lain di dunia ini.mohamad fairul (D20051021198)https://www.blogger.com/profile/07547392296428270621noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4816229475126136725.post-8023368288962636432007-07-25T22:04:00.000-07:002007-07-25T22:04:00.000-07:00Budaya, ketamadunan dan peradaban. Ketiga-tiga per...Budaya, ketamadunan dan peradaban. Ketiga-tiga perkataan ini mempunyai maksud yang berbeza. Secara amnya, budaya dapatlah didefinisikan sebagai cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan "budaya" yang bermaksud “budi”dan “daya”. Budi merupakan kecerdasan fikiran dan akal manakala daya ialah kekuatan tenaga, kuasa dan pengaruh. Oleh hal yang demikian, budaya boleh difahamkan sebagai tenaga fikiran yang menentukan pola pemikiran manusia. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain. Terdapat tiga ciri budaya yang dapat dilihat secara umum iaitu pengkongsian suatu masyarakat, tidak dapat berpisah dengan bahasa serta diperolehi melalui proses pembelajaran.<BR/>Ketamadunan pula merupakan perkataan yang berasal daripada perkataan Arab yang bererti kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku. Ringkasnya, istilah “tamadun” boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik, halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah masyarakat atau negara bangsa yang akhirnya membentuk suatu budaya. Ciri-ciri ketamadunan dapat dilihat melalui beberapa bentuk iaitu bentuk agama yang tinggi, negara yang tersusun rapi, sistem undang-undang, kehidupan bandar, sistem tulisan yang maju dan bentuk-bentuk kesenian dan senibina yang istimewa. <BR/>Peradaban pula ditakrifkan sebagai keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa. Perkataan ini berasal daripada kata dasar “adaba” yang bererti tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat. Istilah peradaban sering digunakan untuk merujuk kepada sesuatu masyarakat yang kompleks iaitu masyarakat yang mempraktikkan pertanian intensif, memiliki pembagian kerja dan kepadatan penduduk yang mencukupi untuk membentuk kota-kota. Ia juga dapat digunakan dalam konteks yang luas untuk merujuk kepada seluruh atau tingkat pencapaian manusia dan penyebarannya.<BR/>Daripada keseluruhan konsep-konsep di atas, dapatlah disimpulkan bahawa budaya, ketamadunan dan peradaban saling berhubungkait antara satu sama lain dalam membentuk sebuah masyarakat maju.Norehan Che Hamidhttps://www.blogger.com/profile/05783272016294221101noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4816229475126136725.post-84614974250861271992007-07-25T00:38:00.000-07:002007-07-25T00:38:00.000-07:00Sebagai satu istilah, budaya merujuk kepada satu p...Sebagai satu istilah, budaya merujuk kepada satu perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Dari segi etimologi, ‘budi’ bermaksud kecerdasan fikiran dan akal, manakala perkataan ‘daya’ merupakan perkataan jati Melayu yang bermaksud kekuatan. Jika dirangkumkan kedua-dua perkataan ini, ia membawa pengertian tenaga akal fikiran yang menentukan pola kelakuan manusia. Menurut Mohd Taib Osman dalam tulisannya ‘Konflik Kebudayaan Tradisional dengan Kebudayaan Moden’, budaya ialah pola-pola perlakuan yang berdasarkan sistem nilai dan cara masyarakat melihatnya sebagai realiti alam sekeliling. Pola-pola perlakuan dalam masyarakat adalah berdasarkan sistem nilai, kepercayaan dan pengetahuan terhadap alam sekeliling yang terdapat dalam sesuatu budaya. Sesuatu yang boleh difahami di sini ialah budaya yang tinggi akan melahirkan masyarakat yang mempunyai tahap pemikiran yang tinggi juga. Justeru kebudayaan pada hari ini sering dikaitkan dengan kebudayaan moden yang tidak dapat tidak akan dibandingkan pula dengan peradaban Barat. Apa yang jelas ialah segala pencapaian yang terdapat dalam peradaban Barat dianggap sebagai ‘kemajuan’ dan ‘bertamadun’. Justeru segala aspek seperti kesenian, pakaian dan nilai-nilai sosial semakin mempengaruhi corak hidup dan meresap ke dalam pola budaya tempatan sehingga mewujudkan jurang generasi yang cukup besar antara ‘orang lama’ dan ‘orang baru’. Perkataan ‘tamadun’ pula sering digunakan untuk mengambarkan kebendaan (material) sesebuah masyarakat. Namun berdasarkan etimologi, perkataan ini berasal daripada maddana dalam bahasa Arab yang merujuk kepada perbuatan membuka bandar dan kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Pentakrifan tamadun yang lengkap harus menggabungkan kedua-dua perkara yang berkaitan dengan kehalusan budi pekerti dan pembangunan pembandaran. Sesuatu bangsa yang bertamadun sering dikaitkan dengan kemajuan (kebendaan dan kerohanian), kebudayaan, keilmuan, pergaulan, pendidikan, sains dan teknologi. Dalam bahasa Inggeris, tamadun diterjemahkan sebagai culture, renaisaissance dan civilization. Justeru, adunan daripada kebudayaan dan ketamadunan ini dilihat menjadi resepi utama untuk melahirkan sebuah masyarakat yang berperadaban tinggi. Konsep peradaban ialah keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani (sesuatu bangsa, masyarakat dan sebagainya. Ringkasnya, masyarakat yang bertamadun adalah masayarakat yang telah mencapai peradaban yang maju dalam ruang lingkup budayanya.nor azilah bt mohd haranhttps://www.blogger.com/profile/12619775729160619122noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4816229475126136725.post-51492175892180852392007-07-24T06:46:00.000-07:002007-07-24T06:46:00.000-07:00Budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia ...Budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan "budaya" yang bermaksud " budi + daya ";iaitu budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain.Budaya merupakan pengkongsian suatu masyarakat. Budaya juga tidak dapat berpisah dengan bahasa dan budaya diperolehi melalui proses pembelajaran.Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana yang bererti membina suatu bandar atau seseorang/masyarakat yang mempunyai peradaban. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah "culture and civilization" atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Para sarjana telah membahas persamaan dan perbezaan istilah-istilah tersebut. Istilah Tamadun banyak digunakan dalam penulisan Tamadun Islam. di barat, sesebuah dianggap bertamadun dan moden bersifat material. setiap negara berlumba-lumba mencipta tamadun melalui pembinaan mercu tanda. umpamanya, KLCC, pasti sinonim dengan Malaysia. jadi dunia mengenali sesebuah negara kerana mempunyai ciri ketamadunan.Peradaban pula memiliki pelbagai maksud dalam kaitannya dengan masyarakat manusia. Seringkali istilah ini digunakan untuk merujuk kepada suatu masyarakat "kompleks": masyarakat yang mempraktikkan pertanian intensif; memiliki pembagian kerja; dan kepadatan penduduk yang mencukupi untuk membentuk kota-kota. "Peradaban" dapat juga digunakan dalam konteks luas untuk merujuk pada seluruh atau tingkat pencapaian manusia dan penyebarannya (peradaban manusia atau peradaban global). oleh itu, budaya, ketamadunan dan peradaban merupakan aspek yang saling berkaitan dalam pembinaan sesebuah negara atau bangsa.nik nurul shajida binti salleh D20051021165https://www.blogger.com/profile/03351227349760418950noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4816229475126136725.post-75748994521238110452007-07-24T01:36:00.000-07:002007-07-24T01:36:00.000-07:00Perkataan "budaya" secara amnya, ia merujuk kepada...Perkataan "budaya" secara amnya, ia merujuk kepada kegiatan-kegiatan manusia. Perkataan bahasa Inggerisnya, culture, berasal daripada kata akar bahasa Latin "colere" (mendiami, mengerjakan, menghormati). Berbagai-bagai definisi "budaya" yang berbeza membayangkan teori yang berlainan terhadap pemahaman dan kriteria penilaian untuk kegiatan manusia. Ahli antropologi menggunakan istilah ini untuk merujuk kepada keupayaan manusia sejagat apabila mereka mengelaskan pengalaman serta mengekod dan menyampaikan buah fikiran secara simbolik. Mereka menganggap keupayaan ini sebagai ciri yang menentukan genus Homo. Oleh sebab budaya adalah sesuatu yang dipelajari, orang yang tinggal di tempat yang berlainan akan mempunyai budaya yang berlainan. Ketamadunan berasal daripada perkataan tamadun. Tamadun pula berpunca dari kata kerja “maddana” yang bererti memperhalus budi bahasa dan memperelok tingkah laku. Ia juga membawa erti membuka bandar. Kesimpulannya, istilah “tamadun” boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik, halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah masyarakat atau negara bangsa. Ringkasnya, ketamadunan boleh dilihat sebagai pencapaian satu bentuk budaya tinggi.hamidah shafiehttps://www.blogger.com/profile/03251658603510529477noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4816229475126136725.post-28688295964118895652007-07-24T01:22:00.000-07:002007-07-24T01:22:00.000-07:00Assalamualaikum, apabila kita membicarakan tentang...Assalamualaikum, apabila kita membicarakan tentang kebudayaan, pembicaraan itu tidak akan terlepas daripada mencakupi hal- hal lain yang brkaitan dengannya secara langsung, terutamanya pendidikan dan masyarakat. Hal ini berlaku kerana tanpa pendidikan, kebudayaan tidak dimiliki. Penyataan ini juga bermakna tanpa pendidikan, sesuatu budaya itu tidak mungkin wujud. Konsep budaya dalam bahasa Sanskrit bermaksud kecerdasan fizikal dan akal. Oleh itu, kebudayaan membezakan manusia dengan haiwan. Kebudayaan tidak dibawa ketika manusia itu lahir ke dunia. Unsur itu dibina, ditemukan, tumbuh, berkembang, dan disebarkan. Oleh hal yang demikian, sifatnya beragam, yakni berbeza antara satu kelompok manusia dengan kelompok manusia yang lain. Kebudayaan ialah cara berfikir dan merasa, serta menyatakan diri dalam seluruh segi kehidupan sekelompok manusia yang membentuk masyarakat, dalam suatu ruang dan suatu waktu. Penyataan ini telah menjelaskan bahawa masyarakatlah yang mendukung sesuatu kebudayaan itu. Kebudayaan ialah kelompok adat kebiasaan, fikiran, kepercayaan, dan nilai turun- temurun yang dipakai olah masyarakat pada waktu tertentu untuk menghadapi dan menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi yang mungkin timbul., baik dalam kehidupan individu mahupun dalam kehidupan masyarakat keseluruhannya. Dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, akhlak, peraturan, adat resam, serta keupayaan dan tingkah laku yang dimiliki oleh seseorang yang menjadi anggota sesebuah sesebah masyarakat. Kebudayaan merupakan pengetahuan manusia yang diyakini kebenarannya oleh yang bersangkutan dan yang diselimuti serta menyeliputi perasaan- perasaan manusia serta menjadi sumber untuk menilai, iaitu penilaian baik dan buruk, berharga atau tidak berharga, bersih atau kotor, dan sebagainya. Hal itu terjadi kerana kebudayaan mengandungi nilai- nilai moral yang bersumber pada pandangan hidup dan kod etika yang dimiliki oleh sesuatu kumpulan manusia. Perkembangan budaya semua bangsa di dunia ini bermula dengan animisme, iaitu satu bentuk pemikiran manusia primitive yang berkaitan dengan kepercayaan kepada makluk halus, roh, semangat, sakti, dan perkara- perkara lain yang sehubungan dengannya. Bagi orang- orang Melayu, peringkat kedua dalam perkembangan budayanya terisi dengan cara hidup yang berlandaskan Islam.Rosyatihttps://www.blogger.com/profile/10534435533337954138noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4816229475126136725.post-38413771942427637372007-07-23T23:46:00.000-07:002007-07-23T23:46:00.000-07:00Setelah mengikuti kuliah yang lepas, dapat dirumus...Setelah mengikuti kuliah yang lepas, dapat dirumuskan bahawa perkataan “budaya” bukanlah pekataan jati Melayu. Perkataan “budaya” adalah melalui pinjaman serta gabungan daripada perkataan Sanskrit “budhi” dan Melayu “daya”. Perkataan “budhi” yang dipinjam membawa maksud kecerdasan fikiran dan akal manakala “daya” yang berasal daripada perkataan Melayu Polinesia memabawa maksud kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh sesuatu masyarakat. Melalui percantuman perkataan ini, maka “budaya’ dapat didefinisikan sebagai kecerdasan akal, tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa untuk mempengaruhi dan menentukan pola kelakuan manusia. Perkataan budaya juga dapat dibincangkan melalui dua aspek iaitu aspek pandangan masyarakat Timur dan Barat. Pada pandangan masyarakat Timur, “budaya” membawa maksud suatu tenaga fikiran yang menentukan pola kekuatan manusia. Hal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Timur lebih mementingkan kesantunan dan kesopanan dalam kelakuan manusia yang menjadi ciri yang tidak dapat dipisahkan dengan orang Timur. Walaupun masyarakat Timur mementingkan kesopanan dan kesantunan, mereka juga berhak memilih kebebasan untuk mengamalkan budaya masing-masing mengikut batas-batas sosial. Contohnya, perkahwinan hanya berlaku antara lelaki dan perempuan sahaja. Pandangan orang Barat pula, “budaya” mempunyai hubungan yang rapat dengan ketamadunan. Bagi mereka, “budaya” lebih mementingkan material dan menghasilkan sesuatu yang konkrit dan dapat dilihat. Contohnya, masyarakat Barat mula menerima perkahwinan sejenis iaitu antara lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan. Lazimnya, masyarakat yang bertamadun dikatakan mempunyai budaya yang tinggi. Istilah “peradaban” pula berasal daripada perkataan “adaba” yang bermaksud tingkah laku atau kelakuan baik, dan terpuji. “Peradaban” juga menunjukkan keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat. Kesimpulannya, istilah “budaya” “tamadun” dan “peradaban” mempunyai hubungan yang erat.siti johariah binti tain7785https://www.blogger.com/profile/01384502954625661741noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4816229475126136725.post-24829300424352160512007-07-23T22:52:00.000-07:002007-07-23T22:52:00.000-07:00Perkataan 'budaya' merupakan hasil percantuman per...Perkataan 'budaya' merupakan hasil percantuman perkataan 'budi' dan 'daya'. Perkataan 'budi' merupakan kata yang berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud kecerdasan fikiran dan akal. Manakala kata 'daya' pula merupakan kata jati Melayu Polenisia yang membawa maksud kekuatan tenaga, kuasa dan pengaruh.Secara keseluruhan perkataan budaya dapat membawa erti tenaga fikiran yang menentukan pola kelakuan manusia.Menurut Alnord Tonybee "tamadun" ialah satu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti. Hal ini meliputi empat elemen iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni. Mengikut perspektif Islam, Dr. Muhammad al-Bahly mengatakan bahawa "tamadun" ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan sebagainya. Secara keseluruhannya, "tamadun" melambangkan kemajuan sesuatu bangsa daripada pelbagai aspek kehidupan. Perkataan "peradaban" pula berasal daripada kata dasar "adaba" yang bererti tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat. "Peradaban" melambangkan kemajuan kehidupan jasmani dan rohani sesebuah masyarakat. walaubagaimanapun Keadaan ini tidak semestinya dilihat daripada material sahaja, tetapi juga dilihat cara pemikiran mereka. Kesimpulannya, perkataan "budaya", "tamadun" dan "peradaban" adalah saling berkaitan antara satu sama lainbadrulhttps://www.blogger.com/profile/12828718638812431261noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4816229475126136725.post-74868766284323658692007-07-23T22:51:00.000-07:002007-07-23T22:51:00.000-07:00Secara amnya, budaya (culture) bermaksud cara hidu...Secara amnya, budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan "budaya" yang bermaksud " budi + daya "; yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain.“Kebudayaan adalah seluruh cara kehidupan dari masyarakat dan tidak hanya mengenai sebagian tata cara hidup saja yang dianggap lebih tinggi dan lebih diinginkan”. Jadi, kebudayaan menunjuk pada berbagai aspek kehidupan. Istilah ini meliputi cara-cara berlaku, kepercayaan-kepercayaan dan sikap-sikap, dan juga hasil dari kegiatan manusia yang khas untuk suatu masyarakat atau kelompok penduduk tertentu. Konsep ketamadunan pula bukan sekadar beralih daripada aspek pencapaian sebelumnya, tetapi menjurus ke arah mengukur nilai sebagaimana yang digariskan dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW ke arah mengubah cara hidup yang lebih baru dan diredhai Allah SWT. Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana yang bererti membina suatu bandar atau seseorang/masyarakat yang mempunyai peradaban. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah "culture and civilization" atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Para sarjana telah membahas persamaan dan perbezaan istilah-istilah tersebut. Istilah Tamadun banyak digunakan dalam penulisan Tamadun Islam. Ibnu Khaldun merupakan orang pertama yang membuat kajian khusus tentang tamadun pada kurun ke-14 dalam bukunya al-Muqaddimah li Kitab al-'ibar wa Diwan al-Mabtada' wa al-Khabar fi Ayyam al-'Arab wa al-'Ajam wa al-Barbar. Beliau menggunakan perkataan 'umran sebagai merujuk kepada 'tamadun' yang kita fahami sekarang. Di Eropah, perkataan civilisation hanya mula diungkapkan pada abad ke-18 dan mula digunakan pada kurun ke-19. Peradaban adalah memiliki berbagai arti dalam kaitannya dengan masyarakat manusia. Seringkali istilah ini digunakan untuk merujuk pada suatu masyarakat "kompleks": masyarakat yang mempraktikkan pertanian intensif; memiliki pembagian kerja; dan kepadatan penduduk yang mencukupi untuk membentuk kota-kota. "Peradaban" dapat juga digunakan dalam konteks luas untuk merujuk pada seluruh atau tingkat pencapaian manusia dan penyebarannya (peradaban manusia atau global)Rosdana Ab Manam D021184https://www.blogger.com/profile/04900796899035612905noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4816229475126136725.post-14249390157513104932007-07-23T22:06:00.000-07:002007-07-23T22:06:00.000-07:00Kebudayaan, peradaban dan ketamadunanMenurut Prof ...Kebudayaan, peradaban dan ketamadunan<BR/><BR/>Menurut Prof R. Roolvink kebudayaan pula bukanlah sebenarnya berasal daripada kata Sankrit seperti yang biasa kita dengar. Perkataan kebudayaan sebenarnya diilhamkan daripada perkataan Jawa yang terbentuk daripada dua kata iaitu budi dan daya. Kata budi berasal daripada kata Sankrit iaitu buddha yang bermaksud kecerdasan manakala kata budaya pula diambil daripada kata Melayo-Polynesia iaitu dhaya yang bermaksud tenaga(Kebudayaan Istimewa dan pengertian:1-2).<BR/>Di sini ingin saya jelaskan pengertian budaya itu tidak hanya kepada tarian tradisional. Pengertian budaya meliputi budaya material dan budaya non-material. Budaya material adalah seperti pakaian dan senjata manakala budaya non-material adalah seperti falsafah. Maka hal ini perlu kita luaskan perbincangannya kerana kebanyakan masyarakat kita hanya berfikir tentang tarian jika perkataan budaya ini ditimbulkan. Contohnya kita harus membawa masyarakat dalam perbincangan tentang kepentingan budaya seperti bekerjasama dan berakhlak mulia dalam menghadapi momokan globalisasi yang direncana oleh barat. Kesan globalisasi yang nyata ialah kita menjadi masyarakat yang individualistik. Globalisasi juga menyebabkan kita hilang jati diri dan lupa budaya rumpun kita. Kesan globalisasi dari sudut sosial menyebabkan kita hilang jati diri dan cenderung menjadi ‘American’.<BR/>Peradaban pula berasal daripada kata dasar ‘adab’. Peradaban bermaksud keadaan atau tingkat kemajuan pada kehidupan rohani dan jasmani( sesuatu bangsa, masyarakat dsb)(Kamus Dewan Bahasa:7). Peradaban juga mempunyai maksud yang sama dengan tamadun jika dirujuk dalam mana-mana kamus. Maka sebab itulah kita sering melihat dua perkataan ini sering bertukar ganti, misalnya peradaban barat atau tamadun barat. Cuma pengertian yang dibawakan oleh perkataan tamadun lebih terperinci.<BR/> Tamadun pula berasal daripada perkataan Arab ‘tamadana’. Tamadun bermaksud kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku yang berpunca daripada kata ‘maddana’ yang bermaksud memperhalus budi bahasa dan memperelok tingkah laku dan bererti membuka dan membuat bandar. <BR/>Pengertian ini boleh juga dihubungkan dengan istilah Arab ‘hadharah’ yang bermaksud mendiami bandar, tahu adab sopan dan manis tingkah laku(Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam Ke Arah Pembinaan Sebuah Tamadun Dunia:24).<BR/>Jadi daripada beberapa pengertian tamadun tadi dapat kita rumuskan bahawa ketamadunan sesuatu bangsa tidak hanya terletak pada kemajuan kebendaan malah melibatkan kemajuan peribadi. Sebagai contoh seorang mahasiswa mungkin melengkapi sedikit maksud tamadun iaitu maju dari segi kebendaan dengan memiliki komputer riba tapi dia gagal menyiapkan kerja yang diberikan pensyarah. Malah lebih teruk dia menyalin kerja kawannya. Hal ini boleh dirumuskan pelajar tadi tidak bertamadun. Dia gagal menggunakan kemajuan kebendaan untuk membentuk peribadi mulia sekaligus gagal menepati ciri ketamadunan itu. Sesuatu negara itu tidak dikatakan bertamadun sekiranya budaya rasuah berleluasa seperti Indonesia. Asas bertamadun itu ialah akhalak mulia dan tahu jati diri.mohammad zakri.b.zakaria D20051021170https://www.blogger.com/profile/02103450792555060719noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4816229475126136725.post-61853407890732253612007-07-23T21:40:00.000-07:002007-07-23T21:40:00.000-07:00Budaya manusia dapat berubah dari satu kepercayaan...Budaya manusia dapat berubah dari satu kepercayaan kepada satu kepercayaan atau pemikiran yang lebih positif.. Perkataan "budaya" berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu percantuman dua perkataan 'budhi' dan 'daya'. Perkataan 'budhi' yang dipinjam dari bahasa Sanskrit bererti kecerdasan fikiran dan akal manakala 'daya' (perkataan Melayu Polinesia) pula bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut, maka 'budaya' membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa dan menentukan pola kelakuan manusia. Budaya ini boleh dihuraikan daripada dua sudut iaitu sudut pandangan barat dan sudut pandangan timur. Menurut persepsi barat, budaya berkait rapat dengan ketamadunan. Bagi mereka, budaya yang bertamadun mencerminkan kebebasan dan kepentingan serta kemajuan dari segi material atau objek semata-mata. Mereka juga menganggap masyarakat yang berbudaya adalah masyarakat yang bertamadun.Berlainan pula dengan budaya timur yang lebih menitikberatkan spiritual dan nilai-nilai moral. <BR/>Secara umumnya, tamadun membawa erti masyarakat manusia yang telah berjaya keluar daripada kehidupan yang mundur (nomad) dan telah mencapai kemajuan dalam berbagai-bagai aspek kehidupan Istilah tamadun daripada segi bahasa membawa maksud yang sama dengan perkataan civilization dalam bahasa Inggeris.Istilah 'tamadun' berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘maddana’ yang bererti ‘kehalusan budi bahasa’ dan ‘kesopanan tingkah laku’. Tamadun juga membawa erti membuka Bandar. Terbit pula perkataan “madinah” yang juga embawa maksud Bandar dan juga “madani” iaitu orang yang berkelakuan seperti orang Bandar yang bersifat halus dalam berbudi bahasa dan beradab sopan dalam tingkah laku. Edward L.Farmers pula mendefinisikan tamadun sebagai satu unit budaya yang besar yang mengandungi norma-norma sosial, tradisi dan institusi yang dikongsi bersama dan diwarisi daripada generasi ke generasi.. Tambahan lagi Samri Sainuddin dan Ahmad Sohaimi Lazim (2005)menjelaskan konsep asas tamadun boleh dikategorikan kepada tiga pengertian umum iaitu masyarakat manusia yang telah berjaya keluar daripada kehidupan yang mundur(nomad) dan mencapai kemajuan dalam pelbagai aspek kehidupan, Kedua, peringkat atau tahap-tahap kemajuan yang dicapai oleh manusia pada sesuatu zaman. Pengertan ketiga, kehidupan masyarakat moden yang dipenuhi dengan segala kemudahan hasil penggunaan pelbagai teknologi.<BR/>Perkataan "peradaban" pula berasal daripada kata dasar "adaba" yang bererti tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat. "Peradaban" melambangkan kemajuan kehidupan jasmani dan rohani sesebuah masyarakat. . Peradaban selalu dikaitkan dengan tamadun kerana masyarakat yang mempunyai peradaban yang tinggi dikatakan masyarakat yang bertamadun Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa ketiga-tiga konsep iaitu budaya, ketamadunan dan peradaban mempunyai hubungan yang saling berkaitan antara satu sama lain dan tidak dapat dipisahkan apabila membincangkan perkembangan tamadun manusia pada masa lalu,kini dan pada masa akan datang.muhamad shahrul b. abd rahmanhttps://www.blogger.com/profile/13972490124562209365noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4816229475126136725.post-33015491276752941862007-07-23T21:33:00.000-07:002007-07-23T21:33:00.000-07:00Apabila membincangkan mengenai budaya, tamadun dan...Apabila membincangkan mengenai budaya, tamadun dan peradaban kita tidak boleh lari daripada menghubungkaitkan antara ketiga-tiga elemen ini yang menjadi pelengkap antara satu sama lain. Perkataan "budaya" berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu percantuman dua perkataan 'budhi' dan 'daya'. Perkataan 'budhi' yang dipinjam dari bahasa Sanskrit bererti kecerdasan fikiran dan akal manakala 'daya' (perkataan Melayu Polinesia) pula bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut, maka 'budaya' membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa dan menentukan pola kelakuan manusia. Bagi masyarakat Barat, budaya yang bertamadun mencerminkan kebebasan dan kepentingan serta kemajuan dari segi material atau objek semata-mata. Mereka juga menganggap masyarakat yang berbudaya adalah masyarakat yang bertamadun.Berlainan pula dengan budaya timur yang lebih menitikberatkan spiritual dan nilai-nilai moral. <BR/>Di samping itu, tamadun membawa erti masyarakat manusia yang telah berjaya keluar daripada kehidupan yang mundur (nomad) dan telah mencapai kemajuan dalam berbagai-bagai aspek kehidupan Istilah tamadun daripada segi bahasa membawa maksud yang sama dengan perkataan civilization dalam bahasa Inggeris.Istilah 'tamadun' berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘maddana’ yang bererti ‘kehalusan budi bahasa’ dan ‘kesopanan tingkah laku’. Edward L.Farmers pula mendefinisikan tamadun sebagai satu unit budaya yang besar yang mengandungi norma-norma sosial, tradisi dan institusi yang dikongsi bersama dan diwarisi daripada generasi ke generasi.. Tambahan lagi Samri Sainuddin dan Ahmad Sohaimi Lazim (2005)menjelaskan konsep asas tamadun boleh dikategorikan kepada tiga pengertian umum iaitu masyarakat manusia yang telah berjaya keluar daripada kehidupan yang mundur(nomad) dan mencapai kemajuan dalam pelbagai aspek kehidupan, Kedua, peringkat atau tahap-tahap kemajuan yang dicapai oleh manusia pada sesuatu zaman. Pengertan ketiga, kehidupan masyarakat moden yang dipenuhi dengan segala kemudahan hasil penggunaan pelbagai teknologi.<BR/>Perkataan "peradaban" pula berasal daripada kata dasar "adaba" yang bererti tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat. Konsep peradaban juga merujuk kepada keadaan dan tingkat kemajuan terhadap kehidupan jasmani dan rohani. Melalui pencapaian peradaban inilah kemajuan sesuatu tamadun dapat diukur. "Peradaban" melambangkan kemajuan kehidupan jasmani dan rohani sesebuah masyarakat. . Peradaban selalu dikaitkan dengan tamadun kerana masyarakat yang mempunyai peradaban yang tinggi dikatakan masyarakat yang bertamadun. Oleh itu, masyarakat hanya mampu mencapai kemajuan mengikut acuan mereka sendiri didasari oleh budaya, tamadun dan peradaban yang mereka ciptakan. Ketiga-tiga keadaan ini pastinya berbeza antara masyarakat global, perkara ini disebabkan wujudnya perbezaan geografi yang menuntut masyarakat mengadabtasikan kehidupan mereka terhadap alam persekitaran masing-masing. Sayugia, adalah subjektif apabila kita membandingkan sesuatu bangsa itu lebih bertamadun daripada bangsa yang lain berlandaskan perbezaan yang mereka miliki.n_drahttps://www.blogger.com/profile/14480609227021639255noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4816229475126136725.post-90033212069219628412007-07-23T19:53:00.000-07:002007-07-23T19:53:00.000-07:00DATU RAMLEE B. D. AMIR HUSSIN D2005021127Budaya, ...DATU RAMLEE B. D. AMIR HUSSIN D2005021127<BR/>Budaya, ketamadunan dan peradaban merupakan tiga elemen penting dalam menilai jati diri seseorang. Ketiga-tiga elemen ini mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Perkataan ‘budaya’ sebenarnya hasil daripada gabungan dua perkataan iaitu ‘budhi’ dan ‘daya’. Kata ‘budhi’ berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud kecerdasan fikiran dan akal manakala kata ‘daya’ yang berasal daripada kata jati melayu Polenisia yang bermaksud kekuatan tenaga kuasa dan pengaruh. Secara keseluruhannya ‘budaya’ bermaksud tenaga fikiran, usaha rohani dan kuasa yang menggerakkan jiwa dan menentukan pola kelakuan manusia. Jika kita kaji secara mendalam, konsep budaya adalah berbeza-beza daripada dua sudut pandangan iaitu persepsi barat dan persepsi timur. Budaya bagi pandangan barat mempunyai kaitan dengan konsep ketamadunan. Berdasarkan pandangan barat lagi, budaya yang bertamadun mencerminkan kebebasan, kepentingan dan kemajuan daripada segi kebendaan (material) mahupun objek semata-mata. Berbeza pula konsep ‘budaya’ daripada kaca mata timur iaitu menitikberatkan spiritual dan nilai-nilai moral. ‘Ketamadunan’ atau perihal tamadun merupakan perkataan Arab iaitu ‘mudun’ dan kata terbitan ‘tamaddana’ dan ‘madinah’ membawa pengertian sebagai kehidupan di bandar yang dikaitkan dengan corak hidup maju dan dilengkapi pelbagai kemudahan. Selain itu, Istilah ‘tamadun’ juga boleh didefinisikan sebagai keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran iaitu dari segi politik,sosial,ekonomi dan budaya. Jika dikaji secara mendalam, ketamadunan mempunyai perkaitan dengan peradaban yang merupakan kata dasar ‘adaba’. Ianya bermaksud tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesuatu masyarakat. Pendek kata, konsep peradaban adalah merujuk kepada keadaan dan tingkat kemajuan terhadap kehidupan jasmani dan rohani. Melalui pencapaian peradaban inilah kemajuan sesuatu tamadun dapat diukur. Sekiranya kita tidak menekankan budaya dan peradaban sesuatu bangsa, maka runtuhlah tamadun yang ingin dibina. Daripada penjelasan konsep budaya, ketamadunan dan peradaban, jelaslah membuktikan, ketiga-tiga konsep ini tidak boleh dipisahkan kerana mempunyai perkaitan antara satu dengan lain. Sebagai seorang anak jati diri melayu, kita mempunyai peranan yang cukup signifikan dalam menjaga dan memelihara kebudayaan kita supaya sentiasa terjaga walaupun masa terlalu cepat berlalu. Tambahan pula, budaya ini merupakan tunjang kepada ketamadunan dan peradaban yang telah berkurun lama kita pertahankan selama ini.Datu Ramlee Datu Amir Hussin D20051021127https://www.blogger.com/profile/09881640934751909488noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4816229475126136725.post-32841759867035659912007-07-23T18:12:00.000-07:002007-07-23T18:12:00.000-07:00Dalam membincangkan ketiga-tiga konsep perkataan i...Dalam membincangkan ketiga-tiga konsep perkataan ini, secara tidak sedar jika kita perhalusi dengan lebih mendalam kita akan mendapati bahawa budaya, ketamadunan dan peradaban sebenarnya berkait rapat dengan masyarakat dan saling bertautan antara satu sama lain dan . Untuk memahami dengan lebih mendalam ketiga-tiga konsep ini, saya akan mengupas dengan lebih mendalam dan terperinci mengenainya.<BR/><BR/>Secara amnya, budaya bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan "budaya" yang bermaksud " budi + daya ";iaitu budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain. Blok Barat lebih menumpukan pengertian kebudayaan sebagai hasil pemikiran iaitu pemikiran manusia. Barat juga mengatakan budaya itu amat penting dalam kehidupan masyarakat dengan menganggap seseorang yang berbudaya itulah orang yang bertamadun. <BR/><BR/>Dalam pada itu, takrifan tamadun dapat kita lihat melalui dua sudut iaitu mengikut pandangan daripada sarjana barat dan sarjana islam. Menurut Will Deorant dalam bukunya History of Civilization menyatakan bahawa tamadun merupakan sistem sosial yang menolong manusia bagi meninggikan kedudukan kebudayaan. Tamadun juga adalah satu kemajuan atau ciptaan baru yang dilahirkan sesuatu masyarakat untuk menjadikan hidup mereka lebih tenteram dan teratur. Manakala sarjana islam iaitu Ibnu Khaldun dalam bukunya Muqaddimah Ibn Khaldun berpendapat bahawa tamadun merupakan beberapa keadaan dan peristiwa biasa yang melebihi dari patut, terbit dari peristiwa pembangunan dan tamadun mungkin bertambah dengan meningkatnya kemajuan.<BR/> Dari sudut bahasa pula, tamadun berasal dari perkataan Arab “mudun” kata terbitan “tamaddana” dan madinah yang membawa maksud kehidupan di bandar. Peradaban pula berasal dari kata dasar “adaba” yang bererti tingkah laku / bertatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat.<BR/><BR/>Konsep peradaban pula merujuk pada suatu masyarakat "kompleks": masyarakat yang mempraktikkan pertanian intensif; memiliki pembagian kerja; dan kepadatan penduduk yang mencukupi untuk membentuk kota-kota. Peradaban juga digunakan untuk merujuk pada seluruh atau tingkat pencapaian manusia dan penyebarannya. Secara ringkasnya, peradaban merujuk kepada keadaan dan tingkat kemajuan kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat <BR/>Kesimpulannya, ketiga-tiga konsep budaya, ketamadunan dan peradaban merujuk pada cara hidup manusia yang mengalami perkembangan dan kemajuan daripada pelbagai aspek sama ada tingkah laku, pemikiran dan kebolehan mencipta sesuatu sehinggalah mereka disegani dan dihormati. Sesebuah tamadun itu hanya akan lahir apabila memiliki masyarakat yang mempunyai peradaban yang tinggi dan mempunyai kebudayaan sendiri. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa ketiga-tiga konsep ini juga sebenarnya saling berkaitan dan berkait rapat antara satu sama lain.<BR/>HAIDIR B ABDUL HAMID D20051021095HAIDIR B ABD HAMIDhttps://www.blogger.com/profile/05786573865679531112noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4816229475126136725.post-956743214307318322007-07-23T07:30:00.000-07:002007-07-23T07:30:00.000-07:00Perkataan budaya berasal dari perkataan Sanskrit i...Perkataan budaya berasal dari perkataan Sanskrit iaitu percantuman dua perkataan ’budhi” dan “daya”. Perkataan ”budhi” yang dipinjam dari perkataan bahasa sanskrit bererti :kecergasan fikiran dan akal manakala :daya” ialah perkataan Melayu Polynesia bermakan kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Apabila dicantumkan kedua-dua perkataan ini membawa maksud ”tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa yang mengerakkan jiwa. Oleh itu secara kesimpulannya, budaya dari sudut bahasa membawa makna cara hidup manusia, manakala sudut istilah pula menyatakan budaya ialah cara hidup oarang ramai termasuk pemikiran, nilai kepercayan, pandangan dan tabiat berfikir serta cara perlakuan manusia yang mengerakkan jiwa. Budaya ini memberikan identiti kepada kelompok dari segi cara ia mengendalikan hidupnya. Budatya turut diwarisi dari satu keturuanna kepada satu keturunan yang lain. Dari itu, budaya ialah satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling. Manakala tamadun pula bermaksud keadaaan masyarakat manusia yang dicirikan pada taraf kemajuan kebendaaan serta perkembangan pemikiran iaitu dari segi politik, sosilal, ekonomi, dan budaya. Contohnya masyarakat melayu dikataakan mempunyai peradaban yang tinggi kerana mempunyai pelbagai budaya dan nilai-nilai seni yang tinggi. Manakala ”peradaban” pula bermaksud tingkah kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masrakat. Oleh itu sesebuah masyarakat itu dikatakan mempunyai nilai yang tinggi jika mempunyai budaya, tamadun dan peradaban yang maju dan unik.Norazura Hassanhttps://www.blogger.com/profile/03015579380338526508noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4816229475126136725.post-53950562467048952192007-07-23T06:54:00.000-07:002007-07-23T06:54:00.000-07:00Jika diperhatikan dengan teliti, konsep budaya, ke...Jika diperhatikan dengan teliti, konsep budaya, ketamadunan dan peradaban adalah saling berkait dan memerlukan. Ketiga-tiganya merupakan asas kepada pembentukan suatu masyarakat dan bangsa yang pelbagai. Di sini, saya akan mengupas ketiga-tiga konsep ini secara berasingan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), budaya merujuk kepada tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi, bersifat budaya yang mengenai kebudayaan dan sudah maju. Kebudayaan pula didefinisikan sebagai keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban dan kemajuan (akal budi). Jika ditinjau daripada pendapat ahli-ahli antrapologi, kebudayaan merupakan pola tingkah laku yang dipelajari yang disampaikan dari satu generasi kepada generasi seterusnya. Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup masyarakat. Ia merangkumi cara hidup termasuk ilmu pengetahuan, kepercayaan seni, undang-undang, moral, adat-istiadat dan kemahiran-kemahiran lain yang biasanya dipelajari oleh manusia sebagai seorang anggota di dalam masyarakatnya (Tylor, 1871). Tamadun pula merupakan keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain) yang tinggi peradabannya. Tamadun juga merujuk kepada negara dan penduduknya yang telah mencapai tafar kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran yang tinggi peradabannya (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Ketamadunan pula membawa erti perihal tamadun, iaitu segala-gala yang berkaitan dengan tamadun. Dr. Muhammad Sabri Haron dari UKM juga dengan kertas kerjanya bertajuk Tamadun Islam - Perspektif Sejarah, Nilai dan Cabaran Masa Depan menegaskan bahawa Tamadun Islam adalah tamadun yang berasaskan manifestasi Islam sebagai addin yang mencakupi kemajuan rohani dan jasmani. Tamadun Islam mewujudkan keseimbangan dalam hubungan-hubungan manusia-Allah-alam sekitar. Beliau menyarankan agar kita belajar dan mengambil pengiktibaran daripada pemaparan sejarah masyarakat lampau di dalam al-Quran mengenai akibat dan kesudahan menentang Allah dan para Rasul-Nya. Oleh kerana Islam tidak memisahkan urusan keduniaan dan urusan keagamaan, maka Islam boleh menjadi teras kepada sebuah tamadun agung. Akidah tauhid menjadi paksi kepada segenap aspek berkaitan dengan soal pembangunan ketamadunan. Menyentuh soal nilai dalam Islam, beliau menyatakan bahawa nilai yang diiktiraf oleh Islam adalah nilai yang diredhai oleh Allah s.w.t dan bukan berdasarkan pertimbangan mutlak manusia. Prof. Madya Dr. Zainiy Uthman dari ISTAC telah mengutarakan sebuah kertas kerja konsepsual mengenai pemupukan tamadun cemerlang. Kertas kerjanya yang bertajuk Pandangan Alam dan Budaya Cemerlang telah membincangkan persoalan kualiti, penghuraian asas falsafah pandangan alam Barat dan pandangan alam Islam. Beliau menyarankan agar pengertian kualiti yang selama ini dilihat dari sudut atau sifat jasmani turut disertakan bersekali dengan pemahaman aspek ruhani insan. Manakala peradaban pula merujuk keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa, masyarakat dan sebagainya (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005).norhashila ab.latifhttps://www.blogger.com/profile/06640591890029187852noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4816229475126136725.post-57237551844489240022007-07-23T06:53:00.000-07:002007-07-23T06:53:00.000-07:00Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.norhashila ab.latifhttps://www.blogger.com/profile/06640591890029187852noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4816229475126136725.post-2079488836379002532007-07-23T06:51:00.000-07:002007-07-23T06:51:00.000-07:00Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.norhashila ab.latifhttps://www.blogger.com/profile/06640591890029187852noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4816229475126136725.post-17804877440247682812007-07-23T02:18:00.000-07:002007-07-23T02:18:00.000-07:00Mengikut pandangan sarjana Barat, kebudayaan berma...Mengikut pandangan sarjana Barat, kebudayaan bermaksud culture (asal agriculture). Culture bermaksud sesuatu budaya yang lahir dari tradisi pertanian. Pertanian ialah proses membudaya melalui pendidikan dan pemeliharaan tanaman dan kemudiannya meluas kepada semua jenis pemeliharaan dan pendidikan termasuk pendidikan manusia. Akhirnya culture berpindah kepada maksud mendidik akhlak dan resam manusia. Perkataan culture yang bermula dari kaitan dengan pertanian berakhir dengan ilmu dan pengetahuan. Penggunaan perkataan culture membawa maksud memberi pengetahuan kepada akal atau menyuburkan akal manusia. Dari pengertian yang lebih kepada pendidikan akal serta akhlak ataupun menurut pandangan Islam, budaya ialah adat dan citarasa sehinggalah orang yang terdidik itu membawa maksud mereka yang mempunyai ilmu, citarasa dan seni. (Abud, 1981, hlm. 4).Istilah 'budaya' terhasil daripada dua perkataan, iaitu 'budhi' dan 'daya'. Istilah 'budhi' berasal daripada bahasa Sanskrit, yang bermaksud kecerdasan fikiran dan akal. Istilah 'daya' pula merupakan perkataan jati Melayu Polinesia yang membawa maksud kekuatan kuasa, tenaga, dan pengaruh. Oleh sebab itu, perkataan-perkataan ini apabila digabungkan akan menjadi perkataan 'budaya', yang membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani, atau kuasa yang menggerakkan jiwa dan menentukan pola kelakuan manusia.<BR/><BR/>Istilah " tamadun" pula bermaksud keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran iaitu dari segi politik,sosial,ekonomi dan budaya. Biasanya, masyarakat yang bertamadun dikatakan mempunyai peradaban yang tinggi. Spengler membezakan antara peradaban dan tamadun. Peradaban lebih terfokus kepada kemajuan fizikal manakala tamadun menumpukan kepada batinnya. Sarjana Barat iaitu Darcy Riberio mengatakan terdapat 11 ciri tamadun iaitu, penyebaran teknik pertanian, penternakan dan pengkhususan fungsi kumpulan-kumpulan tertentu, revolusi perbandaran, kemunculan bandar dan negara, stratafikasi masyarakat dalam kelas-kelas sosial, pertanian, perairan, dan teknik penghasilan barang tembaga dan gangsa, tulisan, bilangan, kalendar termasuk penciptaan alat-alat baru, perkembangan kapal, penciptaan mata wang yang memungkinkan perdagangan dengan negara-negara asing termasuk revolusi perdagangan, revolusi teknologi dan revolusi industri. <BR/><BR/>Istilah 'peradaban' pula berasal daripada kata dasar 'adaba' yang bererti tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh setiap anggota sesebuah masyarakat. 'peradaban' juga menunjukkan keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat. Dr. Abdul Ghani, sarjana pendidikan Universiti ‘Ain Shams, Mesir mengatakan bahawa istilah peradaban (hadharah/hadhari) bermaksud kemajuan. Peradaban atau hadharah dimaksudkan dengan civilazation. Civil bererti “bukan ketenteraan” yang bermaksud kehidupan dalam kumpulan manusia yang diatur oleh peraturan dan undang-undang. Peradaban atau hadharah dalam maksud ini adalah kelompok yang beradab dan membangun. Masyarakat membangun adalah masyarakat yang mempunyai kemahiran, kepakaran, ilmu dan seni. Oleh yang demikian, peradaban dan hadhari merujuk kepada golongan yang mempunyai taraf hidup tinggi dan tergambar dalam akhlak serta budi pekerti mereka. Oleh yang demikian, civilized person adalah merupakan insan yang terdidik. <BR/><BR/>Kesimpulannya, walaupun terdapat pelbagai pendapat mengenai konsep budaya, tamadun dan peradaban namun kesemua konsep ini saling berkaitan apabila kita ingin membincangkannya.Nor Azarina Bt Mat Said D20051021130https://www.blogger.com/profile/06056972451242052562noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4816229475126136725.post-38577430096996147222007-07-22T07:53:00.000-07:002007-07-22T07:53:00.000-07:00Assalamualaikum..Sebenarnya, budaya, ketamadunan d...Assalamualaikum..<BR/>Sebenarnya, budaya, ketamadunan dan peradaban merupakan satu istilah yang saling berkaitan. Hal ini kerana kesemua istilah ini membawa pengertian ke arah kemajuan dari aspek keseluruhan cara hidup manusia pada satu zaman ke satu zaman. Budaya sebenarnya berasal daripada perkataan 'budi'(sanskrit) yang bermaksud kecerdasan fikiran dan akal dan perkataan 'daya' yang bererti tenaga fikiran yang menentukan pola perlakuan manusia. Kebudayaan merupakan pola tingkah laku yang dipelajari dan disampaikan dari satu generasi ke satu generasi yang seterusnya. Kebudayaan juga merupakan keseluruhan cara hidup masyarakat. Ia merangkumi cara hidup yang termasuk ilmu pengetahuan, kepercayaan seni, undang-undang, moral, adat istiadat dan kemahiran-kemahiran lain yang biasanya dipelajari oleh manusia sebagai seorang anggota di dalam masyarakatnya (Tylor,1871). Sementara itu, iatilah tamadun pula membawa pengertian keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran dari aspek sosial,budaya, politik dan sebagainya yang tinggi. Tamadun turut melambangkan sebuah negara yang penduduknya telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran dari sudut sosial, budaya, politik dan sebagainya yang tinggi. Masyarakat yang bertamadun dikatakan telah mencapai tamadun, mempunyai pemikiran budaya dan moral yang halus, berperadaban dan beradab. Oleh hal yang demikian,peradaban di sini dapatlah didefinisikan sebagai suatu keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat. Secara keseluruhannya, budaya, ketamadunan dan peradaban merupakan satu konsep yang hampir sama dan saling berkait antara satu sama lain yang akhirnya akan membawa kepada satu tahap pencapaian dan kemajuan yang tinggi terhadap keseluruhan cara hidup sesebuah masyarakat. Sekian.syarifah saad D 021185https://www.blogger.com/profile/15437127493091380451noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4816229475126136725.post-4196225705935418222007-07-22T06:15:00.000-07:002007-07-22T06:15:00.000-07:00Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikumwbt dan ...Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikumwbt dan salam sejahtera diucapkan kepada pensyarah dan rakan-rakan. Budaya, tamadun dan peradaban mempunyai pentakrifan konsep yang berbeza. Pada asasnya, kata budaya atau kebudayaan berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu “buddhayah” yang merupakan jamak daripada perkataan “buddhi” bermaksud hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal. Dalam bahasa Inggeris pula, kebudayaan disebut culture, yang berasal dari kata Latin ”Colere”, yang bermaksud mengolah atau mengerjakan. Kajian yang dilakukan oleh Alfred Krober dan Clyde Kluckhohn pada tahun 1952, seperti yang tertulis dalam buku ”Culture: A Critical Review of Concepts and Definitions“, menunjukkan terdapat lebih dari dua ratus definisi tentang budaya. Definisi-definisi tersebut dibuat berdasarkan beberapa pendekatan iaitu pendekatan Geografi dan Geopolitik, pendekatan Bahasa dan Agama, pendekatan Ilmu Pengetahuan dan Teknologi, pendekatan Arkeologi, serta pendekatan Antropologi. Menurut Bacharuddin Jusuf Habibie yang meneliti konsep budaya, menyatakan bahawa budaya sebagai suatu keadaan akibat perilaku manusia secara perorangan atau kelompok, bermasyarakat dan bernegara yang dapat mempengaruhi kehidupan yang damai dan sejahtera. Seterusnya, budaya meliputi aspek kehidupan yang sihat atas garis kemiskinan tanpa membezakan suku, etnik, ras dan jantina, serta tidak mencemari, tidak meracuni sumber daya alam, hidup secara demokrasi menjunjung tinggi hak dan kewajiban asasi manusia, memberi kebebasan untuk beragama, kebebasan mengeluarkan pendapat dan kebebasan menikmati pendidikan sesuai dengan bakat dan keinginan. Sekiranya suatu masyarakat atau bangsa menjalankan kehidupan berdasarkan ciri-ciri budaya di atas, budaya tersebut akan menjadi budaya dunia yang membawa kepada kesejahteraan, kedamaian dan ketenteraman (Bacharuddin Jusuf Habibie). Kebudayaan amat berkait dengan pendidikan dan masyarakat kerana tanpa pendidikan, kebudayaan tidak dimiliki. Kebudayaan tidak dibawa ketika manusian lahir ke dunia sebaliknya dibina, ditemukan, tumbuh, berkembang dan disebarkan. Oleh hal yang demikian, sifatnya beragam iaitu berbeza antara satu kelompok manusia dengan kelompok manusia yang lain. Kewujudannya adalah seiring dengan bahasa yang menjadi cabang utama kebudayaan (Falsafah Kesusasteraan dan Seni Halus, 1989:2). <BR/>Menurut Muhamad Said Ramadan Al-Buti, 2005, tamadun berasal daripada bahasa arab “hadharah” yang berlawanan ertinya dengan perkataan “badawah” (kepedalaman/kebadwian). Pengertian ini semakin luas skopnya apabila sesebuah komuniti masyarakat semakin jauh daripada corak hidup kepedalaman dan ciri-cirinya serta apabila mereka mula terbabit dengan gaya hidup masyarakat maju dan bertindak balas dengan kesan dan natijahnya. Selain itu, berdasarkan Kamus Dewan, 1994, tamadun didefinisikan sebagai keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik), negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran, budaya atau cara hidup. Di samping itu, istilah tamadun juga berasal daripada perkataan arab “mudun”, kata terbitannya “tamaddana” dan “madinah” yang kesemuanya membawa maksud kehidupan di bandar (Titas Pengenalan Ilmu Ketamadunan dan Tamadun Melayu: Konsep dan Penjelasan, 2005:6-7).<BR/>Peradaban berasal daripada kata dasar “adaba” yang bererti tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat (Titas Pengenalan Ilmu Ketamadunan dan Tamadun Melayu: Konsep dan Penjelasan, 2005:7). Peradaban merupakan hasil daripada penguasaan, pengendalian dan pengembangan ilmu pengetahuan dan teknologi yang bersinergi positif dengan budaya. Hanya dengan memanfaatkan ilmu pengetahuan dan teknologi yang dipilih berdasarkan kriteria yang rasional, objektif dan transparens sahaja akan dapat menghasilkan sinergi positif dengan budaya yang menguntungkan peradaban kerana peradaban mencerminkan tingkat kualiti kehidupan masyarakat sebagai hasil pembangunan yang menerapkan ilmu pengetahuan dan teknologi (Bacharuddin Jusuf Habibie). <BR/>Sekian. <BR/>Sumber:<BR/>1. Bacharuddin Jusuf Habibie, 2006. Beberapa Catatan Mengenai Ilmu <BR/> Pengetahuan, Teknologi,Budaya dan Peradaban.<BR/><BR/>2. Samri Sainuddin dan Ahmad Sohaimi Lazim, 2005. Titas Pengenalan Ilmu <BR/>Ketamadunan dan Tamadun Melayu: Konsep dan Penjelasan. UPSI.<BR/><BR/>3. S. H Nasr, 1989. Falsafah Kesusasteraan dan Seni Halus.DBP.NOR SHAM MORAT D20051021150https://www.blogger.com/profile/00103681504822770087noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4816229475126136725.post-46762191540730000552007-07-22T06:10:00.000-07:002007-07-22T06:10:00.000-07:00Dari sudut bahasa, kata kebudayaan ialah kata yang...Dari sudut bahasa, kata kebudayaan ialah kata yang sangat menarik. Istilah ‘budaya’ berasal dari perkataan budi-daya. Perkataan ‘budi’ berasal dari bahasa Sanskrit manakala ‘daya’ berasal dari bahasa Melayu Polinesia.<BR/> Menurut Kamus Dewan Edisi budaya bermaksud kemajuan fikiran, akal budi cara berfikir atau berkelakuan. Budaya juga bermaksud perkembangan di bawah pimpinan manusia berakal dari kemungkinan dan tenaga ‘alam’ termasuk kemungkinan dari tenaga manusia sendiri sehingga menghasilkan satu kesatuan yang seimbang. Pusat kebudayaan itu ialah manusia. Kebudayaan ialah satu keseluruhan kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam serta kebiasaan yang diperolehi manusia sebagai anggota masyarakat. Definisi bukan sahaja menekankan aspek budaya kebendaan seperti alat-alat kesenian, senjata memburu, perkakas memasak dan bentuk rumah.<BR/> Kebudayaan itu mempunyai sifat-sifat superorganic. Kewujudannya mengatasi kewujudan sebarang individu atau organic. Walaupun kebudayaan diamalkan oleh semua tetapi kewujudannya bebas daripada sebarang individu tertentu. Contohnya, bahasa sesuatu bangsa itu tidak bergantung kepada seseorang. Bahasa itu akan berakhir jika semua bangsa itu mesti dari segala bahan yang ditulis atau dirakamkan musnah sama sekali. Jika tidak bahasa itu akan diperturunkan sebagai satu hasil superorganic.<BR/> Kebudayaan itu boleh diperlajari melalui orang dewasa atau dari kelompok setara. Kebudayaan boleh diturunkan daripada satu generasi yang lain dan boleh ditokok tambah. Manusia boleh menambah dan mengubahsuai kebudayaan yang mereka miliki. Kebudayaan juga mempunyai kualiti sosial yang melambangkan kehendak dan aspirasi masyarakat dan mesti diamalkan oleh semua.. kebudayaan juga memiliki kualiti penyesuaian yang melibatkan manusia dengan alam persekitarannya untuk membolehkan manusia mencari makan, pakaian dan tempat tinggal, mereka mesti menyesuaikan diri dengan alam persekitarannya. Kebudayaan itu mesti menyesuaikan diri jika hendak terus kekal. Akhir sekali kebudayaan juga mempunyai nilai integratif. Umumnya, sesuatu bangsa itu disatupadukan oleh kebudayaan yang sama.Perubahan budaya dikatakan berlaku apabila terbentuknya cara-cara pembelajaran yang baru, dimensi sains yang baru dan alat-alat teknologi yang baru. Elemen-elemen asas di dalam perubahan budaya adalah rekaan dan difusi. <BR/> Tamadun dalam Kamus Dewan (2005:1583) bermaksud keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran iaitu sosial, politik dan lain-lain yang tinggi. Dalam menjalani kehidupan sesuatu zaman, manusia biasanya mengalami perubahan daripada keadaan keadaan yang mundur kepada kehidupan yang lebih maju. Tahap kemajuan yang mampu dicapai oleh sesebuah masyarakat dalam pelbagai aspek kehidupan akan mencerminkan tingkat ketinggian tamadunnya. Jadi tamadun itu, amat berkait rapat dengan proses dan hasil daripada kemajuan sesuatu bangsa atau masyarakat.<BR/> Istilah atau perkataan tamadun adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘mudun’ kata terbitannya ‘tamaddana’ dan ‘madinah’ yang kesemuanya membawa maksud kehidupan di bandar. Perkataan tamadun dalam bahasa Inggeri di sebut cilivization yang merujuk kepada perubahan daripada kehidupan nomad kepada hidup menetap yang mempunyai system politik, ekonomi dan sosial yang teratur dan maju. Tamadun ialah masyarakat manusia yang telah berjaya keluar daripada kehidupan yang mundur (nomad) dan berjaya mencapai kemajuan dalam pelbagai aspek kehidupan.<BR/> Tamadun mulai wujud apabila masyarakat yang berpindah-randah itu tinggal menetap di suatu tempat lalu menjalankan kerja-kerja pertanian, ternakan dan nelayan. Taraf hidup masyarakat tersebut semakin meningkat dan petempatan luar bandar atau kampung itu beransur-ansur berkembang kepada bandar. Di bandar, masyarakatnya menjalankan kerja-kerja yang khusus dengan menjual kemahiran kepandaian dan perkhidmatan mereka kepada orang lain. Tamadun juga mempunyai tempoh hayatnya yang merujuk kepada jangka masa yang dicapai oleh sesebuah tamadun sebelum mengalami zaman kemerosotannya seperti tamadun China, Hindu dan Rom mempunyai hayat yang panjang menjangkau ribuan tahun.<BR/> Peradaban berasal daripada kata dasar ‘adaba’ yang bererti tingkah laku atau tatasusila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh anggota sesebuah masyarakat.Takrif peradaban dalam Kamus Dewan (2005: 7) ialah keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani (sesuatu bangsa, masyarakat dsb). Adab atau Peradaban dalam bahasa Arab dan Parsi dalam bahasa Melayu juga bererti budaya. Iaitu pengetahuan bahasa dan sastera dalam erti yang seluas-luasnya, pendidikan yang terbaik dan kesopanan. Hasil daripada kajian sarjana Barat, Islam dan Timur didapati lebih daripada 20 buah peradaban besar pernah wujud dan sebahagian besarnya telah ditelan zaman. Contoh peradaban besar dunia ialah peradaban Mesir, Mesopotamia, Lembah Indus. Greek dan sebagainya. Peradaban-peradaban itu kebanyakannya lahir di kawasan-kawasan yang subur seperti di lembah-lembah sungai, kuala sungai dan tasik-tasik besar.<BR/>Walau apapun tafsiran tentang ketiga-tiga istilah ini, ketiga-tiga istilah ini walaupun mempunyai maknanya tetapi setiap di antaranya menitikberatkan aspek tertentu dari pengertian kebudayaan. Tetapi satu perkara yang jelas iaitu pengertian budaya mempunyai dua segi iaitu segi rohani dan batin tetapi kebendaan (material ) dari segi luarannya jelas merujuk kepada tamadun dan peradaban, biarpun tidak hilang dalam kebudayaan.NOORERNI MANJA D20051021142https://www.blogger.com/profile/07589466059143846491noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4816229475126136725.post-25841980193242548702007-07-22T03:16:00.000-07:002007-07-22T03:16:00.000-07:00Kebudayaan melayu terlalu indahdan penuh estetik. ...Kebudayaan melayu terlalu indahdan penuh estetik. Budaya berasal daripada dua perkataan iaitu budi dan daya. Budi adalah perkataan Sanskrit yang membawa maksud kecerdasan fikiran dan akal. Manakala, daya adalah perkataan Melayu polisemia yang membawa maksud kekuatan, kuasa dan pengaruh. Kedua-dua perkataan ini dicantum dan membentuk perkataan baharu iaitu budaya. Budaya adalah akar budi sesuatu bangsa. Masyarakat berbudaya adalah masyarakat yang mempunyai ketamadunan iaitu hidup yang hamper dengan alam. Alam melayu terbentuk daripada pelbagai rumpun bangsa. Oleh itu, kita dapat melihat sendiri betapa banyaknya monument yang terbentuk di alam melayu. Budaya sesuatu masyarakat itu dapat dilihat daripada pemakanan, pemakaian serta pemikiran mereka. Tenaga fikiran juga memainkan peranan penting dalam menentukan pola kelakuan manusia sama ada secara material atau pun bukan material iaitu secara spiritual. Kepercayaan seseorang individu itu juga merupakan budaya. Kepercayaan merangkumi aspek memahami ilmu, memahami diri sendiri serta memahami alam. Kepercayaan seseorang terhadap ilmu yang dipelajari untuk manfaat bukannya untuk kejahatan. Seseorang itu perlu memahami dirinya sendiri iaitu dengan menjaga batas pergaulan, pemakanan serta cara berpakaian. Sebagai mahkluk Allah swt kita perlu memahami kejadian ala mini. Unsure alam ciptaan Allah swt mempunyai tiga elemen utama iaitu manusia, tumbuhan serta haiwan. Dengan ini bertepatan dengan konsep menjalinkan hubungan dalam Islam iaitu hubungan manusia dengan pencipta iaitu hablun minallah serta hubungan manusia dengan manusia iaitu hablun minannas. Hubungan budaya dan peradaban sangat erat. Contohnya dapat dilihat sejak kewujudan manusia primitif lagi iaitu Perak Man. Setiap tamadun dibina oleh budaya masyarakat tersebut yang membawa banyak manfaat. Masyarakat madani dikatakan bertamadun dan berbudaya kerana mempunyai corak hidup yang lebih mudah dan berkesan. Masyarakat berbudaya menjadi tarikan umum. Konsep budaya mengikut tafsiran barat adalah sesuatu budaya itu akan bertamadun sekiranya mempunyai material atau sebagai objek yang bergerak pantas atau dengan lebih tepat lagi merujuk kepada kebebasan iaitu ‘human right’. Manakala masyarakat timur lebih tertumpu kepada spiritual iaitu soal kepatuhan dan kesopanan. Oleh itu, sama-samalah kita membudayakan masyarakat Melayu yang madani. Budi bahasa budaya kita…hasnaliza md fauzihttps://www.blogger.com/profile/05193382634552724823noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4816229475126136725.post-73443738673926323422007-07-22T03:01:00.000-07:002007-07-22T03:01:00.000-07:00Assalamualaikum dan salam muhibah..Budaya melamban...Assalamualaikum dan salam muhibah..Budaya melambangkan akal budi bangsa. Ungkapan inilah yang ingin kita terapkan pada generasi masyarakat. Secara umumnya budaya merupakan corak hidup sesuatu masyarakat. Corak hidup ini berkaitan dengan bertamadun atau tidaknya sesuatu masyarakat. Maksud asal perkataan budaya ialah daripada istilah bahasa Sanskrit iaitu ‘budhi’ dan perkataan ‘daya’ daripada Melayu Polinesia. ‘Budhi’ bermaksud ‘kecerdasan fikiran dan akal’, manakala ‘daya’ pula bermaksud ‘kekuatan tenaga’. Dapat dijelaskan di sini bahawa sesuatu budaya itu melambangkan akal budi bangsa. Ketinggian akal budi ini biasanya diterjemahkan dalam bentuk karya contohnya dalam bentuk pantun, puisi dan sebagainya. Terdapat beberapa budaya yang dikenal pasti iaitu sama ada budaya bukan material atau ‘spiritual’ atau budaya material. Pada masa kini, masyarakat suka mengamalkan budaya yang berbentuk material. Masyarakat Barat menganggap bahawa apabila berbudaya, seseorang itu dapat dianggap sebagai bertamadun. Biasanya, masyarakat Barat ini, mementingkan material seperti harta benda dan kemewahan. Lihat sahaja artis-artis mereka. Artis mereka disanjung tinggi oleh masyarakat kerana kemewahannya. Jika diukur daripada segi corak hidup, mereka langsung tidak bertamadun pada mata masyarakat. Budaya bukan material pula pernah wujud pada kebanyakkan masyarakat orang asli. Contohnya, di Amazon. Mereka mengamalkan budaya ‘spiritual’ dan menggunakan kuasa makhluk halus dalam kehidupan mereka. Masyarakat Melayu zaman dahulu juga mengamalkan budaya bukan material. Pada zaman itu, nilai kerjasama, bertanggungjawab dan sebagainya diterapkan dalam diri mereka. Pada waktu terluang mereka bersepakat bergotong-royong dan beriadah bersama-sama. Mereka lebih mementingkan nilai keikhlasan sesama masyarakat. Nilai budaya yang tinggi melahirkan corak hidup masyarakat yang tinggi. Kewujudan teori-teori budaya memembentuk hukum-hukum sosial. Hukum-hukum sosial masyarakat banyak mempengaruhi pola budaya. Hal ini kerana sesuatu masyarakat mempunyai tanggapan yang berbeza tentang satu-satu fenomena contohnya fenomena asal-usul kejadian manusia, alam dan sebagainya. Tanggapan yang berbeza ini wujud kerana adanya pihak yang kurang bersetuju tentang sesuatu fenomena contohnya pada era pascamoden soal pemilihan jodoh menjadi satu isu bagi mereka. Hukum-hukum sosial yang terbentuk ini dinilai sama ada boleh diterima atau tidak oleh masyarakat. Masyarakat Barat contohnya, telah sedar akan hukum sosial ini. Contohnya di sini adalah ramai manusia tersalah anggap tentang hubungan ibu bapa dengan anak. Mereka menganggap bahawa ibu bapa dan anak seperti sahabat. Hal ini tidak diterima kerana istilah anak adalah anak dan ibu adalah ibu. Penting di sini adalah anak itu tahu tentang tanggungjawab mereka terhadap ibubapa. Namun wujud pemberontakan jika sesuatu hukum sosial tidak diterima oleh masyarakat. Jelaslah di sini bahawa, hukum-hukum sosial membentuk pantang larang berdasarkan fenomena yang berlaku.Fairuz bt Mohd Noorhttps://www.blogger.com/profile/09885194811955700617noreply@blogger.com