Selasa, 31 Julai 2007

Kebudayaan Tradisional

1) Mengapakah terdapat konflik antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden. Jelaskan dengan memberi contoh yang sesuai.

2) Apakah yang anda fahami dengan ciri persambungan dan ciri perubahan dalam budaya. Beri satu contoh yang relevan.

115 ulasan:

yosyaroza roslan (D20051021206) berkata...

1) Tradisi merupakan warisan daripada masa yang berlalu, yang seterusnya diamalkan oleh masyarakatnya. Terdapat pelbagai cara untuk kita memperlihatkan bahawa budaya tradisional wujud sebagai ciri-ciri budaya yang telah lanjut usianya dan berkemungkinan tidak lagi relevan pada masa kini, tetapi tetap mempunyai nilainya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, selepas kemasukan Barat di Tanah Melayu, berlaku banyak perubahan kepada budaya tradisional masyarakat Melayu. Konflik ini berlaku kerana kejutan budaya akibat daripada era globalisasi dan arus pemodenan. Sebagai contoh, pada zaman dahulu, masyarakat Melayu memakai baju-baju tradisional untuk menghadiri majlis-majlis tertentu, seperti majlis perkahwinan. Namun, pada hari ini, kebanyakan daripada masyarakat Melayu telah mengubah cara berpakaian, termasuklah memakai baju-baju moden seperti seluar jeans dan blaus ketika menghadiri majlis-majlis perkahwinan. Selain itu, masyarakat tradisional juga mengadakan majlis perkahwinan di rumah. Berbeza dengan perkahwinan pada zaman dahulu, masyarakat kini lebih gemar mengadakan majlis perkahwinan di hotel-hotel dan berkonsepkan taman. Begitu juga dengan amalan gotong-royong yang semakin kurang diamalkan. Masyarakat moden lebih cenderung mengadakan majlis makan secara bufet atau katering. Aktiviti ini secara tidak langsung menyebabkan hubungan masyarakat Melayu tidak akrab seperti masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa pemodenan di Tanah Melayu telah menyebabkan budaya tradisional ini semakin dipinggirkan, walaupun bukan secara keseluruhannya.

2) Budaya merupakan satu sistem yang hidup, iaitu ‘on going system’. Budaya juga mempunyai ciri-ciri perubahan dan persambungan. Ciri-ciri budaya persambungan berlaku mengikut penyesuaian masa. Budaya ini menjadi salah satu landasan untuk hidup. Sebagai contoh, budaya sirih junjung dalam hantaran perkahwinan. Walaupun zaman semakin mengalami pemodenan, namun budaya menyerahkan sirih junjung ini masih lagi diamalkan oleh pasangan pengantin pada hari ini. Begitu juga dengan budaya pakaian tradisional, iaitu baju kurung. Cuma baju kurung pada hari ini telah diubah sedikit reka bentuknya. Ciri perubahan pula adalah mengikut kepada keadaan semasa. Ia timbul akibat daripada sesuatu keadaan yang timbul. Sebagai contoh, ibu kita pada masa dahulu akan menunggu bapa kita pulang daripada kerja. Mereka begitu setia menanti di hadapan pintu rumah. Setelah melihat bapa pulang, mereka akan menyambut mereka dengan salam dan ciuman di tangan. Namun, pada hari ini, kebanyakan ibu telah bekerja. Jadi, sangat jarang kita dapat melihat ibu pada zaman ini yang dapat menyambut kepulangan bapa daripada kerja seperti ibu-ibu pada zaman dahulu.

EnGeNie Oh Siok Yii berkata...

Penggunaan istilah “ moden” selalu bertentangan dengan traditional. Moden merupakan simbol kemajuan, pemikiran rasional dan juga merupakan salah satu ciri bagi masyarakat maju. Bagi istilah “ traditional” pula, ia selalu dikaitkan dengan kemunduran, tidak rasional dan juga dikaitkan dengan faktor bukan material. Menurut Durkheim, proses modenisasi menyebabkan runtuhnya nilai-nilai tradisi. Di sini, apabila kita kaitkan antara budaya moden dan budaya traditional, konflik akan wujud kerana kehadiran budaya moden ini telah meruntuhkan nilai-nilai murni yang terdapat pada budaya traditional. Sebenarnya, penyataan yang mengatakan budaya moden boleh membawa kemajuan boleh dipertikaikan. Hal ini demikian kerana bukan semua budaya moden boleh membawa kesan yang positif kepada masyarakat. Hal ini dapat dibukti melalui pelbagai media massa dan media cetak yang memaparkan kesan daripada budaya moden ini. Sebagai contoh, pada masa dahulu, masyarakat dulu memang terkenal dengan sikap yang lemah lembut dan bersopan santun. Walaupun masyarakat pada masa itu tidaklah secanggih pada masa kini, namun pengamalan nilai-nilai murni dan nilai-nilai moral ini telah menjadikannya salah satu budaya yang dihormati dan dihargai oleh masyarakat luar. Inilah dikatakan sebagai budaya traditional yang lebih mementingkan nilai murni. Sebaliknya, apabila kita sebut sahaja budaya moden sekarang, banyak isu-isu negatif yang timbul. Contohnya, budaya samseng, gengsterisme, dan banyak lagi kes-kes jenayah. Hal ini sedemikian kerana budaya traditional ini telah diracuni oleh budaya moden yang dibawa dari negara barat. Budaya moden bukan sahaja meruntuhkan nilai-nilai murni masyarakat, tetapi juga telah meracuni pemikiran masyarakat dengan mengatakan budaya moden lebih baik daripada budaya traditional. Ini menyebabkan masyarakat mempunyai persepsi bahawa hanya budaya moden ini sahaja akan membawa kemajuan dan budaya tradiotional harus diabaikan kerana ia merupakan penghalang kepada kemajuan. Oleh itu, kita sebagai seorang yang rasional, kita harus pandai untuk membezakan antara baik dan buruk. Sememangnya, konflik antara budaya moden dan buaday traditional ini memang tidak dapat dinafikan. Namun, konflik ini dapat dikurangkan sekiranya budaya moden yang positif disesuaikan dengan budaya traditional.

EuGeNie Oh Siok Yii berkata...

Seperti mana yang kita tahu, budaya bukan sahaja mempunyai cirri-ciri dinamik, malah budaya juga mempunyai dua lagi ciri utama yang penting iaitu cirri kesambungan dan ciri perubahan. Ciri kesambungan bermaksud sesuatu budaya itu akan diwarisi turun-temurun, dari satu generasi kepada generasi yang lain. Sebagai contoh, budaya pemakaian orang Melayu iaitu pakaian baju kurung. Budaya ini tidak berubah sejak dahulu lagi dan budaya ini masih lagi diamalkan sehingga hari ini. Inilah yang dikatakan sifat budaya yang mempunyai ciri kesambungan. Seterusnya, budaya juga mempunyai ciri perubahan iaitu budaya boleh berubah mengikut keadaan semasa. Dengan mengambil contoh yang sama iaitu pakaian baju kurung, banyak perubahan yang telah dilakukan ke atas baju kurung ini. Misalnya, baju kurung turut disesuaikan dengan budaya yang lain seperti budaya cina. Banyak pakaian baju kurung pada masa kini mempunyai persamaan dengan baju cheongsam yang dipakai oleh orang Cina. Dengan itu, ciri perubahan ini amat penting untuk memastikan sesuatu budaya itu tidak ditelan oleh arus perkembangan. Dengan adanya perubahan yang dilakukan kepada baju kurung ini, maka budaya ini tidak akan pupus malah budaya untuk memakai baju kurung ini bukan sahaja terhad kepada kaum Melayu sahaja, malah kaum yang lain juga dapat berkongsi budaya memakai baju kurung kerana unsur-unsur budaya mereka telah diserapkan dalam pakaian tersebut. Keadaan ini telah memenuhi salah satu prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima sebagai sesuatu yang dinamik , sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian. Oleh itu, memang wajar mengatakan budaya mempunyai kedua-dua ciri penting iaitu ciri kesambungan dan ciri perubahan. Tanpa kedua-dua ciri ini, sesuatu budaya itu tidak akan berkekalan.

yee sheau yng D20051021205 berkata...

1) Bermulanya Tanah Melayu jatuh ke tangan Portugis maka bermulalah budaya pembaratan. Dengan kemasukan penjajah asing, maka secara langsung budaya mereka akan serap masuk ke dalam budaya negara kita. Pertemuan antara pendukung budaya masing-masing akan muncul peniru perilaku tertentu atau pola perilaku tertentu. Meniru tindakan orang lain adalah kewajaran seseorang manusia. Tindakan ini lahir kerana tujuan-tujuan tertentu seperti terdorong oleh aspek kesedaran ataupun sifat emosional manusia. Ertinya, seseorang individu biasa meniru perilaku orang lain hanya kerana dia melihat perilaku yang ditampilkan oleh orang lain nampak lebih indah atau moden. Tindakan meniru atau yang biasa disebut dengan tindakan imitasi biasa terjadi jika ada yang ditiru. Di sini faktor emosional dominan memainkan perana kerana seseorang tidak akan memikirkan apakah perilaku yang ditiru tersebut sesuai atau tidak dengan keadaaan dirinya tetapi hanya mengikut kehendak dirinya. Hal ini menyebabkan berlakunya konflik antara budaya tradisional dan budaya moden. Budaya tradisional ialah budaya asli bangsa Melayu manakala budaya moden adalah hasilan daripada percampuran budaya Barat. Konflik antara budaya tradisional dengan budaya moden banyak berlaku dari segi makanan, pakaian, seni bina, dan lain-lain lagi. Contoh yang lazim berlaku ialah dari segi makanan. Pada zaman dahulu, makanan Melayu tentu mempunyai nasi putih tetapi berbanding dengan zaman sekarang, makanan segeralah menjadi makanan kegemaran orang Melayu seperti KFC, McD atau Café untuk makan makanan Barat. Selain itu, pada zaman dahulu anak perempuan tidak dibenarkan berada di ruang tamu sekiranya tetamu datang tetapi pada zaman sekarang sudah berubah. Anak perempuan turut berada di ruang tamu untuk bersembang-sembang. Di samping itu, dari segi pakaian pula baju kurung atau baju Melayu merupakan warisan budaya tradisional bangsa Melayu. Dengan kemunculan budaya moden, bangsa Melayu sekarang turut memakai baju kemeja dan berseluar jean selain memakai baju Melayu mereka.

2) Ciri perubahan dalam budaya adalah mengikut penyesuaian semasa. Menurut Soekandar Wiraatmaja (1972), perubahan budaya lebih luas dan merangkumi semua segi kebudayaan seperti kepercayaan, pengetahuan, bahasa, teknologi, dan sebagainya. Perubahan dipermudah dengan adanya perhubungan dengan kebudayaan lain yang akhirnya akan terjadi percampuran budaya. Contohnya, pada zaman dahulu, masyarakat Melayu menggunakan kayu dan arang untuk memasak manakala pada zaman sekarang, gas sudah menjadi alat untuk memasak. Budaya kita sudah berubah akibat daripada pemodenan. Manakala ciri persambungan dalam budaya ialah budaya yang asli tetap wujud tetapi budaya tersebut akan mengalami sedikit perubahan akibat daripada kemasukan budaya asing. Contohnya, pemakaian tudung bagi bangsa Melayu. Menurut budaya tradisional, pemakaian tudung adalah bertujuan memenuhi kehendak agama Islam iaitu menutup aurat mereka tetapi dengan kemasukan budaya moden, pemakaian tudung bukan sahaja untuk menutup aurat tetapi turut menjadi salah satu fesyen dalam kalangan masyarakat. Walaupun ciri perubahan dan ciri persambungan dalam budaya mempunyai kelainan antara satu sama lain tetapi kedua-dua ciri tersebut adalah saling berkaitan. Hal ini kerana, dengan adanya kedua-dua ciri tersebut maka budaya kita tidak akan pupus akibat daripada globalisasi negara. Sesuatu budaya turut akan diamal oleh sesuatu bangsa tetapi dengan hanya mengalami perubahan atau penambahbaikkan mengikut perubahan semasa.

nik zuraihan bt nik hasaan D021108 berkata...

1) Konflik antara budaya tradisional dengan kebudayaan moden telah lama wujud. Ini dapat dilihat apabila print nationalism telah menyebar dengan cepatnya ke seluruh Malaya dan daerah-daerah sekitarnya sehingga tercetusnya akhbar Saudara (1928), Neracha (1911), Edaran Zaman (1925), al-Ikhwan (1926) dan Utusan Melayu. Pulau Pinang menjadi pusat penyataan semangat zaman baru, iaitu zaman untuk melihat perubahan pemikiran masyarakat dalam menghadapi penjajah dan menyaksikan keperluan untuk perubahan pemikiran apabila berlaku pertembungan antara nilai tradisi dan moden. Kaum muda melalui print nationalism telah memperjuangkan reformasi masyarakat, perubahan sistem pendidikan dan perubahan mentaliti masyarakat Islam agar dapat menyaingi kemasukan hagemoni politik dan budaya pendatang pada masa itu. Sastera Melayu di Malaya menjadi satu “Vehicle” untuk mengubah pemikiran masyarakat. Print-nationalism tersebut menyatakan semangat mengembalikan keagungan Islam dengan menolak penguasaan penjajah, mengembalikan keagungan Islam melalui reformasi sistem pendidikan, dan mengubah nilai-nilai pemikiran masyarakat tradisi yang tidak sesuai dengan zaman. Ledakan globalisasi juga mewujudkan konflik antara budaya tradisional dan barat. Konflik ini dilihat bukan sahaja daripada konteks pakaian dan makanan tetapi lebih juga menjurus kepada pemikiran dan mentaliti masyarakat..

2) Persambungan budaya merujuk kepada pengamalan budaya lama yang masih diteruskan manakala perubahan budaya merupakan amalan budaya lama tetap diteruskan tetapi diasimilasikan dengan budaya luar yang meresap masuk ke dalam budaya lama dan diamalkan. Pentingnya adat masyarakat Melayu jelas terlihat dalam peribahasa yang berbunyi Biar mati anak, jangan mati adat. Contohnya adat dan budaya Melayu yang mengalami proses perubahan budaya adalah seperti adat perkahwinan. Tata perlakuan dalam adat resam masyarakat Melayu terutamanya adat dan budaya perkahwinan banyak dipengaruhi oleh adat yang diwarisi dari budaya Hindu yang disesuaikan mengikut unsur-unsur Islam. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Mengikut adat silam, dari segi persediaan untuk perkahwinan terdapat adat-adat berkaitan dengan berandam, berasah gigi dan berinai. Kemuncak dalam adat resam perkahwinan keseluruhannya adalah majlis bersanding. Di masa silam, bersanding adalah satu aspek perjalanan hidup yang dijalankan oleh ibu bapa. Merekalah yang memilih teman hidup bagi anak masing-masing. Biasanya apabila ibu bapa merasakan anak lelaki sudah sampai masa untuk berkahwin, mereka mula merisik untuk memilih gadis yang sesuai. Pada umumnya, ibu bapa meminta saudara mara mengesan dan mencari gadis sesuai dikahwinkan dengan anak lelaki mereka.
Dalam zaman mengejar kemajuan ini, adakalanya adat resam dikebelakangkan. Ini termasuklah dalam soal adat meminang. Adat meminang boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu merisik dan meminang. Apabila hati seorang teruna telah berkenan pada seorang dara, biasanya dia akan menghantar wakil untuk merisik bagi menentukan sama ada si dara telah berpunya atau belum. Kadangkala semasa merisik, wakil teruna akan menyerahkan sebentuk cincin tanya. Jika pihak dara bersetuju, mereka akan menetapkan tarikh untuk masuk meminang dan seterusnya bertunang. Apabila hari yang ditetapkan tiba, wakil teruna akan masuk meminang secara rasmi. Biasanya pihak teruna akan membawa bersama hadiah beberapa dulang hantaran termasuk sebentuk cincin atau sebagainya. Pada ketika ini, kedua-dua wakil akan menetapkan tarikh ijab kabul dan persandingan mengikut kesesuaian kedua belah pihak. Namun kini, hanya adat masuk meminang sahaja yang masih diamalkan. Pada zaman teknologi maklumat ini, biasanya kedua-dua teruna dara telah berkenalan terlebih dahulu. Jadi adat merisik khabar dirasakan tidak perlu lagi.

mohamad fairul (D20051021198) berkata...

1) Mengapa terdapat konflik antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden.
Kebudayaan merupakan satu ikutan yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat dari generasi ke generasi. Kebudayaan ini diperoleh melalui proses penyerapan ke dalam amalan kehidupan sehari-hari dan ditiru oleh masyarakat berikutnya sebagai mengekal dan menghormati budaya asal. Namun demikian, perkembangan globalisasi telah mengakibatkan wujud pula budaya moden. Fenomena inilah akhirnya mula mewujudkan konflik antara budaya tradisional dan budaya moden.

Konflik yang berlaku antara kedua-dua budaya ini dalam masyarakat Melayu sebenarnya dipengaruhi oleh faktor-faktor tertentu. Antaranya adalah kerana agama. Konflik boleh berlaku dalam kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden kerana berlakunya perselisihan kehendak dalam agama masyarakat Islam dengan budaya moden yang diserap dari barat. Budaya Meayu tradisional kebanyakannya kuat dipengaruhi dengan nilai-nilai agam dan norma yang terpimpin. Namun sebaliknya pula berlaku dengan budaya barat yang mengabaikan faktor ini. Mereka hanya melihat dari sudut pandangan kebebasan sahaja. Contohnya dalam bidang perniagaan. Dalam budaya Melayu tradisional, amalan perniagaan adalah berprinsipkan Islam iaitu memenuhi keperluan manusia di samping mendapatkan rezeki untuk diri sendiri. Hal ini bertepatan dengan kehendak Islam yang menginginkan umatnya berniaga sambil beramal. Tetapi pengaruh perniagaan budaya kapitalisma (Barat) yang di bawa ke alam Melayu pula lebih mementingkan keuntungan semata-mata. Aspek kebajikan pelanggan tidak dihiraukan lagi malah wujud juga penindasan dalam perniagaan cara moden ini. Contohnya amalan riba dalam perbankan dan penipuan dalam timbangan dan sukatan. Hakikat ini tidak diamalkan dalam budaya perniagaan Melayu tradisional. Akan tetapi, budaya ini tetap diterima pakai dalam perniagaan di Malaysia. Penyerapan budaya ini tetap berlaku dalam kalangan masyarakat Melayu. Namun hakikat yang nyata, budaya ini tetap tidak diiktiraf di hati masyarakat Melayu Islam yang sejati.

Dari aspek pemakaian juga turut berlaku konflik antara dua budaya ini. Berdasarkan budaya asal (tradisional) masyarakat Melayu, pakaian yang dijadikan amalan ialah budaya berpakaian sopan, menutup aurat dan tidak menghairahkan. Aspek ini penting kerana melambangkan kesopanan, budi bahasa, kesantunan dan keperibadian masyarakat Melayu. Namun, budaya pemakaian moden yang menerobos ke alam Melayu telah menjadikan amalan ini sedikit sebanyak semakin luntur terutamanya bagi masyarakat luar bandar. Budaya pemakaian ala moden lebih mementingkan fesyen yang menjadi ikutan global dan berjenama. Aspek nilai moral dan agama diabaikan langsung. Akan tetapi, jika ditanya, semua masyarakat Melayu akan akur bahawa pakaian cara Melayu tradisional adalah lebih wajar diamalkan berbanding budaya pakaian moden yang kelihatannya lebih buruk dan tiada langsung melambangkan sikap menghormati agama. Pertentangan antara kehendak kedua-dua budaya inilah yang akhirnya menimbulkan konflik dalam budaya pemakaian di Malaysia.

Secara kesimpulannya, jelaslah bahawa budaya tradisional sememangnya lebih wajar diikuti berbanding budaya moden terutamanya bagi amalan yang berkaitan dengan hubungan interaksi antara manusia. Budaya tradisional juga lebih berperikemanusiaan dan santun berbanding budaya moden yang lebih individualistik dan duniawi.

2) Budaya Melayu yang mengalami persambungan dan perubahan banyak berlaku di Malaysia. Budaya yang mengalami persambungan dan perubahan bermaksud budaya yang terus diwarisi oleh generasi baru daripada generasi lama melalui ikutan yang diamalkan yang kemudiannya mengalami beberapa perubahan atau improvisasi berdasarkan kehendak kemajuan dan globalisasi.

Antara budaya Melayu yang mengalami persambungan dan mengalami perubahan ialah budaya mengadakan kenduri kesyukuran. Masyarakat Melayu dahulu mengadakan kenduri kesyukuran dengan menjemput jiran tetangga, saudara-mara dan fakir miskin sebagai tetamu. Semuanya dibuat berteraskan tuntutan Islam. Namun masyarakat Melayu masa kini, terutamanya masyarakat bandar tidak lagi dan jarang mengamalkan tabiat ini. Walaupun membuat kenduri kesyukuran masih diamalkan, tapi jemputan yang hadir pula kebanyakannya adalah daripada golongan sedarjat mereka sahaja demi menjaga maruah. Malah kenduri kesyukuran yang diadakan pula sudah ada yang bertukar kepada parti dengan mengabaikan terus pembacaan doa selamat pada hari jadi contohnya. Perkara yang berlaku adalah nyanyian lagu hari jadi dan upacara tiupan lilin. Masyarakat dahulu akan mengadakan majlis ulangtahun dengan kenduri kesyukuran dan doa sambil membuat kebajikan kepada fakir miskin, tetapi masyarakat kini membuat kenduri untuk bersuka ria dan menjaga status mereka sahaja. Tetapi, amalan membuat kenduri masih dikekalkan cuma kaedah pelaksanaannya sahaja yang berubah.

Budaya Melayu yang diwarisi sememangnya tidak dapat dinafikan ada yang akan mengalami perubahan berdasarkan kehendak masyarakat sekitarnya. Hakikat ini berlaku kerana adanya pengaruh luar yang lebih berkuasa dan menarik minat masyarakat setempat.Contoh budaya Melayu yang mengalami persambungan dan perubahan adalah budaya lepak di kedai kopi, khususnya masyarakat di Pantai Timur. Jika dahulu, masyarakat Melayu di kampung-kampung iaitu golongan lelaki suka mengamalkan budaya lepak di kedai kopi. Aktiviti kebiasaan yang dilakukan pada masa dahulu ketika melepak di kedai kopi ialah bermain dam, bercerita tentang binatang peliharaan mereka seperti burung atau sebagainya sambil menghisap rokok daun nipah. Setelah wujudnya pengaruh luar dari segi permainan dan sebagainya, budaya lepak ini masih lagi dikekalkan, akan tetapi beberapa aktivitinya telah mengalami perubahan. Jika dahulu aktiviti semasa melepak di kedai kopi ialah bermain dam, menghisp rokok daun, dan bercerita tentang binatang kesayangan, kini aktivitinya ialah bermain daun terup, bermain carrom, sambil minum air coca-cola, air soda, air nescafe, dan rokok yang dihisap pula adalah rokok import seperti rokok Dunhill, Marlboro, dan sebagainya. Fenomena ini jelas menunjukkan budaya Melayu masyarakat pedalaman yang bersambung tetapi mengalami sedikit perubahan kerana faktor globalisasi.

Berdasarkan huraian ini, jelaslah bahawa budaya yang diamalkan oleh Masyarakat Melayu sememangnya akan sentiasa diwarisi akan tetapi tetap perlu akur dengan perubahan yang bakal berlaku kerana kemajuan semasa. Perubahan ini juga berlaku kerana faktor sikap manusia yang lebih individualistik dan memandang prestij. Fenomena seumpama ini seharusnya dikecam dan tidak wajar diikuti kerana segala ini boleh meruntuhkan moral masyarakat Melayu.

Thoo Lee Moi D20051021096 berkata...

Soalan 1:
Sebenarnya, konflik antara budaya tradisional dan budaya moden sudah mula semasa penjajahan Inggeris di negara kita. Namun, konflik yang berlaku semakin ketara apabila dunia mengalami pemodenan yang kononnya dibawa oleh negara Barat yang bertujuan memajukan bangsa di seluruh dunia. Pada pendapat saya, konflik ini berlaku kerana budaya tradisional ialah suatu budaya yang mementingkan nilai-nilai murni dan spiritual tetapi budaya yang diagung-agungkan dalam buday moden ini ialah individualistik dan materialistik. Pada masa dahulu, hampir semua perkara yang dilakukan sangat mementingkan nilai-nilai seperti bekerjasama. Pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” sentiasa menjadi pegangan dalam hidup mereka. Contohnya, sekiranya terdapat pencuri di sesuatu kawasan, penduduk di kawasan tersebut akan bekerjasama dan berikthiar sama-sama untuk menangkap pencuri tersebut. Bagi mereka, permuafakatan merupakan kunci kejayaan. Namun pada hari ini, akibat pengaruh budaya moden/Barat, semangat permuafakatan sedemikian semakin hari semakin jarang kelihatan. Penduduk masa kini menjadi seorang yang bersifat individualistik. Bagi mereka, diri sendiri sahajalah yang penting. Hal orang lain tidak berkaitan dengan mereka. Dengan itu, kata-kata yang selalu dikeluarkan daripada mulut mereka ialah “that’s is none of my business”. Keadaan seperti ini banyak dilihat sekiranya contoh kes pencuri di atas digunakan. Mereka menjadi tidak bermuafakat seperti dahulu, terutamanya masyarakat di kawasan bandar. Bagi mereka, perkara itu merupakan masalah orang lain dan tidak berkaitan dengan mereka. Kesibukan dalam mencari kekayaan masing-masing menyebabkan nilai-nilai murni yang menjadi pegangan hidup dulu telah dilupakan begitu sahaja. Malah pada masa kini, banyak penduduk terutama penduduk di bandar langsung tidak mengenali siapa jiran mereka walalupun di sebelah rumah. Amalan bertegur sapa dan bertanya khabar kepada jiran langsung tidak pernah dilakukan. Keadaan ini amat berbeza dengan masyarakat dahulu yang sering bertegur sapa antara satu sama lain apabila berjumpa. Bagi mereka, amalan sedemikian adalah salah satu cara yang boleh merapatkan hubungan antara mereka. Begitulah antara contoh yang boleh saya berikan. Sememangnya konflik antara budaya tradisional dan budaya moden ini merupakan suatu cabaran yang harus kita hadapi dengan bijak agar budaya tradisional yang begitu cantik dan agung itu tidak pupus ditelan zaman.

Soalan 2:
Budaya merupakan satu sistem yang hidup. Oleh itu, budaya mempunyai ciri persambungan dan ciri perubahan. Ciri persambungan bermaksud sesuatu budaya yang diwarisi dari dahulu hingga sekarang dan tetap dijadikan landasan dalam kehidupan seharian. Sementara itu, ciri perubahan bermaksud sesuatu budaya itu telah mengalami perubahan akibat penyesuaian yang dilakukan seiring dengan keadaan semasa. Rakan-rakan di atas telah pun memberi contoh adat perkahwinan orang Melayu. Jadi, di sini saya ingin berkongsi dengan semua tentang adat perkahwinan orang Cina pula. Dalam perkahwinan orang Cina, “ji shi” yang bermaksud masa yang bertuah sangat dipentingkan. Upacara “pasang katil”, “buka muka”, pengantin lelaki datang ke rumah pengantin perempuan, pengantin perempuan pergi ke rumah pengantin lelaki, acara menuangkan teh dan lain-lain mempunyai masanya yang tertentu. Maksudnya, semua perkara tersebut mesti dilakukan mengikut “masa bertuah” yang telah ditetapkan. Sekiranya melewati masa tersebut, dikhuatiri perkara malang akan menimpa kepada pasangan pengantin dan saudara dekat. Amalan sedemikian masih diteruskan sehingga ke hari ini. Oleh itu, adat tersebut merupakan salah satu budaya yang mempunyai ciri persambungan. Pada dahulu, barang hantaran perkahwinan yang diberikan oleh pihak lelaki adalah banyak sehingga beberapa bakul yang merangkumi barang penggunaan seharian. Namun, pada hari ini keadaan sedemikian sudah jarang kelihatan. Barang hantaran yang banyak itu kebanyakannya telah digantikan dengan wang tunai yang disimpan dalam “ang pau”. Bagi masyarakat Cina sekarang, pemberian wang tunai lebih pratikal daripada barang hantaran yang pelbagai. Mereka berpendapat wang tunai yang diberikan itu membolehkan mereka menggunakan wang tersebut untuk memberi barang yang dirasakan perlu sahaja berbanding barang hantaran yang banyak tetapi tidak berguna. Maknanya di sini amalan budaya itu telah mengalami ciri perubahan walaupun hantaran perkahwinan masih dilakukan dan diteruskan. Yang berubah hanyalah bentuk hantaran perkahwinan itu sahaja. Kesimpulannya, budaya itu sememangnya mempunyai ciri persambungan dan ciri perubahan. Dengan adanya kedua-dua ciri tersebut, barulah sesuatu budaya itu akan hidup berterusan.

Norhashila Ab Latif berkata...

1) Tradisional dan moden dilihat sebagai satu perspektif yang amat berbeza. Perbezaan ini merangkumi pelbagai aspek sama ada pakaian, makanan, kepercayaan, adat resam, cara hidup dan banyak lagi. Wujudnya konflik di antara kebudayaan tradisional dan moden kerana cara hidup masyarakat kini dalam arus modenisasi yang tidak mahu meneruskan amalan-amalan serta budaya tradisional. Kebanyakan mereka mempunyai cara berfikir yang juga moden. Gaya hidup tradisional dianggap tidak lagi releven dengan cara hidup masyarakat kini yang lebih mementingkan material dan duniawi. Dilihat daripada sudut peradaban Islam dan kebudayaannya, kebudayaan dan peradaban tradisional adalah berdasarkan kepada pandangan tertentu, atau point of view yang tertentu; iaitu wahyu yang ditanzilkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah ‘murni’ dan sederhana yang merupakan agama Nabi Adam a.s. dan Nabi Ibrahim a.s.; dan Islam yang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah merupakan pengembalikan kembali kepada agama fitrah yang asal yang paling pokok. Contohnya seni berpakaian adalah merupakan sebahagian daripada seni suci atau sacred art dalam Islam; ianya merupakan sebahagian daripada Sunnah nabi Muhammad s.a.w. Pakaian Islam yang tradisional seperti jubah , qamis, dengan sarban serta kopiahnya ada mempunyai pengertiannya yang tersendiri, iaitu berkaitan dengan manusia dan kedudukannya. Pakaian yang lega, yang tidak menzahirkan bentuk badan itu melambangkan kedudukan insan sebagai khalifah Tuhan di muka bumi yang ditugaskan untuk melaksanakan hukum-Nya dan kehendak-Nya, serta sebagai hamba-Nya yang tunduk menyerah kepada –Nya dan mengabdikan dirinya kepada-Nya. Ertinya pakaian itu menunjukkan insan sebagai makhluk ibadat, tafakur dan musyahadah, serta kegiatan hidup yang berpaksikan pengalaman ibadat dan musyahadah. Kedudukan pakaian dalam Islam ini menjadi jelas apabila kita lihat pakaian di Barat sebagaimana yang ada sekarang melambangkan kedudukan manusia sebagaimana yang dipandang oleh orang-orang Barat dalam world-view mereka. Titus Burckhardt menyatakan bahawa pakaian lelaki moden, yang berasal sebahagiannya dalam zaman Revolusi Perancis dan sebahagiannya pula dalam zaman aliran Puritan Inggeris, mewakili satu sintesis yang hampir-hampir paling sempurna bagi anti-rohaniah dan antibangsawan (iaitu kebangsawanan kejiwaan dan kerohanian selain daripada kebangsawanan dari segi keturunan). Pakaian itu menonjolkan bentuk badan, sambil “memperbaikinya” untuk disesuaikan dengan konsepsi yang sangat tidak munasabah dan yang juga bertentangan dengan alam tabii dan dengan keindahan malakuti yang asasi yang ada pada diri insan.
2) Budaya merujuk kepada perkongsian suatu masyarakat dan diperolehi melalui proses pembelajaran. Budaya juga tidak dapat berpisah dengan bahasa. Ciri-ciri budaya juga merangkumi aspek persambungan dan perubahan. Persambungan budaya merujuk kepada pengamalan budaya lama yang masih diteruskan manakala perubahan budaya merupakan amalan budaya lama tetap diteruskan tetapi diasimilasikan dengan budaya luar yang meresap masuk ke dalam budaya lama dan diamalkan serta perubahan mengikut penyesuaian semasa. Contohnya kebudayaan seni dan muzik dikir barat yang terkenal di negeri kelahiran Che Siti Wan Kembang, Kelantan. Secara tradisionalnya, muzik dikir barat dimainkan bersama alat muzik tradisional seperti gendang anak, gendang ibu, gong dan canang. Kini, warisan ini diteruskan dengan memberi nafas baru daripada segi alat muzik moden yang digunakan seperti gitar, piano, drum dan sebagainya agar dapat menarik minat generasi muda mencintai muzik dikir barat ini. Muzik ini bukan hanya dimainkan di kampung-kampung malahan turut mendapat permintaan dimainkan di hotel-hotel dalam usaha memartabatkan seni budaya muzik tradisional.

Siti Khatijah bt. Abdull Rani berkata...

Konflik antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden berlaku kerana tiap-tiap budaya mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Budaya sememangnya mempunyai ciri-ciri persambungan dan ciri-ciri perubahan. Ini bermakna budaya mempunyai ciri-ciri penyambung yang memberikan kestabilan dan ciri-ciri baharu yang menimbulkan perubahan. Unsur-unsur budaya yang ada ciri-ciri baharu dan membawa perubahan dipanggil kebudayaan moden manakala ciri-ciri persambungan yang diwarisi oleh budaya dari zaman sebelumnya merupakan kebudayaan tradisional. Konflik ini mula berlaku selepas kedatangan barat iaitu pada 1511. Konflik berlaku apabila berlakunya pertentangan nilai dan ‘world-view’ budaya melayu. Nilai ialah susunan ukuran yang dikehendaki atau tidak. Nilai juga kadang-kadang bercanggah antara satu sama lain. ‘World-view’ pula pengetahuan dan kepercayaan terhadap alam sekitar yang terdapat dalam sesuatu budaya. Jadi, pola kelakuan masyarakat perlu berdasarkan sistem nilai dan ‘world-view’ ini. Apabila kebudayaan moden tidak mementingkan aspek ini, maka konflik akan timbul. Kebudayaan moden juga lebih mementingkan aspek teknologi dan pencapaian ekonomi berbanding aspek-aspek kesenian, pakaian dan nilai-nilai sosial. Contohnya konflik berlaku dalam sistem politik apabila sistem beraja sudah tidak berkuasa sepenuhnya. Senjata-senjata seperti keris juga sudah tidak berfungsi sebagai senjata pada masa sekarang. Kewujudannya hanyalah sekadar simbol kebesaran dan alat perhiasan.

Budaya sememangnya mempunyai ciri-ciri persambungan dan perubahan. Budaya yang mempunyai ciri-ciri persambungan bermaksud sesuatu budaya itu masih diwarisi dari zaman sebelumnya dan mempunyai landasan untuk terus hidup. Budaya yang mempunyai ciri-ciri perubahan pula merupakan budaya yang telah diberi nafas baharu untuk penyesuaian dengan keadaan semasa. Ciri-ciri perubahan ini timbul apabila berlakunya perubahan dalam budaya itu sendiri atau berlakunya pertembungan dengan budaya lain secara langsung atau tidak. Kedua-dua ciri ini sentiasa ada pada sesuatu budaya. Ciri persambungan dan perubahan ini berlaku setiap kali adanya pengaruh daripada peradaban luar seperti India, Islam dan peradaban Barat moden. Misalnya sesetengah adat perkahwinan seperti adat merisik dan bertunang masih diwarisi manakala adat bersanding pula telah mengalami perubahan mengikut zaman. Pemakaian baju tradisional seperti baju kurung dan baju melayu juga mempunyai ciri-ciri persambungan dan ciri-ciri perubahan. Pakaiannya masih mempunyai ciri persambungan tetapi sudah mengalami perubahan dalam konsep pemakaiannya. Misalnya dahulu pakaian tradisional ini dipakai di semua majlis tetapi kini pakaian ini hanya dipakai pada masa-masa tertentu sahaja.

Laurina Anak Maung D20051021181 berkata...

Selamat sejahtera.

1) Pada pandangan saya, konflik kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden berlaku kerana kebudayaan moden mempunyai sedikit sebanyak unsur budaya barat yang meresap masuk ke negara kita secara senyap-senyap. Kita sedia maklum bahawa kebudayaan moden amat ketara kemunculannya apabila Barat menjajah masuk ke Alam Melayu. Oleh hal demikian, kebudayaan moden dianggap mengalami beberapa perubahan berbanding kebudayaan tradisonal yang melambangkan identiti dan jati diri masyarakat Melayu. Kebudayaan tradisional mencerminkan jati diri masyarakat melayu yang kaya dengan kesenian, keunikan dan keindahannya. Contohnya nasi lemak mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Nasi lemak yang melambangkan kebudayaan tradisonal orang Melayu kerana dimasak dengan rempah orang melayu dan dibalut dengan daun pisang. Cara masakannya amat istimewa kerana terdapat sambal ikan bilis dan nasi dimasak bersama santan. Kini, walaupun nasi lemak masih dijual di gerai-gerai, tetapi agak kurang generasi muda untuk menikmatinya. Anak-anak muda sudah beralih kepada kebudayaan moden, iaitu makanan moden seperti Kentucky Fried Chicken, Mc Donald, Pizza Hut dan sebagainya. Mungkin generasi muda sekarang ingin mencuba yang baru dan hidup cara moden. Oleh yang demikian, berlakulah konflik antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden.

2) Apa yang saya faham mengenai ciri-ciri persambungan ialah landasan untuk sesuatu budaya itu terus hidup. Ciri-ciri persambungan telah memberikan kestabilan kepada budaya sebagai satu sistem yang hidup. Di sini dapatlah saya mengatakan bahawa ciri-ciri persambungan melambangkan kebudayaan tradisional yang diwarisi daripada zaman sebelumnya. Misalnya, budaya perkahwinan orang Melayu yang diwarisi sejak zaman berzaman dan masih diamalkan sehingga sekarang. Adat perkahwinan biasanya dimulakan dengan upacara merisik, kemudian diikuti melamar dan meminang. Hantaran yang biasanya dibawa oleh rombongan pihak lelaki ialah sirih junjung, sebentuk cincin, satu set bahan solek, bunga ramapai, kuih muih tradisional dan buah-buahan. Apabila pinangan diterima, barulah diadakan upacara perkahwinan kemudian akhir sekali upacara persandingan. Perkahwinan orang Melayu merupakan salah satu ciri-ciri persambungan kerana masih diamalkan sehingga sekarang dan tidak ditinggalkan begitu sahaja.

Ciri-ciri perubahan pula merupakan penyesuaian dengan keadaan semasa. Ciri-ciri perubahan timbul kerana terdapat pertembungan dengan budaya yang lain. Ciri perubahan bolehlah dikatakan sebagai kebudayaan moden yang membawa maksud baru. Contohnya, dahulu masyarakat Melayu mempunyai rumah yang diperbuat daripada papan. Kini, arus pemodenan telah mengubah corak rumah bagi orang Melayu. Kebanyakan rumah orang melayu diperbuat daripada batu bata dan corak moden. Walaupun masih ada yang berumah papan, tetapi dalam rumahnya tetap menggambarkan corak hidup moden. Hal ini kerana, zaman telah berubah dan corak kehidupan masyarakat kita juga mengikut peredaran semasa.

Sekian, terima kasih saya hulurkan.

HARTINI JAWISE D20051021122 berkata...

Hartini Jawise (D20051021122)

Jawapan Soalan 1

Pada pendapat saya, terdapat konflik antara kebudayaan tradisonal dengan kebudayaan moden. Hal ini kerana masyarakat mudah terpengaruh dengan budaya barat yang mengamalkan cara hidup moden. Masyarakat cenderung dengan sikap materialistik. Contohnya, generasi muda gemar menggunakan pakaian yang mempunyai unsur barat. Keadaan ini banyak berlaku baik di bandar mahupun di luar bandar. Amalan pemakaian baju tradisi seperti baju kurung semakin dipinggirkan. Selain itu, kurangnya amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Hal ini kerana generasi muda sering mengamalkan gaya hidup yang terlalu sosial sehingga melupakan tuntutan agama Islam. Mereka sering memasuki pusat-pusat hiburan dan mengamalkan seks bebas. Keadaan ini bertentangan dengan kebudayaan tradisional. Di mana kebudayaan tradisional amat mementingkan ketatasusilaan. Contohnya, zaman dahulu anak-anak lelaki dan perempuan jarang balik lewat ke rumah. Namun, keadaan ini berbeza pada zaman yang serba moden ini. Anak-anak banyak menghabiskan masa di luar rumah. Keadaan ini membolehkan kita menilai sejauh mana penerapan elemen kebudayaan dan kesenian dalam diri generasi muda. Kesimpulannya, walaupun terdapat konflik antara kebudayaan tradisional dengan moden, seharusnya kita perlu memikirkan cara terbaik untuk mengatasi masalah ini. Hal ini kerana seni warisan kebudayaan tradisional masyarakat Melayu mempunya nilai sentimental yang tersendiri. Oleh itu, kita wajar mempertahankannya. Secara tidak langsung apabila masyarakat luar datang ke Malaysia, mereka dapat melihat warisan kebudayaan yang terpelihara keindahan dan keunikannya.


Jawapan Soalan 2
Dalam menuju era globalisasi, masyarakat amat mementingkan aspek kebudayaan. Aspek kebudayaan ini merupakan lambang jati diri bagi sesuatu kaum di Malaysia. Melalui aspek kebudayaan tersebut, wujud ciri persambungan dan ciri perubahan. Kedua-dua ciri ini saling melengkapi antara satu sama lain. Hal ini kerana sesuatu budaya itu tidak bersifat statik tetapi bersifat dinamis. Menurut Solomon (1984:269), ciri persambungan ini sering dikaitkan dengan cara sesuatu budaya itu diamalkan oleh masyarakat dahulu hingga sekarang. Secara tidak langsung ciri persambungan ini dapat memberikan pendedahan kepada generasi muda. Justeru, ciri persambungan ini dapat mempertahankan aspek kebudayaan yang telah diwarisi oleh nenek moyang kita. Jika kawan-kawan di atas memberi contoh tentang adat perkahwinan, kenduri kesyukuran dan muzik tradisional, saya ingin memberi contoh tentang kenduri arwah. Kenduri arwah juga merupakan adat yang telah diamalkan sejak dahulu lagi. Amalan ini dapat memperlihatkan ciri persambungan. Pada kebiasaannya, apabila ada kematian, majlis tahlil atau kenduri arwah akan diadakan oleh keluarga orang yang telah meninggal dunia. Keluarga tersebut menjemput masyarakat sekitar hadir yang terdiri daripada keluarga, sanak saudara dan sahabat handai ke rumah si mati. Orang kampung akan membacakan ayat-ayat al-Quran seperti surah Yasin dan bertahlil untuk dihadiahkan pahalanya kepada si mati. Selepas acara tersebut semua tetamu yang hadir dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan oleh tuan rumah. Jika dilihat kepada kebiasaan majlis kenduri arwah diadakan, adalah bertujuan untuk memohon rahmat kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala bagi si mati. Pada masa yang sama mengajak dan membawa orang ramai khususnya sanak saudara supaya berdoa untuk si mati. Hal ini penting supaya si mati mendapat rahmat daripada doa tersebut. Selain itu, dapat mengeratkan lagi hubungan persaudaraan dalam kalangan sanak saudara dan jiran tetangga. Maka dari sudut ini mengadakan majlis kenduri arwah itu adalah suatu perbuatan yang baik dan digalakkan oleh Islam.
Menurut Zaidah Mustapha (2002:268), ciri perubahan merujuk kepada pertembungan kebudayaan dari luar. Keadaan ini menyebabkan berlaku perubahan daripada segi kebudayaan tradisi masyarakat Melayu. Contohnya, daripada segi pakaian. Jika kita lihat zaman dahulu, masyarakat sering menggunakan baju Kurung, Kebaya dan baju Melayu. Berbeza dengan zaman sekarang, masyarakat lebih gemar memakai jeans dan blaus. Kesemua perubahan ini adalah pengaruh dari negara barat dan masyarakat sekitarnya. Seharusnya, sebagai seorang yang beragama Islam, kita perlu menggunakan pakaian yang menutup aurat. Kesimpulannya, kita perlu mengekalkan adat dan kebudayaan. Hal ini kerana kalau bukan kita yang berbangsa Melayu ini, siapa lagi yang dapat memartabatkan warisan kebudayaan dan kesenian Melayu. Sekian...

Lebat daun bunga tanjung,
Berbau harum bungan cempaka;
Adat dijaga pusaka dijunjung,
Baru terpelihara adat pusaka.

ziziyana bt amin berkata...

Jawapan 1:

Pada pandangan saya, konflik berlaku antara budaya moden dan tradisional adalah disebabkan pemikiran manusia itu sendiri. Ada yang beranggapan, budaya tradisional menampakkan kemunduran sesuatu bangsa. Ada juga dalam kalangan remaja malu untuk mengamalkan budaya tradisional seperti makan cara makan yang menggunakan tangan, malu untuk berbaju kurung kerana tidak kelihatan seksi dan up-to date. Konflik ini mengganggu dalam memartabatkan budaya bangsa dan Negara. Kebanyakan mereka mempercayai budaya yang moden itu adalah budaya barat dan budaya tradisional itu adalah budaya melayu. Oleh itu konflik ini menyebabkan mereka mengagung-agungkan budaya barat. Keadaan ini dinamakan kejutan budaya. Walau bagaimanapun, ada juga masyarakat yang mengamalkan budaya tradisional tetapi diubah sedikit mengikut budaya moden. Hal ini dapat dilihat dalam majlis perkahwinan orang-orang melayu. Walaupun mereka tetap menjalankan adat bersanding, berinai tetapi budaya ini tidak lagi dilakukan secara gotong-royong. Majlis ini dibuat dengan menggunakan perkhidmatan catering, jurukamera dan jurusolek yang diupah beribu-ribu ringgit. Selain itu, majlis yang dulunya diadakan di rumah pengantin perempuan tetapi telah diubah di dewan ataupun hotel. Keadaan ini menunjukkan betapa jauhnya perbezaaan budaya dahulu dan budaya sekarang. Budaya moden ini juga boleh menjauhkan nilai persaudaraan, kerjasama dan beberapa nilai murni lain. dalam situasi inilah masyarakat sekarang tidak mengenali jiran antara satu sama lain dan masalah sosial semakin berleluasa.


Jawapan 2:

Seperti yang telah dipelajari, budaya mempunyai dua ciri, iaitu ciri persambungan dan ciri perubahan. Ciri persambungan ialah budaya yang diperturunkan dan diamalkan sehingga hari ini tanpa mengalami perubahan. Contoh budaya persambungan ialah budaya makan besar dalam masyarakat cina. Budaya ini masih diamalkan pada malam raya bagi mengumpul sanak saudara. Budaya ini masih diamalkan dan tidak luput ditelan zaman.
Budaya yang mempunyai ciri perubahan pula ialah budaya tradisional yang masih diamalkan tetapi telah diubah dari semasa ke semasa. contohnya ialah budaya memakai baju kurung bagi wanita. Walaupun baju kurung masih dipakai terutama pada pagi raya, tetapi baju kurang telah diubah fesyennya. Jika dahulu baju berpesak, tetapi hari ini baju kurung sudah ada yang mengikut bentuk badan dan tidak berpesak. Ada juga baju kurung yang digabungkan dengan baju kebaya dan menjadi baju kebarung. Keadaan ini menunjukkan budaya yang mempunyai ciri-ciri perubahan.

sekian..

Noreaini Binti Mat Nawi-021152 berkata...

1) Konflik antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden sangat ketara apabila barat datang ke Tanah Melayu (Portugis 1511) Konflik antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden akibat jurang yang memisahkan antara kedua-dua dari segi nilai world-view( pengetahuan dan kepercayaan terhadap alam sekeliling yang terdapat dalam sesuatu budaya) tidak dapat disambung atau semakin jauh jurang itu, semakin meruncing pergeseran. Konflik ini juga berlaku kerana bukan semua bentuk interaksi antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden berlaku dengan cara yang sama walaupun kedua-duanya boleh jadi satu. Konflik di antara kebudayaan tradisional dan moden juga berlaku kerana cara hidup masyarakat kini dalam arus modenisasi yang tidak mahu meneruskan amalan-amalan serta budaya tradisional. Seaebuah masyarakat dikatakan moden apablila menerima budaya-budaya dari barat atau melalui proses pembaratan.Kebanyakan mereka mempunyai cara berfikir yang juga moden. Gaya hidup tradisional dianggap tidak lagi releven dengan cara hidup masyarakat kini yang lebih mementingkan material dan duniawi. Contohnya dari segi aspek pemakaian, remaja-remaja sekarang lebih suka mengikut gaya atau trend dari barat seperti memakai jeans dan t-shirt/blaus. Masyarakat Melayu sudah mula meninggalkan pakaian tradisional iaitu baju kurung dan baju melayu.Kebudayaan moden juga lebih mementingkan aspek teknologi dan pencapaian ekonomi berbanding aspek-aspek kesenian, pakaian dan nilai-nilai sosial. Contohnya konflik berlaku dalam sistem politik apabila sistem beraja sudah tidak berkuasa sepenuhnya. Senjata-senjata seperti keris juga sudah tidak berfungsi sebagai senjata pada masa sekarang. Kewujudannya hanyalah sekadar simbol kebesaran dan alat perhiasan.

2) Tiap-tiap budaya mempunyai ciri-ciri persambungan dan ciri-ciri perubahan.budaya sebagai satu sistem yang hidup dan bergerak, mempunyai ciri-ciri penyambung yang memberikan kestabilan dan cirri-ciri baharu yang memberi perubahan.
Ciri-ciri persambungan adalah landasan untuk budaya itu terus hidup. Ciri-ciri persambungan inilah yang memberi kestabilan kepada budaya sebagai satu sistem yang hidup (on-going-system). Manakala cirri perubahan merupakan cirri penyesuaian dalam budaya dengan sesuatu keadaan semasa. Ciri-ciri ini timbul daripada keadaan yang memerlukan atau yang mengakibatkan perubahan kepada budaya, mungkin kerana terdapatnya pertembungan dengan budaya yang lain, secara langsung atau tidak langsung atau timbul akibat keadaan dalam budaya itu sendiri.
Kita juga boleh menggunakan istilah tradisional untuk menyatakan sifat cirri-ciri persambungan dan moden untuk cirri-ciri perubahan. Apa yang dianggap tradisional dan moden adalah relatif dari segi masa kerana cirri-ciri persambungan dan cirri-ciri perubahan sentiasa ada pada sesuatu budaya. Persambungan dan perubahan berlaku setiap kali tibanya pengaruh daripada pengaruh luar. Tiap kali tiba perubahan dari luar, terdapat cirri yang telah sedia ada memberi persambungan kepada budaya yang baru tersebut, namun ada juga ciri yang menyebabkan perubahan dalam budaya. Contohnya, dalam adat perkahwinan, pengaruh hindu menyebabkan timbulnya budaya bersanding di kalangan masyarakat Melayu. Namun, setelah kedatangan tamadun Islam, budaya bersanding masih kekal tetapi beberapa cirri diubah mengikut syariat Islam. Contohnya melalui pemakaian yang lebih menutup aurat.

Fazlina Iliani Ismail D20051021103 berkata...

Soalan 1.
Konflik antara budaya tradisional dan budaya moden telah lama wujud iaitu ketika era penjajahan barat ke Tanah Melayu. Hal ini kerana, kedatangan penjajah barat ke Tanah Melayu turut membawa budaya mereka dalam pelbagai aspek seperti cara berpakaian, pemakanan, pergaulan, nilai, kepercayaan dan sebagainya. Namun, konflik budaya ini kian ketara apabila arus permodenan dan globalisasi melanda seluruh dunia termasuk Malaysia. Konflik budaya ini berlaku apabila masyarakat hari ini lebih senang memilih untuk mengamalkan cara hidup moden dan meninggalkan amalan-amalan dan budaya hidup tradisional. Kebudayaan tradisional merupakan amalan yang diwarisi dan diamalkan sejak turun-temurun meliputi keseluruhan cara hidup, nilai dan kepercayaan sesebuah masyarakat tinggi dengan nilai-nilai murni, agak terikat dengan pelbagai adat tertentu dan pantang larang. Kebudayaan moden pula adalah budaya yang berlawanan dengan unsur-unsur budaya tradisional. Kebudayaan moden dipengaruhi oleh budaya barat kerana golongan atau generasi muda beranggapan bahawa segala yang terdapat dalam peradaban barat adalah kemajuan. Pertembungan kebudayaan tradisional yang penuh dengan nilai yang positif dengan kebudayaan moden yang lebih banyak membawa unsur negatif bertunjangkan barat menimbulkan pergolakan dan konflik budaya. Proses modenisasi daripada barat yang diterima oleh masyarakat Melayu terutamanya golongan muda mengundang pelbagai masalah sosial seperti budaya rock, budaya lepak dan rempit, fesyen pakaian dan fesyen rambut yang menyakitkan mata memandang dan banyak lagi. Keadaan ini menyebabkan golongan yang berpegang dengan nilai tradisi merasakan bahawa budaya moden hari ini membawa kepada kemerosotan tradisi budaya Melayu serta menghilangkan identiti budaya Melayu. Contohnya, apabila menghadiri sesuatu majlis keraian seperti majlis perkahwinan, golongan muda-mudi hari ini lebih gemar untuk mengenakan pakaian moden yang dianggap lebih up-to-date berbanding memakai pakaian tradisional Melayu iaitu berbaju kurung dan baju Melayu bersamping. Keadaan ini sedikit sebanyak menghakis budaya dan adat tradisi iaitu mengenakan baju tradisional Melayu untuk menghadiri majlis-majlis keraian.


Soalan 2.
Budaya merupakan satu sistem yang hidup kerana diamalkan secara berkesinambungan dari satu generasi ke satu generasi. Oleh yang demikian, budaya mempunyai ciri persambungan dan ciri perubahan. Ciri persambungan ialah budaya tradisi yang diwarisi turun temurun tetap dan terus diamalkan dalam kehidupan seharian. Manakala, ciri perubahan pula ialah budaya yang telah mengalami pengubahsuaian untuk memenuhi keperluan dan kehendak keadaan semasa. Contoh yang dapat saya kemukakan di sini ialah budaya menyediakan makanan tradisi Melayu ketika perayaan hari raya iaitu juadah ketupat dan lemang. Budaya menyediakan ketupat dan lemang ketika perayaan masih diteruskan hingga ke hari ini dengan menggunakan teknik masakan yang sedikit berbeza. Jika satu masa dahulu cara membakar lemang di dalam buluh dan merebus ketupat daun kelapa menggunakan kayu api digunakan, namun hari ini, lemang dimasak menggunakan micowave dan penyediaan ketupat menggunakan plastik khas serta siap sedia untuk dimasak. Hal ini kerana, untuk menjimatkan masa, golongan wanita hari ini lebih gemar memilih untuk menyediakan lemang dan ketupat yang dikomersialkan yang lebih mudah berbanding cara tradisional yang agak rumit dan memakan masa yang agak lama untuk disediakan. Walaupun cara penyediaannya telahpun diubah suai mengikut perkembangan teknologi dan peredaran masa, namun budaya menyediaan juadah tradisi itu wajib disediakan untuk melengkapi perayaan yang disambut. Kesimpulannya, walaupun cara membudayakan sesuatu adat dan tradisi mengalami perubahan mengikut peredaran zaman namun, budaya yang diwarisi sejak turun temurun perlu diamalkan, dipelihara serta diperturunkan dari satu generasi ke generasi supaya budaya Melayu tidak hilang di dunia.

Anak Melayu memegang mandat,
Dari Perak merantau ke Bali,
Hidup di dunia biar beradat,
Budaya tidak dijual beli.

siti aishah md isa berkata...

1)Kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden adalah satu sistem yang hidup atau on-going system yang sentiasa berlaku dalam masyarakat. Kedua-dua kebudayaan ini saling berbeza kerana saling dicirikan dengan ciri persambungan dan juga ciri perubahan. Namun apa yang pasti, kedua-dua jenis kebudayaan ini kita serap dan ada yang disesuaikan sehingga menjadi satu perkara yang seakan berbentuk hakiki. Jadi, sememangnya akan wujudlah konflik antara kedua-dua budaya ini kerana mereka yang meyerap dan menyesuaikannya adalah makhluk yang dipanggil manusia yang cuba menggabung atau menolak salah satu jenis budaya ini, ataupun mahu menerima kedua-duanya sekali, seiring dengan apa yang berada di sekitar mereka. Apa yang dimaksudkan di sini adalah apa yang mempengaruhi corak kehidupan manusia atau bagaimana cara manusia itu sendiri cuba mengadaptasi sekelilingnya melalui corak atau pola berfikir yang berbeza-beza. Sebagai contohnya, peranan wanita pada hari ini sudah jauh berbeza daripada dahulu. Mungkin pada satu waktu dahulu, wanita dilabelkan hanya sesuai berada didapur dan menguruskan keluarga, malah, anggapan ini seakan sudah menjadi tradisi dan satu kemestian kepada seseorang wanita. Namun, dalam dunia serba moden pada hari ini, anggapan itu sudah menjadi satu diskriminasi kepada wanita kerana stigma begitu seakan menolak atau menafikan hak mereka untuk sama-sama memberi sumbangan pada keluarga ataupun negara.Secara mudahnya, selagi pengamalannya tidak membelakangkan agama, budaya moden seperti penglibatan wanita dalam pelbagai aspek
dilihat sebagai satu kesempurnaan budaya itu sendiri


2) Ciri persambungan dan ciri perubahan merupakan unsur yang pada hakikatnya adalah satu sistem yang hidup atau on-going system. Ciri persambungan adalah landasan untuk budaya itu terus hidup dengan cara memberi kestabilan pada sistem itu sendiri, manakala ciri perubahan pula merupakan penyesuaian dengan keadaan semasa akibat berlaku pertembungan dengan budaya lain. Kedua dua ciri ini bersifat relatif iaitu sifatnya atau unsurnya bergantung kepada setiap peradaban luar yang diterima masuk dalam masyarakat. Sebagai contoh untuk melihat ciri persambungan dalam budaya orang Melayu ialah istiadat pertabalan dan juga upacara meminang yang masih terus diamalkan sejak dulu lagi. Sungguhpun begitu, jika diambil contoh majlis persandingan masyarakat Melayu, telah banyak berlaku perubahan mengikut pengaruh aliran zaman. Hal inilah yang disebut ciri perubahan dalam budaya tradisional. Misalnya, pada awal kurun ke-2O, orang Melayu masih banyak mengamalkan tradisi persandingan seperti orang India tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, trend persandingan ala Barat pula yang semakin diminati.

CRYSTAL GALE MARIN D20051021117 berkata...

1) Konflik antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden sememangnya terjadi kerana terdapat satu titik perbezaan antaranya. Konflik ini dilihat sangat ketara apabila negara barat seperti Portugis datang ke Tanah Melayu pada 1511 lagi bagi mengambil hasil bumi. Antara contoh konflik antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden adalah dalam tarian ritual dan spiritual seperti ‘ulik mayang’ dan ‘kuda kepang’ yang telah berubah fungsinya daripada mengubat pesakit menjadi sebuah tarian yang dipersembahkan pada khalayak umum. Dahulu, ‘ulik mayang’ hanya dapat ditarikan oleh orang-orang tertentu seperti pengamal perubatan tradisional dan pada masa tertentu sahaja terutamanya jika ada orang yang sakit. Namun, kini tarian tersebut dipersembahkan semasa ada majlis keramaian terutamanya di pantai timur bagi memeriahkan majlis. Begitu juga dengan tarian ‘kuda kepang’ yang hanya boleh ditarikan oleh orang-orang yang mempunyai semangat kuat. Ini kerana dikatakan mereka yang menarikan tarian ini akan terlalu taksub sehingga lupa diri dan tidak sesuai ditarikan oleh orang yang lemah semangat. Oleh itu, perkara ini kadang kala menimbulkan konflik terutama orang yang pakar dalam sesuatu tarian kerana menyatakan bahawa sesuatu tarian ritual tidak boleh ditarikan sesuka hati atau di mana sahaja kerana akan memberi kesan kepada penarinya dan roh di sekitarnya. Pelbagai tarian tradisional lain yang ditarikan pada waktu-waktu tertentu seperti tarian ngajat dan sumazau selepas musim menuai, tarian inang dan tarian lilin ditarikan dalam istana, dan pelbagai jenis tarian lain sebenarnya mempunyai fungsi-fungsi dan tujuan-tujuan tertentu. Namun, kebudayaan moden telah merubah keadaan tersebut. Pelbagai jenis tarian tradisional telah diubah suai bunga tarinya dan digabungkan agar sesuai ditarikan dalam majlis sambutan dan keramaian seperti Citrawarna Malaysia yang bertujuan menarik pelancong ke negara kita. Kadang kala muzik yang mengiringinya juga telah dimodenkan dan diberi nada baru agar tidak membosankan pendengar.

2) Apa yang dikatakan dengan persambungan adalah sesuatu yang masih kekal dalam budaya kita. Dengan mengambil contoh daripada permainan rakyat, saya melihat permainan sepak takraw mempunyai ciri-ciri persambungan kerana masih dimainkan pada masa kini. Sukan sepak takraw pada masa dahulu merupakan salah satu permainan masyarakat Melayu yang dimainkan dalam satu bulatan oleh beberapa orang pemuda. Sekiranya bermain di gelanggang, setiap kumpulan akan mempunyai tiga pemain dan menggunakan jaring di tengah-tengahnya. Sehingga sekarang, sukan sepak takraw yang dilahirkan di Tanah Melayu itu sudah terkenal lebih-lebih lagi di kawasan Asia sehingga dijadikan salah satu sukan yang dipertandingkan dalam Sukan Asia. Ini bermakna negara luar semakin mengiktiraf permainan tersebut.

Ciri-ciri perubahan pula timbul apabila adanya pertembungan budaya. Dengan mengambil contoh dalam aspek yang sama iaitu permainan rakyat, saya melihat permainan tradisional seperti congkak dan wau masih wujud sehingga sekarang namun terdapat beberapa perubahan. Perkara ini mungkin berlaku kerana adanya inovasi dan pertembungan budaya dalam masyarakat kita yang sememangnya berbilang kaum ini. Pada masa dahulu, congkak dan wau dibuat sendiri dengan kreatifnya oleh masyarakat Melayu. Congkak umpamanya dibuat dengan kayu yang diukir cantik yang bermotifkan alam. Begitu juga keadaannya dengan permainan wau yang mempunyai bentuk yang menarik seperti bulan sabit. Sungguh kreatif maka, wau tersebut dipanggil wau bulan. Namun, dengan berubahnya waktu, kedua-dua permainan tersebut diolah. Papan congkak yang menggunakan bahan kayu yang diukir telah digantikan dengan bahan plastik yang boleh dibuka dan disambung-sambung serta berwarna-warni manakala bentuk wau pula pelbagai jenis. Keadaan ini berubah mengikut cita rasa pemainnya. Contohnya, jika orang Cina yang membuatnya, mungkin menggunakan motif naga. Oleh itu, dapatlah dilihat bahawa permainan rakyat yang dimainkan pada masa lapang ini juga telah mengalami perubahan selain daripada persambungan.

NANCY AHMADIE CHEN D20051021136 berkata...

1. Konflik berlaku kerana budaya moden lebih mementingkan nilai materialistik dan invidualistik sedangkan budaya tradisional lebih mementingkan nilai kasih sayang dan semangat kekitaan. Contoh yang paling mudah dalam zaman yang moden ini ramai yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan katering bagi sesebuah majlis khasnya perkahwinan. Namun, berbeza dengan budaya masyarakat tradisional. Mereka lebih suka bergotong-royong dalam sesuatu majlis. Malah, masing-masing membawa barangan seperti beras, gula, sayuran dan sebagainya untuk dimasak dan dijamu kepada tetamu. Dengan itu, tuan rumah tidak perlu bersusah hati untuk memikirkan kos yang terlalu besar untuk ditanggung.

2.Takkan Melayu hilang di dunia. Pepatah ini sendiri jelas menunjukkan ciri persambungan budaya. hal ini kerana tanpa ciri persambungan nescaya budaya melayu tidak akan dikenali sehingga ke hari ini. Budaya bagi sesuatu bangsa adalah penting untuk diperturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain untuk mengelakkan identiti bangsa Melayu lenyap ditelan arus permodenan. Namun, budaya yang hendak diperturunkan itu haruslah selaras dengan perkembangan semasa. Maka sedikit inovasi perlu dilakukan (ciri perubahan).

a.Bidang makanan dan minuman.
-kuih bahulu misalnya, mengalami penyesuaian dengan penambahan pelbagai perasa dan bentuk. Contoh kuih bahulu yang telah diinovasikan ialah Kek Lapis Apollo. Contoh lain, Ali Cafe dan Pearl Kacip Fatimah.

b.Bidang fesyen.
-baju kebaya ketat kini diberi nafas baru dengan potongan yang lebih polos untuk memudahkan pergerakan.

c.Bidang Rawatan
-wujudnya pusat spa dan tuku refleksi sebagai rawatan tradisional yang telah dimodenkan.

d. pertukangan
- pembinaan chalet ala kampung seperti penggunaan kayu, buluh dan nipah semakin mendapat sambutan hangat.

akhir kata, tegak rumah kerana tiangnya, tegak bangsa kerana budayanya... ;)

SITI NORADINA BAIZURA BT ABU BAKAR berkata...

SITI NORADINA BAIZURA BT ABU BAKAR (D20051021160)
1) Kebudayaan tradisional ialah sesuatu budaya yang sudah menjadi amalan yang sudah sebati dalam masyarakat, kumpulan dan komuniti serta diamalkan secara turun temurun. Namun, budaya tradisional yang diamalkan secara turun temurun tidak dapat bersifat statik ekoran berlakunya konflik atau pertembungan dengan budaya moden. Konflik antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden sangat ketara apabila Barat menerjah masuk ke Tanah Melayu yang bermula dengan Portugis (1511) dan diikuti penjajah yang lain. Oleh itu, pemodenan di Tanah Melayu berlaku melalui proses pembaratan. Konflik antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden berlaku mungkin disebabkan semakin lunturnya rasa bangga terhadap budaya tradisional dalam kalangan masyarakat Melayu sendiri. Sedangkan budaya tradisional Melayu adalah budaya yang paling baik (Norazit Selat, 2005: 151). Tetapi, apa yang berlaku, masyarakat Melayu pada hari ini semakin mengagungkan budaya barat yang dikatakan bersifat global, maju dan berteknologi. Contohnya, masyarakat Melayu pada zaman dahulu menggunakan gelaran seperti ‘emak’, ‘ayah’ atau ‘abah’ untuk menggelarkan ibu bapa mereka. Tetapi, pada hari ini, kebanyakan masyarakat Melayu lebih teruja untuk memakai gelaran seperti ‘mama’, ‘papa’ dan ‘daddy’ sebagai gelaran untuk ibu bapa. Ini menunjukkan masyarakat Melayu masa kini terlalu mengagungkan budaya Barat. Kesan daripada konflik ini menyebabkan budaya tradisional semakin dipinggirkan. Dampak globalisasi atau kemasukan budaya moden terhadap masyarakat Melayu boleh menjadi begitu mendalam sehinggakan pengenalan diri (identiti) boleh luntur atau terus hilang. Selain itu, konflik antara dua budaya ini berlaku disebabkan masyarakat tidak mengamalkan nilai-nilai murni dan tuntutan agama. Keadaan ini menyebabkan budaya moden mudah meresap masuk ke dalam budaya tradisional dan seterusnya meminggirkannya. Ini kerana, asas jati diri orang Melayu ialah nilai manakala, agama merupakan benteng kepada masyarakat supaya tidak mudah tunduk kepada budaya moden yang bersifat negatif. Contohnya, pada zaman dahulu, masyarakat Melayu begitu menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Namun, pada masa kini, kebanyakan masyarakat Melayu tanpa segan silu bergaul bebas antara lelaki dan perempuan sehingga wujud pelbagai masalah sosial yang menghancurkan masyarakat. Maka, pergaulan bebas masyarakat hari ini adalah bertentangan dengan nilai murni, tuntutan agama Islam dan budaya tradisional itu sendiri. Kesimpulannya, budaya Melayu itu paling baik. Kita harus bermegah dengan budaya kita, barulah kita boleh memartabatkannya di persada dunia.

2) Ciri persambungan sering dikaitkan dengan cara sesuatu budaya itu diamalkan oleh masyarakat dahulu dan diteruskan hingga sekarang. Ciri persambungan ini adalah sesuatu yang masih kekal dalam budaya kita. Contohnya, membudayakan bunyi paluan kompang dalam majlis-majlis rasmi masyarakat Melayu masih diteruskan sehingga kini. Kalau dahulunya alat muzik ini hanya dimainkan di majlis perkahwinan, berkhatan, dan menyambut pembesar tetapi kini, penggunaannya masih diteruskan dan diperluaskan di sekolah, institusi pengajian tinggi, majlis rasmi dan ketika menyambut ketibaan pemimpin negara luar. Sesuatu majlis, misalnya majlis perkahwinan akan menjadi hambar dan tidak meriah sekiranya tidak disertai dengan bunyi paluan kompang. Ciri perubahan pula merupakan penyesuaian dengan keadaan semasa (Mohd Taib Osman, 1983: 1). Perubahan dipermudah dengan adanya perhubungan dengan kebudayaan lain yang akhirnya akan terjadi percampuran budaya. Percampuran budaya ini seterusnya akan mengubah sedikit sebanyak kebudayaan tradisi masyarakat Melayu. Sebagai contoh, masyarakat Melayu pada zaman dahulu lebih mementingkan aktiviti gotong-royong dan bermesra dengan jiran tetangga. Namun, pada hari ini, masyarakat Melayu lebih bersikap individualistik, terutamanya bagi mereka yang tinggal di bandar atau kawasan perumahan. Aktiviti gotong-royong dan aktiviti bermasyarakat semakin dipinggirkan ekoran kesibukan bekerja. Contoh yang lain ialah dari segi struktur bentuk rumah Melayu. Dahulu, seni bina rumah Melayu terdiri daripada tiang seri, dan beberapa elemen seni ukir tempatan yang lain. Namun kini, kebanyakan rumah dibina mengikut acuan Barat. Pengaruh Inggeris banyak terterap dalam reka bentuk rumah yang disebut seni bina kolonial seperti rumah teres dan banglo. Kesimpulannya, kita sebagai orang Melayu perlulah berasa bangga dengan budaya yang dimiliki dan mempertahankannya daripada ditelan arus pemodenan.

nor azliza berkata...

Soalan 1
Konflik antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden berlaku kerana perubahan keadaan sekeliling serta berlakunya perubahan bagi memastikan budaya yang baru itu sesuai dengan keadaan semasa dan tidak dianggap ketinggalan oleh masyarakat. Salah satu contoh yang boleh diambil ialah berkenaan budaya bahasa rojak dalam komunikasi kebanyakan masyarakat Malaysia kini. Contoh yang boleh dilihat ialah dalam lagu Seksis (Anita Serawak), Tipah Tertipu (Ruffedge), dan Alhamdulillah (Too Phat) serta dalam komunikasi dalam media elektronik serta media cetak.

Nyata masyarakat telah tewas. Isu bahasa sebenarnya adalah sebahagian daripada akar budaya tradisi rakyat Malaysia. Namun masyarakat Malaysia nampaknya memandang enteng akan semua ini, terutamanya orang Melayu itu sendiri. Soal bahasa tidak menjadi akar budaya dalam diri masing-masing. Maka kerana itu, bila timbul pembaharuan dan kemodenan yang datang mendadak secara tiba-tiba, tanpa disedari dan tanpa persediaan untuk menghadapinya dengan akar budaya tradisi yang kukuh, maka sudah tentu masyarakat akan tenggelam dan lemas bersama pembaharuan dan kemodenan yang menyerang itu. Dengan itu wujudlah budaya penggunaan bahasa rojak dalam percakapan seharian dan penggunanya berasa bangga apabila menggunakan bahasa rojak seperti I menggantikan saya, You menggantikan awak, so menggantikan jadi dan sebagainya.

Bahasa Melayu kini nampaknya menjadi bahasa kelas kedua. Anak-anak yang lahir dari kelompok Dasar Ekonomi Baru nampaknya agak malu-malu untuk bertutur dalam bahasa ibunda mereka. Ini ditambah dengan penekanan dan komitmen negara dalam menghadapi arus globalisasi supaya rakyatnya bersedia untuk menerima semua itu. Antaranya ialah isu penggunaan dan kebolehan berbahasa Inggeris dikalangan orang Malaysia. Rakyat Malaysia sebenarnya terlalu merendah diri. Takut untuk berbangga dengan apa yang ada sebaliknya sedia bermegah dengan hak orang lain. Pencampuran antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ini sebenarnya telah menghilangkan penanda identiti rakyat Malaysia. Bahasa Melayu yang telah diperakui dalam perlembagaan negara sebagai bahasa rasmi seharusnya dapat dijadikan benteng yang paling kukuh untuk mengekalkan budaya dan akar tradisi rakyat juga sebagai agen perpaduan yang paling penting.




Soalan 2
Ciri persambungan adalah ciri yang ada dalam satu-satu kebudayaan dan bertindak sebagai landasan untuk budaya itu terus hidup. Ia juga bertindak untuk memastikan budaya berkenaan terus hidup dengan melakukan sedikit penyesuaian mengikut situasi semasa. Sebagai contoh lagu dan nyanyian orang Melayu lahir pada mulanya berdasarkan pantun ciptaan asli mereka. Pengaruh kebudayaan Hindu (India), Islam (Arab), Portugis (Eropah), Jawa dan lain-lain sebenarnya tidak menghilangkan jiwa Melayu menerusi seni kata pantun. Ciri kemelayuan dan keaslian tetap wujud kerana pengaruh itu sudah diubahsuai dan disesuaikan dengan keperibadian orang Melayu, sehingga kita mendapati tarian joget berunsur Portugis, Inang, atau lagu seperti Dondang Sayang, Mas Merah dan sebagainya berasaskan pengubahsuaian sendiri.

Ciri perubahan pula bermaksud ciri perubahan yang mewujudkan budaya baru. Sebagai contoh ciri perubahan dapat dilihat melalui instrumen-instrumen sosial yang membantu perkembangan jati diri bangsa seperti ibu-bapa, generasi tua, madrasah, pondok dan tuan guru, seni persembahan tradisional dan karya sastera sebagai telah diambil alih oleh institusi media baik elektronik mahupun media cetak. Penumpuan terhadap media elektronik telah memberi kesan kepada hubungan kemanusiaan secara tradisional. Salah seorang pemikir Faith Popcorn telah menamakan trend ini sebagai `cocooning` iaitu ahli masyarakat memerap di dalam rumah. Manusia kini boleh bekerja dan berhubung menerusi ahli masyarakat yang lain menerusi telefon, faks, sms, internet malahan televisyen dan tidak perlu berhubung secara fizikal dengan anggota masyarakat yang lain. Hubungan fizikal telah berganti dengan hubungan parasosial iaitu hubungan yang diasaskan oleh dan kepada manusia yang mereka lihat atau dengar menerusi media seolah-olah kenalan-kenalan yang ditemui menerusi media ini adalah manusia dalam dunia nyata. `Cocooning` juga menyebabkan manusia lebih mengenali, mendalami dan rapat dengan bintang telenovela, idola dan artis berbanding jiran sebelah rumah, atau lebih mengetahui plot drama televisyen berbanding masalah asasi yang menimpa masyarakat. Fenomena ini juga menjadi lebih parah pada saat majlis Aidilfitri berlangsung. Anggota masyarakat lebih rela duduk menghadap televisyen daripada ziarah-menziarahi kerana hidangan program televisyen yang menarik. Kewujudan televisyen menyebabkan fenomena sindrom couch potato di mana kita duduk di hadapan televisyen dan dunia di datangkan kepada kita bukan kita yang pergi mendapatkan dunia .

HAFIDZOH BT YAACOB berkata...

Soalan 1
Sememangnya tidak dapat dinafikan wujudnya konflik antara kebudayaan tradsional dengan kebudayaan moden. Hal ini demikian kerana terjadinya pertembungan antara dua budaya yang berbeza konsep dan nilai pegangannya. Konflik ini terjadi kerana pertembungan dua budaya moden tadi telah menyalahi etika dalam kebudayaan tradisional. Contoh yang paling mudah dapat dilihat ialah penggunaan alatan moden seperti internet, telefon bimbit dan sebagainya. Kesan yang ketara dapat dilihat pada hubungan sosial masyarakat kini berbanding masyarakat terdahulu. Sememangnya, perkembangan teknologi pada hari ini memberi pelbagai implikasi kepada negara khususnya masyarakat. Tidak dinafikan pemodenan yang berlaku hari ini datangnya daripada barat kerana mereka telah lama maju dalam bidang ini. Justeru kita juga menerima tempiasnya, kita juga menggunakan perkakasan yang serba canggih seperti internet dan telefon bimbit bagi memenuhi kehendak tersebut. Namun, permasalahannya teknologi ini telah di salahgunakan oleh masyarakat terutamanya remaja. Kemunculan budaya luar seperti Black Metal dan Punk semakin menjadi-jadi dan ia telah meruntuhkan budaya tradisi dan adat timur yang kita pegang selama ini. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh menghentikan kemajuan ini kerana kita masih punyai agenda yang lain khususnya untuk memajukan negara. Melalui kemajuan-kemajuan inilah negara kita dapat menjalinkan hubungan yang erat dengan negara yang lain. Kita dapat mengetahui apa yang berlaku di sekeliling dalam masa terdekat sahaja. Kita boleh mengakses apa sahaja dengan adanya teknologi tanpa sempadan ini. Namun seiring dengan kemajuan itu kita juga telah membiarkan budaya-budaya asing menerjah masuk ke dalam budaya tradisional kita. Kalau dulu, adat ziarah-menziarahi amatlah utuh dalam kehidupan masyarakat khususnya masyarakat Melayu. Tetapi kini, adat tersebut seakan dilupakan kerana adanya teknologi di hujung jari ini. Ibu bapa dibiarkan keseorangan di kampung hanya telefon pengikat kasih sayang. Adakah dengan menggunakan telefon kita mampu menghilang rasa rindu mereka. Adakah dengan SMS sahaja dapat menggantikan diri kita. Fikir-fikirkanlah...
Permasalahannya, masyarakat pada hari ini seakan-akan mengagungkan budaya tersebut dan semakin melupakan kebudayaan tradisonal yang begitu indah yang diwarisisi daripada nenek moyang kita lagi.

Soalan 2
Apabila kita bercakap mengenai budaya, kita tidak dapat lari daripada memperkatakan ciri-ciri persambungan dan ciri perubahan dalam sesuatu budaya tersebut. Ciri-ciri persambungan dapat dilihat pada kebudayaan dan adat dalam perkahwinan. Adat merisik, bertunang dan bernikah masih tetap dijalankan sehinggalah ke hari ini. Contoh yang paling ketara dapat dilihat pada penggunaan sirih junjung dalam sesuatu hantaran perkahwinan. Daripada masyarakat terdahulu lagi sirih junjung merupakan keutamaan dalam sesuatu hantaran itu sehingga ada perlambangan bahawa sirih junjung merupakan kepala ataupun ibu kepada hantaran. Samalah dengan keadaannya pada hari ini, sirih junjung juga menjadi satu kemestian dalam sesuatu hantaran. Sekiranya tiada sirih junjung dalam sesuatu perkahwinan yakni dalam penyediaan hantaran seolah-olah tidak lengkap hantaran tersebut. Jelaslah di sini, biarpun berlaku arus pemodenan budaya tradisi masih diteruskan dengan adanya sedikit pengubahsuaian. Kalau dahulu, bentuk sirih junjung tidaklah pelbagai seperti sekarang. Sirih junjung sekarang telah digubah pelbagai bentuk namun ciri-ciri tradisonal masih dikekalkan. Barang-barang tradisi tetap dikekalkan seperti pinang, sirih, kapur, gambir dan sebagainya. Sebaliknya, ciri-ciri perubahan pula merupakan pengubahsuaian budaya daripada budaya tradisional kepada sesuatu yang lebih baru dan sesuai dengan situasi sekarang. Kita dapat lihat ciri-ciri perubahan dalam pemakanan kita sehari-harian. Kalau dahulu dalam masakan, kita menggunakan bahan-bahan yang asli yakni tiada campuran dengan bahan-bahan yang lain. Tetapi sekarang sudah banyak keluaran segera di pasaran seperti serbuk kunyit, cili giling, santan serbuk, bahan pewarna dan sebagainya. Hal ini relevan dengan perkembangan semasa kerana kebanyakan wanita pada hari ini bekerja. Jadi untuk menyediakan hidangan menggunakan cara tradisional memerlukan masa yang lama. Justeru barang keluaran segera ini menjadi alternatif bagi memudahkan dan mempercepatkan proses penyediaan makanan.

Noor Haliza Bt. Md. Saat berkata...

Konflik yang wujud antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden sebenarnya berpunca daripada penjajahan barat. Walaupun negara kita telah mencapai kemerdekaan yang ke 50 pada tahun ini, kesan penjajahan terhadap masyarakat masih terus berlaku terutamanya penjajahan terhadap pemikiran masyarakat Malaysia. Penjajah telah berjaya mengubah pemikiran seterusnya mengubah kebudayaan tradisional yang menjadi warisan turun-temurun masyarakat kepada kebudayaan moden. Kebudayaan tradisional telah banyak mengalami pelbagai perubahan dan semakin dilupakan terutamanya oleh generasi muda masa kini. Antara contoh kebudayaan tradisional yang semakin dilupakan ialah seni persembahan tradisi seperti tarian dan muzik tradisional. Masyarakat kini lebih menggemari muzik moden seperti rock, pop, jazz dan sebagainya, tetapi mereka tidak mengerti muzik wayang kulit, makyong ataupun hadrah. Mereka juga lebih memuja dan mengagung-agungkan muzik yang dipopularkan oleh barat berbanding dengan muzik tradisional yang merupakan warisan budaya mereka sendiri. Begitu juga dengan tarian tradisional seperti ulik mayang, zapin gamelan dan sebagainya yang semakin dilupakan akibat daripada tarian moden barat seperti jazz dan disko yang semakin popular di negara ini. Oleh sebab pengaruh tarian moden inilah, salah sebuah stesyen televisyen di Malaysia menganjurkan sebuah program tarian moden yang menawarkan hadiah yang lumayan kepada pemenang. Sesungguhnya, program seperti ini akan menggalakkan lagi perkembangan tarian muzik moden dan boleh menyebabkan tarian tradisional semakin dilupakan. Sikap masyarakat yang mengambil sikap acuh tak acuh dalam mempertahankan kebudayaan tradisional ini akan menyebabkan kebudayaan tradisional ini akan terus dilupakan dan terus pupus ditelan arus pemodenan.


Budaya merupakan satu sistem yang hidup (on-going-system) yang mempunyai ciri-ciri persambungan dan ciri-ciri perubahan. Ciri-ciri persambungan adalah landasan untuk budaya itu terus hidup sementara ciri-ciri perubahan pula merupakan penyesuaian dengan keadaan semasa. Ciri-ciri perubahan timbul daripada keadaan yang memerlukan atau yang mengakibatkan perubahan kepada budaya, ini mungkin kerana terdapat pertembungan dengan budaya yang lain, baik secara langsung mahupun tidak, ataupun timbul daripada keadaan budaya itu sendiri. Selain itu, ciri-ciri persambungan ialah kebudayaan tradisional yang masih diamalkan oleh masyarakat hari ini yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan seperti adat perkahwinan seperti merisik, bertunang dan bersanding. Adat perkahwinan masih lagi diamalkan oleh masyarakat Melayu sehingga ke hari ini. walaupun begitu, terdapat sedikit perubahan dalam masyarakat Melayu masa kini, walaupun adat perkahwinan seperti merisik, bertunang dan bersanding masih diamalkan tetapi amalan kenduri kawin telah mengalami beberapa perubahan mengikut arus pemodenan. Jika dahulu, kenduri kawin diadakan secara gotong-royong bersama-sama dengan penduduk kampung, tetapi kini khidmat katering sering digunakan dalam kenduri kawin kerana lebih mudah dan menjimatkan kos. Persandingan pula tidak diadakan di rumah pengantin sebaliknya diadakan di hotel-hotel mewah. Budaya moden ini selalunya berlaku dalam kalangan masyarakat bandar yang lebih mementingkan status daripada ikatan sillaturrahim. Selain itu, budaya berkhatan juga telah mengalami perubahan seiring dengan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Jika dahulu, khidmat “tok mudim” sering digunakan dalam upacara berkahatan, tetapi kini khidmat doktor perubatan yang menggunakan teknologi laser lebih digemari oleh masyarakat. Ini kerana, penggunaan teknologi canggih ini lebih baik berbanding dengan kaedah tradisional yang memakan masa yang lama untuk sembuh. Walaupun begitu, kita haruslah mengekalkan kebudayaan yang menjadi warisan turun-temurun nenek moyang kita. Jika kita sendiri tidak mencintai budaya bangsa, budaya ini akan terus lenyap ditelan arus pemodenan.

syarifah saad D 021185 berkata...

1. Kita tidak dapat menafikan bahawa terdapat konflik antara sesuatu yang tradisional dengan yang moden. Kita menggunakan perkataan kebudayaan moden bagi ciri-ciri baru yang membawa perubahan sementara menggunakan perkataan kebudayaan tradisional bagi ciri-ciri persambungan yang diwarisi oleh budaya itu daripada zaman sebelumnya. Interaksi antara kebudayaan moden dan tradisional sukar untuk dihuraikan kerana tidak semua interaksi itu akan berlaku dengan cara yang sama. Terdapat ciri-ciri yang hidup selari, masing-masing mempunyai tempat yang khas dalam penggunaannya dalam budaya itu. Contohnya, kita tidak memakai baju kurung dan samping dalam kehidupan kita seharian kerana kita memakai baju kemeja dan seluar. Akan tetapi, untuk majlis-majlis tertentu seperti majlis perkahwinan, kita menggunakan pakaian baju kurung dan kain samping sebagai pakaian tradisional kita. Ciri-ciri tradisional dan moden pada pakaian itu mempunyai makna yang tertentu dari segi budaya itu. Selain itu, terdapat juga ciri-ciri persambungan yang mendapat tanggapan baru dan ada pula ciri-ciri baru yang mendapat tanggapan yang sedia ada. Contohnya, keris yang dahulunya merupakan sebilah senjata untuk mempertahankan diri kini digunakan sebagai perhiasan sahaja. Di samping itu, terdapat juga ciri-ciri lama yang hilang lenyap ataupun diambil alih oleh ciri-ciri baru walaupun fungsinya tidak berubah. Contohnya gobek sirih yang sudah menjadi barang antik untuk muzium sahaja. Walaupun ciri-ciri persambungan dan ciri-ciri perubahan yang dikatakan kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden itu dapat ditunjukkan kepada sistem-sistem sosial atau pada peralatan budaya, tetapi yang dikatakan budaya di sini ialah pola-pola perlakuan yang berdasarkan sistem nilai dan cara masyarakat melihat sebagai realiti alam sekelilingnya.

2. Budaya itu mempunyai ciri-ciri persambungan dan ciri-ciri perubahan sebagai satu sistem yang hidup (on-going-system). Ciri-ciri persambungan adalah landasan untuk budaya it terus hidup sementara ciri-ciri perubahan pula merupakan penyesuaian dengan keadaan semasa. Dengan kata lain, ciri-ciri persambungan itulah yang memberi kestabilan kepada budaya sebagai satu sistem yang hidup. Ciri-ciri perubahan timbul daripada keadaan yang memerlukan atau yang mengakibatkan perubahan kepada budaya, mungkin kerana terdapat pertembungan dengan budaya yang lain, sama ada secara langsung mahupun tidak, ataupun timbul dari keadaan dalam budaya itu sendiri. Persoalan persambungan dan perubahan dalam budaya hendaklah dilibatkan dari segi konsep bahawa budaya itu adalah satu keseluruhan dan dalam keseluruhan itu terdapatlah siratan perhubungan baik antara anggota-anggota budaya itu mahupun antara pelbagai institusi dalam budaya itu. Kita dapat menggunakan istilah tradisional untuk menyatakan sifat ciri-ciri persambungan dan moden untuk ciri-ciri perubahan. Apa yang dianggap tradisional dan moden adalah relatif dari segi masa kerana ciri-ciri persambungan dan ciri-ciri perubahan sentiasa ada pada sesuatu budaya itu. Persambungan dan perubahan daripada masyarakat Melayu berlaku setiap kali tibanya pengaruh daripada peradaban luar seperti peradaban India, Islam dan peradaban Barat moden. Terdapat ciri-ciri persambungan yang selari dengan ciri-ciri perubahan seperti wujudnya hukum-hukum adat di samping hukum-hukum negara dalam kehidupan seseorang Melayu. Justeru, sistem ekonomi tradisional walaupun masih lagi dipraktikkan di sana sini, namun rata-rata sistem ekonomi negara kita adalah sistem yang berasaskan sistem Barat moden.

Sarimah Aris Fadilah D20051021161 berkata...

Jawapan Soalan 1

Kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden mengalami konflik disebabkan pelbagai factor. Kebudayaan moden merupakan kebudayaan yang mempunyai ciri-ciri baru yang membawa perubahan daripada kebudayaan tradisional manakala kebudayaan tradisional merupakan kebudayaan yang kekal diwarisi turun-temurun oleh sesuatu bangsa masyarakat yang tidak boleh ditinggalkan dengan mudah. Oleh sebab itulah antara dua kebudayaan ini mengalami konflik memandangkan kedua-dua kebudayaan ini mempunyai konsep yang berbeza. Kebudayaan tradisional adalah diwarisi sejak berabad-abad dan merupakan landasan budaya kita sekarang ini yang juga mengandungi ciri-ciri daripada apa yang dikatakan kebudayaan moden. Kebudayaan moden sebenarnya wujud kerana lebih dipengaruhi oleh unsur budaya barat. Hal inilah yang boleh mewujudkan konflik antara dua kebudayaan ini. Sebagai contoh, dalam budaya melayu orang permpuan tidak boleh berkawan dengan orang lelaki kerana perbuatan itu dikira kurang manis bagi masyarakat Melayu daripada kebudayaan tradisional. Namun bagi kebudayaan moden hal ini tidak menjadi masalah kerana pada masa sekarang pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah berada pada skop yang sangat luas. Contohnya mereka perlu berkomunikasi dan mempunyai hubungan yang baik sebagai keperluan untuk kehidupan seperti komunikasi dalam bilik darjah, tempat kerja dan sebagainya. Komunikasi yang baik boleh mendatangkan manfaat kepada mereka contohnya melalui perbincangan, mesyuarat dan sebagainya. Namun setiap hubungan itu tetap mempunyai had dan batasnya dalam pergaulan.


Jawapan Soalan 2

Ciri persambungan merupakan landasan untuk sesuatu budaya itu terus hidup sementara ciri perubahan pula merupakan penyesuaian dengan keadaan semasa. Ciri-ciri persambungan memberi kestabilan kepada budaya kepada suatu sistem yang hidup. Ciri-ciri perubahan timbul daripada keadaan yang memerlukan atau yang mengakibatkan perubahan kepada budaya, hal ini adalah kerana terdapatnya pertembungan budaya yang lain, baik secara langsung maupun tidak, ataupun timbul daripada keadaan budaya itu sendiri. Sebagai contoh dalam budaya masyarakat Melayu mereka mempunyai pakaian tradisi mereka yang melambangkan budaya masyarakat Melayu seperti baju kurung, baju kebaya, baju Melayu dan sebagainya. Namun pada hari ini budaya memakai baju kurung itu masih kekal namun pakaian tersebut ada yang mengalami perubahan iaitu melalui reka bentuknya yang banyak diubah dengan reka bentuk pakaian daripada bangsa lain. Contohnya menggabungkan unsur rekaan baju leher cheong sam daripada masyarakat China dengan baju kebaya masyarakat Melayu. Perubahan ini sebenarnya dapat mendatangkan nilai yang baik kepada masyarakat khususnya di Malaysia yang mempunyai pelbagai etnik yang tinggal dalam satu kawasan atau daerah yang sama. Hal ini secara tidak langsung dapat menguatkan lagi semangat kewarganegaraan antara semua bangsa dalam sesebuah negara.

azlinda berkata...

1)Kebudayaan tradisional merupakan kebudayaan yang unik dan mempunyai kesenian yang tersendiri. Masyarakat kita telah mengamalkannya berabad lamanya.Kebudayaan tradisional merupakan identiti kita yang tersendiri dan mempunyai keistimewaannya yang perlu dipertahankan. Namun, masyarakat hari ini telah banyak terpengaruh dengan anasir luar yang dibawa oleh penjajah. Sebagai contoh, masyarakat hari ini kurang memiliki semangat tolong-menolong dan semangat kejiranan. Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu sangat mementingkat kehidupan bermasyarakat. Hak jiran tetangga sanga diambil berat. Contohnya apabila belaku keuzuran dalam kalangan penduduk, masyarakat di kampong tersebut akan menziarahinya. Hal ini bertujuan untuk mengurangkan keresahan dan kebimbangan ahli keluarga tersebut. Mereka juga akan membawa buah tangan kepada keluarga terbabit. Namun, apabila dilihat semangat dan konsep kejiranan yang dipegang oleh masyarakat kita hari ini, budaya tersebut amat mementingkan diri sendiri. Apabila jirang rumah sebelah sakit, kita tidak tahu menahu pun. Apatah lagi untuk menziarahinya. Hal ini juga berlaku semasa perkahwinan. Mereka tidak lagi melaksanakan majlis tersebut bergotong-royong sebaliknya menggunakan catering. Selain itu, masyarakat melayu akan mengadakan majlis semasa ingin menaiki rumah baru. Doa keselamatan dibacakan dan semasa rumah ingin didirikan, adapt adapt-adat tertentu. Contohnya ting seri dinaikan terlebih dahulu sebelun tiang-tiang yang lain namun permodenan hari ini tidak mengambil kisah semua pekara tersebut. Pada zaman silam, seorang anak yang bersemuka dengan ibu bapanya dengan rokok pada mulutnya dianggap terlalu menghina, walaupun anak itu sudahpun menjadi bapa pada dirinya. Ketika seseorang anak berhadapan dengan ibu bapanya, dia harus berkelakuan baik dan menghormati ibu bapanya. Umpamanya, dia tidak boleh menyilangkan kakinya ketika berdudukan di atas kerusi, atau duduk dengan satu kaki tegak di atas lantai. Anak perempuan diwajibkan berkelakuan lebih lembut dan lebih menghormati ibu bapanya. Serupa juga, seseorang yang lebih muda harus menghormati orang-orang yang lebih tua. Konflik antara kebudayaan tradisional dan moden harus ditangani dengan bijak dan berhemah.

2)Budaya boleh dianggap sebagai satu system yang hidup.Oleh itu budaya akan sentisa berkembang bersama arus peredaran zaman. Ciri-ciri persambungan adalah satu medium yang membolehkan budaya terus hidup. Ciri-ciri persambungan itu juga memberikan kesempurnaan dan kestabilan kepada budaya . Ciri-ciri perubahan wujud daripada keadaan yang memerlukan perubahan kepada budaya. Ciri-ciri persambungan dan cirri-ciri perubahan memang sentiasa wujud pada pada sesuau budaya. Oleh itu, masyarakat perlu bijak memilih budaya yang memberi kebaikan kepada kita. Terdapat juga budaya masyarakat dahulu yang masih diteruskan contohnya, budaya ziarah menziarahi semasa perayaan hari hara. Baik hari Raya Aidilfitri, Depavali, Tahun Baharu Cina ataupun hari Taipusam, semua masyarakat mengamalkan adat kunjung mengunjungi tetapi dalam suasana yang berbeza dengan masyarakat dahulu. Begitu juga dengan adapt menimba ilmu. Adat menimba ilmu memang diteruskan oleh masyarakat namun keadaannya sangat berbeza dengan zaman dahulu. Masyarakat dahulu akan pergi ke rumah guru mereka untuk belajar tetapi sekarang terdapat pelbagai cara untuk belajar. Ada juga cara belajar menggunakan jaraj jaun dan internet. Namun adat yang baik perlu untuk memperkasakan masyrakat kita

Zalipah berkata...

Soalan 1:

Konflik ini hanya bermula apabila terdapat pergeseran atau perbezaan terhadap budaya tradisional dengan budaya moden setelah dilihat dari aspek nilai dan world view budaya melayu. Kurangnya kefahaman dan sikap orang melayu yang menganggap budaya moden sebagai budaya yang datang dari peradaban barat menyebabkan masalah ini timbul. Maksud ‘kebudayaan moden’ dan ‘kemajuan’ yang kurang jelas membuat orang melayu fikir bahawa kebudayaan moden membawa kepada perubahan budaya tradisional kepada peradaban barat yang bertentangan dengan nilai dan world view yang menjadi pegangan mereka. Dengan kata yang lebih mudah, nilai dan world view masyarakat melayu menyekat ciri perubahan terhadap budaya itu. Masyarakat melayu hanya mempertimbangkan nilai dan world view mereka sahaja. Masalah utama di sini adalah sikap orang melayu itu sendiri yang mudah berpuas hati serta tidak mahu menerima perubahan dalam budaya mereka. Hal ini menjadi penyebab utama mengapa masyarakat melayu masih belum maju sehingga sekarang.
Dasar pecah dan perintah Inggeris yang mengasingkan orang melayu dengan bangsa lain adalah salah satu faktor yang menyebabkan orang melayu lebih berpegang kepada nilai sosial dan pandangannya terhadap alam sekeliling walaupun banyak usaha dijalankan untuk memajukan orang melayu. Orang melayu menganggap alam sekeliling sebagai sesuatu yang tidak boleh diubah dan mempunyai taraf tersendiri dalam kehidupan.
Contohnya budaya berniaga dalam kalangan orang melayu tidak digalakan kerana takut kepada kerugian dan menganggap budaya tersebut sebagai budaya bangsa cina. Menurut kebudayaan tradisional, berniaga hanyalah untuk orang cina sehingga orang melayu ketinggalan dari aspek ekonomi. Hal ini berbeza dengan kebudayaan moden yang menggalakkan orang melayu berniaga untuk kemajuan ekonomi mereka.











Soalan 2:

Budaya perlu mempunyai ciri persambungan dan ciri perubahan kerana budaya adalah satu sistem yang hidup (on-going-system). Ciri persambungan merupakan landasan untuk budaya terus hidup manakala ciri perubahan merupakan penyesuaian dengan keadaan semasa.
Ciri persambungan lebih mudah dilihat dengan adanya konsep warisan yang diamalkan dalam masyarakat melayu. Sesuatu budaya itu akan diajar dan diamalkan secara turun temurun dari satu generasi ke generasi yang lain. Budaya berkenaan akan terus bersambungan dan tidak akan terhenti pada satu tempoh yang tertentu. Ciri persambungan mempunyai hubungkait dengan ciri perubahan kerana budaya juga bersifat dinamik dan tidak statik dalam meneruskan ciri persambungan itu. Ciri perubahan akan mengubah sesuatu budaya mengikut situasi semasa (zaman) dan budaya akan berkembang berdasarkan pengaruh dan budaya serta corak pemikiran luar yang datang. Budaya mempunyai ciri persambungan iaitu pengekalan budaya lama (tradisional) manakala ciri perubahan adalah pemodenan atau pengaplikasian budaya lama (tradisional) dan budaya baru (moden).
Contoh yang boleh dilihat adalah seperti budaya menuntut ilmu zaman tradisional, ilmu mempertahankan diri amat dipentingkan seperti ilmu silat sehingga munculnya pahlawan melayu yang amat terkenal dan masyhur iaitu Hang Tuah kerana dengan kebijaksanaan dan kekuatannya, kepulauan melayu menjadi terkenal dan dapat meluaskan jajahannya. Walau bagaimanapun, budaya menuntut ilmu kini lebih mengutamakan pelbagai bidang dan pengkhususan selaras dengan kemajuan dan peredaran zaman. Pelajar-pelajar tidak perlu mempunyai kekuatan dalam ilmu persilatan untuk menjadi masyhur tetapi perlu mempuyai ilmu yang mencukupi dalam bidang tertentu. Walhal, seni mempertahankan diri sekalipun kini telah dipelbagaikan kepada seni mempertahankan diri dari bangsa asing seperti taekwondo, kung fu dan lain-lain dengan tidak berfokus kepada silat semata-mata. Pengetahuan dari negara luar dipelajari supaya orang melayu tidak terus ketinggalan dalam pelbagai bidang pembangunan. Budaya menuntut ilmu itu masih diutamakan sebagai persambungan dan warisan tetapi yang berubah adalah bidang ilmu itu yang semakin meluas dan berkembang mengikut arus kemodenan.

Intan Madihah Ismail berkata...

Assalamualaikum pembuka bicara,
Salam penuh keberkatan,
Ulasan budaya saya kemuka,
Kalau tersilap harap betulkan.

Jawapan soalan 1:

Kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden merupakan satu kesinambungan yang tidak boleh dipisahkan. Tanpa kebudayaan tradisional, tiadalah kebudayaan moden. Namun begitu, antara yang lama dengan yang baharu sudah semestinya terdapat konflik.
Kadang-kala terdapat ciri-ciri yang agak bertentangan antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden. Kebudayaan moden yang wujud pada hari ini bertitik tolak daripada kemasukan orang-orang Portugis dan Inggeris yang mencetuskan istilah ’pembaratan’. Sebenarnya, kebudayaan tradisional di tanah air kita ini sudah cantik dan molek sekali, ditambah pula dengan adat resam masyarakat kita yang menimbulkan keharmonian dalam kehidupan seharian. Memang benar, ciri-ciri persambungan dan perubahan perlu dalam budaya kita, namun terdapat sesetengah kebudayaan moden yang melahirkan perselisihan atau konflik antara kedua-duanya. Tidak dinafikan bahawa kebudayaan moden bukan semuanya tidak elok, namun terdapat sesetengah kebudayaan moden yang kelihatan ’janggal’ dan tidak kena jika digabungkan dengan kebudayaan tradisional. Sebagai contoh, dalam aspek hiburan dalam masyarakat. Jika dahulu, hiburan yang ada lebih bersifat kemasyarakatan dan lebih ’sihat’ berbanding yang ada sekarang. Masyarakat pada zaman dahulu berhibur untuk menghilangkan penat lelah bekerja seharian dan juga untuk mengisi masa lapang. Maka, hiburan yang ada pada waktu itu lebih terkawal. Misalnya, di Kelantan hiburan seperti wayang kulit, makyong dan dikir barat yang banyak mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nasihat kepada masyarakat umumnya dan golongan muda-mudi khasnya. Berlainan pula dengan konsep hiburan pada masa kini yang lebih menjurus kepada populariti, materialistik dan individualistik. Hal ini dapat dilihat dalam drama-drama dan filem moden yang banyak memaparkan unsur-unsur yang tidak sihat ini, seterusnya merosakkan nilai-nilai yang terdapat dalam diri muda-mudi kini.

Jawapan soalan 2:

Ciri persambungan merupakan ciri-ciri sesebuah budaya untuk terus hidup dan berkesinambungan dari dahulu hingga sekarang. Tanpa ciri persambungan, mana mungkin kebudayaan yang ada pada hari ini terus wujud sebagai satu sistem yang hidup (on-going system). Ciri persambungan amat penting bagi memastikan sesebuah kebudayaan itu terus kekal dan tidak ditelan zaman. Terdapat ciri-ciri persambungan yang selari dengan ciri-ciri perubahan, namun ada juga ciri persambungan yang mendapat tanggapan atau pandangan yang baharu. Sebagai contoh, ciri persambungan yang ada pada kebudayaan Melayu ialah dari segi pertuturan dan budi bahasa. Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan keindahan budi bahasa dan kelembutan pertuturannya. Sejak dahulu lagi, masyarakat Melayu diajar untuk menghormati orang-orang yang lebih tua dengan panggilan yang sewajarnya. Panggilan untuk ibu bapa seperti ibu, ummi, mama, ayah, abah dan sebagainya masih juga digunakan oleh masyarakat Melayu sehingga hari ini demi menjaga ketinggian darjat antara ibu bapa dengan anak-anak. Hal ini tidak terdapat dalam masyarakat barat yang hanya menggunakan panggilan I dan you sahaja walau dengan siapa sekalipun mereka bertutur. Ciri persambungan ini masih kekal dalam masyarakat kita. Seterusnya, ciri perubahan pula merupakan penyesuaian dengan keadaan semasa. Ciri-ciri perubahan timbul daripada keadaan yang memerlukan atau mengakibatkan perubahan kepada budaya, mungkin kerana terdapat pertembungan antara budaya, secara langsung ataupun tidak langsung. Kebiasaannya ciri perubahan ini berlaku apabila dua atau lebih kebudayaan bercampur dan berlaku perubahan atau inovasi dalam kebudayaan tersebut kerana sifat budaya yang fleksibel (boleh berlaku perubahan). Contohnya, budaya menuntut ilmu yang menerima perubahan. Jika dahulu masyarakat Melayu mengutamakan kaum lelaki sahaja untuk menuntut ilmu dan tempatnya seperti di pondok, madrasah dan sebagainya, kini masyarakat Melayu lebih terbuka menerima perubahan dan prinsip menuntut ilmu itu sama sahaja pentingnya antara kaum lelaki dan wanita. Tempat untuk menuntut ilmu juga telah menerima perubahan iaitu ilmu boleh dipelajari di sekolah, maktab, dan universiti selain di masjid dan pondok.

Buah pulasan merah kulitnya,
Isinya lazat manis sekali,
Sekian dahulu ulasan saya,
Jika diizin Tuhan kita bertemu lagi.

NADRATUN NAIM BINTI SUJAK (D20051021134) berkata...

Jawapan soalan 1

Seperti yang kita semua ketahui, kebudayaan tradisional adalah yang kita warisi sejak berabad lamanya dan merupakan landasan budaya kita sekarang ini yang juga mengandungi ciri-ciri daripada apa yang dikatakan kebudayaan moden. Kebudayaan moden pula boleh dikatakan sebagai peradaban Barat yang diserap dalam budaya kita. Konflik antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden timbul apabila jurang yang memisahkan antara keduanya dari segi nilai worl-view tidak dapat disambung dan semakin jauh. Para pengkaji juga bersetuju kedatangan pengaruh Barat dijadikan landasan pemisahan antara masyarakat tradisional dengan masyarakat moden. Unsur-unsur budaya Barat senang berkembang dan mudah diterima oleh penduduk tempatan kerana Barat dianggap moden dan berperadaban tinggi. Masyarakat Melayu ingin maju seperti bangsa-bangsa di negara barat. Tetapi masih ingin mengekalkan ciri-ciri budaya tradisional dalam budaya Melayu itu sendiri. Contohnya, dapat kita lihat daripada situasi masa ini yang menggalakkan dan menghendaki orang Melayu berdikari dan bersikap individualistik dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Tetapi sesetengah pihak pula ada menyatakan bahawa sikap bekerjasama dan bergotong-royong dapat menghasilkan suatu tugasan yang lebih baik dan harus dikekalkan. Kedua-dua pendapat ini mempunyai pertentangan yang ingin memenangkan pendapat masing-masing. Pada pendapat saya, kedua-dua pendapat ada benarnya dan lebih baik jika ia digabungkan agar satu kata putus dapat dibuat dan diterima oleh semua pihak kerana pada saya memang kita patut berdikari tetapi dalam masa yang sama sikap bekerjasama juga amat terpuji dan dapat menghasilkan satu kepuasan dan tugasan yang lebih baik. Kesimpulannya, budaya melayu adalah budaya yang mempunyai nilai yang cukup tinggi. Oleh itu, kita sebagai orang Melayu harus berbangga kerana lahir sebagai anak Melayu dan perlu berusaha untuk terus memartabatkannya.

Jawapan soalan 2

Pada pendapat saya, ciri-ciri persambungan adalah landasan untuk budaya itu terus hidup sementara ciri-ciri perubahan pula merupakan penyesuaian dengan keadaan semasa. Dengan kata lain, ciri persambungan itulah yang memberi kestabilan kepada budaya sebagai satu sistem yang hidup. Ciri-ciri perubahan pula timbul daripada keadaan yang memerlukan atau yang mengakibatkan perubahan kepada budaya, mungkin kerana terdapat pertembungan dengan budaya lain, baik secara langsung ataupun tidak, atau timbul daripada keadaan dalam budaya itu sendiri. Persambungan dan perubahan mempunyai hubungan yang sangat rapat kerana ia saling bergantungan dan berkaitan antara keduanya. Pertumbuhan budaya lebih mudah dilihat pada peringkat perubahan masyarakat daripada melihatnya secara kronologi kerana perkembangan budaya adalah secara persambungan. Masyarakat Melayu tidak menerima bulat-bulat unsur budaya yang datang dari luar, tetapi ia disesuaikan dengan kehendak masyarakat tempatan itu sendiri. Perubahan budaya itu adalah selari dengan perubahan sosial, politik, ekonomi, dan pelajaran yang saling berkaitan antara satu sama lain. Contohnya, budaya popular yang banyak dipengaruhi oleh perkembangan tekologi moden dan peradaban Barat seperti teater Melayu bangsawan. Ia telah disebarkan dan dipopularkan melalui media massa. Namun begitu, bangsawan masih juga memperlihatkan unsur-unsur teater tradisi. Hiburan seperti teater merupakan bertujuan untuk memenuhi masa lapang dan daripada hiburanlah lahirnya unsur-unsur seni yang tinggi mutunya. Ia adalah satu fenomena budaya ekspresif dan mencerminkan cara hidup masyarakat. Selain itu, ciri-ciri budaya popular yang berkembang dalam masyarakat urban merupakan persambungan daripada unsur-unsur budaya tradisional. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa budaya Melayu itu adalah bersifat dinamis, dan sentiasa berkembang dari satu zaman ke satu zaman, secara bersambungan. Kita sebagai generasi baru harus mengekalkan ciri-ciri budaya tradisional yang sememangnya wujud sejak zaman dahulu agar budaya ini tidak luput ditelan zaman.

nor shahila harun (d20051021129) berkata...

a) Peredaran masa telah menyebabkan wujudnya konflik antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden. Umum sedia maklum bahawa kebudayaan tradisional merupakan amalan yang menjadi pegangan masyarakat Melayu terutamanya sejak zaman dahulu lagi. Kebudayaan tradisional banyak dipengaruhi oleh elemen-elemen alam, agama dan mistik. Namun, pergerakan zaman ke arah kemajuan sedikit sebanyak menggugat pegangan kebudayaan tradisional masyarakat. Pengaruh dari barat serta teknologi moden telah mewujudkan satu lagi kebudayaan masyarakat yang bersifat moden. Pertembungan dua kebudayaan ini menyebabkan tercetusnya konflik antara kedua-dua pengamalnya. Contohnya, kebudayaan dalam kehidupan berjiran. Masyarakat yang berpegang kepada kebudayaan tradisional terutamanya masyarakat kampung begitu menitikberatkan kerukunan hidup berjiran. Amalan bertegur sapa dan tolong-menolong menjadi teras kesejahteraan sesebuah kampung. Sebaliknya, kelompok yang mengamalkan kebudayaan yang moden terutama warga bandar kurang memperlihatkan kerukunan hidup berjiran. Bertanya khabar pun menggunakan telefon. Untuk duduk bersembang dan bertegur sapa, jarang sekali dapat dilihat di kawasan bandar. Di sinilah dapat dilihat bahawa konflik yang wujud dalam konsep kehidupan berjiran masyarakat tradisi dan moden.

b) Ciri persambungan dalam budaya ialah sesuatu amalan budaya itu telah diguna pakai sejak dahulu lagi hingga kini. Manakala, ciri perubahan dalam budaya pula ialah sesuatu budaya itu mengalami transformasi atau menerima pengaruh daripada luar. Contohnya, budaya berpakaian bagi masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu dahulu, pakaian yang menjadi kelaziman adalah seperti kain sarung, baju kurung, baju kebaya dan baju melayu. Walau bagaimanapun, budaya berpakaian telah mengalami ciri perubahan yang memperlihatkan sesuatu budaya itu mengalami transformasi atau pengaruh dari luar. Akibat perubahan yang dialami, cara atau budaya berpakaian masyarakat Melayu sudah berubah. Pengaruh yang diterima dari barat menyebabkan masyarakat Melayu telah membuka perspektif masyarakat dalam berfesyen. Mereka mula selesa dengan berkemeja bagi lelaki dan memakai skirt serta ‘blouse’ bagi perempuan. Pengaruh daripada kebudayaan lain seperti masyarakat India dan Cina turut dipertonton dalam perubahan fesyen masyarakat Melayu yang mana banyak elemen-elemen kebudayaan masyarakat lain diterapkan dalam fesyen Melayu.

HALIZA BT HAMAT berkata...

SOALAN PERTAMA…..

Pada pandangan saya, konflik kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden memang berlaku kerana kebudayaan moden mempunyai sedikit sebanyak unsur budaya barat yang meresap masuk ke negara kita secara senyap-senyap. Kita sedia maklum bahawa kebudayaan moden amat ketara kemunculannya apabila Barat menjajah masuk ke Alam Melayu. Contohnya, generasi muda gemar menggunakan pakaian yang mempunyai unsur barat. Keadaan ini banyak berlaku baik di bandar mahupun di luar bandar. Amalan pemakaian baju tradisi seperti baju kurung semakin dipinggirkan. Selain itu, kurangnya amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Hal ini kerana generasi muda sering mengamalkan gaya hidup yang terlalu sosial sehingga melupakan tuntutan agama Islam. Mereka sering memasuki pusat-pusat hiburan dan mengamalkan seks bebas. Keadaan ini bertentangan dengan kebudayaan tradisional di mana kebudayaan tradisional amat mementingkan ketatasusilaan. Konflik ini mengganggu dalam memartabatkan budaya bangsa dan negara. Kebanyakan mereka mempercayai budaya yang moden itu adalah budaya barat dan budaya tradisional itu adalah budaya Melayu. Oleh itu konflik ini menyebabkan mereka mengagung-agungkan budaya barat. Keadaan ini dinamakan kejutan budaya. Walau bagaimanapun, ada juga masyarakat yang mengamalkan budaya tradisional tetapi diubah sedikit mengikut budaya moden. Gaya hidup tradisional dianggap tidak lagi releven dengan cara hidup masyarakat kini yang lebih mementingkan material dan duniawi. Contohnya dari segi aspek pemakaian, remaja-remaja sekarang lebih suka mengikut gaya atau trend dari barat seperti memakai jeans dan t-shirt/blaus. Masyarakat Melayu sudah mula meninggalkan pakaian tradisional iaitu baju kurung dan baju melayu.Kebudayaan moden juga lebih mementingkan aspek teknologi dan pencapaian ekonomi berbanding aspek-aspek kesenian, pakaian dan nilai-nilai sosial. Contohnya konflik berlaku dalam sistem politik apabila sistem beraja sudah tidak berkuasa sepenuhnya. Senjata-senjata seperti keris juga sudah tidak berfungsi sebagai senjata pada masa sekarang. Kewujudannya hanyalah sekadar simbol kebesaran dan alat perhiasan. Sememangnya konflik antara budaya tradisional dan budaya moden ini merupakan suatu cabaran yang harus kita hadapi dengan bijak agar budaya tradisional yang begitu cantik dan agung itu tidak pupus ditelan zaman.


SOALAN KEDUA….
Seperti yang telah dipelajari, budaya mempunyai dua ciri, iaitu ciri persambungan dan ciri perubahan. Ciri persambungan ialah budaya yang diperturunkan dan diamalkan sehingga hari ini tanpa mengalami perubahan.
Budaya yang mempunyai ciri perubahan pula ialah budaya tradisional yang masih diamalkan tetapi telah diubah dari semasa ke semasa. Ciri-ciri ini timbul daripada keadaan yang memerlukan atau yang mengakibatkan perubahan kepada budaya, mungkin kerana terdapatnya pertembungan dengan budaya yang lain, secara langsung atau tidak langsung atau timbul akibat keadaan dalam budaya itu sendiri. Kedua dua ciri ini bersifat relatif iaitu sifatnya atau unsurnya bergantung kepada setiap peradaban luar yang diterima masuk dalam masyarakat. Kita juga boleh menggunakan istilah tradisional untuk menyatakan sifat ciri-ciri persambungan dan moden untuk cirri-ciri perubahan. Apa yang dianggap tradisional dan moden adalah relatif dari segi masa kerana ciri-ciri persambungan dan ciri-ciri perubahan sentiasa ada pada sesuatu budaya. Persambungan dan perubahan berlaku setiap kali tibanya pengaruh daripada pengaruh luar. Tiap kali tiba perubahan dari luar, terdapat ciri yang telah sedia ada memberi persambungan kepada budaya yang baru tersebut, namun ada juga ciri yang menyebabkan perubahan dalam budaya. Sebagai contoh untuk melihat ciri persambungan dalam budaya orang Melayu ialah istiadat pertabalan dan juga upacara meminang yang masih terus diamalkan sejak dulu lagi. Sungguhpun begitu, jika diambil contoh majlis persandingan masyarakat Melayu, telah banyak berlaku perubahan mengikut pengaruh aliran zaman. Hal inilah yang disebut ciri perubahan dalam budaya tradisional. Misalnya, pada awal kurun ke-2O, orang Melayu masih banyak mengamalkan tradisi persandingan seperti orang India tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, trend persandingan ala Barat pula yang semakin diminati. Begitu juga keadaannya dengan permainan wau yang mempunyai bentuk yang menarik seperti bulan sabit. Sungguh kreatif maka, wau tersebut dipanggil wau bulan. Namun, dengan berubahnya waktu, kedua-dua permainan tersebut diolah. Papan congkak yang menggunakan bahan kayu yang diukir telah digantikan dengan bahan plastik yang boleh dibuka dan disambung-sambung serta berwarna-warni manakala bentuk wau pula pelbagai jenis. Keadaan ini berubah mengikut cita rasa pemainnya. Contohnya, jika orang Cina yang membuatnya, mungkin menggunakan motif naga. Oleh itu, dapatlah dilihat bahawa permainan rakyat yang dimainkan pada masa lapang ini juga telah mengalami perubahan selain daripada persambungan. Sekian Terima Kasih……

mohammad zakri b. zakaria d20051021170 berkata...

1. Konflik pertembungan kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden.

Orang Melayu terkenal dengan kekayaan budaya yang mereka miliki sejak dahulu lagi, hal ini sama dengan mana-mana masyarakat timur yang lain. Namun pada era pascamoden ini, muncul beberapa kebudayaan baru dari dunia barat khususnya Amerika. Yang pastinya pertembungan budaya sudah tentu membawa asimilasi atau tidak . Saya akan membincangan pertembungan yang tidak berasimilasi. Budaya terbahagi kepada budaya material dan non-material. Budaya material melibatkan hal seperti peralatan yang digunakan misalnya senjata iaitu keris, manakala budaya non-material pula ialah yang melibatkan falsafah iaitu pegangan nilai sesuatu masyarakat. Sebagai contohnya, nilai bekerjasama, tolong-menolong dan sayang-menyayangi.
Namun akibat gelombang Globalisasi dalam bentuk Amerikanisasi, sedikit demi sedikit kebudayaan kita semakin terhakis. Perlu saya jelaskan di sini, kita tidak boleh mengecam globalisasi sebagai punca perubahan mendadak budaya dalam masyarakat kita. Sebaliknya kita harus mengecam Amerikanisasi. Hal ini kerana jika kita gunakan istilah globalisasi maka maksudnya terlalu umum. Kita hanya menyedari globalisasi yang dianjurkan oleh Amerika(barat) tapi kita lupa gelombang globalisasi yang pertama dalam sejarah hidup manusia ialah globalisasi yang dibawa oleh Islam. Pada masa kebangkitan dan kegemilangan Islam, hampir semua penduduk dunia mengamalkan politik, ekonomi dan sosial seperti yang dianjurkan oleh Islam. Maka sudah jelas bahawa globalisasi itu umum, tapi Amerikanisasi lebih khusus.
Contoh pertembungan budaya material tradisional dengan budaya moden ialah muzik Kalau dulu kita menjadi asyik kalau mendengar orang menyanyikan lagu tradisional seperti keroncong, namun sekarang muzik seperti hip hop telah mendapat tempat dalam hati muda-mudi. Kesannya muzik tradisional makin hilang ditelan zaman.
Dalam budaya non-materilal pula, terdapat percanggahan antara nilai ketimuran dan kebaratan. Kalau budaya kita mementingkan kerjasama, budaya barat pula mementingkan individu dan persaingan hingga boleh merenggangkan hubungan antara manusia. Contohnya dalam pasaran bebas nilai yang dipegang barat ialah persaingan untuk memperoleh keuntungan. Namun lama-kelamaan, nilai ini wujud dalam masyarakat Melayu. Kita semakin meminggirkan majlis-majlis perkahwinan malah lebih mementingkan perniagaan.


2. Persambungan dan perubahan dalam budaya.
Setiap budaya tidak kira sama ada budaya itu budaya barat atau timur, tidak akan terlepas daripada memiliki ciri-ciri ini. Perubahan merupakan ciri yang memastikan budaya itu agar sesuai dengan keadaan semasa manakala ciri persambungan memastikan sesuatu budaya it terus hidup. Contohnya, budaya budaya seperti tari-menari walupun masih diteruskan namun terdapat perubahan di mana unsur yang bertentangan dengan akidah disisihkan. Hal ini tidak bermakna kita membuangnya tapi kita menyesuaikannya dengan zaman agar kekal hidup.

Henry Lai anak Bundan D20051021174 berkata...

1. Konflik antara budaya tradisional dengan budaya moden

Sesungguhnya perkembangan budaya moden masa kini memang membawa pelbagai konflik terhadap budaya tradisional. Namun begitu, tidak semestinya konflik yang dihadapi kedua-dua budaya ini membawa semua keburukan kepada kehidupan masyarakat masa kini. Lagipun perubahan yang dibawa oleh budaya moden memang sudah disepakati oleh semua golongan lapisan masyarakat sesebuah Negara termasuk Malaysia. Di sini kita perlu melihat peredaran masa telah menuntut pemikiran masyarakat yang berpengetahuan untuk sama-sama membangunkan dan memajukan sesebuah masyarakat khususnya dan Negara amnya. Misalannya, lihat sendiri budaya dan amalan yang terlebih dahulu wujud dalam masyarakat kita iaitu memberi lebihan hasil pencarian seperti makanan kepada saudara mara dan jiran yang terdekat. Contohnya, sekiranya seseorang ayah dalam keluarga tersebut mendapat hasil penangkapan ikan yang berlebihan pada hari tersebut, dia membahagikan hasil tersebut dengan jiran yang berdekatan, Di sini kita boleh melihat amalan masyarakat yang berkongsi makanan menampakkan hubungan jiran tetangga begitu erat dan utuh. Setelah berlaku peredaran masa yang menuntut kemajuan dalam semua aspek pembangunan, menyebabkan amalan ini semakin dipinggirkan dan mungkin generasi akan datang tidak berpeluang melihat budaya ini lagi. Kalau kita lihat masa kini, sekiranya kita hendak mendapatkan makanan, sudah tentu kita memerlukan mata wang Malaysia sebagai alat pertukaran untuk mendapatkan makanan tersebut padahal jiran yang dahulu pernah memberinya secara percuma tetapi kini sebaliknya. Situasi ini berubah disebabkan oleh perkembangan ekonomi dan taraf hidup yang semakin meningkat.Oleh itu, kita jangan mempersalahkan penularan budaya moden membawa kepada kepincangan dalam kehidupan bermasyarakat pada masa kini. Begitu banyak lagi faktor yang menyumbang ke arah permasalahan ini dan yang utamanya sudah pasti datangnya dari pemikiran kita sendiri. Sekian…

2. Ciri persambungan dan ciri perubahan dalam budaya.
Ciri persambungan boleh kita perkatakan sebagai satu amalan, perlakuan dan budaya dalam sesebuah masyarakat yang sudah lama wujud tetapi masih diwarisi oleh golongan generasi masa kini. Manakala ciri perubahan pula boleh diperjelaskan sebagai sesuatu budaya dan amalan yang telah tertanam dalam sesebuah masyarakat tetapi telah mengalami satu revolusi penambahbaikan bagi memenuhi perkembangan era globalisasi masa kini. Misalannya, dalam upacara perkahwinan, budaya bergotong-royong dan bekerja bersama-sama diamalkan bagi menyediakan makanan dan menghias majlis perkahwinan. Tetapi kini, budaya ini mengalami perubahan dengan menggunakan keadah catering dan menaja pihak tertentu untuk menghias majlis perkahwinan. Dengan itu, jiran hanya datang untuk makan dan peluang untuk berbual mersa begitu singkat jikalau dibandingkan dengan adanya aktiviti bergotong-royong seperti dahulu. Sekian…

AZIANA RUSLAN D20051021120 berkata...

SOALAN 1
Tamadun Melayu telah menerima kebudayaan atau pengaruh moden akibat daripada pertembungan dengan perkembangan teknologi dunia tetapi setakat menerima dan menggunakannya sahaja kerana asas teknologi itu masih jauh daripada pengetahuan kita. Kebudayaan dari barat dikatakan sebahagian daripada budaya moden. Sejenak kita berpaling ke arah kebudayaan tradisional kita yang semakin dilupakan dan diketepikan. Proses seperti ini akan berlanjutan kerana kebanyakan masyarakat Melayu lebih mengagungkan kebudayaan moden dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Walaupun masyarakat Melayu memerlukan penyesuaian budaya moden dalam menjalani kehidupan harian, namun kebudayaan tradisional kita tidak wajar dipinggirkan sama sekali. Sesetengah golongan masih kuat berpegang pada kebudayaan tradisional tetapi ada juga yang menganggap kebudayaan tradisional sebagai kuno dan mengamalkan kebudayaan moden secara menyeluruh dalam kehidupan. Sebenarnya, bagi mengatasi konflik ini dalam menjalani kehidupan sekarang, kita mestilah menyesuaikan budaya moden dengan budaya tradisional kita. Contohnya, tradisi masyarakat Melayu tradisional dahulu mengamalkan kaum isteri sebagai warisan cara hidup orang Melayu lama iaitu duduk di rumah menguruskan rumah tangga. Kini, ianya telah berubah tetapi perubahan ini tidak sepenuhnya mendatangkan keburukan kerana telah disesuaikan dengan keadaan semasa. Dalam adat perkahwinan Melayu pula, jika dahulu pemberian bunga telur kepada tetamu yang datang masih mengamalkan cara lama iaitu pemberian pulut kunyit yang dibalut dengan daun pisang dan dicucuk bunga telur di atasnya. Kini, ia telah berubah dimana pemberian bunga telur telah diubah kepada pemberian gula-gula atau coklat dan tidak mustahil tetamu yang datang diberi sebiji epal atau sebuku sabun menggantikan bunga telur. Majlis kenduri secara gotong-royong juga telah berubah kepada penyediaan jamuan kenduri oleh catering. Dalam kesenian pula, bentuk tarian tradisional telah bertukar kepada tarian moden seperti “rap” dan begitu juga dengan lagu tradisional telah bertukar rentaknya.

SOALAN 2
Persambungan budaya merupakan pengamalan budaya yang diamalkan sejaka dahulu lagi terus diamalkan oleh generasi kini dan mungkin generasi akan datang. Ciri persambungan budaya ini dikekalkan kerana masyarakat memikirkan perlunya kepada budaya tersebut. Ciri persambungan budaya yang diamalkan akan menyebabkan sesuatu budaya terus hidup dan wujud dalam sesebuah masyarakat. Namun begitu persambungan budaya telah disesuaikan dengan kemasukan kebudayaan baru. Contoh persambungan budaya yang masih dikekalkan ialah adat dalam perkahwinan iaitu adat merisik, meminang dan akad nikah masih dikekalkan dalam masyarakat Melayu. Namun begitu ia telah menerima pengaruh dari agama Hindu dan ini digelar perubahan iaitu adat persandingan dan berinai dalam majlis perkawinan masyarakat Melayu. Generasi muda amat peka dengan perubahan budaya dan golongan ini juga midah terpengaruh dan berusaha menyesuaikan dengan perubahan budaya. Golongan ini sentiasa mencari sesuatu yang baru dan membina identity dan membawa kelainan serta mereka amat mudah dipengaruhi perkembangan dan perubahan budaya. Terdapat sebahagian daripada warisan tradisi yang pernah popular pada masa lalu, kini tidak lagi dikenali oleh golongan muda kerana berlakunya perubahan budaya. Contohnya, generasi muda tidak lagi percaya dengan amalan atau upacara yang bercorak tradisi dan berkaitan dengan kepercayan warisan seperti upacara berkhatan yang diamalkan oleh masyarakat dahulu tidak lagi diamalkan oleh generasi sekarang dan hanya sebilangan kecil yang masih mengamalkannya. Bagi golongan sekarang, berkhatan boleh dilakukan di hospital dan tidak perlu lagi mengamalkan upacara sepertimana yang diamalkan oleh generasi terdahulu. Keadaan ini menggambarkan perubahan dalam adat istiadat. Persoalan yang menjadi tumpuan ialah adakah tradisi dan warisan akan terus pupus sekiranya perubahan budaya menguasai masyarakat sekarang.

ahmad zul fahmi b. sharom berkata...

1.Mengapakah wujudnya konflik? Kebiasaannya konflik wujud akibat ketidaksefahaman,perselisihan atau pun tiada keserasian. Wujudnya konflik antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden antara sebabnya ialah kerana kedua-dua budaya ini tidak serasi. Tidak semua kebudayaan tradisional boleh diterima oleh kebudayaan moden, begitu juga sebaliknya. Kebudayaan tradisional biasanya tidak menolak atau mengabaikan aspek agama berbeza dengan kebudayaan moden yang lebih mengutamakan nilai kebebasan, menolak aspek agama dan lebih bersifat sekular. Contoh yang jelas pada hari ini ialah dari aspek pakaian. Pada zaman sekarang ini, siapa dalam kalangan kita yang sanggup memakai baju Melayu atau baju kurung sebagai pakaian harian mereka? Yang wujud sekarang ialah pemakaian baju berkenaan hanya digunakan untuk tujuan tertentu sahaja. Jika ada yang sanggup memakainya sebagai pakaian harian sudah pasti akan kedengaran sindiran sinis seperti “nak pergi bernikah ke?”, “hari ini hari raya ke?” atau “ketinggalan zaman betul lah”. Jelas berlaku konflik di sini kerana masyarakat kita hari ini lebih menerima kebudayaan moden seperti pemakaian baju t dan seluar jeans untuk pakaian seharian. Akibatnya pemakaian baju kurung dan baju Melayu telah berubah fungsinya. Tetapi amat menyedihkan apabila sindiran-sindiran sinis itu datang daripada mereka yang mengaku dirinya MELAYU!. Sepatutnya mereka sedar,walaupun ketinggalan zaman , baju kurung dan baju Melayu itu langsung tidak mengetepikan aspek aurat, sesuatu yang lebih penting daripada apa yang dikatakan dengan kETINGGALAN ZAMAN.


2.Persambungan budaya merujuk kepada pengamalan budaya lama yang masih diteruskan manakala perubahan budaya merupakan amalan budaya lama tetap diteruskan tetapi diasimilasikan dengan budaya luar yang meresap masuk ke dalam budaya lama dan diamalkan. Contoh persambungan budaya ialah seni mempertahankan diri Melayu iaitu silat. Walaupun terdapat pelbagai kemasukkan seni mempertahankan diri dari luar seperti karate dan Judo, silat masih diamalkan sehingga sekarang. Kewujudan persatuan seni silat seperti Persatuan Silat Gayung dan Persatuan Silat Cekak Hanafi membuktikan silat masih diamalkan. Tambah menarik, seni silat juga sebenarnya juga telah mengalami perubahan iaitu melalui medium sukan. Seni silat telah diubahsuai untuk disesuaikannya menjadi salah satu sukan. Apabila hal ini berlaku, jangka hayat silat itu sendiri dapat dipanjangkan kerana fungsi atau tujuannya tidak semata-mata untuk mempertahankan diri. Selain itu dengan menjadikan silat sebagai salah satu aktiviti sukan, ianya juga dapat memperkenalkan seni mempertahankan diri Melayu ini kepada bangsa lain.

Mohd Hanafi Bin Yahya berkata...

Soalan 1
Peredaran zaman, kemajuan teknologi dan peningkatan dalam taraf hidup sesuatu masyarakat telah menyebabkan berlakunya perubahan dalam budaya iaitu daripada tradisional kepada moden. Keadaan sebegini akhirnya akan mewujudkan konflik antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden. Sungguhpun begitu, ianya agak sukar dihuraikan memandangkan tidak semua interaksi itu berlaku dengan cara yang sama. Dalam bidang perubatan misalnya, masyarakat pada masa kini sudah tidak lagi mendapatkan rawatan daripada pawang, dukun atau bomoh. Masyarakat telah beralih kepada perubatan moden iaitu mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. Keadaan ini jelas menunjukkan berlakunya konflik kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden. Namun begitu, masih terdapat ciri-ciri yang hidup selari serta mempunyai tempat khas dalam penggunaannya. Tidak semua penyakit dapat diubati di klinik ataupun hospital. Penyakit yang berkaitan dengan gangguan makhluk halus ataupun ‘histeria’masih memerlukan khidmat pawang dan dukun untuk merawatinya. Oleh itu, penyesuaian kebudayaan tradisional dalam kebudayaan moden sangatlah perlu
Soalan 2
Ciri-ciri persambungan merupakan landasan untuk budaya itu terus hidup atau kekal manakala ciri-ciri perubahan adalah penyesuaian dengan keadaan semasa. Ciri-ciri perubahan wujud akibat pertembungan budaya yang lain sama ada disedari ataupun tidak. Misalnya sesetengah adat perkahwinan seperti adat merisik dan bertunang masih diwarisi manakala adat bersanding pula telah mengalami perubahan mengikut zaman. Pemakaian baju tradisional seperti baju kurung dan baju melayu juga mempunyai ciri-ciri persambungan dan ciri-ciri perubahan. Pakaiannya masih mempunyai ciri persambungan tetapi sudah mengalami perubahan dalam konsep pemakaiannya. Misalnya dahulu pakaian tradisional ini dipakai di semua majlis tetapi kini pakaian ini hanya dipakai pada masa-masa tertentu sahaja. Sekian sahaja.

Erzazuraidi Bin Mohd Nasir Perumal berkata...

D20051021135
Assalamualaikum…

1.Konflik antara budaya tradisional dengan budaya moden

Pada pendapat saya, konflik antara budaya tradisional dan budaya moden memang sering berlaku pertentangan budaya. Jika diteliti, budaya tradisional lebih bersifat ketimuran dan sering dikaitkan dengan elemen-eleman alam, agama dan mistik. Sementara itu budaya moden pula lebih bersifat kebaratan dan mempunyai hubungan yang rapat dengan teknologi maklumat(IT). Dalam kehidupan tradisional, nilai-nilai kemanusiaan dan murni sangat dititikberatkan dalam kehidupan seharian seperti budaya berjiran. Masyarakat Melayu amat mementingkan perhubungan dengan jiran mereka terutamanya di kampung-kampung. Apabila terdapat jiran yang mengalami kesulitan ataupun sakit, masyarakat lain (jiran-jiran) pasti akan datang menziarahi mereka. Selain itu, apabila sesebuah keluarga mengadakan majlis seperti majlis perkahwinan, masyarakat setempat pasti akan bersama-sama bergotong-royong menjayakan majlis tersebut. Bukan itu sahaja, malahan dalam melakukan sesuatu perkara pun, masyarakat tradisional pasti mengutamakan agama sebagai landasan dalam kehidupan harian. Misalnya, dari segi pemakaian, golongan wanita perlu memakai pakaian yang menutup aurat. Baju kurung dan baju kebaya telah disesuaikan dalam pemakaian golongan wanita melayu berlandaskan agama. Pada ketika ini juga, golongan muda sangat menghormati golongan yang lebih tua. Misalnya, apabila orang tua sedang mengangkat barang, golongan muda pasti akan menghulurkan bantuan tanpa segan. Namun, kemasukan budaya moden yang lebih berunsurkan kepada barat dan ‘kebendaan’ telah menyebabkan berlaku perubahan yang besar dalam masyarakat melayu. Dan kebanyakan perubahan tersebut lebih ke arah yang negatif. Contohnya, budaya berjiran semakin terhakis dalam kalangan masyarakat Melayu terutamanya di bandar-bandar. Malahan terdapat jiran yang tinggal bersebelah yang tidak bertegur sapa dan tidak mengenali antara satu sama lain. Jika rumah jiran mereka dimasuki perompak pun mereka buat tidak kisah sahaja. Selain itu, apabila terdapat majlis perkahwinan diadakan, unsur gotong-royong yang memerlukan masyarakat setempat bekerja bersama telah dihapuskan dengan menggunakan khidmat Katering. Nilai kemasyarakat semakin dipinggirkan dengan alasan khidmat Katering lebih mudah berbanding cara bergotong-royong. Bukan itu sahaja, gaya pemakaian masyarakat Melayu juga sudah berubah kea rah yang dikatakan lebih moden. Nilai-nilai kesopanan dan agama seperti tidak diberikan keutamaan. Misalnya, golongan wanita sekarang lebih suka memakai selaur jean dan baju T-shirt. Lebih memburukkan keadaan ialah apabila ada di kalangan mereka yang suka memakai pakaian yang ketat hingga menonjolkan bentuk badan dan tidak memakai tudung ketika berada di tempat umum. Saya tertanya-tanya- Adakah budaya Moden Menjadi lebih penting berbanding perintah agama?. Di samping itu, terdapat golongan muda sekarang sudah kurang menghormati orang yang lebih tua. Contohnya dapat kita lihat berdasarkan iklan “budi bahasa budaya kita” yang memaparkan realiti hidup mayarakat kini. Diharapkan agar masyarakat Melayu pada masa kini harus sedar bahawa bukan semua budaya moden memberikan kebaikkan atau kelebihan. Kadang-kala, cara lama(budaya tradisional) adalah lebih baik dipartikkan.

2.Ciri persambungan dan ciri perubahan dalam budaya.

Ciri persambungan boleh dikatakan sebagai satu amalan, perlakuan dan budaya dalam sesebuah masyarakat yang sudah lama wujud tetapi masih diwarisi oleh golongan generasi masa kini. Manakala ciri perubahan pula boleh diperjelaskan sebagai sesuatu budaya dan amalan yang telah tertanam dalam sesebuah masyarakat tetapi telah mengalami satu revolusi penambahbaikan bagi memenuhi perkembangan era globalisasi masa kini. Misalnya dari segi pemakaian baju kebaya dalam masyarakat Melayu. Pada zaman dahulu dalam era 60-an, golongan wanita memakai baju kebaya yang lebih menonjolkan aurat yang bertentangkan dengan agama. Tapi kini, pengubahsuaian telah dilakukan dalam menghasilkan pakaian tersebut supaya lebih sopan dan bersesuaian dengan syariat agama.
Waalaikumusalam..

Rosyati D021126 berkata...

1. Kebudayaan moden ialah ciri – ciri baru yang membawa perubahan sementara menggunkan perkataan kebudayaan tradisional bagi ciri – ciri persambungan yang diwarisi oleh budaya itu daripada zaman sebelumnya.Terdapat konflik antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden. Konflik ini berlaku akibat ciri – ciri yang terdapat antara kedua – dua kebudayaan tersebut. Misalnya, kita tidak memakai baju kurung dan samping dalam kehidupan kita sehari – hari kerana kita memakai baju kemeja dan seluar, tetapi untuk majlis – majlis tertentu kita menggunakan pakaian baju kurung dan kain samping yang kita panggil pakaian tradisional kita. Kebudayaan tradisional adalah yang kita warisi sejak berabad – abad dan merupakan landasan budaya kita sekarang ini yang juga mengandungi ciri – ciri daripada apa yang dikatakan kebudayaan moden. Sebenarnya kebudayaan moden itu adalah satu entity yang samar – samar ..untuk menjadi titik tolak perbincangan kita, maka kita terimalah apa sahaja yang ada pada peradaban barat? Persoalan kita juga menyentuh konsep ‘kemajuan’ atau ‘ progress’ itu samar – samar. Apa yang dapat dikemukakan dengan cara yang tegas sedikitialah pencapaian yang terdapat dalam peradaban barat, terutama dari segi teknologi dan ekonomi. Tetapi disebabkan kesamaran itu juga,segala yang terdapat dalam peradaban barat dianggap sebagai ‘kemajuan’. Konflik antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden timbul apabila jurang yang memisahkan antara keduanya daripada segi world – view tidak dapat disambung: makin jauh jurang itu makin meruncing pergeserannya.Saat ini, kebanyakan orang memahami gagasan "budaya" yang dikembangkan di Eropah pada abad ke-18 dan awal abad ke-19. Gagasan tentang "budaya" ini merefleksikan adanya ketidakseimbangan antara kekuatan Eropah dan kekuatan daerah-daerah yang dijajahnya. Mereka menganggap 'kebudayaan' sebagai "peradaban" sebagai lawan kata dari "alam". Menurut cara pikir ini, kebudayaan satu dengan kebudayaan lain dapat diperbandingkan; salah satu kebudayaan pasti lebih tinggi dari kebudayaan lainnya. Hakikat budaya menunjukkan bahawa jika satu – satu cirri budaya itu berubah,ia akan melibatkan perubahan cirri – cirri budaya yang lain juga. Kita tidak boleh perlanjutan kebudayaan tradisional dari segi kekalnya bentuk – bentuk kesenian lama ataupun adapt istiadat sahaja. Kita harus memikirkan pula kenapa orang –orang Jepun dapat mencapai kecekapan teknologi dan menjadi negara maju dengan lebih pantas dari negara- Negara Asia yang lain.















2. Ciri – ciri persambungan adalah landasan untuk budaya it uterus hidup sementara ciri – ciri perubahan pula merupakan penyesuaian kepada keadaan semasa. Ciri – ciri persambungan itulah yang memberi kestabilan kepada budaya sebagai satu system yang hidup. Ciri – ciri perubahan timbul daripada keadaan semasa yang memerlukan atau yang mengakibatkan perubahan kepada budaya, mungkin terdapat pertembungan dengan budaya yang lain, baik secara langsung mahupun tidak. Terdapat ciri – ciri persambungan yang mendapat tanggapan baru dan tanggapan yang sedia ada.misalnya keris yang dahulu merupakan sebilah senjata untuk mempertahankan diri sekarang ini digunakan sebagai perhiasan sahaja. Begitu juga iblis dan syaitan yang diterima daripada pengajaran Islam dijadikan sebagai reinterpretasi untuk konsep lama hantu dan jembalang dalam kepercayaan tradisional masyarakat Melayu. Hantu merupakan kepercayaan mengenai makhluk halus yang wujud di dalam alam lain yang terdapat dalam semua kebudayaan dalam dunia ini. Dalam masyarakat Melayu hantu, semangat, jembalang atau penunggu telah wujud sejak zaman animisme lagi. Ketika itu semua benda besar seperti pokok atau batu yang besar dianggap didiami jin penunggu yang perlu dijaga dengan baik agar jin tersebut tidak mengamuk dan membahayakan penduduk sekitar. Malahan jamuan makanan atau acak disediakan oleh seseorang yang berpengalaman yang dikenali sebagai pawang bagi memastikan penunggu tersebut pula membantu penduduk daripada serangan wabak penyakit dan musuh tanaman. Amalan ini masih kekal dikalangan penduduk asli yang masih mengamalkan kepercayaan animisme.Dengan kedatangan agama Hindu dan Buddha, konsep penunggu dan jembalang diubah menjadi konsep dewa-dewa yang mendiami tempat-tempat tertentu. Bagi menghormati dewa-dewa ini, kuil-kuil dibina ditempat-tempat tersebut dengan tujuan pemujaan bagi mendapatkan per. Keadaan ini tidak berubah dengan kedatangan orang-orang Cina yang juga mendirikan tokong kecil di bawah pokok atau tempat tertentu bagi mendapatkan bantuan tuah kepada mereka. Selepas kedatangan Islam, konsep hantu tidak lagi begitu dminan dalam kalangan mayarakat. Namun, masih terdapat lagi golongan masyarakat yang mempercayai kuasa hantu boleh menyembuhkan penyakit. Malah terdapat bacaan – bacaan mantera yang masih lagi diamalkan sejak dari keturunan nenek moyang.contoh mantera tersebut seperti berikut:
(baca setiap kali mandi)’Keroko batang kerasi, cerai kuku dengan isi, kasih kepada ibumu, kasih kepada aku’
(sapu di wajah) ‘ La ila ailla, dau daya, siapa hakikat salah, tiadaku mati sekali – kali dau daya’
Selepas kedatangan Islam, mantera – mantera yang diamalkan oleh masyarakat Melayu ditukar kepada bacaan doa. Contohnya:
(Doa supaya beroleh Ilmu yang bermanafaat) ‘ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari ilmu yang tidak bermanafaat, dari hati tang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dari doa yang tidak diperkenankan’.
Perubahan budaya juga dapat timbul akibat timbulnya perubahan lingkungan masyarakat, penemuan baru, dan kontak dengan kebudayaan lain. Perubahan itu terjadi sesuai dengan hakikat dan sifat dasar manusia yang selalu ingin mengadakan perubahan. Hirschman mengatakan bahawa kebosanan manusia sebenarnya merupakan penyebab dari perubahan Sebagai contoh, memakai baju yang berkelas, fine art, atau mendengarkan musik klasik, Sebagai contoh, jika seseorang berpendapat bahwa musik klasik adalah musik yang "berkelas", elit, dan bercita rasa seni, sementara musik tradisional dianggap sebagai musik yang kampungan dan ketinggalan zaman, maka timbul anggapan bahawa ia adalah orang yang sudah "berkebudayaan". Orang yang menggunakan kata "kebudayaan" dengan cara ini tidak percaya ada kebudayaan lain yang eksis; mereka percaya bahawa kebudayaan hanya ada satu dan menjadi tolak ukur norma dan nilai di seluruh dunia. Menurut cara pandang ini, seseorang yang memiliki kebiasaan yang berbeza dengan mereka yang "berkebudayaan" disebut sebagai orang yang "tidak berkebudayaan"; bukan sebagai orang "dari kebudayaan yang lain." Orang yang "tidak berkebudayaan" dikatakan lebih "alam," dan para pengamat seringkali mempertahankan elemen dari kebudayaan tingkat tinggi (high culture) untuk menekan pemikiran "manusia alami" (human nature). Pada zaman dahulu manusia dalam sesebuah masyarakat itu sanggup berperang kerana mempertahankan budaya hidup mereka yang dicemar atau dicerobohi oleh pihak lain. Bagaimana pun cara hidup manusia hari ini sudah banyak berubah dan menuju globalisasi.Terdapat beberapa kategori kebudayaan di dunia ini yang telah pun berada dalam bentuk globalisasi ataupun berubah ke arah cara moden. Antaranya seperti budaya makan. Makanan Amerika pula semakin popular di Malaysia seperti Mc Donald, Kentucky Fried Chicken.Antara jenis fesyen pakaian yang digemari di seluruh dunia adalah seperti : seluar Jean Levi, Pierre Cardin (pakaian perempuan), Yves Saint Laurent, pakaian sukan Esprit dan pakaian Laura Ashley.

1ny berkata...

NURZAWANI BINTI SHAFIEE
D2OO51021131

SOALAN 1
Konflik antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden timbul apabila wujudnya jurang di antara ciri nilai dan world-view yang tidak dapat diadaptasikan dalam masyarakat. Bagi pendapat saya, kebudayaan tradisional itu adalah satu identiti masyarakat Melayu yang bertamadun yang perlu kekal dalam jati diri bangsa Melayu. Namun, globalisasi mendesak bangsa Melayu menerima kebudayaan moden secara langsung dan tidak langsung. Apa yang saya faham, dari segi kemajuan sains dan teknologi, masyarakat Melayu menerima budaya moden tersebut dalam bentuk secara langsung tetapi, konsep budaya itu adalah meluas iaitu meliputi keseluruhan kehidupan masyarakat. Jadi, kita tidak mampu menapis untuk ‘mengambil’ kebudayaan moden itu dari bidang itu sahaja. Budaya yang lain dari budaya moden atau budaya dari barat turut meresap ke dalam kebudayaan tardisional Melayu tanpa kita sedari. Mungkin dari segi pelaksanaan memerlukan kita menggunakan kaedah-kaedah tertentu yang seterusnya akan meresap ke dalam budaya tradisional. Seterusnya, pergeseran antara budaya tradisional dan budaya moden akan wujud kerana masyarakat itu sendiri kurang bijak menilai sesuatu elemen dalam kebudayaan luar itu. Persepsi dan cara kita menilai secara positif diperlukan sekiranya kita mahukan jurang di antara budaya tradisional dan budaya moden ini dikecilkan.

SOALAN 2
Pada pendapat saya, persambungan budaya merupakan sesuatu ciri budaya itu berterusan dan berkesinambungan antara yang dahulu dan yang sekarang. Contohnya, dari segi pakaian orang Melayu, batik merupakan pakaian yang ‘evergreen’ iaitu sekiranya dahulu, batik hanyalah dipakai oleh masyarakat Melayu sebagai kain sarung, kini batik telah dikomersialkan dan mempunyai nilai seni yang tinggi sehinggakan wujudnya bengkel dan kelas penghasilan batik di Kompleks Budi Penyayang seperti di tempat saya, Kepala Batas, Pulau Pinang yang diilhamkan oleh Allahyarham Datin Seri Indon.
Perubahan budaya pula ialah budaya itu mengalami proses peralihan atau pertukaran. Contohnya, perubahan budaya ziarah menziarahi ketika musim perayaan. Jika kita lihat, pada zaman dahulu, sekiranya pada Hari Raya Aidilfitri, masyarakat Melayu Islam sahaja yang berkunjung ke rumah sesama mereka sendiri, walaupun pada masa dahulu, di Malaysia terdapat pelbagai kaum yang lain. Budaya ziarah menziarahi ini hanya wujud dalam kalangan sesama kaum dan agama sahaja, tetapi pada zaman sekarang, konsep rumah terbuka telah diamalkan dalam masyarakat membolehkan masyarakat yang berlainan kaum kunjung mengunjungi antara satu sama lain apabila tibanya musim perayaan.

aisah musa berkata...

1) Kamus Dewan mendefinisikan tradisional sebagai sesuatu yang berkaitan dengan, bersifat atau mengikut tradisi. Manakala moden pula didefinisikan sebagai dari masa sekarang, berkaitan dengan masa kini, yang terbaru, cara (kaedah) baru, mutakhir. Berdasarkan pengertian ini kita sendiri dapat menggambarkan bahawa konsep tradisional dan moden terdapat perbezaan. Pengamalan kehidupan seharian amat dipengaruhi oleh kehidupan masa lampau dan disulami dengan kemodenan. Amalan tradisi yang diamalkan sejak dahulu perlu diterapkan dalam kehidupan masa kini. Manakala aspek kemodenan boleh diterapkan namun ada batasnya dan perlu disesuaikan mengikut keadaan. Konflik yang wujud antara tradisi dan moden berpunca daripada sikap manusia sendiri yang terlalu rakus dalam mengejar erti kemodenan dengan menolak terus amalan tradisi yang lebih menekankan nilai murni. Pengaruh Barat yang semakin menular terutama dalam kalangan remaja menjadikan adat dan budaya tradisional semakin nipis dalam diri anak muda sekarang. Generasi kini terlalu mementingkan aspek material yang lebih membawa keburukan berbanding kebaikan. Budaya negatif yang jelas melanda masyarakat kita zaman sekarang adalah aspek cara hidup dan pemakaian. Amalan hidup yang kurang sihat sudah menjadi tradisi masyarakat moden. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan jelas kelihatan. Perasaan malu yang menjadi salah satu ciri masyarakat Melayu semakin nipis dalam jiwa anak muda masa kini. Aspek pemakaian yang lebih bercorak kebaratan amat memalukan dan terlalu jauh menyimpang daripada konsep pemakaian masyarakat Melayu yang sebenarnya. Masyarakat sekarang beranggapan pemakaian bercorak tradisional adalah ketinggalan zaman dan memalukan. Tanpa mereka sedar keadaan ini sebenarnya menghina adat dan amalan hidup bangsa sendiri. Kemajuan sesuatu bangsa terletak pada anggapan masyarakat bangsa itu sendiri. Jika bangsa itu sendiri membuang amalan dan budaya tradisi mereka maka adat tradisional itu akan mati ditelan zaman.
2) Persambungan merupakan perihal (keadaan) bersambung atau berterusan, kesinambungan atau kelanjutan. Perubahan pula diistilahkan sebagai perihal berubah, peralihan, pertukaran. Berdasarkan makna persambungan jelas menggambarkan bahawa setiap budaya akan mengalami rentetan budaya. Dalam masyarakat Melayu, budaya pemakanan yang sentiasa diamalkan sehingga sekarang adalah makan menggunakan tangan. Di samping itu, sudah menjadi satu amalan sebelum makan setiap individu perlu membasuh tangan. Amalan ini sememangnya di semai sejak dari kecil dan menjadi tradisi sehingga dewasa. Hal ini jelas menggambarkan bahawa masyarakat Melayu bukan sahaja mementingkan aspek kesopanan malah turut menekankan aspek kebersihan. Selain itu, dalam masyarakat Melayu kedudukan semasa menjamu selera mestilah bersopan dengan duduk secara bersila untuk kaum lelaki dan bersimpuh untuk kaum wanita. Amalan ini masih diamalkan sehingga sekarang. Namun, semakin hari budaya dalam masyarakat Melayu semakin berkembang dan mengalami perubahan selaras dengan konsep budaya itu sendiri. Budaya Melayu turut diselaraskan dengan arus kemodenan yang semakin menular dalam masyarakat. Amalan pemakanan menggunakan tangan ditukar kepada corak pemakanan menggunakan sudu dan garpu. Kedudukan semasa menjamu selera pula diubah kepada duduk di atas kerusi yang dilengkapi dengan meja makan. Namun, perubahan yang berlaku tidak menghalang amalan dan budaya pemakanan secara tradisional terus dilupakan. Masyarakat harus bijak menyesuaikan diri dengan keadaan atau majlis. Konsep persambungan dan perubahan perlulah berlaku seiring supaya budaya tradisi sentiasa mempunyai kesinambungan yang disulami dengan perubahan ke arah yang lebih baik.

yana berkata...

Athiah binti Mokhtar D20051021099
1. Konflik antara budaya tradisional dan budaya barat

Tidak dinafikan bahawa terdapat konflik antara sesuatu yang tradisional dengan sesuatu yang moden. Begitu juga dengan budaya tradisional dengan budaya moden. Terdapat beberapa aspek yang boleh dilihat akibat timbulnya konflik antara kedua-dua budaya ini. Antaranya adalah daripada segi pakaian, makanan, cara hidup dan adat resam. Contohnya daripada segi pakaian, terdapat ramai di antara kita sekarang tidak gemar memakai pakaian tradisional seperti baju kurung dan pakaian tradisi lain dalam kehidupan seharian sebaliknya lebih gemar memakai seluar, kemeja dan T-Shirt. Bagi segelintir masyarakat pakaian tradisi tidak selesa dipakai dan tidak menampakkan mereka ‘berfesyen’. Mereka lebih gemar berpakaian singkat dan ketat yang mendedahkan aurat. Sekiranya kita teliti pada zaman sekarang, ramai anak-anak muda perempuab yang bertudung tetapi berseluar jeans serta memakai T-Shirt pendek dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan dan pusat. Inilah yang membuktikan dengan jelas bahawa sememangnya wujud konflik antara budaya tradisional dengan budaya moden. Seterusnya daripada aspek budaya makanan, masyarakat kita kini lebih mengagungkan makanan segera seperti KFC, Mc Donald, Pizza Hut dan sebagainya berbanding makanan tradisional kita seperti sambal belacan, masak lemak cili api, cencaluk dan lain-lain. Contoh lain yang dapat dilihat dengan jelas ialah penggunaan keris. Keris yang dahulunya digunakan sebagai senjata untuk mempertahankan diri tetapi kini hanya digunakan sebagai perhiasan. Konflik antara budaya tradisional dengan budaya moden secara amnya adalah disebabkan oleh budaya materialistik dan nilai yang terdapat dalam diri individu itu sendiri. Tambahan pula perubahan teknologi dan ekonomi yang banyak mendorong berlaku konflik antara kedua-dua budaya tersebut. Oleh itu, kita hendaklah menitikberatkan dan berusaha mengekalkan budaya tradisional yang mempunyai nilai tinggi ini daripada ditelan arus pemodenan.

2. Ciri-ciri persambungan dan perubahan

Persambungan budaya adalah merujuk kepada pengamalan budaya lama yang masih diteruskan sehingga ke hari ini iaitu on going system. Perubahan pula merupakan budaya lama yang masih diteruskan tetapi diasimilasikan dengan budaya dari luar yang meresap masuk ke dalam budaya lama dan diamalkan mengikut keadaan semasa. Contoh persambungan budaya yang masih diamalkan ialah dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu. Dalam masyarakat Melayu, adat perkahwinan dimulakan dengan pihak lelaki datang merisik pihak perempuan, kemudian diikuti dengan majlis pertunangan dan majlis kenduri kahwin. Selain itu, dalam majlis perkahwinan terdapat juga budaya dan adat yang masih diteruskan sehingga ke hari ini. Contohnya, terdapat malam berinai, berbalas hantaran antara pihak pengantin lelaki dan pihak pengantin perempuan dan majlis persandingan. Walaupun ditelan arus pemodenan dan pembangunan, adat ini masih diteruskan sehingga ke hari ini. Seterusnya contoh perubahan pula ialah binaan rumah. Sekiranya kita lihat dan teliti, pembinaan rumah teres sekarang adalah sama dengan konsep pembinaan rumah panjang. Cuma perbezaannya adalah rumah panjang bertemakan muafakat manakala rumah teres adalah bertemakan individualistik. Oleh sebab itu, rumah teres dibina dengan dilengkapi pagar yang memisahkan antara satu rumah dengan rumah satu lagi.

Maizatul Ilma Bt Ismail berkata...

d021119
1. Kebudayaan tradisional merupakan istilah yang digunakan bagi mengambarkan ciri persambungan yang diwarisi oleh budaya itu daripada zaman sebelumnya manakala kebudayaan moden pula merujuk kepada ciri-ciri baru yang membawa perubahan sesebuah budaya. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat konflik antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden. Konflik ini berlaku akibat daripada pertembungan budaya, iaitu budaya Melayu sendiri dengan budaya barat. Salah satu faktor utama pertembungan budaya ini ialah apabila barat menjajah Tanah Melayu bermula daripada 1511, iaitu ketika Portugis menjajah Melaka sehinggalah kita merdeka pada 31 Ogos 1957. Kesannya, pelbagai perubahan yang berlaku dalam budaya kita. Sebagai contoh, dalam bidang pentadbiran, pada zaman dahulu Sultan merupakan ketua sesebuah negeri yang berkuasa atas semua yang berada di negerinya, tetapi kini bidang kuasa seorang Sultan hanya terikat ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu. Dalam berpakaian pula, orang Melayu lebih gemar memakai kemeja dan tali leher bagi lelaki, manakala blaus dan ’skirt’ bagi perempuan. Walaupun begitu, orang Melayu masih memakai baju Melayu dan baju kurung untuk ke majlis-majlis keramaian tertentu. Oleh hal yang demikian, terbuktilah kebudayaan moden yang diamalkan di negara kita pada zaman ini, sedikit sebanyak telah menggugat kebudayaan tradisional yang telah diwarisi berabad-abad lamanya, walaupun secara menyeluruh.

2. Ciri persambungan adalah landasan untuk budaya itu terus hidup dan hal ini menunjukkan budaya sebagai sistem yang hidup. Ciri perubahan pula merupakan penyesuaian dengan keadaan semasa. Sebagai contoh, masyarakat Melayu tradisi akan menjalankan upacara lenggang perut bagi perempuan mengandung yang kandungan telah mencapai tujuh bulan. Upacara ini dijalankan untuk mengetahui jantina serta keadaan kandungan tersebut. Pada zaman sekarang, tradisi ini masih dilaksanakan oleh orang-orang Melayu, terutamanya yang tinggal di kawasan luar bandar. Hal ini menunjukkan ciri persambungan, iaitu adat tersebut masih diamalkan dan dijadikan ikutan. Walaupun begitu, terdapat juga masyarakat moden kini menggantikan upacara ini dengan menggunakan teknologi ’ultrasound’ di hospital untuk mengetahui jantina dan keadaan kandungan mereka. Hal ini menunjukkan ciri perubahan, adat atau amalan ini telah mengalami perubahan yang sesuai dengan keadaan semasa, iaitu sains dan teknologi. Walaupun begitu, asasnya masih sama, iaitu upacara lenggang perut dan penggunaan teknologi ’ultrasound’ ini bertujuan untuk mengetahui jantina dan keadaan kandungan.
Dengan ini, ciri persambungan dan perubahan sesuatu budaya berlaku setiap kali datangnya pengaruh daripada peradaban luar seperti India, China dan Barat.

ruziah osman berkata...

SOALAN 1
Pada pendapat saya, terdapat konflik antara kebudayaan tradisonal dengan kebudayaan moden. Hal ini kerana masyarakat mudah terpengaruh dengan budaya barat yang mengamalkan cara hidup moden. Masyarakat cenderung dengan sikap materialistik. Contohnya, generasi muda gemar menggunakan pakaian yang mempunyai unsur barat. Keadaan ini banyak berlaku baik di bandar mahupun di luar bandar. Amalan pemakaian baju tradisi seperti baju kurung semakin dipinggirkan. Selain itu, kurangnya amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Hal ini kerana generasi muda sering mengamalkan gaya hidup yang terlalu sosial sehingga melupakan tuntutan agama Islam. Oleh itu konflik ini menyebabkan mereka mengagung-agungkan budaya barat. Keadaan ini dinamakan kejutan budaya. Walau bagaimanapun, ada juga masyarakat yang mengamalkan budaya tradisional tetapi diubah sedikit mengikut budaya moden. Hal ini dapat dilihat dalam majlis perkahwinan orang-orang melayu. Walaupun mereka tetap menjalankan adat bersanding, berinai tetapi budaya ini tidak lagi dilakukan secara gotong-royong. Majlis ini dibuat dengan menggunakan perkhidmatan catering, jurukamera dan jurusolek yang diupah beribu-ribu ringgit. Selain itu, majlis yang dulunya diadakan di rumah pengantin perempuan tetapi telah diubah di dewan ataupun hotel. Keadaan ini menunjukkan betapa jauhnya perbezaaan budaya dahulu dan budaya sekarang. Budaya moden ini juga boleh menjauhkan nilai persaudaraan, kerjasama dan beberapa nilai murni lain. dalam situasi inilah masyarakat sekarang tidak mengenali jiran antara satu sama lain dan masalah sosial semakin berleluasa.


SOALAN 2
Ciri persambungan dan ciri perubahan merupakan unsur yang pada hakikatnya adalah satu sistem yang hidup atau on-going system. Ciri persambungan adalah landasan untuk budaya itu terus hidup dengan cara memberi kestabilan pada sistem itu sendiri, manakala ciri perubahan pula merupakan penyesuaian dengan keadaan semasa akibat berlaku pertembungan dengan budaya lain. Kedua dua ciri ini bersifat relatif iaitu sifatnya atau unsurnya bergantung kepada setiap peradaban luar yang diterima masuk dalam masyarakat. Sebagai contoh untuk melihat ciri persambungan dalam budaya orang Melayu ialah istiadat pertabalan dan juga upacara meminang yang masih terus diamalkan sejak dulu lagi. Sungguhpun begitu, jika diambil contoh majlis persandingan masyarakat Melayu, telah banyak berlaku perubahan mengikut pengaruh aliran zaman. Contoh yang lain ialah dari segi struktur bentuk rumah Melayu. Dahulu, seni bina rumah Melayu terdiri daripada tiang seri, dan beberapa elemen seni ukir tempatan yang lain. Namun kini, kebanyakan rumah dibina mengikut acuan Barat. Pengaruh Inggeris banyak terterap dalam reka bentuk rumah yang disebut seni bina kolonial seperti rumah teres dan banglo. Kesimpulannya, kita sebagai orang Melayu perlulah berasa bangga dengan budaya yang dimiliki dan mempertahankannya daripada ditelan arus pemodenan.

nik nurul shajida binti salleh (D20051021165) berkata...

Kebudayaan tradisional merupakan kebudayaan yang diamalkan turun temuran berasaskan persambungan dari satu zaman ke satu zaman dan menjadi pegangan sesebuah masyarakat manakala kebudayaan moden dianggap unsur-unsur baharu yang terdapat dalam satu tamadun atau zaman ketika itu daripada jarak zaman kebudayaan turun temurun sesuatu masyarakat tersebut. Kebudayaan moden biasanya bersifat pembaharuan dari segi pemikiran, sosial dan beberapa aspek kehidupan berbanding zaman sebelumnya. Kebudayaan moden kebiasaanya mempunyai pengaruh luar yang dianggap satu kemajuan. Maka wujudlah konflik antara kebudayaan tradisional yang dikatakan ketinggalan dan tidak relevan mengikut fungsinya dalam kebudayaan moden tersebut. Misalnya keris yang dianggap senjata mempertahankan diri ketika dahulu tetapi sekarang keris dianggap sebagai alat kebesaran atau perhiasan. Terdapat juga contoh-contoh yang agak rumit diperjelaskan seperti dari segi sistem politik, kemajuan teknologi kini dan sebagainya. Keadaan ini jelaslah wujudnya perbezaan antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden yang seterusnya menimbulkan pelbagai konflik.

Ciri persambungan adalah satu aspek yang menjadi landasan sesuatu budaya untuk terus hidup.Ciri perubahan pula adalah penyesuaiannya dengan keadaan semasa. Ciri persambungan inilah yang menstabilkan budaya sebagai suatu sistem yang hidup. Contohnya dalam adat perkahwinan yang masih diamalkan sehingga kini seperti adat merisik, bertunang, bersanding, hantaran dan ketika menjelang hari perkahwinan pula terdapat beberapa adat lagi seperti malam berinai, khatam al-Quran dan banyak lagi. Keadaan ini menunjukan adanya ciri persambungan budaya turun temurun yang masih diamalkan namun telah disesuaikan dalam kebudayaan moden dengan adanya beberapa ciri perubahan. Contohnya dari segi hantaran. Kini, telah menjadi trend iaitu masyarakat lebih bersifat material sehingga timbulnya isu ramai lelaki yang tidak berkahwin kerana hantarannya mahal atau tinggi. Selain itu, jika dilihat masyarakat dahulu menggunakan pantun semasa adat merisik dan bertunang malah ketika hari bersanding namun kini pantun jarang digunakan dalam majlis tersebut. Oleh itu, kebudayaan tradisional masih kekal hari ini kerana adanya ciri persambungan dan ciri perubahan dalam beberapa aspek kehidupan mengikut peradaran masa yang akhirnya wujudlah kebudayaan moden kini.

athiah mokhtar D20051021099 berkata...

1. Konflik antara budaya tradisional dan budaya barat

Tidak dinafikan bahawa terdapat konflik antara sesuatu yang tradisional dengan sesuatu yang moden. Begitu juga dengan budaya tradisional dengan budaya moden. Terdapat beberapa aspek yang boleh dilihat akibat timbulnya konflik antara kedua-dua budaya ini. Antaranya adalah daripada segi pakaian, makanan, cara hidup dan adat resam. Contohnya daripada segi pakaian, terdapat ramai di antara kita sekarang tidak gemar memakai pakaian tradisional seperti baju kurung dan pakaian tradisi lain dalam kehidupan seharian sebaliknya lebih gemar memakai seluar, kemeja dan T-Shirt. Bagi segelintir masyarakat pakaian tradisi tidak selesa dipakai dan tidak menampakkan mereka ‘berfesyen’. Mereka lebih gemar berpakaian singkat dan ketat yang mendedahkan aurat. Sekiranya kita teliti pada zaman sekarang, ramai anak-anak muda perempuab yang bertudung tetapi berseluar jeans serta memakai T-Shirt pendek dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan dan pusat. Inilah yang membuktikan dengan jelas bahawa sememangnya wujud konflik antara budaya tradisional dengan budaya moden. Seterusnya daripada aspek budaya makanan, masyarakat kita kini lebih mengagungkan makanan segera seperti KFC, Mc Donald, Pizza Hut dan sebagainya berbanding makanan tradisional kita seperti sambal belacan, masak lemak cili api, cencaluk dan lain-lain. Contoh lain yang dapat dilihat dengan jelas ialah penggunaan keris. Keris yang dahulunya digunakan sebagai senjata untuk mempertahankan diri tetapi kini hanya digunakan sebagai perhiasan. Konflik antara budaya tradisional dengan budaya moden secara amnya adalah disebabkan oleh budaya materialistik dan nilai yang terdapat dalam diri individu itu sendiri. Tambahan pula perubahan teknologi dan ekonomi yang banyak mendorong berlaku konflik antara kedua-dua budaya tersebut. Oleh itu, kita hendaklah menitikberatkan dan berusaha mengekalkan budaya tradisional yang mempunyai nilai tinggi ini daripada ditelan arus pemodenan.

2. Ciri-ciri persambungan dan perubahan

Persambungan budaya adalah merujuk kepada pengamalan budaya lama yang masih diteruskan sehingga ke hari ini iaitu on going system. Perubahan pula merupakan budaya lama yang masih diteruskan tetapi diasimilasikan dengan budaya dari luar yang meresap masuk ke dalam budaya lama dan diamalkan mengikut keadaan semasa. Contoh persambungan budaya yang masih diamalkan ialah dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu. Dalam masyarakat Melayu, adat perkahwinan dimulakan dengan pihak lelaki datang merisik pihak perempuan, kemudian diikuti dengan majlis pertunangan dan majlis kenduri kahwin. Selain itu, dalam majlis perkahwinan terdapat juga budaya dan adat yang masih diteruskan sehingga ke hari ini. Contohnya, terdapat malam berinai, berbalas hantaran antara pihak pengantin lelaki dan pihak pengantin perempuan dan majlis persandingan. Walaupun ditelan arus pemodenan dan pembangunan, adat ini masih diteruskan sehingga ke hari ini. Seterusnya contoh perubahan pula ialah binaan rumah. Sekiranya kita lihat dan teliti, pembinaan rumah teres sekarang adalah sama dengan konsep pembinaan rumah panjang. Cuma perbezaannya adalah rumah panjang bertemakan muafakat manakala rumah teres adalah bertemakan individualistik. Oleh sebab itu, rumah teres dibina dengan dilengkapi pagar yang memisahkan antara satu rumah dengan rumah satu lagi.

athiah mokhtar D20051021099 berkata...

1. Konflik antara budaya tradisional dan budaya barat

Tidak dinafikan bahawa terdapat konflik antara sesuatu yang tradisional dengan sesuatu yang moden. Begitu juga dengan budaya tradisional dengan budaya moden. Terdapat beberapa aspek yang boleh dilihat akibat timbulnya konflik antara kedua-dua budaya ini. Antaranya adalah daripada segi pakaian, makanan, cara hidup dan adat resam. Contohnya daripada segi pakaian, terdapat ramai di antara kita sekarang tidak gemar memakai pakaian tradisional seperti baju kurung dan pakaian tradisi lain dalam kehidupan seharian sebaliknya lebih gemar memakai seluar, kemeja dan T-Shirt. Bagi segelintir masyarakat pakaian tradisi tidak selesa dipakai dan tidak menampakkan mereka ‘berfesyen’. Mereka lebih gemar berpakaian singkat dan ketat yang mendedahkan aurat. Sekiranya kita teliti pada zaman sekarang, ramai anak-anak muda perempuab yang bertudung tetapi berseluar jeans serta memakai T-Shirt pendek dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan dan pusat. Inilah yang membuktikan dengan jelas bahawa sememangnya wujud konflik antara budaya tradisional dengan budaya moden. Seterusnya daripada aspek budaya makanan, masyarakat kita kini lebih mengagungkan makanan segera seperti KFC, Mc Donald, Pizza Hut dan sebagainya berbanding makanan tradisional kita seperti sambal belacan, masak lemak cili api, cencaluk dan lain-lain. Contoh lain yang dapat dilihat dengan jelas ialah penggunaan keris. Keris yang dahulunya digunakan sebagai senjata untuk mempertahankan diri tetapi kini hanya digunakan sebagai perhiasan. Konflik antara budaya tradisional dengan budaya moden secara amnya adalah disebabkan oleh budaya materialistik dan nilai yang terdapat dalam diri individu itu sendiri. Tambahan pula perubahan teknologi dan ekonomi yang banyak mendorong berlaku konflik antara kedua-dua budaya tersebut. Oleh itu, kita hendaklah menitikberatkan dan berusaha mengekalkan budaya tradisional yang mempunyai nilai tinggi ini daripada ditelan arus pemodenan.

2. Ciri-ciri persambungan dan perubahan

Persambungan budaya adalah merujuk kepada pengamalan budaya lama yang masih diteruskan sehingga ke hari ini iaitu on going system. Perubahan pula merupakan budaya lama yang masih diteruskan tetapi diasimilasikan dengan budaya dari luar yang meresap masuk ke dalam budaya lama dan diamalkan mengikut keadaan semasa. Contoh persambungan budaya yang masih diamalkan ialah dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu. Dalam masyarakat Melayu, adat perkahwinan dimulakan dengan pihak lelaki datang merisik pihak perempuan, kemudian diikuti dengan majlis pertunangan dan majlis kenduri kahwin. Selain itu, dalam majlis perkahwinan terdapat juga budaya dan adat yang masih diteruskan sehingga ke hari ini. Contohnya, terdapat malam berinai, berbalas hantaran antara pihak pengantin lelaki dan pihak pengantin perempuan dan majlis persandingan. Walaupun ditelan arus pemodenan dan pembangunan, adat ini masih diteruskan sehingga ke hari ini. Seterusnya contoh perubahan pula ialah binaan rumah. Sekiranya kita lihat dan teliti, pembinaan rumah teres sekarang adalah sama dengan konsep pembinaan rumah panjang. Cuma perbezaannya adalah rumah panjang bertemakan muafakat manakala rumah teres adalah bertemakan individualistik. Oleh sebab itu, rumah teres dibina dengan dilengkapi pagar yang memisahkan antara satu rumah dengan rumah satu lagi.

Nor Saliza Binti Saidin D20051021163 berkata...

Jawapan soalan 1
Kebudayaan tradisional adalah budaya yang telah kita warisi sejak berabad-abad dan merupakan landasan budaya yang telah diamalkan oleh masyarakat sekarang iaitu mempunyai ciri-ciri kebudayaan moden. Namun begitu, konflik telah wujud antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden. Konflik ini timbul kerana jurang yang memisahkan antara kebudayaan tersebut dari segi nilai worl-view tidak dapat disambung. Semakin jauh jurang itu semakin meruncing pergeserannya. Hal ini disebabkan kebudayaan tradisional lebih mementingkan nilai dan worl view manakala kebudayaan moden lebih mementingkan kemajuan. Pola-pola perlakuan masyarakat berdasarkan kebudayaan tradisional ini lebih berdasarkan kepada sistem nilai. Contohnya, masyarakat dahulu amat mementingkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain terutamanya dalam kalangan golongan muda terhadap orang yang lebih tua. Maka, wujudlah panggilan hormat kepada golongan yang lebih tua seperti ‘Pak Long’, ‘Pak Ngah’, ‘Mak Lang’ dan sebagainya. Kebudayaan moden pula lebih mengagungkan peradaban barat terutamanya dari segi teknologi dan ekonomi. Masyarakatnya sentiasa berusaha untuk mencari kekayaan supaya dapat hidup dengan mewah seperti masyarakat barat sehingga melupakan budaya timur. Perasaan hormat –menghormati sudah tidak wujud lagi kerana lebih suka meniru cara kehidupan orang barat. Hal ini dapat dilihat dari segi percakapan mereka yang menggunakan ‘I’ dan ‘You’ walaupun bercakap dengan ibu bapa. Selain itu, kebudayaan tradisional dianggap sebagai kolot dan lapuk. Disebabkan hal yang sedemikian, kebudayaan tradisional sukar diterima dalam kebudayaan moden. Namun, kebudayaan moden juga sukar diterima dalam kebudayaan tradisional kerana menganggap kebudayaan moden ini akan merosakkan nilai yang telah dipupuk sejak dahulu lagi. Pada hakikatnya, kebudayaan tradisional dan moden ini adalah saling berkaitan. Gabungan antara dua kebudayaan ini akan dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai nilai tinggi dan maju dalam pelbagai bidang.

Jawapan soalan 2
Budaya bukanlah bersifat statik. Oleh hal yang demikian, budaya mempunyai ciri-ciri persambungan dan ciri-ciri perubahan. Ciri-ciri persambungan adalah cara sesuatu budaya itu diamalkan oleh masyarakat dari semasa ke semasa. Ciri-ciri perubahan pula merupakan penyesuaian budaya yang telah diamalkan mengikut peredaran zaman. Ciri-ciri perubahan berlaku apabila keadaan yang memerlukan atau yang mengakibatkan perubahan kepada budaya. Hal ini mungkin disebabkan berlakunya pertembungan dengan budaya lain ataupun perubahan telah berlaku dalam budaya tersebut. Contohnya, ciri persambungan dapat dilihat dalam budaya permainan tradisional seperti sepak takraw. Permainan ini telah dimainkan oleh masyarakat sejak zaman dahulu lagi dalam kumpulan. Permainan seperti ini bukan sahaja dapat menyihatkan badan malah dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain. Sehingga kini, permainan ini terus dimainkan oleh masyarakat. Hal ini menunjukkan berlaku ciri persambungan dalam budaya permainan sepak takraw. Seterusnya, ciri perubahan telah berlaku dalam permainan sepak takraw ini. Permainan tradisional ini telah dikomersilkan sehingga menjadi salah satu sukan negara di peringkat antarabangsa. Perubahan dapat dilihat dalam permainan ini apabila negara luar juga telah menyertai pertandingan sepak takraw. Selain itu, perubahan berlaku dari segi jumlah pemain iaitu melibatkan dua kumpulan yang bertanding dalam gelanggang. Hal ini menunjukkan permainan sepak takraw ini tidak pupus dan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Oleh hal yang demikian, ciri-ciri persambungan dan perubahan ini mempunyai hubungan timbal balik apabila kita membicarakan tentang budaya. Tanpa ciri persambungan, sesuatu budaya itu akan pupus manakala tanpa ciri perubahan sesuatu budaya itu mungkin tidak sesuai diamalkan oleh masyarakat. Oleh sebab itu, budaya perlu mempunyai ciri-ciri persambungan dan perubahan supaya budaya yang telah diamalkan daripada zaman nenek moyang kita tidak pupus ditelan zaman.

nordiah ab.ghani d20051021145 berkata...

Jawapan soalan 1
Kebudayaan tradisional adalah budaya yang telah kita warisi sejak berabad-abad dan merupakan landasan budaya yang telah diamalkan oleh masyarakat sekarang iaitu mempunyai ciri-ciri kebudayaan moden. Namun begitu, konflik telah wujud antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden. Konflik ini timbul kerana jurang yang memisahkan antara kebudayaan tersebut dari segi nilai worl-view tidak dapat disambung. Semakin jauh jurang itu semakin meruncing pergeserannya. Hal ini disebabkan kebudayaan tradisional lebih mementingkan nilai dan worl view manakala kebudayaan moden lebih mementingkan kemajuan. Pola-pola perlakuan masyarakat berdasarkan kebudayaan tradisional ini lebih berdasarkan kepada sistem nilai. Contohnya, masyarakat dahulu amat mementingkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain terutamanya dalam kalangan golongan muda terhadap orang yang lebih tua. Maka, wujudlah panggilan hormat kepada golongan yang lebih tua seperti ‘Pak Long’, ‘Pak Ngah’, ‘Mak Lang’ dan sebagainya. Kebudayaan moden pula lebih mengagungkan peradaban barat terutamanya dari segi teknologi dan ekonomi. Masyarakatnya sentiasa berusaha untuk mencari kekayaan supaya dapat hidup dengan mewah seperti masyarakat barat sehingga melupakan budaya timur. Perasaan hormat –menghormati sudah tidak wujud lagi kerana lebih suka meniru cara kehidupan orang barat. Hal ini dapat dilihat dari segi percakapan mereka yang menggunakan ‘I’ dan ‘You’ walaupun bercakap dengan ibu bapa. Selain itu, kebudayaan tradisional dianggap sebagai kolot dan lapuk. Disebabkan hal yang sedemikian, kebudayaan tradisional sukar diterima dalam kebudayaan moden. Namun, kebudayaan moden juga sukar diterima dalam kebudayaan tradisional kerana menganggap kebudayaan moden ini akan merosakkan nilai yang telah dipupuk sejak dahulu lagi. Pada hakikatnya, kebudayaan tradisional dan moden ini adalah saling berkaitan. Gabungan antara dua kebudayaan ini akan dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai nilai tinggi dan maju dalam pelbagai bidang.

Jawapan soalan 2
Budaya bukanlah bersifat statik. Oleh hal yang demikian, budaya mempunyai ciri-ciri persambungan dan ciri-ciri perubahan. Ciri-ciri persambungan adalah cara sesuatu budaya itu diamalkan oleh masyarakat dari semasa ke semasa. Ciri-ciri perubahan pula merupakan penyesuaian budaya yang telah diamalkan mengikut peredaran zaman. Ciri-ciri perubahan berlaku apabila keadaan yang memerlukan atau yang mengakibatkan perubahan kepada budaya. Hal ini mungkin disebabkan berlakunya pertembungan dengan budaya lain ataupun perubahan telah berlaku dalam budaya tersebut. Contohnya, ciri persambungan dapat dilihat dalam budaya permainan tradisional seperti sepak takraw. Permainan ini telah dimainkan oleh masyarakat sejak zaman dahulu lagi dalam kumpulan. Permainan seperti ini bukan sahaja dapat menyihatkan badan malah dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain. Sehingga kini, permainan ini terus dimainkan oleh masyarakat. Hal ini menunjukkan berlaku ciri persambungan dalam budaya permainan sepak takraw. Seterusnya, ciri perubahan telah berlaku dalam permainan sepak takraw ini. Permainan tradisional ini telah dikomersilkan sehingga menjadi salah satu sukan negara di peringkat antarabangsa. Perubahan dapat dilihat dalam permainan ini apabila negara luar juga telah menyertai pertandingan sepak takraw. Selain itu, perubahan berlaku dari segi jumlah pemain iaitu melibatkan dua kumpulan yang bertanding dalam gelanggang. Hal ini menunjukkan permainan sepak takraw ini tidak pupus dan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Oleh hal yang demikian, ciri-ciri persambungan dan perubahan ini mempunyai hubungan timbal balik apabila kita membicarakan tentang budaya. Tanpa ciri persambungan, sesuatu budaya itu akan pupus manakala tanpa ciri perubahan sesuatu budaya itu mungkin tidak sesuai diamalkan oleh masyarakat. Oleh sebab itu, budaya perlu mempunyai ciri-ciri persambungan dan perubahan supaya budaya yang telah diamalkan daripada zaman nenek moyang kita tidak pupus ditelan zaman.

MOHD SUFIAN BIN ISMAIL berkata...

Konflik antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden berlaku akibat daripada pertembungan budaya asia dengan budaya barat. Pada waktu dahulu, masyarakat Negara ini semuanya menerima kebudayaan trradisional. Malah sanggup mempertahankan kebudayaan masing-masing. Hari ini kita dapat melihat masih terdapat kebudayaan yang masih dipertahankan seperti permainan wayang kulit, kuda kepang dan wau. Namun demikian, kebudayaan ini semakin terhakis akibat penularan kebudayaan barat. Kebudayaan barat menular dengan begitu cepat dan diterima sebagai suatu asas untuk permodenan bangsa. Namun demikian, kebudayaan barat masih tidak dapat menjadi sebati dengan penduduk melayu, hal ini kerana kebudayaan kita mempunyai nilai-nilai murni dan terdapat tauladan bagi setiap perlakuan. contohnya amalan bergotong royong ketika mengadakan kenduri. Selain dapat mengeratkan lagi tali silatulrahim, kita dapat bermesra dengan penduduk kampong malah jiran kita sendiri. Namun kebudayaan barat meletakkan kepentingan material melebihi segala-galanya. Kebanyakan masyarakat moden lebih tertarik untuk mengadakan kenduri di hotel-hotel atau secara bufet. Aktiviti ini secara tidak langsung menyebabkan hubungan masyarakat Melayu tidak akrab seperti masyarakat Melayu pada zaman dahulu.




Ciri-ciri persambungan mudah dilihat pada adat merisik, bertunang dan bernikah yang sehingga kini masih tetap dijalankan. Paling ketara dapat dilihat pada penggunaan sirih junjung dalam sesuatu hantaran perkahwinan. Masyarakat pad zaman dahulu menjadikan sirih junjung sebagai satu keutamaan dalam sesuatu hantaran sehingga ada perlambangan bahawa sirih junjung merupakan kepala ataupun ibu kepada hantaran. Jika dilihat pada hari ini, sirih junjung juga menjadi satu kemestian dalam sesuatu hantaran. Apa yang jelas di sini, biarpun berlaku arus pemodenan budaya tradisi masih diteruskan dengan adanya sedikit pengubahsuaian. Pada zaman dahulu, bentuk sirih junjung tidaklah pelbagai seperti sekarang. Sirih junjung sekarang telah digubah pelbagai bentuk namun ciri-ciri tradisonal masih dikekalkan. Barang-barang tradisi tetap dikekalkan seperti pinang, sirih, kapur, gambir dan sebagainya. Sebaliknya, ciri-ciri perubahan pula merupakan pengubahsuaian budaya daripada budaya tradisional kepada sesuatu yang lebih baru dan sesuai dengan situasi sekarang.

Nor Azlina Binti Che Don, D20051021093 berkata...

1) Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Contohnya budaya permainan tradisional yang semakin terpinngir.. Permainan tradisional sebenarnya telah membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita.. Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung yang mengambil bahagian. Oleh yang demikian permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Hanya sebahagian permainan tradisional yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah guli, congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan lain-lain. Namun, arus kemodenan telah mengubah cara permainan kanak-kanak masyarakat Melayu masa kini. Dengan ledakan teknologi dan kemudahan komunikasi meyebabkan sebilangan kanak-kanak seakan sudah lupa bahawa bangsanya sebenarnya mempunyai permainan yang unik dan penuh simbiolik. Tetapi kini, bukan sahaja permainan tradisional dilupakan, malahan nilai kemasyarakatan juga sudah mula menipis di dalam jiwa masyarakat. Iktisad berasaskan kewangan secara langsung melemahkan ikatan kekeluargaan dan kemasyarakatan Melayu, menggalakkan persaingan yang keterlaluan dalam hidup. Semuanya mengejar kemewahan dan kadangkala lupa dengan orang sekeliling mereka dan juga kedua ibu mereka sendiri. Konflik ini dilihat bukan sahaja daripada konteks permainan tetapi lebih juga menjurus kepada pemikiran dan mentaliti masyarakat.yang lebih mementingkan diri sendiri.

2) Setiap budaya mempunyai ciri-ciri persambungan dan perubahan. Ciri-ciri persambungan merupakan budaya lama yang masih diamalkan oleh masyarakat masa kini. Ini bermakna terdapat platform untuk budaya itu terus hidup atau kekal diamalkan oleh generasi sekarang. Manakala ciri-ciri perubahan adalah budaya lama yang telah mengalami penyesuaian dengan keadaan semasa untuk diamalkan dengan sedikit perubahan. Antara contoh budaya lama yang masih diteruskan pada masa kini ialah budaya yang berkaitan dengan perkahwinan orang Melayu. Perhubungan kasih yang terjalin akan diteruskan dengan budaya merisik, bertunang, dan seterusnya pernikahan. Sekiranya sebelum ini anak gadis ditentukan jodoh oleh keluarga masing-masing, namun kini terdapat perubahan yang berlaku. Keadaan ini sekaligus memperlihatkan ciri perubahan dalam adat orang Melayu. Anak-anak kini diberi kebebasan iaitu lampu hijau untuk mencari jodoh dan pasangan masing-masing ekoran sikap kebanyakan ibu bapa yang tidak mahu campur tangan dalam urusan jodoh anak-anak. Teknologi terkini seperti perhubungan melalui telefon dan internet misalnya telah mengurangkan budaya berutus surat di antar pasangan kekasih. Dahulu sering kita dengar kata-kata puitis dan bait-bait pantun yang menggambarkan pasangan sang kekasih apabila berjauhan dilakarkan dalam kepingan surat. Namun kini, bahasa perhubungan antara kekasih sudah menjadi bahasa ringkas dan pasangan kini juga menyatakan secara terus akan perasaan mereka terhadap pasangan masing-masing. Di sini kita lihat akan ciri perubahan yang wujud dalam masyarakat sekarang. Selain itu, dalam adat perkahwinan orang Melayu juga, telah ditambah budaya bersanding dan berinai untuk pasangan pengantin, iaitu pengaruh dari agama Hindu. Jelaslah, melalui contoh yang dinyatakan, terdapat budaya Melayu yang masih diamalkan tetapi mengalami perubahan selaras dengan keadaan semasa.

Syemsar Akma Bt Mohd Roslan berkata...

Kebudayaan sememangnya satu perkara yang sememangnya wujud dalam sesebuah masyarakat. Namun begitu, kebudayaan trdisional yang diwarisi secara turun temurun telah dipengaruhi beberapa elemen yang mengikut peredaran masa dan zaman, berkembang menjadi ikutan dan digelar kebudayaan moden. Kemajuan yang kita alami sedikit sebanyak mempengaruhi perubahan budaya yang kita alami secara lazimnya. Wujudnya konflik ini adalah kerana saya melihat masyarakat kita sendiri yang terdiri daripada berbilang kaum. Keadaan ini menyebabkan orang melayu khususnya tidak dapat lari dan mengasingkan diri daripada terpengaruh dengan kebudayaan bangsa lain. Sebagai contoh, jika sebelum ini masyarakat melayu lebih gemar mendapat upah di atas hasil pencarian namun budaya masyarakat cina yang gemar berniaga sedikit sebanyak mula mempengaruhi masyarakat melayu untuk bertindak memajukan diri dalam bidang yang sama. Konflik ini sedikit sebanyak membawa perubahan terhadap kebudayaan masyarakat melayu. Selain itu, perubahan yang lebih besar berlaku apabila kemajuan yang tinggi diperuntukkan kepada masyarakat melayu. Budaya barat atau budaya asing lebih mendapat temapat mengikut peredaran zaman yang berlaku. Melalui pemakaian, pemikiran, masa dan sebagainya jelas menunjukkan konflik itu telah berlaku. Tuntutan-tuntutan inilah yang menyebabkan berlakunya konflik yang disebutkan. Masyarakat kita hari ini tidak lagi menggunakan pakaian tradisional bagi menghadiri majlis-majlis rasmi sebaliknya lebih sesuai menyarungkan seluar serta tali leher bagi mendapat jolokan formal dalam etika berpakaian. Inilaah kebudayaan moden yang sepertimana tidak ditetapkan tetapi berlaku mengikut peredaran zaman dan globalisasi dunia yang semakin rancak berkembang.


Ciri persambungan merupakan cirri yang akan terus dijalankan dari satu generasi ke generasi yang lain bagi menghidupkan budaya itu agar terus berlaku dan ciri perubahan pula adalah ciri yang berlaku apabila kita memenuhi tuntutan masa dan zaman pada waktu itu. Bagi saya, contoh yang jelas untuk kita perhatikan tentang perbezaan antara kedua-dua ciri tersebut adalah bergotong royong dan amalan berkhatan dalam masyarakat melayu. Amalan berogotong royong masih kerap dijalankan. Ianya mempunyai cirri persambungan kerana seperti yang kita ketahui, amalan tersebut kerap berlaku ketika masyarakat mengadakan kenduri kahwin, arwah dan sebagainya. Amalan ini berterusan walaupun pada zaman ini perkhidmatan memasak secara kontrak dilakukan, namun masyarakat tetap hadir bagi membantu meringankan beban tuan rumah yang mengadakan kenduri. Keadaan ini tetap berlaku dan inilah yang dikatakan cirri persambungan. Bagi berkhatan, amalan berkhatan wajib dilakukan dalam agama Islam. Sekiranya diperhatikan, amalan berkhatan dahulu lebih sinonim dengan pisau dan menggunakan khidmat Tok Mudim, namun perubahan telah berlaku kerana masyarakat mula beralih kepada doktor di klinik dan hospital kerana perkhidmatan ini dikatakan lebih mudah dan cepat prosesnya. Inilah yang dikatakan mengalami perubahan.

nurul85 berkata...

Nurul Haslina Sabli (D20051021192)

Respon 1

Kamus Dewan Edisi ke-4 mendefinisikan “tradisional” sebagai sesuatu hal yang mengikut tradisi manakala kosa kata “moden” pula merupakan hal yang berkaitan dengan masa kini. Jika diteliti, kedua-dua perkataan ini sememangnya mendukung perbezaan maksud yang amat ketara. Begitulah juga dengan kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden yang sering menjadi konflik dan perbezaan pendapat. Oleh hal yang demikian, kebudayaan tradisional merupakan adat resam yang diamalkan sejak turun temurun dan semakin luput ditelan zaman impak daripada proses modenisasi yang semakin hebat rentetan daripada kesan globalisasi. Maka tidak hairanlah sekiranya terdapat konflik antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden. Salah satu faktor yang mendorong konflik kebudayaan tradisonal dan moden ialah kemasukan anasir-anasir luar ke dalam kebudayaan masyarakat Malaysia. Memang tidak dapat dinafikan bahawa proses globalisasi telah memberi implikasi maksimum kepada masyarakat Malaysia khususnya dan seluruh warga masyarakat di dunia amnya. Proses globalisasi membolehkan kebudayaan luar menerobos masuk ke dalam jiwa masyarakat kita melalui media cetak dan media elektronik di samping kecanggihan teknologi seperti internet yang ditawarkan secara berleluasa melalui teknolgi 3G. Hal ini dapat dibuktikan melalui tersebarnya budaya-budaya kuning seperti budaya punk, hip hop, skin head dan sebagainya dalam kalangan remaja. Remaja merupakan generasi yang merasai perubahan ketara ini. Maka tidak hairan sekiranya remaja kita pada hari ini seolah-olah kehilangan identiti diri dan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam kebudayaan tradisional sedikit demi sedikit telah terhakis. Misalnya, baju kurung dan baju Melayu tidak lagi menjadi pakaian yang sering dipakai oleh golongan remaja pada ketika ini. Mereka lebih gemar mengenakan pakaian yang mendedahkan aurat, menjolok mata dan sebagainya. Tambah menyedihkan apabila terdapat segelintir golongan yang tidak mengetahui kewujudan budaya tradisional kita. Walaupun budaya tradisional merupakan budaya yang telah lama namun budaya ini masih rasional diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Hal ini demikian kerana budaya tradisional lebih mementingkan nilai-nilai murni. Budi pekerti mulia dijadikan sebagai landasan bagi membentuk sahsiah diri masyarakat yang bertamadun. Walau bagaimanapun nilai-nilai murni seumpama ini semakin terhakis akibat daripada bahana globalisasi. Secara keseluruhannya, globalisasi merupakan salah satu faktor yang mendorong kepada pergeseran antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden. Namun begitu kita tidak seharusnya menyalahkan poses globalisasi semata-mata sebaliknya kita seharusnya lebih peka terhadap tranformasi yang berlaku di sekeliling kita. Pada masa yang sama, kita juga harus bijak membezakan antara perkara yang positif dengan perkara yang negatif.

Respon 2

Budaya merupakan satu sistem yang hidup atau on-going-system. Oleh hal yang demikian, budaya akan terus wujud mengikut peredaran masa dan pada masa yang sama, budaya juga akan tidak berada dalam keadaan statik malahan lebih bersifat dinamik. Oleh itu, budaya mestilah mempunyai ciri persambungan dan ciri perubahan. Ciri persambungan merupakan budaya itu terus hidup. Ciri persambungan berperanan sebagai pemangkin kepada kestabilan budaya sebagai satu sistem yang hidup. Ciri perubahan pula penyesuaian dengan keadaan semasa. Ciri perubahan wujud daripada keadaan yang memerlukan atau yang mengakibatkan perubahan budaya. Hal ini berkemungkinan terdapat pertembungan budaya dengan budaya lain secara langsung mahupun tidak langsung atau timbul dalam kebudayaan. Senario seumpama ini dapat diperhatikan melalui aspek pakaian iaitu baju kurung. Baju kurung telah dipakai oleh lelaki dan perempuan sejak lebih seratus tahun dahulu. Walaupun telah berusia beratus tahun, baju kurung tetap diperagakan oleh seluruh warga masyarakat pada hari ini. Baju kurung wanita dalam keadaan asli merupakan baju yang longgar dan agak labuh hingga ke tengah betis dan mempunyai pesak yang kembang di kiri dan kanan badan serta kekek persegi dan kekek gantung di bahagian ketiak dengan baju yang longgar dan lebar sejengkal. Leher baju kurung dibuat bulat dan dibelah menurun di depannya. Bahagian tepi lubang leher ini akan ditikam dengan sejenis sulaman halus yang dinamakan “tulang belut”. Menurut tradisinya, baju kurung dipakai dengan kain sarung yang diikat berombak-ombak di rusuk sebelah kiri atau kanan yang diberi nama “ombak mengalun”. Walau bagaimanapun, perubahan zaman telah menyebabkan elemen-elemen keaslian baju kurung semakin berubah. Proses penyingkatan telah berlaku sedikit demi sedikit. Wanita yang merasakan baju kurung terlalu labuh telah menyingkatkanya sedikit demi sedikit sehinggalah ke paras lutut sahaja. Namun begitu, satu-satunya perubahan besar telah menimpa baju kurung selepas perang dunia kedua. Pada zaman itu, khususnya golongan muda mula merasakan baju kurung merupakan pakaian kuno dan kurang bergaya. Maka golongan ini mula memakai baju kurung moden dengan kain ketat. Namun, ciri-ciri baju kurung tetap terpelihara dengan membuat baju yang singkat ke paras bawah punggung sahaja. Hal ini jelas menunjukkan bahawa baju kurung merupakan salah satu kebudayaan yang terus wujud hingga ke hari ini. Namun begitu, perubahan arus masa telah menyebabkan ciri-ciri baju kurung tersebut berubah kesan daripada pengaruh-pengaruh daripada budaya luar.

shahrul nizam rasid berkata...

Salam manis buka bicara.
sungguh ayu si gadis desa,
kala senja berlalu pergi,
anak muda pewaris bangsa,
budaya melayu dijulang tinggi.

Tradisi dan moden, dua perkataan yang melambangkan perbezaan baik dari segi ejaan mahupun makna.tradisi sering kali memberi gambaran berkaitan perkara yang telah lama manakala moden pula dipandang sebagai sesuatu yang baru yang muncul kesan peredaran zaman.Budaya tradisi merupakan budaya yang telah diamalkan sekian lama dan berterusan serta berkesinambungan. Budaya moden pula lebih menjurus kepada budaya yang dipengaruhi undur luar. Contohnya budaya yang dipengaruhi oleh Barat atau lebi terkenal disebut Bollywood. Tidak ketinggalan budaya yang dibawa masuk dari Negara seperti India yang terkenal dan mashur denag dunia Bollywoodnya.Semua ini membawa kesan terhadap bentuk dan corak budaya moden pada hari ini. Jika dilihat secara dekat sememangnya wujud pertentangan atau perbezaan di antara kedua-dua bentuk budaya ini.Tradisional selalunya dijunjung oleh golongan yang telah berusia manakala budaya moden pula cuba diperjuangkan oleh golongan muda. Hal yang paling dekat dengan kita boleh dilihat daripada budaya pemakanan. Budaya tradisional memaparkan bahawa sekiranya hendak makan perlulah duduk dengan tertib tetapi budaya sekarang semua itu tidak perlu.jelas dilihat dalam majlis kenduru kendara yang menggunakan konsep layan diri. Budaya tradisi sering menekankan nilai kerjasama, tolong menolong dan muafakat yang mana diterjemahkan dalam aktiviti gotong royong, ziarah menziarahi dan dan sapa menyapa. Namun budaya moden yang terbentuk kini kian menghakis semua itu dan zaman itu kelihatan kian sirna. Gotong royong tiada lagi menjadi pilihan malah hanya menggunakan wang untuk segala urusan.Untuk bertegur sapa sesama jiran juga menjadi sesuatu yang agak janggal kerana masing-masing dengan kepentingan sendiri dan mungkin juga bimbang dilabel sebagai suka menjaga tepi kain orang.Sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat pertentangan yang cukup jelas antara budaya tradisi dengan budaya moden. Ini semua dapat dibuat kesimpulan bahawa pengaruh luar banyak mempengaruhi penbentukan budaya masyarakat yang mana budaya yang terbentuk itu berkemungkinan menjadi satu budaya yang baik atau sebaliknya.

2.Kesinambungan membawa makna sesuatu yang berterusan yang telah lama bermula dan masih berterusan.ciri perubahan pula wujud kerana corak kehidupan yang berbeza kerana masa sentiasa bergerak dan manusia sentiasa berubah.Kesinambungan dalam budaya memang jelas kelihatan dala budaya orang melayu terutama dalam majlis perkahwinan dan berkhatan.bermula dari aspek pakaian pengantin sehinggalah kepada cara berkhatan yang masih terus diamalkan mengikut cara lama atau tradisi.Songket,keris tengkolok melambangkan budaya tradisi yang terus diamalkan dan perubahan yang dibuat adalah seperti menambah aksesori seperti kalung dan kasut sarung dan bukan lagi capal. Pengantin tidak lagi diusung dengan tandu tetapi diganti dengan kereta mercedes.bukankah iti satu kesinambungan dan pembaharuan yang menarik. Berkhatan pula memang tidak dinafikan telah banyak dilakukan di klinik dan hospital tetapi berkhatan di rumah atau melalui tok mudim juga masih ada. Yang diubah adalah tidak lagi perlu berendam di dalam sungai lama-lama tetapi hanya perlu memanggil bomba dan menyiram sehingga 'kecut' semuanya.Inilah yang menarik tentang budaya melayu kerana ia begitu fleksibel dan sesuai dengan peredaran zaman.

Shapiah Sapari D20051021153 berkata...

Soalan 1

Kebudayaan tradisional boleh diertikan sebagai corak kehidupan masyarakat yang belum dipengaruhi oleh masyarakat Barat. Masyarakat Barat lebih awal mengalami pemodenan apabila mereka berubah daripada kehidupan berasaskan ekonomi pertanian kepada ekonomi industri dan perdagangan. Menurut Gullick (1989), proses pemodenan masyarakat Melayu berlaku pada dekad ketiga abad ke-20 terutamanya mereka yang tinggal di bandar-bandar yang dibangunkan oleh Inggeris serta menerima pengaruh globalisasi. Sebelum ini, masyarakat masih mengamalkan kebudayaan tradisional yang begitu indah dan cantik, mempunyai pemikiran yang bersifat ‘melihat ke dalam’, hubungan sosial yang rapat dan tidak ada pengkhususan peranan. Misalnya kita lihat dalam konteks perkahwinan, jika dahulu penduduk setempat akan mengadakan aktiviti masakan secara gotong-royong namun, masyarakat kini lebih gemar memilih pemasakan secara catering. Secara tradisionalnya, masyarakat dahulu lebih mementingkan prinsip permuafakatan, kejiranan, kerjasama, tolong-menolong dan sebagainya. Dalam masyarakat Melayu tradisional, kerjasama amat ditekankan melalui gerak kerja yang dilakukan secara kolektif. Malah, nilai kerjasama dalam masyarakat Melayu tradisional juga digambarkan sebagaimana yang tersirat dalam ungkapan ini,

Berat sama dipikul
Ringan sama dijinjing
Bukit sama didaki
Lurah sama dituruni
Sandar-menyandar
Bagai aur dengan tebing

Hal ini kerana tanpa kerjasama dalam kalangan anggotanya menyebabkan sesebuah masyarakat tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kebanyakan kegiatan di dalamnya bersangkutan dengan para anggotanya. Jika dilihat situasi yang berlaku kini adalah sebalikya. Daripada inilah kini berlakunya masalah masyarakat yang lebih bersifat individualistik kerana kebudayaan moden kian mempengaruhi minda masyarakat kini. Oleh yang demikian, secara tidak langsung berlakunya konflik antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden akibat daripada pengaruh globalisasi dan juga minda masyarakat itu sendiri.


Soalan 2

Persambungan budaya adalah suatu budaya yang diwarisi yang terus diamalkan dalam masyarakat manakala perubahan budaya pula merupakan budaya yang mengalami penyesuaian mengikut keperluan semasa akibat pertembungan dengan budaya lain teruatamanya India. Walau bagaimanapun, ciri persambungan dan ciri perubahan ini mempunyai hubungan di antara satu dengan yang lain dan ianya sentiasa berlaku dalam satu-satu budaya. Contohnya adat perkahwinan masyarakat Melayu kini masih mengamalkan adat merisik, adat meminang dan akad nikah yang merupakan ciri persambungan budaya berlaku. Namun, terdapat beberapa perubahan apabila menerima pertembungan budaya daripada pengaruh India, iaitu adat berinai dan bersanding menjadi suatu yang biasa dalam adat perkahwinan kini. Jika dilihat, generasi muda kini amat peka dengan perubahan budaya dan golongan ini juga mudah terpengaruh serta berusaha menyesuaikannya dengan perubahan budaya. Golongan ini sentiasa mencari sesuatu yang baru dan membina identiti dan membawa kelainan serta mereka amat mudah dipengaruhi perkembangan dan perubahan budaya. Terdapat sebahagian daripada warisan tradisi yang pernah popular pada masa lalu seperti bermain permainan gasing, layang-layang dan sebagainya pada masa lapang kini tidak lagi dikenali oleh golongan muda kerana berlakunya perubahan budaya. Mereka lebih tertumpu ke arah teknologi moden seperti bermain video game dalam mengisi masa lapang mereka. Oleh itu, untuk mengelakkan daripada budaya-budaya tradisional terus tenggelam ditelan zaman ekoran daripada pertembungan dengan budaya-budaya luar, kita perlu mengkomersialkan kebudayaan kita ke arena antarabangsa seperti yang telah dilakukan oleh Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan dengan mengadakan Festival Layang-layang di peringkat antarabangsa untuk memperkenalkan budaya masyarakat kita ke luar. Secara tidak langsung, ciri persambungan budaya akan berlaku dan sekiranya perubahan dilakukan, ianya masih lagi mengekalkan ciri-ciri kebudayaan tradisional masyarakat Melayu.

siti suraidah ramli D20051021116 berkata...

1. Kenapakah terdapat konflik antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden. Jelaskan dengan memberi contoh yang sesuai.


Kebudayaan tradisional merupakan kebudayaan yang diwarisi sejak turun temurun oleh sesebuah masyarakat mengikut kepercayaan serta adat masing-masing. Manakala, kebudayaan moden pula merupakan kebudayaan yang terhasil daripada proses transformasi yang berlaku akibat daripada pengaruh luar dalam sesebuah masyarakat dalam tempoh masa tertentu. Kebudayaan moden memang mewujudkan satu fenomena baru yang telah diubahsuai setelah menerima pengaruh daripada budaya asing atau kebudayaan luar yang jelas bertentangan dengan kebudayaan setempat yang diamalkan sejak sekian lama.
Hal inilah yang menyebabkan munculnya konflik antara kebudayaan tradisional yang diamalkan oleh masyarakat dahulu dengan kebudayaan moden yang telah diubahsuai. Perlu ditegaskan di sini bahawa tidak semua kebudayaan tradisional telah mengalami perubahan dan menjadi kebudayaan moden. Kebanyakan budaya moden yang diamalkan oleh masyarakat hari ini dilihat telah mencemar kemurnian nilai-nilai dalam budaya tradisional masyarakat. Pelbagai aspek kemanusiaan, tanggungjawab, kebersihan dan juga kekeluargaan yang terkandung dalam amalan budaya tradisional dipandang ringan dalam kebudayaan moden.


2. Apakah yang anda faham dengan ciri persambungan dan ciri perubahan dalam budaya. Beri satu contoh yang relevan.

Ciri persambungan dalam budaya merupakan landasan budaya untuk terus hidup dan terus kekal dalam menghadapi arus perubahan . Dengan kata lain budaya berfungsi untuk menstabilkan budaya sebagai suatu sistem yang hidup yang sentiasa mengalami perubahan. Contohnya masyarakat Melayu dahulu memang terkenal dengan sifat taat setia kepada raja atau pemerintah. Apabila pengaruh India menular ke dalam sistem budaya masyarakat Melayu terutamanya dalam aspek pembesaran pemerintah menyebabkan pelbagai acara pengagungan diperkenalkan. Antaranya yang masih diamalkan sehingga ke hari ini ialah upacara menyembah duli yang diamalkan di istana, amalan bersanding dalam upacara perkahwinan dan juga amalan bertindik. Ini menunjukkan bahawa budaya Melayu mempunyai ciri persambungan bertitik tolak daripada budaya asal yang telah lama diamalkan dan kemudian distabilkan dengan mengambil sedikit pengaruh luar.
Manakala, ciri perubahan pula merupakan penyesuaian budaya kepada keadaan semasa. Perubahan ini berlaku kerana keperluan pada masa tersebut atau pertembungan dengan budaya lain yang mengakibatkan perubahan budaya sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Contohnya dapat dilihat dalam masyarakat Melayu zaman dahulu yang mengamalkan hukum-hukum adat dalam menjaga keharmonian masyarakat. Ciri perubahan dilihat pada titik tolak perubahan yang ditandai dengan pelaksanaan hukum- hukum negara. Bermula dengan hukum-hukum adat sistem perundangan masyarakat Melayu telah berubah kepada hukum-hukum undang.
Kesimpulannya, kedua ciri persambungan dan ciri perubahan dalam budaya memang berkait rapat dalam menentukan kelangsungan budaya.

Ruslah Minha D021118 berkata...

a) Konflik antara budaya tradasional dan budaya moden bukanlah sesuatu isu yang baru pada masa kini. Isu ini sebenarnya telah melanda masyarakat di negara ini amnya sejak zaman sebelum merdeka lagi. Secara umumnya, budaya tradisional merujuk kepada amalan yang diwarisi dan diamalkan sejak turun-temurun meliputi keseluruhan cara hidup, nilai dan kepercayaan sesebuah masyarakat tinggi dengan nilai-nilai murni, agak terikat dengan pelbagai adat tertentu dan pantang larang manakala kebudayaan moden adalah budaya yang berlawanan dengan unsur-unsur budaya tradisional.
Budaya adalah sesuatu yang berubah mengikut perubahan masa dan tempat. Namun begitu, yang menjadikan konflik antara dua bidang ini semakin serius adalah budaya tradisional digambarkan sebagai budaya yang menjadi penghalang kepada kemajuan masyarakat walaupun tidak dinafikan terdapat sebahagian unsur dalam budaya tradisional itu adalah wajar diterapkan dalam kehidupan kini kerana membawa kepada kebaikan, kecemerlangan dan ketinggian bangsa dan negara. Sebagai contoh, budaya hiburan melalui muzik, tarian dan pementasan dalam definisi tradisional lebih cenderung menerapkan unsur nilai murni dan pengajaran sebagai matlamat hiburan tersebut dijalankan sebaliknya hiburan moden yang kebanyakkan dipengaruhi unsur Barat lebih cenderung kepada hiburan semata-mata. Selain itu, mesej yang ingin disampaikan melalui hiburan tersebut disampaikan dengan gaya yang lebih santun dan bermakna dalam budaya tradisional tetapi sebaliknya melalui budaya Barat. Sebagai contoh, dalam seni nyanyian Melayu tradisional seperti zapin, dondang sayang dan dikir barat menyampaikan nasihat dan pengajaran secara santun kepada pendengarnya sebaliknya muzik moden seperti pop, rock dan hip-hop tidak membawa unsuru-unsur seperti yang disampaikan dalam nyanyian melayu tradisional.
Ringkasnya, konflik yang berlaku antara budaya tradisional dan moden ini boleh dikaitkan dengan gelombang modenisasi dan globalisasi yang melanda dunia kini. Keadaan ini sewajarnya tidak dilihat sebagai satu konflik sebaliknya dilihat sebagai satu bentuk cabaran kepada masyarakat Melayu.

b) Ciri persambungan dan ciri perubahan merupakan antara isu yang sering dibicarakan dalam persoalan budaya. Ciri persambungan merupakan asas atau kriteria dalam memastikan sesuatu budaya itu terus kekal dan hidup dalam masyarakat sementara ciri perubahan pula merupakan penyesuaian dengan keadaan semasa. Ciri-ciri persambungan memberi kestabilan kepada budaya kepada suatu sistem yang hidup. Ciri perubahan dalam sesuatu budaya timbul kesan daripada keadaan yang memerlukan atau yang mengakibatkan perubahan kepada budaya. Antara sebab fenomena tersebut adalah pertembungan antara satu budaya dengan budaya yang lain dan penyesuaian sesuatu budaya dengan persekitaran. Sebagai contoh, pakaian tradisi adalah lambang budaya masyarakat Melayu seperti baju kurung, baju kebaya, baju Melayu dan sebagainya. Namun pada hari ini budaya memakai baju kurung itu masih kekal namun pakaian tersebut ada yang mengalami perubahan.perubahan yang jelasa dalam busana Melayu tradisional adalah seperti rekaannya, cara pemakaiannya dan kesesuaian pemakainnya. Fenomena yang paling jelas menggambarkan keadaan di atas adalah seperti gabungan fesyen pakaian tradisional melayu dengan fesyen pakaian trasisional lain. Walaupun keadaan ini dilihat sebagai satu fenomena bernilai komersial namun harus dibatasi agar tidak menenggelamkan nilai tadisi sesuatu budaya itu.

zaihasra binti ali berkata...

1) Mengapakah terdapat konflik antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden?

Kebudayaan tradisional dikatakan berbeza dan berkonflik dengan kebudayaan moden. Pernyataan ini disokong oleh Mohd. Taib Osman (1988) dalam penulisannya. Hal ini demikian kerana setiap budaya memiliki persambungan dan perubahan yang tersendiri. Kebudayaan moden ditegaskan sebagai kebudayaan yang mengalami perubahan seperti terdapat sedikit pengaruh Barat di dalamnya. Contohnya memakai baju kemeja dan bertali leher dalam menghadiri sesuatu majlis formal. Di samping itu, kebudayaan tradisional merupakan kebudayaan warisan atau sambungan daripada masyarakat semenjak zaman dahulu lagi, misalnya sehingga kini, keris dipercayai merupakan alat untuk mempertahankan diri bagi masyarakat Melayu.

Sesunggguhnya, budaya dikatakan dilihat daripada segi sistem nilai dan world-view masyarakat itu sendiri. Bagaimana masyarakat itu menerima sesuatu budaya, itu terserah pada diri mereka sendiri. Bagi saya, kebudayaan tradisional lebih amat bererti dalam kehidupan saya kerana banyak antaranya menjadi landasan budaya yang asli dalam menonjolkan pola perlakuan masyarakat Melayu. Namun demikian, itu tidak bererti saya mengatakan saya tidak menyokong kebudayaan moden. Saya turut menerima kebudayaan moden sekiranya ciri-ciri kebudayaan moden itu bersesuaian dengan globalisasi masa kini. Contohnya, budaya memberi duit raya pada musim perayaan dalam masyarakat Melayu adalah hasil penyerapan daripada budaya masyarakat Cina. Hal ini demikian kerana budaya ini dapat mempereratkan tali silaturrahim dalam sesebuah keluarga.

Kesimpulannya, konflik antara kedua-dua budaya ini dilihat daripada sudut nilai-nilai sosial dan pandangan masyarakat terhadap alam sekeliling. Ada sesetengah orang menganggap kebudayaan moden itu tiada nilai keaslian kerana bagi masyarakat Melayu tradisional, mereka lebih mencintai budaya lama mereka. Tambahan lagi, kebanyakan golongan tua menganggap kebudayaan moden merupakan kebudayaan yang dibawa oleh masyarakat muda. Oleh itu, tidak hairanlah ada dalam kalangan mereka yang membantah dan tidak mempersetujui kebudayaan yang dibawa oleh masyarakat muda zaman kini. Contohnya masyarakat zaman dahulu mendendangkan lagu ghazal atau lagu-lagu Melayu asli pada majlis perkahwinan, tetapi kini masyarakat telah mengubahnya kepada lagu-lagu moden dan kugiran rentak balada dan rock. Itulah yang dikatakan sebagai masyarakat berbeza daripada segi nilai sosial.


2) Apakah yang anda faham dengan ciri persambungan dan perubahan dalam budaya dan beri contoh yang relevan.

Sebagai satu sistem yang hidup (on-going-system), budaya itu mempunyai ciri-ciri persambungan dan ciri-ciri perubahan. Sesebuah ciri budaya itu dikatakan sebagai landasan budaya untuk terus hidup atau lebih dikenali sebagai ciri-ciri persambungan. Ciri ini lebih banyak menumpukan kepada budaya warisan daripada zaman tradisional dan banyak antaranya berkaitan dengan alam sekitar. Hal ini demikian kerana masyarakat Melayu tradisional dikatakan terlalu dekat dengan alam persekitaran atau kata lainnya sering mengaitkan alam sekeliling dalam kehidupan mereka. Contohnya, puisi-puisi lama, dendangan-dendangan lagu Melayu Asli lebih banyak berunsurkan alam seperti dalam puisi seloka yang berbunyi “Buah pinang buah belimbing, Ketiga dengan si buah mangga, Sungguh senang berbini sumbing, Walau marah ketawa juga”. Sehingga kini, puisi-puisi Melayu tradisional masih dikekalkan dalam masyarakat Melayu kerana merupakan warisan budaya zaman-berzaman, juga sebagai perlambangan orang Melayu yang kaya dengan budayanya.
Di samping itu, ciri perubahan timbul akibat pertembungan budaya atau pun timbul dalam kalangan masyarakat itu sendiri. Contoh yang dapat saya berikan ialah budaya makan makanan Barat seperti Kentucky Fried Chicken (KFC), MarryBrown, A&W dan sebagainya. Ini sudah menjadi satu kebiasaan atau budaya dalam masyarakat Melayu dalam golongan elit khususnya, mereka menjadikan makanan ini sebagai makanan ruji mereka kerana sudah terpengaruh dengan gaya hidup Barat. Padahal, masyarakat Malaysia kita menjadikan nasi sebagai makanan ruji kita sehari-hari.
Kesimpulannya, masyarakat Melayu masa kini kaya dengan budaya tersendiri kerana dengan bangganya melalui kebudayaan lama (tradisional), ada budaya yang diperbaharui tetapi masih mengekalkan nilai-nilai Melayu misalnya Tarian Zapin Moden. Walaupun terdapat pembaharuan daripada segi tariannya, namun demikian pakaian penari masih mengekalkan tema pakaian Johor Lama.

zuraidah berkata...

D 20051021132

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jika dilihat sejarah perkembangan budaya, kita dapati semua bangsa di dunia ini bermula dengan animisma. Para penyelidik cenderung beranggapan bahawa sebelum datangnya kebudayaan Islam, telah wujud kebudayaan Hindu-Budda yang seragam di semua bahagian Asia Tenggara (Harun Jaafar, 2004:10). Bagi orang-orang Melayu, peringkat kedua dalam perkembangan budayanya terisi dengan cara hidup yang berlandaskan Islam. Islam telah menyerapkan pelbagai amalan keagamaan dalam budaya masyarakat Melayu. Namun demikian, pada era kedatangan Barat, didapati hanya sedikit budaya dan cara hidup barat terserap dalam budaya masyarakat Melayu. Oleh itu, menjawab persoalan mengapakah terdapat konflik antara budaya tradisional dengan kebudayaan moden yang diperkenalkan oleh barat, ialah kerana berlakunya pertembungan budaya tradisional dengan satu budaya lain yang bertentangan dengannya.
Contohnya dapat dilihat dengan jelas melalui cara hidup remaja di negara kita pada hari ini. Para remaja hari ini lebih cenderung berpakaian ala barat seperti seluar pendek, baju dan pakaian yang kecil, serta koyak, bahkan ada kalanya kelihatan seperti masyakat yang tidak bertamadun. Mereka sebenarnya mengalami konflik budaya dalam mencari identiti dirinya kerana berhadapan dengan pengaruh corak pemakaian barat yang dianggap moden.

Soalan kedua, ciri persambungan dan perubahan dalam budaya Melayu ialah ibarat budaya melayu yang tidak lekang dek panas, tidak lapok dek hujan. Budaya masyarakat Melayu terus dipertahankan walaupun pelbagai budaya baru diserap secara langsung atau tidak langsung. Ciri perubahan dalam budaya Melayu pula berdasarkan bentuk budaya Melayu yang bersifat dinamik dan terbuka. Ciri perubahan ini dapatlah diertikan sebagai budaya Melayu dapat mengadaptasi perubahan sesuai dengan perubahan masa yang bergerak ke arah kemodenan dan teknologi. Namun demikian, konsep-konsep budaya dan nilai-nilai yang diamalkan masih dipertahankan. Sebagai ciptaan manusia, ciri-ciri yang menjatidirikan sesuatu kebudayaan ialah mempunyai pertalian dengan unsur-unsur (simbol) yang telah wujud pada masa lampau. Jelasnya, sebagai seluruh cara hidup, kebudayaan yang ada kini adalah persambungan unsur yang berakar umbi pada zaman sejarahnya (Hanapi Dollah :96).
Contohnya dalam budaya perkahwinan, memakai pakaian tradisional iaitu Baju Melayu dan Baju Kebaya masih diamalkan. Namun demikian, perubahan terhadap kedua-dua pakaian tradisional ini berlaku dengan pesat. Antaranya, jika dahulu pakaian diperbuat daripada songket, kini pelbagai jenis kain digunakan seperti kain satin dan kain bercorak batik untuk menghasilkan kepelbagaian, namun masih mengekalkan kebudayaan. Sekian, salam mufarrakah.

siti faeizah ismail berkata...

Soalan 1

Kebudayaan tradisional membawa ciri-ciri persambungan warisan zaman –berzaman. Kebudayaan moden pula mengubah cirri-ciri sedia ada mengikut kesesuian dan banyak dipengaruhi unsure-unsur bukan budaya tempatan. Oleh hal yang demikian, timbullah konflik antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden. Kebudayaan tradisional cuba mengekalkan cirri-ciri kebudayaan yang menjadi warisan turun-temurun yang telah berabad diamalkan. Kedatangan kebudayaan moden cuba memodenkannya mengikut peredaran masa. Mungkin timbul ketidakpuasan antara dua generasi yang memegang sekian lama peraturan dengan generasi alaf baru yang memasukkan unsur-unsur kebaratan dalam budaya. Banyak contoh boleh dilihat. Antaranya amalan bergotong-royong dalam apa jua hidup dalam kawasan Rukun Tetangga. Masyarakat yang memegang kebudayaan tradisional mementingkan sistem nilai. Contohnya dalam majlis perkahwinan, semangat bergotong-royong ditunjukkan pada masa dahulu tetapi kini amalan tersebut kian hilang akibat pemodenan yang menerjah alaf ini. Kini, majlis sebegitu banyak berbentuk layan diri seperti majlis parti di negara-negara barat. Sudah tiada lagi budaya persambungan dapat dilihat walaupun mereka tinggal dalam kawasan yang berukun tetangga. Kebudayaan moden banyak dilihat dalam etika pemakaian masyarakat kita. Dahulu, pakaian para pemimpin kita ialah baju Melayu. Baju Melayu megah dipakai sepanjang waktu bekerja dan majlis-majlis keramaian. Tetapi kini, tiada lagi baju Melayu dipakai kecuali pada hari Jumaat dan majlis keagamaan. Baju kot dan tali leher menjadi pakaian harian. Walaupun Dasar Kebudayaan Kebangsaan menetapkan objektif untuk mengekalkan budaya masyarakat tempatan tetapi budaya moden banyak mempengaruhi hidup masyarakat kita.




Soalan 2

Ciri-ciri bersambungan dalam budaya adalah ciri-ciri sesuatu amalan yang masih kekal diamalkan zaman-berzaman. Masyarakat dahulu hingga kini masih lagi sama-sama mengamalkan budaya yang sama. Antaranya budaya berkhatam dan berzanji. Budaya sebegini masih lagi diamalkan dalam masyarakat kampung dan bandar dalam majlis perkahwinan. Budaya berkhatam juga sering diadakan bersama-sama majlis berkhatan. Penyambungan budaya sememangnya amat bagus. Ciri-ciri perubahan dalam budaya pula adalah cirri-ciri budaya yang banyak mengalam pengkomersialan. Budaya asal masyarakat tempatan telah mengalami pemodenan dengan kemasukan unsur asing. Saya ambil contoh budaya dalam keluarga. Seisi keluarga makan bersama-sama di meja makan. Berbanding dahulu, masyarakat kini lebih gemar makan menggunakan sudu dan garfu. Hilang budaya makan dengan cara duduk bersimpuh dan bersila di lantai. Selain itu, muzik dan kesenian juga banyak memasukkan elemen-elemen asing. Lagu-lagu rakyat semakin hilang ditelan zaman. Unsur muzik hip hop dank eras sering menjadi halwa telinga remaja sekarang.

Nor Akma Bt Mat Nawi berkata...

NOR AKMA BT MAT NAWI D20051021179

1)Konflik antara kebudayaan tradisional dan moden, dalam kebudayaan tradisional iaitu menerusi adab, agama Islam menganjurkan adab-adab mahmudah dalam setiap tingkah laku manusia sama ada adab ketika makan, minum, berpakaian, akhlak, perkahwinan, kejiranan dan sebagainya menerusi pembentukan dan pendidikan. Seterusnya kaedah yang paling memainkan peranan penting dalam pembentukan sifat rabbani dalam jiwa manusia adalah menerusi pendidikan atau tarbiah Islamiah. Pendekatan pendidikan yang ditekankan dalam hal ini adalah pendidikan secara jasmani dan rohani harus sama seiring agar matlamat yang dicapai adalah seimbang iaitu kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Menerusi sebaran am tidak dapat dinafikan peranan media massa pada zaman moden ini telah menimbulkan konflik antara kebudayaan tradisional dengan moden. Ini kerana kebudayaan pada zaman moden ini sangat berpengaruh ke atas pembinaan sifat rabbani dalam diri seseorang Muslim. Namun begitu, tidak dapat dinafikan maklumat yang dipaparkan dalam media ada yang mengandungi unsur-unsur yang positif tetapi lebih banyak yang negatif. Contohnya muzik, filem dan drama yang memerlukan analisis diri bagi memastikan diri kita tidak mudah terdorong kepada kemungkaran dan terpengaruh dengan cara hidup budaya Barat yang banyak memaparkan budaya bebas orang Barat. Apabila nafsu tidak dibendung, maka nilai-nilai kehidupan harian menjadi kasar. Perkataan-perkataan yang dianggap lucah dan kotor dijadikan sebahagian daripada tutur-kata harian. Dengan itu tamadun bangsa akan merosot, menjadi rendah dan hina. Ini tidak sesuai dengan kebudayaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada budaya yang bervariasi seperti budaya Melayu, Cina, India dan lain-lain. Setiap budaya mempamerkan nilai-nilai budaya yang murni dan harus dihayati kerana konsep budaya tersebut yang mempunyai matlamat sama dalam pembentukan nilai rabbani dalam kehidupan manusia.

2)Ciri persambungan ialah sesuatu budaya yang dahulu telah ada dikekalkan sehinggalah sekarang. Contohnya dalam cerita tradisional kanak-kanak yang merupakan salah satu cabang sastera tradisi di mana mereka dapat memperolehi pengetahuan dan hiburan, malah dapat memperkayakan kehidupan mereka dengan nilai-nilai kemanusiaan sejagat yang diselitkan dalam sebahagian besar cerita- cerita ini. Melalui cerita-cerita ini, kanak-kanak berpeluang mendekati masyarakat silam serta menyingkap latar belakang kehidupan, kepercayaan dan nilai-nilai kebudayaan nenek moyang mereka. Cerita tradisional ini mengandungi elemen motivasi, yang biasanya menonjolkan prinsip atau nilai murni di mana ia menjadi contoh yang baik kepada kanak-kanak serta memberi inspirasi dan nilai-nilai moral yang kekal sehingga mereka dewasa. Si Tanggang, Mat Jenin, Sang Bedal Tak Berbudi, Si Badang and Bawang Putih Bawang Merah dan watak cerita kanak-kanak yang amat digemari ialah “Sang Kancil” yang merupakan antara cerita traditional yang disukai dan dibaca oleh semua kanak-kanak Malaysia. Cerita ini telah disampaikan turun temurun sejak dahulu lagi sama ada secara lisan sehinggalah bercetak atau dibukukan. Pada tahun Jun 2007 Pos Malaysia Bhd. telah mengeluarkan koleksi setem dan Sampul Surat Hari Pertama bertemakan “Cerita Tradisional Kanak-Kanak” pada 26 Jun 2007. Koleksi setem dan Sampul Surat Hari Pertama tersebut menampilkan watak-watak daripada beberapa cerita tradisional kanak-kanak yang dikenali ramai. Setem-setem tersebut, berukuran 40mm X 30mm, dicetak sebanyak 20 setem sehelai di atas kertas tera air SPM bersalut fosfor dan boleh didapati dalam empat sebaris di mana setiap satu setem bernilai 50 sen. Manakala ciri perubahan dalam budaya pula ialah budaya yang dahulunya diamalkan tetapi lama-kelamaan masayarakat sudah tidak mengamalkannya lagi contohnya dalam adat menamakan anak. Masayarakat tradisi dahulu apabila seseorang isteri melahirkan anak mereka akan berjumpa dengan imam @ tok imam untuk menamakan anaknya itu. Tetapi pada zaman yang serba canggih ini masayarakat sudah tidak mengamalkan adat ini sebaliknya menjadikan buku panduan atau sesetengahnya tidak mempedulikan langsung akan maksud dalam menanakan anak mereka.

nor azian bt dollah berkata...

1. Perkataan kebudayaan moden merujuk kepada ciri-ciri baharu yang membawa perubahan sementara. Manakala, perkataan kebudayaan tradisional merujuk kepada ciri-ciri persambungan yang diwarisi oleh budaya dari zaman sebelumnya. Semua kebudayaan berubah dalam tempoh waktu yang tertentu. Perubahan yang berlaku kemungkinan akibat daripada kedatangan kuasa luar yang seterusnya menyebabkan berlakunya modifikasi tingkah laku dan nilai-nilai kebudayaan itu sendiri. Kebudayaan tradisional dan moden merupakan satu pola –pola perlakuan yang berdasarkan sistem nilai dan cara masyarakat melihatnya sebagai realiti alam sekeliling. Pola-pola ini berdasarkan sistem nilai dan world view yang merupakan hasil proses sosialisasi. Berdasarkan konsep ‘Great and Little Tradition’ , ciri-ciri budaya tradisional dianggap sebagai ‘Little Tradition’ yang merupakan bahgian mutlak dripada budaya keseluruhan yang wujud pada masa ini. Dalam hal ini, jika diletakkan dalam konteks yang salah, maka ciri budaya tradisional itu merupakan sesuatu yang irrelevant iaitu sesuatu yang menghambat kemajuan. Contohnya, dalam kesenian, iaitu merujuk kepada tarian ulik mayang yang mana ia dianggap tidak relevan kerana terdapat unsur-unsur khurafat dan bertentangan dengan ajaran Islam. Oleh hal demikian ia dilupakan dan tidak lagi diamalkan dalam masyarakat. Walaupun dalam hal ini ia merupakan warisan dan budaya tradisional yang telah diamalkan oleh masyarakat sejak zaman berzaman. Keadaan seperti inilah yang mewujudkan konflik antara kebudayaan moden dan kebudayaan tradisional.

2. Ciri persambungan merujuk kepada kebudayaan tradisional manakala, ciri perubahan pula merujuk kepada kebudayaan moden. Contohnya dalam berpakaian, ini dapat dilihat apabila bentuk tradisional baju kurung dan baju kebaya diubah sedikit supaya mampu bersaing mengikut arah perkembangan fesyen semasa. Perubahan demi perubahan berlaku pada pakaian tradisional sehingga melahirkan ciri-ciri pakaian moden Melayu yang berbeza daripada bentuk tradisionalnya. Perubahan yang berlaku ini didukung oleh masyarakat itu sendiri dan mereka juga dengan secara tidak terancang telah menerima panggilan baru kepada baju yang diubah semula itu- kebaya moden dan kurung moden. Dalam hal ini juga, disamping perkataan ‘moden’ yang diberikan, perkataan kebaya dan kurung masih dikekalkan. Pakaian tradisional yang diwarisi turun temurun merupakan ciri persambungan manakala pakaian moden pula merujuk kepada ciri perubahan.

muhammad hanif d20051021155 berkata...

Jawapan soalan 1

Sememangnya, telah lama wujudnya konflik antara budaya moden dengan budaya tradisional. Istilah perkataan Moden dapat ditakrifkan sebagai suatu simbol kemajuan, pemikiran rasional dan juga merupakan salah satu ciri bagi masyarakat maju. Bagi istilah “ tradisional” pula, ia selalu dikaitkan dengan kemunduran, tidak rasional dan juga dikaitkan dengan faktor bukan material. Menurut Durkheim, proses modenisasi menyebabkan runtuhnya nilai-nilai tradisi. Di sini, apabila kita kaitkan antara budaya moden dan budaya tradisional, konflik akan wujud kerana kehadiran budaya moden ini telah meruntuhkan nilai-nilai murni yang terdapat pada budaya tradisional.Konflik yang berlaku antara kedua-dua budaya ini dalam masyarakat Melayu sebenarnya dipengaruhi oleh faktor-faktor tertentu. Antaranya adalah kerana faktor agama. Konflik boleh berlaku dalam kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden kerana berlakunya perselisihan kehendak dalam agama masyarakat Islam dengan budaya moden yang diserap dari barat. Budaya Melayu tradisional kebanyakannya sangat dipengaruhi dengan nilai-nilai agama dan norma yang berlandasan. Namun, sebaliknya pula berlaku dengan budaya barat yang mengabaikan faktor ini. Mereka hanya melihat dari sudut pandangan kebebasan sahaja. Contohnya dalam bidang perniagaan. Dalam budaya Melayu tradisional, amalan perniagaan adalah berprinsipkan Islam iaitu memenuhi keperluan manusia di samping mendapatkan rezeki untuk diri sendiri. Hal ini bertepatan dengan kehendak Islam yang menginginkan umatnya berniaga sambil beramal. Tetapi pengaruh perniagaan budaya kapitalisma (Barat) yang di bawa ke alam Melayu pula lebih mementingkan keuntungan semata-mata.Selain itu kita juga dapat melihat pertembungan budaya material tradisional dengan budaya moden dalam bidang muzik. Kalau dulu kita menjadi asyik kalau mendengar orang menyanyikan lagu tradisional seperti keroncong, namun sekarang muzik seperti hip hop telah mendapat tempat dalam hati muda-mudi. Kesannya muzik tradisional makin hilang ditelan zaman. Pada masa dahulu juga, hampir semua perkara yang dilakukan sangat mementingkan nilai-nilai seperti bekerjasama. Pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” sentiasa menjadi pegngan masayarakat dahulu dalam menjalankan sesuatu kerja.Sememangnya, konflik antara budaya moden dan budaya tradisional ini memang tidak dapat dinafikan. Namun, konflik ini dapat dikurangkan sekiranya budaya moden yang positif disesuaikan dengan budaya tradisional. Oleh itu, kita sebagai seorang yang rasional, kita haruslah pandai untuk membezakan antara baik dan buruk.....


Jawapan soalan 2
Ciri persambungan amat penting bagi memastikan sesebuah kebudayaan itu terus kekal dan tidak ditelan zaman. Terdapat ciri-ciri persambungan yang selari dengan ciri-ciri perubahan, namun ada juga ciri persambungan yang mendapat tanggapan atau pandangan yang baharu. Sebagai contoh, ciri persambungan yang ada pada kebudayaan Melayu ialah dari segi pertuturan dan budi bahasa. Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan keindahan budi bahasa dan kelembutan pertuturannya. Sejak dahulu lagi, masyarakat Melayu diajar untuk menghormati orang-orang yang lebih tua dengan panggilan yang sewajarnya. Panggilan untuk ibu bapa seperti ibu, ummi, mama, ayah, abah dan sebagainya masih juga digunakan oleh masyarakat Melayu sehingga hari ini demi menjaga ketinggian darjat antara ibu bapa dengan anak-anak. Hal ini tidak terdapat dalam masyarakat barat yang hanya menggunakan panggilan I dan you sahaja walau dengan siapa sekalipun mereka bertutur. Ciri persambungan ini masih kekal dalam masyarakat kita. Seterusnya, ciri perubahan pula merupakan penyesuaian dengan keadaan semasa. Ciri-ciri perubahan timbul daripada keadaan yang memerlukan atau mengakibatkan perubahan kepada budaya, mungkin kerana terdapat pertembungan antara budaya, secara langsung ataupun tidak langsung. Contohnya, perubahan dalam budaya menuntut ilmu. Jika dahulu masyarakat Melayu mengutamakan kaum lelaki sahaja untuk menuntut ilmu, kini masyarakat Melayu lebih terbuka menerima perubahan dan prinsip bahawa menuntut ilmu itu adalah sama pentingnya antara kaum lelaki dan wanita.....

muhammad hanif d20051021155 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
AZURA BINTI MAT DAUD berkata...

1) Kebudayaan moden merupakan ciri-ciri baru yang membawa perubahan manakala kebudayaan tradisional pula ialah ciri-ciri persambungan yang diwarisi oleh budaya itu dari zaman sebelumnya. Walaubagaimanapun, interaksi antara kebudayaan moden dan tradisional ini susah dihuraikan kerana tidak semua interaksi berlaku dengan cara yang sama. Wujud ciri-ciri yang hidup selari iaitu yang mempunyai tempat khas penggunaannya dalam budaya. Misalnya, baju kurung dan kain samping tidak dipakai dalam kehidupan seharian kerana masyarakat kini lebih suka memakai baju kemeja dan seluar. Namun untuk majlis-majlis tertentu seperti bertandang ke majlis perkahwinan, pakaian baju kurung dan kain samping manjadi pilihan yang dipanggil pakaian tradisional masyarakat Melayu. Disamping itu, ada budaya yang cepat berubah dan ada pula yang lambat berubah. Antara contoh budaya yang cepat berubah dapat dalam sistem politik, didapati sistem pemerintahan beraja tidak dikekalkan atau diamalkan dalam kebudayaan moden ini. Selain itu, jika dahulunya keris merupakan senjata penting bagi masyarakat Melayu namun kini ia hanya berperanan sebagai alat perhiasan dan lambang kebesaran sahaja. Namun begitu, terdapat pula budaya yang lambat berubah iaitu yang mempunyai ciri-ciri tradisional yang lebih kuat berbanding ciri-ciri perubahan. Kesimpulannya, konflik antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden ini wujud disebabkan oleh budaya Melayu itu sendiri yang berubah sesuai dengan peredaran zaman.

2) Ciri-ciri persambungan adalah landasan untuk budaya itu terus hidup sementara ciri-ciri perubahan pula merupakan penyesuaian dengan keadaan semasa. Ciri-ciri persambungan itulah yang memberi kestabilan kepada budaya sebagai satu sistem yang hidup (on-going-system). Ciri-ciri perubahan pula timbul daripada keadaan yang memerlukan atau yang mengakibatkan perubahan kepada budaya, mungkin kerana terdapat pertembungan dengan budaya yang lain sama ada secara langsung mahupun tidak langsung ataupun timbul daripada keadaan dalam budaya itu sendiri. Contohnya, dalam budaya orang Melayu, persambungan dan perubahan berlaku setiap kali tibanya pengaruh daripada peradaban-peradaban luar. Pengaruh India merupakan peradaban yang pertama yang dapat menonjolkan ciri persambungan dan perubahan dalam budaya orang Melayu diikuti peradaban Islam dan seterusnya peradaban Barat moden. Setiap kali pengaruh ini berlaku terdapat ciri-ciri lama yang hilang lenyap, ada yang diberi tanggapan baru dan ada pula yang harmonis dengan ciri baru yang dikenali akulturasi. Gobek sirih, misalnya, sudah menjadi barang antik di muzium sahaja. Hal ini menunjukkan ciri-ciri lama Melayu yang hilang lenyap. Sementara itu, antara ciri-ciri persambungan yang mempunyai tanggapan baru ialah seperti institusi penghulu sekarang yang jauh berbeza sifatnya berbanding zaman silam. Selain itu, keris yang dahulunya merupakan sebilah senjata untuk mempertahankan diri namun kini digunakan sebagai perhiasan dan alat kebesaran sahaja. Terdapat juga ciri-ciri persambungan yang selari dengan ciri-ciri perubahan seperti wujudnya hukum-hukum adat disamping hukum-hukum negara dalam kehidupan seseorang Melayu itu. Ciri-ciri persambungan budaya Melayu hakikatnya mengandungi unsur-unsur budaya tradisional. Unsur-unsur budaya tradisional yang memenuhi syarat ciri-ciri persambungan ini merupakan landasan pertumbuhan dan perkembangan kebudayaan nasional, tetapi unsur-unsur ini akan mengalami tanggapan dan makna baru dalam integrasinya dengan ciri-ciri perubahan.

Norehan Che Hamid berkata...

a) Tiap-tiap budaya mengandungi konflik ciri-ciri perhubungan dan ciri-ciri perubahan. Begitu juga dengan kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden.Konflik antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden timbul apabila jurang yang memisahkan antara kedua-duanya dari segi nilai ‘world-view’ tidak dapat disambung. Kebudayaan tradisional merupakan ciri-ciri persambungan yang diwarisi oleh budaya dari zaman sebelumnya. Dengan kata lainnya kebudayaan tradisional adalah kebudayaan yang kita warisi sejak berabad-abad dan merupakan landasan budaya kita sekarang ini yang juga mengandungi ciri-ciri kebudayaan moden. Kebudayaan moden pula dapat didefinisikan sebagai ciri-ciri baru yang membawa perubahan ataupun disebut juga sebagai ‘peradaban Barat’. Walaubagaimanapun, interaksi antara kebudayaan moden dengan yang tradisional susah hendak dihuraikan kerana bukan semua interaksi akan berlaku dengan cara yang sama. Contohnya, kita tidak memakai baju kurung dan samping dalam kehidupan kita sehari-hari kerana kita memakai baju kemeja dan seluar. Tetapi untuk majlis-majlis tertentu, kita menggunakan pakaian tradisional kita. Ciri-ciri tradisional dan moden pada pakaian itu mempunyai makna yang tertentu dari segi budaya itu sendiri. Walaupun ciri-ciri persambungan dan ciri-ciri perubahan yang dikatakan kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden dapat dilihat dalam sistem-sistem sosial ataupun pada peralatan budaya, tetapi apa yang dikatakan budaya di sini ialah pola-pola perlakuan yang berdasarkan sistem nilai dan cara masyarakat melihatnya sebagai alam realiti sekelilingnya.

b) Ciri persambungan dan ciri kebudayaan. Kedua-dua ciri ini sering dikaitkan dengan budaya sebagai satu sistem yang hidup ataupun on-going-system. Ciri-ciri persambungan merupakan landasan untuk budaya itu terus hidup manakala ciri-ciri perubahan pula didefinisikan sebagai penyesuaian dengan keadaan semasa. Apabila dikaitkan dengan satu sistem yang hidup, ciri-ciri persambungan itulah yang memberi kestabilan kepada budaya. Ciri-ciri perubahan timbul daripada keadaan yang memerlukan atau yang mengakibatkan perubahan kepada budaya. Keadaan ini mungkin terjadi disebabkan pertembungan dengan budaya yang lain, baik secara langsung ataupun tidak. Selain itu, keadaan dalam budaya itu sendiri juga boleh mengakibatkan timbulnya ciri-ciri perubahan. Persoalan persambungan dan perubahan dalam budaya hendaklah dilibatkan dari segi konsep bahawa budaya itu adalah dari segi keseluruhan, dan dalam keseluruhan itu terdapat siratan perhubungan baik antara anggota-anggota budaya itu mahupun antara berbagai institusi dalam budaya itu. Begitu juga terdapat siratan perhubungan antara ciri-ciri persambungan dengan ciri-ciri perubahan. Ciri persambungan dan ciri perubahan ini dapat dilihat melalui beberapa contoh. Contoh ciri persambungan budaya yang masih diamalkan ialah dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu. Dalam masyarakat Melayu, adat perkahwinan dimulakan dengan pihak lelaki datang merisik pihak perempuan, diikuti dengan majlis pertunangan dan majlis kenduri kahwin. Selain itu, dalam majlis perkahwinan terdapat juga budaya dan adat yang masih diteruskan sehingga ke hari ini. Contohnya, terdapat malam berinai, berbalas hantaran antara pihak pengantin lelaki dan pihak pengantin perempuan dan majlis persandingan. Walaupun ditelan arus pemodenan dan pembangunan, adat ini masih diteruskan sehingga ke hari ini. Contoh bagi ciri perubahan pula ialah dalam aspek pembinaan rumah. Sekiranya dilihat dan diteliti, pembinaan rumah teres sekarang adalah sama dengan konsep pembinaan rumah panjang. Apa yang membezakannya adalah rumah panjang dibina bertemakan muafakat manakala rumah teres pula dibina bertemakan individualistik. Oleh sebab itu, rumah teres dibina dengan dilengkapi pagar yang memisahkan antara satu rumah dengan rumah yang satu lagi. Dengan itu, dapatlah dikatakan bahawa tidak terdapat keratan yang tegas antara ciri-ciri persambungan dengan ciri-ciri perubahan. Oleh itu, perhubungan dapatlah kita konsepsikan sebagai berlaku di atas satu garisan yang mana pada sebelah pihak terdapat ciri-ciri persambungan dan sebelah lagi ciri-ciri perubahan. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua ciri itu mengalir ke arah satu sama lain pada sesuatu masa.

Noradila bt Zahari berkata...

1) Hambatan globalisasi dan modenasasi telah membawa bersama elemen-elemen positif dan negatif kepada masyarakat. Dua perkara tersebut terpaksa dilalui serta dihadapi dalam kehidupan moden dan serba canggih dewasa ini. Tidak hairanlah, kemasukan kedua-dua elemen tersebut menyebabkan berlakunya konflik budaya di antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden. Konflik tersebut timbul apabila jurang yang memisahkan antara kedua-duanya dari segi nilai world-view tidak dapat disambung: semakin jauh jurang itu semakin meruncing pergeserannya. Persoalannya, tidakkah dapat kebudayaan tradisional mengekalkan nilai-nilai dan world-viewnya, dan cuma mengambil teknologi dan pencapaian ekonomi dari Barat sahaja? Hakikat budaya menunjukkan bahawa jika satu-satu ciri budaya berubah, ia akan melibatkan perubahan ciri-ciri yang lain juga. Umpamanya struktur kehidupan sosial masyarakat. Dalam hal ini, kita dapat melihat bahawa budaya moden telah mempengaruhi 'keolahan dan tingkah laku', cara berfikir termasuk penghayatan terhadap ajaran agama.
Muda-mudi bergaul bebas, tidak menghiraukan batas-batas ajaran agama, tatasusila dan nilai-nilai murni ketimuran. Begitu juga dari segi pakaian dan aksesori perhiasan, terdapat kaum lelaki yang berpakaian atau berhias seperti perempuan, sebaliknya perempuan berpakaian seperti lelaki. Lain lagi halnya dengan pakaian 'rockers' dan seumpamanya. Gaya hidup moden juga menjadikan sebilangan masyarakat bersikap individualistik, mengabaikan sikap kekeluargaan, kejiranan dan bermasyarakat. Tradisi bergotong-royong semakin pupus disebabkan urusan kenduri kendara dikendalikan menggunakan syarikat, manakala peralatan sama ada disewa atau dibeli. Kebanyakan masyarakat ketika ini juga bersikap 'materialistik' untuk mengejar kemewahan dan kesenangan hidup. Lain lagi halnya dengan pengaruh dan gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah, mengakibatkan ramai yang menjadi 'hamba' kepada najis dadah. Golongan ini bukan sahaja mencemarkan agama malah membebankan keluarga, masyarakat dan negara. Begitu juga halnya dengan tabiat meminum arak, berjudi dan lain-lain lagi. Kes-kes kecurian, rogol, penderaan, sumbang mahram dan penipuan juga merupakan sebahagian dari gejala sosial yang sudah berlaku dalam masyarakat. Semua itu juga turut menggugat struktur kehidupan masyarakat. Hal yang berlaku itu dikenali sebagai proses akulturasi budaya. Sebenarnya, perkara ini telah bermula sejak wujudnya tamadun manusia lagi. Jika ditinjau sejarah tamadun dunia kita akan dapati bahawa tamadun yang kaya dengan pengetahuan dan teknologi akan mempengaruhi dan menakluk komuniti yang budayanya tidak setaraf dan setanding dengannya. Sebagai contoh, kita lihat tamadun Yunani yang wujud sekitar tahun 1200 S. M. Kemajuan pengetahuan yang pesat pada waktu itu telah melahirkan pemikir agung dalam bidang ilmu seperti falsafah, matematik, kesusasteraan, politik, ekonomi, dan seni. Sehingga hari ini, cendekiawan masih berbincang pemikiran Socrates, Plato, dan Aristotle. Oleh sebab kerajaan dan sistem ekonomi yang kukuh dan daya pemikiran yang kreatif, maka Yunani dapat mempengaruhi kawasan Asia Barat, Mesir, dan Utara India. Kemudian terdapat kegemilangan tamadun Romawi dan seterusnya Islam. Pengaruh agama dan budaya Islam berkesan di Asia Barat dan Eropah, terutamanya di Sepanyol kerana Islam berasaskan ketakwaan kepada Tuhan dan daya pemikiran yang tajam dan luas. Pada zaman kegemilangannya, Islam telah menghasilkan berbagai-bagai pengetahuan baru dalam sains, pertanian dan perdagangan, seperti astronomi, kimia dan ilmu alam; begitu juga dalam bidang perubatan. Di samping itu, keindahan seni khat dan seni bina merupakan sumbangan Islam kepada alam kesenian.

2) Seperti yang kita sedia sedia maklum, budaya merupakan satu sistem yang hidup (on-going-system). Jadi, sudah tentu sesuatu budaya itu mempunyai ciri persambungan dan perubahannya. Hal ini kerana, ciri-ciri persambungan adalah landasan untuk budaya itu terus hidup sementara ciri-ciri perubahan pula merupakan penyesuainnya dengan keadaan semasa. Dengan perkataan lain, ciri-ciri persambunganlah yang menstabilkan budaya sebagai suatu sistem yang hidup. Ciri-ciri perubahan timbul daripada keadaan yang memerlukan atau yang mengakibatkan perubahan budaya, mungkin kerana terdapat pertembungan dengan budaya yang lain, baik secara langsung mahupun tidak, ataupun timbul daripada keadaan dalam budaya itu sendiri. Kita dapat menggunakan perkataan kebudayaan moden bagi ciri-ciri baharu yang membawa perubahan dan menggunakan perkataan kebudayaan tradisional bagi ciri-ciri persambungan yang diwarisi oleh budaya dari zaman sebelumnya. Walau bagaimanapun, interaksi antara kebudayaan moden dengan kebudayaan tradisional sukar untuk dihuraikan kerana bukan semua interaksi akan berlaku dengan cara yang sama. Ada ciri-ciri yang hidup selari, masing-masing mempunyai tempat yang khas dalam penggunaanya dalam budaya itu. Misalnya, kita tidak memakai baju kurung dan samping dalam kehidupan kita sehari-hari kerana kita memakai kemeja dan seluar, tetapi untuk majlis-majlis tertentu kita memakai baju kurung dan kain samping yang kita sebut pakaian tradisional. Ciri-ciri tradisional dan moden pakaian itu mempunyai makna yang tertentu dari segi budaya. Ada pula ciri-ciri persambungan yang mendapat tanggapan baharu atau sebaliknya, dan ada pula ciri-ciri baharu yang mendapat tanggapan yang sedia ada. Misalnya, keris yang dahulunya sebilah senjata untuk mempertahankan diri sekarang ini digunakan sebagai perhiasan sahaja. Begitu juga iblis dan syaitan yang diterima daripada pengajaran Islam dijadikan sebagai interpretasi semula untuk konsep lama hantu dan jembelang dalam kepercayaan tradisional orang Melayu. Ada juga ciri-ciri lama yang lenyap tadi diambil alih oleh ciri-ciri baharu walaupun fungsinya tidak berubah. Gobek sirih umpamanya, sudah merupakan barang antik yang sesuai untuk muzium sahaja. Sebagai intiharnya, persoalan pergeseran antara yang tradisional dengan yang membawa perubahan adalah rumit. Tetapi, ada budaya yang cepat berubah dan ada pula yang lambat berubah. Tidak hairanlah, ciri-ciri tradisional budaya yang kemudian adalah lebih kuat dan dapat mengatasi ciri-ciri perubahan.

rosliza abd. razak berkata...

1. Mengapakah terdapat konflik antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden. Jelaskan dengan memberi contoh yang sesuai.
Transformasi budaya ialah pembaharuan budaya yang berlaku akibat pertembungan antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden. Pertembungan budaya tradisional dengan budaya moden telah mewujudkan konflik antara dua kebudayaan tersebut. Hal ini demikian kerana disebabkan oleh beberapa faktor. Salah satu faktor tersebut ialah Melayu itu sendiri yang sukar hendak menerima kemodenan. Mereka berpendapat bahawa kemodenan yang diterima kini hanya merosakkan alam sekitar dan memberi kesan sosial yang negatif kepada masyarakat.
Pertembungan kebudayaan ini berlaku kerana mengikut kebudayaan Melayu, terdapat banyak pantang larang yang harus diikuti. Faktor seterusnya ialah sikap kaum Melayu itu sendiri yang mudah berpuas hati tanpa mempunyai sikap untuk berubah dan berusaha. Mereka hanya bersikap hanya menerima sahaja dan bukannya ingin memberi. Di samping itu, faktor berikutnya ialah orang Melayu lebih sayang dan berada dekat dengan alam semulajadi. Amalan dan kebudayaan mereka banyak dipengaruhi oleh faktor alam semulajadi. Oleh sebab itu, orang Melayu lebih menimbangkan hal-hal yang berkaitan dengan alam. Sebagai contoh ialah mereka mendirikan rumah berdekatan dengan sungai pada zaman dahulu kerana persekitaran semulajadi membolehkan mereka memperoleh keperluan hidup yang asas disekelilingnya. Pada zaman ini pun, orang Melayu juga menitikberatkan alam sekitar apabila ingin membina rumah.
Kesimpulannya, konflik yang timbul antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden disebabkan oleh beberapa faktor seperti yang telah dinyatakan di atas. Tidak dapat dinafikan bahawa konflik tersebut sebenarnya timbul apabila berlaku apabila adanya pertentangan kebudayaan Melayu dengan alam semulajadi. Sekian.







2. Apakah yang anda faham dengan ciri persambungan teori perubahan dalam budaya. Beri satu contoh yang relevan.
Pada pandangan saya, ciri persambungan teori perubahan dalam budaya yang dimaksudkan ialah bagaimana sesuatu budaya itu berubah daripada satu zaman ke zaman yang lain. Sebagai contoh ialah perkembangan ilmu pengetahuan. Pada zaman dahulu, ilmu hanya diperoleh oleh golongan tertentu sahaja seperti golongan bangsawan dan bentuknya adalah tidak formal. Tidak formal di sini ialah ilmu yang diperoleh hanya daripada tok guru sahaja dan di tempat-tempat yang tertentu sahaja seperti di masjid dan sekolah pondok. Ilmu yang diajar lebih berfokus kepada ilmu-ilmu agama sahaja dan tidak menitik beratkan ilmu dunia.
Apabila berlaku perubahan budaya iaitu dari zaman dahulu hingga zaman kini, konsep pemilikan ilmu itu sendiri telah berubah. Maknanya di sini ialah kini pelbagai bentuk ilmu telah wujud. Antaranya ialah ilmu matematik, sejarah, sains dan lain-lain lagi dan bukannya tertumpu pada ilmu agama sahaja. Semua individu kini mampu mendapat ilmu pengetahuan tanpa mengira status dan situasi ini amat berbeza dengan zaman dahulu. Untuk mendapat ilmu pengetahuan kini tidak hanya di pondok atau pun masjid sahaja, bahkan kini wujud institusi pendidikan yang bertaraf, formal seperti sekolah dan universiti. Ditambah pula dengan era globalisasi kini, ilmu boleh dikatakan hanya terletak di hujung jari sahaja. Hal ini demikian kerana, perkembangan teknologi maklumat menyebabkan maklumat dapat diterima dengan cepat dan mudah. Di samping itu, pengajian jarak jauh (PJJ) telah menyebabkan pelajar tidak perlu bersemuka dengan tenaga pengajar. Secara tidak langsung, perubahan ini membawa dimensi baru dalam dunia pendidikan.
Sebagai rumusannya, perubahan yang berlaku dalam sesuatu budaya itu adalah lebik baik berbanding dengan zaman sebelumnya. Bukti yang menyokong hujah saya ini ialah berdasarkan apa yang telah dinyatakan seperti keterangan di atas. Sekian.

Nor Saliza Binti Saidin D20051021163 berkata...

Soalan 1

Mengapakah terdapat konflik antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden.

Sebelum melihat dengan lebih jauh tajuk ini, sewajarnya kita harus faham apakah yang dimaksudkan dengan kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden. Kebudayaan boleh diringkaskan sebagai segala perkara yang meliputi kehidupan masyarakat iaitu segala gagasan (idea), alatan (material), dan bentuk pengucapan (expression). Secara mudahnya kebudayaan itu adalah segala ciptaan dan warisan manusia hidup bermasyarakat. Berdasarkan maksud ringkas kebudayaan, maka kebudayaan tradisional boleh dinyatakan sebagai budaya yang diwarisi keseluruhannya secara langsung. Manakala kebudayaan moden pula merupakan warisan yang telah melalui proses perubahan akibat masa, pemikiran. Konflik kepada berlakunya kebudayaan tradisional menjadi kebudayaan moden berlaku disebabkan oleh perubahan sosial yang pesat. Kedatangan pengaruh-pengaruh teknologi moden dari luar terutamanya dari Barat menyebabkan berlaku pertembungan pemikiran baru dan lama. Contoh yang jelas, masyarakat moden sekarang lebih memandang dunia Barat dengan beranggapan setiap ‛trend’ yang dibawa itu adakah satu bentuk kemodenan. Lantaran itu gelombang moden itu diterapkan di dalam pemikiran dan dihasilkan melalui makanan, pakaian, bahasa, dan kesenian. Jikalau dahulu masyarakat lebih senang untuk memulakan sarapan dengan nasi lemak, kuih-muih tetapi golongan moden sekarang lebih suka kepada makanan segera yang dibuka secara francais di mana-mana tempat. Malahan sikap begini juga telah diterapkan kepada golongan kanak-kanak sehingga mereka lebih mengenali jenis makanan segera berbanding nama kuih-muih tradisional. Arus globalisasi juga telah meminggirkan budaya berpakaian Melayu yang lebih sopan seperti baju kurung, kebarung, kurung Kedah dan baju Melayu. Golongan muda kini yang mengatakan mereka generasi moden lebih selesa dengan pola berpakaian barat seperti jeans, skirt, t-shirt dan kemeja. Kesenian tradisional juga semakin perpinggir akibat pemikiran yang kolot. Pengaruh Barat telah membawa tarian-tarian luar dan muzik-muzik yang ‛garang’ dan langsung tiada unsur seni. Namun begitu, kesenian sebegini masih diterima atas nama kemodenan. Seharusnya dalam menuju ke Dasar Kebudayaan Nasional masyarakat hari ini tidak wajar menutup pemikiran mereka itu. Tanggapan bahawa budaya Barat sebagai suatu kemodenan perlulah dikikis.

Soalan 2

Budaya sebagai sistem yang hidup (on-going system) memperlihatkan ciri-ciri persambungan dan ciri-ciri perubahan. Persambungan budaya berlaku untuk melihat kelangsungan budaya itu terus hidup manakala perubahan unsur budaya terjadi kerana pertembungan dengan budaya sama ada secara disedari atau tidak disedari. Ciri persambungan dalam budaya masih boleh dilihat dalam beberapa perkara seperti hal perkahwinan orang Melayu. Contohnya sebelum berlangsung majlis perkahwinan, pihak lelaki akan merisik dahulu untuk mengetahui perempuan yang ingin disunting itu sudah berpunya atau belum. Sekiranya belum dipunyai, wakil keluarga akan dihantar untuk meminang. Ketika proses meminang berjalan, beberapa aspek diambil kira seperti barang hantaran, sirih junjung, mas kahwin. Setelah itu barulah urusan kenduri pula berlangsung. Ciri perubahan dalam budaya tradisional pula boleh dilihat melalui perubahan dari segi berpakaian, makanan dan permainan. Contohnya, pakaian tradisional seperti baju kurung dan baju Melayu telah diberi nafas baru mengkomersialkannya menjadi baju kebaya, kurung Vietnam, kebaya nyonya dan penggunaan batik. Walaupun dimodenkan, nilai-nilai kesopanan masih lagi dikekalkan sesuai dengan budaya orang Melayu yang sopan. Dalam aspek makanan pula turut di variasikan seperti penyediaan makanan tradisional segera di restoren makanan segera seperti nasi lemak dan bubur nasi.malah sudah terdapat juga juadah seperti roti canai, nasi himpit dam kuih- muih yang dipek segera. Perubahan ini berlaku kerana masyarakat luar mula menyedari bahawa kemodenan yang dibawa masih tidak mampu menghapuskan budaya masyarakat Malaysia. Begitu juga dengan permainan tradisional yang menjadi kebanggaan kita. Permainan ini telah diperkenalkan kepada dunia luar dan mengalami perubahan untuk penyesuaian persekitaran. Contohnya permainan wau dan layang-layang yang sudah terkenal di negara luar turut mengalami revolusi. Binaan kerangka tidak lagi hanya tertumpu kepada seperti buluh, benang, tali rafia dan kertas tetapi kini sudahpun diubahsuai dengan menggunakan tali tangsi dan kerangka besi yang lebih kukuh.Oleh yang demikian, walaupun terdapat perubahan terhadap budaya tradisional, ini tidak bermakna budaya itu terus lenyap.

NOR SHAM MORAT D20051021150 berkata...

Bismillahirrahmanirrahim…Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera diucapkan kepada semua.

1: Konflik yang berlaku antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden adalah disebabkan oleh perbezaan ciri-ciri yang terdapat antara setiap budaya. Hal ini demikian kerana masyarakat mudah terpengaruh dengan budaya barat yang mengamalkan cara hidup moden. Konflik antara kebudayaan ini mula berlaku selepas kedatangan penjajah barat pada 1511. Budaya barat mudah diserap ke dalam budaya timur kerana terdapat pelbagai medium sebaran seperti media elektronik dan media cetak. Unsur pengaruh tersebut dapat dilihat daripada segi pakaian, makanan, hiasan rumah dan lain-lain. Sebagai contoh, remaja perempuan yang dahulunya cantik berbaju kurung sudah hilang serinya kini disebabkan pengaruh tersebut sehingga sanggup berpakaian menjolok mata dan mengetepikan norma hidup masyarakat timur. Bukan itu sahaja, pengaruh luar dapat juga dilihat daripada segi makanan iaitu masyarakat Melayu yang terkenal dengan pelbagai makanan tradisinya mula beralih arah ke makanan segera yang mudah didapati di restoran makanan segera yang membanjiri Malaysia bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Seterusnya, amalan nilai-nilai murni juga kurang diamalkan dalam kehidupan seharian malah perkara sebaliknya pula yang berlaku seperti amalan seks bebas, rempit dan pelbagai masalah sosial lain. Hal ini demikian kerana generasi muda sering mengamalkan gaya hidup yang terlalu sosial sehingga mengabaikan tuntutan Islam. Keadaan ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang ketara antara budaya dahulu dengan budaya sekarang. Budaya moden ini juga boleh menjarakkan nilai persaudaraan dan kerjasama antara kita. Oleh itu, sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan sebagai khalifah di bumi ini, kita yang juga bakal guru perlu mengamalkan budaya timur yang agung suatu ketika dahulu agar ia tidak hilang ditelan arus globalisasi yang semakin menggila ini. Selain itu, kita juga seharusnya menjadi panduan generasi akan datang dalam usaha mengekalkan keindahan budaya tradisional supaya mereka masih dapat mengenali budaya ketimuran yang amat disanjung tinggi ini. Kesimpulannya, konflik yang timbul antara budaya perlu diatasi dengan bijak oleh masyarakat agar satu inovasi yang positif dapat dihasilkan untuk kebaikan bersama.

2: Terdapat dua ciri utama budaya yang penting iaitu ciri kesambungan dan ciri perubahan di mana kedua-duanya merupakan sistem yang hidup atau on-going system. Ciri kesambungan bermaksud sesuatu budaya itu diwarisi turun-temurun, dari satu generasi kepada generasi yang lain serta memberikan kestabilan dan ciri-ciri baharu yang menimbulkan perubahan. Unsur-unsur budaya yang ada ciri-ciri baharu dan membawa perubahan dipanggil kebudayaan moden manakala ciri-ciri persambungan yang diwarisi oleh budaya dari zaman sebelumnya merupakan kebudayaan tradisional. Antara contoh ciri persambungan dalam budaya orang Melayu ialah istiadat pertabalan diraja dan juga upacara meminang masih diamalkan sehingga kini. Sungguhpun begitu, dalam majlis perkahwinan masyarakat Melayu, majlis persandingan yang diadakan telah mengalami perubahan mengikut pengaruh tertentu. Contoh tersebut mengandungi ciri perubahan dalam budaya tradisional kerana majlis persandingan yang diadakan kini menerima pengaruh India dan barat. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan cintakan negara perlu menjaga budaya timur agar ia kekal seiring peredaran zaman untuk kesejahteraan bersama. Sekian, wassalam...

NOORERNI MANJA D20051021142 berkata...

Assalamualaikum… saya berpendapat seperti berikut…
1) Konflik kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden merupakan persoalan yang agak rumit kerana untuk mengungkapkan sebab berlakunya konflik tersebut memerlukan tafsiran dan pandangan yang luas. Dari pemahaman saya, setiap budaya mempunyai ciri-ciri persambungan dan ciri-ciri perubahan yang dianggap sebagai sebuah sistem yang bergerak. Ibarat sebuah mesin, sekiranya ia rosak maka sesuatu produk tidak akan dapat dikeluarkan. Oleh sebab itu, konflik tersebut boleh berlaku kerana kebudayaan moden jelas membawa perubahan tetapi kebudayaan tradisional mengandungi ciri-ciri persambungan yang diwarisi oleh budaya dari zaman sebelumnya. Contohnya, kita tidak lagi menggunakan pantun,puisi atau penggunaan bahasa kiasan di dalam percakapan atau perbualan sehari-hari kerana kita telah diperkenalkan dengan bahasa slanga atau bahasa yang lebih mudah difahami apabila di tuturkan iaitu bahasa standard. Tetapi adakalanya pantun, puisi tradisional digunakan dalam majlis atau suasana tertentu seperti berpantun ketika merisik, atau meminang seseorang. Bahasa atau kata yang indah itu dianggap sebagai kata kiasan. Konflik juga berlaku kerana cirri-ciri persambungan yang mendapat tanggapan baru dan cirri-ciri baru mendapat tanggapan yang sedia ada. Contohnya, dahulu keris digunakan sebagai senjata pertahanan diri dalam kalangan bangsawan istana, tetapi kini keris telah dijadikan sebagai perhiasan atau pameran di muzium dan sebahagian aksesori baju perkahwinan lelaki masyarakat Melayu. Konflik juga berlaku kerana disebabkan sistem nilai yang menjadi sususnan ukuran sama ada sesuatu kebudayaan itu dikehendaki atau tidak. Hal ini berkaitan dengan kepercayaan adat sekeliling dalam sesuatu budaya. Konflik begini timbul apabila jurang yang memisahkan antara kedua-duanya dari seni nilai world-view tidak dapat disambungkan lalu wujud pergeseran antara budaya tersebut. Contohnya, sebelum kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu, masyarakat lebih mempercayai pengaruh animisme yang terdapat di sekekliling mereka. Ada juga yang mendapat pengaruh Hindu dan Jawa lalu masyarakat mengaplikasikan kepercayaan tersebut di dalam kehidupan mereka. Namun setelah tibanya agama Islam yang dibawa oleh pedagang Arab ke Tanah Melayu, berlaku pergeseran antara kedua-dua budaya tersebut, Masyarakat secara tidak langsungnya turut terpengaruh dengan ideology Islam, lalu memeluk Islam. Oleh itu, fahaman sebelumnya itu, dipinggirkan walaupun masih ada segelintir masyarakat yang masih membudayakannya dalam kehidupan mereka.

2) Budaya merupakan satu sistem yang hidup. Oleh itu, budaya mempunyai ciri persambungan dan ciri perubahan. Ciri persambungan bermaksud sesuatu budaya yang diwarisi dari dahulu hingga sekarang dan tetap dijadikan landasan dalam kehidupan seharian. Kita dapat lihat ciri persambungan budaya terutamanya ketika menyambut perayaan besar bagi sesetengah kaum.Contohnya, ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri, semua sanak-saudara dikatakan wajib pulang ke kampung untuk berhari raya. Budaya ini, telah menjadi ciri turun-temurun bukan sahaja dalam masyarakat melayu, tetapi juga kaum Cina, India dan sebagainya. Pada mereka, sesuatu perayaan tidak lengkap dan sempurna sekiranya berada di perantauan. Banyak ciri-ciri persambungan yang diamalkan dalam masyarakat melayu sewaktu menyambut Hari Raya. Juadah seperti dodol, ketupat, rendang, kuih-muih yang lazat pasti disediakan untuk hidangan tetamu. Tanpa juadah tersebut, pasti ada kekurangan dalam sambutan perayaan tersebut, begitu juga dengan budaya ziarah-menziarahi pusara ahli keluarga yang telah pergi mengadap Ilahi. Pada hari biasa mungkin, pusara tersebut tidak dikunjungi, tetapi pada hari raya, pastinya setiap pagi raya, kita akan mengunjungi pusara orang yang disayangi. Pemberian duit raya kepada kanak-kanak juga seolah-olah menjadi satu adat dan budaya dalam masyarakat Melayu. Sekiranya budaya yang diamlkan ini, pupus dan diberhentikan begitu sahaja pastinya, sesuatu perayaan itu tidak meriah .
Sementara itu, ciri perubahan bermaksud sesuatu budaya itu telah mengalami perubahan akibat penyesuaian yang dilakukan seiring dengan keadaan semasa. Perubahan budaya dikatakan berlaku apabila terbentuknya cara-cara pembelajaran yang baru, dimensi sains yang baru, alat-alat teknologi yang baru dan lain-lain lagi. Elemen-elemen asas di dalam perubahan budaya adalah rekaan dan difusi. Apabila rangkaian baru ini memuaskan kehendak mereka, maka yang lama tidak akan digunakan. Difusi pula ialah pergerakan trait-trait budaya daripada satu masyarakat ke satu masyarakat yang lain. Jika ahli sains mencipta kereta, mungkin kita masih menggunakan kereta lembu untuk berhubung dari satu tempat ke tempat lain. Wujud hubungan yang saling berkaitan antara kebudayaan dengan masyarakat. Perubahan budaya juga akan mecetuskan perubahan kepada masyarakat. Contohnya, institusi budaya tradisional seperti gotong-royong, tidak ada lagi di dalam sistem teknologi moden. Nilai yang diletakkan terhadap tenaga manusia telah merosot kerana adanya pembaharuan dalam mencapai sesuatu perkara.

Mohd Azhar Bin Rusdi (D20051021097) berkata...

1) Kebudayaan tradisional merupakan kebudayaan yang wujud sejak dahulu lagi dan diamalkan secara turun-temurun. Kebudayaan tradisional yang diamalkan biasanya tidak dicatat tetapi diamalkan dalam kehidupan harian sesebuah masyarakat. Sementara itu, kebudayaan moden pula merupakan kebudayaan asing yang telah meresap dalam sesebuah masyarakat. Kebudayaan moden ini merupakan kesan langsung daripada ciri-ciri perubahan budaya sesebuah masyarakat. Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapatnya konflik antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden. Konflik antara kebudayaan ini wujud ekoran daripada perbezaan pemikiran masyarakat dahulu dengan masyarakat kini yang lebih mementingkan material berbanding nilai-nilai serta perihal berkenaan dengan agama. Hal ini terjadi ekoran daripada penjajahan barat yang telah bermula pada abad ke-19 lagi. Pihak barat telah mengaburi mata masyarakat kini dengan pelbagai keseronokan dan kesenangan dalam kehidupan seharian. Pemikiran masyarakat kita juga telah dijajah oleh pihak barat. Jadi, timbul persoalan dalam minda kita bahawa kenapakah begitu mudah untuk pihak barat menjajah masyarakat kita. Kenapakah masyarakat kita tidak tetap dengan pendirian dan mudah untuk meminggirkan budaya sendiri. Pada pandangan saya, konflik ini terjadi kerana kurang didikan agama dalam kalangan masyarakat kini, sebaliknya dunia hiburan lebih dipentingkan. Sebagai contoh, dari segi aspek pemakaian, pada zaman dahulu, masyarakat Melayu memakai baju-baju tradisional untuk menghadiri majlis-majlis tertentu, seperti majlis perkahwinan. Namun, pada hari ini, kebanyakan daripada masyarakat Melayu telah mengubah cara berpakaian, termasuklah memakai baju-baju moden seperti seluar jeans dan blaus ketika menghadiri majlis-majlis perkahwinan. Jadi, jelaslah bahawa sememangnya terdapat konlik antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden.

2) Ciri-ciri persambungan dan perubahan sememangnya wujud dalam sesebuah kebudayaan sama ada kebudayaan melayu mahupun kebudayaan asing. Persambungan budaya merupakan proses sesebuah budaya untuk terus wujud. Ciri-ciri persambungan inilah yang akan meneruskan kestabilan sesuatu budaya iaitu sebagai satu sistem yang hidup (on-going system) seperti yang telah dinyatakan oleh Mohd Taib Osman (1983). Sementara itu, perubahan budaya pula merupakan amalan budaya lama tetap diteruskan tetapi diasimilasikan dengan budaya luar yang meresap masuk ke dalam budaya lama dan diamalkan. Pentingnya adat masyarakat Melayu jelas terlihat dalam peribahasa yang berbunyi Biar mati anak, jangan mati adat. Contohnya adat dan budaya Melayu yang mengalami proses perubahan budaya adalah seperti adat perkahwinan. Tata perlakuan dalam adat resam masyarakat Melayu terutamanya adat dan budaya perkahwinan banyak dipengaruhi oleh adat yang diwarisi dari budaya Hindu yang disesuaikan mengikut unsur-unsur Islam. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Mengikut adat silam, dari segi persediaan untuk perkahwinan terdapat adat-adat berkaitan dengan berandam, berasah gigi dan berinai. Kemuncak dalam adat resam perkahwinan keseluruhannya adalah majlis bersanding. Di masa silam, bersanding adalah satu aspek perjalanan hidup yang dijalankan oleh ibu bapa. Merekalah yang memilih teman hidup bagi anak masing-masing. Biasanya apabila ibu bapa merasakan anak lelaki sudah sampai masa untuk berkahwin, mereka mula merisik untuk memilih gadis yang sesuai. Pada umumnya, ibu bapa meminta saudara mara mengesan dan mencari gadis sesuai dikahwinkan dengan anak lelaki mereka.
Dalam zaman mengejar kemajuan ini, adakalanya adat resam dikebelakangkan. Ini termasuklah dalam soal adat meminang. Adat meminang boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu merisik dan meminang. Apabila hati seorang teruna telah berkenan pada seorang dara, biasanya dia akan menghantar wakil untuk merisik bagi menentukan sama ada si dara telah berpunya atau belum. Kadangkala semasa merisik, wakil teruna akan menyerahkan sebentuk cincin tanya. Jika pihak dara bersetuju, mereka akan menetapkan tarikh untuk masuk meminang dan seterusnya bertunang. Apabila hari yang ditetapkan tiba, wakil teruna akan masuk meminang secara rasmi. Biasanya pihak teruna akan membawa bersama hadiah beberapa dulang hantaran termasuk sebentuk cincin atau sebagainya. Pada ketika ini, kedua-dua wakil akan menetapkan tarikh ijab kabul dan persandingan mengikut kesesuaian kedua belah pihak. Namun kini, hanya adat masuk meminang sahaja yang masih diamalkan. Pada zaman teknologi maklumat ini, biasanya kedua-dua teruna dara telah berkenalan terlebih dahulu. Jadi adat merisik khabar dirasakan tidak perlu lagi.

marsyitah salihah D20051021105 berkata...

1) Konflik antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden wujud disebabkan oleh;
Perubahan cara pemikiran masyarakat moden. Golongan muda kini amat peka dengan unsur-unsur budaya luar yang dibawa masuk dan menganggap ianya suatu kemodenan atau kemajuan. Namun demikian, golongan yang terikat kepada nilai-nilai tradisi dan golongan tua menganggap unsur-unsur yang dibawa masuk dari luar itu boleh membawa kepada kemusnahan tradisi budaya Melayu atau menghilangkan identiti budaya Melayu. Perbezaan pendapat dan fahaman ini akhirnya menyebabkan wujudnya konflik budaya. Misalnya dari segi berpakaian. Golongan muda kini telah didedahkan dengan pelbagai pembaharuan dan perubahan tentang cara berpakaian dan jenis pakaian yang sesuai mengikut peredaran zaman. Kebanyakan cara berpakaian dan jenis pakaian itu sendiri dibawa dari Negara Barat seperti ‘jeans’ dan ‘kemeja’. Kesannya, pakaian tradisional Melayu semakin dilupakan.
Selain itu, konflik budaya juga berlaku kerana terdapat sebahagian daripada warisan tradisi yang pernah diamalkan pada masa lalu, kini tidak diminati atau dikenali oleh orang-orang muda. Misalnya, didapati berbagai-bagai corak upacara atau ritual tradisi yang berkaitan kepercayaan warisan telah dilupai dan tidak mendapat tempat dalam masyarakat Melayu moden kerana mereka menganggap sebahagian daripada ritual tersebut tidak rasional dan bercanggah dengan kehendak Islam.


2) Ciri Budaya Persambungan dan Ciri Budaya Perubahan serta contoh.
Ciri-ciri budaya persambungan ialah amalan, kefahaman, dan corak pemikiran masyarakat yang masih diwarisi secara turun-temurun dan diteruskan pengamalannya dari satu generasi hingga ke satu generasi yang lain sesudahnya. Ciri budaya perubahan pula ialah sesuatu amalan, kefahaman, atau corak pemikiran yang turut berubah mengikut peredaran masa dan telah berlaku pertindihan atau pertembungan dengan budaya sebelumnya. Pada masa yang sama, dalam setiap pertembungan dan pertindihan budaya itu juga secara tidak langsung telah wujud persambungan budaya seperti mana budaya asalnya tetapi mengalami sedikit perubahan. Contohnya: Budaya gotong-royong sewaktu mengadakan majlis kenduri perkahwinan. Pada zaman dahulu, aktiviti gotong-royong giat dilakukan terutamanya dalam kalangan masyarakat desa. Sekiranya salah seorang daripada penduduk di kampung itu berhasrat untuk mengadakan majlis perkahwinan, maka seluruh penduduk di kampung itu secara sukarela akan memberikan bantuan setakat yang mampu bagi menjayakan majlis tersebut. Biasanya, kaum ibu akan menguruskan tugas-tugas di dapur seperti penyediaan juadah untuk tetamu yang hadir manakala kaum bapa bergotong-royong untuk memasang khemah dan memotong daging. Namun demikian pada zaman sekarang, kebanyakan amalan gotong-royong ini semakin dilupakan dan turut berubah mengikut peredaran zaman. Sesetengah masyarakat kini lebih suka membuat tempahan makanan dengan syarikat-syarikat pengusaha makanan tertentu atau pun dengan pihak hotel.

mohamad fauzi_d021114 berkata...

1. Apakah sebenarnya konflik? Ia sudah menjadi persoalan pokok dalam isu konflik antara kebudayaan tradisional dan moden. Mengapa ia terjadi? Tahukah kita punca berlaku semua ini? Wujudnya konflik antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden adalah disebabkan tidak wujud kerasian, kefahaman dan pengertian yang sebenarnya tentang budaya kita yang sebenar. Masyarakat kita hari ini melangkah menuju ke hadapan tanpa menghiraukan budaya kita sendiri. Mengapa semua ini terjadi? Hal ini kerana mereka tidak memahami bahawa tidak semua kebudayaan tradisional boleh diterima oleh kebudayaan moden, begitu juga sebaliknya kebudayaan tradisional biasanya tidak menolak atau mengabaikan aspek agama berbeza dengan kebudayaan moden yang lebih mengutamakan nilai kebebasan, menolak aspek agama dan lebih bersifat sekular. Sebagai contoh yang terang dan jelas dapat kita lihat dari aspek pakaian masyarakat kita hari ini. Sememangnya masyarakat kita adalah masyarakat yang sudah lama bertamadun dan setiap hari sentiasa maju dengan perkembangan semasa dan global. Cara pemakaiannya juga jelas ke hadapan atau ‘Up to date’. Tetapi kita sebagai rakyat yang mempunyai budaya tersendiri iini berasa sedih melihat cara pemakaian masyarakat kita yang lebih kepada pengaruh barat. Kita tengoklah siapa dalam kalangan kita yang sanggup memakai baju Melayu atau baju kurung sebagai pakaian harian mereka? Yang wujud sekarang ialah pemakaian baju berkenaan hanya digunakan untuk tujuan tertentu sahaja seperti majlis agama, kenduri, hari Raya dan hari Jumaat. Tentu pandangan mata kasar mereka yang tidak mengerti erti budaya kelihatan janggal dan pelik jika pakaian itu dipakai sebagai pakaian harian dan sudah pasti akan kedengaran sindiran sinis seperti “nak pergi bernikah ke?”, “hari ini hari raya ke?” atau “ketinggalan zaman betul lah”. Mana kesedaran masyarakat kita terhadap budaya pakaian kita? Dengan ini jelas berlaku konflik di sini kerana masyarakat kita hari ini lebih menerima kebudayaan moden seperti pemakaian baju t dan seluar jeans untuk pakaian seharian. Akibatnya pemakaian baju kurung dan baju Melayu telah berubah fungsinya. Kenapakah semua ini terjadi? Adakah masyarakat kita sudah lupa bahawa orang-orang dulu bersusah payah memperjuangkan hak orang Melayu, budaya oarng Melayu, dan sebagainya. Adakah ia perlu dikuatkuasakan? Sungguh menyedihkan... Tetapi kita tidak dapat menolak ada segelintir yang masih mengamalkan budaya kita ini.

2. Hari ini banyak persoalan berhubung dengan persambungan budaya masyarakat kita. Persambungan budaya merujuk kepada pengamalan budaya lama yang masih diteruskan manakala perubahan budaya merupakan amalan budaya lama tetap diteruskan tetapi diasimilasikan dengan budaya luar yang meresap masuk ke dalam budaya lama dan diamalkan. Sebagai contoh yang dapat kita lihat ialah sirih. Dalam beberapa dekad yang lalu, zaman kegemilangan Kesultanan dan Raja-Raja Melayu masih begitu akur dan taat kepada adat resam serta budaya yang tidak boleh dipisah. Sirih Pinang berperanan penting dalam upacara, adat resam dan budaya semasa, masyarakat Melayu ketika itu. Sirih Pinang merupakan perkakasan penting dan satu kemestian dalam perkembangan budaya yang telah diwarisi dari nenek moyang mereka. Jika dahulu sirih ini dijadikan budaya dan adat dalam perkahwinan, adat istiadat dan sebagainya. Sehingga kini ia masih diteruskan dalam masyarakat kita yang mementingkan budaya malah sirih kini di komersialkan menjadi satu produk perubatan yang sememangnya ia dari dahulu lagi dapat dijadikan ubat. Hal ini terbukti apabila hasil kajian dari pakar - pakar kajian herba produk mengatakan sirih mengandungi komponen - komponen aktif semulajadi yang amat berguna dalam perubatan dan pelbagai kegunaannya. Ianya juga mengandungi antiseptik semulajadi yang berupaya membunuh kuman, bakteria dan kulat dengan khasiat hemostasis yang dapat melancar darah dan menghentikan perdarahan. Dan ini terbuktilah bahawa budaya dan amalan masyarakat kita dapat dibangunkan serta dapat diperkenalkan kepada dunia di luar sana.

Siti Nurbayah Ab.Aziz berkata...

Assalammualaikum…….wbt
dan salam sejahtera……..

Soalan 1)

Berdasarkan serba sedikit pengetahuan saya, mengapa terdapatnya konflik antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden ialah kerana Kebudayaan tradisional banyak dipengaruhi oleh elemen-elemen alam, agama dan mistik. Namun, pergerakan zaman ke arah kemajuan sedikit sebanyak menggugat pegangan kebudayaan tradisional masyarakat. Pengaruh dari barat serta teknologi moden telah mewujudkan satu lagi kebudayaan masyarakat yang bersifat moden. Pertembungan dua kebudayaan ini menyebabkan tercetusnya konflik antara kedua-dua pengamalnya. Ada yang berpendapat, gaya hidup tradisional dianggap tidak lagi releven dengan cara hidup masyarakat kini yang lebih mementingkan material dan duniawi. Contohnya, kebudayaan dalam kehidupan berjiran. Masyarakat yang berpegang kepada kebudayaan tradisional terutamanya masyarakat kampung begitu menitikberatkan kerukunan hidup berjiran. Amalan bertegur sapa dan tolong-menolong menjadi teras kesejahteraan sesebuah kampung. budaya berjiran semakin terhakis dalam kalangan masyarakat Melayu terutamanya di bandar-bandar. Malahan terdapat jiran yang tinggal bersebelah yang tidak bertegur sapa dan tidak mengenali antara satu sama lain. Jika rumah jiran mereka dimasuki perompak pun mereka buat tidak kisah sahaja.Selain daripada aspek kejiranan, daripada segi cara berpakaian juga Masyarakat Melayu sudah mula meninggalkan pakaian tradisional iaitu baju kurung dan baju melayu. dalam budaya masyarakat Melayu mereka mempunyai pakaian tradisi mereka yang melambangkan budaya masyarakat Melayu seperti baju kurung, baju kebaya, baju Melayu dan sebagainya. Namun pada hari ini budaya memakai baju kurung itu masih kekal namun pakaian tersebut ada yang mengalami perubahan iaitu melalui reka bentuknya yang banyak diubah dengan reka bentuk pakaian daripada bangsa lain. Jika dibandingkan dengan masyarakat sekarang lebih suka mengikut gaya atau trend dari barat seperti memakai jeans dan t-shirt/blaus. Jika dibandingkan dengan kebudayaan masyarakat moden, mereka lebih bersifat individualistik dan materialistik. Ia selaras dengan tuntutan arus pemodenan menyebabkan masyarakat lebih menumpukan kepada hal-hal kebendaan semata-mata.oleh itu, masyarakat kini harus bijak menilai dalam membentuk sesuatu budaya agar budaya yang telah dibentuk oleh nenek moyang kita dahulu tidak lenyap di telan zaman.


Soalan 2

Persambungan budaya adalah satu budaya yang diwarisi dan diamalkan dalam masyarakat manakala perubahan budaya pula dapat ditakrifkan sebagai satu budaya yang mengalami penyesuaian mengikut keperluan semasa. Ia wujud akibat berlakunya pertembungan antara budaya melayu dan budaya masyarakat-masyarakat lain seperti India,cina dan sebagainya.contohnya kita dapat lihat dalam adapt perkahwinan melayu. Banyak yang telah ditokok tambah dan diubah suai contohnya masyarakat Melayu kini masih mengamalkan adat merisik, adat meminang dan akad nikah yang merupakan ciri persambungan budaya berlaku. Namun, telah berlaku beberapa perubahan apabila menerima pertembungan budaya daripada pengaruh India contohnya, iaitu adat berinai dan bersanding menjadi suatu yang biasa dalam adat perkahwinan kini. Ini menunjukkan bahawa budaya Melayu mempunyai ciri persambungan daripada budaya asal yang telah lama diamalkan dan kemudian distabilkan dengan mengambil sedikit pengaruh luar.
Manakala, ciri perubahan pula merupakan penyesuaian budaya kepada keadaan semasa. Perubahan ini berlaku kerana keperluan pada masa tersebut atau pertembungan dengan budaya lain yang mengakibatkan perubahan budaya sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Selain itu, daripada segi pakaian pula, dapat kita diperhatikan melalui aspek pakaian iaitu baju kurung. Baju kurung telah dipakai oleh lelaki dan perempuan sejak lebih seratus tahun dahulu. Walaupun telah berusia beratus tahun, baju kurung tetap diperagakan oleh seluruh warga masyarakat pada hari ini. baju kurung dan baju Melayu tidak lagi menjadi pakaian yang sering dipakai oleh golongan remaja pada ketika ini. Remaja lebih gemar memakai seluar, kemeja dan T-Shirt. Bagi segelintir masyarakat pakaian tradisi tidak selesa dipakai dan tidak menampakkan mereka ‘berfesyen’. Mereka lebih gemar berpakaian singkat dan ketat yang mendedahkan aurat. Sekiranya kita teliti pada zaman sekarang, ramai anak-anak muda perempua yang bertudung tetapi berseluar jeans serta memakai T-Shirt pendek dan ketat. Ini tidak langsung menunjukkan budaya melayu bahkan kita sendiri seperti mengagungkan budaya barat apabila pakaian sebegini yang menjadi pilihan. bagaimanakah semangat budaya yang ingin ditonjolkan sekiranya ibu bapa sendiri mengambil ringan hal pakaian anak remaja mereka sendiri.
Sebagai kesimpulannya, walaupun masyarakat kita terdiri daripada berbilang kaum, namun janganlah kita melupakan budaya melayu yang telahdibentuk oleh nenek moyang kita sejak dahulu lagi. Kita sebagai pewaris zaman, perlu mengekalkan tradisi-tradisi budaya supaya masyarakat barat tidak mengambil kesempatan dengan memasukkan budaya mereka ke dalam budaya masyarakat melayu yang lebih unggul di mata dunia. Sekian.

zuriati salleh D20051021107 berkata...

Assalamualaikum, salam bicara.
(1) Memang, terdapat perbezaan yang nyata antara kebudayaan tradisonal dan kebudayaan moden. Kebudayaan tradisional merupakan sesuatu budaya yang sudah menjadi amalan yang sudah sebati dalam masyarakat, kumpulan dan komuniti serta diamalkan secara turun temurun manakala kebudayaan moden pula ialah kebudayaan yang lebih menjurus kepada unsur kebaratan.. Disebabkan pelbagai perbezaan inilah maka berlakunya konflik atau pertembungan dengan kebudayaan moden.

Konflik ini berlaku apabila anak jati bangsa kita kini lebih terpengaruh dengan budaya luar. Sebagai contoh, konflik antara dua budaya ini berlaku disebabkan masyarakat kurangnya mengamalkan nilai-nilai murni dan tuntutan agama. Keadaan ini menyebabkan budaya moden mudah meresap masuk ke dalam budaya tradisional dan seterusnya meminggirkannya. Ini kerana, asas jati diri orang Melayu ialah nilai manakala, agama merupakan benteng kepada masyarakat supaya tidak mudah tunduk kepada budaya moden yang bersifat negatif. Sebagai contoh pertembungan konflik dua budaya ini ialah apabila segelintir anak-anak bangsa kita terjerumus dalam kumpulan yang tidak bermoral seperti skinhead, punk dan yang lebih teruk lagi, black metal, tidak kira lelaki mahupun perempuan. Malah, kita juga pernah terdengar, anak-anak melayu sanggup membuat pelbagai ritual yang menyalahi agama dan kepercayaan kita dan sanggup memijak serta membakar kitab suci Al-Quran.Di manakah silapnya?. Jika dahulu, kita dididik untuk menhormati Al-Quran dan berpegang teguh pada agama tetapi akibat pengaruh budaya moden yang kian menular menyebabkan anak-anak bangsa kita terkeliru dan terpesong dari landasan kepercayaan, agama dan adat ketimuran.

Menelusuri contoh konflik yang kedua, Jika dahulu, kita lebih didedahkan dengan pelbagai muzik tradisional seperti zapin, joget dan inang. Jika dahulu, kita dididik untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran dengan sempurna tetapi kini, masyarakat melayu kita lebih cenderung untuk mengagung-agungkan muzik moden. Malahan juga, pelbagai rancangan dan syarikat rakaman tumbuh bak cendawan selepas hujan untuk melatih bangsa kita menjadi PENYANYI. Antaranya, Akedemi Fantasia dan Gangstar. Tetapi apa yang mengejutkan, ada juga ibu bapa yang memberi sokongan penuh kepada anaknya untuk menjadi PENYANYI malah ada juga anatara mereka melatih anaknya sedari kecil untuk menjadi PENYANYI.Nah! betapa teruknya pengaruh kebudayaan moden.

Jika kita lihat, memang banyak berlakunya konflik antara dua budaya ini. Jika tiada inisiatif lain untuk membendung gejala ini nescaya, budaya tradisional kita semakin dipinggirkan.Renung dan fikirkan..








(2) Ciri persambungan sering dikaitkan dengan cara sesuatu budaya itu diamalkan oleh masyarakat dahulu dan diteruskan hingga sekarang. Ciri persambungan ini adalah sesuatu yang masih kekal dalam budaya kita. Contohnya, peralatan muzik tradisional telah digabungkan dengan peralatan muzik dari barat seperti piano dan gitar untuk menghasilkan muzik tradisional berunsur moden. Idea ini saya peroleh apabila menghadiri majlis penutupan yang dianjurkan oleh Fakulti Bahasa di Panggung Budaya iaitu apabila sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka gedangsa membuat persembahan muzik tradisional dengan menggunakan peralatan moden. Apa yang menarik perhatian saya di sini iaitu muzik ciptaan mereka sendiri bertemakan satelit zapin. Temanya memang agak pelik tetapi usaha mereka mengetengahkan muzik tradisional dalam versi moden harus diberi pujian.

Ciri perubahan pula merupakan penyesuaian dengan keadaan semasa Perubahan dipermudah dengan adanya perhubungan dengan kebudayaan lain yang akhirnya akan terjadi percampuran budaya. Percampuran budaya ini seterusnya akan mengubah sedikit sebanyak kebudayaan tradisi masyarakat Melayu. Sebagai contoh ialah dari konsep laman dan perumahan melayu. Jika dahulu, rumah melayu mempunyai keunikan seni ukirnya yang tersendiri. Setiap bahagian dalaman dan luaran rumah telah dirancang dengan baik bersesuaian dengan konsep dan unsur alam. Kini, perubahan boleh dilihat apabila rumah kini dibina berteraskan rumah barat seperti banglo diselitkan sedikit laman melayu dan konsep bali.

Nurulaiwa Bt Mohd Razali D20051021104 berkata...

1. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin berkongsi pendapat tentang persoalan yang ditimbulkan oleh pensyarah kita. Tidak dinafikan bahawa kebudayaan moden telah memonopoli kehidupan kita pada hari ini. Banyak contoh yang boleh dilihat dan dijadikan bukti. Antara aspek yang paling ketara ialah aspek pakaian dan makanan. Pemakaian baju kurung telah ditukar dengan pemakaian seluar jeans dan T-Shirt/blaus. Konflik yang timbul antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden disebabkan oleh masyarakat kini lebih terbuka dalam menerima sesuatu perubahan. Seiring dengan arus pemodenan yang semakin berkembang, mentaliti masyarakat kita turut berubah mengikut zaman. Pada pandangan mereka pemakaian baju kurung pada zaman ini sudah ketinggalan zaman. Tambahan pula, pemakaian jeans dan T-Shirt kelihatan lebih praktikal dalam keadaan yang tertentu. Contohnya, jika keluar pada waktu malam atau pergi ke tempat awam yang sesak adalah lebih selamat sekiranya memakai seluar dan T-Shirt/blaus. Ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.Walaupun begitu, pemakaian baju kurung tidak harus dilupakan kerana ia melambangkan kesopanan dan identiti kita sebagai orang Timur.
2. Budaya dikatakan sistem yang hidup kerana mempunyai ciri persambungan dan ciri perubahan dalam budaya tersebut. Daripada kefahaman saya, ciri persambungan ialah budaya yang diwarisi dari satu generasi yang lain dan diamalkan dalam kehidupan seharian.Manakala, ciri perubahan pula ialah sesuatu budaya tersebut perlu berubah mengikut kesesuaian keadaan semasa. Ciri persambungan dalam budaya Melayu seperti budaya memberi salam. Jika kita pergi ke rumah rakan atau saudara-mara, kita perlu memberi salam kepada tuan rumah. Perbuatan masuk terus ke dalam rumah tanpa memberi salam dan diizinkan masuk adalah perbuatan yang kurang sopan. Manakala, contoh ciri perubahan dapat dilihat daripada pemberian bunga telur(bunga pahar) ketika majlis perkahwinan orang Melayu. Jika dahulu, setiap tetamu yang datang diberikan bunga telur namun kini amalan itu sudah berubah. Tuan rumah sekarang bermegah memberikan cenderahati lain seperti potpourri, sapu tangan yang dihias cantik, muffin serta pelbagai lagi kepada tetamu. Mereka berlumba-lumba memberikan cenderahati yang lain daripada yang lain. Sedangkan, pemberian bunga telur memberikan makna yang tertentu dalam masyarakat kita terdahulu. Telur tersebut melambangkan kesuburan pasangan pengantin dan diharapkan pasangan pengantin mempunyai telur yang subur juga. Perubahan ini mungkin disebabkan pada mereka lebih praktikal memberikan cenderahati yang boleh disimpan sebagai kenangan berbanding telur. Telur tersebut sekiranya telah dimakan atau tidak elok(busuk) sudah tiada kenangan yang boleh disimpan kepada mereka. Sekian,terima kasih.

SitiNuraisyahYadde berkata...

Soalan 1

Konflik antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden bukan satu perkara baru yang perlu diperkatakan. Perkara ini telah berlaku beberapa puluh tahun dahulu dan klimaksnya apabila berlaku Revolusi Perindustrian di Eropah yang menandakan bermulanya era moden di dunia. Natijahnya, lihat lah hari ini. Semua boleh dilakukan tanpa memikirkan soal agama dan kesannya kepada semua pihak terutamanya kepada diri sendiri. Mungkin ini petanda dari Tuhan bahawa pada akhir zaman kajahatan akan berlaku di depan mata. Kejahatan inilah yang menyebabkan konflik antara dua budaya ini. Seperti yang semua tahu, apabila disebut sahaja tradisional akan tergambar di kotak minda kita satu yang lama, halus, berbudi bahasa, bersopan santun, muafakat, bekerjasama. Lawan kepada tradisional ialah moden. Moden merupakan satu yang madani, maju, ke hadapan, kebendaan dan pentingkan diri sendiri dan selalunya dikaitakan dengan negara Barat. Wujudnya konflik antara dua budaya ini adalah disebabkan beberapa factor. Faktor yang paling utuh ialah rapuhnya pegangan agama dalam diri individu. Selain itu, masyarakat juga terutamanya golongan belia tidak mempunyai identiti yang kuat dalam diri mereka sehingga menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan anasir luar yang ternyata bertentangan dengan budaya Malaysia. Contoh yang paling mudah kita dapat lihat melalui peribadi pelajar yang melanjutkan pelajaran di luar negara. Saya tidak berniat untuk menidakkan ilmu ataupun kelulusan yang mereka miliki ataupun untuk memburukkan negara luar yang memang ternyata lebih maju dari kita. Apa yang perlu diambil berat ialah identiti dan juga pemikiran mereka terhadap budaya asal mereka. Menyentuh hal ini, suka saya berkongsi satu cerita tentang satu drama luar yang pernah saya tonton. Seorang pelajar perempuan beragama Islam lulusan over sea, telah berubah penampilan, pemikiran dan juga pergaulannya sekembalinya dari sana. Tidak ada lagi istilah “assalammualaikum” apabila bertemu dengan orang, tidak tahu berjabat salam apabila bertemu kenalan, tidak segan silu mendedahkan aurat apabila tetamu bertandang ke rumah dan sesuka hati meninggalkan solat walaupun sedar azan telah berkumandang. Apa yang ada sekarang ialah budaya yang Barat yang dikatakan moden itu. Istilah nice to meet you keluar dari mulut apabila bertemu dengan sesiapa sahaja, berbalas pipi bertemu dengan rakan, aurat terbuka disana-sini, berkaroke sewaktu azan berkumandang dan menggunakan kata sapaan I dan You. Si ayah dan si ibu bingung melihat si anak yang berkelakuan sedemikian. Mana perginya ilmu agama yang diajar sejak kecil lagi, mana perginya nilai-nilai murni yang dipupuk di sekolah mahupun di rumah. Hal ini telah menjadi bukti golongan belia terutamanya yang telah merasa angin kebaratan negara luar mudah saja terikut dengan budaya tersebut. Walaupun perkara ini tidak berlaku kepada semua peajar yang belajar di luar negara, tetapi kebanyakannya terjadi sedemikian. Sekiranya mereka menanam dalam-dalam ilmu agama dan nilai-nilai murni dalam diri, sudah tentu ini semua tidak terjadi.





Soalan 2

Budaya bukan sahaja bersifat dinamik, malah kita juga perlu tahu bahawa budaya juga mempunyai ciri-ciri persambungan dan juga perubahan. Apa yang saya faham dengan ciri-ciri persambungan ialah sesuatu budaya itu diwarisi dari satu generasi kepada generasi seterusnya untuk memastikan budaya tersebut terus berlangsung dan hidup. Contoh paling mudah dapat dilihat dalam adat perkahwinan orang Melayu. Generasi dahulu iaitu zaman nenek moyang kita, adat berpantun tidak pernah ditinggalkan. Perkara ini juga berlaku pada hari ini. Dunia yang serba moden hari ini, adapt tersebut tidak pernah dilupakan. Hal ini dapat dilihat dalam majlis pernikahan penyanyi tersohor negara, Siti Nurhaliza yang mendapat liputan yang sangat luas termasuk dari negara luar.. Keluarga beliau dan keluarga pihak lelaki masih mengamalkan adat berpantun dalam majlis mereka. Mereka mahu mengekalkan adat yang telah diwarisi sejak berzaman dahulu dan mereka mahu orang luar tahu bahawa budaya Melayu mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri yang tidak ada pada budaya lain. Ciri yang kedua ialah ciri perubahan. Ciri perubahan merupakan perubahan yang berlaku pada sesuatu budaya untuk menyesuaikan situasi atau keadaan semasa. Contoh sekali lagi dapat dilihat dalam majlis perkahwinan orang Melayu. Dahulu, masyarakat Melayu mengamalkan sikap bergotong-royong sesama mereka untuk menyiapkan sesuatu majlis. Seperti memasak, cuci pinggan, memasang khemah dan sebagainya. Tetapi, apa yang berlaku hari ini semuanya telah berubah. Disebabkan kesibukan masing-masing, menjimatkan tenaga dan menyenangkan kerja, semua perkara ditempah di luar. Contohnya ialah kaedah “catering”. Hari ini, masyarakat tidak lagi bersusah payah dan berhempas pulas di dapur untuk menyiapkan makanan untuk para tetamu, mereka lebih senang untuk mengambil tempahan “catering” dari luar yang ternyata lebih menyenangkan mereka semua. Kaedah ini juga dianggap jauh lebih moden dan sesuai dengan keadaan semasa yang menginginkan semua perkara dilakukan dengan cepat dan senang.

wan khalijah binti wan mohamed berkata...

Wan Khalijah Binti Wan Mohamed
D 20051021143


1. Mengapa terdapat konflik antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden

Konflik antara budaya tradisional dengan kebudayaan moden telah lama wujud. Bermula sejak Tanah Melayu jatuh ke tangan Portugis maka bermulalah budaya pembaratan. Dengan kemasukan penjajah ke negara kita, bermulalah era penjajahan dari peperangan dan penjajahan pemikiran. Melalui penjajahan ini, secara tidak langsung, budaya penjajah dibawa masuk dan diserapkan ke dalam masyarakat kita. Pertemuan antara dua budaya ini akan mewujudkan satu fenomena yang dikatakan pertembungan budaya. Di mana pertemuan antara pendukung budaya masing-masing akan muncul peniru perilaku tertentu atau pola perilaku. Menjadi lumrah manusia suka meniru. Tindakan ini lahir kerana tujuan-tujuan tertentu seperti terdorong oleh aspek kesedaran ataupun sifat emosional manusia. Ertinya, seseorang individu biasa meniru perilaku orang lain hanya kerana dia melihat perilaku yang ditampilkan oleh orang lain nampak lebih indah atau moden. Tindakan meniru atau yang biasa disebut dengan tindakan imitasi biasa terjadi jika ada yang ditiru. Di sini faktor emosional dominan memainkan perana kerana seseorang tidak akan memikirkan apakah perilaku yang ditiru tersebut sesuai atau tidak dengan keadaaan dirinya tetapi hanya mengikut kehendak dirinya. Hal ini menyebabkan berlakunya konflik antara budaya tradisional dan budaya moden. . Budaya tradisional ialah budaya asli bangsa Melayu manakala budaya moden adalah hasilan daripada percampuran budaya Barat. Konflik antara budaya tradisional dengan budaya moden banyak berlaku dari segi makanan, pakaian, seni bina, dan lain-lain lagi. Contoh yang lazim berlaku ialah dari segi makanan. Akibat penjajahan yang dibawa oleh penjajah, gaya pemakanan turut berubah. Jika dahulu masyarakat Melayu hanya memakan nasi putih sahaja, tetapi sekarang kita dapat lihat bahawa terdapat pelbagai jenis makanan segera yang dijual di pasaran. Misalnya KFC, MC D dan sebagainya. Makanan ini mendapat permintaan yang tinggi di dalam pasaran tempatan . Selain itu, pada zaman dahulu anak perempuan tidak dibenarkan berada di ruang tamu sekiranya tetamu datang tetapi pada zaman sekarang sudah berubah. Anak perempuan turut berada di ruang tamu untuk bersembang-sembang. Di samping itu, dari segi pakaian pula baju kurung atau baju Melayu merupakan warisan budaya tradisional bangsa Melayu. Dengan kemunculan budaya moden, bangsa Melayu sekarang turut memakai baju kemeja dan berseluar jean selain memakai baju Melayu
mereka.


2. Budaya merupakan satu sistem yang hidup. Oleh itu, budaya mempunyai ciri persambungan dan ciri perubahan. Budaya Melayu yang mengalami persambungan dan perubahan banyak berlaku di Malaysia. Budaya yang mengalami persambungan dan perubahan bermaksud budaya yang terus diwarisi oleh generasi baru daripada generasi lama melalui ikutan yang diamalkan yang kemudiannya mengalami beberapa perubahan atau improvisasi berdasarkan kehendak kemajuan dan globalisasi.
Antara budaya Melayu yang mengalami persambungan dan mengalami perubahan ialah budaya mengadakan kenduri kesyukuran. Masyarakat Melayu dahulu mengadakan kenduri kesyukuran dengan menjemput jiran tetangga, saudara-mara dan fakir miskin sebagai tetamu. Semuanya dibuat berteraskan tuntutan Islam. Namun masyarakat Melayu masa kini, terutamanya masyarakat bandar tidak lagi dan jarang mengamalkan tabiat ini. Walaupun membuat kenduri kesyukuran masih diamalkan, tapi jemputan yang hadir pula kebanyakannya adalah daripada golongan sedarjat mereka sahaja demi menjaga maruah. Malah kenduri kesyukuran yang diadakan pula sudah ada yang bertukar kepada parti dengan mengabaikan terus pembacaan doa selamat pada hari jadi contohnya. Perkara yang berlaku adalah nyanyian lagu hari jadi dan upacara tiupan lilin. Masyarakat dahulu akan mengadakan majlis ulangtahun dengan kenduri kesyukuran dan doa sambil membuat kebajikan kepada fakir miskin, tetapi masyarakat kini membuat kenduri untuk bersuka ria dan menjaga status mereka sahaja. Tetapi, amalan membuat kenduri masih dikekalkan cuma kaedah pelaksanaannya sahaja yang berubah.

Budaya Melayu yang diwarisi sememangnya tidak dapat dinafikan ada yang akan mengalami perubahan berdasarkan kehendak masyarakat sekitarnya. Hakikat ini berlaku kerana adanya pengaruh luar yang lebih berkuasa dan menarik minat masyarakat setempat.Contoh budaya Melayu yang mengalami persambungan dan perubahan adalah budaya lepak di kedai kopi, khususnya masyarakat di Pantai Timur. Jika dahulu, masyarakat Melayu di kampung-kampung iaitu golongan lelaki suka mengamalkan budaya lepak di kedai kopi. Aktiviti kebiasaan yang dilakukan pada masa dahulu ketika melepak di kedai kopi ialah bermain dam, bercerita tentang binatang peliharaan mereka seperti burung atau sebagainya sambil menghisap rokok daun nipah. Tetapi setelah menerima pengaruh luar, budaya lepak di kedai kopi masih diteruskan tetapi dengan cara yang berbeza iaitu dari bermain dam mereka bertukar kepada aktivitinya ialah bermain daun terup, bermain carrom, sambil minum air coca-cola, air soda, air nescafe, dan rokok yang dihisap pula adalah rokok import seperti rokok Dunhill, Marlboro, dan sebagainya.
Berdasarkan huraian ini, jelaslah bahawa budaya yang diamalkan oleh Masyarakat Melayu sememangnya akan sentiasa diwarisi akan tetapi tetap perlu akur dengan perubahan yang bakal berlaku kerana kemajuan semasa. Perubahan ini juga berlaku kerana faktor sikap manusia yang lebih individualistik dan memandang prestij. Fenomena seumpama ini seharusnya dikecam dan tidak wajar diikuti kerana segala ini boleh meruntuhkan moral masyarakat Melayu. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada kekuatan dalaman seseorang untuk menangkis segala budaya yang tidak sihat daripada mempengaruhi jiwa seseorang.

ADIBAH BINTI ABDULLAH D20051021111 berkata...

1) Secara umumnya, konflik antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden telah lama berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Namun, kita sememangnya tidak menyedari akan fenomena yang melanda masyarakat kita ini. Konflik ini terjadi akibat daripada interaksi antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden itu bukan semuanya berlaku dengan cara yang sama. Masing-masing mempunyai ciri-ciri yang berbeza antara satu sama lain. Ada ciri-ciri yang hidup selari dan masing-masing mempunyai tempat yang khas dalam penggunaanya dalam budaya itu sendiri. Kebudayaan tradisional adalah yang kita warisi sejak sekian lama dan menjadi landasan budaya kita sekarang ini yang turut mengandungi ciri-ciri kebudayaan moden yang lain. Kebudayaan moden pula lebih sinonim dengan peradaban barat. Contohnya, pada masa dahulu terutamanya di kampung, masyarakat kita akan bersama-sama bergotong-royong bagi mengadakan suatu majlis khususnya majlis perkahwinan. Amalan gotong-royong ini menjadi satu tradisi yang cukup sinonim dengan masyarkat kampung. Namun, pada hari ini amalan gotong-royong seolah-olah telah luput di telan arus perdana dunia. Dapat kita perhatikan pada masa sekarang, di kampung pun, masyarakat kita lebih gemar mengadakan majlis atau kenduri kahwin secara tempahan “katering” atau makan “bufet” sahaja. Ini membuktikan bahawa elemen atau pengaruh budaya moden telah meresap masuk ke dalam pemikiran masyarakat kita tidak kira di kampung atau di bandar-bandar besar. Jika amalan ini terus berlarutan, saya percaya amalan gotong-royong yang menjadi satu simbol perpaduan dan kemesraan antara masyarakat kita akan terus pupus di telan zaman. Ni secara tidak langsung akan melahirkan golongan masyarakat yang bersifat individualistik.

2) Pendapat yang diutarakan oleh Mohd Taib Osman (1988:85), budaya merupakan satu cara hidup, aturan hidup yang tidak dapat dikonsepsikan sebagai satu satu bulatan yang statis, tetapi sebagai satu spiral yang bergerak berterusan dari belakang ke hadapan. Kita boleh ambil bulatan yang statis sebagai keratan budaya keseluruhannya pada satu-satu ketika, tetapi bulatan yang dikerat itu adalah bahagian-bahagian mengikut satu-satu ketika daripada spiral yang sentiasa bergerak ke hadapan. Daripada definisi budaya di atas, dapat kita rumuskan bahawa terdapat dua ciri kebudayaan iaitu ciri persambungan dan ciri perubahan. Ciri persambungan ialah budaya yang secara turun-temurun kita warisi daripada nenek moyang kita yang mendapat tangapan atau elemen baharu dan masih terus diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Manakala, ciri perubahan pula ialah kebudayaan yang telah menerima atau mengalami pengubahsuaian dengan keadaan semasa. Terdapat ciri-ciri persambungan yang mendapat tangapan baharu atau sebaliknya dan ada pula ciri-ciri baharu yang mendapat tanggapan yang sedia ada. Misalnya, keris yang dahulunya merupakan sebilah senjata untuk mempertahankan diri, sekarang ini digunakan sebagai perhiasan diri contohnya keris dipakai oleh pengantin lelaki semasa majlis persandingan.

Nurulasikin Kamaruddin D20051021164 berkata...

Assalamualaikum,


1)Pada pandangan saya, memang terdapat konflik antara kebudayaan moden dengan kebudayaan tradisional. Misalnya, jika kita melihat kebudayaan moden rakyat Malaysia kini lebih bergantung kepada makanan segera, iaitu makanan yang disediakan secara komersil untuk membantu menjimatkan masa, tenaga dan kemahiran memasak. Secara umumnya bolehlah dikatakan bahawa budaya moden dalam aspek pemakanan masyarakat Malaysia pada hari ini adalah bertitik tolak daripada kesan globalisasi yang melanda negara kita yang sering diuar-uarkan oleh pihak kerajaan untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Budaya MacDonalds yang dilihat pada majlis hari jadi membawa mesej yang bertentangan dengan budaya tradisional kita. Birthday party tersebut adalah carbon-copy daripada majlis hari jadi daripada keluarga di Barat. Pemakaian topi tiga-segi, kek dan peniupan lilin merupakan budaya yang asing yang telah berjaya diglobalisasikan oleh restoran-restoran Barat seperti MacDonalds, Kentucky Fried Chicken (KFC), Pizza Hutt dan lain-lain. Hal ini bertentangan dengan budaya masyarakat terutamanya bangsa Melayu. Kenduri kesyukuran menyambut hari kelahiran pada suatu ketika dahulu akhirnya telah bertukar menjadi “pesta hari jadi”. Dalam perspektif yang lain pula jika kita meneliti bekas-bekas mahasiswa yang pulang dari Amerika atau Eropah, semuanya akan membuka gerai burger atau makanan western, sekiranya tidak mendapat pekerjaan atau menganggur jika dibandingkan dengan gerai pisang goreng atau gerai roti canai. Budaya moden sebeginikah yang ingin diserapkan dalam jiwa dan minda anak-anak kita? Sebagai masyarakat yang prihatin, kita tidak boleh menyalahkan sesiapa. Apa yang lebih penting adalah kebijaksanaan kita sebagai masyarakat untuk membuat pilihan sama ada ingin mengekalkan budaya tradisional yang dianggap ketinggalan zaman atau mengikut budaya moden barat yang kononnya mengikut peredaran semasa bagi mencapai status negara maju atau juga menyesuaikan kebudayaan moden tersebut dengan budaya masyarakat tempatan.

2)Pada pandangan saya, ciri persambungan ialah landasan untuk terus hidup yang memberi kestabilan kepada sesuatu budaya sebagai satu sistem yang hidup (on-going system) manakala ciri perubahan adalah penyesuaian dengan keadaan semasa. Ciri perubahan ini wujud kerana terdapatnya pertembungan dengan budaya yang lain seterusnya budaya tersebut disesuaikan dengan keadaan semasa. Sebagai contoh, makanan tradisional masyarakat Melayu iaitu kuih bahulu. Kini, kuih tradisional ini bukan sahaja dinikmati pada musim perayaan tetapi juga pada setiap hari. Kuih ini telah dikomersilkan dengan menghasilkan pelbagai jenis perisa sepeti perisa pandan, strawberi, kopi dan oren bagi mengikut selera masyarakat Malaysia khususnya. Usaha ini bukan sahaja dapat mempertingkat serta memartabatkan kuih tradisional masyarakat Melayu, tetapi juga menarik minat kaum-kaum yang lain untuk menikmatinya dan menjadi kegemaran mereka bukan sahaja bagi masyarakat Malaysia tetapi juga para pelancong asing yang melangkah ke bumi bertuah ini. Inilah yang dikatakan ciri perubahan persambungan. Hal ini membuktikan kepada kita bahawa kuih tradisional yang dahulunya menjadi santapan kita tatkala musim perayaan telah berubah persepsi pada hari ini dengan memakan makanan sebegini sebagai pengalas perut sehari-hari.

Nor Hani Isa D20051021162 berkata...

Jawapan 1
Pada pendapat saya, pertembungan antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden telah menyebabkan wujudnya konflik. Konflik yang berlaku ini mungkin membawa perubahan besar atau tidak membawa sebarang perubahan kepada sesuatu budaya itu. Konflik ini wujud kerana perubahan masa dan bentuk budaya sesuatu masyarakat yang mudah menerima pengaruh budaya lain atau tidak. Sebagai contoh, penggunaan kain batik bagi golongan gadis remaja. Suatu ketika dahulu, kain batik menjadi pakaian basahan gadis remaja semasa berada rumah. Anak gadis perlu mengetahui cara menggunakan kain batik kerana penggunaan kain batik ini dikatakan lebih sopan kepada gadis. Namun kini, akibat pertembungan budaya dan konflik yang timbul, penggunaan kain batik kian dipinggirkan oleh gadis. Anak gadis masa kini lebih gemar memakai seluar berbanding menggunakan kain batik. Lebih menyedihkan lagi terdapat gadis-gadis Melayu yang tidak pandai memakai kain batik. Alasannya mudah iaitu dengan memakai seluar, pergerakan mereka lebih mudah berbanding memakai kain batik selain anggapan remaja yang menyatakan bahawa kain batik hanya sesuai untuk golongan ibu atau orang tua. Kesannya, pakaian kain batik ini hanya digunakan oleh golongan wanita berusia sahaja.



Jawapan 2

Sebagai sebuah budaya yang bersifat dinamik, budaya tersebut mempunyai ciri-ciri persambungan dan ciri-ciri perubahan. Ciri-ciri persambungan dapat ditakrifkan sebagai landasan untuk budaya itu terus hidup manakala ciri-ciri perubahan ialah penyesuaian budaya dengan keadaan semasa. Kedua-dua ciri ini penting kerana budaya itu sebagai satu sistem yang hidup (on-going-system). Dengan adanya ciri persambungan, sesuatu budaya itu tidak akan hilang kerana ciri ini akan memberi kestabilan kepada budaya tersebut. Sementara itu, ciri-ciri perubahan pula berlaku apabila pertembungan antara budaya yang memerlukan atau mengakibatkan perubahan kepada sesuatu budaya. Hal ini dapat dilihat dalam aspek makanan terutamanya makanan tradisional yang menggunakan daun-daun kayu sebagai pembungkus semasa proses pembuatannya. Sebagai contoh, jika suatu ketika dahulu masyarakat Melayu sibuk mencari buluh lemang, daun pisang dan daun palas sebagai persiapan membuat lemang dan ketupat untuk menyambut perayaan. Namun, kini akibat pertembungan budaya tradisional dengan budaya moden telah membawa ciri-ciri perubahan dengan meminggirkan cara pembuatan tradisional lemang dan ketupat. Sekiranya ada sekalipun pembuatan makanan ini secara tradisional, ia hanya dilakukan di kampung-kampung oleh atuk-atuk dan nenek opah sahaja. Masyarakat moden lebih gemar menggunakan cara yang moden untuk membuat lemang dan ketupat iaitu dengan menggunakan plastik bagi menggantikan daun-daun kayu dan merebusnya. Walaupun sesuatu budaya itu telah diwarisi sejak sekian lama, namun perubahan dan kesinambungan terhadap sesuatu budaya itu pasti wujud kerana sifat budaya itu sendiri iaitu sebagai satu sistem yang hidup.

Noraizah Abd. Aziz berkata...

1)Kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden adalah sangat berbeza dan sering sahaja berlaku konflik antaranya. Konflik ini sangat jelas jika kita lihat dalam cara hidup masyarakat Malaysia pada hari ini. Maksud kebudayaan tradisional itu sendiri ialah perkara yang kita warisi sejak berabad-abad dan merupakan landasan budaya kita sekarang. Tetapi apa yang dapat kita lihat sekarang unsur-unsur warisan itu semakin hilang ditelan dek zaman yang berajakan budaya moden terutamanya yang datang dari Barat. Contohnya dari segi pergaulan antara masyarakat. Jika dahulu kaum wanita tidak dibenarkan bergaul rapat dengan kaum lelaki tetapi hari ini dengan menularnya budaya Barat sedikit demi sedikit perkara itu berubah. Jika dahulu anak-anak beradab sopan dengan orang yang lebih tua tetapi budaya sekarang tidak lagi diajar dengan perkara-perkara sebegitu kerana mereka lebih cenderung untuk mengikut budaya yang lebih moden.

2)Apa yang saya fahami tentang ciri persambungan dalam budaya ialah sesuatu budaya yang telah menjadi tradisi dari mula-mula ia timbul hinggalah sekarang. Manakala, perubahan budaya ialah sesuatu budaya yang telah mengalami perubahan dari sesuatu segi samaada perubahan secara keseluruhan ataupun sebahagiannya sahaja. Contohnya dari segi pakaian, makanan, pergaulan dan sebagainya. Dari segi pakaian, perubahan yang ketara sentiasa berlaku setiap masa untuk menyesuaikan arus zaman yang semakin moden. Contohnya baju kebaya ketat yang timbul pada masa dahulu kini diperbaharui dengan baju kebaya labuh dan moden yang lebih longgar dengan pelbagai tambahan yang dirasakan sesuai dengan keadaan. Dari segi makanan pula ialah boleh dilihat dalam cara masakan yang semakin berubah kearah yang lebih senang. Jika dahulu kaum ibu memasak menggunakan dapur kayu kini dapur gas telah digunakan, malah ada yang lebih canggih daripada itu.

WAN NURFAZIRAH BT.W.M.FABLILLAH-D20051021208- berkata...

Soalan 1. Dalam kehidupan masyarakat Melayu, kebudayaan merupakan salah satu elemen penting dalam mencorakkan kehidupan sesuatu masyarakat itu. Kebudayaan ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Jadi, sudah pasti wujudnya kebudayaan tradisional yang menjadi warisan kita kini. Namun, di zaman yang berteknologi ini tentunya kebudayaan itu turut berubah mengikut peredaran masa. Sebagai contoh, jika dahulu anak-anak gadis dicarikan dan ditetapkan jodoh oleh keluarga tetapi zaman sekarang jarang kita dengar ibu bapa menetapkan jodoh untuk anak mereka. Budaya itu berubah seiring dengan perubahan masa dahulu dengan sekarang. Selain itu, kehidupan masyarakat sekarang juga jauh berbeza dengan masyarakat dahulu. Jika dahulu kita hidup dengan semangat kejiranan yang kuat tapi kini masyarakat yang moden telah mengubah budaya itu. Kita tidak mengenali jiran sebelah rumah apatah lagi yang tinggal satu taman dengan kita. Inilah konflik kebudayaan. Budaya dulu dan kini jauh berbeza kerana masyarakatnya sendiri yang mengubah budaya itu. Apabila sesuatu perkara itu tidak lagi diamalkan dalam kehidupan masyarakat, maka lama-kelamaan budaya itu akan lenyap dan sekaligus membawa budaya baru yang lebih moden.
Soalan 2. Budaya mempunyai ciri persambungan dan pembaharuan. Persambungan budaya boleh dikatakan sebagai budaya yang bersambung daripada satu generasi kepada generasi yang berikutnya. Manakala pembaharuan budaya ialah budaya yang lama diberi nafas baru berdasarkan keperluan semasa atau kehendak masyarakat. Persambungan budaya ini memberi serta mengukuhkan identiti sesebuah masyarakat itu agar terus terpelihara daripada arus kemodenan masa kini. Namun, dalam dunia serba moden sudah pasti akan wujud pembaharuan dalam sesebuah budaya bagi melengkapkan lagi identiti sesuatu bangsa itu. Sebagai contoh, dalam adat berkhatan. Jika dahulu kita menggunakan khidmat tok mudim tetapi sekarang kita hanya perlu ke hospital kerajaan atau swasta untuk berkhatan. Selain itu, alat-alat yang digunakan juga sudah berubah mengikut kehendak masyarakat sekarang. Jadi, disitu kita boleh lihat sebahagian daripada budaya kita telah mengalami persambungan budaya dan telah diperbaharui agar budaya itu tidak terus dilupakan.

saifol juhar berkata...

1)Konflik buadaya tradisional dan moden bertembung apabila penjajahan bermula pada 1511. Kesan daripada penjajahan, Malaysia muncul sebagai sebuah Negara-bangsa bermasyarakat majmuk. Sebuah Negara-bangsa harus berdiri daripada latar masyarakat homogenus. Maka cita-cita untuk melahirkan masyarakat homogenus hanya tercapai dengan wujudnya rakyat Malaysia yang tidak beridentitikan bangsa atau kaum – truly Malaysian. Tanpa kehidupan beragama dan wujudnya norma-norma ‘imaginasi’ baru yang diinspirasi daripada suasana dan pemikiran Barat – liberal dan sekular.

Zaman penjajahan datang bersama ‘angin baru’ dalam kebudayaan tradisional. Charles Larson (1978) dalam artikelnya "Assimilafed Negn'tude" membuka bicaranya dengan membuat satu pengamatan menarik tentang strategi kolonial untuk menjajah mental dan budaya peribumi, katanya: 'The French colonial policy of assimilation was design to make the African into black Frenchman. The African was told that he had no worthwhile traditions of his own, that his own culture was not worth clinging to. Instead the black man in the French colony was supposed to immerse himself so completely into what the French felt was the superior culture that he would lose all vestiges of his former “uncivilized” life.

Di negeri-negeri Melayu, zaman-zaman tersebut yang digelar sebagai era “pembaratan”, fenomena pemodenan atau pembaharuan budaya, dilihat berlangsung dalam konteks apa yang disebut sebagai “Oriental Enlightenmenr (Braginsky, 1996) atau di Timur Tengah ideologi pemodenan itu dikenali sebagai Nahda - secara literal bermaksud “kelahiran semula” atau “kebangkitan semula”. Zaman tersebut dimanifestasikan sebagai satu keinginan Timur untuk mencapai status yang sama dengan Barat. Kecenderungan ini telah mendorong kepada penyerapan yang canggih, bergaya pesat dan budaya dari barat yang berwibawa. Dan di kalangan sejumlah besar peribumi yang amat terdedah kepada pengaruh Barat, tanggapannya sangat tinggi terhadap Barat, walau penerimaannya, membawa pula kepada penilaian kembali termasuk penyisihan nilai bentuk-bentuk pengetahuan kesukuan yang terakam dalam kehidupan peribumi dan minda leluhur (budaya tradisi). Keghairahan untuk meraih pengetahuan Barat terutama oleh golongan-golongan elit berpendidikan baru, dijelaskan dengan bernas oleh Fanon. Mengikutnya, elit peribumi ini: was literally throwing himself in frenzied fashion into frantic acquisition of the culture of the occupying'power and takes every opportunity of unfavorably criticizing his own national culture (Frantz Fanon, 1994: On National Culture", dalam Patrick Williis, etc. Colonial Discourse and Post-Colonial Theory= A Reader. N. York: Columbia Univ. Press. 36).

Golongan yang percaya kepada metodologi sekular sebagai cita-cita pembinaan dan penyatuan masyarakat ini disebut sebagai golongan vernacular cosmopolitan. Mereka melihat perkembangan sejagat hari ini melalui perpekstif marginal. Mereka membesar di bandar kosmopolitan, terputus daripada akar tradisi dan keperibadian bangsa, dan hidup berdikari dalam semua segi. Dari sudut lain, mereka juga merupakan natural anarchist. Vernakular kosmopolitan ini merupakan produk daripada kolonialisme. Kerancuan budaya, tradisi dan agama akibat dibinasakan oleh penjajahan melahirkan produk dan golongan yang ‘tercedera’. Golongan ini hilang keyakinan terhadap keunggulan sejarah mereka, dan memiliki keinginan untuk membina keunggulan baru. Mereka memiliki cita-cita kehidupan demokratik yang bergerak daripada aliran pemikiran marginal dan minoriti. Dengan itu, mereka mempercayai sesuatu yang baru, rasional dan liberal harus diinstitusikan dalam masyarakat. Semua status qou dipandang sebagai tembok-tembok kemunduran yang membeku kehadiran kebijaksanaan dalam masyarakat. Malangnya, agama dan tradisi juga dianggap status qou yang menyekat kemajuan masyarakat. Maka itu, golongan ini memiliki kepercayaan dan cita-cita sekular yang teguh untuk menghadirkan nilai-nilai baru menggantikan nilai-nilai lama termasuk kehidupan agama.

Sebagai contoh, Perbezaan diantara konflik ini adalah ketara terutama sekali dari segi bahasa, agama, adat istiadat, corak dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka dan dapat dilihat dalam beberapa contoh kehidupan hari ini. Penggunaan pakaian-pakaian tradisional umpamanya, boleh dilihat dari dua sudut zaman iaitu zaman klasik dan zaman moden. Di zaman klasik, pakaian-pakaian tradisional ini dipakai semasa uparaca-upacara ritual, hari perkahwinan dan sebagai pakaian seharian. Di zaman moden pula pakaian-pakaian tradisional ini hanya dipakai untuk tujuan-tujuan yang tertentu seperti di hari perkahwinan oleh pengantin lelaki dan perempuan (kadangkala juga oleh pengapit pengantin) serta untuk acara-acara kebudayaan.

2)Budaya Melayu yang mengalami persambungan dan perubahan banyak berlaku di Malaysia. Budaya yang mengalami persambungan dan perubahan bermaksud budaya yang terus diwarisi oleh generasi baru daripada generasi lama melalui ikutan yang diamalkan yang kemudiannya mengalami beberapa perubahan atau improvisasi berdasarkan kehendak kemajuan dan globalisasi.

Ciri persambungan ialah budaya tradisi yang diwarisi turun temurun tetap dan terus diamalkan dalam kehidupan seharian. Manakala, ciri perubahan pula ialah budaya yang telah mengalami pengubahsuaian untuk memenuhi keperluan dan kehendak keadaan semasa.Menurut Solomon (1984:269), ciri persambungan ini sering dikaitkan dengan cara sesuatu budaya itu diamalkan oleh masyarakat dahulu hingga sekarang. Secara tidak langsung ciri persambungan ini dapat memberikan pendedahan kepada generasi muda. Justeru, ciri persambungan ini dapat mempertahankan aspek kebudayaan yang telah diwarisi oleh nenek moyang.

Sebagai contoh untuk melihat ciri persambungan dalam budaya orang Melayu ialah istiadat pertabalan dan juga upacara meminang yang masih terus diamalkan sejak dulu lagi. Sungguhpun begitu, jika diambil contoh majlis persandingan masyarakat Melayu, telah banyak berlaku perubahan mengikut pengaruh aliran zaman. Hal inilah yang disebut ciri perubahan dalam budaya tradisional. Misalnya, pada awal kurun ke-2O, orang Melayu masih banyak mengamalkan tradisi persandingan seperti orang India tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, trend persandingan ala Barat pula yang semakin diminati. Terdapat juga budaya masyarakat dahulu yang masih diteruskan contohnya, budaya ziarah menziarahi semasa perayaan hari hara. Baik hari Raya Aidilfitri, Depavali, Tahun Baharu Cina ataupun hari Taipusam, semua masyarakat mengamalkan adat kunjung mengunjungi tetapi dalam suasana yang berbeza dengan masyarakat dahulu. Begitu juga dengan adat menimba ilmu. Adat menimba ilmu memang diteruskan oleh masyarakat namun keadaannya sangat berbeza dengan zaman dahulu. Masyarakat dahulu akan pergi ke rumah guru mereka untuk belajar tetapi sekarang terdapat pelbagai cara untuk belajar. Antaranya ialah melalui kemudahan pos dan IT. Namun adat yang baik perlu untuk memperkasakan masyarakat kita

Maizatulakhma binti Maidin berkata...

1)Kebudayaan tradisional merupakan satu ikutan daripada nenek moyang yang kita warisi sejak berabad-abad lamanya dan merupakan landasan budaya kita sekarang ini yang juga mengandungi ciri-ciri yang dikatakan kebudayaan moden. Kebudayaan moden pula dapat dibincangkan sebagai satu perubahan atau pertembungan budaya antara kebudayaan tradisional yang disebabkan oleh peradaban Barat yang lebih mementingkan kemajuan daripada segi teknologi dan ekonomi. Di sini jelaslah terdapatnya konflik yang berpunca daripada pertembungan atau penjajahan dari negara Barat. Kini masyarakat di Malaysia terutamanya golongan anak muda mudah terikut-ikut dengan budaya Barat yang dikatakan moden. Contohnya golongan muda sekarang ini lebih berminat untuk terperap sahaja di rumah dengan melayari internet sehingga boleh menjalinkan hubungan melalui internet atau lebih dikenali sebagai ‘chatting’ yang kita boleh nampak lebih banyak keburukan daripada kebaikannya. Inilah punca yang disebabkan oleh peradaban Barat yang lebih mementingkan kemajuan dari segi teknologi. Berbeza pula dengan budaya tradisional, hubungan dijalin dengan telus dan amalan kunjung-mengunjung dan bertegur sapa antara satu sama lain menjadi salah satu jalan untuk merapatkan hubungan antara pelbagai peringkat umur dan hubungan. Jadi, masa mereka untuk beramah mesra atau mengenali orang lain terutamanya jiran tetangga lama-kelamaan akan terhakis. Selain itu, konflik yang berlaku antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden ialah disebabkan oleh sikap rakyat Malaysia yang tidak serius dalam berperanan sebagai pendukung budaya itu sendiri. Sikap kebanyakan rakyat Malaysia kini yang lebih mengagung-agungkan budaya Barat dan ingin mengikut acuan Barat menyumbang kepada konflik antara dua budaya ini. Kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda kini tidak mempunyai semangat jati diri kebangsaan atau semangat untuk mempertahankan budaya yang diwarisi daripada nenek moyang supaya terus kekal. Sikap mengambil mudah terhadap budaya tradisional yang dianggap kolot atau membebankan oleh golongan muda terus menjadi ‘nanah’ dalam memperjuangkan kebudayaan tradisional itu. Contohnya, kebanyakan golongan remaja menganggap amalan kunjung-mengunjung ketika Hari Raya Aidilfitri merupakan salah satu perkara yang merimaskan atau membuang masa dan mereka berpendapat lebih baik memenuhkan masa yang terluang dengan menonton rancangan-rancangan yang menarik di televisyen. Inilah sikap yang perlu dikikis supaya kebudayaan tradisional yang mempunyai nilai murni terus terpelihara.

2)Setiap budaya mempunyai ciri persambungan dan perubahan. Ciri ni juga dapat dilihat dalam beberapa budaya masyarakat di Malaysia. Ciri persambungan ialah budaya tradisi yang diwarisi turun-temurun secara tetap dan terus diamalkan dalam kehidupan seharian dan budaya itu terus hidup dengan memberi kestabilan pada budaya itu sendiri. Manakala ciri perubahan pula merupakan budaya yang telah mengalami pengubahsuaian untuk memenuhi keperluan dan kehendak keadaan semasa atau penyesuaian yang berlaku akibat pertembungan dengan budaya lain. Contoh yang dapat saya berikan di sini ialah amalan ketika menyambut sesuatu perayaan. Contoh ciri persambungan yang dapat dilihat sehingga kini ialah sewaktu Hari Raya Aidilfitri, juadah seperti ketupat dan rendang masih menjadi juadah utama ketika menjamu selera di samping kuih-muih tradisional seperti bahulu, kuih tat dan kuih bangkit. Ciri perubahan juga dapat dilihat ketika menyambut sesuatu perayaan pada zaman kini iaitu cara untuk menyediakan makanan dan kuih-muih tradisional ketika Hari Raya Aidilfitri. Contohnya pada zaman dahulu, ibu akan menganyam ketupat menggunakan daun kelapa muda yang mempunyai keseniannya yang tersendiri. Selain itu, para ibu akan membuat sendiri kuih-muih seperti bahulu dengan dibantu oleh anak gadis mereka. Tetapi kebanyakan para ibu pada zaman kini lebih suka memilih untuk menyediakan juadah seperti ketupat dengan membeli dan merebus ketupat segera untuk dijadikan hidangan. Selain itu, para ibu juga lebih cenderung untuk membeli kuih-muih tradisional seperti bahulu, kuih bangkit dan kuih tat atau yang lebih dikenali ‘kuih tunjuk’ apabila tiba musim perayaan. Hal ini disebabkan kebanyakan ibu mempercayai dapat menjimatkan masa dengan membeli ketupat dan kuih-muih tersebut. Di sinilah dapat dilihat ciri perubahan dalam budaya iaitu untuk memenuhi keperluan dan kehendak semasa.

ridlo71 berkata...

Mohamad Bin Abdullah (D20051021100)
1) Konflik antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden disebabkan kerana kedua-dua budaya ini bertelagah antara satu sama lain dalam beberapa teori pegangan untuk hidup mahupun diri atau masyarakat. Ini kerana tidak semua kebudayaan tradisional boleh diterima oleh kebudayaan moden, begitu juga sebaliknya.
Tidak dapat dinafikan, kebudayaan tradisional mengutamakan kepentingan masyarakat. Maruah individu diukur berdasarkan keupayaan individu memuaskan hati masyarakatnya. Berbeza dengan kebudayaan moden yang lebih mengutamakan nilai kebebasan, individualistik dan bersifat sekular. Walaubagaimanapun prejudis antara dua kebudayaan ini tercetus ekoran beberapa aspek kebudayaan tradisional yang tidak sesuai dan wajar diubah mengikut kontemporari dan tidak menyimpang dari ajaran agama Islam yang tulen. Dalam membincangkan konflik antara kebudayaan ini saya berpendapat, terdapat dua jenis kebudayaan moden iaitu golongan Melayu moden yang mengamalkan Islam tulen dan golongan Melayu pasif yang berlatarbelakang pendidikan sekular.
Golongan Melayu Islam tulen ini menentang kapada kebudayaan tradisional yang berunsur kurafaat dan bidaah yang dijadikan adat resam dalam kebudayaan tradisional. Ternyata kebudayaan tradisional yang diamalkan juga tiada dapat membezakan antara adat dan syariat yang dibawa oleh nabi. Ini kerana masih tebal amalan kebudayaan Melayu tradisional yang dipengaruhi amalan agama Hindu. Contohnya, kenduri tahlil 40 hari selepas kematian yang menjadi amalan kebudayaan tradisional adalah berasal dari amalan agama hindu. Ternyata kebudayaan tradisional menjadikan amalan ini sesuatu yang tercatat dalam syariat. Kesalahfahaman ini menyebabkan unsur bidah dan mengundang kesesatan. Kekeliruan dan salah amalan ini adalah dipandang sirius dalam agama. Begitu juga amalan kebudayaan tradisional seperti wayang kulit, mak yong, mek mulung, dan upacara lainya yang berunsur memuja makhluk halus dan besekutu dengan syaitan. Tidak dapat dinafikan amalan kurafat ini sesungguhnya disebatikan secara tidak sedar dalam kebudayaan tradisional. Bahkan masyarakat kita pada hari ini masih mempercayai perkara sebegini dan kuat dengan konsep taboo yang menjerumus ke arah kesesatan dan kejumudan pengekang kemajuan. Kebudayaan Melayu Islam moden ini hanya mahu membetulkan beberapa aspek kesalahan dalam adat yang bertentangan dengan ajaran Islam. Yang baiknya tetap dipelihara sebagai jati dan identiti bangsa Melayu yang islamik seperti sebuah perumpamaan yang berbunyi,
“menjunjung syariat menjinjing adat”
Golongan Melayu pasif yang berlatarbelakang pendidikan sekular pula kerap kali dituduh sebagai pelupa kebudayaan tradisional bangsa sendiri. Golongan ini mengutamakan kebudayaan moden yang dipercayai lebih sempurna dan tidak mahu ketinggalan dalam arus dunia moden. Malangnya kebudayaan moden yang datang dari barat ini tiadalah memacu kemajuan pada wawasan dan jati diri. Kebudayaan moden yang begitu ketara dilihat pada hari ini yang berkonflik dengan kebudayaan tradisional dapat dilihat dari aspek pemakaian, makanan, gaya hidup dan hiburan. Ternyata baju Melayu seperti ‘teluk belanga’, ‘ baju Melayu Johor’ ‘baju Kurung’ dan pemakaian songkok diperleceh dan dianggap tidak relevan pada zaman pasca moden ini. Pakaian bertali leher dan skirt menjadi pilihan. Begitu juga makanan yang lebih kepada makanan francais seperti KFC, A&W, dan makanan segera. Kesalahanggapan golongan ini yang memprejudiskan kebudayaan tradisional disebabkan anggapan bahawa jalan hidup yang moden haruslah mengikut cara barat atau moden itu pembaratan.
Dari segi pemikiran aspek individualistik diutamakan. Bertentangan dengan kebudayaan tradisional seperti amalan bergotong-royong dan saling bergantungan hidup antara satu sama lain dalam sebuah komuniti. Ini kerana perubahan cara hidup yang berlaku terutma di kawasan bandar yang menfokus kepada kegiatan ekonomi tanpa mempunyai masa dan ruang bagi aktiviti seperti amalan kebudayaan tradisional. Kita tiada dapat menyalahkan kebudayaan moden yang merudum kebudayaan tradisinal. Ini kerana arus kehidupan sekarang yang boleh dikatakan bertuhankan wang dan material. Pada masa dahulu kebudayaan tradisional dapat dipraktik kerana bersesuaian dengan keadaan dahulu. Sebetulnya budaya sentiasa berubah mengikut kesesuaian dan zaman. Pengekalan kepada budaya akan menyebabkan kemusnahan kepada pengamal budaya itu sendiri. Begitulah yang tercatat dalam sejarah. Namun begitu, unsur kebudayaan tradisional wajar digarap dalam kebudayaan moden dalam acuan yang bersesuaian dengan terma kontemporari dan syariat agama. Jika digauli semua aspek ini, pembinaan jati diri bangsa akan tercipta dengan kebudayaan ‘Tradimo’ (Tradisional + Moden) yang membentuk kesepaduan kebudayaan hidup ideal yang memelihara bangsa cemerlang di dunia dan akhirat.

2) Persambungan budaya merujuk kepada amalan budaya lama yang masih diteruskan. Perubahan budaya pula ialah amalan budaya lama yang diasimilasikan dengan budaya luar. Contoh persambungan budaya ialah seni mempertahankan diri Melayu iaitu silat atau gayung. Walaupun terdapat pelbagai kemasukkan seni mempertahankan diri dari luar seperti karate, Judo, Jet kundo, kickBoxer dan sebagainya, namun silat masih diamalkan dan popular sehingga sekarang. Ini disebabkan keunikan seni bela diri Melayu yang ideal bagi semua peringkat umur dan dapat menjadi pelindung kepada keselamatan diri. Kewujudan persatuan seni silat seperti Persatuan Silat Gayung Malaysia, Persatuan Silat Cekak Hanafi, Persatuan Silat Abjad Asli, Persatuan Silat Lincah dan sebagainya membuktikan silat masih diamalkan dan budaya tradisional yang disambungkan serta dikekalkan warisanya. Perubahan dalam budaya berlaku apabila sesuatu kebudayaan itu mengalami perubahan dalam beberapa aspek namun dikekalkan walaupun pemecahan tradisi berlaku. Contohnya seni silat yang dijadikan sebagai salah satu acara sukan. Seni silat telah diubahsuai untuk disesuaikannya menjadi salah satu sukan yang oleh masyarakat dunia. Pemecahan tradisi budaya berlaku dari aspek kegunaan ilmu seni silat itu sendiri yang dahulunya hanya digunakan untuk mempertahankan diri dan berperang. Namun oleh kerana mahu mengelak dari kepupusan warisan budaya berharga ini. Apabila hal ini berlaku, jangka hayat silat itu sendiri dapat dipanjangkan kerana fungsi atau tujuannya tidak semata-mata untuk mempertahankan diri sebaliknya sebagai salah satu aktiviti riadah, sukan, dan kegiatan cara hidup yang sihat pada masyarakat pascamoden hari ini.

ridlo71 berkata...

Mohamad Bin Abdullah (D20051021100)
1) Konflik antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden disebabkan kerana kedua-dua budaya ini bertelagah antara satu sama lain dalam beberapa teori pegangan untuk hidup mahupun diri atau masyarakat. Ini kerana tidak semua kebudayaan tradisional boleh diterima oleh kebudayaan moden, begitu juga sebaliknya.
Tidak dapat dinafikan, kebudayaan tradisional mengutamakan kepentingan masyarakat. Maruah individu diukur berdasarkan keupayaan individu memuaskan hati masyarakatnya. Berbeza dengan kebudayaan moden yang lebih mengutamakan nilai kebebasan, individualistik dan bersifat sekular. Walaubagaimanapun prejudis antara dua kebudayaan ini tercetus ekoran beberapa aspek kebudayaan tradisional yang tidak sesuai dan wajar diubah mengikut kontemporari dan tidak menyimpang dari ajaran agama Islam yang tulen. Dalam membincangkan konflik antara kebudayaan ini saya berpendapat, terdapat dua jenis kebudayaan moden iaitu golongan Melayu moden yang mengamalkan Islam tulen dan golongan Melayu pasif yang berlatarbelakang pendidikan sekular.
Golongan Melayu Islam tulen ini menentang kapada kebudayaan tradisional yang berunsur kurafaat dan bidaah yang dijadikan adat resam dalam kebudayaan tradisional. Ternyata kebudayaan tradisional yang diamalkan juga tiada dapat membezakan antara adat dan syariat yang dibawa oleh nabi. Ini kerana masih tebal amalan kebudayaan Melayu tradisional yang dipengaruhi amalan agama Hindu. Contohnya, kenduri tahlil 40 hari selepas kematian yang menjadi amalan kebudayaan tradisional adalah berasal dari amalan agama hindu. Ternyata kebudayaan tradisional menjadikan amalan ini sesuatu yang tercatat dalam syariat. Kesalahfahaman ini menyebabkan unsur bidah dan mengundang kesesatan. Kekeliruan dan salah amalan ini adalah dipandang sirius dalam agama. Begitu juga amalan kebudayaan tradisional seperti wayang kulit, mak yong, mek mulung, dan upacara lainya yang berunsur memuja makhluk halus dan besekutu dengan syaitan. Tidak dapat dinafikan amalan kurafat ini sesungguhnya disebatikan secara tidak sedar dalam kebudayaan tradisional. Bahkan masyarakat kita pada hari ini masih mempercayai perkara sebegini dan kuat dengan konsep taboo yang menjerumus ke arah kesesatan dan kejumudan pengekang kemajuan. Kebudayaan Melayu Islam moden ini hanya mahu membetulkan beberapa aspek kesalahan dalam adat yang bertentangan dengan ajaran Islam. Yang baiknya tetap dipelihara sebagai jati dan identiti bangsa Melayu yang islamik seperti sebuah perumpamaan yang berbunyi,
“menjunjung syariat menjinjing adat”
Golongan Melayu pasif yang berlatarbelakang pendidikan sekular pula kerap kali dituduh sebagai pelupa kebudayaan tradisional bangsa sendiri. Golongan ini mengutamakan kebudayaan moden yang dipercayai lebih sempurna dan tidak mahu ketinggalan dalam arus dunia moden. Malangnya kebudayaan moden yang datang dari barat ini tiadalah memacu kemajuan pada wawasan dan jati diri. Kebudayaan moden yang begitu ketara dilihat pada hari ini yang berkonflik dengan kebudayaan tradisional dapat dilihat dari aspek pemakaian, makanan, gaya hidup dan hiburan. Ternyata baju Melayu seperti ‘teluk belanga’, ‘ baju Melayu Johor’ ‘baju Kurung’ dan pemakaian songkok diperleceh dan dianggap tidak relevan pada zaman pasca moden ini. Pakaian bertali leher dan skirt menjadi pilihan. Begitu juga makanan yang lebih kepada makanan francais seperti KFC, A&W, dan makanan segera. Kesalahanggapan golongan ini yang memprejudiskan kebudayaan tradisional disebabkan anggapan bahawa jalan hidup yang moden haruslah mengikut cara barat atau moden itu pembaratan.
Dari segi pemikiran aspek individualistik diutamakan. Bertentangan dengan kebudayaan tradisional seperti amalan bergotong-royong dan saling bergantungan hidup antara satu sama lain dalam sebuah komuniti. Ini kerana perubahan cara hidup yang berlaku terutma di kawasan bandar yang menfokus kepada kegiatan ekonomi tanpa mempunyai masa dan ruang bagi aktiviti seperti amalan kebudayaan tradisional. Kita tiada dapat menyalahkan kebudayaan moden yang merudum kebudayaan tradisinal. Ini kerana arus kehidupan sekarang yang boleh dikatakan bertuhankan wang dan material. Pada masa dahulu kebudayaan tradisional dapat dipraktik kerana bersesuaian dengan keadaan dahulu. Sebetulnya budaya sentiasa berubah mengikut kesesuaian dan zaman. Pengekalan kepada budaya akan menyebabkan kemusnahan kepada pengamal budaya itu sendiri. Begitulah yang tercatat dalam sejarah. Namun begitu, unsur kebudayaan tradisional wajar digarap dalam kebudayaan moden dalam acuan yang bersesuaian dengan terma kontemporari dan syariat agama. Jika digauli semua aspek ini, pembinaan jati diri bangsa akan tercipta dengan kebudayaan ‘Tradimo’ (Tradisional + Moden) yang membentuk kesepaduan kebudayaan hidup ideal yang memelihara bangsa cemerlang di dunia dan akhirat.

2) Persambungan budaya merujuk kepada amalan budaya lama yang masih diteruskan. Perubahan budaya pula ialah amalan budaya lama yang diasimilasikan dengan budaya luar. Contoh persambungan budaya ialah seni mempertahankan diri Melayu iaitu silat atau gayung. Walaupun terdapat pelbagai kemasukkan seni mempertahankan diri dari luar seperti karate, Judo, Jet kundo, kickBoxer dan sebagainya, namun silat masih diamalkan dan popular sehingga sekarang. Ini disebabkan keunikan seni bela diri Melayu yang ideal bagi semua peringkat umur dan dapat menjadi pelindung kepada keselamatan diri. Kewujudan persatuan seni silat seperti Persatuan Silat Gayung Malaysia, Persatuan Silat Cekak Hanafi, Persatuan Silat Abjad Asli, Persatuan Silat Lincah dan sebagainya membuktikan silat masih diamalkan dan budaya tradisional yang disambungkan serta dikekalkan warisanya. Perubahan dalam budaya berlaku apabila sesuatu kebudayaan itu mengalami perubahan dalam beberapa aspek namun dikekalkan walaupun pemecahan tradisi berlaku. Contohnya seni silat yang dijadikan sebagai salah satu acara sukan. Seni silat telah diubahsuai untuk disesuaikannya menjadi salah satu sukan yang oleh masyarakat dunia. Pemecahan tradisi budaya berlaku dari aspek kegunaan ilmu seni silat itu sendiri yang dahulunya hanya digunakan untuk mempertahankan diri dan berperang. Namun oleh kerana mahu mengelak dari kepupusan warisan budaya berharga ini. Apabila hal ini berlaku, jangka hayat silat itu sendiri dapat dipanjangkan kerana fungsi atau tujuannya tidak semata-mata untuk mempertahankan diri sebaliknya sebagai salah satu aktiviti riadah, sukan, dan kegiatan cara hidup yang sihat pada masyarakat pascamoden hari ini.

SYAMSIAH BT HASAN berkata...

SOALAN 1
Pertembungan alam Melayu dengan tamadun luar sama ada Timur atau Barat telah menghasilkan beberapa perubahan dalam budaya fikir dan kosmologi Melayu. Namun demikian perubahan-perubahan tersebut mungkin tidak seragam dan kadang kala tidak begitu ketara apabila diperhatikan pada anggota masyarakat Melayu dalam konteks-konteks tertentu. Oleh itu mengikut pendapat tersebut tidak hairanlah sekiranya mereka meninggalkan kesan yang sangat mendalam ke atas budaya fikir tempatan. Alasan lain yang lebih menarik ialah penguasaan British tersebut dilakukan bukan sahaja melalui kuasa ketenteraan dan politik malahan dengan pelbagai cara yang melibatkan penguasaan mental serta budaya fikir. Tegasnya, mungkin yang paling menarik tentang penjajahan British ialah penggunaan instrumen pendidikan dan intelektual bagi meluaskan dan memantapkan kolonialisme mereka di Tanah Melayu. Tidak ada budaya fikir yang tidak mengalami perubahan sama ada akibat daripada proses dalaman atau dampak pengaruh dari luar. Budaya fikir dan Weltanschauung Melayu tidak terkecuali daripada proses dan dampak, terutamanya yang dicetuskan oleh, idea-idea baru dan inovasi teknologi terkini. Semenjak tahun-tahun 1980an, idea dan innovasi tersebut ialah dari gagasan Teknologi Informasi (IT) atau Teknologi Maklumat (TM). Semenjak detik itu peranan teknologi tersebut semakin bertambah dalam masyarakat Melayu. Orang Melayu bukan sahaja telah terdedah kepada IT sebagai satu alat kemudahan tercanggih bahkan yang lebih peting lagi ialah IT merupakan antara sumber intelektual penting akhir dekad ini. Hasilnya, masyarakat melayu kini lebih berkembang dengan gaya hidup yang lebih moden. Contohnya, komunikasi di dalam masyarakat kini lebih memberatkan penggunaan tekonologi yang menyebabkan wujudnya jurang perhubungan antara kalangan masyarakat. Misalnya, undangan ke apa-apa majlis sama ada perkahwinan, kenduri kendara dan doa selamat, tuan rumah kini lebih selesa menggunakan kemudahan teknologi untuk menjemput tetamu mereka. Disebabkan itulah kita dapat melihat hubungan antara ahli masyarakat kini lebih renggang berbanding masyarakat dulu-dulu.

SOALAN 2
Persambungan budaya merujuk kepada pengamalan budaya yang terus diwarisi oleh generasi ke generasi. Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Dalam hal ini, kita boleh melihat contoh daripada adat perkahwinan di dalam masyarakat melayu. Walaupun masyarakat sudah dikatakan begitu moden, namun bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting. Pertamanya, merisik. Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Kedua, meminang. Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan serta berunding untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang. Bertunang. Selepas perbincangan diadakan, majlis pertunangan akan dilangsungkan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan.seterusnya adalah upacara akad nikah. Akad nikah merupakan satu acara paling penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam. Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Upacara ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain sepertimana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Perubahan budaya pula merujuk kepada amalan sesuatu adat yang dahulunya diamalkan tetapi pada masa kini ia mengalami sedikit perubahan disebabkan pertembungan dengan adat-adat luar. Contohnya adat merisik kini sudah jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa. Pantang larang yang ditetapkan oleh orang-orang dahulu juga kini jarang diamalkan. Contohnya, pantang larang pengantin tidak dibenarkan berjumpa 40 hari sebelum kahwin kini diabaikan malah pasangan ini bersama-sama ke sana sini untuk menguruskan majlis. Adat putus tunang kini dilihat terlalu moden seiring dengan kemajuan teknologi. Kita dapat melihat kebanyakan pasangan kini ada yang memutuskan ikatan pertunangan, malah ikatan perkahwinan pun dilakukan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) sahaja. Manakala pada masa-masa dahulu semasa hari perkahwinan, lazimnya sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis berzanji atau pukulan kompang diadakan. Namun kini ia sudah jarang-jarang diadakan bagi menjimatkan kos memandangkan ia memerlukan kos yang amat tinggi. Masyarakat kini lebih cenderung mengupah artis-artis untuk mengadakan persembahan di majlis mereka. Dahulu, bagi mak andam tradisional, solekan pengantin didahului dengan jampi serapah untuk menaikkan seri muka pengantin dan diberi makan sireh untuk membuang perasaan gemuruh. Ada juga pengantin yang dicukur bulu kening dan dipotong anak rambutnya supaya kelihatan lebih menarik. Adat mengasah gigi juga dilakukan bertujuan untuk meratakan gigi. Namun adat ini sudah tidak lagi diamalkan oleh masyarakat Melayu hari ini. Kebanyakan mereka lebih suka mendapatkan khidmat di spa-spa atau pusat kecantikan moden sahaja. Begitu juga dengan persiapan makanan untuk jamuan pula, masyarakat kini lebih selesa menggunakan khidmat katering berbanding amalan gotong royong seperti masyarakat dahulu.

SYAMSIAH BT HASAN berkata...

SOALAN 1
Pertembungan alam Melayu dengan tamadun luar sama ada Timur atau Barat telah menghasilkan beberapa perubahan dalam budaya fikir dan kosmologi Melayu. Namun demikian perubahan-perubahan tersebut mungkin tidak seragam dan kadang kala tidak begitu ketara apabila diperhatikan pada anggota masyarakat Melayu dalam konteks-konteks tertentu. Oleh itu mengikut pendapat tersebut tidak hairanlah sekiranya mereka meninggalkan kesan yang sangat mendalam ke atas budaya fikir tempatan. Alasan lain yang lebih menarik ialah penguasaan British tersebut dilakukan bukan sahaja melalui kuasa ketenteraan dan politik malahan dengan pelbagai cara yang melibatkan penguasaan mental serta budaya fikir. Tegasnya, mungkin yang paling menarik tentang penjajahan British ialah penggunaan instrumen pendidikan dan intelektual bagi meluaskan dan memantapkan kolonialisme mereka di Tanah Melayu. Tidak ada budaya fikir yang tidak mengalami perubahan sama ada akibat daripada proses dalaman atau dampak pengaruh dari luar. Budaya fikir dan Weltanschauung Melayu tidak terkecuali daripada proses dan dampak, terutamanya yang dicetuskan oleh, idea-idea baru dan inovasi teknologi terkini. Semenjak tahun-tahun 1980an, idea dan innovasi tersebut ialah dari gagasan Teknologi Informasi (IT) atau Teknologi Maklumat (TM). Semenjak detik itu peranan teknologi tersebut semakin bertambah dalam masyarakat Melayu. Orang Melayu bukan sahaja telah terdedah kepada IT sebagai satu alat kemudahan tercanggih bahkan yang lebih peting lagi ialah IT merupakan antara sumber intelektual penting akhir dekad ini. Hasilnya, masyarakat melayu kini lebih berkembang dengan gaya hidup yang lebih moden. Contohnya, komunikasi di dalam masyarakat kini lebih memberatkan penggunaan tekonologi yang menyebabkan wujudnya jurang perhubungan antara kalangan masyarakat. Misalnya, undangan ke apa-apa majlis sama ada perkahwinan, kenduri kendara dan doa selamat, tuan rumah kini lebih selesa menggunakan kemudahan teknologi untuk menjemput tetamu mereka. Disebabkan itulah kita dapat melihat hubungan antara ahli masyarakat kini lebih renggang berbanding masyarakat dulu-dulu.

SOALAN 2
Persambungan budaya merujuk kepada pengamalan budaya yang terus diwarisi oleh generasi ke generasi. Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Dalam hal ini, kita boleh melihat contoh daripada adat perkahwinan di dalam masyarakat melayu. Walaupun masyarakat sudah dikatakan begitu moden, namun bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting. Pertamanya, merisik. Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Kedua, meminang. Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan serta berunding untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang. Bertunang. Selepas perbincangan diadakan, majlis pertunangan akan dilangsungkan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan.seterusnya adalah upacara akad nikah. Akad nikah merupakan satu acara paling penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam. Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Upacara ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain sepertimana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Perubahan budaya pula merujuk kepada amalan sesuatu adat yang dahulunya diamalkan tetapi pada masa kini ia mengalami sedikit perubahan disebabkan pertembungan dengan adat-adat luar. Contohnya adat merisik kini sudah jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa. Pantang larang yang ditetapkan oleh orang-orang dahulu juga kini jarang diamalkan. Contohnya, pantang larang pengantin tidak dibenarkan berjumpa 40 hari sebelum kahwin kini diabaikan malah pasangan ini bersama-sama ke sana sini untuk menguruskan majlis. Adat putus tunang kini dilihat terlalu moden seiring dengan kemajuan teknologi. Kita dapat melihat kebanyakan pasangan kini ada yang memutuskan ikatan pertunangan, malah ikatan perkahwinan pun dilakukan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) sahaja. Manakala pada masa-masa dahulu semasa hari perkahwinan, lazimnya sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis berzanji atau pukulan kompang diadakan. Namun kini ia sudah jarang-jarang diadakan bagi menjimatkan kos memandangkan ia memerlukan kos yang amat tinggi. Masyarakat kini lebih cenderung mengupah artis-artis untuk mengadakan persembahan di majlis mereka. Dahulu, bagi mak andam tradisional, solekan pengantin didahului dengan jampi serapah untuk menaikkan seri muka pengantin dan diberi makan sireh untuk membuang perasaan gemuruh. Ada juga pengantin yang dicukur bulu kening dan dipotong anak rambutnya supaya kelihatan lebih menarik. Adat mengasah gigi juga dilakukan bertujuan untuk meratakan gigi. Namun adat ini sudah tidak lagi diamalkan oleh masyarakat Melayu hari ini. Kebanyakan mereka lebih suka mendapatkan khidmat di spa-spa atau pusat kecantikan moden sahaja. Begitu juga dengan persiapan makanan untuk jamuan pula, masyarakat kini lebih selesa menggunakan khidmat katering berbanding amalan gotong royong seperti masyarakat dahulu.

SYAMSIAH BT HASAN berkata...

SOALAN 1
Pertembungan alam Melayu dengan tamadun luar sama ada Timur atau Barat telah menghasilkan beberapa perubahan dalam budaya fikir dan kosmologi Melayu. Namun demikian perubahan-perubahan tersebut mungkin tidak seragam dan kadang kala tidak begitu ketara apabila diperhatikan pada anggota masyarakat Melayu dalam konteks-konteks tertentu. Oleh itu mengikut pendapat tersebut tidak hairanlah sekiranya mereka meninggalkan kesan yang sangat mendalam ke atas budaya fikir tempatan. Alasan lain yang lebih menarik ialah penguasaan British tersebut dilakukan bukan sahaja melalui kuasa ketenteraan dan politik malahan dengan pelbagai cara yang melibatkan penguasaan mental serta budaya fikir. Tegasnya, mungkin yang paling menarik tentang penjajahan British ialah penggunaan instrumen pendidikan dan intelektual bagi meluaskan dan memantapkan kolonialisme mereka di Tanah Melayu. Tidak ada budaya fikir yang tidak mengalami perubahan sama ada akibat daripada proses dalaman atau dampak pengaruh dari luar. Budaya fikir dan Weltanschauung Melayu tidak terkecuali daripada proses dan dampak, terutamanya yang dicetuskan oleh, idea-idea baru dan inovasi teknologi terkini. Semenjak tahun-tahun 1980an, idea dan innovasi tersebut ialah dari gagasan Teknologi Informasi (IT) atau Teknologi Maklumat (TM). Semenjak detik itu peranan teknologi tersebut semakin bertambah dalam masyarakat Melayu. Orang Melayu bukan sahaja telah terdedah kepada IT sebagai satu alat kemudahan tercanggih bahkan yang lebih peting lagi ialah IT merupakan antara sumber intelektual penting akhir dekad ini. Hasilnya, masyarakat melayu kini lebih berkembang dengan gaya hidup yang lebih moden. Contohnya, komunikasi di dalam masyarakat kini lebih memberatkan penggunaan tekonologi yang menyebabkan wujudnya jurang perhubungan antara kalangan masyarakat. Misalnya, undangan ke apa-apa majlis sama ada perkahwinan, kenduri kendara dan doa selamat, tuan rumah kini lebih selesa menggunakan kemudahan teknologi untuk menjemput tetamu mereka. Disebabkan itulah kita dapat melihat hubungan antara ahli masyarakat kini lebih renggang berbanding masyarakat dulu-dulu.

SOALAN 2
Persambungan budaya merujuk kepada pengamalan budaya yang terus diwarisi oleh generasi ke generasi. Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Dalam hal ini, kita boleh melihat contoh daripada adat perkahwinan di dalam masyarakat melayu. Walaupun masyarakat sudah dikatakan begitu moden, namun bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting. Pertamanya, merisik. Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Kedua, meminang. Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan serta berunding untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang. Bertunang. Selepas perbincangan diadakan, majlis pertunangan akan dilangsungkan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan.seterusnya adalah upacara akad nikah. Akad nikah merupakan satu acara paling penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam. Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Upacara ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain sepertimana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Perubahan budaya pula merujuk kepada amalan sesuatu adat yang dahulunya diamalkan tetapi pada masa kini ia mengalami sedikit perubahan disebabkan pertembungan dengan adat-adat luar. Contohnya adat merisik kini sudah jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa. Pantang larang yang ditetapkan oleh orang-orang dahulu juga kini jarang diamalkan. Contohnya, pantang larang pengantin tidak dibenarkan berjumpa 40 hari sebelum kahwin kini diabaikan malah pasangan ini bersama-sama ke sana sini untuk menguruskan majlis. Adat putus tunang kini dilihat terlalu moden seiring dengan kemajuan teknologi. Kita dapat melihat kebanyakan pasangan kini ada yang memutuskan ikatan pertunangan, malah ikatan perkahwinan pun dilakukan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) sahaja. Manakala pada masa-masa dahulu semasa hari perkahwinan, lazimnya sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis berzanji atau pukulan kompang diadakan. Namun kini ia sudah jarang-jarang diadakan bagi menjimatkan kos memandangkan ia memerlukan kos yang amat tinggi. Masyarakat kini lebih cenderung mengupah artis-artis untuk mengadakan persembahan di majlis mereka. Dahulu, bagi mak andam tradisional, solekan pengantin didahului dengan jampi serapah untuk menaikkan seri muka pengantin dan diberi makan sireh untuk membuang perasaan gemuruh. Ada juga pengantin yang dicukur bulu kening dan dipotong anak rambutnya supaya kelihatan lebih menarik. Adat mengasah gigi juga dilakukan bertujuan untuk meratakan gigi. Namun adat ini sudah tidak lagi diamalkan oleh masyarakat Melayu hari ini. Kebanyakan mereka lebih suka mendapatkan khidmat di spa-spa atau pusat kecantikan moden sahaja. Begitu juga dengan persiapan makanan untuk jamuan pula, masyarakat kini lebih selesa menggunakan khidmat katering berbanding amalan gotong royong seperti masyarakat dahulu.

SITI HASIAH D021109 berkata...

1) Konflik antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden jelas kelihatan pada masa kini. Hal ini berikutan percampuran budaya masyarakat tempatan dengan budaya masyarakat luar. Budaya materialistik atau terlalu mengejar kebendaan menjadi budaya masyarakat moden kini. Contohnya, kalau dahulu suami dihidangkan dengan masakan isteri tersayang, tetapi kini suami lebih banyak makan masakan mamak daripada masakan isteri,semuanya makanan segera. Isteri sibuk bekerja ke sana ke mari. Mamak pula ambil alih tugas isteri. Bahagiakah hidup sebegini? Sudah pasti kucar-kacir mahligai yang dibina. Jadi, tampak jelas konflik antara kebudayaan tradisional yang lebih mementingkan keharmonian rumah tangga dan tanggungjawab suami isteri berbanding kebudayaan tradisional yang mengutamakan wang ringgit dan harta kekayaan dalam kehidupan.

2) Setiap budaya mengandungi ciri-ciri persambungan dan ciri-ciri perubahan.
Ciri-ciri persambungan merujuk kepada suatu sistem yang hidup dan bergerak yang memberikan kestabilan terhadap sesuatu budaya pada satu-satu titik masa. Ciri-ciri ini diwarisi oleh budaya daripada zaman sebelumnya dan dianggap sebagai kebudayaan tradisional. Amalan atau budaya tradisional yang ingin diteruskan perlu sesuai mengikut peredaran masa. Jadi, sedikit sebanyak inovasi diperlukan (ciri-ciri perubahan). Ciri-ciri perubahan juga merujuk kepada ciri-ciri baharu yang menanamkan bibit-bibit perubahan dalam sesuatu budaya. Ciri-ciri baharu ini dikenali sebagai kebudayaan moden. Contohnya, pada zaman dahulu nasi lemak dibungkus dengan daun pisang secara keseluruhannya tetapi setelah zaman berganti zaman, tahun berganti tahun maka dapat kita lihat bungkusan-bungkusan nasi lemak yang telah mengalami inovasi. Ada yang dibungkus dengan kertas dan ada yang dibungkus dengan plastik. Kalaupun ada yang masih dibungkus dengan daun pisang tetapi sekadar alas di bahagian dalam sahaja.
Namun, apa-apapun, nasi lemak tetap menjadi makanan tradisi masyarakat Melayu.

nurulhayati binti zulkipeli berkata...

D20051021159

Soalan 1

Kebudayaan dikatakan sebagai satu keseluruhan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat. Kebudayaan itu berupa suatu kompleks kehidupan yang terdiri daripada pengetahuan, kepercayaan, kesenian, akhlak, peraturan, adat resam dan segala keupayaan dan tingkah laku yang dimiliki oleh seseorang yang menjadi anggota masyarakat. Kini, dalam perkembangan dunia yang serba canggih dan berteknologi, kebudayaan mengalami perubahan. Fenomena inilah yang akhirnya mewujudkan konflik antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden. Pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya konflik ini iaitu perbezaan agama, bangsa, pemikiran serta pengaruh-pengaruh luar yang semakin hari semakin meresap ke dalam minda masyarakat melayu. Sekiranya dilihat dalam situasi kehidupan kita pada hari ini, pelbagai perubahan atau pertentangan budaya telah berlaku dalam masyarakat. Contohnya budaya hidup berjiran dalam kalangan masyarakat hari ini yang semakin longgar dan membimbangkan. Kehidupan di kota umpamanya sudah mengetepikan prinsip-prinsip kehidupan berjiran seperti yang disarankan oleh agama Islam. Hal ini kerana, masyarakat kini hanya sibuk mengejar keuntungan material dan hiburan semata-mata tanpa mengambil tahu jiran walaupun bersebelahan rumah. Maka tidak hairanlah sekiranya peratusan kegiatan pecah rumah di ibu kota mencapai tahap paling tinggi berbanding di kampung-kampung yang masih lagi mengamalkan budaya hidup berjiran. Sekiranya ditinjau dalam budaya masyarakat melayu zaman dahulu, jiran merupakan orang yang paling rapat dengan kita, malah boleh membantu sekiranya di dalam kesusahan. Contoh-contoh lain seperti dalam adat pertunangan, sekiranya dahulu hanya keluarga pihak lelaki yang pergi ke rumah keluarga perempuan dalam melaksanakan majlis pertunangan, namun kini keadaan sebaliknya berlaku. Walaupun tidak salah sekiranya lelaki yang ingin menyunting si dara terlibat sama dalam majlis tersebut, tetapi nilai-nilai murni yang diterapkan pada masa dahulu sudah kian lupus dalam diri anak muda kini. Keadaan ini disebabkan oleh pengaruh budaya barat yang meresap ke dalam jiwa mereka, sehinggakan perbincangan antara ahli keluarga ingin turut disertainya. Dapatlah disimpulkan bahawa, melalui contoh-contoh itu dapat mewujudkan konflik antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden.

Soalan 2

Budaya Melayu yang mengalami persambungan masih berlaku di negara kita. Namun, terdapat beberapa perubahan yang diterapkan kepada budaya tersebut akibat modenisasi dan arus perkembangan negara yang sentiasa maju ke hadapan. Budaya yang mengalami persambungan dan perubahan bermaksud budaya yang terus diwarisi oleh generasi baru melalui ikutan yang diamalkan oleh kebudayaan lama yang kemudiannya mengalami beberapa pengubahsuaian sejajar dengan perubahan kemajuan negara. Contohnya, masyarakat dahulu mengadakan kenduri kesyukuran dan doa selamat untuk menyambut hari kelahiran. Hal ini bagi menandakan rasa kesyukuran kepada yang Maha Esa kerana masih lagi dipanjangkan usia. Namun, pada hari ini, masyarakat masih lagi mengadakan majlis kelahiran tetapi tidak lagi menyambutnya secara kesyukuran dan besederhana, tetapi telah menukarkan corak majlis hari kelahiran secara besar-besaran dan menjemput ramai sahabat. Keadaan ini bukan sahaja memerlukan perbelanjaan yang besar, malah menuntut kearah pembaziran. Contoh lain seperti adat berkhatan yang dahulunya masyarakat sering mendapatkan perkhidmatan Tok Mudim. Seterusnya mempunyai pelbagai pantang larang yang terpaksa ditempuhi dalam tempoh berkhatan tersebut. Namun, pada hari ini berkhatan cara dahulu sudah tidak lagi diamalkan. Masyarakat hari ini lebih senang mengantar anak-anak mereka ke klinik yang lebih cepat dan cekap dalam menjalankan perkhidmatannya. Melalui kewujudan perubatan moden, mereka tidak perlu lagi untuk berpantang dan menghabiskan masa berhari-hari dengan hanya berehat di rumah, tetapi dalam waktu yang singkat mereka sudah boleh turun ke padang bermain bersama rakan-rakan.
kesimpulannya, persambungan budaya masih berlaku dan di amalkan, namun kewujudan teknologi mendorong masyarakat mengubah kebudayaan dahulu mengikut arus perubahan masa.

SITI HASIAH D021109 berkata...

1) Konflik antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden jelas kelihatan pada masa kini. Hal ini berikutan percampuran budaya masyarakat tempatan dengan budaya masyarakat luar. Budaya materialistik atau terlalu mengejar kebendaan menjadi budaya masyarakat moden kini. Contohnya, kalau dahulu suami dihidangkan dengan masakan isteri tersayang, tetapi kini suami lebih banyak makan masakan mamak daripada masakan isteri,semuanya makanan segera. Isteri sibuk bekerja ke sana ke mari. Mamak pula ambil alih tugas isteri. Bahagiakah hidup sebegini? Sudah pasti kucar-kacir mahligai yang dibina. Jadi, tampak jelas konflik antara kebudayaan tradisional yang lebih mementingkan keharmonian rumah tangga dan tanggungjawab suami isteri berbanding kebudayaan tradisional yang mengutamakan wang ringgit dan harta kekayaan dalam kehidupan.

2) Setiap budaya mengandungi ciri-ciri persambungan dan ciri-ciri perubahan.
Ciri-ciri persambungan merujuk kepada suatu sistem yang hidup dan bergerak yang memberikan kestabilan terhadap sesuatu budaya pada satu-satu titik masa. Ciri-ciri ini diwarisi oleh budaya daripada zaman sebelumnya dan dianggap sebagai kebudayaan tradisional. Amalan atau budaya tradisional yang ingin diteruskan perlu sesuai mengikut peredaran masa. Jadi, sedikit sebanyak inovasi diperlukan (ciri-ciri perubahan). Ciri-ciri perubahan juga merujuk kepada ciri-ciri baharu yang menanamkan bibit-bibit perubahan dalam sesuatu budaya. Ciri-ciri baharu ini dikenali sebagai kebudayaan moden. Contohnya, pada zaman dahulu nasi lemak dibungkus dengan daun pisang secara keseluruhannya tetapi setelah zaman berganti zaman, tahun berganti tahun maka dapat kita lihat bungkusan-bungkusan nasi lemak yang telah mengalami inovasi. Ada yang dibungkus dengan kertas dan ada yang dibungkus dengan polisterin. Kalaupun ada yang masih dibungkus dengan daun pisang tetapi hanya sekadar alas di bahagian dalam sahaja. Namun, apa-apapun, nasi lemak tetap menjadi makanan tradisi masyarakat Melayu.

Fairuz bt Mohd Noor berkata...

1) Kewujudan kebudayaan moden memberi impak kepada kebudayaan tradisional. Kewujudan konflik dan pengeseran antara kebudayaan moden dan radisional ini, menimbulkan satu persoalan yang rumit. Namun jika diteliti, kedua-dua budaya ini saling berkaitan antara satu sama lain. Kita dapat menggunakan perkataan kebudayaan moden bagi ciri-ciri baharu yang membawa perubahan sementara menggunakan perkataan kebudayaan tradisional bagi ciri-ciri persambungan yang diwarisi oleh budaya dari zaman sebelumnya. Walau bagaimanapun, hubungan kedua-dua kebudayaan ini susah hendak dijangka. Hal ini kerana bukan semua interaksi akan berlaku dengan cara yang sama. Contohnya, pakaian tradisional seperti baju kurung hanya dipakai pada waktu tertentu sahaja misalnya sewaktu menghadiri majlis-majlis tertentu seperti ke majlis perkhawinan dan sebagainya. Kita tidak memakainya sehari-hari kerana pada waktu biasa kita selesa mengenakan baju kemeja dan seluar sahaja. Oleh itu, ciri-ciri tradisional dan moden pakaian itu mempunyai makna yang tertentu dari segi budaya dan inilah wajar disebut sebagai ‘world-view’ dimana, istilah ini memberi maksud sebagai pengetahuan dan kepercayaan terhadap alam sekeliling yang terdapat dalam sesuatu budaya. Pola-pola perlakuan dalam sesebuah masyarakat adalah berdasarkan sistem nilai dan ‘world-view’ ini. Konflik yang timbul antara kedua-dua kebudayaan ini disebabkan oleh timbulnya jurang yang memisahkan antara kedua-duanya dari segi nilai ‘world-view’ tidak dapat disambung dimana, semakin jauh jurang itu semakin meruncing pergeserannya. Kesimpulannya, pada satu sistem yang hidup dan bergerak, budaya mempunyai ciri-ciri penyambung yang memberikan kestabilan dan ciri-ciri baharu yang menanamkan ‘point-point’ perubahan.

2) Ciri persambungan dan ciri perubahan mempunyai kaitan dengan sistem yang hidup (on-going-system). Hal ini dilihat melalui sejarah yang telah kita lalui dan keadaan yang wujud pada satu-satu masa.

i) Ciri-ciri persambungan merupakan landasan untuk budaya it uterus hidup. Ciri-ciri persambungan ini bertanggungjawab menstabilkan budaya sebagai suatu sistem hidup. Ciri-ciri persambungan dapat juga diistilahkan sebagai unsur tradisional. Hal ini kerana manusia yang berbudaya mempunyai kemampuan untuk menggunakan lambing-lambang untuk berhubung antara satu sama lain, terutama jika masyarakat itu abstrak dan tidak zahir. Sebagai contoh, cuba kita lihat sistem adat di Negara kita. Adat yang diamalkan pada waktu dahulu masih dikekalkan pada masa kini. Contohnya, dalam upacara-upacara pertabalan raja-raja Melayu. Pada waktu dahulu, adat ini diamalkan dengan penuh hormat sebagai taat setia kita kepada raja. Hal yang sama masih berlaku pada masa sekarang. Hal ini menunjukkan raja-raja sekarang masih disanjung oleh rakyatnya.

ii) Ciri-ciri perubahan pula merupakan penyesuaiannya dengan keaadaan semasa. Maknanya, ciri-ciri perubahan timbul dengan keadaan yang memerlukan atau yang mengakibatkan perubahan budaya, mungkin kerana terdapat pertembungan dengan budaya lain, baik secara langsung mahupun tidak, ataupun timbul keadaan dalam budaya itu sendiri. Ciri-ciri perubahan juga akan timbul sekiranya wujudnya pengaruh luar yang mengeksploitasi sistem yang telah ada. Akibat wujudnya pengatuh luar itu, terdapat ciri-ciri yang membolehkan sesuatu budaya itu dilanjutkan. Dengan ini, ciri-ciri lama hilang dan diberikan tanggapan yang baru. Dalam pada itu, apa yang timbu tertakluk kepada struktur masyarakatnya. Contohnya makanan segera yang dimakan oleh masyarakat hari ini sudah menjadi trend semasa pada hari ini. Dengan wujudnya restoran-restoran makanan segera seperti KFC, A&W dan sebagainya, menjadikannya sebagai makanan utama bagi masyarakat di negara ini. Mereka sebenarnya tidak sedar bahawa semua itu hasil daripada perubahan budaya yang dibawa oleh Barat. Hal ini terserah kepada masyarakat itu sendiri. Jika masyarakat boleh menerima perubahan seperti ini, maka perubahan ini dianggap sebagai satu konsep biasa. Mungkin mereka menganggap perubahan yang berlaku ini sebagai satu konsep perniagaan semata-mata, tetapi mereka kurang sedar bahawa budaya Melayu sedang mengalami perubahan.

hasnaliza md fauzi berkata...

Soalan 1

Sememangnya wujud konflik antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden. Konflik ini sukar untuk dirungkaikan. Persoalan ini jelas dapat dilihat dari segi soal nilai dan world-view budaya Melayu. Walaupun terdapat ciri-ciri persambungan dan ciri-ciri perubahan antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden namun masih wujud percanggahan. Budaya merujuk kepada pola perlakuan berdasarkan system nilai dan cara masyarakat melihat sebagai realiti alam sekelilingnya. System nilai merupakan susunan ukuran, iaitu apakah yang dianggap sebagai dikehendaki atau diingini dan apa yang dianggap tidak dikehendaki. Sebenarnya system nilai adalah susunan bertingkat-tingkat dan kadang kala bercanggah antara satu nilai dengan nilai yang lain. World-view pula merupakan pengetahuan dan kepercayaan terhadap alam sekeliling yang terdapat pada sesuatu budaya. Pola-pola perlakuan yang terdapat dalam sesebuah masyarakat berdasarkan kepada sistem nilai dan world-view. Contohnya pada zaman kesultanan Melayu keris dianggap sebagai simbol kebesaran namun pada zaman moden kini keris dianggap sebagai simbol perhiasan yang unik. Seterusnya konflik yang wujud antara kebudayaan moden dengan kebudayaan tradisional ialah warisan. Kebudayaan tradisional adalah yang kita warisi sejak berabad-abad dan dan merupakan landasan budaya kita sekarang ini yang juga mengandungi cirri-ciri daripada apa yang dikatakan kebudayaan moden. Sebenarnya kebudayaan moden itu merupakan satu entiti yang kurang jelas. Kebudayaan moden ini wujud dengan kemasukan Barat. Contohnya kemasukan Portugis pada tahun 1511 dan seterusnya berlaku pembaratan atau peradaban Barat. Hal ini jelas dapat dilihat dari segi sistem kekeluargaan sehinggalah sistem pemerintahan. Persoalan ini juga menyentuh konsep kemajuan atau progress kerana konsep tersebut juga kurang jelas. Apa yang dapat dikemukakan dengan cara yang tegas sedikit ialah pencapaian yang terdapat dalam peradaban barat, terutama dari segi teknologi dan ekonomi. Oleh itu, segla yang terdapat dalam peradaban Barat dianggap sebagai kemajuan. Konflik antara kebudayan tradisional dan kebudayaan barat ini wujud apabila terdapatnya jurang antara kedua-duanya dari segi nilai world view. Hakikatnya budaya itu menunjukkan bahawa jika terdapat satu-satu cirri budaya itu berubah, maka cirri yang lain turut berubah. Namun berbeza dengan bangsa Jepun yang dapat mencapai kecekapan teknologi dan kecergasan ekonomi dengan lebih pantas daripada orang-orang Asia yang lain. Di sini jelas bahawa sentiasa berlaku konflik antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden.













Soalan 2
Ciri-ciri persambungan adalah landasan untuk budaya itu terus hidup. Ciri-ciri persambungan itulah yang memberi kestabilan kepada budaya sebagai satu sistem yang hidup. Manakala ciri-ciri perubahan pula merupakan penyesuaian dengan keadaan masa. Ciri-ciri perubahan timbul daripada keadaan yang memerlukan atau yang mengakibatkan perubahan kepada budaya, mungkin kerana terdapat pertembungan dengan budaya yang lain, baik secara langsung mahupun tidak, ataupun timbul dari keadaan dalam budaya itu sendiri. Persoalan persambungan dan perubahan dalam budaya hendaklah dilibatkan dari segi konsep bahawa budaya itu adalah satu keseluruhan dan dalam keseluruhan itu terdapat rantaian perhubungan, baik antara anggota-anggota budaya itu mahupun antara pelbagai institusi dalam budaya itu. Oleh itu, wujud rantaian perhubungan antara ciri-ciri persambungan dengan ciri-ciri perubahanhidup berbudaya memberi banyak keistimewaan kepada manusia. Antaranya ialah kemampuan manusia menggunakan lambang-lambang untuk berhubung antara satu sama lain. Dalam proses yang lebih kompeks pelbagai perkara yang timbul. Terdapat juga ciri-ciri lama hilang lenyap, ada
yang diberi tanggapan baru dan ada yang bergabung dengan harmonis dengan cirri-ciri baru dalam proses yang disebut akulturasi. Contohnya jelas dapat dilihat dalam metos dan upacara-upacara Hindu memberi kesan yang mendalam pada golongan kraton, tetapi tidak sedalam itu dalam kalangan rakyat jelata.

muhamad shahrul b. abd rahman berkata...

1) Kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden pada dasarnya mempunyai pertalian yang baik dari segi masa mahupun ruang dengan entiti pembentukan jati diri bangsa Malaysia. Budaya moden merupakan budaya yang dibentuk hasil daripada ciri-ciri persambungan dan ciri perubahan yang disesuaikan dalam konteks masyarakat moden. Walau bagaimanapun keberlangsungan kebudayaan ini tidak terlepas daripada berlakunya konflik antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden. Interkasi antara kebudayaan moden dan yang tradisional itu susah hendak dihuraikan kerana tidak semua interaksi itu akan berlaku dengan cara yang sama. Ada ciri-ciri yang hidup selari, masing-masing mempunyai tempat yang khas dalam penggunaannya. Pakaian antara contoh yang dapat dilihat dengan jelas penggunaanya dalam kehidupan harian. Baju kurung dan samping tidak digunakan dalam kehidupan sehari-hari kerana kita memakai baju kemeja dan seluar. Pengunaan baju kurung dan samping hanya digunakan pada majlis-majlis tertentu. Selain itu, terdapat pula ciri-ciri persambungan yang mendapat tanggapan baru atau sebaliknya, dan ada pula ciri-ciri baru yang mendapat tanggapan yang sedia ada. Contohnya keris yang merupakan senjata dalam mempertahankan diri masyarakat zaman tradisional kini hanya berperanan sebagai perhiasan sahaja dalam masyarakat moden hari ini. Begitu juga iblis dan syaitan yang diterima daripada pengajaran Islam dijadikan sebagai reinterpretasi untuk konsep lama hantu dan jembalang dalam kepercayaan traditional orang-orang Melayu. Ada juga ciri-ciri lama yang hilang lenyap ataupun diambil alih oleh ciri-ciri lama yang hilang lenyap ataupun diambil alih oleh ciri baru walaupun fungsinya tidak berubah. Gobek sirih misalnya sudah mengambil alih fungsi sebagai barang antik untuk dipamerkan dimuzium sahaja. Secara keselurhannya keadaan ini terjadi ekoran faktor-faktor tertentu. Antaranya adalah factor agama. Konflik boleh berlaku dalam kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden kerana berlakunya perselisihan kehendak dalam agama masyarakat Islam dengan budaya moden yang diserap dari barat. Budaya Meayu tradisional kebanyakannya kuat dipengaruhi dengan nilai-nilai agama dan norma yang terpimpin. Namun sebaliknya pula berlaku dalam kebudaya barat yang mengabaikan faktor ini. Mereka hanya melihat dari sudut pandangan kebebasan sahaja.


2) Ciri-ciri persambungan dan ciri perubahan dalam budaya masyarakat kita dapat ketahui dengan memahami hakikat bahawa budaya itu merupakan satu sistem yang hidup. Ciri persambungan merujuk kepada landasan untuk budaya itu terus hidup sementara Dalam hal ini, kita boleh melihat contoh daripada adat perkahwinan di dalam masyarakat melayu. Walaupun masyarakat sudah dikatakan moden, namun bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan masih lagi diamalkan. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting. Pertamanya, merisik dan meninjau. Keduanya merasi yang dilakukan semata-mata untuk mengetahui sama ada pasangan yang hendak dijodohkan itu serasi atau tidak dan biasanya dilakukan oleh pawang, bomoh atau dukun.. Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan serta berunding untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang. Selepas perbincangan diadakan, majlis pertunangan akan dilangsungkan. Hantaran terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung. Tambahan lagi , sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti satu set barang solekan, bunga rampai, kuih-muih tradisional dan buah-buahan. Seterusnya upacara akad nikah merupakan satu acara penting dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu. Upacara ini bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama. Upacara ini dijalankan selepas segala perjanjian yang telah dipersetujui oleh pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain .


Ciri-ciri perubahan pula merupakan penyesuaian dengan keadaan semasa. Ciri persambungan itulah yang memberi kestabilan kepada budaya sebagai satu system yang hidup. Ciri perubahan pula timbul daripada keadaan yang memerlukan atau yang mengakibatkan perubahan kepada budaya, mungkin kerana terdapat pertembungan dengan budaya yang lain, yang berlaku secara implisit atau eksplisit. Contohnya adat merisik kini jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, oleh hal yang demikian, mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa. Pantang larang yang ditetapkan oleh orang-orang dahulu juga kini jarang diamalkan. Adat bersanding juga telah banyak dikomersialkan dalam masyarakat Melayu. Jika dahulu majlis persandingan biasanya dilangsungkan di ruma pengantin tetapi masyarakat kita hari ini lebih gemar melangsungkan majlis persandingan mereka di dewan orang ramai, hotel-hotel mewah dan konsep persandingan di taman. Majlis kenduri juga turut berubah, jika dahulu masyarakat kita bergotong-royong memasak hidangan untuk para tetamu, namun pada hari ini masyarakat kita menggunakan khidmat katering untuk memasak hidangan keduri. Jadi jelaslah masyarakat kita masih mengamalkan adat resam dalam majlis-majlis. Tertentu namun terdapat perubahan yang telah dilakukan bersesuaian dengan tuntutan agama dan budaya masyarakat kita.

Mohamad Nur Ashiq Bin Mohd Julin berkata...

Mohamad Nur Ashiq D 20051021195
Soalan 1

Kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden merupakan suatu yang berbeza dari segi budaya yang dibawa iaitu yang lama dan baru. Kebudayaan moden mempunyai ciri-ciri baru yang membawa perubahan manakala kebudayaan tradisional mempunyai ciri-ciri persambungan yang diwarisi oleh budaya itu daripada zaman sebelumnya. Maka di sini wujudnya konflik antara kedua-dua budaya tersebut. Inteaksi kedua-dua kebudayaan itu biasanya tidak berlaku dengan cara yang sama. Misalnya dari segi perubahan pakaian iaitu baju kurung dan samping biasanya dipakai untuk majlis-majlis tertentu sahaja atau lebih dikenali sebagai pakaian tradisional kita. Selain itu, ciri-ciri persambungan juga ada mendapat tanggapan biasa atau sebaliknya dan ada pula ciri-ciri baru yang mendapat tanggapan sedia ada. Contohnya keris dan gobek sirih. Keris yang dahulunya merupakan sebilah senjata untuk mempertahankan diri dan kini dijadikan barang perhiasan sahaja begitu juga dengan gobek sirih yang dijadikan banrang antik untuk muzium sahaja.

Soalan 2

Berdasarkan pembacaan yang telah saya lakukan, didapati ciri persambungan dan ciri perubahan mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Ciri persambungan adalah landasan untuk budaya itu terus hidup di samping memberi kestabilan kepada budaya sebagai satu sisitem yang hidup. Ciri-ciri perubahan pula merupakan penyesuaian dengan keadaan semasa iaitu keadaan yang memerlukan atau yang mengakibatkan perubahan kepada budaya, mungkin kerana terdapat pertembungan dengan budaya lain, baik secara langsung mahupun tidak, ataupun timbul dari keadaan dalam budaya itu sendiri. Ciri-ciri persambungan dan perubahan ini sememangnya wujud daripada budaya orang-orang melayu. Persambungan dan perubahan ini berlaku setiap kali tibanya pengaruh daripada peradaban luar seperti India, peradaban Islam dan peradaban Barat. Dari perubahan budaya melayu, ciri persambungan dan perubahan ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu selari dan mempunyai tanggapan baru. Contohnya ciri-ciri persambungan dan perubahan yang selari adalah seperti wujudnya hukum-hukum adat di samping hukum-hukum negara dalam kehidupan seseorang melayu. Contohnya, tanggapan baru adalah seperti yang terdapat pada institusi penghulu yang sekarang sudah berbeza daripada sifatnya dalam zaman silam. Begitu juga majlis pekhawinan pada hari ini yang telah berlakunya persambungan dan perubahan dari pelbagai aspek.

MOHD YUSZAIMAN BIN YUSOF D20051021141 berkata...

SOALAN 1:
Peredaran masa turut membawak epada perubahan dalam apek budaya sejajar dengan tuntutan semasa. Suatu masa dahulu, masyarakat Melayu begitu rapat dengan budaya tradisional yang menjadi lambang kemegahan bangsa. Namun, kedatangan bangsa asing secara tidak langsung telah turut memberi impak kepada budaya tradisional. Senario masyarakat hari ini memperlihatkan kecenderungan masyarakat terpengaruh dengan budaya moden.Lantaran itu, wujudlah konflik antara budaya tradisional dengan budaya moden. Konflik ini juga berlaku kerana bukan semua bentuk interaksi antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden berlaku dengan cara yang sama walaupun kedua-duanya boleh jadi satu. Konflik di antara budaya tradisional dengan budaya moden juga berlaku kerana cara hidup masyarakat kini dalam arus modenisasi yang tidak mahu meneruskan amalan-amalan serta budaya tradisional. Nilai-nilai murni yang mendasari budaya tradisional seolah-olah tidak lagi menjadi perhatian masyarakat. Contohnya, suasana saling membantu sperti memasak, menghias dan sebagainya ketika mengadakan majlis perkahwinan kian tidak kelihatan hari ini lantaran masyarakat hari ini lebih suka menggunakan khidmat catering dengan alasan mudah dan senang. Situasi sebegini memperlihatkan kepada kita bahawa budaya tradisional sudah luput dalam ingatan mayarakat. Konklusiya, budaya barat perlu diperhalusi sebaik mungkin oleh generasi hari ini sebelum mereka menggangkat budaya itu dalam kehidupan mereka.


SOALAN 2:
Persambungan budaya merujuk kepada pengamalan budaya lama yang masih diteruskan manakala perubahan budaya merupakan amalan budaya lama tetap diteruskan tetapi diasimilasikan dengan budaya luar yang meresap masuk ke dalam budaya lama dan diamalkan. Persambungan budaya memperlihatkan kepada kita batapa pentingnya penerusan budaya ini yang menjadi entiti kepada sesebuah bangsa. Contohnya, dalam masyarakat Melayu, mereka masih lagi meneruskan tradisi adat perkahwinan seperti merisik, meminang dan sebagainya . Namun begitu, terdapat juga penyesuaian seperti bersanding. Ciri-ciri perubahan pula merupakan penyesuaian dengan keadaan semasa. Ciri-ciri perubahan timbul kerana terdapat pertembungan dengan budaya yang lain. Ciri perubahan bolehlah dikatakan sebagai kebudayaan moden yang membawa maksud baru. Contohnya, dalam aspek seni bina rumah Melayu suatu masa dahulu, mereka cukup terikat dengan cara tradisi seperti adanya ukiran, tiang lari, bumbung , tangga dan sebagainya. Namun, pada hari ini, masyarakat Melayu telah membuat inovasi dalam seni bina rumah seperti wallpaper,mozek dan sebagainya.

Datu Ramlee Datu Amir Hussin (D20051021127) berkata...

Datu Ramlee Datu Amir Hussin (D20051021127)

1. Kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden merupakan dua kebudayaan yang memiliki haluan yang berbeza. Namun, kadang-kala, kedua-dua kebudayaan ini boleh bergerak bersama bagi memantapkan amalan budaya yang sedia ada. Lazimnya, kebudayaan tradisional membawa ciri-ciri persambungan sementara kebudayaan moden pula mendukung ciri perubahan. Dalam konteks ini, kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden sering menimbulkan konflik sama ada dijangka atau diluar jangkaan. Terdapat beberapa sebab kenapa kedua-dua kebudayaan ini sering berkonflik. Antaranya ialah disebabkan oleh sifat dan ciri kebudayaan tradisional itu sendiri. Seperti yang kita sedia maklum, kebudayaan tradisional mempunyai ciri autoritatif dan tidak membenarkan sebarang ciri perubahan yang dibawa oleh kebudayaan moden. Bagi Dr. Everett E. Hagen berpendapat bahawa personaliti yang dipupuk oleh kebudayaan tradisional adalah personaliti yang bercorak “authoritarian”. Personaliti ini merupakan personaliti yang hanya melihat alam sekeliling sebagai tidak mempunyai peraturan tertentu. Ini menyebabkan perubahan yang menuntut personaliti yang kreatif terus terkubur begitu sahaja. Sebagai contoh, kebudayaan tradisional, menolak perubatan moden. Hal ini demikian kerana, budaya tradisional melihat sesuatu penyakit itu disebabkan oleh roh-roh alam yang menggangu manusia yang perlu ditenangkan oleh upacara pemujaan dan pembomohan seperti ulik mayang. Namun, bagi budaya moden, penyakit itu datang disebabkan oleh keadaan badan yang dijangkiti virus atau bakteria yang boleh diselesaikan dengan mengunakan perubatan moden. Selain itu, konsep “kemajuan” merupakan penyebab kepada berlakunya pergeseran dan konflik antara kedua-dua kebudayaan ini. Apabila berbincang berkaitan dengan kemajuan, kebudayaan tradisional melihat konsep kemajuan yang didukung oleh kebudayaan moden sebagai racun yang boleh membunuh kebudayaan tradisonal sedikit demi sedikit. Sebagai contoh, kewujudan alat teknologi seperti komputer dan televisyen telah mencemarkan minda masyarakat pada hari ini. Di samping itu, soal nilai dan world view budaya Melayu juga telah menjadi titik tolak berlakunya konflik antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden. Jurang yang memisahkan antara keduanya daripada segi nilai world-view tidak dapat disambung. Ini bermakna makin jauh jurang itu makin besar pergeseran dan konflik antara kebudayaan. Kesimpulannya, perbezaan pendapat dan fahaman yang dibawa oleh kedua-dua kebudayaan ini menyebabkan konflik ini terus-menerus wujud pada hari ini dan perlu diselesaikan dengan menggunakan kebijaksanaan kita.

2. Lazimnya, budaya mempunyai dua elemen utama iaitu ciri persambungan dan ciri perubahan. Kedua-dua ciri ini saling berkaitan dan mempunyai hubungan antara satu sama lain. Ciri persambungan merupakan satu landasan penting supaya budaya dapat terus hidup. Ciri perubahan pula merujuk kepada penyesuaian budaya itu dengan keadaan semasa. Daripada pendefinisian, kedua-dua ciri ini jelas menunjukkan ciri persambungan amat penting sebagai pemberi kestabilan kepada budaya yang diibaratkan sebagai satu sistem. Sementara itu, ciri perubahan pula wujud seandainya terdapat keadaan yang memerlukan atau yang mengakibatkan perubahan kepada budaya. Hal ini demikian kerana, terdapat pertembungan budaya yang lain secara langsung atau tidak atau yang timbul daripada kebudayaan lain. Contoh yang paling terbaik yang boleh dijadikan penanda aras bagi kedua-dua ciri ini ialah pengaruh-pengaruh luar yang datang ke Tanah Melayu secara berperingkat-peringkat. Pengaruh yang mula-mula sampai ke Tanah Melayu ialah pengaruh Hindu yang telah menjadikan kehidupan masyarakat ketika itu terpengaruh dengan ajaran ini. Namun, setelah kedatangan Islam, terdapat amalan dan pengaruh Hindu yang masih dikekalkan dan terdapat juga yang terus diubah berdasarkan tuntutan keadaan ketika itu. Antara amalan yang masih dikekalkan ialah amalan bersanding ketika kahwin. Bagi amalan ibadat, sebilangan besarnya telah diubah dan disesuaikan dengan lunas-lunas Islam. Daripada kedatangan pengaruh ini, ciri persambungan dan perubahan telah berlaku secara langsung mahupun tidak.

Noriakama Rakimu berkata...

Soalan 1
Konflik antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden sentiasa ada. Hal ini kerana terdapatnya hambatan globalisasi dan modenasasi yang telah membawa bersama elemen-elemen positif dan negatif kepada masyarakat. Dua perkara tersebut terpaksa dilalui serta dihadapi dalam kehidupan moden dan serba canggih dewasa ini. Tidak hairanlah, kemasukan kedua-dua elemen tersebut menyebabkan berlakunya konflik budaya di antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden. Konflik tersebut timbul apabila jurang yang memisahkan antara kedua-duanya dari segi nilai world-view tidak dapat disambung iaitu semakin jauh jurang itu semakin meruncing pergeserannya. Di sini timbulnya persoalannya kepada kita tidak dapatkah kebudayaan tradisional mengekalkan nilai-nilai dan world-viewnya. Adakah kita sebagai masyarakat Timur hanya mengambil dan menggunakan sains dan teknologi Barat untuk kegunaan industri, maklumat dan sebagainya? Mengapakah pencapaian ekonomi dari Barat sahaja yang diagungkan dan digunakan dalam kehidupan kita? Hakikat budaya menunjukkan bahawa jika satu-satu ciri budaya berubah, ia akan melibatkan perubahan ciri-ciri yang lain juga. Budaya itu sentiasa menerima perubahan dan kita akan menerimanya dengan rela atau tanpa rela. Umpamanya struktur kehidupan sosial masyarakat. Dalam hal ini, kita dapat melihat bahawa budaya moden telah mempengaruhi 'keolahan dan tingkah laku', cara berfikir termasuk penghayatan terhadap ajaran agama. Golongan remaja sekarang banyak yang meniru budaya Barat dalam gaya berpakaian, muzik, percakapan dan sebagainya.
Muda-mudi bergaul bebas, tidak menghiraukan batas-batas ajaran agama, tatasusila dan nilai-nilai murni ketimuran. Begitu juga dari segi pakaian dan aksesori perhiasan, terdapat kaum lelaki yang berpakaian atau berhias seperti perempuan, sebaliknya perempuan berpakaian seperti lelaki. Lain lagi halnya dengan pakaian 'rockers' dan seumpamanya. Gaya hidup moden juga menjadikan sebilangan masyarakat bersikap individualistik, mengabaikan sikap kekeluargaan, kejiranan dan bermasyarakat. Tradisi bergotong-royong semakin pupus disebabkan urusan kenduri kendara dikendalikan menggunakan syarikat, manakala peralatan sama ada disewa atau dibeli. Kebanyakan masyarakat ketika ini juga bersikap 'materialistik' untuk mengejar kemewahan dan kesenangan hidup. Lain lagi halnya dengan pengaruh dan gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah, mengakibatkan ramai yang menjadi 'hamba' kepada najis dadah. Golongan ini bukan sahaja mencemarkan agama malah membebankan keluarga, masyarakat dan negara. Begitu juga halnya dengan tabiat meminum arak, berjudi dan lain-lain lagi. Kes-kes kecurian, rogol, penderaan, sumbang mahram dan penipuan juga merupakan sebahagian dari gejala sosial yang sudah berlaku dalam masyarakat. Semua itu juga turut menggugat struktur kehidupan masyarakat. Hal yang berlaku itu dikenali sebagai proses akulturasi budaya. Sebenarnya, perkara ini telah bermula sejak wujudnya tamadun manusia lagi. Jika ditinjau sejarah tamadun dunia kita akan dapati bahawa tamadun yang kaya dengan pengetahuan dan teknologi akan mempengaruhi dan menakluk komuniti yang budayanya tidak setaraf dan setanding dengannya. Sebagai contoh, kita lihat tamadun Yunani yang wujud sekitar tahun 1200 S. M. Kemajuan pengetahuan yang pesat pada waktu itu telah melahirkan pemikir agung dalam bidang ilmu seperti falsafah, matematik, kesusasteraan, politik, ekonomi, dan seni. Sehingga hari ini, cendekiawan masih berbincang pemikiran Socrates, Plato, dan Aristotle. Oleh sebab kerajaan dan sistem ekonomi yang kukuh dan daya pemikiran yang kreatif, maka Yunani dapat mempengaruhi kawasan Asia Barat, Mesir, dan Utara India. Kemudian terdapat kegemilangan tamadun Romawi dan seterusnya Islam. Pengaruh agama dan budaya Islam berkesan di Asia Barat dan Eropah, terutamanya di Sepanyol kerana Islam berasaskan ketakwaan kepada Tuhan dan daya pemikiran yang tajam dan luas. Pada zaman kegemilangannya, Islam telah menghasilkan berbagai-bagai pengetahuan baru dalam sains, pertanian dan perdagangan, seperti astronomi, kimia dan ilmu alam; begitu juga dalam bidang perubatan. Di samping itu, keindahan seni khat dan seni bina merupakan sumbangan Islam kepada alam kesenian.

Soalan 2
Ciri persamaan dan perbezaan dalam budaya dapat diertikan dalam cara yang pelbagai. Bila melihat kepada maksud budaya itu sendiri, budaya merupakan satu sistem yang hidup (on-going-system). Jadi, sudah tentu sesuatu budaya itu mempunyai ciri persambungan dan perubahannya. Hal ini kerana, ciri-ciri persambungan adalah landasan untuk budaya itu terus hidup sementara ciri-ciri perubahan pula merupakan penyesuainnya dengan keadaan semasa. Dengan perkataan lain, ciri-ciri persambunganlah yang menstabilkan budaya sebagai suatu sistem yang hidup. Ciri-ciri perubahan timbul daripada keadaan yang memerlukan atau yang mengakibatkan perubahan budaya, mungkin kerana terdapat pertembungan dengan budaya yang lain, baik secara langsung mahupun tidak, ataupun timbul daripada keadaan dalam budaya itu sendiri. Kita dapat menggunakan perkataan kebudayaan moden bagi ciri-ciri baharu yang membawa perubahan dan menggunakan perkataan kebudayaan tradisional bagi ciri-ciri persambungan yang diwarisi oleh budaya dari zaman sebelumnya. Walau bagaimanapun, interaksi antara kebudayaan moden dengan kebudayaan tradisional sukar untuk dihuraikan kerana bukan semua interaksi akan berlaku dengan cara yang sama. Ada ciri-ciri yang hidup selari, masing-masing mempunyai tempat yang khas dalam penggunaanya dalam budaya itu. Misalnya, kita tidak memakai baju kurung dan samping dalam kehidupan kita sehari-hari kerana kita memakai kemeja dan seluar, tetapi untuk majlis-majlis tertentu kita memakai baju kurung dan kain samping yang kita sebut pakaian tradisional. Ciri-ciri tradisional dan moden pakaian itu mempunyai makna yang tertentu dari segi budaya. Dari situ kita dapat melihat masyarakat Melayu sekarang tidak menggunakan keindahan budaya kita sendiri tetapi dengan mudah menerima budaya luar yang bertentangan dengan budaya Melayu itu sendiri.Ada pula ciri-ciri persambungan yang mendapat tanggapan baharu atau sebaliknya, dan ada pula ciri-ciri baharu yang mendapat tanggapan yang sedia ada. Misalnya, keris yang dahulunya sebilah senjata untuk mempertahankan diri sekarang ini digunakan sebagai perhiasan sahaja. Begitu juga iblis dan syaitan yang diterima daripada pengajaran Islam dijadikan sebagai interpretasi semula untuk konsep lama hantu dan jembelang dalam kepercayaan tradisional orang Melayu. Ada juga ciri-ciri lama yang lenyap tadi diambil alih oleh ciri-ciri baharu walaupun fungsinya tidak berubah. Gobek sirih umpamanya, sudah merupakan barang antik yang sesuai untuk muzium sahaja. Sebagai intiharnya, persoalan pergeseran antara yang tradisional dengan yang membawa perubahan adalah rumit. Tetapi, ada budaya yang cepat berubah dan ada pula yang lambat berubah. Tidak hairanlah, ciri-ciri tradisional budaya yang kemudian adalah lebih kuat dan dapat mengatasi ciri-ciri perubahan.

NOOR SYAWALIZDA GHAZALI @ MOHD ZAIN berkata...

Soalan 1
Sememangnya terdapat konflik antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden. Hal ini jelas kerana kedua-dua budaya ini iaitu budaya tradisional dan budaya moden tidak berada dalam tempoh zaman yang sama. Kebudayaan tradisional mengandungi keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta keseluruhan struktur-struktur sosial, religius, dan lain-lain, tambahan lagi segala pernyataan intelektual dan artistik yang menjadi ciri khas suatu masyarakat yang diamalkan oleh masyarakat pada suatu masa dahulu. Menakala, kebudayaan moden pula merupakan cara hidup, sistem pengetahuan yang meliputi sistem ide atau gagasan yang terdapat dalam pikiran manusia, dalam kehidupan sehari-hari dan cara kehidupan pada zaman moden jauh berbeza pada zaman tradisional memandangkan berlaku perkembangan dan perubahan drastic dalam kehidupan masyarakat hari ino. Konflik antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden timbul apabila jurang yang memisahkan antara kedua-duanya dari segi nilai ‘world-view’ tidak dapat disambung. Kebudayaan tradisional merupakan ciri-ciri persambungan yang diwarisi oleh budaya dari zaman sebelumnya. Dengan kata lainnya kebudayaan tradisional adalah kebudayaan yang kita warisi sejak berabad-abad dan merupakan landasan budaya kita sekarang ini yang juga mengandungi ciri-ciri kebudayaan moden. Kebudayaan moden pula dapat didefinisikan sebagai ciri-ciri baru yang membawa perubahan ataupun disebut juga sebagai ‘peradaban Barat’. Walaubagaimanapun, interaksi antara kebudayaan moden dengan yang tradisional susah hendak dihuraikan kerana bukan semua interaksi akan berlaku dengan cara yang sama. Contohnya, kita tidak memakai baju kurung dan samping dalam kehidupan kita sehari-hari kerana kita memakai baju kemeja dan seluar. Tetapi untuk majlis-majlis tertentu, kita menggunakan pakaian tradisional kita. Ciri-ciri tradisional dan moden pada pakaian itu mempunyai makna yang tertentu dari segi budaya itu sendiri. Walaupun ciri-ciri persambungan dan ciri-ciri perubahan yang dikatakan kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden dapat dilihat dalam sistem-sistem sosial ataupun pada peralatan budaya, tetapi apa yang dikatakan budaya di sini ialah pola-pola perlakuan yang berdasarkan sistem nilai dan cara masyarakat melihatnya sebagai alam realiti sekelilingnya.

Soalan 2
Ciri persambungan dan ciri perubahan memang wujud dalam sesuatu budaya memandangkan budaya sesuatu masyarakat itu masih terus berlangsung walaupun sesetengah daripada budaya yang diamalkan masih diamalkan sepenuhnya ataupun mengalami perubahan dan disesuaikan mengikut keadaan semasa. Ciri-ciri persambungan adalah landasan untuk budaya itu terus hidup sementara ciri-ciri perubahan pula merupakan penyesuaian dengan keadaan semasa. Ciri-ciri persambungan itulah yang memberi kestabilan kepada budaya sebagai satu sistem yang hidup (on-going-system). Ciri-ciri perubahan pula timbul daripada keadaan yang memerlukan atau yang mengakibatkan perubahan kepada budaya, mungkin kerana terdapat pertembungan dengan budaya yang lain sama ada secara langsung mahupun tidak langsung ataupun timbul daripada keadaan dalam budaya itu sendiri. Contohnya, dalam budaya orang Melayu, persambungan dan perubahan berlaku setiap kali tibanya pengaruh daripada peradaban-peradaban luar. Budaya senang untuk menerima pengaruh daripada kebudayaan lain untuk disesuaikan dalam budaya mereka. Penerimaan budaya lain untuk diserapkan dalam budaya sendiri membuatkan budaya sesebuah masyarakat itu lebih lengkap. Pengaruh India merupakan peradaban yang pertama yang dapat menonjolkan ciri persambungan dan perubahan dalam budaya orang Melayu diikuti peradaban Islam dan seterusnya peradaban Barat moden. Setiap kali pengaruh ini berlaku terdapat ciri-ciri lama yang hilang lenyap, ada yang diberi tanggapan baru dan ada pula yang harmonis dengan ciri baru yang dikenali akulturasi. Gobek sirih, misalnya, sudah menjadi barang antik di muzium sahaja. Hal ini menunjukkan ciri-ciri lama Melayu yang hilang lenyap. Sementara itu, antara ciri-ciri persambungan yang mempunyai tanggapan baru ialah seperti institusi penghulu sekarang yang jauh berbeza sifatnya berbanding zaman silam. Selain itu, keris yang dahulunya merupakan sebilah senjata untuk mempertahankan diri dan menjadi lambing keagungan bagi masyarakat Melayu, namun pada masa kini keris hanya digunakan sebagai perhiasan, digunakan dalam sesuatu majlis dan alat kebesaran sahaja. Masyarakat kini menganggap keris sebagai senjata tradisional untuk dihargai sahaja bukan sebagai senjata pertahanan utama seperi zaman dahulu. Hal ini berlaku kerana tidak relevan dan sesuai menggunakan keris memandangkan terciptanya senjata-senjata canggih yang pasti dapat menewaskan keris dalam sekelip mata. Terdapat juga ciri-ciri persambungan yang selari dengan ciri-ciri perubahan seperti wujudnya hukum-hukum adat disamping hukum-hukum negara dalam kehidupan seseorang Melayu itu. Ciri-ciri persambungan budaya Melayu hakikatnya mengandungi unsur-unsur budaya tradisional. Unsur-unsur budaya tradisional yang memenuhi syarat ciri-ciri persambungan ini merupakan landasan pertumbuhan dan perkembangan kebudayaan nasional, tetapi unsur-unsur ini akan mengalami tanggapan dan makna baru dalam integrasinya dengan ciri-ciri perubahan. Dengan itu, dapatlah dikatakan bahawa tidak terdapat keratan yang tegas antara ciri-ciri persambungan dengan ciri-ciri perubahan. Oleh itu, perhubungan dapatlah kita konsepsikan sebagai berlaku di atas satu garisan yang mana pada sebelah pihak terdapat ciri-ciri persambungan dan sebelah lagi ciri-ciri perubahan. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua ciri itu mengalir ke arah satu sama lain pada sesuatu masa. Ciri persambungan dan cirri perubahan ini juga telah membentuk satu budaya baru.

nor azilah bt mohd haran berkata...

1. Asas sesuatu budaya dalam sesebuah masyarakat sering dikaitkan dengan dua ciri yang memungkinkan berlakunya perkembangan dan pembaharuan iaitu ciri persambungan dan cirri perubahan. Sama ada perubahan itu memberi kesan negatif atau positif, baik atau buruk kepada kemajuan dan kestabilan sesebuah institusi masyarakat, elemen persambungan dan perubahan itu akan tetap menyerap masuk kerana budaya itu sendiri bersifat menyeluruh. Sifat keseluruhan ini melibatkan anggota-anggota budaya atau pelbagai institusi dalam budaya itu sendiri. Ciri persambungan merupakan suatu instrumen yang memastikan sesuatu budaya itu terus hidup dan kekal dalam sesebuah kumpulan sosial. Misalnya, dalam kehidupan masyarakat Melayu kaum lelaki masih dianggap sebagai ketua keluarga (bapa) dan setiap isi rumah mesti hormat dan patuh kepadanya. Ciri perubahan pula dianggap sebagai manifestasi kepada pertembungan yang berlaku antara sesuatu budaya sehingga mewujudkan sesuatu yang ‘baru’ kepada masyarakat. Pertembungan ini mungkin disebabkan oleh faktor ekonomi, politik, sejarah atau sosial. Misalnya dari segi sejarah, penjajahan Sepanyol ke atas Filipina telah mengakibatkan pertembungan budaya berlaku. Kebanyakan masyarakat Filipina pada hari ini lebih selesa menggunakan nama-nama Sepanyol seperti Gonzales, Pereira, Castro dan sebagainya. Pertembungan ini telah menyebabkan berlakunya perubahan kepada budaya hidup masyarakat Filipina yang memberi kesan sehingga kini. Kesimpulannya, selagi sesebuah kelompok masyarakat itu terdedah dengan persekitaran budaya yang pellbagai, maka tidak dapat tidak mereka harus bersedia menerima pelbagai perubahan yang bakal berlaku di samping berusaha mengekalkan identiti budaya mereka yang sedia ada.












2. Kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden merupakan satu entiti yang berbeza dan mempunyai pentafsiran yang berlainan. Namun, harus difahami bahawa masih wujud jalinan keterikatan antara kedua-dua entiti. Kebudayaan tradisional mempunyai perkaitan dengan cirri-ciri persambungan yang diwarisi oleh budaya dari zaman sebelumnya, manakala kebudayaan moden ialah ciri-ciri baharu yang membawa perubahan. Kebiasaannya konflik wujud apabila berlakunya pertembungan antara seuatu yang dikatakan moden dengan sesuatu yang dianggap masih tradisional. Pada ketika inilah pergeseran berlaku dalam sesuatu budaya. Implikasi daripada pergeseran ini akan melahirkan satu bentuk asimilasi budaya di mana budaya baharu dan moden yang dinggap sesuai diterima oleh budaya tradisional seterusnya diaplikasikan dalam kehidupan seharian masyarakat. Misalnya, pada hari ini makan dengan menggunakan sudu atau garfu (budaya Barat) dianggap lebih baik kerana faktor kebersihan. Begitu juga dalam aspek kesenian, keagamaan dan sebagainya wujud transformasi kepercayaan, adat resam dan pola tingkah laku yang mempengaruhi corak hidup sesuatu kelompok masyarakat. Dilihat dari aspek kesenian dalam dunia kecantikan, masyarakat Melayu pada zaman dahulu mengamalkan teknik mencukur bulu kening bagi menaikkan seri wajah pengantin perempuan. Ia dilakukan oleh mak andam yang mengetahui selok belok dan pantang larang dalam soal andaman supaya pengantin perempuan akan ‘lebih berseri’ dari hari-hari biasa. Namun pada hari ini, perbuatan menipiskan bulu kening itu sudah dianggap sebagai satu ‘trend’ dalam kalangan wanita Melayu dan kaum lain dan dianggap lambang kecantikan seseorang yang ingin kelihatan cantik sepanjang masa.

noor azreen binti abdul latif, d20051021201 berkata...

Kebudayaan bermaksud cara berfikir dan merasa serta menyatakan diri dalam sebuah kehudupan kelompok mnausia yang membentuk masyarakat dalam satu ruang dan waktu. Terdapat dua kebudayan yang saling berbeza iaitu kebudayaan moden dan kebudayaan tradisional. Jelas di sini terdapat konflik antara kedua-dua kebudayaan kerana Kedua-dua kebudayaan ini saling berbeza kerana saling dicirikan melalui ciri persambungan dan juga ciri perubahan dalam budaya. Namun apa yang pasti, kedua-dua jenis kebudayaan ini kita serap dan ada yang disesuaikan sehingga menjadi satu perkara yang seakan berbentuk hakiki. Jadi, sememangnya akan wujudlah konflik antara kedua-dua budaya ini kerana mereka yang meyerap dan menyesuaikannya adalah makhluk yang dipanggil manusia yang cuba menggabung atau menolak salah satu jenis budaya ini. Konflik ini berlaku kerana kejutan budaya akibat daripada era globalisasi dan arus pemodenan. Contohnya kemajuan sains dan teknologi yang berkembang daripada epistemologi moden dan penyelidikan empiris, melahirkan kesan dan pengaruh hebat. Kemajuan dalam lapangan perhubungan, perindustrian, pertanian dan lain-lain amat mengagumkan. Bagaimanapun, sehingga kini manusia gagal mengenali dirinya, menerusi kemajuan ilmu sains dan teknologi, walaupun pelbagai ilmu diwujudkan bagi mengkaji manusia. Bahkan epistemologi moden dan ilmu empiris itu, belum mencapai pendekatan jelas untuk melakar wajah pembangunan insan dan arah tujunya dalam kehidupan. Akibatnya kemajuan sains dan teknologi digarap menerusi pendekatan falsafah Barat, menjadikan manusia terumbang-ambing dan menjerumuskan mereka kepada pola hidup permisif (Ibahiyah), bebas nilai dan menjadikan hidup ini sekadar mencari kepuasan fizikal.

Jawapan 2: Ciri kesambungan bermaksud sesuatu budaya itu akan diwarisi turun-temurun, dari satu generasi kepada generasi yang lain. Contohnya sesuatu adat atau warisan diamalkan turun temurun. Hal ini dapat dilihat melalui adat perkahwinan sesuatu masyarakat contohnya masyarakat melayu yang masih mewngamalkan amalan bergotong royong dal;am kenduri yang diadakan terutamanya masyarakat di kampung. Hal ini jelas menunjukkan budaya bekerjasama masih dipraktikkan walaupun dalam arus globalisasi. Manakal budaya juga mengalami perubahan contohnya dalam perkahwinan masyarakat melayu maih mengamalkan adat istiadat tertentu seperti merisik, meminang, bersanding dan sebagainya. Namun adat istiadat ini disesuaikan mengikut peredaran zaman dan kesesuaiannya mengikut agama islam.

nurul aini razali berkata...

1.Terdapat konflik antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden kerana interaksi antara kebudayaan moden denga tradisional susah hendak dihuraikan kerana bukan semua interaksi akan berlaku dengan cara yang sama kerana terdapatnya ciri-ciri yang hidup selari, masing-masing mempunyai tempat yang khas dalam penggunaannya dalam budaya tersebut seperti cara makan yang diamalkan oleh masyarakat melayu dengan menggunakan tangan contohnya penggunaan tangan semasa makan boleh dilakukan dalam majlis tertentu sahaja. Tetapi jika terdapat majlis rasmi, mereka perlu menggunakan sudu dan garpu sebagai alat bagi menggantikan tangan. Keadaan merupakan konflik antara kebudayaan tradisional dan moden tetapi adat ini boleh digunakan dan tidak melanggar adat tersebut jika dilakukan. Selain itu, konflik berlaku apabila ciri-ciri tradisional dan moden mempunyai makna yang tertentu contohnya amalan melenggang perut bagi masyarakat kampung untuk menentukan anak yang dikandung adalah sama ada lelaki atau perempuan sangat penting pada zaman dahulu tetapi pada zaman moden masyarakat melayu menggunakan alat khas untuk mengetahui jantina anak yang dikandung dengan cepat dan tepat. Oleh hal yang demikian terdapat konflik antara kebudayaan masyarakat melayu pada zaman dahulu dengan masa kini. Walau bagaimanapun konflik kebudayaan ini masih mempunyai ciri-ciri persambungan yang mendapat tanggapan baharu dan mendapat tanggapan yang sedia ada antara kebudayaan moden dan tradisional.

2. ciri persambungan merupakan landasan supaya budaya kita terus hidup yang telah menstabilkan budaya sebagai suatu sistem yang hidup. Manakala bagi sistem perubahan dalam budaya ialah penyesuaian sesuatu budaya dengan keadaan semasa kesan daripada timbulnya keadaan yang memerlukan atau yang mengakibatkan perubahan budaya hasil pertembungan daripada budaya lain sama ada secara langsung atau tidak langsungdalam sesuatu budaya itu. Contoh perubahan budaya ialah penggunaan susuk dalam masyarakat melayu terutama kaum wanita yang menginginkan wajah yang cantik telah lama ditinggalkan dan akibat daripada teknologi moden yang semakin berkembang masyarakat kini lebih cenderung menggunakan rawatan moden seperti pembedahan plastik dan penggunaan ’botox’ bagi mengekalkan dan mencantikkan wajah mereka. Walabagaimanapun cara tersebut adalah melanggar hukum islam sama ada secara tradisional atau pun moden. Manakala ciri persambungan budaya adalah cara peminangan masyarakat melayu kini iaitu lelaki meminang perempuan masih lagi diteruskan walaupun pelbagai kebudayaan telah pun berubah seiring dengan kemodenan negara.

wan khalijah binti wan mohamed berkata...

Konflik antara budaya tradisional dengan kebudayaan moden telah lama wujud. Bermula sejak Tanah Melayu jatuh ke tangan Portugis maka bermulalah budaya pembaratan. Dengan kemasukan penjajah ke negara kita, bermulalah era penjajahan dari peperangan dan penjajahan pemikiran. Melalui penjajahan ini, secara tidak langsung, budaya penjajah dibawa masuk dan diserapkan ke dalam masyarakat kita. Pertemuan antara dua budaya ini akan mewujudkan satu fenomena yang dikatakan pertembungan budaya. Di mana pertemuan antara pendukung budaya masing-masing akan muncul peniru perilaku tertentu atau pola perilaku. Menjadi lumrah manusia suka meniru. Tindakan ini lahir kerana tujuan-tujuan tertentu seperti terdorong oleh aspek kesedaran ataupun sifat emosional manusia. Ertinya, seseorang individu biasa meniru perilaku orang lain hanya kerana dia melihat perilaku yang ditampilkan oleh orang lain nampak lebih indah atau moden. Tindakan meniru atau yang biasa disebut dengan tindakan imitasi biasa terjadi jika ada yang ditiru. Di sini faktor emosional dominan memainkan perana kerana seseorang tidak akan memikirkan apakah perilaku yang ditiru tersebut sesuai atau tidak dengan keadaaan dirinya tetapi hanya mengikut kehendak dirinya. Hal ini menyebabkan berlakunya konflik antara budaya tradisional dan budaya moden. . Budaya tradisional ialah budaya asli bangsa Melayu manakala budaya moden adalah hasilan daripada percampuran budaya Barat. Konflik antara budaya tradisional dengan budaya moden banyak berlaku dari segi makanan, pakaian, seni bina, dan lain-lain lagi. Contoh yang lazim berlaku ialah dari segi makanan. Akibat penjajahan yang dibawa oleh penjajah, gaya pemakanan turut berubah. Jika dahulu masyarakat Melayu hanya memakan nasi putih sahaja, tetapi sekarang kita dapat lihat bahawa terdapat pelbagai jenis makanan segera yang dijual di pasaran. Misalnya KFC, MC D dan sebagainya. Makanan ini mendapat permintaan yang tinggi di dalam pasaran tempatan . Selain itu, pada zaman dahulu anak perempuan tidak dibenarkan berada di ruang tamu sekiranya tetamu datang tetapi pada zaman sekarang sudah berubah. Anak perempuan turut berada di ruang tamu untuk bersembang-sembang. Di samping itu, dari segi pakaian pula baju kurung atau baju Melayu merupakan warisan budaya tradisional bangsa Melayu. Dengan kemunculan budaya moden, bangsa Melayu sekarang turut memakai baju kemeja dan berseluar jean selain memakai baju Melayu
mereka.


Budaya merupakan satu sistem yang hidup. Oleh itu, budaya mempunyai ciri persambungan dan ciri perubahan. Budaya Melayu yang mengalami persambungan dan perubahan banyak berlaku di Malaysia. Budaya yang mengalami persambungan dan perubahan bermaksud budaya yang terus diwarisi oleh generasi baru daripada generasi lama melalui ikutan yang diamalkan yang kemudiannya mengalami beberapa perubahan atau improvisasi berdasarkan kehendak kemajuan dan globalisasi.
Antara budaya Melayu yang mengalami persambungan dan mengalami perubahan ialah budaya mengadakan kenduri kesyukuran. Masyarakat Melayu dahulu mengadakan kenduri kesyukuran dengan menjemput jiran tetangga, saudara-mara dan fakir miskin sebagai tetamu. Semuanya dibuat berteraskan tuntutan Islam. Namun masyarakat Melayu masa kini, terutamanya masyarakat bandar tidak lagi dan jarang mengamalkan tabiat ini. Walaupun membuat kenduri kesyukuran masih diamalkan, tapi jemputan yang hadir pula kebanyakannya adalah daripada golongan sedarjat mereka sahaja demi menjaga maruah. Malah kenduri kesyukuran yang diadakan pula sudah ada yang bertukar kepada parti dengan mengabaikan terus pembacaan doa selamat pada hari jadi contohnya. Perkara yang berlaku adalah nyanyian lagu hari jadi dan upacara tiupan lilin. Masyarakat dahulu akan mengadakan majlis ulangtahun dengan kenduri kesyukuran dan doa sambil membuat kebajikan kepada fakir miskin, tetapi masyarakat kini membuat kenduri untuk bersuka ria dan menjaga status mereka sahaja. Tetapi, amalan membuat kenduri masih dikekalkan cuma kaedah pelaksanaannya sahaja yang berubah.

Budaya Melayu yang diwarisi sememangnya tidak dapat dinafikan ada yang akan mengalami perubahan berdasarkan kehendak masyarakat sekitarnya. Hakikat ini berlaku kerana adanya pengaruh luar yang lebih berkuasa dan menarik minat masyarakat setempat.Contoh budaya Melayu yang mengalami persambungan dan perubahan adalah budaya lepak di kedai kopi, khususnya masyarakat di Pantai Timur. Jika dahulu, masyarakat Melayu di kampung-kampung iaitu golongan lelaki suka mengamalkan budaya lepak di kedai kopi. Aktiviti kebiasaan yang dilakukan pada masa dahulu ketika melepak di kedai kopi ialah bermain dam, bercerita tentang binatang peliharaan mereka seperti burung atau sebagainya sambil menghisap rokok daun nipah. Tetapi setelah menerima pengaruh luar, budaya lepak di kedai kopi masih diteruskan tetapi dengan cara yang berbeza iaitu dari bermain dam mereka bertukar kepada aktivitinya ialah bermain daun terup, bermain carrom, sambil minum air coca-cola, air soda, air nescafe, dan rokok yang dihisap pula adalah rokok import seperti rokok Dunhill, Marlboro, dan sebagainya.
Berdasarkan huraian ini, jelaslah bahawa budaya yang diamalkan oleh Masyarakat Melayu sememangnya akan sentiasa diwarisi akan tetapi tetap perlu akur dengan perubahan yang bakal berlaku kerana kemajuan semasa. Perubahan ini juga berlaku kerana faktor sikap manusia yang lebih individualistik dan memandang prestij. Fenomena seumpama ini seharusnya dikecam dan tidak wajar diikuti kerana segala ini boleh meruntuhkan moral masyarakat Melayu. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada kekuatan dalaman seseorang untuk menangkis segala budaya yang tidak sihat daripada mempengaruhi jiwa seseorang.

wan khalijah binti wan mohamed berkata...

SITI SUHAILA ARIFIN D20051021191

Jawapan Soalan 1
Seperti yang kita semua ketahui, kebudayaan tradisional adalah yang kita warisi sejak berabad lamanya dan merupakan landasan budaya kita sekarang ini yang juga mengandungi ciri-ciri daripada apa yang dikatakan kebudayaan moden. Kebudayaan moden pula boleh dikatakan sebagai peradaban Barat yang diserap dalam budaya kita. Konflik antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden timbul apabila jurang yang memisahkan antara keduanya dari segi nilai worl-view tidak dapat disambung dan semakin jauh. Para pengkaji juga bersetuju kedatangan pengaruh Barat dijadikan landasan pemisahan antara masyarakat tradisional dengan masyarakat moden. Unsur-unsur budaya Barat senang berkembang dan mudah diterima oleh penduduk tempatan kerana Barat dianggap moden dan berperadaban tinggi. Contohnya kita dapat lihat sekarang ialah budaya pemakaian orang Melayu yang bekerjaya. Masyarakat sekarang lebih gemar memakai baju kemeja dengan bertali leher daripada memakai pakaian tradisi masing-masing. Masyarakat sekarang telah mengamalkan budaya barat dengan meniru budaya pemakaian mereka. Tetapi pada masa kini semua masyarakat kita telah menerima sepenuhnya pengaruh memakai baju kemeja dan bertali leher dengan berpendapat bahawa ia lebih sesuai dan kemas. Walau bagaimanapun kita tidak seharusnya melupakan budaya sendiri, contohnya banyak agensi kerajaan mahupun swasta yang menggalakkan semua lapisan masyarakat untuk memakai baju mengikut budaya masing-masing pada hari-hari tertentu.





Jawapan Soalan 2
Budaya merujuk kepada perkongsian suatu masyarakat dan diperolehi melalui proses pembelajaran. Budaya juga tidak dapat berpisah dengan bahasa. Ciri-ciri budaya juga merangkumi aspek persambungan dan perubahan. Persambungan budaya merujuk kepada pengamalan budaya lama yang masih diteruskan manakala perubahan budaya merupakan amalan budaya lama tetap diteruskan tetapi diasimilasikan dengan budaya luar yang meresap masuk ke dalam budaya lama dan diamalkan serta perubahan mengikut penyesuaian semasa. Menurut Solomon (1984:269), ciri persambungan ini sering dikaitkan dengan cara sesuatu budaya itu diamalkan oleh masyarakat dahulu hingga sekarang. Secara tidak langsung ciri persambungan ini dapat memberikan pendedahan kepada generasi muda. Jika rakan-rakan saya telah memberikan contoh tentang budaya adat perkahwinan, kenduri kesyukuran dan muzik tradisional, saya ingin memberi contoh tentang istiadat naik buai. Sebelum dimulakan, buaian terlebih dahulu disediakan. Mengikut adat, bagi anak-anak orang kebanyakan, kain buaian dibuat tiga lapis manakala bagi anak-anak keluarga bangsawan, kain buaian dibuat tujuh lapis manakala bagi kerabat diraja sebanyak sembilan lapis. Kemudian, buaian diperasapkan dengan kemenyan bagi menjauhkan perkara yang tidak diingini. Sebelum bayi dinaikkan, terlebih dahulu akan menjalani upacara memotong rambut (bercukur). Upacara dijalankan dengan menjampi dan menepung tawar kepala bayi dan menggunting sedikit rambut bayi itu sambil diiringi dengan alunan marhaban. Bayi akan dibawa mengelilingi ahli-ahli marhaban di mana setiap ahli akan menggunting sedikit rambut bayi tersebut. Rambut bayi akan dimasukkan ke dalam nyiur muda supaya rambut bayi itu akan tumbuh subur dan lebat seperti sabut nyiur. Kemudian helaian rambut tersebut akan ditanam di pangkal pokok pisang yang bertujuan agar kepala bayi akan merasa sejuk pada masa kini pun adapt ini masih diikuti oleh kebanyakan lapisan masyarakat untuk meraikan kelahiran orang baru. Manakala menurut Zaidah Mustapha (2002:268), ciri perubahan merujuk kepada pertembungan kebudayaan dari luar. Keadaan ini menyebabkan berlaku perubahan daripada segi kebudayaan tradisi masyarakat Melayu. Contohnya, daripada segi pakaian. Jika kita lihat zaman dahulu, masyarakat sering menggunakan baju Kurung, Kebaya dan baju Melayu. Berbeza dengan zaman sekarang, masyarakat lebih gemar memakai jeans dan blaus. Kesemua perubahan ini adalah pengaruh dari negara barat dan masyarakat sekitarnya. Seharusnya, sebagai seorang yang beragama Islam, kita perlu menggunakan pakaian yang menutup aurat. Kesimpulannya, kita perlu mengekalkan adat dan kebudayaan. Hal ini kerana kalau bukan kita yang berbangsa Melayu ini, siapa lagi yang dapat memartabatkan warisan kebudayaan dan kesenian Melayu. Sekian...

wan khalijah binti wan mohamed berkata...

ROSILA BT SALEH(D20051021190)

Pertembungan antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden telah menyebabkan wujudnya konflik. Konflik yang berlaku ini mungkin membawa perubahan besar atau tidak membawa sebarang perubahan kepada sesuatu budaya itu. Konflik ini wujud kerana perubahan masa dan bentuk budaya sesuatu masyarakat yang mudah menerima pengaruh budaya lain atau tidak. Sebagai contoh, penggunaan kain batik bagi golongan gadis remaja. Suatu ketika dahulu, kain batik menjadi pakaian basahan gadis remaja semasa berada rumah. Anak gadis perlu mengetahui cara menggunakan kain batik kerana penggunaan kain batik ini dikatakan lebih sopan kepada gadis. Namun kini, akibat pertembungan budaya dan konflik yang timbul, penggunaan kain batik kian dipinggirkan oleh gadis. Anak gadis masa kini lebih gemar memakai seluar berbanding menggunakan kain batik. Lebih menyedihkan lagi terdapat gadis-gadis Melayu yang tidak pandai memakai kain batik. Alasannya mudah iaitu dengan memakai seluar, pergerakan mereka lebih mudah berbanding memakai kain batik selain anggapan remaja yang menyatakan bahawa kain batik hanya sesuai untuk golongan ibu atau orang tua. Kesannya, pakaian kain batik ini hanya digunakan oleh golongan wanita berusia sahaja.



Jawapan 2

Sebagai sebuah budaya yang bersifat dinamik, budaya tersebut mempunyai ciri-ciri persambungan dan ciri-ciri perubahan. Ciri-ciri persambungan dapat ditakrifkan sebagai landasan untuk budaya itu terus hidup manakala ciri-ciri perubahan ialah penyesuaian budaya dengan keadaan semasa. Kedua-dua ciri ini penting kerana budaya itu sebagai satu sistem yang hidup (on-going-system). Dengan adanya ciri persambungan, sesuatu budaya itu tidak akan hilang kerana ciri ini akan memberi kestabilan kepada budaya tersebut. Sementara itu, ciri-ciri perubahan pula berlaku apabila pertembungan antara budaya yang memerlukan atau mengakibatkan perubahan kepada sesuatu budaya. Hal ini dapat dilihat dalam aspek makanan terutamanya makanan tradisional yang menggunakan daun-daun kayu sebagai pembungkus semasa proses pembuatannya. Sebagai contoh, jika suatu ketika dahulu masyarakat Melayu sibuk mencari buluh lemang, daun pisang dan daun palas sebagai persiapan membuat lemang dan ketupat untuk menyambut perayaan. Namun, kini akibat pertembungan budaya tradisional dengan budaya moden telah membawa ciri-ciri perubahan dengan meminggirkan cara pembuatan tradisional lemang dan ketupat. Sekiranya ada sekalipun pembuatan makanan ini secara tradisional, ia hanya dilakukan di kampung-kampung oleh atuk-atuk dan nenek opah sahaja. Masyarakat moden lebih gemar menggunakan cara yang moden untuk membuat lemang dan ketupat iaitu dengan menggunakan plastik bagi menggantikan daun-daun kayu dan merebusnya. Walaupun sesuatu budaya itu telah diwarisi sejak sekian lama, namun perubahan dan kesinambungan terhadap sesuatu budaya itu pasti wujud kerana sifat budaya itu sendiri iaitu sebagai satu sistem yang hidup.

wan khalijah binti wan mohamed berkata...

AZURA IBRAHIM D20051021197

Soalan 1

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai konflik antara kebudayaan tradisonal dengan kebudayaan moden. Seperti yang kita semua ketahui, kebudayaan tradisional adalah sesuatu yang kita warisi sejak dahulu lagi dan merupakan amalan budaya kita pada hari ini yang juga mengandungi ciri-ciri daripada apa yang dikatakan kebudayaan moden. Kebudayaan moden pula merupakan peradaban Barat yang diserap dalam budaya tradisional kita. Konflik antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden timbul apabila jurang yang memisahkan antara kedua-duanya dari segi nilai worl-view tidak dapat disambung dan semakin jauh. Para pengkaji juga bersetuju kedatangan pengaruh Barat dijadikan landasan pemisahan antara masyarakat tradisional dengan masyarakat moden. Unsur-unsur budaya Barat senang berkembang dan mudah diterima oleh penduduk tempatan kerana Barat dianggap moden dan berperadaban tinggi. Masyarakat Melayu ingin maju seperti masyarakat di negara barat. Tetapi mereka masih lagi ingin mengekalkan ciri-ciri budaya tradisional dalam kehidupan mereka seharian. Contohnya, cara pemakaian orang melayu masa kini. Jika dahulu gadis melayu kelihatan cantik dan menawan dengan baju kurungnya, manakala si jejaka pula segak dengan berbaju melayunya. Tetapi pada masa kini amat sukar sekali untuk melihat anak-anak remaja kita berpakaian sebegini. Mereka lebih suka berpakaian ala-ala orang barat yang amat sekali tidak sesuai dengan kebudayaan kita orang Melayu. Kesimpulannya, budaya melayu adalah budaya yang mempunyai nilai yang cukup istimewa dan sukar dicari ganti. Oleh itu, kita sebagai orang Melayu harus bersama-sama menjaga kebudayaan kita ini dan apa salahnya sekiranya kita sebagai orang Melayu cuba serapkan kebudayaan kita kepada orang-orang barat pula. Kita seharusnya berbangga kerana lahir sebagai anak Melayu dan perlu berusaha untuk terus memartabatkannya.

Soalan 2

Pada pemahaman saya, persambungan budaya merupakan pengamalan budaya lama yang masih diteruskan manakala perubahan budaya pula ialah amalan budaya lama yang masih diteruskan tetapi diasimilasikan dengan budaya luar yang meresap masuk ke dalam budaya lama dan diamalkan. Ciri-ciri persambungan melambangkan kebudayaan tradisional yang diwarisi daripada zaman sebelumnya. Misalnya, budaya perkahwinan orang Melayu yang diwarisi sejak zaman berzaman dan masih diamalkan sehingga sekarang. Adat perkahwinan biasanya dimulakan dengan upacara merisik, kemudian diikuti melamar dan meminang. Hantaran yang biasanya dibawa oleh rombongan pihak lelaki ialah sebentuk cincin, bunga ramapai, sirih junjung, satu set bahan solek, kuih muih tradisional dan buah-buahan. Apabila pinangan diterima, barulah diadakan upacara perkahwinan kemudian akhir sekali upacara persandingan. Perkahwinan orang Melayu merupakan salah satu ciri-ciri persambungan kerana masih diamalkan sehingga sekarang dan tidak ditinggalkan begitu sahaja.
Ciri-ciri perubahan merupakan penyesuaian dengan keadaan semasa. Ciri-ciri perubahan timbul dengan adanya pertembungan dengan budaya yang lain. Ciri perubahan dikatakan sebagai kebudayaan moden yang membawa maksud baru. Contohnya, dahulu masyarakat Melayu membuat gasing dengan menggunakan kayu sepenuhnya. Kini, arus pemodenan telah mengubah corak pembuatan gasing bagi orang Melayu. Kebanyakan gasing pada masa kini diperbuat daripada kayu yang disalut logam. Corak permainan gasing pada masa kini turut berbeza dengan corak permainan gasing pada zaman dahulu. Pada masa kini juga, gasing kebanyakannya tidak lagi berperanan sebagai salah satu permainan tradisional rakyat Melayu tetapi berubah menjadi salah satu barangan hiasan semata-mata. Anak-anak muda kini ada yang tidak mengenali gasing tradisional kerena mereka didedahkan dengan pelbagai permainan barat dan moden. Hal ini berlaku kerana, zaman telah berubah dan corak kehidupan masyarakat kita juga mengikut peredaran semasa.

HAIDIR BIN ABDUL HAMID D20051021095 berkata...

1. Kebudayaan tradisional merupakan suatu sistem atau cara hidup yang telah lama diamalkan oleh sesebuah masyarakat. Manakala kebudayaan moden pula wujud apabila sesebuah budaya tradisional itu mengalami transformasi iaitu berubah dan mengalami ciri-ciri baharu. Di malaysia khususnya, kita dapat perhatikan bahawa terdapat konflik yang jelas berlaku antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden. Konflik ini berlaku adalah disebabkan oleh meresapnya pengaruh-pengaruh luar khusunya dari pengaruh barat dalam budaya tradisional. Budaya tradisional yang selama ini dipertahankan oleh masyarakat kita telah berubah kepada budaya moden akibat daripada pengaruh budaya asing. Oleh yang demikian, budaya tradisional ini semakin dipinggirkan dan sesetengahnya diterapkan dan disesuaikan dengan budaya asing menjadi budaya moden. Penerimaan masyarakat terhadap kebudayaan moden ini dilihat semakin ketara pada masa kini. Sebagai contoh, dalam aspek adap ketika makan, masyarakat zaman dahulu mengamalkan duduk bersila bersama-sama keluarga dan menggunakan tangan ketika menjamah makanan. Namun begitu, kita lihat pada masa kini kebanyakan masyarakat lebih selesa untuk makan di atas meja dan menggunakan sudu dan garpu ketika makan. Walau bagaimanapun masih terdapat segelintir masyarakat yang masih mempertahankan budaya tradisional walaupun hidup dalam suasana yang didominasi oleh budaya moden.


2. Ciri persambungan bermaksud sesuatu budaya yang diwarisi dari dahulu hingga sekarang dan tetap dijadikan landasan dalam kehidupan seharian. Persambungan budaya ini membolehkan proses sesebuah budaya untuk terus wujud. Ciri-ciri persambungan inilah yang akan meneruskan kestabilan sesuatu budaya iaitu sebagai satu sistem yang hidup (on-going system) seperti yang telah dinyatakan oleh Mohd Taib Osman (1983). Sementara itu, ciri perubahan bermaksud sesuatu budaya itu telah mengalami perubahan akibat penyesuaian yang dilakukan seiring dengan keadaan semasa. Perubahan budaya berlaku apabila amalan budaya tadisional yang diamalkan sebelum ini tetap diteruskan tetapi diasimilasikan dengan budaya luar yang meresap masuk ke dalam budaya lama dan diamalkan mengikut kesesuaian budaya timur. Sebagai contoh, budaya kerja masyarakat kini. Masyarakat pada zaman dahulu bertanggapan bahawa setiap pekerjaan dilakukan pada siang hari sahaja sedangkan waktu malam digunakan untuk berehat atau beribadat. Kerja-kerja seperti bersawah, menangkap ikan dan bercucuk tanam hanya dilakukan apa waktu siang manakala pada malam hari adalah waktu untuk berehat bersama keluarga. Akan tetapi pada masa kini kita mendapati bahawa budaya kerja secara syif semakin berleluasa dan diterima oleh masyarakat. Masyarakat mula beranggapan bahawa pekerjaan boleh dilakukan sama ada pada waktu siang mahupun malam, tidak seperti masyarakat dahulu yang melakukannya pada waktu siang sahaja. Budaya ini jelas dipengaruhi oleh budaya asing terutamanya dari jepun dan barat yang rakyatnya bersikap materialistik iaitu mengejar kebendaan. Jelaslah bahawa dalam menongkah era kemodenan, budaya tradisional ini seharusnya dipertahankan walaupun sesetengahnya telah mengalami perubahan akibat penyerapan budaya asing. Kita seharusnya berbangga dengan budaya tradisi kita agar tidak hilang ditelan zaman.

NURULAKMA BT. BURHANUDIN (D20051021178) berkata...

1) Ciri-ciri persambungan adalah landasan untuk budaya itu terus hidup manakala ciri-ciri perubahan pula merupakan penyesuaiannya dengan keadaan semasa. Oleh itu dapat dikatakan ciri-ciri persambunganlah yang menstabilkan budaya sebagai suatu sistem yang hidup. Hal ini dapat diketahui dan dijelaskan melalui sejarah yang telah dilalui dan keadaan yang terdapat pada suatu detik masa. Ciri-ciri perubahan timbul daripada keadaan yang memerlukan atau mengakibatkan perubahan budaya. Keadaan ini mungkin terjadi disebabkan oleh pertembungan budaya atau keadaan budaya itu sendiri. Pertembungan budaya boleh terjadi sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Persambungan dan perubahan budaya perlulah dilihat dari segi konsep budaya itu sendiri yang merupakan suatu keseluruhan yang mempunyai siratan perhubungan. Perhubungan ini adalah antara anggota-anggota budaya mahupun antara berbagai-bagai institusi dalam budaya tersebut. Perhubungan antara dua ciri ini dapatlah di katakan sebagai berlaku di atas suatu kotinum yang di sebelah pihak terdapat ciri-ciri persambungan dan satu pihak lagi ciri-ciri perubahan. Kedua-dua ciri ini saling berkait antara satu sama lain pada sesuatu ketika. Sebagai contoh, budaya masyarakat melayu yang mengalami persambungan dan perubahan apabila menerima pengaruh luar seperti peradaban India, kemudian peradaban Islam dan mulai abad lalu, semenanjung secara menyeluruh, dari peradaban barat moden. Proses ini telah menyebabkan ada ciri-ciri lama hilang, ada yang di beri tanggapan baru dan ada yang bergabung secara harmoni dengan ciri-ciri baru dalam proses yang digelar akulturasi. Apa pun yang berlaku sebenarnya adalah tertakluk kepada struktur masyarakat itu sendiri.


2) Kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden dapat di lihat melalui sistem-sistem sosial ataupun pada peralatan budaya (material culture). Budaya juga dapat dikatakan sebagai pola-pola perlakuan yang berdasarkan sistem nilai dan cara masyarakat melihatnya sebagai realiti alam sekeliling. Kebudayaan tradisional adalah sesuatu yang diwarisi sejak berabad lamanya dan merupakan landasan budaya pada hari ini yang mengandungi ciri-ciri kebudayaan moden. Konflik yang timbul antara kebudayaan tradisioanal dan kebudayaan moden disebabkan oleh jurang yang memisahkan antara kedua-duanya dari segi nilai world-view tidak dapat di sambung. Semakin jauh jurang itu, semakin meruncing pergeserannya. Setiap budaya mempunyai ciri-ciri persambungan dan ciri-ciri perubahan. Budaya mempunyai ciri-ciri penyambung yang memberikan kestabilan dan ciri-ciri baharu yang akan melahirkan perubahan. Konflik antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden berlaku mungkin di sebabkan oleh keadaan semasa. Kemajuan yang di kecapi pada hari ini menjadi salah satu faktor berlakunya konflik antara kedua-dua kebudayaan ini. Kemajuan teknologi dan pencapaian ekonomi peradaban barat menjadi matlamat yang ingin di capai dalam kehidupan kita, begitu juga aspek-aspek lain seperti kesenian, pakaian dan nilai-nilai sosial. Secara tidak langsung, ini akan menimbulkan konflik antara kedua-dua kebudayaan ini.

hamidah shafie_d20051021094 berkata...

1) Sememangnya tidak dinafikan wujudnya konflik antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden. Keadaan ini berlaku disebabkan gaya hidup masyarakat pada hari ini yang banyak dipengaruhi oleh unsur budaya barat. Masyarakat pada hari ini lebih bersifat individualisme. Mereka lebih mementingkan diri sendiri. Situasi ini jelas berbeza berbanding masyarakat pada zaman dahulu. Masyarakat pada zaman dahulu lebih bersifat kemasyarakatan. Mereka mengamalkan sikap berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Keadaan ini dapat kita lihat berlaku meluas dalam kalangan masyarakat bandar pada hari ini. Contohnya, masyarakat pada zaman dahulu akan mengadakan gotong royong semasa majlis kenduri kahwin. Mereka akan melakukan semua kerja secara bersama tetapi pada hari ini keadaan ini jarang berlaku.


2) Pada fahaman saya ciri persambungan dalam budaya ialah sesuatu budaya itu atau budaaya yang diamalkan oleh masyarakat pada zaman terdaahulu akan diteruskan oleh masyarakaat pada zaman selepasnya. Contoh yang jelas dapaat kita lihat dalam adat perkahwinan orang Melayu. Mereka masih mengamalkan budaya atau adat yang sama iaitu merisik, bertunang dahulu sebelum kahwin. Selain itu, persambungan budaya ini juga dapat kita lihat dalam aspek pemakaian. Walaupun zaman semakin moden dan canggih tetapi Masyarakat Mealayu contohnya masih mengenakan baju kurung dan baju Melayu bagi orang lelaki sebagai baju kebangsaan manakala orang India masih menganggap sari dan dhoti sebagai baju kebangsaan mereka. Baju-baju kebangsaan ini akan dipakai semasa majlis-majlis rasmi contohnya sewaktu menghadiri kenduri kahwin dan kematian.

Ciri perubahan dalam budaya pula ialah sesuatu budaya itu akan mengalami perubahan berbanding budaya asalnya yang diamalkan oleh masyarakat pada zaaman sebelumnya. Budaya itu hanya mengalami perubahan bukannya terus lenyap Hal ini bersesuaian dengan ciri budaya iaitu sesuatu budaya itu tidak akan mati tetapi sebaliknya boleh diubah dan diserap. Contoh ciri perubahan dalm budaya yang dapat kita ambil ialah adat berkhatam dalam kalangan masyarakat Melayu. Pada zaman dahulu, berkhatam akan dilakukan di rumah oleh tok mudim dan disertai dengan pelbagai-bagai adat seperti budak yang hendak dikhatamkan akan dimandikan dalam sungai dan diarak sekeliling kampung terlebih dahulu. Pada zaman ini berkhatam masih diteruskan tetapi adat atau tradisinya telah berubah. Budak-budak lelaki sekarang akan dikhatamkan di klinik atau hospital-hospital oleh doktor. Mereka juga tidak lagi diarak sekeliling kampung.

rosdana ab manam d021184 berkata...

1) Ciri-ciri persambungan budaya adalah landasan untuk sesuatu budaya itu terus kekal dan tumbuh manakala ciri-ciri perubahan budaya adalah kesesuaian sesuatu budaya itu dengan keadaan semasa. Oleh itu, dapatlah diketahui bahawa ciri-ciri persambungan memberi kestabilan kepada budaya sebagai satu sistem yang hidup dan wujud dalam sesuatu keadaan. Keadaan yang tertentu boleh mengakibatkan wujudnya ciri-ciri perubahan budaya. Hal ini kerana berlakunya pertembungan budaya yang berlaku secara langsung atau tidak langsung, mahupun kesan daripada budaya itu sendiri. Budaya merupakan sesuatu yang menyeluruh dan terdapat cabang-cabang di dalamnya. Ini termasuk hubungan di antara ciri-ciri persambungan dan perubahan budaya. Umpamanya, berkaitan budaya orang Melayu. Pada awalnya, budaya orang Melayu dipengaruhi budaya Hindu seperti dalam amalan penyembahan, adat perkahwinan, adat kelahiran dan lain-lain. Setelah itu, Islam telah datang membawa perubahan dalam hal budaya terutamanya yang bertentangan dengan Islam. Maka, ini menunjukkan ciri-ciri perubahan dalam budaya. Berkaitan dengan ciri-ciri persambungan pula, dapat diketahui bahawa, ia adalah sejajar dengan ciri-ciri perubahan sama ada terus hilangnya budaya itu ataupun diberi wajah baru seperti amalan Hindu yang dulunya mengamalkan upacara berinai apabila berlaku perkahwinan dan tetap diamalkan setelah kedatangan Islam tetapi hendaklah tidak melanggar batas-batas syarak. Kesimpulannya, ciri-ciri persambungan dan ciri-ciri perubahan budaya saling barkait rapat dan menjadi keperluan kerana ia mempunyai nilai yang tinggi dalam masyarakat.
2) Kebudayaan moden juga boleh dikenali sebagai ciri-ciri baru dalam budaya. Namun, kebudayaan moden tidak semestinya selari dengan kebudayaan tradisional. Ini menyebabkan berlakunya konflik antara dua budaya ini. Hal ini disebabkan beberapa perkara. Contohnya, pada masa kini, tidak ramai yang menjadikan baju kurung dan sampin sebagai pakaian sehari-hari. Tidak seperti budaya tradisional pada masa lalu. Kini, pelbagai fesyen pemakaian yang terikut-ikut budaya dari luar yang tidak bertepatan dengan budaya tradisional masyarakat lalu. Konflik kebudayaan moden dan tradisional terjadi kerana faktor sistem nilai. Ini bermakna hal ini berkaitan dengan perkara yang mahu diterima dan tidak diterima. Malah kadangkala berlaku percanggahan di antaranya. Contohnya, kebudayaan tradisional adalah landasan sejak dulu lagi manakala kebudayaan moden adalah kebudayaan yang berlaku perubahan di dalamnya iaitu terdapat unsur-unsur kemasukan budaya dari luar yang mungkin tidak bersesuaian dengan kebudayaan tradisional.

badrul berkata...

Konflik antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden sememangnya berlaku dan ianya kerana perbezaan nilai dan tatacara yang amat ketara. Konflik berlaku kerana budaya moden lebih mementingkan nilai materialistik dan invidualistik sedangkan budaya tradisional lebih mementingkan nilai kasih sayang dan semangat kekitaan. Perbezaan ini dapat dilihat melalui cara hidup yang diamalkan dibandar dan dikampung. Masyarakat bandar yang kononnya maju dan moden lebih condong bersikap meterialistik dan individualistik dimana nilai-nilai kerjasama dan bantu membantu didalam masyarakat adalah amat kurang. Mereka lebih mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan orang lain hingga tidak mengenali kiran sebelah rumah sendiri. Masyarakat yang dikatakan moden ini hanya mengejar kebendaan untuk hidup mewah dan tidak suka membantu orang lain. Berbeza dengan masarakat dikampung yang lebih mengamalkan kebudayaan tradisonal dimana sikap tolong menolong bantu membantu dan bergotong royong menjadi amalan dalam melakukan sesuatu pekerjaan. walaupun amalan ini semakin jarang diamalkan di kampung namun ianya adalah suatu bukti bahawa budaya tradisional yang amat elok ini lebih mementingkan nilai nilai murni yang berasaskan agama berbanding budaya moden yang lebih kepada individualistik dan materialistik yang dipengaruhi oleh pengaruh luar khususnya pegaruh barat.
banyak lagi perbezaan dan percanggahan nilai dan tatacara diantara budaya moden dan budaya tradisional yang berlaku pada hari ini seperti dari segi pakaian, muzik dan hiburan, seni bina rumah serta dari segi makanan dan cara pemakanan. sebagai contohnya dari segi pakaian budaya moden kini lebih mementingkan pakaian yang pelik dan seksi di mana lebih pelik dan seksi sesuatu pakaian atau fesyen pakaian itu akan lebih menarik dan digemari oleh masyarakat terutamanya di barat. namun negara kita juga menerima tempias budaya moden ini dengan mengikuti dan menerimanya walaupun budaya pakaian dinegara ini sememangnya telah lama wujud. malangnya budaya moden ini menganggap bahawa budaya mereka lebih hebat dan memperlekah budaya tradisionalyang dikatakan kolot dan ketinggalan zaman.
sebagai kesimpulannya, budaya tradisional dan budaya moden mempunyai nilai dan tatacara yang berbeza dan amat bertentangan di antara satu sama lain. budaya tradisional dilihat lebih kepada nilai- nilai yang mempunanyai kaitan dengan masarakat dan kepercayaan kepada tuhan sebaliknya budaya moden lebih memntingkan individu dan keduniaan. walaubagaimanapun terdapat juga budata moden pada hari ini yang boleh dijadikan contoh oleh masyarakat melayu khususnya iaitu budaya sains dan teknologi dimana ianya amat berguna dalam mengekspoitasi segala sumber yang ada dinegara ini.

Nor Azarina Bt Mat Said D20051021130 berkata...

1)Mengapakah terdapat konflik antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden. Jelaskan dengan memberi contoh yang sesuai.

Kebudayaan tradisional merupakan kebudayaan yang diwarisi sejak berabad-abad dahulu. Kebudayaan tradisional digunakan bagi menggambarkan ciri-ciri persambungan yang diwarisi oleh budaya itu daripada zaman sebelumnya manakala kebudayaan moden adalah berasal daripada kebudayaan tradisional yang telah mengalami perubahan akibat peredaran masa dan faktor kedatangan penjajah yang menjajah negara kita.
Faktor yang menyebabkan berlakunya konflik antara kebudayaan tradisional dan moden ialah masa. Melalui peredaran masa, ciri-ciri kebudayaan tradisional telah dimodenisasikan oleh penjajah yang menjajah negara kita lantas berubah menjadi kebudayaan moden. Konflik yang paling jelas akibat faktor peredaran masa ialah hilangnya jati diri masyarakat. Kebudayaan tradisional amat signifikan dengan kebudayaan yang penuh dengan pengamalan nilai-nilai murni dan semangat cintakan budaya. Namun dengan peredaran masa telah menyebabkan nilai-nilai murni ini telah terhakis sedikit demi sedikit. Salah satu contoh kebudayaan tradisional ialah nilai-nilai sosial yang diamalkan oleh masyarakat dahulu seperti nilai ksih sayang, menghormati orang tua, nilai kerjasama dan sebagainya. Namun disebabkan oleh peredaran masa, nilai ini telah terhakis kerana telah dimodenisasikan oleh Barat. Masa telah merubah masyarakat yang dahulunya penuh dengan nilai-nilai murni kepada masyarakat yang individualistik dan materialistik. Dahulu, kasih sayang adalah pengukur kebahagiaan keluarga namun sekarang, wang atau kekayaan merupakan pengukur kebahagiaan sesebuah keluarga. Dahulu, ibu bapa menetapkan syarat bahawa si teruna yang ingin meminang anak perempuan mereka perlulah mempunyai pengetahuan asas agama yang tinggi dan berasal daripada keturunan yang baik-baik. Namun ibu bapa sekarang lebih mementingkan bahawa teruna yang ingin meminang anak mereka hendaklah mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan harta dan berpangkat tinggi.

2)Apakah yang anda fahami dengan ciri persambungan dan ciri perubahan dalam budaya. Berikan satu contoh yang relevan.

Ciri-ciri persambungan adalah landasan untuk budaya itu terus hidup manakala ciri-ciri perubahan pula merupakan penyesuaian dengan keadaan semasa. Ciri persambungan bermaksud sesuatu budaya itu akan diwarisi turun-temurun dari satu generasi ke generasi yang lain. Ciri perubahan pula bermaksud sesuatu budaya itu telah mengalami perubahan akibat diasimilasikan dengan budaya luar yang meresap masuk ke dalam budaya lama. Ciri-ciri perubahan ini timbul apabila berlakunya perubahan dalam budaya itu sendiri atau berlakunya pertembungan dengan budaya lain secara langsung atau tidak langsung.
Contoh pengamalan persambungan budaya ialah amalan berpantang selepas bersalin. Para ibu dari dahulu hingga sekarang mengamalkan amalan berpantang bagi menjaga kesihatan dan bagi mengembalikan kepada bentuk badan yang asal. Para ibu menjaga pemakanan mereka, mengamalkan kaedah membengkung perut, serta mengamalkan pemakanan kesihatan bagi memulihkan tenaga selepas bersalin. Amalan berpantang ini masih diteruskan hingga ke sekarang namun mengalami beberapa perubahan mengikut peredaran masa. Para ibu masih lagi mengamalkan pemakanan kesihatan tetapi tidak lagi memakan atau meminum ramuan ubat yang pahit sebaliknya mereka mengamalkan pemakanan jamu serta pil vitamin yang dibekalkan oleh doktor. Mereka juga tetap mengamalkan kaedah bertungku tetapi bertungku secara moden kerana pada masa sekarang amat susah untuk mencari tungku.
Mereka juga mengamalkan kaedah membengkung perut tetapi mereka tidak lagi menggunakan bengkung yang diisi dengan pelbagai ramuan herba sebaliknya menggunakan bengkung yang dilengkapi dengan pita magnetik untuk mengempiskan perut mereka. Dahulu, para ibu menggunakan bidan untuk mengurut mereka selepas bersalin tetapi sekarang para ibu lebih senang untuk berkunjung ke pusat rawatan kecantikan bagi mendapat perkhidmatan mengurut. Teknologi moden juga telah berjaya menghasilkan pelbagai alat senaman yang moden seperti kerusi urut dan alat urutan kaki bagi membolehkan para ibu mengembalikan tenaga selepas bersalin serta mengembalikan bentuk badan yang asal.

siti johariah binti tain7785 berkata...

1) Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang. Berdasarkan pemahaman saya, konflik antara budaya tradisional dan budaya moden telah berlaku sejak zaman penjajahan Inggeris di negara kita. Kini, apabila revolusi Barat semakin menular di negara kita, barulah kita sedar bahawa negara kita sedang berdepan dengan konflik antara budaya tradisional dan budaya moden. Kebudayaan tradisional adalah yang kita warisi sejak berabad lamanya dan merupakan landasan bagi kita untuk terus hidup dalam dunia yang bertamadun. Kebudayaan moden pula ialah budaya yang dibawa oleh Barat. Sebenarnya kita sendiri yang memberi persepsi bahawa budaya Barat lebih maju jauh ke hadapan dan lebih up-to-date. Seperti di majlis perkahwinan, dahulu masyarakat Melayu berpakaian sopan lengkap dengan baju Melayu dan songkok bagi lelaki dan berbaju kurung bagi perempuan tetapi kini hampir semua budaya ini berubah. Kaum lelaki tidak lagi berbaju Melayu dan bersongkok apabila pergi menghadiri majlis raja sehari. Budaya moden yang menyusup masuk ke alam Melayu telah meragut kesopanan masyarakat Melayu dalam berpakaian. Dengan alasan bahawa memakai baju t-shirt dan berseluar jeans lebih selesa menyebabkan ramai di antara kita yang lebih gemar untuk mengamalkan budaya moden dalam kehidupan seharian mereka. Jika ditanya mengapa tidak memakai baju Melayu, alasan yang diberikan sangat mudah iaitu tidak selesa untuk bergerak. Alasan seperti mahu yang lebih selesa, terkini,ingin menampakkan kelainan dan lain-lain alasan menyebabkan konflik yang berlaku kini semakin serius. Jika kita terus memberi persepsi negatif terhadap budaya Melayu maka, masyarakat kita akan terus ‘dijajah’ oleh penjajah walaupun pada pandangan mata kasar kita , negara kita sudah bebas merdeka 50 tahun yang lalu.


2) Melalui kata dasar sambung, kita sendiri dapat memberi definisi yang jelas iaitu sesuatu perkara atau objek untuk meneruskan atau menyambung sesuatu perkara atau objek. Ubah pula ialah perkara yang sedia ada tetapi ditambah atau dikurangkan. Mohd taib Osman menyatakan bahawa ciri-ciri persambungan adalah landasan untuk budaya itu terus hidup manakala ciri-ciri perubahan pula merupakan penyesuaiannya dengan keadaan semasa. Perubahan berlaku kerana terdapat pertembungan dengan budaya lain sama ada secara langsung ataupun tidak. Kadang kala perubahan juga berlaku disebabkan inovasi yang diwujudkan dalam budaya itu sendiri. Sebagai contoh, ciri-ciri persambungan yang berlaku dan mesti erlaku dalam hidup ialah melalui perkahwinan. Mengikut adat Melayu dahulu, jodoh ditentukan oleh ke dua orang tua teruna dan dara. Sebelum berkahwin,pihak lelaki akan meminang si dara. Sebelum meminang, pihak lelaki akan pergi merisik si dara. Adat merisik dilakukan oleh keluarga pihak lelaki iaitu keluarga lelaki akan bertanya keluarga pihak perempuan sama ada si dara sudah disunting oleh orang lain. Setelah merisik, adat meminang pula dilakukan sehinggalah si teruna dan dara disatukan. Namun kini semuanya dipermudahkan. Adat merisik kini kian pupus. Kadang kala adat merisik hanya dilakukan oleh si teruna dan dara tanpa merujuk kepada orang tua kerana mereka telah mengenali antara satu sama lain. Jadi adat merisik tidak lagi menjadi kemestian.

inra darmensa amran berkata...

a) Pertembungan konsep kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden yang acapkali menjadi polemik yang mencetuskan pelbagai kontroversi. Jika dikaji interpretasi kebudayaan tradisional mendukung konotasi adat resam yang diamalkan sejak turun temurun dan semakin luput ditelan zaman impak daripada proses modenisasi yang semakin hebat rentetan daripada kesan globalisasi. Maka tidak hairanlah sekiranya terdapat konflik antara kebudayaan tradisional dengan kebudayaan moden. Salah satu faktor yang mendorong konflik kebudayaan tradisonal dan moden ialah kemasukan anasir-anasir luar ke dalam kebudayaan masyarakat Malaysia. Memang tidak dapat dinafikan bahawa proses globalisasi telah memberi implikasi maksimum kepada masyarakat Malaysia khususnya dan seluruh warga masyarakat di dunia amnya. Proses globalisasi membolehkan kebudayaan luar menerobos masuk ke dalam jiwa masyarakat kita melalui media cetak dan media elektronik di samping kecanggihan teknologi seperti internet yang ditawarkan secara berleluasa melalui teknolgi 3G. Hal ini dapat dibuktikan melalui tersebarnya budaya-budaya kuning seperti budaya punk, hip hop, skin head dan sebagainya dalam kalangan remaja. Remaja merupakan generasi yang merasai perubahan ketara ini. Maka tidak hairan sekiranya remaja kita pada hari ini seolah-olah kehilangan identiti diri dan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam kebudayaan tradisional sedikit demi sedikit telah terhakis. Misalnya, baju kurung dan baju Melayu tidak lagi menjadi pakaian yang sering dipakai oleh golongan remaja pada ketika ini. Mereka lebih gemar mengenakan pakaian yang mendedahkan aurat, menjolok mata dan sebagainya. Tambah menyedihkan apabila terdapat segelintir golongan yang tidak mengetahui kewujudan budaya tradisional kita. Walaupun budaya tradisional merupakan budaya yang telah lama namun budaya ini masih rasional diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Hal ini demikian kerana budaya tradisional lebih mementingkan nilai-nilai murni. Budi pekerti mulia dijadikan sebagai landasan bagi membentuk sahsiah diri masyarakat yang bertamadun. Walau bagaimanapun nilai-nilai murni seumpama ini semakin terhakis akibat daripada bahana globalisasi. Secara keseluruhannya, globalisasi merupakan salah satu faktor yang mendorong kepada pergeseran antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan moden. Namun begitu kita tidak seharusnya menyalahkan poses globalisasi semata-mata sebaliknya kita seharusnya lebih peka terhadap tranformasi yang berlaku di sekeliling kita. Pada masa yang sama, kita juga harus bijak membezakan antara perkara yang positif dengan perkara yang negatif.

b) Sesuatu budaya memiliki sifat perubahan dan pesambungan, hal ini bermakna budaya bukanlah hanya berdiri sebagai satu entiti yang statik. Ciri-ciri persambungan adalah cara sesuatu budaya itu diamalkan oleh masyarakat dari semasa ke semasa. Ciri-ciri perubahan pula merupakan penyesuaian budaya yang telah diamalkan mengikut peredaran zaman. Ciri-ciri perubahan berlaku apabila keadaan yang memerlukan atau yang mengakibatkan perubahan kepada budaya. Hal ini mungkin disebabkan berlakunya pertembungan dengan budaya lain ataupun perubahan telah berlaku dalam budaya tersebut. Contohnya, ciri persambungan dapat dilihat dalam budaya permainan tradisional seperti sepak takraw. Permainan ini telah dimainkan oleh masyarakat sejak zaman dahulu lagi dalam kumpulan. Permainan seperti ini bukan sahaja dapat menyihatkan badan malah dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain. Sehingga kini, permainan ini terus dimainkan oleh masyarakat. Hal ini menunjukkan berlaku ciri persambungan dalam budaya permainan sepak takraw. Seterusnya, ciri perubahan telah berlaku dalam permainan sepak takraw ini. Permainan tradisional ini telah dikomersilkan sehingga menjadi salah satu sukan negara di peringkat antarabangsa. Perubahan dapat dilihat dalam permainan ini apabila negara luar juga telah menyertai pertandingan sepak takraw. Selain itu, perubahan berlaku dari segi jumlah pemain iaitu melibatkan dua kumpulan yang bertanding dalam gelanggang. Hal ini menunjukkan permainan sepak takraw ini tidak pupus dan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Oleh hal yang demikian, ciri-ciri persambungan dan perubahan ini mempunyai hubungan timbal balik apabila kita membicarakan tentang budaya. Tanpa ciri persambungan, sesuatu budaya itu akan pupus manakala tanpa ciri perubahan sesuatu budaya itu mungkin tidak sesuai diamalkan oleh masyarakat. Oleh sebab itu, budaya perlu mempunyai ciri-ciri persambungan dan perubahan supaya budaya yang telah diamalkan daripada zaman nenek moyang kita tidak pupus ditelan zaman.

jenerian marcus berkata...

Tradisi merupakan warisan daripada masa yang berlalu, yang seterusnya diamalkan oleh masyarakatnya. Terdapat pelbagai cara untuk kita memperlihatkan bahawa budaya tradisional wujud sebagai ciri-ciri budaya yang telah lanjut usianya dan berkemungkinan tidak lagi relevan pada masa kini, tetapi tetap mempunyai nilainya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, selepas kemasukan Barat di Tanah Melayu, berlaku banyak perubahan kepada budaya tradisional masyarakat Melayu.keadaan ini berlaku akibat daripada pertembungan budaya antara barat dan budaya tempatan. Sebagai contoh, pada zaman dahulu, masyarakat Melayu memakai baju-baju tradisional untuk menghadiri majlis-majlis tertentu, seperti majlis perkahwinan. Namun, pada hari ini, kebanyakan daripada masyarakat Melayu telah mengubah cara berpakaian, termasuklah memakai baju-baju moden seperti seluar jeans dan blaus ketika menghadiri majlis-majlis perkahwinan. Selain itu, masyarakat tradisional juga mengadakan majlis perkahwinan di rumah. Berbeza dengan perkahwinan pada zaman dahulu, masyarakat kini lebih gemar mengadakan majlis perkahwinan di hotel-hotel dan berkonsepkan taman. Begitu juga dengan amalan gotong-royong yang semakin kurang diamalkan. Masyarakat moden lebih cenderung mengadakan majlis makan secara parti. Perubahan ini menyebabkan banyak kebudayaan melayu telah di lupakan, manakala kebudayaan masyarakat barat amnya telah mendapat tempat dalam masyarakat di Malaysia.

2) Secara amnya, budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan "budaya" yang bermaksud " budi + daya "; yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain